NAMA: NUR SAKINAH BINTI MOHAMED LATIF ANGKA GILIRAN: 2022162310068 KUMPULAN: RBT1 PENSYARAH: DR. HAIRIAH BINTI MUNIP RBT1 BANGUNAN HIJAU ISU PEMANASAN GLOBAL
ISI KANDUNGAN PENGENALAN 01 Pengenalan kepada alam sekitar dan isu FAKTOR, KESAN & LANGKAH 02 Isu pemanasan global PENGENALAN PRODUK 03 Bangunan hijau KONSEP PRODUK 04 5 konsep bangunan hijau 05 Pada bangunan hijau KEBAIKAN & KEBURUKAN 06 Bagi mengatasi isu pemanasan global ALTERNATIF LAIN 07 KESIMPULAN Secara keseluruhan 2
PENGENALAN ALAM SEKITAR Alam sekitar didefinisikan sebagai keadaan sekeliling atau lingkungan. Hal ini membuktikan bahawa alam sekitar merupakan satu elemen yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Bukan itu sahaja, alam sekitar yang bersih dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan kehidupan manusia sejagat yang sejahtera. Perkara tersebut dikatakan demikian kerana kebergantungan manusia terhadap alam sekitar meliputi pelbagai aspek daripada keperluan asas sehingga keperluan kehidupan. Walaubagaimanapun, khazanah alam kian pupus disebabkan kepesatan tamadun manusia. Hal ini dapat dilihat dengan sifat tidak bertanggungjawab segelintir individu yang telah memberi kesan negetif kepada alam sekitar serta kualiti hidup manusia. Sebagai contoh pembinaan teknologi yang tidak menghiraukan etika dan moral sehingga sanggup mengorbankan alam dan memberi kesan kepada tunjang ekosistem. Hal ini dikatakan demikian kerana khazanah alam ini kian pupus akibat sifat manusia yang hanya menginginkan keuntungan. Begitu juga dengan sikap manusia yang lebih mementigkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan sejagat. Isu – isu alam sekitar global meliputi pencemaran alam sekitar, pemanasan global, kemerosotan sumber asli dan sebagainya. Isu – isu ini merupakan isu yang sering dibahaskan oleh masyarakat dalam forum mahupun debat. Namun, masih terdapat segelintir masyarakat yang memandang enteng terhadap isu ini dan masih melakukan aktiviti yang tidak bertanggungjawab. 3
PENGENALAN PEMANASAN GLOBAL Pemanasan global merupakan salah satu isu yang memberi pelbagai impak negatif kepada alam sekitar. Pemanasan global merupakan satu fenomena yang berlaku disebabkan oleh peningkatan secara beransur-ansur dalam suhu keseluruhan atmosfera bumi ini. Selain itu, fenomena ini juga berlaku disebabkan oleh kesan rumah hijau yang terjadi akibat daripada peningkatan tahap karbon dioksida serta pencemaran gas rumah hijau. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai faktor yang menyumbang kepada isu pemanasan global ini seperti perindustrian, pembangunan serta aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh manusia. Ahli-ahli saintis dan falsafah telah melakukan beberapa kaji selidik bagi mengatasi isu pemanasan global ini dan telah menemukan beberapa alternatif bagi mengatasi isu ini. Namun, segelintir individu bersikap seperti katak di bawah tempurung seolah-olah tidak tahu dan memandang enteng terhadap kesan daripada isu ini. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang tidak bertanggungjawab hanya mementingkan diri sendiri dan merasakan bahawa alam sekitar hanya perlu dijaga oleh pihak yang berkuasa sahaja. Antara kesan negatif pemanasan global terhadap alam sekitar adalah kemarau, ekosistem terganggu, pencairan ais dikutub yang menyebabkan kenaikan paras air laut. Kesan–kesan tersebut boleh dilihat dengan mata kasar, namun masih terdapat golongan masyarakat yang tidak mengambil tahu terhadap isu ini. 4
PERJUMPAAN TREN PEMANASAN GLOBAL Tren isu peningkatan suhu global ini bukan sahaja baru bermula kerana tren ini telah mula dikesan sejak penghujung 1960an seperti yang tertakluk di bawah. 5
KAJIAN NASA National Aeronautics and Space Administration telah membuat kajian dan membuktikan bahawa suhu permukaan bumi telah meningkat kepada 0,85 darjah celcius pada tahun 2021 berbanding suhu rata-rata tahunan selama tempoh 1951 - 1980 6
FAKTOR PEMANASAN GLOBAL Pemanasan global tidak berlaku secara tiba - tiba kerana setiap perkara berlaku pasti ada sebab atau faktornya 7
FAKTOR MANUSIA PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK Proses bagi menjana elektrik melibatkan pembakaran arang batu yang akan membebaskan suhu panas di kawasan sekeliling ASAP DARI KENDERAAN BERMOTOR Ekzos kenderaan bermotor akan mengeluarkan asap dan gas karbon monoksida yang akan menyebabkan peningkatan suhu PEMBAKARAN TERBUKA Aktiviti ini akan menyebabkan peningkatan suhu bumi kerana membebaskan asap 8
FAKTOR MANUSIA ASAP DARI SEKTOR PERINDUSTRIAN Pembakaran bahan api fosil bagi menggerakkan mesin dan jentera mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida PERTANIAN DAN PENTERNAKAN Penggunaan racun serangga dan baja kimia secara berlebihan mengeluarkan banyak gas rumah hijau seperti gas metana 9
FAKTOR SEMULA JADI PEMBAKARAN HUTAN SECARA SEMULA JADI Menyebabkan tumbuh-tumbuhan hijau mati dan kekurangan sumber oksigen sekaligus akan menyebabkan peningkatan suhu kerana kekurangan oksigen PENERIMAAN CAHAYA MATAHARI YANG BANYAK Matahari mengeluarkan suhu yang tinggi, sekiranya penerimaan cahaya matahari yang berlebihan, sudah pasti suhu bumi akan meningkat LETUSAN GUNUNG BERAPI Semasa berlakunya letusan gunung berapi, bukan sahaja abu vulkanik yang dilepaskan, namun terdapat juga gas-gas yang dibebaskan dan menyebabkan suhu meningkat 10
KESAN PEMANASAN GLOBAL? MASALAH CUACA Cuaca kering dan hujan tidak menentu dan menyebab kan banjir, ribut dan ombak besar BEKALAN SUMBER MAKANAN MEROSOT Sumber pertanian menjadi tidak subur, tanah menjadi tandus PENINGKATAN ARAS LAUT Berpunca daripada pencairan ais di kutub dan peningkatan suhu di laut sehingga menyebabkan berlaku banjir di daratan MASALAH KESIHATAN Penyakit tersebar kanser kulit, katarak, strok haba dan dehidrasi sehingga boleh meragut nyawa Pemanasan global memberi pelbagai kesan yang negatif kepada bumi 11
LANGKAH MENGURANGKAN PEMANASAN GLOBAL Tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar kerana dapat proses penjanaan tidak melibatkan suhu yang tinggi MENGGUNAKAN TENAGA MESRA ALAM Supaya tidak berlaku pencemaran dan aktiviti pembakaran barangan secara terbuka MENGAMALKAN AMALAN 5R Memperoleh data yang tepat dan dapat membuktikan kesan kepada seluruh bumi MENGADAKAN KERJASAMA ANTARABANGSA Seawal usia di sekolah rendah supaya dapat memupuk sifat cinta akan alam sekitar MEMBERIKAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Mengenakan denda kepada individu yang membuat aktiviti tidak bermoral seperti menebang pokok PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 12
FAKTOR PEMANASAN GLOBAL (PEMBANGUNAN) Bangunan menyumbang sehingga 18% daripada pelepasan karbon dioksida di dunia. Kerajaan menemukan alternatif baharu bagi mengatasi isu ini dengan membina “Bangunan Hijau”. Menurut Majlis Bangunan Hijau Dunia, ”bangunan hijau” bermaksud bangunan atau projek pembangunan yang dalam reka bentuk, pembinaan atau operasinya, dapat mengurangkan atau menghapuskan impak negatif dan dapat mewujudkan impak positif terhadap iklim dan persekitaran semula jadi. 13
PENGENALAN BANGUNAN HIJAU Terdapat dua jenis bangunan hijau iaitu bangunan yang dilengkapi dengan ciri hijau sejak awal pembinaan dan bangunan lama yang diubah suai untuk dimasukkan unsur hijau baru. Di samping itu, bangunan hijau yang dibina di Malaysia mestilah mendapat sijil pengiktirafan daripada Indeks Bangunan Hijau Malaysia (GBI) atau Green Real Estate (GreenRe) terlebih dahulu. GBI merupakan sebuah badan bebas yang tidak berasaskan keuntungan. Bukan itu sahaja, GBI bermatlamat untuk membina masa depan yang lebih lestari dengan mengurangkan jejak karbon bandar dan meningkatkan kualiti alam sekitar. Pengiktirafan melalui GreenRe lebih murah berbanding GBI. Oleh disebabkan itu, kebanyakkan bangunan hijau di Malaysia lebih memilih untuk membuat pengiktirafan bersama GreenRe. Bukan itu sahaja, setiap bangunan hijau mestilah mempunyai kecekapan struktur yang boleh diukur dengan mudah seperti penggunaan air dan elektrik. 14
CONTOH BANGUNAN HIJAU DI MALAYSIA BANDAR GAMUDA GARDENS SUNWAY CITY ISKANDAR PUTERI 15
KONSEP BANGUNAN HIJAU Konsep 1 Kecekapan menggunakan tenaga Haba merupakan salah satu faktor punca lapisan ozon menipis. Hal ini dikatakan demikian kerana semakin meningkat haba, semakin meningkat suhu bumi. Secara tidak langsung perkara ini akan menyebabkan lapisan ozon menipis kerana semakin bertambah haba dan suhu bumi, semakin berkurang lapisan ozon yang melindungi bumi NOTA TAMBAHAN Konsep 2 Kecekapan menggunakan air Konsep 3 Kualiti persekitaran Konsep 4 Reka bentuk bangunan Konsep 5 Penggunaan bahan kitar semula 16
KECEKAPAN MENGGUNAKAN TENAGA ➔ Kebanyakkan bangunan hijau menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga elektrik ➔ Panel solar berperanan menyimpan tenaga yang dibekalkan oleh cahaya matahari ➔ Penggunaan tenaga solar memberi impak yang positif terhadap pembebasan haba ke atmosfera kerana semakin banyak penggunaan tenaga solar, semakin berkurang pembebasan haba ➔ Selain penggunaan tenaga solar, terdapat juga penggunaan sensor automatik pengesan kecerahan cahaya ➔ Bertujuan untuk mengesan kadar cahaya dan menyebabkan lampu dalam bangunan tertutup secara automatik ➔ Kesannya dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan pembaziran elektrik 17
KECEKAPAN MENGGUNAKAN AIR ➔ Segelintir bangunan hijau mempunyai tempat takungan air hujan ➔ Air hujan dalam takungan akan disalurkan ke dalam tangki air dan tapis oleh penapis yang terdapat dalam tangki tersebut ➔ Sekaligus dapat menjimatkan bil air kerana takungan air menyimpan air daripada pelbagai sumber ➔ Begitu juga tadahan air boleh diinovasikan dan disalurkan ke dalam kolam ikan ➔ Contohnya menggunakan air hasil pemeluwapan sistem penyaman udara dan dialirkan ke dalam kolam ikan ➔ Dapat menjadikan landskap bangunan lebih menarik 18
KUALITI PERSEKITARAN ➔ Aspek pengudaraan merupakan aspek terpenting dalam menjaga kualiti persekitaran bagi meningkatkan kualiti dan pengudaraan penghuni ➔ Bagi memastikan persekitaran yang optimum, penggunaan cat mesra alam amat digalakkan ➔ Sebagai contoh penggunaan cat yang tidak mempunyai kadar bahan toksik yang tinggi ➔ Begitu juga dengan tahap gas karbon monoksida perlu dikawal bagi memastikan pengudaraan yang berkualiti 19
PENGGUNAAN BAHAN KITAR SEMULA ➔ Menggunakan perabot yang boleh dikitar semula atau bahan tempatan ➔ Begitu juga dengan bahan binaan bangunan mestilah boleh dikitar semula ➔ Contohnya : Ashcrete dan Timbercrete ➔ Ashcrete : Bahan yang diperbuat daripada campuran abu arang dan konkrit (97% bahan ini boleh dikitar semula) ➔ Timbercrete : Bahan campuran habuk kayu dan konkrit (lebih ringan dan tidak menyerap haba) ➔ Sekaligus dapat mewujudkan suasana yang harmoni 20
REKA BENTUK BANGUNAN ➔ Membina kawasan taman tumbuh-tumbuhan hijau di sekeliling atau sekitar kawasan bangunan ➔ Sekaligus memberi kesan positif terhadap ekosistem terhadap organisma hidup atau bukan hidup ➔ Perkara ini juga penting bagi menurunkan suhu dan mengurangkan beban haba bangunan ➔ Gas oksigen yang terhasil daripada tanaman mampu mewujudkan suasana yang dingin 21
KEBAIKAN BANGUNAN HIJAU KESIHATAN & KOMUNITI Meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran Meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni Mengurangkan masalah infrastruktur tempatan Meningkatkan kualiti hidup ALAM SEKITAR Meningkatkan dan melindungi ekosistem kepelbagaian hidup Meningkatkan kualiti udara dan air Mengurangkan pembuangan bahan tercemar Melindungi sumber asli semula jadi 22
KEBURUKAN BANGUNAN HIJAU PELABURAN AWAL YANG TINGGI Kos pembinaan bangunan serta infrastruktur yang tinggi KURANG PENGETAHUAN STRUKTUR Pembinaan bangunan hijau memerlukan pengetahuan struktur yang tinggi KOS PENGELUARAN TINGGI Perbelanjaan yang tinggi bagi menghasilkan tanaman yang ideal 23
● Menanam pokok dengan lebih banyak Sejak dua ke tiga dekad dahulu kerakusan masyarakat dalam menebang pokok di kawasan hutan dan menjarah bukit bukau telah memberi impak negatif pada masa kini. Seperti yang dapat dilihat pada masa kini terdapat banyak kawasan hutan yang telah tiada tumbuh-tumbuhan disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang bertamadun, kita mestilah sentiasa maju ke hadapan dengan lebih menitik beratkan alam sekitar. Hal ini demikian kerana alam sekitar perlu dijaga dengan baik bagi kegunaan generasi akan datang. Maka dengan itu, kerajaan atau masyarakat sewajarnya membuat penanaman semula tumbuh-tumbuhan hijau di kawasan hutan yang terlibat dengan aktiviti pembalakan atau lain-lain. Bukan itu sahaja, masyarakat juga perlulah melakukan aktiviti berkebun di rumah. Sebagai contoh menanam tumbuh-tumbuhan hijau di sekitar kawasan rumah. Perkara ini secara tidak langsung akan memberi impak positif terhadap suhu rumah kerana dikelilingi dengan pokok. Hal ini dikatakan demikian kerana tumbuh – tumbuhan membekalkan oksigen dan mampu menjadikan suasana dingin. Oleh itu, kempen penanaman pokok dengan lebih banyak perlu diluaskan dan menjadikan satu amalan yang kerap. ALTERNATIF PEMANASAN GLOBAL (SELAIN BANGUNAN HIJAU) 24
● Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui Selain itu memperbanyakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui juga merupakan salah satu inisiatif bagi mengatasi isu pemanasan global. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakkan sumber tenaga elektrik yang sering digunakan manusia berasaskan arang batu. Jadi, proses penghasilan tenaga elektrik memerlukan haba yang banyak. Perkara ini sekaligus akan menyebabkan suhu sekeliling meningkat. Oleh disebabkan itu pelbagai kajian dan perkembangan telah dilakukan oleh ahli pemikir. Kajian tersebut telah menemukan cara lain bagi penggunaan arang batu digantikan dengan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sumber tenaga baharu yang boleh digunakan adalah seperti tenaga solar, angin dan hidro-elektrik. Sumber – sumber tenaga tersebut merupakan sumber tenaga yang kekal dan tidak akan habis. Bukan itu sahaja, sumber tenaga itu juga tidak akan menghasilkan sisa – sisa yang akan mencemarkan alam sekitar. Kesannya, isu pemanasan global dapat dikurangkan sekiranya kebanyakkan negara menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui sebagai bahan asas bagi menghasilkan tenaga elektrik. ALTERNATIF PEMANASAN GLOBAL (SELAIN BANGUNAN HIJAU) 25
KESIMPULAN Sebagai penutup bicara, pelbagai langkah-langkah dapat dilakukan bagi mengatasi isu pemanasan global ini. Isu ini merupakan satu isu yang amat serius dan perlu ditangani kerana isu ini memberi pelbagai impak negetif serta akan mendatangkan mudarat kepada kehidupan sama ada manusia mahupun haiwan dan tumbuhan. Sebaiknya manusia perlu mengetahui punca atau faktor berlakunya isu pemanasan global ini. Hal ini dikatakan demikian kerana isu ini berpunca daripada aktiviti- aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral. Bukan itu sahaja, sebagai manusia yang bertanggungjawab kita seharusnya menjaga sumber alam dengan sebaiknya agar dapat digunakan untuk generasi akan datang. Intihannya, semua pihak terlibat secara langsung menggembleng tenaga bagi menjalankan mekanisme terbaik dalam mengekalkan simbiosis antara pemeliharaan alam sekitar dan kemajuan dalam pembangunan ketamadunan manusia sejagat. 26
Ali, M. (2021). Liputan6. Retrieved from liputan6.com: https://www.liputan6.com/news/read/4463358/letusan-gunung-api-terkait-pemanasan-global-ini-kata-ahlivulkanologi Brown, P. (n.d.). InnerSelf. Retrieved from ms.innerself: https://ms.innerself.com/sosial/persekitaran/10591-beberapa-faedah-yang-mengejutkan-daripada-bangu nan-hijau.html Iksan, N. A. (2015). Kesedaran Alam Sekitar Melalui Aplikasi Kendiri Alam Sekitar (KAKAS). Jurnal Personalia Pelajar, 18 (2), 23-31. Mokhtar, N. A. (2021). BeritaHarian. Retrieved from bharian.com: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/788151/jangan-lakukan-pembakaran-terbuka Mokhtar, S. (n.d.). anyflip. Retrieved from anyflip.com: https://anyflip.com/ftgcd/szhx/basic RUJUKAN 27
Rahman, H. A. (2020). tintaminda. Retrieved from bernama.com: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1858901 Rizaty, M. A. (2022). databooks. Retrieved from databooks.katadata: https://databoks.katadata.co.id/datapublish/2022/06/09/nasa-suhu-permukaan-bumi-naik-085-c-pada-20 21 Wei, K. (2021). iProperty. Retrieved from iproperty.com: https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/apa-itu-indeks-bangunan-hijau-dan-kriteria-utaman ya-72036 Yong, N. (2021). iProperty. Retrieved from iproperty.com: https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/bangunan-hijau-di-malaysia-semua-yang-anda-perl u-tahu-tentangnya-72712 RUJUKAN 28
SEKIAN TERIMA KASIH 29