PENGENALAN
Selari dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA yang dilancarkan dan diperkenalkan oleh
Menteri Pendidikan Datuk Dr. Radzi bin Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya, pihak
sekolah mengambil inisiatif mengukuhkan konsep tersebut untuk dilaksanakan. Konsep ini
memberi penekanan terhadap nilai murni secara semula jadi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ianya wajar diaplikasikan dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah ke
arah pembentukan budaya amalan baik secara berterusan. Konsep baharu ini bertujuan untuk
mewujudkan suasana yang selamat, selesa, aman, mengembirakan, membina dan inklusif ke
arah mencapai kesejahteraan masyarakat. Hal ini juga akan membolehkan murid akan
meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu yang sentiasa berfikiran kreatif
dan inovatif dalam penyelesaian masalah. 14 elemen SEJAHTERA yang terkandung dalam
konsep ini Selamat, Sihat, Seronok, Etika, Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni,
Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional dan Artikulasi.
MATLAMAT
Membentuk budaya amalan baik di sekolah dalam kalangan murid Sekolah Menengah
Kebangsaan Julau No.2 yang melibatkan 14 elemen nilai positif sekolahku sejahtera
iaitu selamat, sihat, seronok, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti,
terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.
OBJEKTIF
✓ Melahirkan murid – murid yang bukan sahaja cemerlang akademik malah
cemerlang dari sudut sahsiah dan akhlak melalui penerapan 14 nilai positif.
✓ Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, mengembirakan,
membina dan inklusif ke arah mencapai kecemerlangan prestasi diri.
✓ Membolehkan murid - murid meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan
baharu, sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah.
AJK INDUK
Pengerusi : En. Sandak ak Remang (Pengetua)
Naib Pengerusi : Pn. Dahlia Lawas ak Manggie (menjalankan tugas PK Hem)
Timbalan pengerusi : En. Faridzul Abdullah (PK Pentadbiran)
En. Abang Masli Bin Abang Wellie (PK Kokurikulum)
AJK PELAKSANA
Bil. Bidang tugas Nama guru Senarai tugas
1. Pengacara majlis, Cikgu Ancyandi ak Francis • Memastikan perjalanan
Buku program & majlis berlangsung
Nyanyian Lagu dengan lancar.
tema “Sekolahku • Menyediakan buku
SEJAHTERA” program digital dan
bercetak.
• Mengedarkan buku
program kepada barisan
pentadbir sekolah.
• Menyediakan lirik lagu
“Sekolahku
SEJAHTERA”.
2. Bacaan doa Ustaz Mohd. Fadilah bin Junaidi • Memastikan teks doa
tersedia rapi.
3. Penyediaan teks Cikgu Lumi ak Janggok • Menyediakan teks
ucapan ucapan tentang
“Sekolahku
SEJAHTERA”.
4. Bunting/Gimik Cikgu Hasma Hul Husna binti • Membuat perancangan
pelancaran & Safie latar belakang bunting
Jurugambar Cikgu Nor Azreen binti Rusli dan persediaan gimik
perasmian.
• Merakam gambar ketika
majlis berlangsung.
5. Promosi /Hebahan Cikgu Jennifer ak Limbang • Membuat promosi
dengan mengedarkan
flyers tentang
“Sekolahku
SEJAHTERA” kepada
murid dan guru.
6. Dokumentasi Cikgu Hasma Hul Husna binti • Menyediakan laporan
Safie lengkap dan
Cikgu Nor Azreen binti Rusli dokumentasi bergambar
sejurus selesai program.
ATUR CARA MAJLIS
6.30 pagi : Semua murid dan guru berkumpul di Dataran Helang
6.45 pagi : Ucapan alu – aluan pengerusi majlis
Bacaan doa
Ucapan aluan :
Cik. Lumi anak Janggok
Ucapan perasmian :
En. Sandak anak Remang (Pengetua)
Gimik pelancaran
Nyanyian lagu Sekolahku SEJAHTERA
7.30 pagi : Bersurai
SEKALUNG
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih kepada Pengetua, Barisan pentadbir, Ahli
jawatankuasa pelaksana majlis dan Warga SMK Julau No.2
yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung
menjayakan MAJLIS PELANCARAN SEKOLAHKU
SEJAHTERA.
“Bersama membudayakan Sekolahku SEJAHTERA”
Sekian, terima kasih.
LAGU
SEKOLAHKU SEJAHTERA
Lirik:
Di sini bermula, mengenal dunia
bersama guru tercinta
Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA
Pre Chorus 1
Kesihatan diutama, kebersihan dijaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni
Chorus
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Bangkitlah,
Generasi pewaris negara
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia
Post Chorus(2x)
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama
Pre Chorus 2
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti
CATATAN