MPU23012 JABATAN PERDAGANGAN DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN SESI 2:2022/2023 PENGAJIAN ISLAM
Sidang Redaksi N U R U L A N I S H A H W A H I D A B I N T I A B D U L K A R I M 1 8 D S K 2 2 F 1 0 1 3 Pensyarah: SUHAILA BINTI MUSTAFFA N U R A M N I Z A K I R A H B I N T I Z U L K I F L I 1 8 D S K 2 2 F 1 0 3 0 N A D I A A J L A A B I N T I A Z I Z A N 11 8 D S K 2 2 F 1 0 11 N A J I H A H B I N T I H A S S A N 11 D S K 2 2 F 1 0 1 5 N I K A R I S S A Q I S T I N A B I N T I N I K F A I Z O R 11 8 D S K 2 2 F 1 0 2 6
PENDAHULUAN ASSALAMMUALAIKUM KAMI DARI KUMPULAN 5 CAHAYA DIBERI AMANAH OLEH PENSYARAH KURSUS KAMI UNTUK MELAKSANAKAN TAJUK MENGENAI ISU POLIGAMI YANG BERLAKU DI MALAYSIA DENGAN MERUJUK BUKU YANG TELAH KAMI PILIH IAITU TARBIYATUL AULAD FIL ISLAM YANG DITULIS OLEH DR. ABDULLAH NASIH ULWAN
APA ITU POLIGAMI? Islam membenarkan poligami bagi kepentingan umat islam dalam membina sebuah kekeluargaan yang mawaddah. Mawaddah bermaksud cinta dan kasih sayang antara suami isteri. Poligami bermaksud beristeri banyak iaitu 'poli' erti banyak manakala 'gami' pula erti isteri. Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin tidak melebihi empat orang isteri.
Firman Allah SWT: "Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja." Poligami yang memecahkan belah dan tidak adil itu bukanlah perkara sunnah kerana hal itu jelas bertentangan dengan perbuatan Rasulullah SAW.
• Sentiasa berlaku adil terhadap isteriisterinya dengan memberi keperluan nafkah yang cukup dari segi zahir dan batin • Berpoligami bukanlah untuk memenuhi tuntutan nafsu dan keinginan fizikal lelaki semata-mata • seorang suami haruslah mampu untuk menyediakan tempat tinggal yang sewajarnya bagi keluarga mengikut kemampuannya, mampu memberi keperluan asas nafkah makan, minum dan pakaian secukupnya, mampu menyediakan kemudahan asas seperti pendidikan dan lain-lain kemudahan Tanggungjawab bagi suami yang berpoligami
Tanggungjawab isteri dalam poligami Si isteri perlulah ikhlas dengan menerima kehadiran wanita lain yang menjadi orang ketiga di dalam rumah tangganya bersama sang suami Jika suami telah berlaku adil, isteri perlu menyokong agar dapat memelihara keharmonian rumah tangga. Isteri perlu menjalinkan hubungan yang baik iaitu dengan tidak bergaduh atau bermasam muka dengan wanita itu. Si isteri perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri seperti biasa walaupun suami mempunyai isteri lain.
Penulis buku mengatakan bahawa lelaki perlulah berlaku adil kepada setiap isteri kerana tidak ingin berlakunya kezaliman dalam rumah tangga. SYARAT POLIGAMI Ditulis pada muka surat 8&7 Adil Dalam Penyediaan Tempat Tinggal Adil Dalam Giliran Adil Terhadap Anak-anak Adil Memberikan Nafkah Adil Terhadap Para Isteri Contoh adil yang dikatakan oleh penulis ialah Membatasi Jumlah Isteri Haram Menghimpun Wanita Bersaudara Sebagai Isteri Mampu Berlaku Adil 1. 2. 3.
KERATAN AKHBAR
KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, Perkahwinan ini bukanlah bermaksud cinta atau keseronokan semata-mata, tetapi ia lebih kepada penerimaan tanggungjawab baharu dan amanah yang lebih besar. Jika sebelum ini hanya menguruskan diri sendiri, perkahwinan akan membuatkan suami bertanggungjawab menjaga, mendidik dan menguruskan isteri-isteri dan anakanak. Semakin ramai isteri dan anak, maka semakin besarlah tanggungjawab yang dipikul oleh suami tersebut. Ingatlah, setiap tanggungjawab ini akan ditanya kembali di akhirat untuk melihat sama ada suami tersebut bersifat amanah dan adil dalam poligami ketika di dunia dahulu. Pendapat kami tentang buku Tarbiyatul Aulaf Fil Islam ini ialah kami dapat menimba ilmu baharu tentang perkahwinan poligami terutamanya dari segi Syarat poligami, Hukum poligami, Tanggungjawab isteri dalam poligami, Tanggungjawab bagi suami yang berpoligami dan lain lain lagi. Buku ini juga bertepatan dengan apa syariat islam ajarkan dari segala segi cara untuk mencapai keharmonian dalam rumah tangga terutamannya berpoligami. Buku ini dapat memberikan panduan kepada pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga dan juga menjawab soalan- soalan tentang permasalahan poligami.
PENULIS : DR. ABDULLAH NASIH ULWAN SUMBER RUJUKAN
Terima Kasih