The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERLEMBAGAAN KELAB BILIK GURU DAN STAFF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JULAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by broody9594, 2024-01-24 00:10:03

PERLEMBAGAAN KELAB BILIK GURU DAN STAFF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JULAU

PERLEMBAGAAN KELAB BILIK GURU DAN STAFF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JULAU

PERLEMBAGAAN KELAB BILIK GURU DAN STAF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JULAU PERKARA 1 : NAMA DAN ALAMAT a. Nama Kelab : Kelab Kebajikan Guru Dan Staf Sekolah Menengah Kebangsaan Julau b. Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Julau, 96600 Julau, Sarikei, Sarawak. PERKARA 2 : MATLAMAT Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Julau ini lebih kondusif dan produktif. PERKARA 3 : TUJUAN-TUJUAN KELAB 3.1 Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan staf dengan syarat tiada 'faedah'. 3.2 Untuk membolehkan guru-guru dan pekerja berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan. 3.3 Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif PERKARA 4 : FUNGSI KELAB 4.1 Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan kelab yang dinyatakan dalam perkara 3, seperti : 4.1.1 Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan staf serta menjaga kebajikan mereka. 4.1.2 Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara guru-guru dan staf serta sekolah.


PERKARA 5 : KEAHLIAN 5.1 Terbuka kepada semua guru dan staf Sekolah Menengah Kebangsaan Julau. 5.2 Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik. PERKARA 6 : AHLI JAWATANKUASA 6.1 Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Staf. Jawatankuasa ini dilantik oleh ahliahli kelab setiap mesyuarat agung tahunan. 6.2 Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Staf hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan masih lagi berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Julau. 6.3 Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Staf. 6.4 Pengerusi KBGSSMKJ yang dilantik boleh dalam sesuatu masa melantik mana– mana ahli untuk menganggotai jawatankuasa bagi melicinkan pentadbirannya. Namun demikian ahli yang dilantik adalah tidak lebih daripada empat (4) orang. 6.5 Mana-mana kekosongan yang berlaku dalam jawatankuasa boleh diganti oleh jawatankuasa dengan melantik ahli yang tidak terpilih untuk memegang jawatan yang dikosongkan sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang. 6.6 Jawatankuasa yang telah dipilih dan dilantik memegang jawatan dalam KBGSSMKJ selama empat (4) tahun berturut-turut secara automatik akan gugur pada penggal berikutnya, kecuali dengan kerelaan hatinya bersetuju untuk terus memegang jawatan. 6.7 Ahli-ahli yang tidak hadir Mesyuarat Agung juga layak dilantik untuk memegang jawatan dalam jawatankuasa KBGSSMKJ. 6.8 Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Julau secara automatiknya akan menjadi Penasihat KBGSSMKJ. Tuan Pengetua atau wakilnya boleh menyertai mesyuarat untuk memberi pandangan. 6.9 Mesyuarat Agung perlu melantik SEORANG (1) orang pemeriksa kira-kira yang mana bukan terdiri daripada ahli jawatankuasa yang dipilih dan mereka tidak terlibat di dalam mesyuarat jawatankuasa. Namun begitu mereka boleh dijemput untuk menyertai mana-mana mesyuarat jawatankuasa tetapi tidak dapat membuat keputusan. 6.10 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.


6.11 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat. 6.12 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Pengerusi 6.13 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri :- 6.13.1 Pengerusi 6.13.2 Naib Pengerusi 6.13.3 Setiausaha 6.13.4 Bendahari 6.13.5 Lima (7) Ahli Jawatankuasa 6.13.6 Pemeriksa Kira-kira PERKARA 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA Fungsi Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Staf ialah untuk mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan. 7.1. Pengerusi 7.1.1 Mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Am, Mesyuarat Tergempar dan Taklimat Jawatankuasa dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan semua mesyuarat 7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 7.1.3 Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempoh berkhimat. 7.1.4 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. 7.1.5 Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apaapa peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab. 7.1.6 Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi. 7.1.7 Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.


7.2 Naib Pengerusi 7.2.1 Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsifungsi pengerusi 7.2.2 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi 7.3 Setiausaha 7.3.1 Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan. 7.3.2 Mencatat, menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan. 7.3.3 Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya. 7.3.5 Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab. 7.3.6 Menyimpan segala maklumat tentang perancangan, pelaksanaan dan pencapaian aktiviti yang dibuat sepanjang tahun sama ada secara bergambar atau dalam bentuk dokumen. 7.5 Bendahari 7.5.1 Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab dengan menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa ke semasa. 7.5.2 Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat jawatankuasa. 7.5.3 Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan. 7.5.4 Memastikan tidak ada terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari akaun kelab. 7.5.5 Menyediakan laporan atau penyata kewangan untuk di audit dan dibentangkan kepada Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan.


7.6 AJK Sukan 7.6.1 Merancang dan melaksanakan program sukan/permainan ahli kelab termasuk jemputan dari luar. 7.6.2 Menyelaras dan menganjurkan lawatan rasmi dan tidak rasmi dan pelbagai kegiatan KBGSSMKJ berbentuk rekreasi dan sukan. 7.6.3 Menyelenggarakan, menguruskan dan menyimpan stok alat-alat permainan dengan baik 7.6.4 Menguruskan pembelian alat permainan untuk aktiviti kelab. 7.7 AJK Penajaan 7.7.1 Membantu Pengerusi serta ahli jawatankuasa tertinggi mencari bantuan / penaja untuk kegiatan KBGSSMKJ. 7.7.2 Melaksanakan aktiviti pemasaran termasuk mengumpul dana kelab. 7.7.3 Berhubung dengan Setiausaha untuk urusan surat-menyurat sekiranya perlu. 7.8 AJK Kebersihan/Keceriaan 7.8.1 Membantu pengerusi merancang dan menyelia program keceriaan bilikbilik khas kelab sekolah terutamanya bilik guru. 7.8.2 Membeli dan menguruskan alatan yang perlu untuk kecerian bilik guru. 7.8.3 Menyediakan maklumat dan carta organisasi untuk kegunaan ahli kelab. 7.8.4 Menyediakan buletin aktiviti KBGSSMKJ atau sesuatu pengumuman apabila diperlukan. 7.9 AJK Kebajikan 7.9.1 Menjadi ketua dalam aktiviti kebajikan dan sosial. 7.9.2 Menyelaraskan kegiatan sosial dan kebajikan yang dirancang, diatur dan disusun oleh kelab. 7.9.3 Menjaga dan menyelaraskan kebajikan setiap ahli. 7.9.4 Merancang kunjungan, bantuan dan sumbangan kepada ahli-ahli yang sakit dan ditimpa musibah.


7.10 AJK Jamuan / Keraian 7.10.1 Bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal yang berkaitan dengan jamuan. 7.10.2 Memastikan segala peralatan dan kelengkapan untuk kegunaan jamuan cukup dan tersusun. 7.10.3 Bekerjasama dalam semua aktiviti sekolah yang melibatkan jamuan 7.10.4 Bertanggungjawab dalam menguruskan tetamu-tetamu yang hadir semasa majlis diadakan. 7.11 AJK Hadiah dan Cenderahati 7.11.1 Menyelaras hadiah, cenderahati dan cendera kenangan untuk sebarang kegiatan KBGSSMKJ apabila diperlukan. 7.11.2 Menguruskan urusan pembelian hadiah, cenderahati atau cendera kenangan apabila diperlukan. 7.11.3 Berhubung dengan Setiausaha untuk urusan surat-menyurat sekiranya perlu. 7.12 AJK Kerohanian 7.12.1 Menyelaras aktiviti ceramah, kursus, seminar, bengkel, sambutan perayaan, motivasi dan pelbagai kegiatan berbentuk kerohanian berkaitan untuk ahli KBGSSMKJ. 7.13 Pemeriksa Kira-kira 7.11.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan kira-kira semua wang keluar, wang masuk, wang simpanan serta baki wang KBGSSMKJ. 7.11.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul. PERKARA 8 : KEWANGAN 8.1 Setiap ahli diwajibkan membayar yuran tahunan kelab sebanyak RM 100.00 bagi guru dan RM 50.00 bagi staf. 8.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan oleh ahli kepada Bendahari dari bulan Januari hingga April 2024 sama ada secara ansuran atau tunai.


8.3 Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan. 8.4 Yuran khas RM 50.00 untuk pembelian hadiah akan dikutip daripada ahli-ahli dengan persetujuan / persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli dengan mengambil kira suara majoriti. Setiap ahli perlu akur dengan suara majoriti. 8.4.1 Bagi persaraan semasa sebanyak RM 1200 daripada yuran khas ini digunakan untuk pembelian cenderamata. RM 300 pula akan dibahagikan kepada 4 bidang untuk pembelian hadiah bagi bidang masing-masing. 8.5 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti-aktiviti sampingan di dalam dan luar sekolah. 8.6 Semua pungutan atau penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun yang telah disediakan oleh Bendahari. 8.7 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun berakhir pada akhir tahun. 8.8 Perbelanjaan wang hendaklah kepada perkara-perkara yang berfaedah dan tidak melanggar undang-undang dan perbelanjaan tetap boleh dibuat dengan kadar tertentu:- 8.8.1 Kematian Ahli RM 100.00 8.8.2 Kematian Tanggungan RM 100.00 (Suami atau isteri, anak-anak, ibu atau bapa, ibu mertua atau bapa mertua) 8.8.3 Ahli dan tanggungan yang sakit RM 50.00. Ahli dan tanggungan (suami/isteri dan anak-anak) yang sakit dan tinggal di hospital melebihi satu (1) hari dalam satu masa. Tidak termasuk ahli yang masuk hospital kerana ingin bersalin. 8.8.4 Bertukar atau bersara ( Mengikut tempoh berkhidmat ) 8.8.4.1 Bertukar selepas 1 – 5 Tahun - RM 50.00 8.8.4.2 Bertukar 6- 10 Tahun - RM 70.00 8.8.4.3 Bertukar 11 Tahun ke atas - RM 100.00 8.8.4.4 Persaraan - RM 150.00 8.8.5 Sumbangan kepada anak ahli yang cemerlang RM 50.00 Dalam peperiksaan. (mesti mendapat semua ‘A’ dalam peperiksaan yang diduduki- UPSR,PMR,SPM dan STPM) 8.9 Kuasa untuk membelanjakan wang KBGSSMKJ ialah Jawatankuasa KBGSSMKJ dengan syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah dan tidak melanggar undang-undang.


8.10 Pengerusi MBGS SMKJ boleh dalam suatu masa meluluskan perbelanjaan yang tidak melebihi RM 100.00 bagi menjalankan aktiviti yang berfaedah tanpa memanggil mesyuarat. PERKARA 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN 9.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung. 9.2 Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab. 9.3 Ahli yang belum menjelaskan tunggakan yuran tahunan sebelumnya tidak boleh menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa. PERKARA 10 : AKTIVITI 10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat ahli jawatankuasa. 10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. 10.3 Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli. PERKARA 11 : MEMBERHENTIKAN 11.1 Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau ketenteraman kelab, boleh dipecat oleh Jawatankuasa Kelab. Ahli yang dipecat berhak membuat rayuan dalam tempoh 14 hari diberitahu pemecatan, kepada mesyuarat agong untuk membuat keputusan muktamad. PERKARA 12 : PINDAAN PERLEMBAGAAN 12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. 12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli jawatankuasa semasa mesyuarat agung tahunan. 12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa serta ahli lain akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. 12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh pengerusi.


PERKARA 13 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 13.1 Mesyuarat Agung tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum tahun persekolahan bermula. 13.2 Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendahlah dihebahkan kepada ahli- ahli selewat-lewatnya TIGA hari sebelum tarikh mesyuarat. 13.3 Agenda mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut : - 3.3.1 Ucapan pengerusi 13.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu 13.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/aktiviti 13.3.4 Membahaskan perkara berbangkit 13.3.5 Pemilihan Jawatankuasa bagi tahun berkenaan 13.3.6 Ucapan penangguhan 13.3.7 Lain-lain hal 13.4 Mesyuarat agung tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam jawatankuasa serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan kelab. Pemilihan pemegang jawatan dibuat seperti berikut :- 13.4.1 Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong. 13.4.2 Pemilihan dibuat secara undian bagi jawatan yang ditandingi. 13.4.3 Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan. 13.5 Mesyuarat Agung Khas bagi kelab ini boleh diadakan : a) bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa; b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 1/4 daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya. 13.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu. 13.7 Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha sekurang- kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat.


PERKARA 14 : KORUM 14.1 Korum mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti berikut. 14.1.1 Mesyuarat agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli. 14.1.2 Mesyuarat jawatankuasa hendaklah tidak kurang ½ daripada jumlah bilangan ahli jawatankuasa. 14.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab; dan jika korum tidak cukup juga selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang Kelab atau membuat keputusan- keputusan mengenai semua ahli.


PENAUNG PN. MADLINE ANAK JAYAN PENGERUSI EN. BROODY ANAK SAIT NAIB PENGERUSI EN. DAVID ANAK SOBIN SETIAUSAHA EN. MOHAMAD ZHARIF FARHAN BENDAHARI PN. LEONG LIAN HUA NAIB SETIAUSAHA CIK MAGDELYNE ANSIK PEMERIKSA KIRA-KIRA PN. MARILYNE BUNGA AJK JAMUAN STELLA ANAK LASAN (K) CIK HO PAY KIEA CIK NOR AIDA AYU AJK KEBAJIKAN EN. MINGGU ANAK RANTAI (K) EN. HENRY ANAK JUMPOT EN. WILFRED GELUNGAN AJK SUKAN EN. CLIFF RAMOSE (K) EN. MACONROE JANI CIK SHELYVIA EMAN AJK KECERIAAN PN. BANUN ANAK UMPING (K) EN. HAMZAH MOHD AZIZAN EN. DANIEL ANTHONY AJK PENAJAAN DAN TEMPAHAN CIK LYNTHIA ANAK MULING (K) PN. GOH MING HEA PN. RAYANIE ANAK JAWEY AJK KEROHANIAN EN. MUHAMMAD FAIDZAL (K) PN. LENNY BLAJA EN. AUGUSTINE ENGKAMAT AJK HADIAH DAN CENDERAMATA PN. NOR ATIKAH (K) PN. LESLEY ANAK NYALA PN. PATRICIA ANTAI ANAK ROBIN


Click to View FlipBook Version