The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niman1312, 2021-04-15 21:15:02

Dato' Onn Jaafar

Dato' Onn Jaafar

DATO’ ONN BIN JAAFAR

BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH PEMIMPIN
JOHOR

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH/MENENGAH PERINGKAT
DAERAH PONTIAN
TAHUN 2021

NURUL IMAN BINTI SAID MOHD ADRI

SK KAMPONG SAWAH
KM 4.8 JALAN SAWAH, 81500 PEKAN
NANAS, PONTIAN

4 IBNU KHALDUN

ALAMAT EMEL [email protected]

I

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 1
BIODATA DATO’ ONN JAAFAR 2-3
PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR 4
KERJAYA DATO’ ONN JAAFAR 5-7
KERJAYA POLITIK DATO’ ONN JAAFAR 8
SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR 9-11
NILAI KEPIMPINAN DATO’ ONN YANG BOLEH DICONTOHI GENERASI SEKARANG 12-13

PENUTUP 14
RUJUKAN 15

PENDAHULUAN

Nama Dato Onn Jaafar bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita,
lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air negeri Johor. Beliau
merupakan pengasas dan Presiden Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) .
Kepimpinan beliau amat terserlah terutama dalam bidang pentadbiran dan politik
yang banyak memberi sumbangan terhadap Negeri Johor ..Beliau merupakan anak
kepada Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Datuk Jaafar bin Haji Muhammad.
Darah kepimpinan yang mengalir kepada beliau menjadikan beliau seorang yang
berwibawa dan berkebolehan dalam memberikan khidmat bakti dan sumbangan
terhadap negeri Johor khususnya dan politik negara amnya.

Kejayaan beliau menubuhkan UMNO sekaligus menyatupadukan rakyat
Melayu bagi menentang Malayan Union sehingga tertubuhnya Persekutuan Tanah
Melayu, menjadikannya pemimpin yang unggul dan tersohor. Kelantangan dan
keberanian Dato Onn dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu sewajarnya
dikenang dandiambil ikhtibar agar dapat dihayati generasi akan datang.

BIODATA DATO’ ONN
JAAFAR

Dato’ Onn bin Jaafar dilahirkan pada 12 Februari 1895 di Bukit
Gambir, Johor Bahru. Bapanya Dato’ Jaafar Haji Muhammad merupakan
mantan Menteri Besar Johor yang pertama dan pengasas sistem pentadbiran
Kerajaan Johor. Sementara ibunya, Hanim Rogayah berasal dari Scarcia ,
Turki. Dato’ Onn Jaafar berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan
Bendahara Kerjaaan Melaka. Oleh itu, beliau mendapat keistimewaan sebagai
kerabat raja. Tambahan pula beliau telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim bin
Sultan Abu Bakar sebagai anak angkatnya.

2

Dato’ Onn bin Jaafar menamatkan zaman bujangnya dan bertemu jodoh yang pertama dengan Che Rafiah
binti Abdullah dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Hwa, Rukiah dan Cik Salehah. Jodohnya dengan Che Rafiah
tidak berpanjang apabila Che Rafiah meninggal dunia selepas melahirkan anak ketiga. Kemudian Datuk Onn
berkahwin dengan Cik Jamilah binti Othman dan dikurniakan seorang anak bernama Azmir. Ditakdirkan Allah
Dato’ Onn bertemu jodoh pula dengan Che Kah seorang pelakon bangsawan,namun jodohnya juga tidak
berpanjangan..

Perkahwinan keempat Dato’ Onn bin Jaafar bersama Halimah binti Hussien pada tahun 1919 dikurniakan 6
orang anak termasuklah Tun Hussien Onn mantan Perdana Menteri ketiga. Dato’ Onn bin Jaafar telah meninggal
dunia pada hari Jumaat , 19 Januari 1962 di Johor Bahru pada usia 67 tahun dan disemadikan di Makam Diraja
Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru bersebelahan dengan pusara bapanya.

PENDIDIKAN DATO’ ONN
JAAFAR

Dato’ Onn bin Jaafar mendapat Pendidikan awal di Sekolah Melayu di Johor Bahru
sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Beliau belajar Bahasa Inggeris dengan wanita
Inggeris yang menjaga beliau Bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim bernama Tunku
Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad.

Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya di Alderburgh Lodge School,
Suffolk England. Beliau ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor. Oleh itu, Sultan
Ibrahim telah membiayai pengajian beliau di England dan merupakan pelajar terbaik dalam
Bahasa Inggeris dan Perancis. Dato’ Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke Tanah
Air di Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk pengajian Bahasa Melayu.

KERJAYA DATO’ ONN JAAFAR

1911- Kerani Pelatih di Pejabat 1912- Pembantu Kerani Besar, 1912- Pembantu Kerani Besar di Pejabat
Setiausaha Kerajaan Johor Pejabat Perubatan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

: 1914 – Bekerja di Pejabat Imigresen 1915- Bekerja di Pejabat Wang
(Perbendaharaan ) Johor
1913- Bekerja di Pejabat
Penasihat Undang-Undang Johor

1917- Kadet dalam Pasukan Tentera 1920- Bekerja di Pejabat Penasihat Johor.
Johor-Kemudian ke pangkat kapten Kemudian dipecat oleh Sultan Johor

KERJAYA DATO’ ONN JAAFAR

1922-Penolong Pegawai 1923-Ketua Pejabat Kawalan /
di Pejabat Tanah Johor Sekatan Getah di Muar

1924- Penolong Pemungut Hasil Tanah 1930-Wartawan di Syarikat 1934-Pengarang Mingguan Lembaga
Muar. Kemudian berpindah ke Johor Bahru Warta Malaya Malaya dan Harian Lembaga

1936-Ahli Mesyuarat Kerajaan 1938-Setiausaha Sulit kepada 1942-Ketua Pejabat Kawalan
Johor Tunku Mahkota Johor Makanan Negeri Johor

1945- Menjadi Pegawai Daerah KERJAYA DATO’
Batu Pahat ONN JAAFAR

1949- Menteri Besar Johor

1951- Pengerusi Rural and Industrial
Development Authority

KERJAYA POLITIK DATO’ ONN JAAFAR

1946 Pengasas UMNO

Menubuhkan satu badan yang mewakili orang Melayu dalam Kongres Melayu ketiga pada 1 Mei 1946. Beliau
telah dilantik sebagai Presiden pertama UMNO

1951 Pengasas Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara

Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya untuk bertanding dalam pilihanraya, malangnya parti tersebut tidak
mendapat sokongan. Kemudian menubuhkan Parti Negara pada tahun 1955.

1959 Ahli Parlimen Kuala Terengganu Selatan

Berusaha mendapatkan tempat dalam bidang politik dan akhirnya berjaya dalam Pilihanraya Umum 1959
dengan bantuan parti PAS.

SUMBANGAN
DATO ONN
JAAFAR

1 Menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor dan menjadi Yang

Dipertua yang pertama. Dalam bulan Mac 1946, perwakilan-perwakilan dari
pelbagai persatuan Melayu bertemu dalam Kongres Melayu pertama yang
diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur mencapai keputusan akan
menubuhkan satu gagasan yang mewakili bangsa bagi menentang Malayan
Union.

2 • Mengadakan Kongres Melayu ketiga di Istana Besar Johor Bahru, pada bulan Mei 1946. Kongres

SUMBANGAN DATO inilah yang melahirkan UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn bin Jaafar . Dato’ Onn bin Jaafar telah
ONN BIN JAAFAR menjadi Yang Dipertua UMNO yang pertama. Kepimpinan Dato’ Onn menentang penjajahan Inggeris
secara politik sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu

dengan pentadbiran bangsa Melayu sendiri.

SUMBANGAN 3 • Memberikan sumbangan dan khidmat bakti sebagai Menteri Besar Johor yang ke 7.
DATO’ ONN BIN
JAAFAR Namun meletak jawatan tiga kemudian untuk memberikan tumpuan terhadap UMNO.

4 • Mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat

kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu.

NILAI KEPIMPINAN DATO’ ONN
JAAFAR YANG BOLEH
DICONTOHI GENERASI
SEKARANG

Keberanian dan kesetiaan
-Perjuangan Dato’ Onn memperjuangkan nasib bangsa dalam menentang Malayan
Union wajar dicontohi. Hampir dua tahun beliau menumpukan gerakan
mengagalkan Malayan Union.

Tokoh Pelopor dan Pemangkin Perpaduan
- Dato’ Onn bin Jaafar memulakan langkah menyatupadukan bangsa Melayu bagi
mencapai hasrat negara yang bebas merdeka di bawah pentadbiran kerajaan
sendiri.

NILAI KEPIMPINAN DATO’ ONN
JAAFAR YANG BOLEH DICONTOHI

GENERASI SEKARANG

Semangat Cintakan Negara
- Sanggup berkorban kepentingan diri dan pangkat , bagi memastikan nasib bangsa dan negara terus terbela dari
aspek agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi mahupun hak-hak istimewa orang Melayu.

Usaha tanpa jemu
- Usaha beliau yang sentiasa bersemangat waja dalam menuntut hak berkerajaan sendiri dan dipimpin oleh bangsa
sendiri.

Bijak dan teliti
- Bijak menggunakan strategi bagi mengadakan pelbagai rundingan sehingga mampu untuk menentang penjajahan
British.

PENUTUP

Yang Dipertua pertama UMNO Dato’ Onn bin Jaafar telah dimartabatkan sebagai Pengasas Sebuah Negara
Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara. Apatah lagi, cetusan semangat perjuangan ini bermula dari negeri Johor. Ini
termasuklah langkah tersusun yang dimulakannya bagi menentang Malayan Union.

Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Dato’ Onn Jaafar dalam menentukan hala tuju bangsa Melayu dan
negeri Johor di zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, patut dikenang dan diingati seluruh rakyat Johor dan Malaysia serta
dijadikan pembakar semangat bangsa Melayu agar dihormati di mata dunia sebagai bangsa yang berani dan bertamadun.

14

SUMBER RUJUKAN

Ramlah Adam, ‘Dato’ Onn Ja’afar- Pengasas Kemerdekaan’. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993.
Abdul Latip bin Talib, ‘Dato’ Onn Jaafar : Kisah Seorang Patriotik’. Latip dan Keluarga Enterprise,Negeri Sembilan, 2017.
Muhammad Faris Izzuwan, Adam, Ramlah binti, Samuri, Abdul Hakim bin & Fadzil, Muslimin bin (2004). Sejarah Tingkatan 3. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
https://en.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/


Click to View FlipBook Version