The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM Mesyuarat Agung PIBG KE15 EDITED

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arfadilah, 2024-05-10 08:33:47

BUKU PROGRAM MAT PIBG KE 15 EDITED

BUKU PROGRAM Mesyuarat Agung PIBG KE15 EDITED

Mesyuarat AgungPIBG SABTU, MEI 2024 DEWAN HAJI AHMAD FUAD Sekolah Rendah Islam Al Masriyah Masa : 8.30 - 12.00 Tengah Hari 11 3 ZULKAEDAH 1445H 15 KALI KE Dirasmikan Oleh: SEKOLAH RENDAH ISLAM AL MASRIYAH Encik Nor Sani bin Md Nor Yang diPertua PIBG Sekolah Rendah Islam Al Masriyah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT di atas kurniaan dan limpah kurniaNya kita dapat berkumpul dalam mesyuarat Agung PIBG Kali ke 15 ini bagi menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita sebagai hamba Allah. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG SRI Al Masriyah yang telah berjaya merancang,mengurus seterusnya melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 15 pada tahun 2024 ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih juga kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir pada hari ini. Kehadiran tuan/puan menandakan sokongan terhadap anak masing-masing. Tahniah dan terima kasih kepada semua barisan Jawatan Kuasa PIBG yang banyak membantu dan memberi bantuan kepada pihak sekolah demi melihat kemenjadian murid seterusnya menjadikan sekolah ini lebih baik pada masa akan datang.Kolaborasi ini merupakan saranan dan Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025 ) melalui anjakan yang kesembilan iaitu “Bekerjasama dengan ibubapa , komuniti dan sektor swasta secara meluas”. Berdasarkan hasrat tersebut, jelas menunjukkan bahawa peranan dan tanggungjawab PIBG serta ibubapa terhadap sekolah sangat penting. Kemajuan dan kecemerlangan sesebuah sekolah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab PIBG dan ibubapa. Kemenjadian murid secara holistik adalah tanggungjawab bersama antara ibu bapa dan pihak sekolah. Murid yang cemerlang bermula dari asuhan ibubapa di rumah.Semoga kerjasama yang sentiasa terjalin akan terus melahirkan anak didik yang cemerlang dunia dan akhirat. Akhir kata, sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat Agung PIBG Kali ke 15 bagi tahun 2024.Marilah kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan ini bagi melahirkan murid yang Karahmah Insaniah berjaya dunia akhirat. Sekian, terima kasih. GURU BESAR Puan Husnul Qhateemah binti Roslee 1 Sekapur Sireh


2 Seulas Pinang Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan dalam membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SRI Al-Masriyah sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. YANG DIPERTUA PIBG Encik Nor Sani bin Md Nor


3 Tentatif Program 11 MEI 2024 / Sabtu 8.30 pagi : Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga & guru : Ketibaan jemputan / Perasmi 9:00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan Doa : Persembahan Nasyid : Ucapan Penasihat PIBG PUAN HUSNUL QHATEEMAH BINTI ROSLEE : Ucapan Yang DiPertua PIBG dan Perasmian ENCIK NORSANI BIN MD NOR : Penyampaian cenderahati perasmi : Penyampaian sijil dan cenderahati kepada AJK PIBG 2023/2024 : Penyampaian cenderahati waris Khidmat Bakti : Penyampaian sumbangan Yayasan Taqwa (Dana Zakat) : Penyampaian sumbangan Khas Yang DiPertua PIBG : Penyampaian Kebajikan PIBG : Tayangan slaid 10:30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG bermula : Cabutan Bertuah Sesi bergambar / Bersurai


4 Jawatankuasa Kerja Penasihat : Pn. Husnul Qhateemah binti Roslee (Guru Besar Sek Ren Islam Al Masriyah) Pengerusi : En. Norsani bin Mohd Nor (Yang Dipertua PIBG) : En. Encik Mohamad Subky bin Sulaiman : (Naib Yang Dipertua PIBG) Naib Pengerusi 1 : Pn.Hayati bt Ahmad (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi 2 : Pn. Siti Annissa binti Abu Hassan (Penolong Kanan HEM) Naib Pengerusi 3 : Pn. Sharliza binti Shawal (Penolong Kanan Kokurikulum) Setiausaha : Pn .Fadilah binti Abdul Rahman Bendahari : Pn. Salbiah binti Kholid Pemeriksa kira-kira : Pn. Noor Hanani binti Mohd Daud : Pn. Zahrul Nisa binti Md Zabidi AJK Guru : En. Mohamad Razeen bin Mohaidin Gani : En. Norman bin Ahmad : Pn. Halimatun Sadiah binti Roslan : Pn. Sarah binti Hussein : Pn. Nawal binti Omar AJK Waris: : En. Mohd Shahrin bin Abdul Aziz : Pn. Juliana binti Arshad : Pn. Intan Elies Azlin binti Mat Salleh : Pn. Zawiyah binti Zakariya : : En. Muhammad Mujahid bin Jaafar : En. Mohd Bashir Zuhdi bin Ibrahim


5 Bil Jawatankuasa Kerja Bidang Tugas 1. Sambutan & Protokol • Guru Besar, PK, YDP dan NYDP • Mengalu-alukan kedatangan perasmi. • Mengalu-alukan kedatangan waris. 2. Pendaftaran • Siti Sarah binti Abdullah (T1) • Fadilah binti Abdul Rahman (T2) • Merekodkan kehadiran waris. 3. Pengacara Majlis • Fatimah binti Abu Hassan • Menyediakan teks pengacaraan • Mengacara majlis sebelum mesyuarat Agung PIBG 4. Buku Program • Fadilah binti Abdul Rahman(K) • Salbiah binti Kholid • Menyediakan teks pengacaraan • Mengacara majlis sebelum mesyuarat Agung PIBG 5. Pengerusi Sementara • Muhamad Redzuan bin Rosli • Mengendalikan mesyuarat selepas pembubaran AJK 6. Pencatat Minit • Salmah binti Ibrahim • Noor Hanani binti Mohamad Daud • Mencatat minit mesyuarat agung mengikut agenda yang diberikan . • Menyerahkan catatan minit mesyuarat yang lengkap kepada Setiausaha PIBG Jawatankuasa Kerja


6 Bil Jawatankuasa Kerja Bidang Tugas 7. Teknikal (PA sistem) • Mohd Taufik bin Ya • Memastikan PA sistem dalam keadaan baik 8. Tayangan Slaid • Ahmad Aliuddin bin Shaharin • Menyediakan slaid aktiviti sekolah &PIBG tahun 2022 9. Bacaan Doa • Norman bin Ahmad • Memimpin bacaan doa sebelum bermula Mesyuarat Agung. 10. Dokumentasi • Naimah binti Jamel • Hasnita binti Elias • Menyediakan laporan bergambar Mesyuarat Agung PIBG. 11. Persiapan tempat dan Penyuraian • Ahmad Bukhari bin Zainon (K) • Nazrul Kasbani binti Awang Ahmad • Nur Aina Safiah binti Mohd Hadzir • Mohd Shahrin bin Abdul Aziz(wakil PIBG) • Muhammad Mujahid bin Jaafar (wakil PIBG) • Juliana binti Arshad (wakil PIBG) • Menyediakan tempat dalam dewan untuk mesyuarat Agung PIBG • Menyediakan “whiteboard” . 12. Pentas dan Banner • Nor Edawati binti Ramli(K) • Rozanal A’in binti Mat Isa • Rozlina binti Yusoff • Memastikan banner dipasang di pentas • Memastikan keadaan pentas dalam keadaan yang kemas dan tersusun mengikut kesesuaian majlis Jawatankuasa Kerja


Bil Jawatankuasa Kerja Bidang Tugas 13. Makanan VIP • Azizah binti Mohamad(K) • Norlela binti Yeop • Membuat tempahan makanan VIP. • Memastikan makanan VIP tersedia pada masa yang sepatutnya. 14. Makanan waris • Nor Hanim binti Haroon • Rohana binti Abu Bakar • Roshida binti Saad • Puan Zawiyah binti Zakariya(wakil PIBG • Puan Intan Elies Azlin binti Mat Salleh(wakil PIBG) • Membuat tempahan makanan waris • Mengagihkan makanan kepada waris. 15. Persembahan • Halimatun Sadiah binti Roslan • Mohd Fauzan Amir bin Raihan • Melatih murid untuk persembahan. 16. Cabutan Bertuah • Nawal (K) • Rozanal A’in binti Mat Isa • Menguruskan hadiah untuk cabutan bertuah. • Menyediakan nombor untuk cabutan bertuah. 17. Pengira Undi • Muhammd Razeen bin Mohaidin Gani(K) • Fatimah Nabilah binti Ismail • Encik Mohd Bashir Zuhdi bin Ibrahim (wakil PIBG) • Mengira undi semasa mesyuarat agung berlangsung. 18. Cenderamata VIP & AJK • Sarah binti Hussein • Delimawati binti Ishak Jawatankuasa Kerja 7


8 Jawatankuasa PIBG JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH RENDAH ISLAM AL MASRIYAH TAHUN 2023/2024 Puan Husnul Qhateemah binti Roslee : Penasihat Encik Nor Sani bin Md Nor : Yang Dipertua Encik Mohamad Subky bin Sulaiman : Naib Yang Dipertua Fadilah binti Abdul Rahman : Setiausaha Salbiah binti Kholid : Bendahari Encik Mohd Shahrin bin Abdul Aziz : AJK Ibu Bapa Puan Juliana binti Arshad : AJK Ibu Bapa Puan Intan Elies Azlin binti Mat Salleh : AJK Ibu Bapa Puan Zawiyah binti Zakariya : AJK Ibu Bapa Encik Muhammad Mujahid bin Jaafar : AJK Ibu Bapa Encik Mohd Bashir Zuhdi bin Ibrahim : AJK Ibu Bapa Encik Mohamad Razeen bin Mohaidin Gani : AJK Guru Encik Norman bin Ahmad : AJK Guru Puan Halimatun Sadiah binti Roslan : AJK Guru Puan Sarah binti Hussein : AJK Guru Puan Nawal binti Omar : AJK Guru Puan Zahrul Nisa binti Md Zabidi : Pemeriksa Kira-kira Puan Noor Hanani binti Mohd Daud : Pemeriksa Kira-kira


9 Notis Panggilan Mesyuarat


10 Agenda Mesyuarat AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG AGENDA 2 : Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-14 AGENDA 3 : Membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG bagi sesi 2023/2024 AGENDA 4 : Membentang dan menerima penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2023 AGENDA 5 : Pembentangan dan Perbincangan Usul AGENDA 6 : Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 AGENDA 7 : Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 AGENDA 8 : Hal-hal lain AGENDA 9 : Ucapan Penangguhan


11 Minit Mesyuarat MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -14 SEKOLAH RENDAH ISLAM AL MASRIYAH TAHUN 2023/2024 1.0 Ucapan Penasihat Puan Husnul Qhateemah binti Roslee (Guru Besar) 1.1 Puan Husnul Qhateemah menzahirkan rasa syukur kerana sama-sama dapat berkumpul pada hari ini bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah Kali ke 14. 1.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG dan guru-guru yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan Mesyuarat Agung PIBG kali ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. 1.3 Puan Husnul Qhateemah berkongsi tentang slogan “Anak Yang Baik lagi Cerdik” (ABC) yang sering diungkapkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia , Dato Hj Pkharuddin bin Hj Ghazali. 1.4 Empat asas utama bagi melahirkan generasi ABC iaitu: i) Hati - Bekerja dari hati ii) Ibadah – Bekerja sebagai Ibadah iii) Trust and Inspirasi – Saling mempercayai dan memberi Inspirasi iv) Manfaat – Sentiasa bermanfaat Justeru itu, beliau menyeru semua ibu bapa supaya mengamalkan kebersamaan, keterbukaan dan kesyukuran dalam membangunkan nilai-nilai murni anak-anak di SRI Al-Masriyah. 1.5 Beliau mewakili guru-guru sangat mengalu-alukan cadangan dan idea yang bernas daripada waris agar dapat membantu meningkatkan lagi kecemerlangan murid-murid. 1.6 Puan Husnul Qhateemah juga memaklumkan kepada waris bahawa pihak sekolah sedang melaksanakan bebeberapa program. Antaranya ialah Program 3S (Senyum dan Salam, Sama-sama Hormat , Solat dan Sedekah) dan Program JODA ( Jom Datang Awal ke Sekolah). 1.7 Beliau berharap agar semua ibu bapa dapat memastikan anak-anak datang awal ke sekolah sebelum jam 7:25 pagi.


12 Minit Mesyuarat 1.8 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-14 ini dan tahniah kepada semua AJK yang bakal dilantik. Tindakan : Makluman 2. Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG sesi 2022/2023 Encik Nor Sani bin Mohd Nor 2.1 YDP mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-14. 2.2 Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua AJK PIBG serta guru-guru kerana telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi sesi 2023 ini. 2.3 Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohamad Faizal bin Najimudin dari Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang kerana sudi hadir pada hari ini bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Rendah Islam Al Masriyah. 2.4 Beliau turut memaklumkan bahawa Sekolah Rendah Islam Al Masriyah telah mencapai pelbagai kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum dan mampu berada sebaris dengan sekolah-sekolah lain dalam arus perdana. 2.5 AJK PIBG telah berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan segala amanah yang telah diberikan. 2.6 YDP merakamkan ucapan terima kasih kepada semua waris yang telah memberi sumbangan PIBG dan sumbangan ini telah dimanfaatkan sebaiknya untuk membiayai program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah sama ada dalam bidang akademik dan kokurikulum. 2.7 Semua sumbangan Kasih Syawal dari waris telah diinfaqkan sepenuhnya kepada anak-anak Al Masriyah pada bulan Ramadhan yang lepas kerana ini merupakan amanah dari waris kepada pihak PIBG. 2.8 Beliau mengharapkan kerjasama dan sumbangan dari pihak ibu bapa bukan sematamata wang ringgit, tetapi dari segi masa dan tenaga kerana kejayaan sekolah tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah. Tindakan : Makluman


13 Minit Mesyuarat 3. Ucapan Perasmian Ustaz Mohamad Faizal bin Najimuddin (Sektor Pendidikan Islam, JPNPP) 3.1 Ustaz Mohamad Faizal menzahirkan rasa syukur kerana dapat menghadiri MAT kali ke-14 Sekolah Rendah Islam Al Masriyah. 3.2 Beliau berkongsi tentang pentingnya mendidik anak-anak agar sentiasa beradab.Untuk mempelajari sesuatu ilmu, pelajarilah adab terlebih dahulu. 3.3 Beliau juga berkongsi sifat-sifat mahmudah yang mesti diamalkan oleh ibu bapa dan guru-guru bagi melahirkan murid-murid beradab dan berilmu. 3.4 Akhir sekali, beliau berharap agar ibu bapa dapat menyambung tugas guru dengan memantau pembelajaran murid semasa di rumah. 3.5 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-14 telah dirasmikan oleh Ustaz Mohamad Faizal bin Najumuddin pada pukul 10:00 pagi. Tindakan : Makluman 4. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 4.1 Puan Salmah binti Ibrahim selaku setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat PIBG kali ke-13. Semua ahli mesyuarat diminta rujuk halaman 10 hingga 14. 4.2 Merujuk perenggan 2.7 di halaman 11, Encik Nor Sani memaklumkan bahawa Encik Naziran Khalis merupakan jurulatih memanah sekolah. Beliau begitu komited dalam melaksanakan tanggungjawab sehingga ada peserta memanah yang telah berjaya ke peringkat daerah dan kebangsaan. 4.3 Merujuk perenggan 7.1 di halaman 12, YDP menjelaskan bahawa pemasangan water filter telah dilaksanakan atas sumbangan daripada waris. 4.4 Merujuk perenggan 7.3, di halaman 13, YDP memaklumkan bahawa pihak PIBG telah membayar pengawal keselamatan sebanyak RM100 seorang bagi menjaga lalulintas. 4.5 Cadangan untuk Pengesahan : Puan Zahrul Nisa binti Md Zabidi Sokongan : Puan Zawiyah binti Zakariya. Tindakan : Setiausaha


14 Minit Mesyuarat 5. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2022 5.1 Puan Salmah binti Ibrahim membentangkan laporan aktiviti tahunan bagi tahun 2022. 5.2 Cadangan untuk Pengesahan : Puan Nurul Aini binti Ismail Sokongan : Puan Intan Elies Azlin binti Mat Salleh Tindakan : Setiausaha 6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan berakhir Disember 2022. 6.1 Puan Salbiah binti Kholid selaku Bendahari PIBG sesi 2022 membentangkan penyata kewangan berakhir Disember 2022. Semua ahli mesyuarat diminta merujuk halaman 17. 6.2 Merujuk kepada bayaran penyelenggaraan penapis air, guru besar memaklumkan bahawa tiada bayaran dikenakan ke atas penyelenggaraan sebelum ini, tetapi caj tersebut telah dikenakan bermula bulan Mei.Jadi, Pihak sekolah akan memohon sumbangan daripada PIBG untuk membayar caj penyelenggaraan tersebut. 6.3 Cadangan untuk Pengesahan : Mohamad Salihin bin Abu Talib Sokongan : Mohamad Nasri bin Othman Tindakan : Bendahari 7. Pembentangan Laporan Akademik Tahun 2022 7.1 Guru Besar membentangkan laporan akademik tahun 2022. Semua ahli mesyuarat diminta rujuk halaman 19. Tindakan : Guru Besar 8. Pembentangan dan Perbincangan Usul 8.1 Puan Intan Elies Azlin binti Mat Salleh berharap agar sekurang-kurangnya sekali setahun di adakan perjumpaan guru kelas bersama waris membincangkan prestasi anak-anak. Tahun lepas tidak ada dilakukan lagi sejak PKP. Respon Guru Besar, Puan Husnul Qhateemah binti Roslee memaklumkan bahawa sebelum ini tiada perjumpaan bersama waris secara bersemuka kerana PKP. Walau bagaimanapun semua ibu bapa di bekalkan dengan slip keputusan secara online. Bagi sesi persekolahan 2023/2024, perjumpaan bersama ibu bapa akan diadakan pada bulan September 2023 dan Februari 2024.


15 Minit Mesyuarat 8.2 Encik Muhamad Subky bin Sulaiman mengesyorkan sumbangan PIBG bagi sesi 2023/2024 sebanyak RM50(kekal) setiap satu keluarga. Respon Cadangan untuk pengesahan : Puan Juliana binti Arshad Disokong : Puan Zurina binti Arshad Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju agar sumbangan PIBG bagi sesi 2023/2024 dikekalkan iaitu sebanyak RM50. Tindakan : Waris 9. Pembubaran AJK PIBG 2022/2023 9.1 Encik Nor Sani bin Md Nor selaku YDP PIBG 2022/2023 membubarkan barisan AJK bagi sesi 2022/2023. 10. Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 10.1 Cikgu Mohd Redzuan bin Rosli mengambil alih sebagai pengerusi sementara bagi pelantikan barisan AJK baharu 2023/2024. 10.2 Berdasarkan undian yang telah dibuat, ahli mesyuarat bersetuju melantik Encik Nor Sani bin Md Nor sebagai Yang DiPertua PIBG SRIM dan Encik Muhamad Subky bin Sulaiman sebagai Naib Yang Dipertua PIBG. 10.3 AJK waris yang telah dilantik melalui undian ialah: 1. Puan Intan Elies Azlin binti Mat Salleh 2. Puan Zawiyah binti Zakariya 3. Puan Juliana binti Arshad 4. Encik Muhammad Mujahid bin Jaafar 5. Encik Mohd Shahrin bin Abdul Aziz 6. Encik Mohd Bashir Zuhdi bin Ibrahim 7. Puan Zahrul Nisa binti Md Zabidi (Pemeriksa kira-kira)


16 Minit Mesyuarat 10.4 Puan Husnul Qhateemah mengumumkan barisan AJK baharu di kalangan guru bagi sesi 2023/2024. 1. Puan Fadilah binti Abdul Rahman - Setiausaha 2. Puan Salbiah binti Kholid – Bendahari 3. Encik Mohamad Razeen bin Mohaidin Gani 4. Encik Norman bin Ahmad 5. Puan Halimatun Sadiah binti Roslan 6. Puan Nawal binti Omar 7. Puan Sarah binti Hussein 8. Puan Noor Hanani binti Mohd Daud (pemeriksa kira-kira) 10.5 Guru Besar berharap agar kerjasama, komitmen serta idea-idea yang bernas daripada semua guru, PIBG dan waris dapat membantu meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah. Tindakan : Makluman 11. Hal-Hal Lain 11.1 Encik Mohamad Subky bin Sulaiman memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawa aktiviti PIBG yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat ini ialah Majlis Ibadah Qurban. Sekiranya ada waris yang berhajat untuk melakukan qurban atau aqiqah boleh menghubungi beliau. Tindakan : Makluman 12. Ucapan Penangguhan 12.1 YDP mengucapkan jutaan Terima kasih kepada semua atas kepercayaan yang diberikan dan akan memberikan yang terbaik untuk kecemerlangan murid-murid Sekolah Rendah Islam Al Masriyah. 12.2 Mesyuarat ditangguh pada jam 12:20 tengah hari. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ______________________ _____________________ (FADILAH BT ABDUL RAHMAN) ( NOR SANI BIN MOHD NOR) Setiausaha PIBG Sesi 2023/2024 Yang DiPertua PIBG Sek Ren Islam Al Masriyah Sek Ren Islam Al Masriyah


17 Laporan Aktiviti Tahunan sehingga 31 Disember 2023 BIL NAMA PROGRAM ANJURAN 1 Hari Gerai Ria Kokurikulum 2 Sambutan hari raya Aidilfitri Kokurikulum 3 Program hari jadi perdana Unit Bimbingan dan Kaunseling 4 Program Kursus Kepimpinan Sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling 5 Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas Hal Ehwal Murid 6 Hari Sukan Peringkat Sekolah Kokurikulum 7 Program UPKK cuti sekolah Kurikulum 8 Sambutan hari kanak-kanak Hal Ehwal Murid 9 Kokoria Peringkat Kebangsaan (Sabah) Kokurikulum


Laporan Kewangan 18


19 Pembentangan Usul NAMA PENCADANG : MOHD SHAHRIN BIN ABDULL AZIZ USUL : Saya ingin mencadangkan supaya pihak sekolah dan pibg dapat menyediakan kipas dinding besar di luar dewan iaitu dewan terbuka bagi memudahkan pelajar-pelajar serta tidak panas. Selain itu ia juga boleh di gunakan untuk majlismajlis tertentu. NAMA PENCADANG : MOHD SHAHRIN BIN ABDULL AZIZ USUL : Jika ada sesuatu aktiviti untuk pelajar mohon pihak guru dapat memberitahu ibubapa sehari awal untuk mencari bahan yang di perlukan (contoh seperti esok nak buat robot hari ini kena sediakan keperluan tersebut jadi ibubapa ada yang terkejar-kejar mencari bahan tersebut smpai ke malam) NAMA PENCADANG : MOHD SHAHRIN BIN ABDULL AZIZ USUL : Mohon pihak sekolah dan pibg dapat mengadakan aktiviti tahunan gotong royong sekolah bersama ibubapa supaya kawasan sekolah kelihatan lebih bersih serta kerjasama guru dan ibubapa lebih akrab untuk anak-anak Al-Masriyah. USUL 1 USUL 2 USUL 3


Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih kepada AJK PIBG Sek Ren Islam Al Masriyah Guru-guru dan Kakitangan Sek Ren Islam Al Masriyah Ibu bapa dan Penjaga Murid atas Kerjasama dan komitmen yang baik bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Rendah Islam Al Masriyah Kali ke 15 ini. Letih berjalan di tengah pekan, Singgah sebentar di gerai Siti, Terima kasih kami ucapkan, Atas segala jasa dan bakti. Pohon sirih pohon selasih, Tumbuh merimbun di hujung laman, Kalungan budi junjungan kasih, Menjadi kenangan sepanjang zaman. PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version