The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Saidina Abdul Rahman Bin Auf merupakan salah seorang tokoh Islam di zaman Nabi Muhammad SAW.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8898098, 2021-03-09 00:43:46

PENGISLAMAN SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF

Saidina Abdul Rahman Bin Auf merupakan salah seorang tokoh Islam di zaman Nabi Muhammad SAW.

Keywords: Tokoh Islam

SEKOLAH KEBANGSAAN
BANDAR BEHRANG 2020

TAJUK :
PENGISLAMAN SAIDINA
ABDUL RAHMAN BIN AUF

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
NAMA GURU : MUHAMAD NASUHA BIN AHMAD
NAMA : MUHAMMAD ZAMIR HARITH BIN AMIR
KELAS : 2 AKTIF

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1
2
2.0 BIODATA 3
4-7
3.0 CARA PENGISLAMAN 8
9
4.0 KEJADIAN YANG BERLAKU SELEPAS ABDUL 10
RAHMAN BIN AUF MEMELUK ISLAM 11
12
5.0 SUMBANGAN DALAM ISLAM

6.0 CIRI-CIRI KEPERIBADIAN
FAKTOR KEJAYAAN SAIDINA ABDUL

7.0 RAHMAN SEBAGAI AHLI PERNIAGAAN

8.0 KEISTIMEWAAN SAIDINA ABDUL RAHMAN

9.0 PENUTUP

1.0 PENGENALAN

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, terdapat ramai rakan
seperjuangan semasa mengembangkan Islam. Antara tokoh-
tokoh islam adalah seperti Abdullah ibn Salam, Abdullah ibn
Umar, Abdullah ibn Umm Maktum ,Abdullah ibn Zubair dan lain-
lain. Dalam penulisan ini saya akan menceritakan tentang salah
seorang rakan seperjuangan Nabi Muhammad SAW iaitu
Saidina Abdul Rahman Bin Auf.

1

2.0 BIODATA

Nama sebenar beliau ialah
Abdul Rahman bin Auf bin
Abdu Auf bin Al-Harith.

Berasal daripada keturunan Dilahirkan di Mekah pada
Bani Zuhrah. tahun 580 Masihi iaitu
sepuluh tahun selepas Tahun
Gajah.

Memeluk Islam melalui Dilantik menjadi pengerusi
Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Majlis Syura semasa
pemilihan khalifah yang
ketiga.

Wafat pada tahun 32 Hijrah
bersamaan 654 Masihi ketika
berusia 74 tahun.ketiga.

2

3.0 CARA PENGISLAMAN

Abdul Rahman bin Auf memeluk Islam sebelum Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dan
penyebaran Islamnya di dalam rumah Arqam bin Abi al-Arqam. Bahkan beliau merupakan
orang yang memeluk Islam selepas Islamnya Abu Bakar as-Siddiq, selepas dua hari Saidina Abu
Bakar memeluk Islam. Beliau merupakan orang yang didakwah oleh Abu Bakar untuk memeluk
agama Allah SWT. Beliau mendapat nasib yang sama seperti mana sahabat yang lain memeluk
Islam pada ketika itu yang terpaksa menahan pelbagai dugaan, cabaran dan tentangan
daripada kaum keluarga dan masyarakat setempat.

3

4.0 PERISTIWA YANG BERLAKU SELEPAS ABDUL RAHMAN BIN AUF
MEMELUK ISLAM

4.1 Diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul
Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur
dipanas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu malam yang sejuk aku akan
bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada
agama nenek moyangmu. Demikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul
Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk agama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.

4.2 Adapun nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul
Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul
Rahman. Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman
mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan agama
Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya.
Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk
memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membahagikan dua
kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan
seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.

4.3 Sebagai seorang Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami
berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh
kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu
sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w
akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri
Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku
zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka berangkatlah rombongan
pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita
dan 17 wanita serta anak-anak. Dan diantara yang melakukan hijrah yang terdiri dan
10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri
dan 83 lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah
tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.

4

4.4 Tidak lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya telah kembali
ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t memerintahkan kepada
Rasulullah s.a.w untuk melakukan hijrah ke Yathrib( Madinah) dilakukan Rasulullah
sendiri dan para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin
Auf.Setiba di Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain
sahabat dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah
dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan
Ansar.

4.5 Demi kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin, beliau
telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya, "Saudara,
ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya
saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua
orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia
mencaraikannya supaya boleh saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata
sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya menjawab, "Saudaraku, semoga Allah
akan memberikan berkat terhadap keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah
disusahkan tentang din saya ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi
menunjukkan saya jalan menuju ke pasar.Sungguh beliau memang seorang
pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya
menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang
banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam
peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau
meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu
dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, bellau
termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan
seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir
miskin.

5

4.6 Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau pernah membahagikan seluruh kekayaannya
dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya.
Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah
sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan
menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan
senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam
waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.
Memandangkan jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan harta
kekayaannya Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf adalah
saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan agama Allah
dengan harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda,
"Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal
dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam
hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah
S.A.W kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin
dalam melakukan ibadah haji dibawah lindungan beliau.

4.7 Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang
takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan penganuh
kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf
menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau
menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku
kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak
memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya.
Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya
padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk
memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang
dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa
saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana
saya mempunyai banyak harta.

6

4.8 Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman
Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu
ditanyai orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab,
"Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti
gandum. Demikianlah jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar
Rasulullah. Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah
hairan kiranya Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara
sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga.

4.9 Dizaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh
kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah
dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama
setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang
yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau
menjadi salah seorang ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota
bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh
yang mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan
Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang akhirnya jatuh
ketangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.

4.10 Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang fana ini selama 74
tahun, berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun.
Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa
jika ia menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi,
Abu Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia
malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping
Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin
Mazh'un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua meninggal dunia lebih
dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan kawannya yang lain. Jenazah
beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin
Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.

7

5.0 SUMBANGAN DALAM ISLAM

menyertai peperangan
bersama Rasulullah SAW
untuk menegakkan Islam.

menderma sebanyak 400
dinar emas setiap seorang
kepada 100 orang tentera
Islam yang menyertai Perang

Badar.

menyumbangkan 200 tahil
emas, 1500 ekor unta dan

500 kuda perang untuk
Perang Tabuk.

8

6.0 CIRI-CIRI KEPERIBADIAN

taat kepada perintah
Allah SWT.

pintar dalam perniagaan.

zuhud dan dermawan.

9

7.0 FAKTOR KEJAYAAN SAIDINA ABDUL RAHMAN SEBAGAI AHLI
PERNIAGAAN

bersyukur kepada Allah SWT. berniaga barangan
yang halal.

usaha yang gigih dan jujur dalam
berterusan. perniagaan.

10

8.0 KEISTIMEWAAN SAIDINA ABDUL RAHMAN

salah seorang seorang jutawan yang
daripada sepuluh kuat berusaha dan
sahabat Rasulullah suka menderma.
SAW yang dijamin
syurga.

menjadi salah seorang calon
bagi jawatan khalifah.

11

9.0 PENUTUP

Harta yang kita miliki adalah kurniaan daripada
Allah SWT. Sebaik-baik harta yang kita gunakan

adalah demi membantu agama Allah dan
digunakan ke jalan Allah SWT. Banyak contoh
teladan yang boleh kita ikuti dalam menjadikan
harta dunia ini untuk kegunaan kita di akhirat ini.
Contoh terbaik adalah kisah Saidina Abdul Rahman

bin Auf r.a.

12


Click to View FlipBook Version