MESYUARAT AGUNG PIBG
Kali Ke-16
pibgsmkbtm2021
1
–
––
–
–
2
UCAPAN ALUAN PENGETUA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Perpaduan
Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan inayah-Nya
dapat kita bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) SMK Bandar Tasek Mutiara kali ke-16. Syabas diucapkan kepada
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2021 yang telah
bersungguh-sungguh menjayakan program ini. Tidak dilupakan sekalung
penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terutamanya para ibu bapa
dan waris kerana sudi meluangkan masa di talian untuk bersama-sama dalam
merealisasikan majlis kita pada hari ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
SMK Bandar Tasek Mutiara menggalas visi menjadi sebuah institusi
pendidikan terunggul menjelang 2025 dengan misinya untuk menjadi institusi
pendidikan yang berwibawa warga sekolah akan berusaha mewujudkan sistem
pentadbiran yang berkesan,ceria, selesa dan selamat. Seterusnya meningkatkan
prestasi akademik pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
Memupuk bakat dan minat pelajar dalam bidang kokurikulum . Akhirnya dapat
melahirkan insan yang berakhlak mulia, beriman dan berketerampilan. Oleh
itu,sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat diperlukan dalam
memastikan kejayaan anak-anak ini. Seperti kita semua sedia maklum , kaedah
pengajaran dan pembelajaran dalam era pandemik ini telah berubah sepenuhnya
dengan konsep Pembelajaran Dari Rumah (BDR). Murid-murid telah melalui satu
kaedah pembelajaran yang sudah menjadi satu kebiasaan bagi mereka kerana
BDR telah dijalankan hampir dua tahun. Jadi, untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan efektif semua pihak terutama guru,murid dan ibu
bapa perlu memainkan peranan masing-masing. Murid akan belajar dari rumah
dan pemantauan dari ibu bapa amatlah perlu dititikberatkan. Misalnya ibu bapa
perlu memastikan anak-anak bangun awal dan bersedia untuk mengikuti kelas
secara atas talian (online). Ibu bapa perlu memberikan tumpuan yang
sepenuhnya terhadap pelajaran anak-anak. Anak-anak perlu diberikan kasih
sayang dan perhatian yang sewajarnya agar diri mereka tidak tersisih.
Anak-anak amat memerlukan inspirasi dan galakan untuk belajar. Minat
belajar perlu ditanam dan disemai dalam jiwa anak-anak kerana mereka ibarat
kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnainya. Anak-anak
memerlukan masa untuk bermesra dan berbincang dengan ibu bapa mereka. Ibu
bapa perlu memastikan bahawa mereka mempunyai masa untuk tujuan tersebut.
Hal ini tidak mustahil dilakukan walaupun ibu bapa sibuk bekerja. Ibu bapa
boleh menelefon untuk bertanya khabar atau makan semeja pada waktu yang
berkesempatan.
3
Hadirin yang dihormati sekalian,
Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG
menghadapi pelbagai cabaran pihak sekolah dalam semua aspek khasnya
kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa.
Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita bagi mencapai
kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak
termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat, iaitu
membantu murid berjaya. Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran
anak-anak di rumah tidak dapat dinafikan. Apabila ibu bapa terlibat sama,
sekolah mendapat banyak manfaat antaranya pencapaian murid meningkat, kes
disiplin dalam kalangan murid berkurangan dan hubungan pihak sekolah dengan
ibu bapa menjadi lebih baik.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai
program sekolah. Hanya dengan kejasama semua pihak secara berterusan maka
anak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi
sahsiah, akademik dan kokurikulum.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang
diterajui oleh En Tan Keng Lian yang banyak memberi sokongan baik dalam
bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Tidak keterlaluan jika saya katakan
barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan komited dalam membantu sekolah
mencapai hala tuju dan kecemerlangan.
Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan
tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang
seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara.
Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
.............................................
(ANUAR BIN RAHIM)
Pengetua SMK Bandar Tasek Mutiara
4
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
Terima kasih pengacara majlis
Yang Berhormat Dato’ Dr.Mansor bin Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar
dan Air, Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Yang Berusaha Encik Anuar bin
Rahim, Pengetua SMK Bandar Tasek Mutiara, Yang dihormati Dr.Mohd Hayazi bin Hanapiah,
PK Pentadbiran,Puan Roni bt Samsudin , PK Hal Ehwal Murid, Pn Bridget Chong, PK
Kokurikulum,barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, Wakil Komuniti, guru-guru, ibu bapa dan para
hadirin yang saya hormati sekalian.
Selamat pagi dan selamat sejahtera.
Pertama sekali saya amat bersyukur kerana dapat kita sekali lagi berkumpul
bersama-sama dalam Mesyuarat Agung pada kali ini dalam suasana dan keadaan yang sama
sekali berbeza.Walaupun pertemuan kita kali ini adalah secara maya ,namun keadaan ini
bukanlah satu penghalang untuk kita meneruskan ukhuwah yang terjalin sekian lama antara
pihak ibu bapa dengan pihak sekolah.
Saya mewakili barisan ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020 hingga 2021
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang telah diberikan
kepada pihak AJK dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Sebagai
YDP PIBG, saya mengakui bahawa guru-guru sudah pun melakukan yang terbaik terhadap
pendidikan anak-anak. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan anak-anak tidak
keciciran ekoran daripada pandemik COVID-19. Sungguhpun begitu, ibu bapa juga tidak
ketinggalan dalam memainkan peranan yang sangat penting ketika anak-anak tidak dapat
mengikuti pembelajaran secara bersemuka. Semangat dan kerjasama ini amatlah digalakkan
bagi memastikan kecemerlangan anak-anak.
Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan
syabas kepada pihak sekolah amnya dan para murid khasnya kerana SMK Bandar Tasek
Mutiara telah berjaya mencatat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2020 yang
lalu walaupun berdepan dengan pelbagai halangan berikutan penularan wabak.
Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga SMK
Bandar Tasek Mutiara yang bertungkus-lumus menjayakan program yang telah dianjurkan
oleh pihak sekolah dan pihak PIBG.
Sekian
Terima Kasih
Saya yang menjalankan amanah
............................................ 5
( TAN KENG LIAN )
Yang diPertua PIBG
SMK.Bandar Tasek Mutiara
UCAPAN PERASMIAN
UCAPAN PERASMIAN
YANG BERHORMAT DATO’ DR MANSOR BIN OTHMAN
TIMBALAN MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR MALAYSIA
MERANGKAP AHLI PARLIMEN NIBONG TEBAL
MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK BANDAR TASEK MUTIARA KALI KE-16 TAHUN 2021
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam
Muhibah. Terima kasih saudara pimpinan majlis, Yang berusaha Tn. Hj. Anuar Bin
Rahim, Pengetua SMK Bandar Tasek Mutiara Yang dihormati En. Tan Keng Lian, Yang
Dipertua (YDP) PIBG SMK Bandar Tasek Mutiara, Penolong-penolong Kanan, Ahli-ahli
Jawatankuasa PIBG, Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia- Nya
dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini sempena Majlis
Mesyuarat Agong PIBG kali ke-16 bagi SMK Bandar Tasek Mutiara ini. Terlebih
dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan untuk hadir ke
majlis pada hari ini dan seterusnya merasmikan mesyuarat Agung PIBG sekolah ini
untuk kali yang ke-16. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada penasihat dan
Jawatankuasa PIBG kerana berjaya merancang, mengelola dan melaksanakan
mesyuarat ini dengan jayanya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Mesyuarat PIBG diadakan bertujuan mewujudkan kerjasama antara ibu bapa dan
guru di sekolah. Kerjasama seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman
tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu
pembelajaran murid-murid di sekolah, selain mempertingkat kerjasama dan
perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat terutama dalam
saat-saat kita menghadapi pendemik ini. Di samping itu, PIBG juga memainkan
peranan ‘Saling Melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pendidikan dalam
menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada
murid-murid di sekolah bak kata pepatah, “Seliang bagai tebu, serumpun bagai
serai 6
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Majlis pada hari ini juga amat bermakna, kerana pihak sekolah dan ibu bapa dapat
bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat demi kepentingan dan masa depan
anak masing-masing. Ibu bapa juga harus diingatkan bahawa kecemerlangan anak-anak
kita sebenarnya bermula dari rumah , lebih-lebih lagi ketika negara kita terkesan
dengan pandemik COVID-19 yang akhirnya menyebabkan pengajaran dan pembelajaran
murid terpaksa dilaksanakan secara Home-based Learning. Di sinilah kita sebagai ibu
bapa, memainkan peranan penting menjadi penghubung antara guru-guru dan anak-anak
semasa PdPR ini dilaksanakan. Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi
kendiri atau bermuhasabah, apakah memadai atau cukup usaha yang telah kita lakukan
untuk anak-anak kita. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan usaha yang dilakukan di
sekolah akan diteruskan oleh murid-murid ketika berada di rumah. Tegasnya, ibu bapa
merupakan penentu yang perdana sama ada anak-anak kita akan berjaya pada masa
hadapan atau sebaliknya, bak kata orang tepuk dada tanyalah minda.
Justeru itu, jelaslah kepada kita bahawa tanggungjawab menentukan keperibadian dan
kejayaan anak-anak sebenarnya merupakan tanggungjawab bersama antara ibu bapa
dan guru-guru di sekolah. Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah
ditunjukkan oleh pihak sekolah dan PIBG di SMK Bandar Tasek Mutiara ini. Tahniah
diucapkan kepada pihak sekolah, YDP dan ahli jawatankuasanya.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya harap perkara yang baik ini akan berteruskan kerana hasil kerjasama inilah yang
telah membantu sekolah meningkatkan prestasi SPM pada tahun 2020. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada semua guru dan tidak lupa kepada PIBG serta ibu bapa yang
sentiasa menyokong usaha-usaha serta program-program peningkatan akademik
sekolah tanpa jemu. Diharapkan tahun 2021, sekolah ini akan mencapai kejayaan yang
lebih gemilang lagi. Terima kasih juga saya ucapkan kerana telah menghantar anak-anak
tuan-tuan dan puan-puan ke sekolah ini. Insya Allah kepercayaan dan keyakinan tuan-
tuan dan puan-puan terhadap guru-guru di sekolah ini sebagai pendidik tidak akan
dipersia-siakan. Saya doakan murid-murid di sekolah SMK Bandar Tasek Mutiara ini
akan terus menempa kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
7
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Ibnu Rusyd, seorang tokoh ilmuwan Islam pernah menukilkan antara lainnya
bermaksud, "Kepuasan yang sejati lahir daripada keabadian bersama". Dalam
hal ini, semua pihak semestinya berganding bahu dan mengatur langkah
sederap berusaha untuk merealisasikannya. Hasil gabungan kerjasama
mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlangan akademik yang tinggi
mampu digapai. Kita perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu
bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab bersama,
saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, bak kata
peribahasa seperti aur dengan tebing. Oleh itu ingin saya menarik perhatian
hadirin sekalian untuk sama-sama merenung serangkap pantun ini;
Indah jambangan tersemai kerinjing,
tumbuh di darat hiasan bakul;
andai ringan sama dijinjing,
jika berat sanggupkah dipikul?
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan
mengucapkan terima kasih atas jemputan ke majlis pada hari ini dan saya
ingin mengucapkan syabas serta tahniah kepada AJK PIBG bagi sesi 2020 -
2021. Harapan saya tunaikanlah amanah itu dengan rasa sukacita dan
tanggungjawab demi kecemerlangan anak-anak kita bersama.
Dengan lafaz Bismilahir Rahmanir Rahim saya dengan sukacitanya
merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK
Bandar Tasek Mutiara Kali ke-16.
Sekian, terima kasih.
8
ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG
SESI 2020 / 2021
8.30 pagi : Ibu bapa dan jemputan mendaftar dan mengambil tempat.
9.00 pagi
10.00 pagi : Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang
12.00 tgh hari Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis.
Tayangan Multimedia
Ucapan Pengetua
Ucapan YDP PIBG
Ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Dr Mansor Bin Othman
Timbalan Menteri Alam Sekitar Dan Air Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal
: Mesyuarat Agung kali ke-16 bermula
Agenda
1. Ucapan alu-aluan YDP PIBG sesi 2020/2021.
2. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke-15.
3. Perkara-perkara berbangkit.
4. Membentang dan menerima Laporan Kemajuan PIBG bagi sesi
2020/2021.
5. Membentang dan menerima Penyata Kewangan bagi tahun berakhir
pada 31 Disember 2020.
6. Pengisytiharan pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2020/2021.
7. Melantik Pengerusi sementara dan pengira undi.
8. Melantik Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022.
9. Melantik dua orang juru audit.
10. Membincang dan membahaskan usul (jika ada).
11. Ucapan penangguhan.
Cabutan Bertuah
: Bersurai 9
Ucapan Penasihat Pengetua
Ucapan alu-aluan YDP PIBG sesi 2020/2021.
Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali
ke-15.
Membentang dan menerima Laporan Kemajuan PIBG bagi
sesi 2020/2021.
Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir
pada 31 Disember 2020.
Membincang dan membahaskan usul (jika ada).
Pengisytiharan pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi sesi
2020/2021.
Melantik Pengerusi sementara dan pengira undi.
Melantik Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022.
Melantik dua orang juru audit.
Hal-hal lain
Ucapan penangguhan.
10
BIL JAWATAN NAMA
1 Penasihat En. Anuar bin Rahim
2 Yang Dipertua En. Tan Keng Lian
3 Naib Yang Dipertua En. Rozamin bin Abd Aziz
4 Setiausaha Cik Wan Nur Fatin Hanani bt Mohd Fauzai
5 Pen Setiausaha Pn. Syazwani Binti Baruddin
6 Bendahari Pn. Aida Zuliana Binti Saad
7 Pen Bendahari Pn. Shamladewi A/P Maruthamuthu
8 AJK Ibu Bapa En. Murugesan a/l Muniandy
9 AJK Ibu Bapa Pn. Shakirah bt Ramli
10 AJK Ibu Bapa En Zainal b Mansoor
11 AJK Ibu Bapa En Mohd Amin bin Ahamad Hassan
12 AJK Ibu Bapa En Suras Muniandy
13 AJK Guru Pn Ang Poh Hong
14 AJK Guru En. Mohd Zaidi bin Mokhtar
15 AJK Guru En Ahmad Fuzi bin Nayan
16 Juruaudit Dalaman Cik Ang Geik Sim
En Wong Mun Teik
17 Juruaudit Luar
11
Penasihat : En Anuar bin Rahim (Pengetua)
Pengerusi
Timbalan Pengerusi : En. Tan Kng Lian ( YDP PIBG )
Naib Pengerusi : En. Rozamin bin Abd Aziz (NYDP PIBG)
Setiausaha : Dr Mohd Hayazi bin Hanapiah ( PK Kurikulum )
Pen. S/U
Bendahari : Pn Roni binti Samsudin ( PK Hal Ehwal Murid )
Pen.Bendahari : Pn Bridget Chong Siew Yong (PK Kokurikulum)
: Cik Wan Nur Fatin Hanani binti Mohd Fauzai
: Pn Syazwani binti Baruddin
: Pn Aida Zuliana binti Saad
: Pn.Shamladewi A/P Maruthamuthu
12
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN SMK
BANDAR TASEK MUTIARA KALI KE-14 TAHUN 2019/2020
TARIKH : 29 FEBRUARI 2020
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN ASPIRASI SMK BANDAR TASEK MUTIARA
KEHADIRAN : 68 Orang Guru
120 Orang Waris
AGENDA MESYUARAT :
UCAPAN ALU-ALUAN
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada
perasmi iaitu Encik Zahar Bin Zainul selaku Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau
Pinang serta kepada semua waris dan guru yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
15 bagi tahun 2020/2021.
1.2 Pengerusi menjemput Ustaz Mohd Zaidi bin Mokhtar untuk membacakan doa bagi
memohon keberkatan dan kelancaran mesyuarat pada pagi ini.
UCAPAN PENGETUA
2.1 Encik Anuar bin Rahim mengucapkan terima kasih kepada Encik Zahar Bin Zainul atas
kesudiaan untuk hadir ke sekolah bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15.
2.2 Beliau memaklumkan maklumat berkaitan mesyuarat agung turut disampaikan
melalui WhatsApp setiap tingkatan. Beliau juga turut merakamkan jutaan terima kasih
atas komitmen yang diberikan oleh semua waris atas kesudiaan hadir ke mesyuarat kali
ini.
2.3 Beliau memaklumkan bahawa sebagai sebuah Sekolah Transformasi, terdapat
beberapa matlamat utama pihak sekolah iaitu untuk melahirkan guru-guru berkualiti
yang akhirnya dapat melahirkan kemenjadian murid. Selain itu, murid yang berakhlak
mulia dan pemimpin yang berkesan dapat dilahirkan.
2.4 Tuan pengetua juga memaklumkan murid-murid yang tidur semasa pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) dijalankan di kelas, nama mereka akan dicatat oleh guru mata
pelajaran. Nama murid tersebut akan dipanggil keluar ke hadapan semasa perhimpunan.
2.5 Tuan pengetua juga mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG Encik Tan Keng Lian
serta barisan jawatankuasa atas komitmen yang diberi. Beliau juga memaklumkan
berkaitan duit kutipan ICTTHON sebanyak RM40 ribu. Duit tersebut telah digunakan
untuk membaiki pendingin hawa di makmal komputer, bilik guru dan pusat sumber.
Anggaran perbelanjaan membaiki pendingin hawa ialah sebanyak RM14 ribu. Selain itu,
pembeliaan bahan bantu mengajar turut digunakan melalui kutipan tersebut.
2.6 Tuan pengetua juga memohon ibu bapa dan waris menekankan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) kepada anak-anak. Ini penting kerana kebanyakan soalan peperiksaan
pada masa kini menekankan elemen KBAT.
2.7 Akhir kata, tuan pengetua menyatakan hasrat dan harapan yang tinggi agar Allah
memberkati kerjasama semua pihak dalam menjalankan tanggungjawab mendidik bagi
membina insan berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi manusia yang berjasa
kepada agama, bangsa dan negara. Ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua waris
yang hadir pada hari ini.
13
3.0 UCAPAN Yang Dipertua PIBG
3.1 YDP PIBG, Encik Tan Keng Lian mengalu-alukan kehadiran Pegawai Penerangan Ketua
Menteri Pulau Pinang, Encik Zahar Bin Zainul sebagai perasmi bagi Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-15. Beliau mewakili ibu bapa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua pihak yang diberikan
terhadap sekolah.
3.2 Beliau menyatakan peranan pihak PIBG bukan sahaja dalam menyumbangkan dana,
malahan beliau mengharapkan buah fikiran dan pandangan yang membina untuk
membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak dalam pelbagai bidang
seperti bidang kurikulum, kokurikulum dan pembinaan sahsiah diri. Beliau
mengharapkan komitmen semua.
3.3 Encik Tan Keng Lian juga mengingatkan agar ibu bapa atau para waris
bertanggungjawab dalam mendidik sahsiah anak-anak. Ini penting dalam meningkatkan
disiplin murid serta dapat mengatasi masalah-masalah seperti ponteng, datang lewat ke
sekolah, merokok, mencuri dan sebagainya. Melalui kerjasama semua pihak kejayaan
dan kecemerlangan murid dapat dicapai. Beliau memaklumkan bahawa para guru hanya
membantu untuk merealisasikan tanggungjawab tersebut. Ibu bapa dan warislah yang
memainkan peranan penting.
3.4 Beliau juga menyeru agar semua ibu bapa dan waris bersama-sama menggembling
tenaga dengan guru-guru untuk memastikan anak-anak terdidik sama ada dari segi
akademik mahupun sahsiah. Beliau mengharap semoga kerjasama yang diwujudkan
dapat melahirkan generasi yang lebih cemerlang dan terbilang.
3.5 Akhir kata YDP PIBG sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudiaan
semua yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 bagi tahun 2020/2021.
4.0 UCAPAN PERASMIAN
4.1 Encik Zahar bin Zainul mengucapakan terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Yang
berusaha Encik Anuar bin Rahim, Pengetua SMK Bandar Tasek Mutiara, Yang Dihormati
Encik Tan Keng Lian, Yang Dipertua PIBG, Penolong-penolong Kanan, Ahli jawatankuasa
PIBG, guru-guru dan ibu bapa di atas jemputan sebagai perasmi Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-15 bagi tahun 202/2021.
4.2 Beliau memaklumkan PIBG memainkan peranan yang besar kepada pihak sekolah.
Kekangan pada hari ini, masyarakat menganggap sekolah adalah milik kerajaan. Sekolah
merupakan milik komuniti. Oleh yang demikian, semua pihak perlulah menukar persepsi
bahawa sekolah bukan milik kerajaan semata-mata. Beliau mengatakan pihak kerajaan
hanya menyediakan infrastruktur. Dalam proses pembelajaran, anak-anak memerlukan
sokongan yang lain seperti ibu bapa dan komuniti sekeliling. Lebih-lebih lagi sekolah
transformasi yang memerlukan kerjasama semua pihak.
4.3 Encik Zahar bin Zainul juga memaklumkan PIBG dan guru-guru mesti memulakan
sesuatu yang baharu. Pembelajaran pada hari ini merupakan pembelajaran era digital.
Beliau juga memaklumkan pendidikan agama juga tidak boleh ditinggalkan.
14
4.4 Beliau juga mengharapkan semua guru dan PIBG bersama-sama menjana kewangan untuk
pembangunan sekolah. Pembangunan sekolah adalah tanggungjawab bersama bukan sahaja
guru-guru di sekolah.
4.5 Akhir kata, Encik Zahar bin Zainul sekali lagi mengucapkan terima kasih atas jemputan ke
mesyuarat. Harapan beliau semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 ini dapat berjalan dengan
lancar dan teratur hingga ke penghujungnya.
5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
TAHUN 2019/2020
5.1 Pengerusi PIBG menjemput setiausaha, Puan Noor Asmah binti Nayan membentangkan minit
mesyuarat kali ke-15 tahun 2019/2020.
5.2 Setiausaha meminta hadirin merujuk minit Mesyuarat Agung PIBG 2019/2020 SMK Bandar
Tasek Mutiara. Beliau membentangkan minit mesyuarat dan memohon pengesahan jika tiada
sebarang bantahan. Minit mesyuarat disahkan oleh Encik Ooi Chun Yik dan disokong oleh Encik
Arshad bin Awang Mat.
5.3 Seterusnya Bendahari PIBG, Puan Aida Zuliana Binti Saad membentangkan Laporan Tahunan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2019/2020 SMK Bandar Tasek Mutiara dan meminta hadirin
merujuk pada lampiran yang disediakan.
6.0 PEMBENTANGAN KEWANGAN PIBG 2019/2020
6.1 Laporan kewangan telah dibentangkan oleh Puan Aida Zuliana binti Saad. Beliau meminta
semua hadirin merujuk kepada lampiran Laporan Kewangan 2019/2020 yang disediakan.
6.2 Laporan kewangan telah disahkan oleh Encik Ooi Chun Yik serta disokong oleh Encik Mohd
Faizal bin Azizi.
7.0 PEMBUBARAN AJK DAN PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
7.1 Encik Tan Keng Lian telah membubarkan AJK PIBG 2019/2020 dan menyerahkan tugas
kepada pengerusi sementara yang dilantik oleh pihak sekolah iaitu Encik Mohd Idziady bin Idris.
8.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
8.1 Encik Murugesan A/L Muniandy mencadangkan Encik Tan Keng Lian sebagai YDP PIBG bagi
sesi 2020/2021. Encik Arshad bin Awang Mat menyokong. Kemudian cadangan ditutup.
Manakala, Encik Rozamin Bin Abd Aziz sebagai naib YDP PIBG.
8.2 Encik Satiyaseelan mencadangkan Encik Murugesan A/L Muniandy sebagai AJK PIBG bagi sesi
2020/2021 dan disokong oleh Encik Ooi Chun Yik. Kemudian cadangan ditutup.
8.3 Encik Mohd Faizal bin Azizi mencadangkan Encik Mohd Amin bin Ahamad Hassan sebagai AJK
PIBG bagi sesi 2020/2021 dan disokong oleh Encik Arshad bin Awang Mat. Kemudian cadangan
ditutup.
8.4 Encik Arshad bin Awang Mat mencadangkan Encik Zainal bin Mansoor sebagai AJK PIBG bagi
sesi 2020/2021 dan disokong oleh Puan Norliza binti Ismail. Kemudian cadangan ditutup.
8.5 Encik Murugesan A/L mencadangkan Encik Suraj Muniandy sebagai AJK PIBG bagi sesi
2020/2021 dan disokong oleh Encik Ooi Chun Yik. Kemudian cadangan ditutup.
8.6 Encik Tan Keng Lian mencadangkan Puan Shakirah binti Ramli sebagai AJK PIBG bagi sesi
2020/2021 dan disokong oleh Encik Murugesan A/L Muniandy. Kemudian cadangan ditutup.
8.7 Encik Ooi Chun Yik mencadangkan Encik Wong Mun Teik sebagai juruaudit luar dan disokong
oleh Encik Ooi Chun Yik. Kemudian, cadangan ditutup.
15
8.8 Pelantikan ahli jawatankuasa dari kalangan guru telah dipilih oleh pihak pengurusan sekolah.
8.9 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 seperti berikut.
Penasihat : Encik Anuar bin Rahim
Yang Dipertua : Encik Tan Keng Lian
Naib YDP : Encik Rozamin bin Abd Aziz
Setiausaha : Cik Wan Nur Fatin Hanani binti Mohd Fauzai
Pen. Setiausaha : Puan Syazwani binti Baruddin
Bendahari : Puan Aida Zuliana binti Saad
Pen. Bendahari : Puan Shamladewi A/P Maruthamuthu
AJK Ibu Bapa :1. Encik Mohd Amin bin Ahamad Hassan
2. Encik Murugesan A/L Muniandy
3. Encik Zainal bin Mansoor
4. Encik Suraj Muniandy
5. Puan Shakirah binti Ramli
AJK Guru :1. Encik Ahmad Fuzi bin Md Nayan
2. Encik Mohd Zaidi bin Mokhtar
3. Puan Ang Poh Hong
Juruaudit (I/B) : Encik Wong Mun Teik Juruaudit (G) : Cik Ang Gek Sim
9.0 PERBINCANGAN USUL
9.1 Usul Oleh Ibu Bapa
9.1.1 Terdapat 6 usul yang dicadangkan oleh waris namun tidak dapat
dibentangkan kesemuanya kerana waris tersebut tidak hadir ke mesyuarat PIBG.
9.1.1.1 Puan Azrin binti Hamzah waris kepada Nur Najla’Aqilah mencadangkan
Hari Kantin sekolah diadakan untuk memberi peluang kepada semua murid mengambil
bahagian.
9.1.1.2 Encik Satiya Seelan A/L Manickam waris kepada Lila Vinoshini
mencadangkan supaya yuran PIBG dinaikkan daripada RM30 kepada RM50 bermula pada tahun
2021.
9.1.1.3 Puan Mashitah Abdullah Bayanoeddin waris kepada Anas Muzakkir bin
Suhaimi mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan takwim dan perancangan aktiviti
sekolah untuk sepanjang tahun dan menggalakkan murid untuk bertutur serta menggunakan
bahasa Inggeris sepenuhnya semasa minggu bahasa.Malahan, beliau juga mencadangkan agar
pihak sekolah mengetatkan undang-undang berkaitan dengan murid yang membawa telefon
bimbit ke sekolah juga yang menghisap rokok.
9.1.1.4 Usha Nathni Raman waris kepada Kirthini Suras mencadangkan pihak
sekolah menyediakan locker di dalam kelas untuk murid-murid menyimpan buku teks. Ini dapat
mengatasi masalah beg berat. Selain itu, beliau mencadangkan agar kelas tambahan diadakan
untuk murid yang lemah mengikut mata pelajaran. Dengan ini dapat meningkatkan prestasi
murid yang GALUS. Beliau juga mencadangkan tingkatkan tahap kebersihan kantin dan pastikan
bahan makanan yang disediakan berkualiti tinggi,bersih dan berkhasiat.
9.2 Jawapan daripada pihak sekolah
9.2.1 Berkaitan dengan cadangan untuk mengadakan Hari Kantin, Penolong Kanan
Kokurikulum Puan Roni binti Samsudin mengatakan pihak sekolah memang bercadang untuk
mengadakan Hari Kantin semasa Karnival Kokurikulum yang akan diadakan. Ini bertujuan unutk
mendedahkan murid-murid dengan ilmu keusahawanan.
16
9.2.2 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa bayaran PIBG adalah bertujuan untuk program-
program peningkatan akademik murid. En Arshad mencadangkan agar sumbangan PIBG
dinaikkan dari RM30 kepada RM50 tetapi tidak dipersetujui oleh waris Rakeshwaran. Oleh itu,
usul tersebut telah dibahas. Encik Mohd Amin mencadangkan agar peningkatan bayaran PIBG
tidak terlalu banyak. Melalui undian majoriti, yuran PIBG akan dinaikkan bayaran dari RM30
kepada RM35.
9.2.3 Penolong Kanan Pentadbiran, Dr. Mohd Hayazi bin Hanapiah memaklumkan
takwim sekolah kebiasaannya tidak diberikan kepada murid. Sebarang aktiviti sekolah akan
dimaklumkan melalui aplikasi WhatsApp kelas masing-masing. Oleh itu, ibu bapa dan waris
haruslah memastikan nombor telefon bimbit diberikan kepada guru kelas supaya dapat
dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp tersebut. Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Roni
binti Samsudin memaklumkan setiap tahun telah dilaksanakan penggunaan bahasa Inggeris
semasa minggu bahasa. Manakala, Penolong Kanan HEM, Dr. Asaithamby A/L Ramayah
memaklumkan larangan penggunaan telefon bimbit telah dikuatkuasakan di sekolah. Telefon
bimbit yang dibawa oleh murid akan disimpan oleh pihak sekolah selama 30 hari. Hanya simcard
sahaja yang akan diberikan semula kepada murid. Bagi isu murid yang menghisap rokok atau
vape di kawasan sekolah , murid tersebut akan digantung persekolahan mereka. Beliau
memaklumkan bermula dari Januari seramai 5 orang murid telah digantung sekolah atas
kesalahan menghisap rokok atau vape di sekolah.
9.2.4 Tuan pengetua memaklumkan locker di dalam kelas jika diwujudkan
bimbang sekiranya berlaku kehilangan buku murid. Beliau juga memberitahu jadual waktu akan
dikemaskini dan guru-guru akan memaklumkan kepada murid apabila perlu untuk membawa
buku teks ke sekolah. Ini membantu dapat mengurangkan beban murid membawa beg sekolah
yang berat. Beliau juga memaklumkan kebiasaannya apabila diadakan kelas untuk murid yang
GALUS masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah masalah ketidakhadiran murid. Pihak sekolah
telah mengambil inisiatif menambah masa PdPc kebanyakan mata pelajaran. Manakala, Tuan
Pengetua juga memberitahu bahawa gred kantin sekolah pada tahun lepas ialah gred A. Pihak
kantin telah dimaklumkan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Kebersihan kantin
memang dipantau oleh pihak sekolah.
10.0 HAL-HAL LAIN
10.1 Tiada hal-hal lain yang dibincangkan. Acara diteruskan dengan cabutan bertuah.
11.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Encik Tan Keng Lian mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris yang hadir pada
mesyuarat kali ini dan barisan guru yang bertungkus lumus memastikan mesyuarat agung pada
kali ini berjalan lancar.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.
Pencatat minit :
Pn. Azhaida binti Muhammad
Pn. Rosaida binti Ibrahim
Cik Wan Nur Fatin Hanani bin Mohd Fauzai
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(Wan Nur Fatin Hanani binti Mohd Fauzai) (Tan Keng Lian)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SMK Bandar Tasek Mutiara SMK Bandar Tasek Mutiara 17
1.0FALSAFAH PIBG
PIBG adalah komponen penting dalam merealisasikan wawasan sekolah. Peranannya ialah sebagai
pemangkin kepada usaha menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat. Dalam apa-apa jua
program dan tindakan, PIBG berperanan sebagai pelengkap kepada aktiviti-aktiviti sekolah.
2.0KEANGGOTAAN PIBG
Semua guru yang mengajar di SMK Bandar Tasek Mutiara dan semua ibu bapa dan penjaga kepada
murid SMK Bandar Tasek Mutiara. Pengetua sebagai anggota ex-officio.
3.0SUMBER KEWANGAN PIBG
Yuran tahunan sebanyak RM30.00 satu keluarga serta sumbangan lain daripada pihak swasta dan
Individu.
4.0TEMPOH PERKHIDMATAN
Ahli Jawatankuasa SMK Bandar Tasek Mutiara bagi sesi 2019/2020 dilantik pada 23 Febuari 2019
dan tamat perkhidmatan pada 29 Feb 2020.
5.0MESYUARAT
AJK PIBG telah bermesyuarat sebanyak tiga (5) kali kebiasaannya diadakan pada waktu petang
memandangkan kesulitan untuk para ahli menghadirkan diri pada waktu-waktu lain. Semua
mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Bandar Tasek Mutiara. Butirannya seperti berikut :
BIL NAMA 16/7/20 21/10/20 4/8/21 15/9/21
1 En. Tan Keng Lian X / / /
2 En. Rozamin bin Abd Aziz / X / /
3 Cik Wan Nur Fatin Hanani / / / /
4 Pn. Syazwani bt Baruddin / X / /
5 Pn.Aida Zuliana bt Saad / / X /
6 Pn. Shamladewi X / / X
7 En. Murugesan a/l Muniandy X X / /
8 En Wong Mun Teik X X / /
9 En Zainal b Mansoor / X / /
10 En. Suras Muniandy / X / /
11 Pn Ang Poh Hong X X / /
12 En Mohd Zaidi bin Mokhtar / / / /
13 En Ahmad Fuzi bin Nayan / X / /
14 Pn Shakirah binti Ramli / / / /
15 En Mohd Amin b. Ahamad Hasan / X / /
18
6.0 AKTIVITI USAHASAMA PIBG DAN SEKOLAH 19
1. Orientasi Murid Baru 2020
1. Kejohanan Liga Allianz Junior Football
1. Hari Penetapan Target SPM 2020
1. Kursus Kemahiran Autocad
1. Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan
1. Program Pesta Ponggal
1. Program PRIHATIN
1. Gotong Royong Sekolah
1. Program Ziarah Cakna
7.0 SUMBANGAN PIBG
1. Orientasi Murid Baru 2020
1. Frame Pintu Makmal Bahasa
1. Kejohanan Liga Allianz Junior Football
1. Jersi Bola Jaring
1. Hari Penetapan Target SPM 2020
1. White Board Kelas
1. Kursus Kemahiran Autocad
1. Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan
1. Program Pesta Ponggal
1. Sumbangan PIBG (PRIHATIN)
1. Alatan COVID -19
1. Program Ziarah Cakna
1. Model KBAT SPM 2020
1. Panitia Mata Pelajaran (Fotostat)
1. Belian Komputer SPBT
1. Alatan Kerja Kursus Sains Komputer
1. Komputer (UPP)
PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN PIBG
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
BIL PENERIMAAN RM BIL PEMBAYARAN RM
1. Baki awal di bank 42633.07 1. Bateri Siaraya 1078.00
2. Baki awal di tangan Orientasi Murid Baru 2020
3. Kutipan wang PIBG 983.25 2. Jamuan Mesyuarat PIBG 863.50
4. Kutipan wang Majalah 24395.00 3. Frame Pintu Makmal Bahasa 1843.00
5. Kutipan wang Motivasi 11805.00 4. Bayaran Bil TM
6. Bayaran Yuran Lewat 40890.00 5. ICTTHON 620.00
7. Sumbangan majalah 2620.00 6. Kejohanan Liga Allianz Junior Football 1944.40
8. KGS (akaun tumpang) Jersi Bola Jaring 30550.00
9. Sumbangan PRIHATIN 300.00 7. Buku Log PIBG
10. ICTTHON 2019 300.00 8. Hari Penetapan Target SPM 2020 500.00
11. Kutipan Majalah (Guru) 270.00 9. White Board Kelas 312.00
12. PIBG, Majalah, Motivasi Kursus Kemahiran Autocad
6.00 10. Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan 7.20
Jumlah Penerimaan 825.00 11. Hadiah Mesyuarat Agung PIBG 800.00
360.00 12. Program Pesta Ponggal 5770.00
Jumlah Besar Jurulatih Tarian Kelab Kebudayaan 475.00
13. Sumbangan PIBG (PRIHATIN) 1700.00
14. Alatan COVID -19 2980.00
15. Pendawaian CCTV 500.00
16. Program Ziarah Cakna 400.00
17. Buku Rampaian & Pensel MSSPP 770.00
18. Model KBAT SPM 2020 3650.00
19. Cek Tumpang 1000.00
20. Panitia Mata Pelajaran (Fotostat) 270.00
21. Belian Komputer SPBT 3274.10
22. Alatan Kerja Kursus Sains Komputer 3601.40
23. Komputer (UPP) 300.00
24. Pocket File 3098.65
25. Caj Bank 1500.00
26. 615.50
27. Jumlah Pembayaran 1500.00
28. 36.00
29. 15.00
30.
81,771.00 69,973.75
125,387.32 Baki Akhir (Bank) A+B :RM 54,328.57
Baki Akhir (Tunai) :RM 1085.00
Baki Keseluruhan :
Jumlah Besar 55,413.57
125,387.32
20
(A) Baki sumbangan PIBG (bank) : RM 50,501.32
(B) Baki ICTTHON (bank) : RM 3,827.25
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,
_________________
(Pn. Aida Zuliana Bt Saad)
Bendahari PIBG,
SMK Bandar Tasek Mutiara
Disemak Oleh,
(Cik Ang Gek Sim) (En. Wong Mun Teik)
Juruaudit Dalaman (Guru) Juruaudit Dalaman (Waris)
SMK Bandar Tasek Mutiara SMK Bandar Tasek Mutiara
21
USUL/ CADANGAN 2021
Usul Ibu bapa
Pencadang Usul Waris kepada: Usul/ Cadangan
AJK PIBG - Pihak AJK PIBG mencadangkan agar
pengurangan yuran PIBG, motivasi dan majalah
sebanyak 50%
22
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/ 2022
PENASIHAT : EN. ANUAR BIN RAHIM
YANG DIPERTUA : _________________________________________
NAIB YANG DIPERTUA : _________________________________________
SETIAUSAHA : _________________________________________
BENDAHARI : _________________________________________
AJK IBU BAPA :
1.___________________________________________
2.___________________________________________
3.___________________________________________
4.___________________________________________
5.___________________________________________
AJK GURU :
1.___________________________________________
2.___________________________________________
3.___________________________________________
4.___________________________________________
5.___________________________________________
JURUAUDIT DALAMAN :
1. __________________________________________
2.__________________________________________
23
TERIMA KASIH
24