The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by raudhahjs, 2024-03-20 20:54:29

Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) PKUK1152

Manual produk AAC by Raudhah Jaafar Sidek

Keywords: AAC

KOMUNIKASI AUGMENTATIF & ALTERNATIF E - Ha ndbook Dihasilkan oleh: Raudhah Binti Jaafar Sidek (PPS2-2) PRODUK AAC: TREECLING


ISI KANDUNGAN Pengenalan Produk Nama, Rasional, Langkah-langkah Penghasilan Produk Kajian berkaitan penghasilan produk Idea Produk Penggunaan Produk Impak kepada MBPK 03 04 12 13 14 15


Pengenalan Produk Perkataan ‘Treecling’ dipilih berdasarkan gabungan dua perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘Tree’ yang bermaksud pokok dan ‘cling’ yang bermaksud berpaut. Perkataan ‘Tree’ menunjukkan bentuk dan corak produk yang menyerupai sebatang pokok. Manakala perkataan ‘cling’ menunjukkan bahan AAC yang berpaut pada pokok tersebut. Oleh itu, penggunaan istilah ‘Treecling’ amat bersesuian dengan produk yang telah dihasilkan. TreeCling AAC Rasional produk ini dihasilkan adalah untuk membantu kanak-kanak yang mengalami gangguan bahasa dan komunikasi dalam kehidupan seharian. Khusunya untuk kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy (CP), Autism Spectrum Disorder (ASD), gangguan perkembangan intelektual (IDD), gangguan bahasa perkembangan (Developmental Language Disorder atau DLD) dan kanak-kanak dengan CCN. Sistem AAC ini dihasilkan bagi menyediakan kaedah alternatif untuk kanak-kanak yang enggan menggunakan suara, sukar mengekspreskan emosi dan menggalakkan penglibatan sosial kanak-kanak dengan orang disekeliling. Rasional Nama


Langkah-langkah 1 Penyediaan bahan dan peralatan Penghasilan produk Tissue holder Laundry hanger Tali Tupperware (5x3cm) Kertas kadbod & Fabrik Bebola kapas berwarna Velcro tape Gam Cat UHU warna air Hot Glue Gun Gunting Mounting board & A4 paper


2 Langkah-langkah Penghasilan produk Mengecat Laundry hanger dengan cat air berwarna hijau menggunakan berus cat. 3 Mencantumkan Laundry hanger yang telah dicat bersama tissue holder (seperti rajah disebelah) menggunakan hot glue gun. 4 Mengecat tissue holder dengan cat air berwarna coklat (seperti rajah di sebelah).


Memasukkan tali ke dalam lubang pada dua mounting board dan ikat (seperti rajah di sebelah). Ulang pada kesemua 16 mounting board. Menebuk lubang pada bahagian atas 16 mounting board yang telah dipotong (seperti rajah di sebelah). 5 Langkah-langkah Penghasilan produk Memotong mounting board kepada 16 bahagian mengikut saiz 10x6.5cm (seperti rajah di sebelah). 6 7


Setiap kadbod dilekatkan pada mounting board (seperti rajah di sebelah). Kertas kadbod dipotong kepada saiz 5x5cm. Kemudian velcro tape dilekatkan pada setia kadbod yang telah dipotong. 8 Langkah-langkah Penghasilan produk Melekatkan empat velcro tape pada setiap mounting board. (seperti rajah disebelah). 9 10


12 Kadbod yang telah ditampal dilekatkan pada mounting board mengikut tema (contoh seperti rajah di sebelah). Lebihan kadbod diketepikan terlebih dahulu. Gambar yang telah dicetak dipotong dan ditampal pada setiap kadbod. 11 Langkah-langkah Penghasilan produk Gambar dan perkataan AAC dicetak mengikut tema pada kertas A4. 10


Bebola kapas berwarna kuning & hijau ditampal pada bahagian atas laundry hanger sebagai hiasan dan daya tarikan. 14 Lebihan mounting board dipotong mengikut saiz tapak tupperware. Tujuan untuk menutup kesan gam. 13 Langkah-langkah Penghasilan produk Empat tupperware disusun dan dilekatkan pada bahagian tapak tissue holder (rujuk rajah disebelah). 15


Setiap mounting board digantung pada laundry holder dan produk AAC siap dibina! 17 Kertas fabrik berwarna hijau dipotong mengikut saiz penutup tupperware dan ditampal bebola kapas berwarna sebagai kekemasan dan daya tarikan. 16 Langkah-langkah Penghasilan produk Lebihan kadbod bergambar disimpan di dalam tupperware mengikut tema. 18


Pandangan dari atas Langkah-langkah Penghasilan produk Pandangan dari hadapan Pandangan dari tepi Pandangan dari belakang


Penggunaan Produk Individu boleh memilih, mencabut atau menunding kadbod yang bergambar atau perkataan daripada setiap kategori yang dipaparkan untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Terdapat banyak kategori pilihan termasuklah daripada tema perbualan, makanan, pakaian, emosi, haiwan, warna, sekolah, nombor, dan orang. Kadbod bergambar yang dipilih menunjukkan individu mahukan perkara tersebut. Maksimum kadbod bergambar yang boleh dipaparkan hanyalah empat sahaja. Oleh itu, setiap kadbod bergambar yang sering digunakan boleh dipaparkan pada papan hitam mengikut tema pada setiap masa. Contoh seperti rajah di sebelah, makanan yang sering diminta adalah nasi dan roti. Oleh itu, kadbod bergambar diutamakan pada papan hitam untuk memudahkan komunikasi berlaku. Sekiranya individu memerlukan perkara selain daripada yang dipaparkan pada papan hitam, kadbod bergambar boleh ditukar mengikut tema. Terdapat lebihan kadbod bergambar yang lain disimpan di dalam tupperware mengikut tema pada papan hitam di atasnya. Individu boleh menukar dengan mecabut dan menampal pada papan hitam untuk menunjukkan bahawa individu inginkan perkara tersebut.


Kajian berkaitan penghasilan produk “Sebagai contoh, buku komunikasi boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan komunikasi individu dan mungkin termasuk gambar, simbol atau teks. Sistem komunikasi pertukaran gambar (PECS) menggunakan isyarat visual untuk membantu individu berkomunikasi.” Otsimo. (2023, July 25). The ultimate guide to augmentative and alternative communication (AAC). https://otsimo.com/en/ultimate-aac-guide/ “Terdapat pelbagai jenis peranti AAC yang boleh membantu penghidap ASD. Sebagai contoh, jadual visual dan papan komunikasi berasaskan gambar boleh membantu individu yang mempunyai ASD memahami rutin dan menyatakan keperluan dan kehendak mereka.” Otsimo. (2023, July 25). The ultimate guide to augmentative and alternative communication (AAC). https://otsimo.com/en/ultimate-aac-guide/ “Keperluan untuk berkomunikasi tidak terhad di rumah atau sekolah. Sebagai contoh, alatan AAC hendaklah sentiasa dibawa bersama kanak-kanak ke sebarang temu janji perubatan.” American Academy of Pediatrics. (2023, November 10). Beyond spoken words: augmentative and alternative communication (AAC). https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/developmental-disabilities/Pages/augmentative-andalternative-communication-for-children.aspx “Penggunaan kad gambar dengan simbol membantu kanak-kanak autisme memahami bahan yang disampaikan” Erlani, L., Bachtiar I. G., & Taboer, A. (2022). Pengembangan sistem komunikasi augmentatif dan alternatif pada notasi dalam pembelajaran musik anak autis. Jurnal Pendidikan Khusus, 18 (1), 43-55. https://doi.org/10.21831/jpk.v18i1.49444 “Reka bentuk teknologi AAC adalah salah satu komponen intervensi yang banyak mempengaruhi prestasi dan juga mudah untuk diubah.” Light, J., Wilkinson, K. M., Thiessen, A., Beukelman, D. R., & Fager, S. K. (2019). Designing effective AAC displays for individuals with developmental or acquired disabilities: State of the science and future research directions. Augmentative and alternative communication (Baltimore, Md. : 1985), 35(1), 42–55. https://doi.org/10.1080/07434618.2018.1558283 “Ramai kanak-kanak dengan keperluan komunikasi yang kompleks menggunakan paparan grid, di mana simbol AAC disusun dalam grid lajur baris. Setiap simbol menduduki sel individu dalam grid. Paparan grid boleh berkesan dalam menyokong pelbagai hasil komunikasi dalam kanak-kanak kurang upaya perkembangan, termasuk memulakan permintaan dan fungsi komunikatif lain, menyokong kefahaman, menggalakkan penglibatan dan mengurangkan tingkah laku yang mencabar” Walker VL, & Snell ME (2013). Effects of augmentative and alternative communication on challenging behavior: A meta-analysis. Augmentative and Alternative Communication, 29, 117–131. doi: 10.3109/07434618.2013.785020


Idea Produk Idea produk adalah berdasarkan cetusan idea secara spontan. “Bagi kanak-kanak yang mengalami Autism Spectrum Disorder (ASD), kajian menunjukkan bahawa penglibatan dengan alam semulajadi memberikan kemahiran motor deria, emosi dan faedah sosial.” Reka bentuk produk yang menyerupai pokok dirujuk berdasarkan: Herd, T. (2022, October 20). The mental and therapeutic benefits of nature for children with autism spectrum disorder. https://www.nrpa.org/parks-recreation-magazine/2022/november/the-mental-andtherapeutic-benefits-of-nature-for-children-with-autism-spectrumdisorder/#:~:text=It%20can%20reduce%20the%20effects%20of%20stress%2C%20anxiety%2C,provides%2 0sensory%20motor%20skill%2C%20emotional%20and%20social%20benefits.


Impak kepada MBPK MBPK boleh meningkatkan kemahiran sosial mereka dengan mengambil bahagian sepenuhnya dalam interaksi sosial dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan orang lain. Dapat membantu MBPK membangunkan asas bahasa yang kukuh dan membantu mereka mencapai pencapaian jangkaan perkembangan mereka dalam bahasa, komunikasi serta membaca dan menulis awal—serupa dengan rakan sebaya mereka yang tidak menggunakan AAC. AAC boleh membantu mengurangkan tantrum dan cabaran tingkah laku lain yang mungkin berlaku apabila MBPK tidak dapat menyampaikan kehendak, keperluan dan perasaan mereka. Contoh ketika sedih, lapar, letih atau kesakitan. AAC membantu MBPK di sekolah dengan menjadikan pembelajaran lebih mudah diakses. AAC boleh menyumbang kepada aktiviti kumpulan dan menyatakan kepada guru apa yang telah mereka pelajari daripada pelajaran akademik.


Contact me +60103802389


Click to View FlipBook Version