The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bil. 6 Jan - Jun 2024 BULETIN KARISMA KMNS (Newsletter)_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bm-0298, 2024-06-28 21:53:41

Bil. 6 Jan - Jun 2024 BULETIN KARISMA KMNS (Newsletter)_compressed

Bil. 6 Jan - Jun 2024 BULETIN KARISMA KMNS (Newsletter)_compressed

Program Jalinan Ukhuwah MEPro & Jamuan Hari Raya 2024APRIL 2024 Dilaporkan oleh: Aida Nadya Binti Taib Duit raya Rak Rezeki karaoke lagu raya TARIKH : 19 April 2024 HARI : JUMAAT MASA : 2.30-6.00 PETANG YOUR PARAGRAPH TEXT SETIAP KUMPULAN WARGA KMNS DIBERIKAN KHEMAH YANG DIHIAS MENGIKUT TEMA HARI RAYA DAN KREATIVITI MASING-MASING. HADIAH MISTERI TELAH DIBERIKAN KEPADA KHEMAH DENGAN HIASAN TEMA HARI RAYA TERBAIK. ACARA SELINGAN PULA ADALAH NYANYIAN LAGU HARI RAYA OLEH PENSYARAH, STAF DAN PELAJAR. PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BAGI HIASAN KHEMAH RAYA TERBAIK DAN PAKAIAN SERAGAM TERBAIK TELAH DISEMPURNAKAN OLEH TUAN TIMBALAN PENGARAH. SEMOGA PROGRAM INI DAPAT MENINGKATKAN LAGI UKHUWAH SESAMA KITA SERTA MENDAPAT KEBERKATAN ILAHI. PROGRAM JALINAN UKHUWAH MEPRO & JAMUAN HARI RAYA 2024 TELAH DILAKSANAKAN DENGAN GILANG GEMILANGNYA PADA 19 APRIL 2024. INI MERUPAKAN PROGRAM ANJURAN JK MEPRO KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN. MAKANAN UNTUK PELAJAR DISEDIAKAN DAN MEREKA PERLU MENGAMBIL MENU UTAMA DI KHEMAH CAFETARIA MANAKALA MAKANAN UNTUK STAF PULA ADALAH SECARA “POTLUCK”. JK RAK REZEKI JUGA ADA MENYEDIAKAN KHEMAH DENGAN PELBAGAI JUADAH YANG SEDAP-SEDAP BELAKA.


BICARA EKSEKUTIF KMNS 2024 bbeerrssaammaa PPeennggaarraahh BBMMKKPPMM APRIL 2024 MMaajjlliiss Pada 19 April 2024 bersamaan hari Jumaat yang lalu telah diadakan suatu majlis Bicara Eksekutif KMNS 2024 yang bertempat di DK 1, KMNS. Secara ringkasnya majlis yang julung-julung kali diadakan itu merupakan suatu wadah pertemuan antara Pengarah Bahagian Matrikulasi iaitu Tuan Haji Mohd Kassim bin Haji Jaafar bersama seluruh warga KMNS amnya dan para pensyarah khasnya bagi menyampaikan hasrat beliau dan yang lebih utama ialah membincangkan hala tuju program matrikulasi. Antara fokus program Bicara Eksekutif tersebut ialah berkisar dengan aspek pengambilan pelajar, perjawatan pensyarah, kemudahan prasarana dan persaingan kolej matrikulasi dengan pewujudan pusat-pusat Asasi. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab antara para pensyarah terus kepada yang berbahagia Tn. Hj Kassim sendiri.


20 APRIL 2024- Simposium diteruskan dengan sesi pembentangan Kaedah Pembelajaran Mengikut Kursus (KPMK) secara serentak di beberapa lokasi yang ditetapkan. Setiap pembentangan dinilai oleh juri yang telah dilantik untuk menentukan penerima pingat emas dan perak. Sesi pembentangan tamat pada pukul 4:30 petang. Simposium diteruskan dengan penyampaian pingat perak kepada pembentang. Pada sebelah malam, simposium diteruskan dengan pembentangan ‘5 minutes PAL challenges’ yang bertempat di DK 1. Setiap kumpulan yang melakukan pembentangan mewakili kolej masing – masing dalam semua kategori terdiri daripada seorang ‘PAL Leader’ bersama ‘PAL member’ yang dibimbing dan mereka perlu membentangkan Kaedah Pembelajaran Mengikut Kursus terbaik yang diamalkan di kolej masing – masing. SIMPOSIUM PEER ASSISTED LEARNING (PAL) April 2024 19 APRIL 2024 - OBJEKTIF PROGRAM MATRIKULASI KPM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 19-21 April 2024 1.Mewujudkan platform perkongsian ilmu bagi Kaedah Pembelajaran Mengikut Kursus (KPMK) mengikut kolej masing-masing. 2.Menghasilkan sebanyak 134 KPMK. 3.Membudayakan inovasi KPMK dalam pelaksanaan program PAL di kolej. 19 APRIL 2024 Pendaftaran semua peserta simposium bermula pada pukul 2:30 petang dibilik JPP. Slot 1 dimulakan dengan Ucapan Alu –aluan Pengarah KMNS pada pukul 8:00 malam bertempat di Dewan Minangkabau seterusnya diikuti dengan Sesi ‘Ice – breaking’ yang dikendalikan oleh Kaunselor KMNS. 21 APRIL 2024- Simposium pada hari terakhir dimulakan dengan Slot Akademi Kenegaraan yang disampaikan oleh jurulatih Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri dan diikuti dengan bicara inspirasi yang menampilkan 2 orang panel iaitu Pn. Ummi Kalthum binti Mansor yang merupakan pensyarah PPC KMNS dan saudara Henry Lim Kim Yuan yang merupakan Pengerusi PAL KMNS Sesi 2021/2022. Simposium diteruskan dengan Majlis Perasmian Penutupan yang dirasmikan oleh En. Azman bin Abd. Karim, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar BMKPM, mewakil Pengarah BMKPM Tuan Hj. Mohd Kassim bin Hj. Jaafar. Pemenang pingat emas bagi semua kategori disampaikan ketika majlis ini. Dilaporkan oleh: Rozana Ahmad Zukri


LAWATAN AKADEMIK KE KOMPLEKS TEKNOLOGI ANGKASA BANTING Unit Fizik telah mengadakan Lawatan Akademik mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 23 April 2024 Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang Tempat : Kompleks Teknologi Angkasa Banting, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Disunting oleh Nur Shaharina APRIL 2024Objektif lawatan: 1.membangun potensi pelajar terhadap penyelidikan & pembangunan teknologi, aplikasi dan sains angkasa antarabangsa dan teknologi terkini. 2. Membina pelajar yang berbudaya sains 3. Menyokong aspirasi Pelan Transformasi Program Matrikulasi PTPM 2021-2025 dalam melahirkan pelajar universal, berautonomi dan fasih digital. Penyertaan adalah seramai 70 pelajar dan 6 orang pensyarah KMNS


DILAPORKAN OLEH : NOR SHERLIZA BINTI RAZALI Terima kasih warga KMNS menjayakan program ini pada 23 April 2024 | 11.00 pagi Selesai Program 'Jom Baca Bersama 10 minit' Tahun 2024 yang berlangsung serentak di seluruh negara. Disertai oleh semua kakitangan pelbagai jabatan dan bahagian tepat pada pukul 11.00 pagi. Membaca itu jambatan ilmu yang penting dilaksanakan tanpa mengira batasan usia. APRIL 2024 TAM@313169


JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024 APRIL 2024 DILAPORKAN OLEH : NOR SHERLIZA BINTI RAZALI


April 2024 Dilaporkan Oleh: Norul Safarinie binti Abdullah Bengkel ini telah diadakan pada 25 April 2024 bertempat di KMNS. Bengkel ini adalah anjuran KMNS dengan kerjasama Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (SSTP, JPNS). Ia melibatkan seramai 96 orang peserta dari KMNS dan juga sekolah di dalam Negeri Sembilan. Dalam bengkel ini, peserta diberi pendedahan bagaimana membina bahan PdP menggunakan aplikasi keynote dan iMovie. Penceramah jemputan bagi bengkel ini adalah Encik El Gamillo bin Habibun Tan dan Puan Noorzakiah binti Buang. Kedua-dua penceramah ini adalah daripada Apple Professional Learning Specialist. Bengkel ini juga turut dibantu oleh 9 orang fasilitator yang terdiri daripada 4 orang GPGD Apple dan 5 orang Apple Learning Leader.


SEMBANG SANTAI Perkongsian Pengalaman Dalam Penilaian Guru Cemerlang 2024 APRIL 2024 ANJURAN: JK TADBIR URUS PEMANTAPAN SME & GC KOLEJ MARIKULASI NEGERI SEMBILAN SatusesidiskusiilmiahbertajukSembangSantaiPerkongsianPengalamanDalam PenilaianGuruCemerlang2024telahdilaksanakandenganjayanyapada26April2024 bertempatdiDewankuliah1,KolejMatrikulasiNegeriSembilan.Programinimerupakan programlanjutandaripadaBengkelPendedahanLaluanGuruCemerlangyangdijalankan padatahun2023.Iabertujuanuntukmeningkatkankemahiranpensyarahdalamkaedah penyediaandokumensemasaprosespenilaiansebagaicalonGuruCemerlangserta perkongsianpengalamandicerapdaripadacalonGuruCemerlangyanglepas. DILAPORKAN OLEH : NUN MOHD NOH PaneljemputanterdiridaripadaGCBahasaInggeris,Dr.OhChenMay,GCFizik,En.Mohd HafizbinMohdYosopdanGCMatemalik,En.AzwanbinAzemiyangmempunyaipengalaman dalampenyediaandokumendanbahanpembentangansemasadicerapolehNazir. Programini merupakansalahsatuusahaJawatankuasaTadbirUrusPemantapanSMEdanPensyarah Cemerlangdalammenggalakkansemangatpeningkatanprofesionalismedalamkalangan pensyarah. PensyarahyangterlibatadalahpensyarahgredDG41,DG44sertajemputan kepadapensyarahDG48dankeatasyangberminat,termasukAJKJawatankuasaTadbir UrusPemantapanSMEdanPensyarahCemerlang. Melaluiprogramini,diharapdapatmencapaimatlamatyangdisasarkandisamping memberikannilaitambahkepadatahapprofesionalismepensyarahselarasdenganslogan "MovingfromGoodtoGreat".


Program team building Unit Kimia telah dilaksanakan pada 10 Mei 2024 bertempat di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini bermula seawal 9.00 pagi dengan 5 aktiviti yang diuruskan oleh kumpulan masing-masing. Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah sekaligus menambahkan kejelekitan di kalangan pensyarah Unit Kimia. Sambutan Hari Guru 2024 juga turut diselitkan di dalam program ini dengan nyanyian lagu Guru Malaysia serta acara pemotongan kek. Mei 2024 Dilaporkan Oleh: Norul Safarinie binti Abdullah


ANTARA KOMEN/CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Boleh diteruskan lagi untuk topik yang lain 2. Boleh tambah lagi aktiviti yang sesuai 3. Harap diadakan kursus seperti ini dengan lebih kerap 4. Ceramah yang baik untuk semua pensyarah 5. Perlu bengkel lanjutan 6. Boleh diadakan program kesihatan yang lain 7. Teruskan kursus berkaitan kesihatan pekerja. 8. Adakan pemeriksaan kesihatan 9. Usaha yang sangat baik 10. Masa program yang lebih panjang 11. Penceramah berkaliber. Isi ceramah menarik K U R S U S P E N C E G A H A N N C D K E S E D A R A N 1 0 M E I 2 0 2 4 Penceramah: Dr. Wong poh shean Penceramah: Dr. Wong poh shean MENINGKATKAN KESEDARAN TENTANG PENTINGNYA PENCEGAHAN RISIKO PENYAKIT NCD TERUTAMANYA KENCING MANIS, DARAH TINGGI, BUAH PINGGANG, JANTUNG DAN KANSER DALAM KALANGAN KAKITANGAN KMNS MENINGKATKAN KESEDARAN TENTANG PENTINGNYA PENCEGAHAN RISIKO PENYAKIT NCD TERUTAMANYA KENCING MANIS, DARAH TINGGI, BUAH PINGGANG, JANTUNG DAN KANSER DALAM KALANGAN KAKITANGAN KMNS O b j e k t i f MEMBERI PEMAHAMAN DALAM PEMILIHAN PEMAKANAN & AMALAN CARA HIDUP YANG BETUL DALAM MENJAGA KESIHATAN MEMBERI PEMAHAMAN DALAM PEMILIHAN PEMAKANAN & AMALAN CARA HIDUP YANG BETUL DALAM MENJAGA KESIHATAN MENINGKATKAN MUTU KESIHATAN PEKERJA LANTAS MENINGKATKAN PRODUKTIVITI PEKERJAAN MENINGKATKAN MUTU KESIHATAN PEKERJA LANTAS MENINGKATKAN PRODUKTIVITI PEKERJAAN suntingan: amir MEI 2024


YOUR PARAGRAPH TEXT Dilaporkan Oleh: Izyani binti Mistar Program ini telah dilaksanakan pada 10 dan 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Minangkabau (DSG). Ia adalah bertujuan untuk mencungkil konsep dan pengetahuan sedia ada pelajar tentang kursus Perakaunan serta kursus subjek teras yang lain seperti kursus Ekonomi dan juga Pengurusan Perniagaan. Selain itu, ia juga dapat membantu bagi mengenalpasti pelajar yang memerlukan bimbingan seterusnya meningkatkan motivasi pelajar terhadap kursus-kursus tersebut. Tambahan lagi, ia juga dapat mendedahkan pelajar dengan kepelbagaian gaya pembelajaran selain di dalam kelas selari dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi setiap subjek teras. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan pencapaian akademik selaras dengan tagline KMNSiaitu “Kita Menjana Nilai & Skor”. Oleh yang demikian, pencapaian yang cemerlang dalam kalangan pelajar KMNS bagi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi juga adalah menjadi harapan kepada semua warga kolej. Moga objektif program ini tercapai dengan jayanya.


MajlisRestuIlmu & Hari Guru 2024 DISUNTING OLEH: W.N.MEERAISHA BINTI W.JAMALUDDIN MEI 2024 PELAJAR BERKUMPUL BERMULA JAM 8 PAGI DI DSG, KMNS. NYANYIAN LAGU DILAGUKAN SELEPAS KETIBAAN SEMUA PENSYARAH DAN PIHAK PENGURUSAN. BACAAN IKRAR PELAJAR DIKETUAI OLEH PENGERUSI JPP, KMNS. MAJLIS INI JUGA MERAIKAN DAN MENGANUGERAHKAN BLOK TERBAIK MENGIKUT KLUSTER MASING- MASING DENGAN PENYAMPAIAN HADIAH. SEBELUM MAJLIS RESTU ILMU ANTARA PELAJAR DAN PENSYARAH DI TENGAHTENGAH LALUAN DSG, SEMUA PENSYARAH PERLU NAIK KE PENTAS BAGI MENYANYIKAN LAGU GURU MALAYSIA. DI AKHIR MAJLIS, PENSYARAH DISAJIKAN DENGAN JAMUAN DI BILIK SYNAPSE SPACE DAN PELAJAR PULA DI BLOK MASING-MASING.


MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA PSPM SEMESTER II ANJURAN: UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL MEI 2024 Majlis Solat Hajat sempena PSPM Semester II Sesi 2023/2024 telah diadakan pada 16 Mei 2024, bermula jam 7:00 malam bertempat di Surau Al-Muttaqin KMNS. Majlis ini deselitkan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Muiz bin Riddzwan, Jurulatih Utama AlQuran dari Pusat Pengajian Mustafa. Program ini adalah salah satu usaha diikuti doa yang tidak putus dan sentiasa berserah kepada Allah agar kejayaan yang dimiliki mendapat keberkatan serta dipermudahkan setiap urusan oleh Allah SWT, seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik, selaras dengan tagline KMNS “Kita Menjana Nilai dan Skor”. Dilaporkan oleh: Sukmira Hussain


MEI 2024 Dilaporkan oleh: ASHAR ASRUL BIN ROS Perkembangan teknologi digital dinihari tampak semakin ke hadapan dengan kemunculan pelbagai kaedah yang canggih dan terkini. Selari dengan arus kemodenan dunia digital, Apple Teacher KMNS yang diwakili oleh Puan Norul Safarini iaitu pensyarah Unit Kimia KMNS bersama Puan Nurul Shaedah yang merupakan pensyarah Unit Fizik KMNS telah berganding bahu dalam perkongisan ilmu melalui Bengkel Latihan Pemantapan Pakar Jauhari Digital Profesionalisme Keguruan yang membawakan aplikasi “Augmented Reality”. Para peserta bengkel yang terpilih dalam kalangan pensyarah KMNS terutamanya dari unit Bahasa telah diberi pendedahan kepada aplikasi yang akan digunakan bagi menghasilkan Augmented Reality dan seterusnya dibimbing untuk meghasilkan bahan PdP yang lebih menarik. Wah...nampaknya selepas ini pasti sesi PdPc akan lebih menarik dan tidak lagi membosankan! 8.00 pagi - 4.00 petang KMNS


TEAMBUILDING JABATANPENGURUSAN PELAJARKMNS MEI 2024 Jabatan Pengurusan Pelajar KMNS telah menganjurkan program Team Building bertempat di Pulau Besar Melaka yang turut disertai oleh beberapa pensyarah daripada Unit Sains Komputer, Unit Matematik dan juga Unit Pendidikan Am dan Moral. Program selama satu hari adalah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka itu bermula seawal 5.30 pagi sehingga 7.30 petang. Pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan antaranya aktiviti memanah, flying fox, energizer games, island hopping di Taman Laut Negeri Melaka dan lain-lain. Objektif program adalah untuk mengeratkan ukhuwah serta kejelekitan di kalangan pensyarah dan staf di bawah Jabatan Pengurusan Pelajar. JUMAAT 24 MEI 2024 PULAU BESAR, MELAKA Dilaporkan oleh: Aida Nadya Binti Taib


L A W A T A N P E N A N D A A R A S E K S A OBJEKTIF PROGRAM Memberi pendedahan dan perspektif baru kepada jawatankuasa EKSA/5S KMNS mengenai EKSA. Meningkatkan pengetahuan bagaimana mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa. Menggalakkan kreativiti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan hijau dalam kalangan warga KMNS. KE MAJLIS BANDARAYA, MELAKA BERSEJARAH, MELAKA MEI | 2024 24 MEI 2024 (JUMAAT) ANJURAN JK 5S/EKSA KMNS Di laporkan oleh: Siti Musalmah A Hamid Seramai 19 orang pensyarah KMNS merangkap JK 5S/ Eksa KMNS telah mengikuti lawatan Penanda Aras Eksa ke Majlis Bandaraya, Melaka Bersejarah yang telah berlangsung pada 24 Mei 2024. Lawatan ini disambut baik oleh pihak MBMB di mana peserta dijemput masuk ke dalam dewan dan mendengar taklimat mengenai Pembudayaan Ilmu Hijau yang disampaikan oleh Puan Rohzaina binti Zainal, Ketua Unit Perancangan Bandar dan Wilayah. Para peserta kemudiannya dibawa ke beberapa unit untuk melihat dan mendalami amalan-amalan 5S/EKSA di beberapa unit sekitar bangunan MBMB. Diharapkan agar para pensyarah dapat menghayati lawatan dan menambahbaik sistem 5S/Eksa di KMNS pada sesi baru aakan datang.


Tarikh : 19 Jun 2024 (Rabu) Masa : 8:30 pagi Tempat sembelih dan melapah : ‘driving range’ Tempat memasak : Surau Jamuan makan : Surau “Semoga ibadah korban, semua amal dan pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT.” KMNS dengan kerjasama KAWAN telah melaksanakan ibadah korban seekor lembu pada hari ketiga Hari Raya Aidiladha. Warga KMNS telah hadir ke ‘driving range’ dan surau untuk membantu aktiviti gotong royong ibadah korban dari awal pagi. Ada yang membawa sedikit juadah untuk pot luck sarapan/minum pagi serta bahan-bahan untuk memasak. Menu makan tengahari adalah masakan singgang tulang. sup tulang, kerabu perut dan kerabu mangga. Selesai memasak semua dijemput hadir ke surau untuk bacaan doa selamat dan jamuan daging korban. Pengerusi KAWAN merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga KMNS yang hadir menyumbang tenaga, bahan masakan dan ‘potluck’ dalam majlis gotongroyong. Insya-Allah, program ibadah korban ini akan dilaksanakan lagi pada tahun hadapan, dengan memperbaiki kelemahankelemahan yang ada. IBADAH KORBAN KMNS JUN 2024 Di laporkan oleh: Siti Zuraida MN Anjuran: KAWAN


Perhimpunan Amanat Pengarah. MINGGU PROFESIONAL KMNS 2024/2025 JUN 2024 AKTIVITI YANG DIJALANKAN. Memupuk budaya kerja profesional dan amalan kerja terbaik dikalangan pensyarah dan AKP KMNS. Program ini adalah persediaan untuk Hari Pendaftaran Pelajar Sesi 2024/2025 dan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu. Persediaan awal dijalankan agar Hari Pendaftaran Pelajar baru dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan sistematik dalam jangka masa yang ditetapkan. OBJEKTIF Taklimat oleh KJPP En Nor Azman Bin Samid berkaitan dengan perjalanan MPPB 2024/2025. Beliau turut mengingatkan pensyarah agar menegur pakaian dan penampilanpelajaragar sentiasamengikutiperaturankolej. Taklimat perlaksanaan aktiviti semasa LDK telah disampaikan oleh Pn. Faradila binti Zainal Abidin. Beliau berkongsi tentang contoh aktiviti ‘Ice Breaking’ yang menarikbolehdilaksanakanolehCoach. Taklimat MPPB. Taklimat Pengurusan Dokumen Pelajar dan LDK/MEPro. Mesyuarat JK Induk MPPB dan Mesyuarat JK Kecil MPPB. Ujilari MPPB. Di laporkan oleh: Siti Zuraida MN Taklimat MEPro diberikan oleh Pn. Norsazura Binti Saad mengenai perlaksanaan MEPro seperti pembahagian kumpulan praktikum dan penggunaan modul yang akan dilaksanakansepanjangMPPB dansemester2024/2025. Taklimat Pengurusan Dokumen Pelajar diberikan oleh Pn. Nur Baizura Binti Zainal Abidin. Penerangan yang lengkap dan padat berkaitan pengurusan dokumen pelajar semasa MPPB. Semua dokumen ada dikongsikan di dalam Google Drive untukrujukanCoach. “Moving from GOOD to GREAT” “Moving from GOOD to GREAT”


S I D A N G E D I T O R I A L S I D A N G E D I T O R I A L S I T I Z U R A I D A M O H A M A D N A S I R K ET U A E D I T O R S ITI MUSALMAH A.HAMID IZYANI MISTAR SUKMIRA HUSSAIN P H O O N F O O N G H A P E N . K ET U A E D I T O R P E R E K A G R A F I K E D I T O R NUR SHERLIZA RAZALI NUN MOHD NOH AIDA NADYA TAIB NORUL SAFARINIE ABDULLAH NUR SHAHARINA MOHD YUSUF ROZANA AHMAD ZUKRI WAN NOOR MEERAISHA DR MOHD AMIR ZAKARIA ASRAR ASRUL ROS


Click to View FlipBook Version