The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bil 4. Jan - Jun 2023 BULETIN KARISMA KMNS (Newsletter) (4)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bm-0298, 2023-06-03 16:48:10

Bil 4. Jan - Jun 2023 BULETIN KARISMA KMNS (Newsletter) (4)

Bil 4. Jan - Jun 2023 BULETIN KARISMA KMNS (Newsletter) (4)

JANUARI - JUN 2023 BIL 4 KARISMA KMNS K IT A M E N J A N A N IL A I D A N S K O R Hari Keusahawanan KESBA 2023 Program Jom Berzumba Program Gemersik Cakna 2023 SUKED 2023 MENARIK DI DALAM:


SEKAPUR SIRIH PENGARAH KMNS Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, Buletin KARISMA KMNS Januari - Jun 2023 berjaya diterbitkan. Saya ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada sidang editorial buletin atas penerbitan digital buat kali keempat. Segala kenangan dan memori indah yang terpaut di ingatan dapat dikongsikan bersama menerusi penerbitan kali ini di mana terdapat pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan dengan jayanya. Salah satu aktiviti yang menyentuh jiwa adalah Program Jalinan MEPRO & Jamuan Hari Raya yang diadakan pada 12 Mei 2023 baru-baru ini. Saya menyaksikan kemeriahan Aidilfitri di kalangan warga KMNS yang bekerjasama menghias khemah, memasak, menyediakan makanan dan kemudiannya bersama-sama menikmati pelbagai juadah dengan pelajar. Aktiviti seperti ini amatlah baik sekali kerana dapat mengeratkan ukhwah silaturahim sesama kita. Bak kata pepatah; sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sesungguhnya, saya dengan sepenuh hati menghargai warga KMNS yang sentiasa berganding bahu untuk bekerja dalam satu pasukan tidak kira aktiviti unit, jabatan mahupun di peringkat kebangsaan. 'Together we achieve greatness' Teruskan perjuangan kita ke arah 'moving from good to great' di mana kemenjadian pelajar sentiasa menjadi aspek utama dalam mengecapi kegemilangan. "KITA MENJANA NILAI DAN SKOR". Sekian, terima kasih. TN. HJ. AMRAN BIN MD. SAID Pengarah KMNS J A N U A R I - J U N 2 0 2 3 B IL. 4


DARI MEJA KETUA EDITOR Salam sejahtera, Kita bertemu sekali lagi dalam Buletin KARISMA KMNS Bil. 4 yang sudah membawa kita ke penghujung semester 2 sesi 2022/2023. Dengan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada timbalan ketua editor, pereka grafik dan semua editor yang telah memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan buletin ini berjaya diterbitkan. Tahniah kepada semua kerana menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik kerana kerja itu satu ibadah. Saya, bagi pihak JK Buletin juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh mantan Pengerusi JK Buletin, Cik Tee Bee Lian sebelum persaraan wajib beliau pada 26 April 2023. Seperti edisi yang sebelum ini, KARISMA KMNS edisi 4 ini juga merakamkan penglibatan dan kejayaan warga kolej dalam aktiviti dan program secara bersemuka dan dalam talian yang dianjurkan oleh KMNS, BMKPM dan juga institusi lain dalam semester 2 sesi 2022/2023. Pada penghujung semester 2 sesi 2022/2023, kita perlu renungkan tentang apa yang telah kita laksanakan supaya kita boleh bersiap sedia untuk menghadapi dan mengatasi cabaran yang bakal ditempuhi pada sesi 2023/2024 bermula pada bulan Julai 2023. Sama-sama kita berdoa supaya KMNS terus cemerlang, gemilang dan terbilang bukan hanya dalam bidang akademik, tetapi juga dalam bidang ko-kurikulum. Semoga semua warga kolej akan terus memberi komitmen yang tinggi untuk membimbing pelajar kita ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Ini bukan sahaja membawa kejayaan kepada kolej, tetapi juga memberi kejayaan kepada diri sendiri. Saya amat berharap buletin ini akan membawa kenangan manis bila warga kolej membaca aktiviti dan kegiatan yang dimuatkan dalam edisi ini. Saya juga memohon maaf terlebih dahulu sekiranya terdapat aktiviti yang tidak dilaporkan atau sebarang kesilapan dalam edisi ini. Sebagai penutup bicara, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga KMNS. PHOON FOONG HA KETUA EDITOR SIDANG EDITORIAL KETUA EDITOR PHOON FOONG HA PENOLONG KETUA EDITOR SITI MUSALMAH BINTI A HAMID PEREKA GRAFIK NORUL SAFARINIE BINTI ABDULLAH EDITOR AIDA NADYA BINTI TAIB ASHAR ASRUL BIN ROS IZYANI BINTI MISTAR DR MOHD AMIR BIN ZAKARIA NOR SHERLIZA BINTI RAZALI NUN BINTI MOHD NOOR NUR SHAHARINA BINTI MOHD YUSUF ROZANA BINTI AHMAD ZUKRI SITI ZURAIDA BINTI MOHAMAD NASIR SUKMIRA BINTI HUSSAIN WAN NOOR MEERAISHA BINTI WAN JAMALUDDIN J A N U A R I - J U N 2 0 2 3 B IL. 4


READ MORE JAN-JUN2023 DilaporkanOleh :SitiMusalmahAHamid SELAMAT DATANG KE KMNS buat Staf Baharu YOUR PARAGRAPH TEXT YOUR PARAGRAPH TEXT Mula berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Teknologi MaklumatPPTM FA29 di KMNS pada 30 Januari 2023. Sebelum ini berkhidmat di Hospital Permai, Johor Bahru Siti Fatimah binti Surahmen SITI FATIMAH BINTI SURAHMEN Zubaidah binti Zakaria Anuar bin Amran Mula berkhidmat sebagai Pegawai Kaunseling DG 44 di KMNS pada 3 Januari 2023. (cuti bersalin sehingga 2 Mac 2023). Sebelum ini berkhidmat di SMJK Chi Wen, Bahau Mula berkhidmat sebagai Pustakawan S44 di KMNS pada 3 April 2023. Sebelum ini berkhidmat di English Language Teaching Centre (ELTC) SELAMAT BERSARA Jasamu Dikenang Nor Azian binti Arshad Tee Bee Lian NOR AZIAN BINTI ARSHAD Mula berkhidmat sebagai Pembantu Makmal di KMNS pada 20 Mac 2000 Hari terakhir perkhidmatan: 17 Jun 2023 Mula berkhidmat sebagai Pensyarah Unit Kimia di KMNS pada 3 Januari 2000 Hari terakhir perkhidmatan: 26 April 2023


READ MORE Timbalan Pengarah KMM JUN2023 DilaporkanOleh :SitiMusalmahAHamid Timbalan Pengarah KMNS Dimaklumkan bahawa PN. SALWA ANITA BINTI HJ. ISA, akan bertukar ke KMM sebagai Timbalan Pengarah berkuatkuasa mulai 6 Jun 2023. Justeru itu, satu majlis perpisahan telah diadakan seperti berikut: Tarikh : 2 Jun 2023 (Jumaat) Masa : 9:00 pagi Tempat : DK 1 Semua pensyarah dan staf dijemput hadir bagi meraikan beliau. Dimaklumkan juga bahawa EN. MOHAMMAD ARIFFIN BIN ABD AZIZ akan bertukar ke KMNS sebagai Timbalan Pengarah berkuatkuasa mulai 6 Jun 2023. Seluruh warga KMNS mengalu-alukan kedatangan beliau. Ahlan wa Sahlan Salwa Anita binti Hj Isa Mohammad Ariffin bin Abd Aziz INFO TERKINI


JAN - JUN 2023 JK Tadbir urus Surau dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Biro Kerohanian dan Rak Rezeki telah menganjurkan Program Air Balang Percuma sempena hari Jumaat. Program ini diuruskan oleh Cik Sali Azuin selaku Penyelaras Program Rak Rezeki dan telah berlangsung bermula Februari sehingga Mei 2023 dan diteruskan juga di sepanjang bulan Ramadhan. Air balang ini disediakan di pintu masuk kolej bermula jam 12.00 tengahari setiap hari Jumaat. Kuih muih juga turut disediakan. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan adanya sumbangan ikhlas daripada staf dan juga pensyarah KMNS melalui akaun Rak Rezeki KMNS. D I L A P O R K A N O L E H : A I D A N A D Y A B I N T I T A I B


Majlis bacaan Yaasin dan tahlil telah diadakan pada setiap hari Khamis malam Jumaat bermula dari bulan Januari hingga Jun 2023 yang bertempat di surau KMNS. Program yang bermula selepas solat maghrib berjemaah secara bersemuka dan ianya turut diadakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Program ini merupakan anjuran Biro Kerohanian JPP Pelajar dengan kerjasama JK Rak Rezeki KMNS yang antara objektif utamanya ialah untuk memupuk budaya rahmah dan taqwa dalam kalangan warga kolej khususnya para pelajar yang menduduki PSPM Sem II pada bulan Mei 2023.. Semoga program sebegini mendapat keberkatan Illahi. Dilaporkan Oleh : ASHARASRUL JAN-JUN 2023 Majlis bacaan Yaasin & Tahlil


HARI KEUSAHAWANAN KESBA 2023 ANJURAN KELAB STAF BUKAN AKADEMIK KMNS - Hari Keusahawanan KESBA 2023 ini adalah merupakan anjuran Kelab Staf Bukan Akademik, KMNS -Terdapat 35 buah gerai yang terdiri daripada peniaga dalam (wakil dari semua cafe) dan juga peniaga luar. -Pelbagai gerai jualan dibuka antaranya bermacam-macam jenis makanan dan minuman, kelengkapan pakaian, booth telco dan bermacam-macam lagi. - Ianya mendapat sambutan dan sokongan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga KMNS dan juga orang awam. - Program sebegini diharapkan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang disamping dapat membantu peniaga kecil sekitar kawasan KMNS untuk menjana pendapatan mereka. . DISUNTING OLEH: IZYANI MISTAR JJaannuuaarrii 22002233 TARIKH: 17 JANUARI 2023 (SELASA) 14 FEBRUARI 2023 (SELASA) MASA: 9:00 PAGI – 7:00 PETANG TEMPAT: RUANG PARKIR STAF (SEBELAH PONDOK PENGAWAL) , KMNS


aa..MMeennggaammaallkkaann aammaallaann ddaayyaa ssaaiinngg yyaanngg ssiihhaatt ddaallaamm bbiiddaanngg ssuukkaann.. bb..MMeenngguukkuuhhkkaann ppootteennssii ddaallaamm sseemmuuaa aassppeekk tteerruuttaammaa mmeennttaall,, rroohhaannii,, eemmoossii ddaann iinntteelleekk aaggaarr mmeennjjaaddii iinnssaann yyaanngg sseeiimmbbaanngg.. cc..MMeennyyeemmaarraakkkkaann llaaggii sseemmaannggaatt kkeessuukkaannaann ddii kkaallaannggaann ppeellaajjaarr KKoolleejj MMaattrriikkuullaassii NNeeggeerrii SSeemmbbiillaann.. d.MMeennyyeemmaaii sseemmaannggaatt cciinnttaakkaann nneeggaarraa mmeellaalluuii mmeeddiiuumm ssuukkaann Dilaporkan Oleh :MOHD AMIR 3 JANUARI 2023 Penganjur : JPP KMNS Peser ta : Pelajar KMNS Penganjur : JPP KMNS Peser ta : Pelajar KMNS O B J E K TIF P R O G R AM : JJuuaallaannttrraakkmmaakkaannaann TTaayyaannggaannssiiaarraannllaannggssuunngg Sebahagian aksi tendangan penalti YOUR PARAGRAPH TEXT JANUARI 2023


JANUARI 2023 Program Jom Berzumba Bersama Coach Ainul KRM diadakan pada 3 Januari 2023 (Selasa) di Dataran Perpatih KMNS telah diadakan dalam suasana yang meriah. Program bermula pada jam 5 petang. Pensyarah dan staf perempuan KMNS dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Hanya 30 peserta terawal yang mendaftar akan dapat mengikuti pertandingan tersebut. Peserta yang dapat mengikuti arahan instruktor paling tepat akan memenangi hadiah. Program ini adalah anjuran JPP KMNS 2022/2023. 3 Januari 2023 DISUNTING OLEH : NOR SHERL IZA PROGRAM JOM BERZUMBA BERSAMA COACH AINUL KRM Objektif Meningkatkan kesedaran tentang peningkatan kecergasan dalam kehidupan seharian. Memperkenalkan aktiviti 'pound' kepada warga KMNS 1. 2.


TOKOH MEMBACA SESI 2022/2023 Dilaporkan oleh : NUR SHAHARINA & PHOON FOONG HA JAN 2023 YOUR PARAGRAPH TEXT Anjuran Perpustakaan Pendeta Za’ba (PPZ) dengan kerjasama Kelab Sahabat PPZ KMNS. Perpustakaan Pendeta Za'ba (PPZ) dengan kerjasama Kelab Sahabat PPZ KMNS telah menjalankan program Tokoh Membaca untuk sesi 2022/2023 dan dua pemenang dari kategori pensyarah dan staf bukan akademik telah dipilih, iaitu Pn. Rusnah binti Mat Juri dari Unit Fizik dan Pn. Siti Zainon binti Musa dari Unit Asrama. Hadiah dalam bentuk sijil, planner dan barangan 'Tupperware' telah disampaikan kepada pemenang oleh Tuan Pengarah KMNS, Tn. Haji Amran bin Md Said pada 5 Januari 2023. Tahniah diucapkan kepada Pn. Rusnah dan Pn. Siti Zainon. Diharap aktiviti ini akan diteruskan lagi untuk memupuk sikap dan minat untuk membaca di kalangan pensyarah dan staf.


B I O L O G Y AWA R E N E S S P R O J E C T 6 . 0 JANUARI 2023 Dilapor oleh: Rozana Ahmad Zukri ANJURAN TEMA: 'Together We Kelp, Together We Help' TEMPAT: Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia. PESERTA: Pelajar Sains Hayat dan Sains Komputer Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan Kolej Matrikulasi Johor. OBJEKTIF: Meningkatkan kesedaran para peserta tentang kepentingan alga di dalam industri dan alam semulajadi GreenAssemble, Aktiviti ini merupakan kegiatan pembelajaran yang memerlukan para peserta mencaridanmengumpulsampelairdanalgadisekitarJabatanBiologi,UPM. PhycologistinAction, Aktiviti ini merupakan inisiatif bagi memberi peluang kepada peserta untuk memerhatidanmengenalpastialgadibawahmikroskop. Let’sEatAlgae, Pertandingan ini merangkumi 3 aktiviti yang berkaitan dengan jenis-jenis alga dalammakananiaitucrosswordpuzzle,briefingsessiondansesipraktikal. Bloombayah, Pertandingan iniadalahmemadankanjenis-jenisalgadankesan-kesannyakepada ekosistem . Kelp Pop Pertandingan ini adalah untuk menguji pengetahuan peserta tentang kepentingan alga terhadap industri perubatan dan kesihatan dan mengenal pasti produk perubatan yang menggunakan alga sebagai bahan utama. Algae to Biofuel. Aktiviti ini melibatkan produk harian yang akan dipamerkan di booth, dan pelajar perlu meneka produk manakah yang mengandungi alga dalam produk tersebut AKTIVITI PELAJAR FIKOLOGI (BGY 4105) JABATAN BIOLOGI, FAKULTI SAINS UPM


Kejuruteraan Geomatik ialah disiplin akademik tentang pemerolehan, analisis, dan tafsiran data geospatial berkaitan dengan bumi, ciri fizikal dan persekitaran binaan. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar alatan & teknik mengukur, mengurus & menganalisis data geospatial daripada pelbagai sumber dengan ketepatan secara digital. PROGRAMPENGENALAN KEPADAGEOMATIK2023 Aktiviti Pengenalan Fakulti Alam Bina & Ukur UTM Skudai Team Geomatik,UTM JANUARI 2023 Memberi pendedahan tentang Kejuruteraan Geomatik serta berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar KMNS. Matlamat Anjuran Dilaporkan Oleh : NUNMOHD NOH


TAKLIMAT PENCEGAHAN KANSER JANUARI 2023 MAJLIS KANSER NEGARA 13 JANUARI 2023 - Pihak Majlis Kanser Nasional (MAKNA) berbesar hati melaksanakan kempen kesedaran penyakit kanser khusus kepada warga KMNS. Taklimat Kesedaran Kanser dan Pencegahan serta Peranan MAKNA kepada Masyarakat telah diadakan di Dewan Seri Pilah KMNS bermula pada jam 2:30 petang hingga 4:30 petang. Seramai lebih kurang 200 orang peserta terdiri daripada kalangan pensyarah dan staf KMNS telah menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Encik Roslan bin Ahmad daripada Majlis Kanser Nasional. Program ini banyak memberi manfaat kepada warga KMNS. Warga KMNS juga berpeluang menyumbang kepada MAKNA demi kebajikan pesakit kanser di Malaysia. Semoga program seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang. "TAKLIMAT YANG BERMANFAAT!" FOTO DARIPADA DR.AMIR DILAPORKAN OLEH : SUKMIRA HUS SAIN


Februari 2023 Program Gemersik Cakna 2023 1 - 22 FEBRUARI 2023 Program Gemersik Cakna 2023 adalah merupakan program anjuran JK Tadbir Urus Kesenian & Kebudayaan, KMNS yang telah berlangsung selama hampir sebulan dengan pelbagai aktiviti yang dipertandingkan seperti Gubahan Hantaran Kain Pelikat/ Songket, Kaligrafi Cina/ Karikatur/ Seni Khat, Pantun, Tarian Tradisional, Nyanyian, dan banyak lagi. KEMUNCAK PROGRAM Manakala, Majlis kemuncak Gemersik Cakna 2023 ini pula telah diadakan pada 22 Februari 2023 di Dewan Minangkabau KMNS dengan suasana yang meriah dan mendapat sambutan yang luar biasa dalam kalangan pelajar dan staf KMNS. Majlis bermula pada jam 8:45 malam dan telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial KMNS, Puan Noraishah binti Safiei. Disunting oleh:Izyani Mistar


SUKED 2023 KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN Acara Antara acara yang dipertandingkan adalah futsal, bola jaring, badminton, skuasy, tenis, ping pong, petanque, bola tampar, bola keranjang, dodgeball, sepak takraw, tarik tali, olahraga, frisbee dan rugby touch. Sukan kolej kediaman (SUKED) telah dilaksanakan pada 10 hingga 17 Februari 2023 ini yang telah melibatkan 5 rumah sukan iaitu: I) Hufflepuff ( A1, B1, C1, C5.1) Ii) Ravenclaw ( A2, B2, C2, C5.2) Iii) Gryffindor ( A3, B3, C3, C5.3)Iv) Iv) Slytherin ( A4, B4. C4, C5.4)V) V) Hogwarts (Pensyarah & Staf KMNS) Acara SUKED ini juga telah disertai oleh Pensyarah dan staf. Program ini telah berjaya merapatkan hubungan antara pensyarah, staf dan para pelajar KMNS. DILAPORKAN OLEH: SITI ZURAIDA NASIR


Satu Lawatan Penanda Aras dan Bengkel Peningkatan Kemahiran Pensyarah Unit Bahasa Inggeris telah diadakan pada 10 Februari 2023 hari Jumaat bermula jam 7.45 pagi sehingga jam 4.30 petang bertempat di English Language Teaching Centre (ELTC), Labu, Negeri Sembilan. Pelbagai amalan dan tips dalam pelaksanaan PdP subjek Bahasa Inggeris ini telah dikongsikan kepada para pensyarah. Perkongsian yang telah diberikan amat bermanfaat dalam meningkatkan mutu dan kualiti serta kemahiran dalam penyampaian pengajaran. Seterusnya, perkongsian daripada mereka ini diharapkan dapat menjadi ikutan dan motivasi kepada pensyarahpensyarah Unit Bahasa Inggeris KMNS untuk meningkatkan kecemerlangan diri sebagai tenaga pengajar serta meningkatkan prestasi pelajar dan kolej umumnya. LAWATAN PENANDA ARAS DAN BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN PENSYARAH BAHASA INGGERIS KE ELTC ANJURAN UNIT BAHASA INGGERIS, KMNS FEBRUARI 2023 DILAPORKAN OLEH: IZYANI MISTAR 10 FEBRUARI 2023 JUMAAT 8.00 PAGI ELTC, LABU N.SEMBILAN


LAWATAN PENANDA ARAS UNIT FIZIK KMNS KE KMM TAHUN 2023 FEBRUARI 2023 Program ini merupakan program lawatan profesional ke kolej-kolej matrikulasi lain bertujuan untuk meningkatkan pencapaian kecemerlangan akademik kursus Fizik. Tujuan utama program ini diadakan adalah sebagai medium wacana ilmu bagi kedua-dua kolej berkongsi amalan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kursus Fizik dari aspek pelaksanaan kuliah, tutorial dan amali secara menyeluruh. TARIKH 17 FEBRUARI 2023 Beyond Grateful! -Berkongsistrategiuntukmeningkatkan pencapaianakademikpelajar. -Percambahanideabaruberkaitan proses kerjadiUnitFizik secaradua hala. -Memahamidanmenghayatibudaya kerja cemerlangdiinstitusi yangdilawati. OBJEKTIF DILAPORKAN OLEH : NUN MOHD NOH DILAPORKAN OLEH : NUN MOHD NOH


Dilaporkan Oleh : Wan NoorMeeraisha BtWan Jamaluddin Februari 2023 ANJURAN: UNIT BIOLOGI KMNS 17 FEBRUARI 2023 TAKLIMAT STEM TELAH DISAMPAIKAN OLEH PENGERUSINYA IAITU PROF. TS. DR. MOHAMAD SATTAR RASUL. PESERTA MENYATAKAN MINAT UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PEMBUDAYAAN STEM YANG DILAKSANAKAN OLEH UKM SUPAYA BOLEH DITERAPKAN DI KMNS. PESERTA TELAH DIBAWA MELAWAT KE BILIK TUTORIAL DI PUSAT STEM FAKULTI PENDIDIKAN. BILIK TUTORIAL INI TELAH DILENGKAPKAN DENGAN PERALATAN ICT BERTEKNOLOGI TERKINI DARI APPLE. PESERTA JUGA TELAH DIBAWA MELAWAT KE LOJI PANDU MAKANAN DI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PADA SEBELAH PETANG . PESERTA TELAH DIBERIKAN PENERANGAN TENTANG PROSES PEMBUATAN COKLAT DAN MESIN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBUATAN DAN PEMBUNGKUSAN MAKANAN. PESERTA TELAH BERPELUANG MELAWAT GALERI SEJARAH ALAM UKM. GALERI INI MENEMPATKAN PELBAGAI HAIWAN DARATAN DAN AIR YANG TELAH DIAWETKAN. • INISIATIF UNTUK PERKONGSIAN PINTAR DAN PENANDA ARAS BAGI BIDANG SAINS (BIOLOGI), SERTA MEMPEROLEH INPUT DALAM PEMBUDAYAAN STEM DI DALAM PDP YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN DAN RUJUKAN. OBJEKTIF


Dilaporkan Oleh : Mohd Amir FEBRUARI 2023 Program ini telah berlangsung pada 24- 26 Februari 2023. Ia juga untuk memastikan para peserta dapat bertemu mata dan saling berkenalan dalam menghubungkan silaturahim bersama mereka. YADIM juga berhasrat melahirkan seorang daie yang mempunyai keterampilan dari segi pengucapan awam, berbahas dan paling penting adalah berdasarkan nas dari al-Quran dan Hadis. Program ini juga diharap menjadi kelangsungan kepada program-program pengkaderan anak muda melalui Sahabat YADIM di universiti. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, telah menghimpunkan seramai 250 para pelajar matrikulasi dari seluruh Malaysia untuk program Kem Daie Muda Matrikulasi. Ia merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Bahagian Matrikulasi ,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Program KITARecyle telah dilaksanakan dengan jayanya pada 15 Februari 2023. Program ini dianjurkan oleh pihak KMNS dengan kerjasama JPP Biro Kerohanian dan Kelab 5R KMNS. Terdapat 3 objektif yang telah ditekankan untuk pelaksanaan program ini. Antaranya ialah: 1.Menerapkan amalan mengkitar semula bahan terpakai dalam diri pelajar. 2. Memupuk nilai cinta akan alam sekitar kepada warga kolej. 3.Mengurangkan penghasilan bahan buangan di kolej. Hasil daripada maklumbalas daripada pelajar, program ini sangat baik bagi mereka dan berharap program ini akan dapat dijalankan. ANJURAN KMNS DAN KERJASAMA JPP BIRO KEROHANIAN DAN KELAB 5R FEBRUARI 2023 PROGRAM PENGUMPULAN BARANGAN KITAR SEMULA KITARecyle DILAPORKAN OLEH : NOR SHERLIZA RAZALI


LAWATAN AKADEMIK KE FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KELAB A'CATALYST UNIT KIMIA KMNS FEBRUARI 2023 Memberi pendedahan berkenaan karier sebagai seorang pengamal perubatan. Mendapatkan maklumat berkaitan pemilihan pelajar ke fakulti perubatan. Satu lawatan akademik ke Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia anjuran Kelab A'Catalyst Kimia KMNS diadakan pada 23 Februari 2023 yang lalu telah disertai oleh 32 fasilitator kelab A'Catalyst dan 4 pensyarah pengiring dari Unit Kimia. Objektif lawatan ini adalah untuk; Hasil dapatan daripada lawatan ini antaranya dapat meningkatkan motivasi pelajar agar dapat meningkatan pencapaian akademik terutama pada PSPM semester 2 sesi 2022/2023, selaras dengan tagline KMNS “Kita Menjana Nilai & Skor”. L A P O R A N O L E H : A I D A N A D Y A B I N T I T A I B


Disunting oleh: SUKMIRA HUSSAIN M A C 2 0 2 3 KURSUS KEPIMPINAN DAN KOMUNIKASI BERKESAN ANJURAN UNIT PENGAJIAN AM MATRIKULASI MAKLUMAT PROGRAM Nama Program KURSUS KEPIMPINAN DAN KOMUNIKASI BERKESAN Anjuran UNIT PENGAJIAN AM MATRIKULASI KMNS Tarikh 3 HINGGA 7 MAC 2023 Tempat PULAU TUBA, PULAU LANGKAWI, KEDAH Peserta 28 ORANG PENSYARAH DAN STAF KMNS Penyelaras PUAN SUZANA BINTI AHMAD PUAN ROZILAWATY BINTI ABDULLAH Memupuk kejelekitan kerjasama dalam kumpulan dalam satu-satu organisasi. Melahirkan bakat kepimpinan dalam kumpulan yang besar dan kecil. Mempelajari teknik berkomunikasi dengan berkesan dalam sesuatu kumpulan. OOBBJJEEKKTTIIFF Program ini berjalan lancar hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat termasuk pihak pengurusan, pensyarah dan AKP. Diharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan pada sesi akan datang. Dengan terlaksananya Kursus Kepimpinan dan Komunikasi Berkesan Siri 2 ini, para peserta dapat mengambil input yang baik untuk diaplikasikan dalam diri masingmasing. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang dirancang dan banyak memberi manfaat.


Pertandingan ini telah berlangsung pada 3-5 Mac 2023 di Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw). Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori Fizikal dan Virtual. KMNS telah menyertai kedua-dua kategori tersebut dan berjaya mendapat pingat gangsa bagi kategori virtual. KMNS adalah satu-satunya kolej matrikulasi dari Semenanjung Malaysia yang berjaya menaiki pentas untuk menerima pingat. Tahniah diucapkan kepada wakil kumpulan pelajar KMNS yang di bawah bimbingan Tuan Haji Mohd Muazzin bin Mohd Yasin, Ketua Unit Kimia KMNS. DRONATRIX MATRICULATION CHALLENGE 2023 DRONATRIX MATRICULATION CHALLENGE 2023 Wakil kumpulan pelajar KMNS bersama Tuan Haji Mohd Muazzin bin Mohd Yasin Dilaporkan oleh: Norul Safarinie Abdullah MAC 2023


PROGRAM SATRIA Kursus ini melibatkan Jurulatih daripada Kem PUSAKO bagi mengendalikan aktiviti kayak dan juga river crossing. Majlis disempurnakan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama Puan Dhalia Evelyn Lamjin, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Encik Khairul Anwar bin Kamarudin, Pegawai Unit Pembangunan Khidmat Dalam Komuniti, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Encik Nor Rashidi bin Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah dan Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol. KBS 10/38 6-9 Mac 2023 PENGANJUR Peserta KMNS Tarikh KURSUS ASAS SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2023 Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah melaksanakan Kursus Asas Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Negeri Sembilan selama 4 hari bermula 6 Mac 2023 sehingga 9 Mac 2023 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (Kem PUSAKO). Antara objektif kursus ini adalah meningkatkan kemahiran peserta program KBS menerusi latihan upskilling dan reskilling yang dapat memberi peluang mengembangkan kerjaya pada masa hadapan. Syabas diucapkan kepada semua peserta Kursus Asas SATRIA Peringkat Negeri Sembilan 2023, anda semua adalah UNSUNG HERO kepada masyarakat! Dilaporkan Oleh : Rozana Ahmad Zukri YOUR PARAGRAPH TEXT MAC 2023


PROGRAM JALINAN MUHIBBAH BERPASUKAN Dilaporkan Oleh : NUR SHAHARINA & PHOON FOONG HA MAC 2023 Program jalinan Muhibbah Berpasukan yang dianjurkan oleh Kelab Kesba KMNS telah diadakan di Bukit Penarikan, Bahau, Negeri Sembilan pada 8 Mac 2023. Program ini melibatkan 81 peserta AKP (anggota kumpulan pelaksana). Program ini bermula dengan aktiviti senaman ringkas di kaki bukit, sebelum sesi pendakian bermula. Aktiviti berikutnya ialah Program Menguji Minda yang berkaitan nilai dan etika kerja, sebelum sesi penurunan bukit. Program berakhir dengan makan tengah hari sebelum bertolak balik ke KMNS.


Penganjuran Simposium PAL ini bertujuan memperkasa jaringan kerjasama di antara semua pemimpin PALseluruh negara dalam Program Matrikulasi KPM. Ia juga menjadi landasan bagi pemimpin PAL untuk mengetengahkan bakat dan idea di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu,simposium Pal ini menjadi medan yang sesuai bagi pemimpin PAL berkongsi idea dan cara melaksanakan programPAL di kolejmasing-masing. Sebanyak 14 Kolej Matrikulasi dan tiga Kolej Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyertaiprogramberkenaanpadatahunini. Pembentangan Lisan Pedagogi Pembentangan Poster Strategi Pelaksanaan PAL Video Tik Tok Promosi PAL mengikut subjek "UKHUWAH, LUAR BIASA, KEJAYAAN BERSAMA" MAC 2023 PENGENALAN TEMA 2023 TARIKH 10 - 12 MAC 2023 ANJURAN BMKPM & KOLEJ MATRIKULASI PERAK KATEGORI PERTANDINGAN KEJAYAAN KMNS EMAS 6 4 1 PERAK GANGSA Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada pensyarah yang membimbing mereka sehingga mampu melakar kejayaan yang membanggakan. Dilaporkan oleh : NUN BINTIMOHD NOH YOUR PARAGRAPH TEXT YOUR PARAGRAPH TEXT


HARUM 2023 17 MAC 2023 8:00 PG - 10:00 MLM 18 MAC 2023 8:00 PG - 5:00 PTG DATARAN PERPATIH KMNS Hari Usahawan Muda -HARUM KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN D I L A P O R K A N O L E H : S I T I Z U R A I D A N A S I R Hari Usahawan Muda (HARUM) yang dilaksanakan pada 17 hingga 18 Mac 2023 ini telah dianjurkan oleh Unit Perakaunan, Unit Ekonomi dan Unit Pengurusan Perniagaan. Terdapat 17 gerai yang diuruskan oleh pelajar dan pensyarah pembimbingnya. Ada yang menjual makanan, minuman, permainan dan pelbagai perkhidmatan lain. Praktikum yang mendapat keuntungan yang terbanyak sepanjang HARUM adalah A2T2 di bawah bimbingan Puan Noraslina Binti Abu Samah. YOUR PARAGRAPH TEXT YOUR PARAGRAPH TEXT MAC 2023


Program ini kelolaan Unit Tabung Derma Darah Hospital Tuanku Ampuan Najiahah yang berlangsung di Perpustakaan Pendeta Za’ba sempena Hari Terbuka KMNS 2023. Program ini mendapat sambutan daripada warga kolej dan komuniti luar Dilaporkan Oleh : Wan NoorMeeraisha BtWan Jamaluddin Mac 2023 Hari Terbuka KOLEJMATRIKULASINEGERISEMBILAN2023 17 – 18MAC 2023 Pertandingan Memasak Pertandingan ini melibatkan pensyarah, staf, pelajar dan ibu bapa. Beberapa kategori dipertandingkan. Terdapat gabungan warga KMNS dan komuniti luar dan ada juga gabungan pelajar dan pensyarah. Program Derma Darah Fiesta Akademik, Pameran Sains dan Pameran Agensi Luar Fiesta dan Pameran telah berlangsung di Dewan Serbaguna KMNS. Susun atur meja di dalam dewan berdasarkan Unit-Unit Akademik dan Agensi Luar. Pameran Sains mendapat sambutaan hangat di kalangan pelajar terutamanya. Pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk mempamerkan kreativiti mereka. DIRASMIKAN OLEH YANG BERUSAHA TUAN SHAHRIN BIN OSMAN TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PEPERIKSAAN, WAKIL RASMI PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah berjaya menganjurkan Hari Terbuka KMNS 2023. Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik, lancar dalam keadaan meriah dan harmoni. Semua pengunjung mengambil peluang untuk mengenali kolej serta menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan.


BUAL BICARA ISRAK MIKRAJ & ISTIQBAL RAMADAN MAC 2023 Satu program bual bicara sempena sambutan Israk Mikraj & Istiqbal Ramadan merupakan anjuran Jawatankuasa Surau Al-Muttakin KMNS dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah diadakan pada 17 Mac 2023 bertempat di Astaka KMNS. Panel jemputan adalah AlFadhil Ustaz Syamil Izuddin bin Mohd Yusof yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam MAINS sementara moderatornya pula adalah Ustaz Bukhari Bin Safian, Penolong Pengarah Bahagian Wakaf MAINS. Majlis ini mendapat sambutan hangat dan dihadiri oleh pelajar-pelajar serta staf KMNS serta penduduk setempat. Dalam majlis itu juga pihak MAINS menjemput semua pensyarah dan staf KMNS mendaftar sebagai SAHABAT JHEAINS. SEMPENA HARI TERBUKA KMNS 2023 L A P O R A N O L E H : A I D A N A D Y A B I N T I T A I B


Hari Terbuka KMNS - E -stage Bersempena Hari Terbuka KMNS yang berlangsung dari 17 hingga 18 Mac 2023, Unit Bahasa Inggeris KMNS telah mengadakan satu program yang dinamakan sebagai 'E - Stage'. Program tersebut berorientasikan idea "E for English, Education, Entertainment, Excellence & Excitement. Ia memberi peluang kepada pengunjung Hari Terbuka khususnya para pelajar KMNS untuk lebih yakin dan selesa menggunakan Bahasa Inggeris dalam pelbagai aktiviti berbentuk persembahan antaranya Language Games (Scrabble & Boggle), E-Singers, E-Fantasy, E-Story dan E-Talent. Sememangnya program sebegini amat baik dan perlu diteruskan lagi pada masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada Unit Bahasa Inggeris KMNS di atas kejayaan penganjuran E-Stage 2023! Mac 2023 D I L A P O R K A N O L E H : A S H A R A S R U L B I N R O S


Mac 2023 Dilaporkan Oleh : Ashar Asrul Kelab 5R KMNS dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd dan SW Corp cawangan Seremban telah menganjurkan KMNS Eco Green Fun Run pada 18 Mac 2023. Program tahunan itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja dalam kalangan warga KMNS tetapi ia juga telah mendapat sambutan luar biasa pihak luar yang mencatatkan angka penyertaan hampir 800 orang iaitu rekod paling tinggi semenjak acara itu mula diperkenalkan beberapa tahun lalu. Program Eco Green Fun Run diadakan saban tahun antara lain bertujuan mendidik dan menyemai perasaan bertanggung-jawab terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar di samping menggalakkan gaya hidup sihat dalam masyarakat amnya dan warga KMNS khususnya. Terdapat dua kategori yang disediakan pihak penganjur iaitu kategori Awam (lelaki dan perempuan) dan Warga KMNS (lelaki dan perempuan). Hadiah berupa medal dan hamper telah menjadi rebutan para peserta. Pelepasan acara larian telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah KMNS yang turut disertai oleh barisan pengurusan tertinggi kolej. Tahniah diucapkan kepada Puan Madeline di atas kejayaan penganjuran KMNS Eco Green Fun Run 2023.


Dilaporkan Oleh :Mohd Amir MAC 2023 KA RNI V A L NE G E R I SEMB IL AN TOUC H C H AMP IONSH I PS 2023 KA RNI V A L NE G E R I SEMB IL AN TOUC H C H AMP IONSH I PS 2023 I.Memberi peluang kepada masyarakat luar untuk mengenali KMNS dan mempromosikan kemasukan pelajar baru ke kolej. II.Menjalinkan kerjasama dengan pihak luar bagi mendapatkan peluang untuk meningkatkan kemahiran serta ilmu berkaitan Ragbi Sentuh dalam kalangan pegawai KMNS. III.Membantu meningkatkan markah 10% kokurikulum pelajar sebagai peserta dan juga sukarelawan. PengelolaProgram:KolejMatrikulasiNegeriSembilan 11 88 MM aa cc 22 00 22 33


BAZAR RAMADAN KESBA 2023 Dilaporkan Oleh : Nor Sherliza Binti Razali MAC-APR 2023 Tarikh 23 Mac - 16 April 2023 Anjuran : Kelab Staff Bukan Akademik KMNS Objektif Menambah baik tahap kewangan kelab setiap bulan. Memberi peluang dan pengalaman kepada ahli jawatankuasa kelab dalam mengendalikan program jualan. Membantu peniaga kecil sekitar kawasan KMNS untuk menjana pendapatan. Mempromosi KMNS dalam kalangan penduduk tempatan khususnya dan penduduk luar amnya. Memberi kemudahan kepada pelajar dan staf untuk mendapatkan keperluan harian dan pilihan makanan. 1. 2. 3. 4. 5.


AUDIT DALAM MS ISO 9001:2015 MAC 2023 MESYUARAT Pembukaan Audit Dalam MS ISO 9001:2015 bagi KMNS telah dijalankan pada 29 Mac 2023. Ianya telah berlangsung selama 3 hari; sehingga 31 Mac 2023. Pasukan Audit Dalam KMNS yang diketuai oleh Encik Amir-Ul Mahadi bin Ahmad Maulana, Ketua Juruaudit Dalam MS ISO telah mengaudit dokumen bermula dari 24 September 2022 sehingga 31 Mac 2023. Dilaporkan Oleh: Norul Safarinie binti Abdullah


MAJLIS APRESIASI AKADEMIK PELAJAR 2023 KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN MAC 2023 MAC 2023 Dilaporkan Oleh : NUNMOHD NOH TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR KMNS Majlis Apresiasi Akademik Pelajar 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 31Mac 2023 di DewanMinangkabau, KMNS. Majlisinitelah meraikan kejayaan pelajar yang telah mendapat 4 flat dalam PSPMSemester1 yang lalu. Praktikum terbaik telah dianugerahkan kepada praktikum H4P2 kerana seramai 15 org daripada 25 org telah mendapat 4 flat.Mereka telah menerima RM200 hadiah sumbangan daripada KMNS.


Disunting Oleh : Nur Shaharina APRIL 2023 Anjuran Jabatan Sains KMNS Majlis Apresiasi yang berlangsung pada 7 April 2023 merupakan penghargaan khas dari pihak pengurusan buat pensyarah KMNS yang telah bertungkus lumus melatih dan mendidik pelajar KMNS sehingga mencapai kecemerlangan akademik bagi Semester I dan II sesi 2022/2023. Program ini diharapkan dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada pensyarah untuk terus mendidik dan membimbing pelajar menjadi lebih cemerlang dan berketrampilan.


Majlis Apresiasi Kokurikulum & Koakademik KMNS Sesi 2022/2023. April 2023 kepada semua penerima anugerah TAHNIAH Majlis Apresiasi yang berlangsung pada 12 April 2023 merupakan salah satu program bagi menghargai pelajar-pelajar yang telah menyumbang bakti atas kecemerlangan bidang ko-kurikulum dan ko-akademik. Kecemerlangan pelajar mencerminkan perkembangan serta kemajuan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dalam melahirkan modal insan yang unggul dan seterusnya membuktikan KMNS adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Diharapkan agar program ini dapat memberi motivasi kepada pelajar dalam membangunkan potensi diri kearah kecemerlangan sahsiah terpuji. Dilaporkan Oleh:RozanaAhmad Zukriri


JELAJAH HIJRAH HARTA SIRI 11 SEMPENA BULAN WAKAF PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2023/1444H MAKLUMAT PROGRAM Nama Program JELAJAH HIJRAH HARTA SIRI 11 SEMPENA BULAN WAKAF PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2023/1444H Anjuran MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN Tarikh 13 APRIL 2023 Masa 8:00 PAGI- 12:30 TENGAH HARI Tempat DEWAN SERBAGUNA KMNS Dilaporkan oleh: Sukmira Hussain APRIL 2023 Jelajah Hijrah Harta siri kesebelas sempena Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan tahun 2023 dilaksanakan di Dewan Serbaguna Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Ceramah yang bertemakan ‘The Power of Giving’ telah disampaikan oleh Duta Wakaf MAINS, Ust. Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ust. Don. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Amran Md. Said, Pegawai MAINS Daerah Kuala Pilah, Mohd Azreen Abu Bakar dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Wakaf, Jabatan Wakaf MAINS, Alimazri Mauludin. YOUR PARAGRAPH TEXT


DILAPORKAN OLEH: NUN MOHD NOH APRIL 2023 MAJLIS IFTAR PERDANA KMNS 2023 Majlis Iftar Perdana ini telah diadakan pada 14 April 2023 iaitu hari Jumaat di dewan Minangkabau, KMNS sempena bulan Ramadhan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mengagihkan juadah berbuka puasa kepada semua pelakajr KMNS, Majlis Khatam Al-Quran, simbolik penyerahan wang zakat kepada pelajar asnaf, Tazkirah Ramadhan dan Majlis berbuka puasa beramai-ramai. Selepas berbuka, solat maghrib, Isyak dan terawih dilakukan secara berjemaah.


KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN Majlis Khatam Quran telah diketuai oleh Saudara Ahmad Syukri Bin Mat Yusop dari praktikum H4P2 bersama rakan-rakannya di atas pentas. Para pelajar ini telah berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran mereka sepanjang bulan Ramadhan. Tahniah buat mereka. Penyampaian cenderahati kepada 30 orang pelajar yang berjaya khatam disempurnakan oleh Tuan Pengarah KMNS, Tn Haji Amran bin Md Said. D I L A P O R K A N O L E H : S I T I Z U R A I D A N A S I R Nama Program MAJLIS KHATAM QURAN 2023/1444H Anjuran UNIT PENDIDIKAN ISLAM Tarikh 14 APRIL 2023 Masa 5:00 PETANG Tempat DEWAN MINANGKABAU KMNS


JUALAN PRELOVED AIDILFITRI 2023 Anjuran JK Rak Rezeki KMNS dengan kerjasama JPP Biro Kebajikan telah mengadakan jualan amal untuk mengumpul dana dengan menjual barangan terpakai bagi memberikan sumbangan kepada pelajar yang memerlukan. Program ini telah dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 16 dan 17 April 2023 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dana yang dikumpulkan akan diagihkan kepada pelajar-pelajar KMNS yang memerlukan tidak mengira bangsa dan agama. Dilaporkan oleh: Wan NoorMeeraisha BtWan Jamaluddin April 2023 JUALAN PRELOVED AIDILFITRI 2023 JUALAN PRELOVED AIDILFITRI 2023 ANJURAN: PROJEK DOUBLE R


MEI 2023 Unit Kimia telah mengadakan majlis Persaraan meraikan rakan pensyarah Unit Kimia iaitu Cik Tee Bee Lian yang telah bersara pada 26 April 2023. Cik Tee Bee Lian mula berkhidmat di KMNS pada tahun 2000 dan sudah tentu banyak ilmu, pengalaman dan kenangan dikongsi bersama. Warga kolej dan Unit Kimia khasnya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan beliau. Majlis tersebut diserikan lagi dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Guru Unit Kimia memandangkan tarikh tersebut masih lagi dalam bulan Syawal dan Hari Guru pula bakal menjelang tiba pada 16 Mei 2023. Majlis ini dilihat dapat mengeratkan ukhwah silaturahim di antara pensyarah dan menghargai rakan seperjuangan yang bersara. D I L A P O R K A N O L E H : S I T I M U S A L M A H A H A M I D merangkap Sambutan Hari Raya & Hari Guru (Unit Kimia) Khamis 11 Mei 2023 Hotel Melang Inn, K.Pilah 2 petang Majlis Persaraan Cik Tee Bee Lian


JK kesenian dan Kebudayaan KMNS yang diterajui oleh Pn. Izyani Mistar telah mengubahsuai dan memberi nafas baru kepada bilik gimnasium yang telah lama terbiar kepada satu studio seni bernafas segar yang diberi nama Sanggar Nirmala. Majlis perasmian studio ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pn. Salwa Anita Binti Haji Isa. Semoga studio ini dapat memberi manfaat buat semua dan pelajar khususnya untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian. Kepada yang berminat untuk menggunakan studio ini, bolehlah berhubung dengan Pn. Izyani. Majlis Perasmian Studio Sanggar Nirmala JK TADBIR URUS KESENIAN DAN KEBUDAYAAN KMNS MEI 2023 SEBELUM DAN SELEPAS D I L A P O R K A N O L E H : A I D A N A D Y A B I N T I T A I B


Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk ke syurga" (Hadith Riwayat Muslim) Jawatankuasa Pusat Islam KMNS dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al- Muttaqin telah menganjurkan program solat hajat sempena PSPM II pada 11 Mei 2023 yang lalu. Program bermula seawal pukul 7.00 malam di surau Al-Muttaqin yang disertai para pelajar KMNS dan beberapa orang pensyarah. Solat hajat tersebut dipimpin oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Abdul Muiz Bin Riddzwan yang merupakan Jurulatih Utama Al-Quran dari Pusat Pengajian Mustafa. Usai solat hajat, program diteruskan dengan sesi tazkirah dan program tamat selepas selesai solat Isyak. Semoga majlis berkenaan mendapat keberkatan dan membuahkan kejayaan buat para pelajar KMNS dalam PSPM II. D I L A P O R K A N O L E H : A S H A R A S R U L B I N R O S MEI 2023


DISUNTING OLEH: IZYANI MISTAR MEI 2023 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah mengadakan program Jalinan Ukhuwah MEPro dan Jamuan Raya 2023 pada 12 Mei 2023. Program tersebut telah dihadiri oleh beberapa tetamu jemputan iaitu Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Pengurus Bank Rakyat, JPAM, Ketua Balai Bomba dan ramai lagi. .Pertandingan khemah tercantik juga dilaksanakan pada hari tersebut bagi kategori pelajar, staf, pensyarah, kafe dan juga Rak Rezeki. Ia telah disambut dengan sangat meriah dan penuh keceriaan.


MEI 2023 KMNS telah mengelolakan bengkel pembinaan modul perisian perakaunan kursus Accounting 1 yang melibatkan seramai 20 orang pensyarah Perakaunan dari semua kolej matrikulasi. Bengkel ini dilaksanakan dengan mengambil kira beberapa asas pertimbangan: i. Pelajar jurusan Perakaunan KMNS akan menjadi perintis untuk kursus Accounting 1 topik 'Computerised Accounting System' pada sesi 2023/2024. ii. Pensyarah Perakaunan khususnya pensyarah KMNS perlu mendalami kandungan atau praktis untuk perisian perakaunan tersebut bagi tujuan di atas. TARIKH: 29 MEI 2023 TEMPAT: DEWAN SRI MENANTI, KMNS DILAPORKAN OLEH: PHOON FOONG HA BENGKEL PEMBINAAN MODUL PERISIAN PERAKAUNAN KURSUS ACCOUNTING 1 SESI 2023/2024 YOUR PARAGRAPH TEXT YOUR PARAGRAPH TEXT iii. Menyediakan modul perisian perakaunan kursus Accounting 1. iv. Pendedahan awal kepada semua pensyarah Perakaunan Matrikulasi kerana perisian perakaunan ini akan digunapakai sepenuhnya pada sesi 2024/2025.


MEI 2023 Jabatan Pengurusan Pelajar KMNS yang terdiri daripada Unit Hal Ehwal Pelajar, Uniit Kokuirkulum, Felo dan Asrama telah menganjurkan Program Pengukuhan Kerja Berpasukan di Dabong, Kelantan, selama 2 hari, iaitu 29 dan 30 Mei 2023. Objektif program adalah: i. memupuk elemen sejahtera emosi dalam kalangan staf agar dapat memupuk hubungan interpersonal yang baik sesama mereka ii. memupuk sikap kerja berpasukan yang saling melengkapi antara satu sama lain iii. membolehkan tugas dan tanggungjawab dikongsi bersama agar tekanan dapat dikurangkan TARIKH: 29 & 30 MEI 2023 TEMPAT: DABONG, KELANTAN DILAPORKAN OLEH: PHOON FOONG HA PROGRAM PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN ANJURAN JABATAN PENGURUSAN PELAJAR KMNS YOUR PARAGRAPH TEXT Program ini melibatkan semua pegawai, pensyarah, felo dan staf Jabatan Pengurusan Pelajar serta beberapa ahli keluarga staf Jabatan Pengurusan Pelajar.


JUN 2023 Jabatan Pengurusan Pelajar KMNS telah menganjurkan Program Bantu Mula (First Aid) 2023 pada 1 Jun 2023 untuk 40 orang kaktitangan KMNS, yang terdiri daripada Pegawai HEP, felo-felo, penyelia asrama dan AKP/PO Asrama. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai yang berhubung dengan pengurusan pelajar tentang bagaimana menangani situasi kecemasan di asrama, terutamanya yang melibatkan pelajar. Objektif program adalah i. Memahami situasi yang ditakrifkan sebagai kecemasan ii. Memahami dan mengetahui cara-cara yang betul untuk memberikan bantuan awal iii. Menjalankan latihan praktikal bagaimana memberikan bantuan kecemasan. Penceramah dan fasilitator untuk kursus ini adalah Dr Siti Masarah by Ayub, seorang Pegawai Perubatan, dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Perubatan, iaitu En. Mohd Rozili Bin Mat Jusoh dan En. Zuhairi bin Mat Ali. Program sebegini dilihat amat sesuai dan harus diadakan bagi semua kakitangan KMNS. TARIKH: 1 JUN 2023 MASA: 8:30 PAGI - 1:30 PETANG TEMPAT: DEWAN KULIAH 5, KMNS DILAPORKAN OLEH: PHOON FOONG HA KURSUS BANTU MULA (FIRST AID) 2023 ANJURAN JABATAN PENGURUSAN PELAJAR KMNS YOUR PARAGRAPH TEXT


MAJLIS PERPISAHAN PN. SALWA ANITA BINTI HJ. ISA Timbalan Pengarah KMNS JUMAAT 2 JUN 2023 9:00 pagi DK1 'Di Sini Bermula, Memori Tercipta ' URE "Di sini jua, memori tercipta, Walau seketika terjalin kasih kita Mungkin di sini kita kan terpisah Kenangan bersama tiada kita lupa" Adaptasi lirik lagu Shila Amzah ini merumuskan suasana majlis perpisahan meraikan Pn Salwa Anita Hj Isa, yang akan berpindah ke Kolej Matrikulasi Melaka. Telah genap 23 tahun berkhidmat di KMNS, sudah tentu terlalu banyak kenangan warga kolej bersama dengan beliau yang tidak dapat kita lupakan. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di bawah pimpinan KJSISS, Pn. Noraishah Safiei. Di akhir majlis, Puan Salwa dikejutkan dengan gimik memotong kek harijadi bagi meraikan harijadi beliau yang ke-48 menjelang 17 Jun 2023. Kami seluruh warga KMNS mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Salwa atas segala jasa dan pengorbanan beliau. Kami berdoa agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan kecemerlangan di KMM. SELAMAT MAJU JAYA. D I L A P O R K A N O L E H : S I T I M U S A L M A H A H A M I D


Click to View FlipBook Version