MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN DAERAH KLANG
BILANGAN 3 TAHUN 2019
Tarikh : 13 Jun 2019 ( Khamis)
Masa : 8.00 Pagi – 10.00 Pagi
Tempat : Warong Warisan Asli, Bukit Tinggi, Klang
Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1. Emy Haslinda bt Mahamood Penyelia Disiplin & Ppda Daerah Klang
2. Norizwan bin Anuar Pengerusi
3. Mohd Nasaruddin bin Omar Naib Pengerusi I
4. Mahmud bin Mukhyuddin Naib Pengerusi II
5. Nor Azlina bt Yunos Bendahari
6. Arifah bt Mat Hussin AJK
7. Siti Hajar bt Mahmad Kamar AJK
8. Nahdzah bt Abdul Wahab AJK
9. Hasmizar Bin Sahaili AJK
10. Mohd Zikri Safuan B. Samsulbahri AJK
11. Shabita Bt Md Hussian AJK
12. Noor Wajihaa Halil Bt Abdul Razak AJK
13. Haryani bt Md Nordin AJK
14. Mohamad Muzafar bin Maasom AJK
15. Mohd Azam Iskandar bin Che Aziz AJK
16. Ahmad Fairus bin Mohd Hussain AJK
17. Paramesvary a/p Kathirvelu AJK
18. Rosmadi B. Ismail AJK
19. Hamizi B. Jaafar AJK
20. Siti Naila Bt Abdullah AJK
21.
Tidak Hadir (Bersebab) Setiausaha
1. Saiful Azhar bin Yunus
Urus Setia Mesyuarat :
1. Saripah Bt Ab Hamid
1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa yang hadir ke mesyuarat disiplin bilangan 3/2019.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Pn Shabita mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn Haryani
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
Tiada
1
4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN
4.1. Lawatan Penanda Aras Ke Terengganu
4.1.1 Tarikh Lawatan
Tarikh lawatan kekal pada 25-27 Ogos 2018
Tindakan: Makluman
4.1.2 Sumbangan peserta
Semua ahli sebulat suara bersetuju RM200 dikutip bagi setiap peserta lawatan
Tindakan: AJK Pendaftaran,Bendahari
4.1.3 Penyertaan dan bayaran peserta
Pn Saripah diminta membuat borang penyertaan dalam ‘google docs’ dan perlu
dimasukkan kedalam group telegram Ketua Guru Disiplin. Bayaran bagi peserta yang
mendaftar perlu dijelaskan sebelum menaiki bas pada 25 Ogos 2019.
Tindakan: AJK Pendaftaran
4.2. Amalan Terbaik Pengawas Sekolah tahun 2019
4.2.1 Pn Emy akan menghebahkan program ini pada 25 Jun ketika Bengkel Ketua Guru
Disiplin
4.2.2 Pn Emy memohon ketua kumpulan pengawas iaitu Pn Arifah untuk menyediakan
Instrumen Penilaian untuk dihebahkan kepada semua sekolah
Tindakan : Ahli Kumpulan Pengawas
4.3. Amalan Terbaik Disiplin 2019
4.2.1 Pn Emy akan menghebahkan program ini pada 25 Jun ketika Bengkel Ketua Guru
Disiplin
4.2.2 Pn Emy mencadangkan amalan terbaik disiplin memberi fokus kepada aktiviti atau
program yang dapat mengurangkan bilangan salah laku lewat dan salah laku biadap.
Tindakan : Semua Ahli
4.2.3 Pn Emy mencadangkan pembentangan amalan terbaik disiplin peringkat daerah
Klang diadakan awal September selapas peperiksaan UPSR.
Tindakan : Ahli Kumpulan Pengawas
4.4. Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah Rendah dan MenengahTahun 2019
4.4.1 En Mahmud memaklumkan tarikh kem diadakan pada 16-18 Oktober
4.4.2 Tempat untuk program ini dicadangkan di Kuala Selangor Cabin Camp
4.4.3 Pn Emy mencadangkan sumbangan peserta adalah RM180 melibatkan seorang
bakal ketua pengawas bagi setiap sekolah menenngah dan rendah. Semua ahli
sebulat suara bersetuju dengan cadangan nilai sumbangan ini. Pn Emy
mencadangkan sumbangan penyertaan murid boleh dipohon melalui peruntukan
PIBG atau SUWA
4.4.4 Pn Emy memaklumkan, sekiranya ada lebihan wang sumbangan akan dimasukkan
ke dalam akaun jawatankuasa disiplin daerah untuk tujuan mengadakan aktiviti
disiplin dan hal ehwal murid peringkat daerah Klang.
4.4.5 Pn Emy juga akan melibatkan beberapa guru penasihat pengawas dari sekolah
menengah dan rendah untuk membantu pelaksanaan program ini.
4.4.6 Pn Emy memohon kumpulan pengawas yang diketuai En Mahmud untuk
menyiapkan kertas kerja program bagi urusan memohon kebenaran kutipan
sumbangan daripada pihak Jabatan Pendidikan Selangor
Tindakan : En Mahmud
2
4.5. Kem Murid Hardcore ( Program Merindukan Kasih Sayang)
4.5.1 Pn Siti Hajar memaklumkan tarikh proram dicadangkan pada 6-8 Ogos bertempat
di Photon Valley, Hulu Langat.
4.5.2 Bilangan peserta dicadangkan 2 murid lelaki dari setiap sekolah menenngah yang
berstatus perlukan perhatian serius dalam SSDM.
4.5.3 Pn Emy mencadangkan sumbangan peserta adalah RM160 bagi setiap peserta
termasuk kos pengangkutan.Semua sumabangan ini dibayar secara tunai atau cek
atas nama Jawatankuasa Disiplin Daerah Klang. Sekiranya ada lebihan
sumbangan akan dimasukkan ke dalam akaun Jawatankuasa Disiplin Daerah
Klang untuk menampung aktiviti dan program disiplin peringkat daerah Klang.
4.5.4 Pn Emy mencadangkan sumbangan penyertaan murid boleh dipohon melalui
peruntukan PIBG atau SUWA.
4.5.6 Pn Emy memohon Pn Siti Hajar untuk menyiapkan kertas kerja program bagi urusan
memohon kebenaran kutipan sumbangan daripada pihak Jabatan Pendidikan
Selangor
Tindakan : Pn Siti Hajar
4.6 Standard Operation Prosedure (S.O.P) bagi kes murid membawa ganja dan dadah.
4.6.1 Pn Emy memaklumkan sekiranya terdapat kes sebegini di sekolah, maka langkah
pertama yang sekolah perlu laksanakan ialah menghubungi pihak AADK terlebih
dahulu untuk memastikan status barang berkenaan. Kemudian sekolah perlu
hubungi PPS atau balai polis berhampiran dan PPD Klang
4.6.2 Barang tersebut mesti dibiarkan bersama murid yang membawanya. Sekolah tidak
dibenarkan pegang atau simpan barang berkenaan sehingga pihak AADK dan polis
sampai ke sekolah.
4.6.3 Murid tersebut perlu dibawa ke balai polis dengan hanya menaiki kenderaan polis.
4.6.4 Pastikan pihak sekolah mengisi borang penyerahan bahan di balai polis dan
mengambil gambar penyerahan tersebut.
4.6.5 Ibubapa boleh dihubungi dan boleh meminta mereka terus ke balai polis.
Tindakan: Makluman
4.7 Murid yang terlibat dengan salah laku dadah
4.7.1 Pn Emy memaklumkan murid yang didapati terlibat dengan dadah diminta rujuk
kepada kaunselor untuk tujuan membantu dan memulihkan murid tersebut kerana
salah laku sebegini diletakkan di bawa kes khas dalam SSDM.
4.7.2 Murid ini tidak sepatutnya dibuang sekolah dan boleh juga dirujuk kepada AADK
dan PPDa sekolah masing-masing
Tindakan: Makluman
3
HAL-HAL LAIN
5
5.1. En Hamizi B. Jaafar
Beliau mengutarakan apakah tindakan terbaik sekiranya terdapat murid yang mengaku
dipukul oleh ahli keluarga dan meninggalkan kesan di bahagian badan.
5.1.1 Pn Emy menyarankan agar pihak sekolah menyerahkan kes berkenaan kepada
pihak kaunselor sekolah. Pihak sekolah juga boleh menghubungi Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan PPS untuk meminta pendapat mereka. Tindakan
sebegini perlu untuk mengelakkan sekolah dicaj menyembunyikan maklumat salah
laku.
Tindakan: Makluman
5.2 En. Ahmad Fairus bin Mohd Hussain
Beliau meminta pendapat berkenaan murid membawa vape atas alasan untuk
mengelakkan membawa rokok ke sekolah dan untuk menghilangkan ketagih rokok.
5.2.1 Pn Emy memaklumkan membawa vape ke sekolah atas apa jua alasan tetap dikira
salahlaku berdasarkan surat siaran KPM Bilangan 17 Tahun 2015 iaitu Larangan
Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di sekolah
5.2.2 Murid yang terlibat boleh dikenakan hukuman rotan bagi kesalahan pertama dan
boleh digantung sekolah bagi kesalahan kedua.
Tindakan: Makluman
6. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru dalam
menjayakan mesyuarat disiplin kali ketiga sesi 2019. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00
pagi petang
Urus Setia
………………………......……
( Pn. Saripah bt Abdul Hamid)
Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Daerah Klang
Tarikh : 22 April 2019
4