The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHAMMAD SAFUAN, 2022-01-05 15:06:49

PERBANDINGAN KARYA PROSA MELAYU MENERUSI ASPEK PEMIKIRAN DAN STRUKTUR NARATIF YANG TERKANDUNG DALAM NOVEL DI SIMPANG JALAN (2011) DAN TULANG-TULANG BERSERAKAN (2019)

SEMESTER 1 SESI 2021/2022
BSS 3153
SASTERA ANTARABANGSA
TUGASAN KUMPULAN

SEMESTER 1 SESI 2021/2022
BSS 3153

SASTERA ANTARABANGSA
TUGASAN KUMPULAN
TAJUK:

PERBANDINGAN KARYA PROSA MELAYU MENERUSI ASPEK PEMIKIRAN
DAN STRUKTUR NARATIF YANG TERKANDUNG DALAM NOVEL DI
SIMPANG JALAN (2011) DAN TULANG-TULANG BERSERAKAN (2019)

DISEDIAKAN OLEH: NO. MATRIK
D20181082337
NAMA D20181082340
1. MUHAMAD AMIRUL HAFFEZ BIN ABD RAZAK D20181082359
2. MOHAMAD NOR ISKANDAR BIN MISNAN D20181082362
3. MUHAMMAD ILYAS BIN AZMI D20181082364
4. IZYAN SYAHIRAN BIN ROSLAND
5. MOHAMMAD SAFUAN

NAMA PENSYARAH : DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI
TARIKH SERAH :

1.0 PENDAHULUAN
Prosa merupakan teks naratif atau wacana naratif yang disebut juga sebagai fiksi.

Istilah fiksi dalam pengertian merujuk kepada cerita rekaan atau khayalan. Di samping itu,
prosa melayu moden merupakan karangan naratif dengan gaya gaya bahasa moden dengan
ciri-cirinya yang bersifat moden. Bentuk karya fiksi yang berupa prosa ialah novel dan
cerpen. Novel merupakan sebuah karya fiksi yang menawarkan sebuah dunia, dunia yang
berisi model kehidupan yang diidealkan, dunia imaginatif, yang dibangunkan melalui unsur
intrinsiknya seperti plot, tema, tokoh, latar, sudut pandang, gaya bahasa dan lain-lain yang
mengandungi unsur naratif. Menurut Siti Hajar (2009), perkataan ‘novel’ berasal daripada
bahasa Itali ‘novella’, daripada bahasa Sepanyol ‘novela’ dan daripada bahasa Perancis
‘nouvelle’ yang bermaksud ‘sebuah kisah’ atau ‘sepotong berita’. Kamus dewan edisi
keempat pula mendefiniskan novel sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan
kompleks, yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial. Di dalam novel
mengandungi beberapa aspek pemikiran dan struktur naratif.

Pemikiran merupakan suatu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna
dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan
pelbagai cara, kemudian membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logik dan
munasabah terhadap proses yang diambil. Pemikiran terbahagi kepada beberapa aspek iaitu
aspek pemikiran budaya, pemikiran politik, pemikiran nilai moral dan budi, pemikiran
ekonomi, pemikiran pendidikan dan pemikiran keagamaan. Struktur naratif merupakan aspek
yang sememangnya terkandung dalam setiap karya yang dihasilkan. Naratif merupakan ilmu
mengkaji naratif dalam sesebuah karya. Struktur naratif mengandungi 7 unsur utama iaitu
tema, amanat atau pengajaran, watak atau tokoh, plot, latar, sudut pandangan dan gaya
bahasa. Di dalam novel yang dikaji iaitu novel Di Simpang Jalan dan Tulang-Tulang

Berserakan mengandungi perbandingan dari aspek pemikiran dan struktur naratif. Kedua
novel ini merupakan novel sebelum merdeka dan novel abad ke-21.

2.0 LATAR BELAKANG PENULIS

2.1 Latar Belakang A. Samad Said

Sasterawan Negara A.Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad
Said merupakan seorang sasterawan tanah air yang banyak terlibat dalam bidang
penulisan kreatif. Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam,
Durian Tunggal, Melaka. Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca
karya-karya orang lain menjadi titik penentu A.Samad Said ditabalkan sebagai
Sasterawan Negara yang versatil. Beliau berpendapat bahawa untuk melahirkan karya,
karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja,
tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas. Antara karya besar yang
dihasilkan ialah Salina, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Hujan
Pagi, Lantai T.Pinkie, Benih Semalu, Benih Harapan, Warkah Eropah, Al-Amin, Rindu
Ibu dan lain-lain lagi. Karya beliau Salina telah diterjemahkan ke dalam lain-lain bahasa
seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Beberapa karya beliau juga telah diadaptasi
menjadi teater atau drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T.Pinkie
dan Memori di Hadapan Pulau. A.Samad Said memiliki keistimewaan yang jarang
dimiliki oleh semua penulis. Beliau menguasai semua genre sastera. Sehingga kini
A.Samad Said tidak jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama,
cerpen, dan esei. Keunikan, keistimewaan dan keikhlasan SN A.Samad Said berkarya
sewajarnya menjadi model dan sumber inspirasi berkarya bagi generasi penulis muda
masa kini.

2.2 Latar Belakang Usman Awang

Sasterawan Negara yang disegani ini dilahirkan di Kampung Tanjung Lembu, Kuala
Sedili Kota Tinggi Johor pada 12 Julai 1929 dan meninggal dunia pada usia 72 tahun di
Kuala Lumpur setelah lama menderita akibat penyakit jantung. Menjalani hidup sebagai
anak nelayan menjadikan beliau sebagai insan berjiwa kental namun penuh kelembutan,
selembut ucapan puisi yang dikagumi sehingga kini. Kesusahan hidup banyak mengajar
beliau tentang kehidupan dan menghadirkan ilham yang berterusan serta menguatkan
azam beliau untuk mengubah taraf hidup yang dibelenggu kemiskinan. Karya Usaman
Awang menyerlahkan ilhamnya yang bernas dan penuh makna tersirat hingga menarik
minat ramai khalayak pembaca untuk mengikuti karyanya. Beliau adalah antara penyair
Melayu yang mengekalkan semangat dan harmoni pantun dalam sajak-sajaknya
walaupun dengan melonggarkan beberapa ikatan konvensional puisi lama. Ketika itu
nama penanya Tongkat Warrant dan Adi Jaya menjadi sebutan ramai peminat dan
pencinta puisi. Antara puisinya yang mendapat perhatian meluas ialah Gadis di Kuburan,
Salam Benua dan Guru oh Guru. Sajak-sajaknya menepati rima-rima dan ciri-ciri pantun,
mudah difahami, bersahaja dan indah untuk dihayati. Antara novel terkenalnya ialah
Tulang-Tulang Berserakan (pernah dijadikan teks Sastera STP), drama Uda dan Dara,
tamu di Bukit Kenny dan Serunai Malam. Usman Awang juga adalah penerima
Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983 dan sebagai menghargai sumbangannya dalam
dunia kesusasteraan, beliau telah diberi penghormatan apabila dilantik menjadi salah
seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan telah dilantik sebagai Panel Anugerah
Sastera iaitu sebuah badan kehormat yang tertinggi dalam bidang sastera tanah air.

3.0 SINOPSIS

3.1 SINOPSIS NOVEL DI SIMPANG JALAN

Novel Di Simpang Jalan karya A.Samad Said yang dihasilkan sebelum merdeka
bertemakan tentang kepentingan pendidikan kepada generasi muda. Novel ini
mengisahkan seorang budak yang menjadi inspirasi untuk orang kampung terutamanya
ustaz dalam memartabatkan usaha mendidik anak kariah melalui madrasah. Jamri yang
sering mengigau dalam tidur itu sentiasa mengimpikan untuk belajar di madrasah
berdekatan dengan rumahnya. Namun begitu, usianya yang masih muda tidak
melayakkan dia untuk belajar di situ. Atas sebab itu dia hanya membuka 'madrasah'
sendiri di bawah kolong rumah bersama dengan beberapa orang rakan-rakan yang lain.
Ibunya, Saonah sentiasa melihat Jamri seorang yang berpotensi untuk menjadi anak yang
rajin belajar. Ustaz Bokhari yang ditakuti oleh Jamri pada awalnya bertukar seorang guru
yang memberi harapan untuk Jamri terus mengendalikan 'madrasah' milik di rumah. Pada
peringkat permulaan Jamri hanya mampu berlegar-legar di madrasah Haji Zawawi.
Setelah keinginan untuk belajar memuncak barulah Jamri memberanikan diri untuk
pergi menjenguk ke madrasah tersebut.

Berita tentang kedatangan Jepun ke Malaysia amat membimbangkan tentang
orang kampung, maka madrasah itu hampir ditutup disebabkan Haji Zawawi perlu
berkhidmat untuk negara. Ramai orang kampung yang sudah mula tidak percaya dengan
berita kedatangan Jepun kerana kedudukan kampung mereka jauh ke dalam.
Kemungkinan mereka tidak berjumpa amat kecil. Setiap watak di dalam buku ini amat
menarik kerana setiap karakter amat menggelikan hati. Watak-watak tetap jelas
kelucuannya walaupun Jepun telah menyerang kampung mereka. Walaupun bunyi
mesingan dan meriam mereka dalam keceriaan melarikan diri kerana percaya qada' dan

qadar Allah tetap berlaku. Pada hujung novel ini memaparkan keindahan apabila orang
berilmu meraikan orang muda yang bersemangat tentang menyampaikan imu Islam.
Ajakan orang berimu kepada kebaikan amat dilihat jelas melalui perbuatan memimpin
Jamri sambil memuji kehebatan Jamri dalam mengendalikan 'madrasah'nya.

Novel Di Simpang Jalan, pengarang menyelitkan nilai gigih. Nilai gigih ini dapat
dilihat pada watak utama iaitu Jamri apabila dia gigih untuk belajar di Madrasah
berhadapan rumahnya. Jamri merupakan anak kepada Saonah dan Roslan. Dia
merupakan seorang yang sangat suka untuk belajar dan disedari oleh ibunya. Namun,
usianya yang masih terlalu muda tidak melayakkan dirinya untuk belajar di sana. Oleh
hal yang demikian, dia hanya mampu mendengar dari tingkap rumahnya sahaja dan
akhirnya membuka ‘madrasah’nya sendiri di bawah rumah. Setelah sekian lama, Ustaz
Bukhori yang sedar akan tingkah lakunya itu mulai minat dengannya dan akhirnya Jamri
diterima untuk belajar di Madrasah tersebut. Melalui perwatakan Jamri, jelas kelihatan
pengarang ingin menyampaikan mesej kepada pembaca yang kita perlu gigih berusaha
untuk mendapatkan sesuatu.

3.2 SINOPSIS NOVEL TULANG-TULANG BERSERAKAN

Novel ini mengisahkan pengalaman salah satu pasukan Polis Hutan pada zaman
Darurat iaitu zaman hitam yang penuh dengan keganasan, pembunuhan, penderitaan,
ketakutan dan kesengsaraan hidup rakyat. Sejarah hitam yang melanda Tanah Melayu
pada bulan Jun 1948 telah menyebabkan perkembangan politik di antara pelbagai
fahaman yang seterusnya membawa kepada pengisytiharan darurat seluruh negara.
Ekoran daripada pengisytiharan di seluruh negara, pemerintah Inggeris telah mengambil
kesempatan untuk terus menekan pemimpin-pemimpin politik yang progresif kerana
beranggapan bahawa mereka membahayakan pemerintahannya.

Rentetan daripada peristiwa darurat, satu pasukan khusus untuk menentang
tentera-tentera komunis di hutan-hutan telah dibentuk kebanyakkannya anggota polis
yang baru tamat latihan di Depol, Johor Bahru dan pasukan ini dinamakan sebagai
Jungle Squad (polis hutan). Antara tugas mereka ialah meronda di hutan belukar untuk
menjejak saki-baki gerila komunis.Salah seorang daripada watak di dalam novel ini
iaitu Leman yang mewakili SN Usman Awang merupakan ahli dalam pasukan Jungle
Squad tersebut bersama dengan rakan-rakannya.

Pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang mereka bertugas dalam rondaan di
hutan, termasuklah pertempuran di dalam hutan yang menyebabkan kematian ramai
ahli pasukan dan lain-lain.Paling menyayat hati, apabila Leman terpaksa menyaksikan
sendiri sahabat baiknya terbunuh di hadapan matanya sendiri apabila diserang oleh
komunis.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Kajian Kepustakaan

Kajian ini menggunakan metodologi secara perpustakaan sahaja iaitu kajian yang
tidak melibatkan aktiviti di lapangan. Metodologi ini lebih menjimatkan masa dan tidak
memerlukan kos yang tinggi. Walau bagaimana pun, cara ini adalah terhad dari segi
maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian memandangkan kajian ini hanya
bergantung kepada bahan-bahan rujukan di perpustakaan. Namun begitu, metodologi ini
dirasakan paling sesuai bagi menjalankan kajian ini. Pengkaji telah menggunakan
perkhidmatan perpustakaan iaitu Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI).

Dalam kajian ini, pengkaji perlu mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan
dengan tajuk kajian. Berdasarkan tajuk kajian, penyelidikan ini bertumpu kepada dua
buah novel iaitu Di Simpang Jalan karya A.Samad Said dan Tulang-Tulang Berserakan
karya Usman Awang. Pengkaji juga akan mencari bahan-bahan rujukan berkaitan sastera
antarabangsa yang berkaitan dengan tajuk kajian.

5.0 HASIL ANALISIS / PERBINCANGAN

5.1 TEMA

Tema bermaksud idea dasar atau persoalan pokok dalam sesebuah karya sastera dan
merupakan gagasan pemikiran yang menjadi dasar kepada sesebuah karya sastera. Setiap satu
karya hanya mempunyai satu tema sahaja. Tema diungkap secara langsung atau tidak
langsung. Tema dianggap satu persoalan utama yang dihuraikan dalam sesebuah karya sama
ada secara langsung (eksplisit) atau secara tidak langsung (implisit) dan biasanya tema ini
dapat dikesan setelah sesuatu karya itu selesai dibaca. Tema ini juga merupakan perkara yang
paling besar kesannya dalam sesebuah karya.

Novel Di Simpang Jalan karya A.Samad Said yang dihasilkan sebelum merdeka
bertemakan tentang kepentingan pendidikan kepada generasi muda. Novel ini mengisahkan
seorang budak yang menjadi inspirasi untuk orang kampung terutamanya ustaz dalam
memartabatkan usaha mendidik anak kariah melalui madrasah. Jamri yang sering mengigau
dalam tidur itu sentiasa mengimpikan untuk belajar di madrasah berdekatan dengan
rumahnya. Namun begitu, usianya yang masih muda tidak melayakkan dia untuk belajar di
situ. Atas sebab itu dia hanya membuka 'madrasah' sendiri di bawah kolong rumah bersama
dengan beberapa orang rakan-rakan yang lain. Ibunya, Saonah sentiasa melihat Jamri seorang
yang berpotensi untuk menjadi anak yang rajin belajar. Ustaz Bokhari yang ditakuti oleh
Jamri pada awalnya bertukar seorang guru yang memberi harapan untuk Jamri terus

mengendalikan 'madrasah' milik di rumah. Pada peringkat permulaan Jamri hanya mampu
berlegar-legar di madrasah Haji Zawawi. Setelah keinginan untuk belajar memuncak barulah
Jamri memberanikan diri untuk pergi menjenguk ke madrasah tersebut. Berita tentang
kedatangan Jepun ke Malaysia amat membimbangkan tentang orang kampung, maka
madrasah itu hampir ditutup disebabkan Haji Zawawi perlu berkhidmat untuk negara. Ramai
orang kampung yang sudah mula tidak percaya dengan berita kedatangan Jepun kerana
kedudukan kampung mereka jauh ke dalam. Kemungkinan mereka tidak berjumpa amat
kecil. Setiap watak di dalam buku ini amat menarik kerana setiap karakter amat menggelikan
hati. Watak-watak tetap jelas kelucuannya walaupun Jepun telah menyerang kampung
mereka. Walaupun bunyi mesingan dan meriam mereka dalam keceriaan melarikan diri
kerana percaya qada' dan qadar Allah tetap berlaku. Pada hujung novel ini memaparkan
keindahan apabila orang berilmu meraikan orang muda yang bersemangat tentang
menyampaikan imu Islam. Ajakan orang berimu kepada kebaikan amat dilihat jelas melalui
perbuatan memimpin Jamri sambil memuji kehebatan Jamri dalam mengendalikan
'madrasah'nya.

Karya sebelum merdeka yang dikaji oleh pengkaji ialah novel “Tulang-Tulang
Berserakan” karya Sasterawan Negara Usman Awang.Novel ini sebenarnya mengetengahkan
tema kemanusiaan yang ditonjolkan pada watak utamanya iaitu Leman, salah seorang
daripada anggota polis hutan yang berkhidmat pada zaman darurat. Leman digambarkan
sebagai seorang lelaki yang mempunyai rasa dan nilai kemanusiaan yang tinggi, dan sentiasa
ingin menegakkan nilai-nilai kemanusiaan. Sifat ini bertentangan dengan kerjayanya yang
berjuang memburu dan membunuh musuh negara iaitu komunis. Nilai-nilai kemanusiaan
seperti cintakan kedamaian, kebahagiaan dan kasih sayang ditonjolkan pada watak Leman.
Menerusi watak Leman, Usman Awang menyatakan perasaan simpatinya yang amat besar
kepada beberapa golongan manusia yang ditimpa malapetaka hidup yang diakibatkan oleh

manusia sendiri. Golongan manusia yang digambarkan sebagai ditimpa malapetaka hidup
dalam novel ini ialah individu-individu yang ditangkap polis, pekebun sayur yang terpaksa
dipindahkan, anggota polis yang cedera dan terkorban, keluarga polis yang kehilangan suami
dan anak, anggota komunis yang terbunuh atau ditangkap dan juga perihal keluarga anggota
komunis itu sendiri. Kadang-kadang, berlaku seolah-olah perasaan simpati Leman itu
kepada anggota komunis lebih besar daripada simpatinya kepada teman-teman
seperjuangannya sendiri, iaitu Mamat, Wak Stop dan Majid. Faktor seperti inilah yang
membuktikan bahawa tema kemanusiaan merupakan tema utama novel ini. Menurut seorang
bekas penulis kreatif dan penulis rencana, M. Noor Azam, Usman Awang bukan mahu
menyemarakkan semangat kemerdekaan dan anti penjajah, bukan juga mahu menceritakan
kisah darurat atau memperlihatkan keberanian dan keperwiraan pasukan polis, tetapi lebih
kepada memperlihatkan nilai kemanusiaan. Novel ini memaparkan kehidupan anggota polis
semasa zaman darurat. Rasa perikemanusiaan, keinginan dan impian-impian hidup sebagai
seorang manusia merupakan aspek yang ingin ditonjolkan oleh Usman Awang dalam
karyanya ini.

Berdasarkan dua novel di atas, perbezaan yang boleh dilihat melalui tema bagi kedua
novel ialah Novel Di Simpang Jalan mengetengahkan tema pendidikan dalam kehidupan
manusia di mana tema ini dipaparkan dengan jelas di dalam novel yang dihasilkan oleh A.
Samad Said. Penggunaan tema pendidikan adalah untuk memaparkan kehidupan masyarakat
di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan Jepun, di mana masyarakat pada waktu tersebut
sudah mementingkan pendidikan dalam kehidupan bagi meningkatkan taraf hidup.

Berbeza pula dengan novel Tulang-Tulang Berserakan karya SN Usman Awang
dimana novel Tulang-Tulang Berserakan memaparkan tema kemanusiaan yang ditonjolkan
pada watak utamanya iaitu Leman, salah seorang daripada anggota polis hutan yang
berkhidmat pada zaman darurat. Nilai kemanusiaan tetap diutamakan dalam peperangan sama

ada nilai tersebut diterapkan kepada rakan sendiri mahupun pihak musuh. Walaupun kedua-
duanya mempunyai perbezaan dari segi tema, namun kedua-dua karya ini telah digarap
dengan sempurna oleh penulis sehingga mampu menarik minat sesiapa sahaja untuk
membacanya.

5.2 AMANAT/PENGAJARAN

Amanat atau pengajaran merupakan salah satu unsur naratif yang lain. Amanat atau
pengajaran merupakan pesan yang ingin disampaikan oleh pengarang terhadap pembaca
melalui karya yang akan disimpan rapi dan disembunyikan pengarang dalam keseluruhan
cerita. Amanat atau pengajaran ini mengandungi unsur moral iaitu untuk memberikan atau
memupuk nilai-nilai moral dalam diri pembaca. Kebiasaannya, amanat atau pengajaran yang
disampaikan oleh pengarang dilakukan secara tersembunyi dan kadangkala terdapat juga
penyampaian secara terus yang dilakukan oleh pengarang. Hal ini demikian kerana,
pengarang ingin pembaca berfikir secara kritis untuk memikirkan pengajaran yang ingin
disampaikan oleh pengarang.

Novel Di Simpang Jalan, pengarang menyelitkan pengajaran akan pentingnya nilai
kegigihan dalam kehidupan. Nilai gigih ini dapat dilihat pada watak utama iaitu Jamri apabila
dia gigih untuk belajar di Madrasah berhadapan rumahnya. Jamri merupakan anak kepada
Saonah dan Roslan. Dia merupakan seorang yang sangat suka untuk belajar dan disedari oleh
ibunya. Namun, usianya yang masih terlalu muda tidak melayakkan dirinya untuk belajar di
sana. Oleh hal yang demikian, dia hanya mampu mendengar dari tingkap rumahnya sahaja
dan akhirnya membuka ‘madrasah’nya sendiri di bawah rumah. Setelah sekian lama, Ustaz
Bukhori yang sedar akan tingkah lakunya itu mulai minat dengannya dan akhirnya Jamri
diterima untuk belajar di Madrasah tersebut. Melalui perwatakan Jamri, jelas kelihatan

pengarang ingin menyampaikan pengajaran kepada pembaca yang kita perlu gigih berusaha
untuk mendapatkan sesuatu.

Pengajaran yang disampaikan oleh Sasterawan Negara Usman Awang dalam novel
“Tulang-Tulang Berserakan ialah menanam semangat patriotisme yang menjadi inti kepada
rukun kemanusiaan sejagat. Patriotisme adalah sikap yang berani, pantang menyerah dan rela
berkorban demi bangsa dan negara.Patriotisme berperanan dalam pembentukan bangsa
Malaysia dan mengkukuhkan ketahanan nasional.

Sasterawan Negara Usman Awang telah mengetengahkan pengajaran patriotisme
menerusi beberapa watak dalam novel beliau seperti Leman, tokoh wanita PKMM dan lain-
lain. Usman Awang telah menggambarkan perwatakan-perwatakan ini sebagai seseorang
yang mempunyai semangat berkobar-kobar dalam memperjuangkan kemerdekaan negara,
dan membasmi ketidakadilan sosial yang berlaku dalam masyarakat.

Melalui kedua-dua novel, jelas kelihatan setiap novel yang dihasilkan sememangnya
mengandungi amanat atau pengajaran yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada
pembaca. Kedua-dua novel yang berlatarbelakangkan zaman sebelum kemerdekaan didapati
tidak mempunyai perbezaan yang ketara dalam aspek naratif amanat atau pengajaran. Kedua-
duanya menyampaikan amanat atau pengajaran yang mengandungi nilai moral. Dari aspek
penyampaian amanat atau pengajaran pula, kedua-dua buah novel memaparkan pengajaran
secara tersembunyi, di mana pemaparan amanat dan pengajaran tersebut adalah melalui
watak dan perwatakan di dalam karya. Pembaca perlu memahami dan mendalami kedua-dua
buah novel untuk memperoleh pemahaman dan pengajaran yang ingin disampaikan dalam
kedua-dua buah karya yang telah dihasilkan oleh penulis.

5.3 WATAK/TOKOH

Watak ialah individu yang melakonkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam
sesebuah karya itu. Watak berperanan dalam mengembangkan tema dan persoalan serta plot
melalui aksi, tindakan, dialog dan plot. Menurut Kamaruddin Hj. Husin (1988), watak ialah
orang iaitu manusia atau bukan manusia yang mempunyai sifat-sifat manusia mengambil
bahagian dalam sesebuah karya. Kebiasaannya, watak-watak diciptakan untuk memainkan
peranan dalam mengembangkan idea-idea bagi menghasilkan karya yang menarik. Watak
terbahagi kepada watak antagonis dan protagonis. Watak antagonis ialah watak yang
memainkan atau mempunyai perwatakan yang jahat atau negatif manakala, watak protagonis
ialah watak yang memegang perwatakan yang baik dan positif.

Novel Di Simpang Jalan karya A.Samad Said memaparkan watak antagonis dan
protagonis. Watak protagonis dipegang oleh watak penduduk kampung yang dijajah. Watak
Jamri dalam novel tersebut merupakan watak protagonis. Jamri merupakan seorang budak
kampung yang rajin untuk menuntut ilmu meskipun dia masih berumur 5 tahun. Jamri
membuka madrasah sendirinya dan dia tidak lokek ilmu dengan mengajar rakan-rakannya
yang lain. Ustaz Bokhari merupakan salah satu individu yang mencurahkan ilmu kepada
Jamri sehingga dia tahu akan pelbagai ilmu terutamanya berkaitan agama Islam. Watak
antagonis ialah watak tentera Jepun. Watak ini tidak ditekankan namun muncul di akhir
penceritaan. Mereka digambarkan sebagai manusia yang tidak berperikemanusiaan kerana di
akhir cerita, penduduk kampung termasuk Jamri lari ke hutan kerana kampung mereka dibom
oleh pesawat tentera Jepun.

Novel Tulang-Tulang Berserakan memaparkan beberapa watak yang mengetengahkan
pengajaran kemanusiaan dalam kehidupan mereka. Watak utama iaitu Leman merupakan
watak yang paling dominan dalam mengetengahkan nilai kemanusiaan dalam kehidupan
seharian. Leman digambarkan sebagai seseorang yang seorang lelaki yang mempunyai rasa
dan nilai kemanusiaan yang tinggi, dan sentiasa ingin menegakkan nilai-nilai

kemanusiaan.Nilai-nilai kemanusiaan seperti cintakan kedamaian, kebahagiaan dan kasih
sayang ditonjolkan pada watak Leman. Menerusi watak Leman, Sasterawan Negara Usman
Awang menyatakan perasaan simpatinya yang amat besar kepada beberapa golongan manusia
yang ditimpa malapetaka hidup yang diakibatkan oleh manusia sendiri. Golongan manusia
yang digambarkan sebagai ditimpa malapetaka hidup dalam novel ini ialah individu-individu
yang ditangkap polis, pekebun sayur yang terpaksa dipindahkan, anggota polis yang cedera
dan terkorban, keluarga polis yang kehilangan suami dan anak, anggota komunis yang
terbunuh atau ditangkap dan juga perihal keluarga anggota komunis itu sendiri. Kadang-
kadang, berlaku seolah-olah perasaan simpati Leman itu kepada anggota komunis lebih besar
daripada simpatinya kepada teman-teman seperjuangannya sendiri, iaitu Mamat, Wak Stop
dan Majid.

Berdasarkan kedua-dua novel, pemaparan watak di dalam sesebuah karya adalah
bergantung kepada tema dan pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulis. Novel Di
Simpang Jalan lebih berfokuskan kepada watak yang berfokus kepada pendidikan yang akan
mengubah taraf kehidupan mereka. Hal ini dapat dilihat melalui watak Jambri, di mana
Jambri fokus dalam menuntut ilmu, biarpun hidup dalam kesusahan dan kesulitan sewaktu
zaman penjajahan Jepun. Berbanding dengan novel Tulang-Tulang Berserakan, watak yang
diketengahkan di dalam novel merupakan watak yang mengutamakan prinsip kemanusiaan
dalam kehidupan seharian, di mana pemaparan nilai-nilai ini dikesan melalui watak Leman
yang merupakan seorang anggota polis hutan.

5.4 PLOT

Plot ialah urutan atau jalinan peristiwa dalam sesebuah karya. Pembinaan plot pula
ialah kesatuan peristiwa yang saling berhubung dan terjalin sehingga mewujudkan sebuah
certita yang berasaskan hokum, sebab dan akibat sesuatu peristiwa itu berlaku. Menurut

Dr.Othman Puteh, setiap peristiwa yang berlaku ada kaitannya dengan kata kunci iaitu siapa,
bila dan di mana yang melibatkan watak, latar masa dan latar tempat. Setiap peristiwa yang
berlaku itu dikenali sebagai plot iaitu kronologi cerita tersebut. Secara umumnya, plot itu
terbahagi kepada tiga peringkat iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Plot juga
merangkumi tiga aspek iaitu alur mundur, alur maju dan alur gabungan.

Plot novel Di Simpang Jalan menggunakan teknik penceritaan alur maju. Alur maju
merupakan teknik penceritaan rangkaian peristiwa dari awal sampai akhir mengikut
kronologi penceritaan yang dimulakan dengan permulaan kemudian diikuti dengan
perkembangan dan diakhiri dengan peleraian. Novel Di Simpang Jalan, penceritaannya
dimulakan dengan penceritaan tentang kehidupan Jamri di sebuah kampung yang ingin
belajar di madrasah berhadapan rumahnya. Kemudian, plot ceritanya diikuti dengan konflik
atau perkembangan apabila terdapatnya khabar angina bahawa Jepun telah dating di Tanah
Melayu sehingga memaksa Haji Zawawi menutup madrasahnya. Penceritaannya diteruskan
sehingga diakhiri dengan penduduk kampung melarikan diri ke hutan kerana kampung
mereka telah dibom oleh pesawat tentera Jepun.

Novel Tulang – Tulang Berserakan pula menggunakan teknik penceritaan alur
gabungan. Alur gabungan ialah pengarang mengabung jalin kedua-dua alur iaitu alur maju
dan alur mundur. Novel Tulang – Tulang Berserakan mempunyai teknik imbas kembali iaitu
menggunakan alur mundur di pertengahan cerita. Tujuan utama alur mundur digunakan
dalam penulisan karya ini adalah untuk mengingat semula atau menceritakan semula perkara
yang telah berlaku. Selain itu, novel tersebut juga menggunakan alur maju untuk meneruskan
semula cerita yang ingin disampaikan.

Secara umumnya, novel yang dihasilkan pada zaman sebelum penjajahan
menggunakan kedua-dua teknik plot iaitu teknik alur maju dan alur gabungan. Melalui

perbezaan yang terdapat dalam kedua novel tersebut, dapat disimpulkan bahawa penulis
menggunakan kedua-dua jenis plot untuk menjadikan plot dan teknik penceritaan karya
tersebut lebih menarik. Hal ini demikian kerana, penceritaan yang menarik mampu
menghilangkan perasaan bosan pembaca.

5.5 LATAR

Latar merupakan bahagian daripada sebuah prosa yang isinya melukiskan tempat
cerita terjadi. Selain itu, latar juga merupakan keterangan mengenai waktu, ruang dan suasana
terjadinya sesuatu peristiwa. Latar berperanan mengembangkan watak dan perwatakan, tema
dan persoalan. Latar terbahagi kepada tiga iaitu latar tempat, latar waktu dan latar suasana.
Latar tempat merupakan tempat berlakunya sesuatu peristiwa atau cerita di dalam sesebuah
karya, manakala latar waktu ialah tempoh atau masa yang digambarkan berlakunya sesuatu
peristiwa dan latar suasana ialah keadaan masyarakat di sesebuah karya.

Latar tempat bagi novel Di Simpang Jalan ialah di kawasan kampung pedalaman yang
tidak dimaklumkan nama kampungnya. Namun, kampung berkenaan berada di Tanah Melayu
kerana Suraiya, kakak ipar Saonah akan datang ke kampung mereka dan menceritakan
mengenai apa yang berlaku di Singapura kerana dia tinggal di sana. Kebanyakan peristiwa
sering berlaku di rumah Jamri dan madrasah Haji Zawawi yang berdekatan rumahnya. Selain
itu, latar waktu dalam novel tersebut ialah pada waktu pagi. Pada waktu pagi, kebiasaannya
penduduk akan menjalankan kegiatan ekonomi harian mereka masing-masing dan kanak-
kanak akan pergi ke madrasah untuk belajar. Begitu juga Jamri yang bangun awal untuk turut
belajar bersama walaupun hanya dari tingkap rumahnya sahaja. Terdapat juga waktu lain
yang digambarkan dalam novel tersebut seperti waktu malam iaitu apabila Suraiya
menceritakan tentang orang di Singapura membuat kubu di tepi jalan dan berlatih kerana
ingin berperang dengan tentera Jepun. Kebiasaannya cerita Suraiya akan didengari oleh

beberapa orang kampung yang datang kerana tahu akan dirinya yang tinggal di sana.
Seterusnya ialah latar suasana, novel ini menggambarkan masyarakat yang sering ambil berat
dan tidak mementingkan diri sendiri. Mereka saling bantu-membantu menyelamatkan
penduduk kampung yang lain dan bersama-sama lari ke hutan kerana kampung mereka
dibom pesawat tentera Jepun. Haji Zawawi juga dilihatkan sebagai pejuang negara apabila
beliau tidak ikut penduduk kampung yang lain melarikan diri ke hutan sebaliknya mengikuti
kelompok yang sedia untuk berperang dengan tentera Jepun.

Novel Tulang-Tulang Berserakan pula latar tempatnya adalah di kawasan kampung
yang terletak di pinggir hutan. Peristiwa yang menggambarkan latar tempat berikut ialah
Leman berasal daripada kawasan kampung yang tidak dinyatakan namanya di Tanah Melayu.
Di samping itu, latar kawasan kampung juga dipaparkan tatkala Leman dan anggota
skuadnya memindahkan pekebun-pekebun Cina dari kawasan tempat tinggal mereka iaitu
kawasan kampung di pinggir hutan ke kawasan zon putih, iaitu Zon Selamat daripada
ancaman komunis. Selain itu, latar tempat yang digambarkan dalam novel tersebut ialah di
hutan di mana latar tempat ini dipaparkan sewaktu pertempuran Leman dan anggota
skuadnya dengan anggota komunis sehingga menyebabkan sebelas orang anggota skuadnya
terkorban termasuklah Koperal Limat. Selain itu, latar masa pula ialah pada waktu pagi, di
mana latar masa ini dipaparkan ketika Leman melatih anggota skuadnya di berek tentera pada
waktu pagi. Latar masa malam juga dipaparkan ketika Leman dan anggota skuadnya berehat
bersama-sama tentera Inggeris ketika meneruskan misi membasmi anggota komunis yang
bersembunyi di dalam hutan. Seterusnya, latar suasana novel ini menggambarkan masyarakat
yang memiliki semangat patriotisme yang tinggi dalam memperjuangkan kemerdekaan.
Peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang berikut ialah sorakan “MERDEKA”
yang dilakukan oleh tokoh wanita terbabit telah menonjolkan pengajaran patriotisme dalam

novel “Tulang-Tulang Berserakan” dan hal ini secara tidak langsung menyebabkan
nasionalisme mula menguasai diri Leman, pemuda yang rajin membaca.

Berdasarkan kedua-dua novel dapat dilihat dari segi latar tempat, latar tempat kedua-
dua novel terletak di kawasan kampung di mana novel Di Simpang Jalan latar tempatnya
lebih kepada madrasah dan rumah kayu serta kawasan-kawasan yang sememangnya menjadi
tempat orang kampung pada zaman dahulu manakala novel Tulang-Tulang Berserakan pula
mengetengahkan latar-latar berkaitan ketenteraan dan perjuangan dalam memperoleh
kemerdekaan. Seterusnya, latar suasana pula pada zaman sebelum merdeka, di mana
masyarakat yang digambarkan di dalam karya lebih kepada masyarakat yang hidup bersatu-
padu dan berjuang dalam memperoleh kemerdekaan.

5.6 SUDUT PANDANGAN

Sudut pandangan menerangkan pandangan pengarang untuk melihat sesuatu kejadian.
Di samping itu, sudut pandangan juga adalah cara pembaca melihat atau menilai dari segi dan
perspektif mana cerita tersebut berjalan. Penggunaan sudat pandang merupakan unsur
intrinsik yang menjadi syarat mutlak terciptanya sebuah cerita. Sudut pandang dalam cerita
merupakan elemen dasar dan unsur intrinsik dalam sebuah karanagan baik fiksi mahupun
bukan fiksi. Sudut pandang dalam cerita memiliki perumpamaan cara pembaca melihat atau
menilai sesuai berdasarkan perspektif orang lain. Sudut pandang sendiri dapat dibagi menjadi
empat jenis iaitu sudut pandang orang pertama, sudut pandang orang kedua, sudut pandang
orang ketiga, dan sudut pandang orang keempat.

Novel Di Simpang Jalan karya A.Samad Said, penulis menggunakan sudut pandang
orang ketiga. Sudut pandang orang ketiga kebiasaannya menggunakan kata ganti nama diri
“dia” pada cerita memiliki maksud yang sangat terbatas. Penulis cerita menggambarkan
sesuatu yang dialami serta dirasakan oleh tokoh utamanya seorang walaupun terdapat banyak

tokoh yang terdapat dalam cerita tersebut sehingga tokoh utama dalam cerita akan lebih
menonjol dalam certia tersebut sementara tokoh lainnya tidak memiliki kesempatan untuk
menunjukan sosok sebenarnya.

Selain itu, novel Tulang-Tulang Berserakan karya SN Usman Awang juga
menggunakan sudut pandang ketiga iaitu penulis menggambarkan sesuatu atau peristiwa
yang berlaku dirasai oleh watak utama. Namun begitu, novel ini lebih cenderung dalam
menggunakan nama watak yang terdapat dalam novel tersebut atau dalam erti kata yang lain
menyebut nama watak dalam penceritaan. Penulis menggunakan nama-nama watak yang
terdapat dalam karyanya untuk menyampaikan pengajaran karya tersebut.

Secara kesimpulannya, kedua-dua novel yang dikaji menggunakan sudut pandang
orang ketiga. Namun begitu, terdapat juga perbezaan antara keduanya iaitu novel Di Simpang
Jalan menggunakan kata ganti kedua dalam penceritaannya manakala novel Tulang-Tulang
Berserakan lebih cenderung menggunakan nama watak iaitu menyatakan nama-nama watak
yang terdapat dalam novel.

5.7 ASPEK PEMIKIRAN

Pemikiran berasal dari perkataan bahasa Arab yang membawa makna berfikir iaitu
melibatkan proses berfikir untuk menghasilkan idea. Aspek pemikiran merupakan salah satu
aspek yang terdapat dalam setiap karya yang dihasilkan. Aspek pemikiran ialah unsur atau
pengajaran yang dimasukkan oleh penulis dalam karya secara tidak langsung. Penulis
mengajak pembaca untuk berfikir secara kritis untuk mengetahui atau memahami aspek
pemikiran yang terdapat dalam karya. Terdapat enam jenis aspek pemikiran iaitu aspek
pemikiran budaya, politik, nilai moral dan budi, ekonomi, pendidikan dan keagamaan.

5.7.1 ASPEK PEMIKIRAN BUDAYA

Aspek pemikiran budaya merupakan aspek pemikiran yang menggambarkan
budaya yang diamalkan atau kebiasaan yang telah menjadi amalan watak penduduk di
sesuatu tempat dalam karya yang dihasilkan. Berdasarkan novel Di Simpang Jalan,
dapat dilihat aspek pemikiran budaya yang terdapat dalam novel tersebut ialah
masyarakat di kampung tersebut mengamalkan budaya makan sirih. Menurut catatan
sejarah, tradisi makan sirih atau bersirih ini merupakan warisan budaya silam yang telah
wujud lebih daripada 3,000 tahun yang lampau. Amalan memakan sirih ini adalah
sinonim dengan masyarakat di Asia Tenggara dan Melanesia termasuklah Malaysia. Hal
ini demikian dapat dibuktikan apabila Saonah, ibu kepada Jamri selalu memakan sirih di
malam hari apabila dia tidak dapat tidur dan menjaga Jamri yang selalu mengigau.

Dalam novel Tulang-Tulang Berserakan, aspek pemikiran budaya dapat dilihat
dalam kehidupan masyarakat pada zaman penjajahan Jepun, di mana masyarakat pada
waktu tersebut mengamalkan aktiviti pertanian dan penternakan sara diri. Aktiviti
pertanian dan penternakan sara diri ini berlaku dalam kalangan masyarakat Tanah
Melayu pada zaman penjajahan disebabkan oleh berlakunya kemelesetan ekonomi dalam
kalangan masyarakat. Hal ini disebabkan oleh dasar pentadbiran Jepun yang menekan
kegiatan ekonomi masyarakat pada waktu tersebut. Oleh itu, masyarakat berfokus kepada
pertanian dan penternakan sara diri bagi menampung kehidupan seharian mereka dan
membantu dalam kehidupan masyarakat pada zaman tersebut. Selain itu, aktiviti ini juga
berterusna sehingga kepada zaman ancaman komunis yang diketuai oleh Parti Komunis
Malaya, di mana masyarakat memilih untuk mengamalkan kehidupan sedemikian bagi
menampung kehidupan mereka. Hal ini dapat dilihat menerusi peristiwa ketika Leman
dan anggota skuanya memindahkan pekebun-pekebun Cina yang menetap di pinggir
hutan ke kawasan yang lebih selamat untuk mengelakkan daripada mereka menjadi

sasaran komunis yang memerlukan makanan dan maklumat daripada masyarakat yang
menetap di pinggir hutan.

Oleh itu, perbezaan dari segi aspek pemikiran budaya dalam kedua-dua buah
karya dapat dilihat melalui amalan yang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.
Walaupun kedua-dua karya berfokus kepada kehidupan masyarakat sebelum zaman
penjajahan dan berfokuskan kepada masyarakat luar bandar, namun pengamalan aktiviti
kehidupan mereka berbeza dari satu sama lain. Novel Di Simpang Jalan berfokuskan
kepada amalan yang dilakukan untuk mengisi masa lapang, manakala aktiviti yang
dilkasanakan oleh masyarakat dalam novel Tulang-Tulang Berserakan adalah untuk
meneruskan kehidupan.

5.7.2 ASPEK PEMIKIRAN POLITIK

Selain itu, aspek pemikiran politik juga terdapat dalam kedua-dua novel. Aspek
pemikiran politik adalah melibatkan pentadbiran atau keadaan sesebuah negara atau
negeri. Novel Di Simpang Jalan, tanah air mereka telah dijajah oleh tentera Jepun.
Kehidupan mereka digambarkan tidak tenteram dan sentiasa bersiap sedia untuk
sebarang kemungkinan manakala novel Tulang-Tulang Berserakan pula memaparkan
keadaan politik yang kucar-kacir kerana tiada kepemimpinan yang kukuh sehiingga
menyebabkan Tanah Melayu mudah dijajah oleh kuasa Matahari terbit sehingga
menyebabkan rakyat menderita. Oleh itu, muncul beberapa pihak yang cuba menguasai
pentadbiran dan merampas kuasa politik setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu,
termasuklah Parti Komunis Malaya.

Berdasarkan kedua-dua aspek pemikiran politik yang terdapat di dalam dua novel
tersebut, dapat dijelaskan bahawa politik pada masa itu terutama pertahanan masih belum
kukuh sehingga menyebabkan penjajahan berlaku dan kekacauan yang menyebabkan

kematian berleluasa, namun aspek politik tidak ditekankan di dalam novel Tulang-
Tulang Berserakan kerana SN Usman Awang ingin memfokuskan kepada aspek
kemanusiaan dan patriotisme dalam karya yang telah dihasilkan oleh beliau.

5.7.3 ASPEK PEMIKIRAN NILAI MORAL DAN BUDI

Seterusnya, aspek pemikiran nilai moral dan budi merupakan salah satu aspek
pemikiran yang terdapat dalam novel yang dikaji. Nilai moral dan budi yang terdapat
dalam novel Di Simpang Jalan ialah nilai gigih. Nilai gigih ini dapat dilihat pada watak
utama iaitu Jamri apabila dia gigih untuk belajar di Madrasah berdekatan rumahnya. Dia
merupakan seorang yang sangat suka untuk belajar dan disedari oleh ibunya. Namun,
usianya yang masih terlalu muda tidak melayakkan dirinya untuk belajar di sana. Oleh
hal yang demikian, dia hanya mampu mendengar dari tingkap rumahnya sahaja dan
akhirnya membuka ‘madrasah’nya sendiri di bawah rumah. Setelah sekian lama, Ustaz
Bukhori yang sedar akan tingkah lakunya itu mulai minat kerana kegigihannya untuk
belajar dan akhirnya Jamri diterima untuk belajar di Madrasah Haji Zawawi.

Di samping itu, dalam novel Tulang-Tulang Berserakan, aspek pemikiran nilai
moral dan budi dipaparkan melalui watak Leman, yang merupakan seorang anggota polis
hutan yang bertugas sewaktu penjajahan Jepun dan ancaman komunis. Leman
digambarkan sebagai seseorang yang seorang lelaki yang mempunyai rasa dan nilai
kemanusiaan yang tinggi, dan sentiasa ingin menegakkan nilai-nilai kemanusiaan.Nilai-
nilai kemanusiaan seperti cintakan kedamaian, kebahagiaan dan kasih sayang ditonjolkan
pada watak Leman. Melalui kedua-dua contoh tersebut, jelas kelihatan bahawa
sememangnya nilai moral dan budi dimuatkan dalam penulisan karya pada zaman
sebelum merdeka dan selepas merdeka.

5.7.4 ASPEK PEMIKIRAN PENDIDIKAN

Aspek pemikiran pendidikan juga merupakan salah satu aspek yang perlu ada di
dalam sesebuah karya. Aspek pemikiran pendidikan ialah melibatkan pendidikan secara
fomal dan tidak formal. Novel Di Simpang Jalan memaparkan aspek pemikiran
pendidikan formal yang iaitu penubuhan madrasah. Madrasah yang ditubuhkan menjadi
tempat anak-anak muda di kawasan tersebut untuk menuntut ilmu.

Walau bagaimanapun, novel Tulang-Tulang Berserakan kurang memaparkan
aspek pemikiran pendidikan. Hal ini demikian kerana latar masa yang dipaparkan di
novel tersebut adalah zaman penjajahan, di mana pada zaman ini, pendidikan amat terhad
dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, aspek pemikiran pendidikan kurang diketengahkan
oleh SN Usman Awang kerana SN Usman Awang ingin mengetengahkan idea dan tema
utama dalam karya beliau, iaitu tema kemanusiaan dan patriotisme. Aspek pendidikan
hanya difokuskan sewaktu zaman penjajahan Inggeris ketika masyarakat Tanah Melayu
berjuang dalam menuntut kemerdekaan daripada penjajah.

Berdasarkan kedua-dua contoh yang terdapat dalam novel tersebut, terdapat
perbezaan yang ketara dalam mengetengahkan aspek pemikiran kemerdekaan, di mana
pandangan dan idea penulis dalam sesebuah karya yang dihasilkan akan menjadi titik
fokus dalam sesebuah karya.

5.7.5 ASPEK PEMIKIRAN KEAGAMAAN

Akhir sekali, aspek pemikiran keagamaan juga merupakan salah satu aspek yang
perlu ada di dalam karya yang dihasilkan. Aspek pemikiran keagamaan yang boleh
dilihat dalam novel Di Simpang Jalan ialah melalui watak Ustaz Bokhari yang

merupakan seorang ustaz yang mengajar ilmu agama di madrasah untuk melahirkan
insan-insan yang berakhlak mulia dan seboleh-bolehnya menjadi Insan ul-Kamil.

Dalam novel Tulang-Tulang Berserakan pula, jelas digambarkan oleh Usman
Awang pemikiran keagamaan beliau berdasarkan aspek hubungan manusia dengan
Tuhan apabila ada sesetengah anggota tentera yang sanggup membuat tangkal sebagai
pelindung atau alat kebal dan melakukan amalan syirik demi mencari dan memusnahkan
musuh. Dialog di bawah ini mencerminkan betapa ceteknya keimanan manusia yang
terdesak kepada Tuhan, penggunaan tangkal itu pula dikaitkan dengan amalan-amalan
hidup yang penuh dengan maksiat dan nahi mungkar, tetapi ada juga yang percaya
bahawa ajal maut itu semua berada di tangan Tuhan.

Berdasarkan kedua-dua contoh di atas, dapat disimpulkan bahawa novel yang
dihasilkan pada sebelum merdeka memaparkan aspek pemikiran keagamaan, namun
pemaparan aspek pemikiran keagamaan bergantung kepada situasi yang berlaku di dalam
sesebuah novel. Dapat dilihat bahawa novel Di Simpang Jalan memaparkan individu
yang berilmu agama yang mendidik bangsa untuk sentiasa mengamalkan amalan mulia
dan mengerjakan segala suruhan yang diperintahkan oleh Tuhan dan meninggalkan
segala laranganNya, manakala dalam Novel Tulang-Tulang Berserakan pula, jelas
dipaparkan bagaiman terdesaknya kehidupan seseorang manusia sehingga sanggup
mempercayai perkara-perkara khurafat dan meninggalkan kepercayaan agama masing-
masing.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Kedua-dua novel adalah ketika sebelum kemerdekaan iaitu
penceritaannya lebih kepada kehidupan semasa penjajahan namun mempunyai perbezaannya
yang tersendiri Novel Di Simpang Jalan menggambarkan suasana tidak tenteram dan
diselubungi kebimbangan yang dialami masyarakat pada masa penjajahan Jepun manakala
Tulang-Tulang Berserakan lebih kepada perjuangan menentang komunis demi keamanan
negara. Terdapat perbezaan juga dimana Di Simpang Jalan menyelitkan tentang kepentingan
pendidikan kepada generasi muda demi masa depan negara kelak kerana generasi tersebutlah
yang akan menjadi pemimpin manakala Tulang-Tulang Berserakan menitikberatkan nilai
patriotisme dalam diri masyarakat menuju sebuah negara yang bebas dan merdeka. Kedua-
dua pengarang atau penulis telah menggunakan teknik pemerian dan dialog secara meluas di
dalam karya masing-masing yang bersifat naturalisme. Melalui teknik tersebut, penulis
menyampaikan intipati ceritanya kepada pembaca. Kedua-dua novel tersebut mempunyai
perbandingan dari sudut persamaan dan perbezaan. Perbandingan jelas kelihatan dari unsur
naratif dan aspek pemikiran seperti yang terdapat dalam analisis perbincangan.

7.0 RUJUKAN

A.Samad Sain. (2011). Di simpang jalan (Edisi 3). Selangor: PTS Pop Sdn Bhd.

Aminuddin (1995). Stilistika: Pengantar Memahami Bahasa dalam Karya Sastra. Semarang:
IKIP Semarang Press

A Rahim Abdullah (2008). ‘Membaca Tanda-tanda ‘Tulang-tulang Berserakan’: Mencari
Romantikus dan Nasionalisme Seorang Usman Awang’. Kertas Kerja Seminar
Kesusasteraan Sasterawan Negara Usman Awang, anjuran Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, 12 Julai
2008.

Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Kaedah pengajaran kesusasteraan. Fajar Bakti.

Kamus Dewan. Edisi keempat, (2010) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairuddin Ayip (1993), “Songket Berbenang Emas”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka
Mohd. Yusof Hasan (2006). ‘Analisis Novel Tulang-tulang Berserakan Dari Sudut Pemikiran

Pengarang’ dalam Mohd. Amran Daud & Muhamad Ikhram Fadhly Hussin
(penyelenggara). Prosiding Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka: 242-257.

Othman Puteh. (1992). Persediaan menulis novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa melayu II. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Usman Awang (2006). Tulang-tulang Berserakan. Petaling Jaya: UA Enterprise Sdn Bhd.


Click to View FlipBook Version