The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FAQ MyAqsa Defenders (MAD) untuk makluman para penyokong dan penyumbang MAD sejak awal penubuhan sehingga saat ini.

Teruskan bersama kami!

Sekretariat MyAqsa Defenders
27 Jun 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myaqsadefenders, 2021-06-28 05:38:52

FAQ MyAqsa Defenders

FAQ MyAqsa Defenders (MAD) untuk makluman para penyokong dan penyumbang MAD sejak awal penubuhan sehingga saat ini.

Teruskan bersama kami!

Sekretariat MyAqsa Defenders
27 Jun 2021

Keywords: FAQ,aqsadefenders,MAD

FAQ MyAqsa Defenders (MAD)

Siapakah MAD?

#MyAqsa Defenders atau MAD adalah gerakan anak muda dari pelbagai CSO (Civil
Society Organisation) merangkumi NPO, NGO, IDOs (Impact Driven Organisations),
selebriti dan Influencer yang ingin memperjuangkan isu Palestin secara holistik dan
strategik.

Gerakan ini bermula dengan satu mesyuarat tergempar pada 11 Mei 2021 melibatkan
lebih 17 NGO dan beberapa ikon kemanusiaan dan kemasyarakatan.

MAD juga menggumpulkan aktivis dan tokoh anak muda yang telah lama terlibat dalam
program kebajikan, kemanusiaan sama ada di dalam negara dan seluruh dunia.

Apakah inspirasi kepada pembentukan MAD?

“Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh Kebatilan yang tersusun dan
strategik!”

Kata-kata diatas adalah inspirasi kepada barisan anak muda ini untuk menyusun strategi
dalam jangka masa pendek dan panjang dalam membebaskan Palestin.

Kita perlu bermula dari langkah yang pertama!

Memahami ‘kekuatan’ Israel Zionis melalui Pelan Pengyahudian (Judaization) yang aktif
sejak Nakbah (1948) dan Naksah (1967) kita juga perlu mewujudkan platform yang
bersifat impak tinggi dan lestari.

Selain itu, kekuatan Zionis melalui JNF (Jewish National Fund) dan JUF (Jewish United
Fund) adalah satu perkara yang wajib kita ambil iktibar bahawa musuh sudah lama
merancang dan golongan muda mereka mempelopori agenda pengyahudian ini. Maka
Sudah masanya MAD bangkit menggerakkan masyarakat sipil di Malaysia dan jika
diberikan kekuatan akan melebarkan sayap ke peringkat SEA, ASIA dan seluruh dunia.

Apakah VISI MAD?

Visi MAD adalah untuk menjadi sebuah gabungan pemacu solusi yang dipercayai
berkaitan dengan isu Al-Quds menjelang 2030

Apakah MISI MAD?

Misi MAD adalah untuk memastikan keberkesanan dan campur tangan sosial yang
mampan untuk AlQuds dengan membina dana yang mampan serta ekuiti pemilikan,
warisan dan demografi Al-Quds menjelang 2030

Apakah NILAI (Values) yang ingin MAD terapkan didalam perjuangan Palestin?

Nilai nilai yang ingin MAD terapkan adalah akauntabiliti, ketelusan, pematuhan,
kolaborasi dan kolektiviti. Nilai nilai ini penting kerana pergerakan dan perjuangan
membantu Palestin adalah perjuangan nafas panjang yang memerlukan sokongan dunia.

Apakah 5 Objektif & Strategi MAD?

● Mengangkat isu isu Palestin secara strategik dengan solusi yang berimpak dan
mampan

● Integriti, ketelusan dan berakauntabiliti dalam menguruskan kepercayaan
pemegang taruh

● Penyertaan akar umbi melalui penglibatan sosial dan penyertaan secara
menyeluruh dalam isu isu Palestin

● Advokasi dan pendidikan berkaitan isu Palestin
● Perkongsian dan kolaborasi untuk mencapai visi dan misi MAD

Siapakah kepimpinan MAD?

MAD dipimpin oleh Majlis Tertinggi yang dilantik dari melalui persetujuan pihak
Sekretariat MAD dan 12 wakil NGO yang berada di bawah gabungan MAD

Bagaimana struktur organisasi berfungsi dalam mencapai VISI dan MISI besar
MAD?

MAD bermula dengan 12 NGO yang merupakan pengasas bersama. Kemudian, Majlis
Tertinggi (Supreme Council) MAD telah dilantik mewakili 12 NGO yang ada. Sekretariat
MAD membantu untuk memudahkan proses dalaman dan terpecah kepada lima
bahagian yang semestinya fokus adalah untuk mengangkat isu isu Palestin.

Apakah projek yang akan dilaksanakan oleh MAD di Palestin?

Projek projek di bawah MAD dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu Kecemasan, Jangka
Masa Pertengahan (Mid-term) dan Jangka Masa Panjang (Long-term). Antara projek
projek yang kami akan lakukan adalah:

● Klinik Malaysia Al Aqsa
● Khidmat Guaman di Sheikh Jarrah
● Kafalah Keluarga Miskin di Baitul Maqdis
● Gaza Emergency Relief
● Inisiatif Waqf di Malaysia, Turkey dan Palestin

Bagaimana keahlian dalam MAD?

Keahlian dalam MAD adalah secara jemputan atau sukarela demi mengangkat dan
membantu usaha usaha MAD berkaitan isu isu Palestin.

Apakah perancangan MAD dalam memastikan ‘Accountability & Transparency’
sumbangan dana dari masyarakat ini diuruskan dengan penuh amanah?

Dalam memastikan ‘Accountability & Transparency’ sumbangan dana dari masyarakat
kepada MAD, kami telah menubuhkan Jawatankuasa MEAL (Monitoring, Evaluation,
Accountability and Learning) untuk memantau setiap aktiviti keluar masuk duit ke dalam
akaun akaun badan gabungan MAD.

Pihak jawatankuasa akan mengeluarkan laporan kewangan mingguan dan setiap aktiviti
akan disahkan oleh Majlis Tertinggi MAD supaya duit yang disumbang dapat
diselaraskan dengan projek yang bakal dilakukan.

Selain itu, orang awam boleh akses secara umum kepada beberapa dokumen seperti
Panduan Tadbir Urus MAD, Laporan Perkembangan Projek dan Laporan kewangan di
platform yang sedang kami bangunkan.

Perjuangan Palestin melibatkan pelbagai risiko. Bagaimana MAD menguruskan
risiko di dalam melaksanakan amanah besar ini?

Pengurusan MAD telah menyediakan pengurusan risiko dan beberapa pelan sokongan
jika terjadi sebarang perkara yang tidak diingini samada kepada ahli jawatankuasa atau
projek yang dilakukan di sana.

Aspek ini penting dalam memastikan kelestarian MAD.

Apakah kerangka (framework) yang digunapakai oleh MAD dalam memastikan
sumbangan dana adalah berimpak dan lestari kepada penerima manfaat di
Palestin?

MAD telah mengadaptasi kerangka semak dan imbang dalam ekosistem pengurusan dan
pentadbiran MAD. Kerangka yang digunapakai untuk memastikan sumbangan dana
adalah berimpak adalah seperti berikut:

● Mewujudkan garis panduan kerangka urus tadbir baik, ketelusan, dan akauntabiliti
yang menjadi dokumen panduan pentadbiran, pengurusan dan kewangan
Gabungan

● Mewujudkan pelan perancangan strategik sehingga tahun 2030 yang menjadi
kayu ukur kelestarian impak sosial kepada masyarakat penerima manfaat di
Palestin

● Mewujudkan jawatankuasa khas melibatkan badan berkecuali yang terdiri
daripada peguam, pegawai tadbir bertauliah (Chartered Governance
Professional), akauntan bertauliah, konsultan sektor pembangunan dan
kemanusiaan serta konsultan Anti-Money Laundering, Counter Financing of
Terrorism (AML/CFT) bagi memantau dan menasihati pihak pengurusan dan
pentadbiran dalam urusan MAD.

Bagaimana untuk kami menyumbang bersama MAD?

Sebarang sumbangan yang ingin dilakukan oleh orang awam boleh dibuat ke akaun yang
telah kami senaraikan sebagai badan gabungan MAD di Facebook atau boleh terus ke
laman NGO yang terlibat.

Apakah platform rasmi MAD dan maklumat perhubungan?

Setakat ini, platform rasmi MAD adalah Facebook Page iaitu MyAqsa Defenders dan juga
instagram (@myaqsadefenders). Selain itu, sebarang informasi atau pertanyaan boleh
juga emel kepada kami di alamat emel ([email protected]).

Siapakah pihak yang memastikan aspek governan dan ketelusan MAD berada di
tahap terbaik?

Untuk memastikan aspek governan dan ketelusan MAD berada di tahap terbaik, MAD
mempunyai Jawatankuasa MEAL (Monitoring, Evaluation, Accountability and Learning)
yang akan memantau sebelum, semasa, dan selepas untuk setiap projek atau proses
yang berlaku dalam MAD.

Jawatankuasa MEAL adalah entiti semak dan imbang yang dianggotai oleh 3 perwakilan
dari ahli MAD, 1 perwakilan dari ahli Majlis Tertinggi MAD dan 1 perwakilan dari
Sekretariat MAD.

Disediakan oleh
Sekretariat MyAqsa Defenders
27 Jun 2021


Click to View FlipBook Version