The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHASA MELAYU T5 SJK UNIT 7 - 12

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TH Chiang, 2022-03-27 01:36:14

Y6 Buku Teks BM SJKC Part 3

BAHASA MELAYU T5 SJK UNIT 7 - 12

RM12.50

ISBN 978-983-49-2828-5

9 789834 928285

AT015001



Berhati-hati setiap masa Prihatin pasti selamat

Bersiap sedia hadapi kemungkinan

• Bersoal jawab dengan murid tentang amalan keselamatan berdasarkan
gambar dan penyataan.

41

Ceritakan. Prihatin agar Selamat

Kawan-kawan, saya dan keluarga akan bercuti di Pulau Manukan.
Tahukah kamu Pulau Manukan terletak di mana? Pulau Manukan
terletak di negeri Sabah. Sebelum bercuti, ayah saya telah
mengambil langkah keselamatan. Ayah saya

1 • memasang kamera litar tertutup 2 • berfungsi dengan baiknya
• menghalang penceroboh
• merakam kawasan persekitaran
kamera litar tertutup
selepas itu

akhir sekali kemudian

4 • memberitahu jiran 3 • memaklumkan
• memantau keadaan rumah • kereta peronda polis

• mengawasi kawasan rumah

Kami memastikan keselamatan rumah Kamera litar tertutup
terjamin supaya dapat bercuti dengan ialah sistem kamera yang
tenangnya dan gembiranya. dipasang untuk kawalan keselamatan.

• Bimbing murid bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya 1.3.1
yang sesuai.

• Minta murid membuat simulasi.

KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik

42 EMK: Nilai Murni – Berwaspada

Baca dan persembahkan.

Panduan Keselamatan di Rumah Pangsa

Salam sejahtera semua. Saya Penguasa Bomba Lam Zhi Xiang.
Pada hari ini, saya akan menyampaikan taklimat tentang
panduan keselamatan di rumah pangsa. Panduan keselamatan
tersebut termasuklah

Panduan Keselamatan Panduan
di Rumah Pangsa
Pastikan pintu keselamatan dalam
Pastikan jeriji dipasangkan pada keadaan baik dan tertutup.
koridor, balkoni dan tingkap. Jeriji
tersebut perlulah mudah dibuka Lekatkan pelan laluan keselamatan
oleh bomba dari luar. pada dinding di setiap aras rumah
pangsa.
Larang anak supaya tidak bermain
di balkoni, di tangga, di dalam lif Laporkan kehadiran orang yang
atau di koridor. mencurigakan di kawasan rumah
pangsa kepada pihak polis.
Pastikan pintu hadapan dan pintu
balkoni sentiasa berkunci. Pasang videofon bagi membolehkan
identiti tetamu di pintu masuk
Pastikan pasu bunga tidak bangunan dapat dikenal pasti
diletakkan di koridor atau di atas sebelum membenarkan mereka
pagar balkoni. masuk.

Buang sampah di tempat yang (Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
disediakan.

Kesimpulannya, kita mestilah sentiasa peka akan keselamatan
supaya keselamatan diri kita sentiasa terjamin. Saya berharap
agar panduan ini dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan bagi
mengatasi masalah keselamatan di rumah.
Sekian, terima kasih.

Videofon ialah peranti telefon Mengapakah jeriji
yang menghantar dan menerima dipasangkan pada
suara serta imej visual antara koridor, balkoni dan
pihak yang berkomunikasi. tingkap?

• Bimbing murid membaca dan mempersembahkan taklimat keselamatan.

• Minta murid menyampaikan taklimat keselamatan dan murid lain menilai persembahan.

2.3.2 KBAT: Mengaplikasi – Menunjuk cara Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif

EMK: Bahasa Penilaian Bercerita

43

Tahniah Bagus Cuba Lagi

Tulis teks yang diimlakkan.

Lokasi Alat Keselamatan

Kishan, Dalila dan Yi Ying melukis sebuah pelan rumah. Berdasarkan pelan
itu, mereka berbincang tentang lokasi yang sesuai untuk meletakkan alat
keselamatan.

Kamera Litar Tertutup Alat Pemadam Api Alat Pengesan Asap

Kamera litar tertutup Alat pemadam api Alat pengesan asap
dipasang di laluan diletakkan di dalam diletakkan pada siling
masuk, di sisi dan di luar rumah. bilik tidur, di ruang tamu
dan di belakang dan di dapur.
rumah.

Senarai Talian Peti Pertolongan Cemas Bekas Anak Kunci dan
Kecemasan Mangga
Peti pertolongan cemas
Senarai talian 999TALIAN Bekas anak kunci dan
kecemasan diletakkan di dapur mangga diletakkan
dilekatkan pada KECEMASAN di dalam kotak
dinding dapur. POLIS supaya mudah Peti Pertolongan Cemas bersebelahan
diambil apabila dengan peti
BOMBA
berlaku kecemasan.
HOSPITAL
PERTAHANAN
AWAM
MARITIM
MALAYSIA

Setelah selesai tugasan tersebut, Kishan, Dalila pertolongan cemas.

dan Yi Ying bercadang untuk membandingkan

pelan yang dihasilkan dengan pelan yang (Sumber: Jabatan Bomba dan
diperoleh daripada pihak bomba. Penyelamat Malaysia)

• Bimbing murid menulis beberapa ayat yang dibaca oleh guru atau kawan. 3.2.4
• Minta murid menulis teks yang diimlakkan.

KBAT: Menilai – Membuat keputusan Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Nilai Murni – Bertoleransi

44

Seni Bahasa

Pandai Besi dan Saudagar Emas
Pada suatu hari, berita tentang peristiwa kecurian di Inderapura
tersebar luas. Saudagar emas kecut hati. Tanpa membuang masa,
saudagar emas berjumpa dengan pandai besi.

Hamba bimbang akan keselamatan harta hamba.
Kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Bolehkah
tuan hamba membuat alat keselamatan untuk
melindungi harta hamba? Hamba perlu sediakan
payung sebelum hujan.

Boleh. Bagus tindakan tuan
hamba itu. Beringat sebelum
kena. Hamba akan membuat
pagar besi dan peti besi untuk
rumah tuan hamba.

Pandai besi bermandi keringat untuk menyiapkan tempahan saudagar emas.
Setelah siap, saudagar emas puas hati akan kerja tangan pandai besi. Pagar
besi dan peti besi yang dibuat oleh pandai besi amat kukuh.

Terima kasih, tuan hamba. Hamba berasa besar hati apabila
melihat hasil kerja tuan hamba. Ambillah sebuntil emas ini
sebagai tanda membalas keringat tuan hamba.

Terima kasih, tuan hamba.
Nasib hamba hari ini bagai
bulan jatuh ke riba.

Semenjak hari itu, saudagar emas senang hati dan tidak bimbang akan
keselamatan hartanya.

4.1.1 • Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa.
• Minta murid mempersembahkan cerita.

KBAT: Mengaplikasi – Menggambarkan Strategi PdP: KP – Interpersonal

EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi 45

Kata Penguat

Telefon di dalam Tandas
Yi Ying dan Dalila berbual-bual di halaman rumah.

Yi Ying: Dalila, saya sangat sedih hari ini.
Dalila: Mengapa, Yi Ying?
Yi Ying: Nenek saya telah terperangkap di dalam tandas. Pintu tandas

rosak dan tidak boleh dibuka. Agak lama juga nenek berada
di dalam tandas.
Dalila: Kasihan benar nenek kamu. Tidak ada sesiapakah di rumah pada

masa itu, Yi Ying?
Yi Ying: Pada masa itu, saya, ibu dan ayah ke pasar raya untuk membeli

barang keperluan. Apabila kami masuk ke rumah, kami terdengar
pintu tandas diketuk kuat sekali. Kami amat terkejut apabila melihat
keadaan nenek. Nenek terlalu lesu dan tidak bermaya.
Dalila: Sepatutnya ayah kamu memasang telefon di dalam tandas.
Yi Ying: Bagus sungguh cadangan kamu itu, Dalila.

harga telefon agak mahal tidak terlalu hampir dengan paip

sangat puas hati gembira sungguh

Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh kata penguat:
paling, terlalu, agak, sungguh, amat, nian, benar, sekali

• Bimbing murid memahami penggunaan kata penguat dalam ayat. 5.1.4(ii)
• Minta murid membina ayat dengan menggunakan kata penguat.

KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai Strategi PdP: KP – Interpersonal
EMK: Nilai Murni – Kasih sayang

46

Berceritalah berdasarkan bahan.

Pencegahan COVID-19
Cikgu Zura menayangkan video tentang wabak Coronavirus (COVID-19)
kepada murid-muridnya. Video itu memaparkan usaha yang dilakukan
oleh kerajaan Malaysia untuk menangani wabak COVID-19.

Langkah Pencegahan COVID-19 Imbas Saya

menyediakan kaunter saringan mdieklaawkuaksaannnbyearihskikuomtiannggi COVID-19 ialah virus
yang menyebabkan
jangkitan pada saluran
pernafasan.

Kawan-kawan, saya
ingin menceritakan
usaha kerajaan untuk
mencegah wabak
COVID-19. Kerajaan
Malaysia

mK(aSeuwlmaabklesara:nKnePamekerangtneerirPaanekKraiensnithaa(PhtaKnPM)alaysia) mfizeiknagl amalkan penjarakan Imbas Saya

1.3.2 • Bimbing murid menceritakan bahan dengan sebutan yang betul dan intonasi serta
gaya yang sesuai.
47
• Minta murid membuat simulasi.
• Minta murid lain memberikan bintang tahap bercerita.

KBAT: Mengaplikasi – Melaksanakan Strategi PdP: BCB – Mendengar dengan berkesan
EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Baca dan berikan respons.

Keselamatan di Stesen Transit Laju Massa
(Mass Rapid Transit – MRT)

Fahim dan keluarganya mahu menziarahi saudara mereka yang tinggal
di Sungai Buloh. Ayah Fahim bercadang untuk mengajak keluarganya
menaiki Transit Laju Massa (Mass Rapid Transit – MRT). Semasa di stesen
MRT, Fahim melihat paparan peraturan keselamatan.

“Ayah, cuba lihat simbol itu. Mengapakah kita dilarang mengejar MRT
yang sedang bergerak?” tanya Fahim.

“MRT yang sedang bergerak membahayakan keselamatan kita. Kita
akan tercedera jika tidak sempat atau tidak berjaya memasuki MRT itu,”
jawab ayah Fahim.

“Oh, begitu! Jadi, kita perlu memastikan MRT berhenti sebelum menaikinya
supaya keselamatan kita terjamin,” kata Fahim.

“Benar, Fahim,” jawab ayahnya.

bMDeiRlarTgraeynraagnkgm. seendgaenjagr pDailadraanpgintbueMrsRaTn.dar
ybJaaagngagaskdieidbsaeanlwambaa.artaanngan
Awasi langkah anda.
dgDiailparilrsaaatnfnogrkmmun.einlingtasi dDiilpairnatnugMbReTr.diri
Asdeiwmpalaastisfkaoardmniasdktea-ksnaenna, k
di dalam MRT.

Maklumat tersurat: Dilarang mengejar MRT

yang sedang bergerak.

Maklumat tersirat: Membahayakan keselamatan.

Respons: Memastikan MRT berhenti

sebelum menaikinya.

• Bimbing murid membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat 2.1.1
pada paparan peraturan keselamatan.
• Minta murid memberikan respons berdasarkan maklumat.

KBAT: Menilai – Membincangkan Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif

48 EMK: Nilai Murni – Rasional

Tulis draf dan karangan.
Draf danPhuanscilakaKnempeanlualnisgaann. Jalan Raya

Murid-murid Tahun 5 Zamrud telah diminta untuk menulis draf dan
karangan tentang pPuunnccaakKeemmalaalnagnagnajnalJaanlaranyRaa. ya

Pendahuluan Draf Isi Pertama Draf

2, Jalan Harmoni, • puncanya mengantuk
Taman Sejahtera, • membahayakan
Cheras 43200. • berlaku kemalangan
• berehat
Menemui sahabatku
semoga sihat
seterusnya selalu
gembira.

Isi Kedua Karangan Isi Ketiga
Draf
Draf
• telefon bimbit Fahim bin Fauzi,
• leka 2, Jalan Harmoni,
• kurang memberikan Taman Sejahtera,
43200 Cheras,
tumpuan Kuala Lumpur.
• terbabas 15 Jun 20

Menemui sahabatku, Malik. Apa khabar? Saya berharap semoga saudara
sentiasa sihat.
Saudara,

Saya menulis surat ini untuk membalas surat saudara yang
bertanyakan punca kemalangan jalan raya.

3.2.1 • Bimbing murid membina ayat daripada bahan multimedia.
3.3.1 • Minta m•u ridBimmebninulgismayuaritddemnegnaunlibsedturalnfykaa. rangan surat kiriman tidak rasmi.
KBAT – Men•il aiM(Minetnailmai)urid menuStlrisatkeagriaPndgPa: Kno. nstruktivisme

EMK: Nilai MKuBrAnTi :-MKeernagjinaannalisis – Menerangkan Strategi PdP: BCB – Mencatat

EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 49

Seni Bahasa
Jaga Keselamatan Diri

Wahai kawan bijak bestari, mematuhi
Undang-undang usah diingkari,
Mari menjaga keselamatan diri, 1 peraturan
Pasti kemalangan dapat dihindari.
jalan raya
Sikap terpuji harus disemat,
Pengguna juga mesti cermat, Jaga 2 pandu
Masa memandu biar berhemat, Keselamatan dengan
Sudah pasti jiwa selamat.
Diri
Berawaslah di jalan setiap ketika,
Hindari bergurau bersuka-suka, 3
Elakkan bermain sampai terleka, 4
Takut mengundang malapetaka. 5

Berhati-hati ketika melintas,
Usah diikut jalan yang pintas,
Banyak roda berputar pantas,
Lebih selamat guna jejantas.

Jangan kita mengambil mudah,
Lampu isyarat terus diredah,
Tidak sabar membawa padah,
Pasti kita sesal tak sudah.

Imbas Saya

Nukilan: KBJ2020

Syair ini mengisahkan

• Bimbing murid melafazkan dan melagukan syair dengan irama yang sesuai.

• Minta murid menyatakan maksud syair. 4.2.1

KBAT: Mengaplikasi – Melaksanakan Strategi PdP: Konstruktivisme

EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi

50

Kata Bantu

Keselamatan di Bilik Sains

Kawan-kawan, Cikgu Tan meminta saya untuk memaklumkan perkara
yang boleh kita lakukan dan tidak boleh kita lakukan semasa menjalankan
eksperimen di dalam bilik sains.

Perkara yang mesti kita hindari termasuklah perbuatan berlari,
bermain-main atau bergurau senda semasa di dalam bilik sains. Perbuatan
ini mungkin akan menyebabkan kemalangan dan mengganggu rakan yang
sedang menjalankan eksperimen. Kita patut senyap dan bersikap sopan
semasa di bilik sains.

Kita juga harus mematuhi peraturan yang ditetapkan. Jika peraturan tidak
kita patuhi, kita akan dikenakan tindakan.

pakaian yang sesuai mesti eksperimen
patut ingin

perlu

membersihkan peralatan memberitahu guru

Kata bantu digunakan untuk menunjukkan perbezaan waktu dan ragam perasaan.
Kata bantu aspek (waktu): telah, akan, pernah, sedang, belum
Kata bantu ragam (perasaan): hendak, mahu, boleh, harus, mesti

5.1.4(iii) • Bimbing murid memahami penggunaan kata bantu dalam teks.
• Minta murid membina ayat dengan menggunakan kata bantu.
51
KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Nilai Murni – Berwaspada

Dengar, cam dan sebut.
Segera Bertindak

Selamat datang, murid-murid. Ini ialah prosedur meninggalkan kapal ketika

kecemasan. Semasa kecemasan, penggera dibunyikan sebanyak tujuh Imbas Saya

kali. Penumpang perlu berkumpul di tempat yang ditetapkan. Mereka perlu

menaiki bot atau rakit keselamatan setelah mendapat arahan. Kemudian,

mereka dipindahkan ke tempat yang selamat. Bolehkah kamu menyebut

prosedur itu semula?

Prosedur Meninggalkan Kapal ketika Kecemasan

1. Penggera Boleh, tuan.
• Tujuh kali bunyi pendek diikuti satu bunyi panjang. Prosedur pertama
penggera
2. Mengikut Arahan
• Bertenang dan tidak panik.

3. Tempat Berkumpul ketika Kecemasan Penumpang
• Ikut pelan ke arah tempat berhimpun ketika kecemasan. perlu
• Pakai jaket keselamatan dan tunggu arahan.

4. Tempat Pemindahan
• Bersedia menaiki bot atau rakit keselamatan.

5. Bot atau Rakit Keselamatan
• Naik setelah mendapat arahan.

Ya, Yi Ying. Mereka perlu .

Selepas itu, mereka perlu

Betul. Penumpang
akan menaiki

Yi Ying, Fahim, bolehkah
kamu menyebut prosedur
itu semula? Saya mahu
membuat catatan.

(Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) 1.1.1

• Bimbing murid mendengar dan mengecam sebutan.
• Minta murid menyebut ujaran dan membuat simulasi.
KBAT: Mengaplikasi – Menunjuk cara Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik

52 EMK: Nilai Murni – Kepatuhan

Baca dan cari makna.

Awas, Tanah Runtuh!
Dalila dan Yi Ying dikehendaki untuk mencari maklumat tentang kejadian
tanah runtuh. Mereka sedang meneliti maklumat tersebut dalam sebuah
brosur.

AWAS, Semasa kejadian: Cara mengatasi:
TANAH • Hubungi pihak berkuasa • Dapatkan maklumat
RUNTUH!
dengan segeranya. tentang kawasan
Petanda kejadian: runtuhan.
• Berlaku pancuran air • Berikan amaran kepada • Tanam tumbuhan
keluarga dan jiran. tutup bumi seperti
atau resapan rumput pada cerun.
di kawasan tanah. • Berpindah segera jika • Bina tembok penahan
keadaan semakin atau bina saliran air.
• Berlaku bonggolan bahaya.
atau rekahan tanah. [Sumber: Dewan Bandaraya
Selepas kejadian: Kuala Lumpur (DBKL)]
• Tanah berganjak.
• Jauhi kawasan runtuhan.
• Tapak asas konkrit • Periksa keadaan keluarga
retak atau terjongket.
dan jiran.
• Terdapat rekahan • Berikan rawatan
pada tembok,
pertolongan cemas.
dinding atau tiang. • Berikan bantuan kepada
• Jalan mendap.
golongan kurang upaya.
• Laporkan sebarang

kerosakan.

Layari laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu
(PRPM) melalui http://prpm.dbp.gov.my/untuk mencari
makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat.

amaran Cari Carian Bestari

Maklumat Kata Juga ditemukan dalam

amaran 1. tugas yang mesti dilaksanakan; 2 peringatan keras yang diberikan Kamus Bahasa Melayu (3)
amaran lisan supaya mematuhi arahan: Dia diberi ~ supaya mematuhi disiplin. Kamus Bahasa Inggeris (2)
Istilah MABBIM (66)
peringatan keras yang diberikan secara lisan (tidak menerusi surat rasmi).

2.1.2 • Bimbing murid merujuk kamus dan laman PRPM DBP untuk mencari
makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat.
53
• Minta murid menyatakan makna perkataan.

KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif

EMK: Kelestarian Global

Tulis draf dan karangan. Imbas Saya

Kemalangan di Lebuh Raya

Draf Pendahuluan

Pada hari sabtu yang lalu, saya dan ayah membersihkan dusun. Kebun ayah
terletak tidak jauh dari lebuh raya. Bunyi kenderaan berulang-alik di lebuh raya
jelas kedengaran. Kami tidak menghiraukannya sehinggalah kami terdengar
bunyi dentuman yang sungguh kuat di lebuh raya.

Draf Isi 1 Draf Isi 2

• bergegas ke atas bukit • pasukan HAZMAT tiba
• lori tangki terbalik • polis tiba
• cecair berasap tertumpah • lebuh raya sesak
• memberhentikan kenderaan • kenderaan memberikan laluan kepada

Draf Isi 3 HAZMAT
• bahan berasap itu asid
• semakin banyak tumpah

Penutup

• polis
• HAZMAT berusaha
• mengenyahkan bahan berbahaya
• pembersihan tumpahan asid

(Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

Pasukan HAZMAT (Hazardous Material Unit Team) atau Pasukan Khas
Kimia Berbahaya ialah unit khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia untuk menangani bahan berbahaya.

• Bimbing murid menulis draf karangan. 3.3.1

• Minta murid menulis karangan.

KBAT: Mengaplikasi – Menggambarkan Strategi PdP: BCB – Mencatat

EMK: Keselamatan Jalan Raya

54

Seni Bahasa
Bakti Perwira Negara

Inilah perwira kita Inilah pahlawan kita
di baris hadapan Di baris hadapan
menjaga keselamatan Menjaga keselamatan
demi nusa tercinta. Demi

Bersedia cekal berbakti Bersedia berbakti
walau luluh jiwa raga Walau jiwa raga
demi maruah negara kita Demi maruah negara kita
mengekang musuh nusa.
musuh nusa

Mari kita semua jaga negara Mari kita semua jaga negara
usah abaikan keselamatan Usah jaga keselamatan
berdaulat Malaysia
negara berjaya Malaysia
kekalkan keselamatan Negara berjaya
negara yang tercinta. Kekalkan keselamatan
Negara yang

Nukilan: KBJ2020 Imbas Saya negara tercinta tersayang hancur

menghalang bertuah teguh lalai

4.3.1 • Bimbing murid mengubah suai sajak dengan menggantikan perkataan
berwarna merah.
55
• Minta murid mempersembahkan sajak.

KBAT: Mencipta – Menggubah Strategi: PdP – Muzik
EMK: Patriotisme

Kata Berimbuhan Awalan dan Akhiran

Panggilan Kecemasan 999

Dalila: Kawan-kawan, kita boleh membuat panggilan kecemasan
jika ternampak kemalangan berlaku.

Yi Ying: Bolehkah kamu memberitahu kami cara membuat
panggilan tersebut?

Dalila: Baiklah, akan saya jelaskannya.
Kishan: Ya, terangkan tindakan yang patut kita ambil jika

kemalangan berlaku di tempat kita menunggu bas ini.
Dalila: Jauhi tempat kemalangan sebelum mendail 999.

Tindakan ini patut kita lakukan agar laluan lalu lintas tidak
terhalang. Penyelamat yang tiba nanti mudah melakukan

tugas mereka.

Selepas tempat kemalangan itu kita elakkan, kita
perlu nombor talian kecemasan itu. Kita juga
mestilah butiran peribadi. Kemudian, lokasi
kemalangan itu kepada pihak polis. Maklumat yang
tepat hendaklah kita agar dapat memudahkan
ke tempat kejadian. Jangan sesekali kita membuat

palsu. Perbuatan itu patut kita .

Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir
pada awal kata dasar. Contoh: berhati-hati,
merawat, dilihat, peronda
Imbuhan akhiran pula imbuhan yang hadir
pada akhir kata dasar. Contoh: laluan,
selamatkan, jalani

• Bimbing murid memahami penggunaan kata berimbuhan awalan dan 5.2.1(i) (ii)
akhiran yang terdapat dalam petikan.

• Minta murid melengkapkan ayat dengan kata berimbuhan berdasarkan
kata berimbuhan yang terdapat dalam dialog.

56 KBAT: Mengaplikasi – Menunjuk cara Strategi PdP: KP – Kontekstual

EMK: Keselamatan Jalan Raya

Pemulihan

Tulis ayat atau perenggan yang diimlakkan.

Gunakan dengan Betulnya
Sekolah Jalus mementingkan keselamatan murid-muridnya. Murid-murid
diwajibkan memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot.

Murid-murid perlu memakai jaket mengikut saiz yang sesuai. Jaket
keselamatan perlu lengkap. Jaket itu mesti mempunyai wisel, pemantul
cahaya dan tali pinggang keselamatan.

Mereka juga diajar memakai jaket keselamatan dengan betulnya.
Mereka perlu mencantumkan klip keselamatan.

Sekiranya berlaku kecemasan, mereka dinasihati agar bertenang
dan tidak panik bagi mengelakkan kemalangan.

wisel pemantul cahaya
tali pinggang keselamatan

(Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

5577

Pengayaan

Lakukan aktiviti berikut:

1. Berdasarkan pelbagai sumber seperti laman sesawang dan poster,
hasilkan sebuah buku skrap tentang papan tanda keselamatan.

2. Buat rujukan tentang jenis dan maksud papan tanda tersebut.

PAPAN TANDA KESELAMATAN

Tempat Kerja Jalan Raya Makmal

Contoh: Jenis papan tanda: Bahan mudah
Jenis papan tanda: Keselamatan di jalan raya terbakar
Keselamatan
di tempat kerja Maksud papan tanda:
Jalan licin
Maksud papan tanda:
Pakai topi keledar Respons:
keselamatan Berhati-hati dan pandu
kenderaan perlahan-lahan
Respons:
Melindungi kepala
daripada ditimpa benda
yang jatuh dari atas

Jalan Racun
bengkang-bengkok

Pakai untuk Pandulah kenderaan
dengan

Kolam Renang Stesen Minyak

58

Pengukuhan
Tulis draf dan karangan.

Program Sekolah Selamat

– mengadakan Program Sekolah Selamat
– pelbagai aktiviti

– menyediakan alat kawalan kebakaran
– menunjukkan cara penggunaan alat

pemadam api
– mengelakkan kebakaran merebak
– sediakan payung sebelum hujan

– meletakkan papan tanda
– amaran bahaya
– sebabnya
– sebagai contohnya

– meningkatkan kawalan keselamatan
– sebabnya
– sebagai contohnya

– kesimpulan, keselamatan tanggungjawab
bersama

– bagai aur dengan tebing
– agar keadaan selamat dapat diwujudkan

59

Penilaian

A. Baca petikan. Kemudian, cari makna perkataan yang
diwarnakan daripada kamus.

Keselamatan Perkelahan di Pantai

Keselamatan perkelahan di pantai perlu dititikberatkan oleh setiap
pengunjung. Langkah berjaga-jaga amat perlu bagi mengelakkan kejadian
yang tidak diingini.

Sebelum ke tempat perkelahan, kita perlu menyemak laporan kaji cuaca.
Kita tidak digalakkan berada di pantai ketika angin kencang, hujan lebat
dan petir. Keadaan cuaca sedemikian membahayakan keselamatan kita.

Ketika merancang perkelahan, peringatan awal tentang keselamatan
ketika bermain di tepi pantai harus diberikan kepada setiap anggota
keluarga. Sebagai contohnya, anggota keluarga patut kita ingatkan supaya
menjauhi ombak yang besar.

Seterusnya, kita patut memilih kawasan yang dekat dengan pengawal
keselamatan pantai yang berada di menara kawalan. Kita juga mestilah
memakai pakaian renang yang berwarna cerah semasa berenang atau
bermain di pantai.

Selain itu, kita mestilah berwaspada akan arus ombak serta hidupan
laut. Elakkan tempat yang berbahaya agar tidak terpijak kerang-kerangan
atau terkena sengatan ubur-ubur.

Setiap anggota keluarga perlu memainkan peranan untuk menjaga
keselamatan diri agar kecelakaan dapat dielakkan.

B. Senaraikan perkataan berimbuhan awalan dan akhiran yang
terdapat dalam petikan di atas.

awalan akhiran

6060

RuJmujpuurltamh ukedpaaddima aaymaahhdleamn bibuu,. IkUasnatheningggkiarirdi ai lraauhtaann biru,
guru.

PoIhnotengbrietirdduirri ijatudmikbaunhadmi ajalalann., BuLankguakkaenmkbeorjajasgeucgaurar ke tanah,
amanah.

• Minta murid berbincang tentang pantun dan gambar.

61

Dengar dan berikan respons.
Kunci yang Jujur

Pada suatu malam, Kunci ternampak Di balai polis, Sarjan Pensel mengambil
suatu kejadian jenayah. Perbuatan itu keterangan daripada Kunci.
dilakukan oleh kawan-kawannya.
Aku perlu melaporkan kejadian Pihak polis akan menyiasat laporan
ini kepada pihak polis. kamu secara terperinci.

Kunci meminta pihak polis melakukan siasatan dengan segeranya.
Dia mahu penjenayah itu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

Kami memerlukan bukti yang kukuh
untuk memudahkan siasatan kami.

Sarjan Pensel meminta Kunci untuk membantu Sarjan Pensel memberikan jaminan
pihak polis bagi menjejaki penjenayah itu. bahawa kes itu akan dapat diselesaikan.

Kami juga memerlukan Jika maklumat kamu benar, penjenayah
bantuan kamu untuk itu akan ditangkap secepat mungkin.
mengesan penjenayah itu.

Simulasikan. 1.1.2

• Bimbing murid memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkan.
• Minta murid membuat simulasi.
KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: Interpersonal
EMK: Nilai Murni – Kejujuran

62

Baca dan berikan keputusan.
Buktikan Kejujuran

12

Pada suatu hari, Lidim tinggal berdua Ibu bapa mereka tiada di rumah kerana
dengan abangnya di rumah. mempunyai urusan kerja di Johor Bahru.

34 5

Ayah memberikan Sebelum bertolak, ibu bapa Lidim Pada petang itu, abang
sejumlah wang kepada telah berpesan kepada abang Lidim dihubungi oleh
abang Lidim. Wang itu Lidim supaya menjaga adiknya. rakan-rakan kolejnya.
perlu digunakan untuk Dia juga tidak dibenarkan Mereka mengajak abang
membeli makanan. meninggalkan rumah. Lidim untuk menonton
wayang di pusat bandar.

Andaikan kamu abang Lidim, apakah yang akan kamu lakukan selepas
menerima panggilan itu? Buat pertimbangan dan nyatakan keputusan.

2.2.1 • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat.
• Minta murid membuat pertimbangan dan keputusan.

KBAT: Menilai – Mempertimbangkan Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Nilai Murni – Ketaatan
63

Edit dan murnikan perenggan.
Gunakan Sebaik-baiknya

YouTubeNY Eksperimen Sains Tahun 5

ALISYA I
BERSAMA-SAMA
DENGAN
KELUARGA

DEKORASI I
RUMAHKU

Langgan MAKAN-MAKAN I
TERKINI

Langgan tablet menggunakan

“Wah, cantiknya!”

Gina telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di
sekolahnya. Ibu bapa Gina gembira dan bangga. Mereka menghadiahi
Gina sebuah teblet.

Wah, cantiknya , kata Gina. Sudah lama dia menginginkan tablet seperti
itu. Dia amat berterima kasih kepada ibu bapanya.

“Bolehkah saya mengunakan tablet ini setiap hari, ayah? tanya Gina.
“Boleh, tetapi kamu perlu menggunakanya dengan jujur dan
bertanggungjawab,” jawab ayah Gina.
Pada suatu malam Gina sedang mensiapkan tugasan sekolahnya. dia
melayari laman sesawang. Dia mahu menuntun video eksperimen sains.
“Wah hebatnya laman sesawang ini,” kata Gina. Laman sesawang itu
menyediakan pebagai video yang menarik. Selain video pembelajaran,
terdapat juga video hiburan seperti rancangan kartun dan video music.
Semua video itu dapat bertonton secara percuma.
“Wajarkah aku menonton video hiburan ini,” tanya Gina dalam hatinya.
Gina mahu menonton video hiburan tetapi dia tidak terbuat demikian.
Dia tidak mahu meyalahgunakan tablet itu. Dia mahu menjadi anak yang
jujor dan bertangungjawab.

• Bimbing murid mengedit dan memurnikan perenggan dari aspek ejaan, 3.3.2
tanda baca dan penggunaan imbuhan.

• Minta murid menulis perenggan dengan menggunakan ejaan, tanda
baca dan imbuhan yang betul.

64 KBAT: Menganalisis – Memaparkan Strategi PdP: Konstruktivisme

EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Seni Bahasa Jujurlah

Andai kita berbicara Maksud rangkap:
pastikan benar semuanya Kita perlulah bersikap jujur dan tidak
janganlah ada dusta berbohong semasa bercakap.
walau sekelumit cuma
jujurlah
kejujuran itu sikap yang mulia.

Andai kita mengukir janji Maksud rangkap:
pastikan janji ditepati Kita perlulah menunaikan
usahlah dimungkiri
atau dikhianati
jujurlah
pelihara harga diri.

Andai kita memikul tugas Maksud rangkap:
lakukan dengan tulus ikhlas Kita perlulah ikhlas
usah meminta usaha dibalas
jujurlah
kejujuran jadikan asas.

Andai kita meminjam barang
hormatilah hak orang
pulangkan, jangan ada yang kurang
jujurlah
kejujuran perlu kita julang.

Nukilan: AR Kamil Imbas Saya

Maksud rangkap:
Kita perlulah menghormati

4.2.2 • Bimbing murid mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai.
• Minta murid menyatakan maksud sajak.
KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik 65
EMK: Bahasa

Kata Berimbuhan Apitan
Contohilah Lidim

12

memberikan wang belanja – tidak Lidim dinasihati – wang baki
mempunyai wang kecil dipulangkan

34

pemberian – wang digunakan memulangkan wang baki – memuji
– nasi lemak berlaukkan ayam kejujuran

Pada suatu hari, ayah Lidim memberikan Kata berimbuhan apitan ialah
wang belanja kepada Lidim. Beliau tidak perkataan yang menerima imbuhan
mempunyai wang kecil. Beliau pun di hadapan dan di belakang kata dasar.
memberikan wang kertas RM20.00 Contoh: mengemaskan, kediaman,
kepada Lidim.
perbarisan, disayangi
Lidim

• Bimbing murid memahami dan menggunakan kata berimbuhan apitan. 5.2.1(iii)
• Minta murid melengkapkan cerita dengan kata berimbuhan apitan.

KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: Kontekstual
EMK: Nilai Murni – Berjimat cermat

66

Dengar, tafsir dan berikan respons.
Murid Berintegriti

Program: Kempen Integriti
Tarikh: 22 April 20
Sabtu
Hari: 8:00 pagi hingga
Masa: 12:30 tengah hari

Tempat: Dewan 1, SJKC
Taman Sejahtera

melahirkan warga yang berdisiplin bertanggungjawab

Dalila: Mengapakah program Kempen Integriti diadakan, Chan Ho?

Chan Ho: Program ini diadakan untuk

Dalila: Program itu perlu diadakan di dewan? Mengapa?

Chan Ho: Ya, Dalila. Program ini perlu diadakan di dewan kerana

Fahim: Apakah kepentingan berintegriti di sekolah?

Dalila:

Chan Ho: Mengapakah murid perlu bertanggungjawab?

Dalila:

Fahim: Bagaimanakah kita dapat menunjukkan sikap jujur?

Chan Ho:

1.1.3 • Bimbing murid memahami maklumat berdasarkan bahan rangsangan.
• Minta murid membuat simulasi dengan menggunakan idea yang kritis

dan kreatif.

KBAT: Menilai – Mentafsir Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik 67
EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi

Baca dan buat rumusan.

Murid Berintegriti Sekolah Bestari
Murid Berintegriti

7:45 pagi

Saya melihat poster yang

tertulis “Selamat Datang

Aku Berintegriti ke Kem Murid Berintegriti”
di hadapan dewan

Setiap pagi, aku adalah antara murid yang sekolah. Setelah masuk
terawal sampai di sekolah. ke dewan, saya, kakak,
ibu dan bapa berpisah
Aku sering ternampak murid tahun satu suka mengikut ruang yang
berlari-lari di kaki lima sekolah. disediakan.

“Adik-adik, berlari di sini berbahaya.” Itu

nasihatku saban hari agar mereka dapat

mendisiplinkan diri.

Biasalah tugas aku, iaitu menyambut

kawan-kawanku di pintu pagar sekolah setiap

pagi. Maklumlah aku pengawas sekolah. Aku

akan mengucapkan selamat datang dan selamat

pagi dengan lontaran senyuman bersama-sama amanah
dengan guru yang bertugas.

“Jika kita bersikap amanah semasa

menjalankan tugas, pasti kita akan dihormati.”

Kata-kata Cikgu Jamil, guru disiplin, masih

terngiang-ngiang pada telingaku semasa

bertugas.

Di dalam kelas, aku sentiasa ternanti-nanti berdisiplin
akan kehadiran guru. Aku suka mendengar

tutur kata daripada guru-guruku. Kata-kata

azimat daripada mereka menaikkan semangat

aku untuk belajar.

Aku bersyukur kerana sikap integriti

telah tersemai dalam jiwaku.

sabar
668

Catatan Chan Ho
Sabtu, 20

8:00 pagi 9:30 pagi 11:00 pagi 12:30 tengah hari

Saya menyaksikan Saya mendengar Saya dan Saya, kakak,
majlis perasmian ceramah yang kawan-kawan ibu dan bapa
yang disempurnakan bertajuk “Murid menonton video berkumpul
oleh Guru Besar, Berintegriti, Sekolah tentang amalan semula. Kami
Puan Poon Sau Mee Bestari”. Ceramah baik yang perlu diminta membuat
yang berlangsung itu disampaikan kita lakukan. rumusan dengan
Amalan tersebut menggunakan
tepat pada waktunya. oleh Cikgu Azalia, termasuklah aktiviti tikar
amalan perpaduan.
Beliau berharap guru kaunseling. menghormati guru, Kami mengikut
menghormati rakan peraturan yang
semoga kem yang Maklumat yang dan sayang akan ditetapkan oleh
diri sendiri. pihak sekolah.
diadakan ini dapat disampaikannya

melahirkan murid termasuklah

berintegriti. sifat jujur, ikhlas

dan bertoleransi

dalam pergaulan

dengan kawan dan

masyarakat.

Rumusan daripada ibu: Rumusan daripada kakak:
Untuk menjadi murid yang Untuk menjadi murid yang
berintegriti, kita hendaklah berintegriti, kita hendaklah

Rumusan yang terbaik ialah

Rumusan daripada ayah: Rumusan daripada saya:
Untuk menjadi murid yang Untuk menjadi murid yang
berintegriti, kita hendaklah berintegriti, kita hendaklah

• Minta murid membaca cerpen dan catatan.

2.3.1 • Murid berbincang dalam kumpulan untuk melengkapkan grafik tikar perpaduan.

• Murid memilih satu idea terbaik untuk ditulis dalam tikar perpaduan.

KBAT: Menganalisis dan Mencipta – Merumuskan 6969
Strategi PdP: Kajian Masa Depan EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab

Edit dan murnikan perenggan.

Integriti dalam Hatiku

Selamat pagi, Dalila. Kamu pada Selamat pagi, Gina. Ya, saya menonton
tadi pagi video di bilik sumber video pagi tadi. Saya ingin membetulkan
tonton? kesalahan ayat tanya kamu itu.
Sepatutnya soalan kamu berbunyi begini.
Pada pagi tadi, kamu menonton video
di bilik sumber?

Saya pula mengangkat buku Yi Ying, sepatutnya kamu menggunakan
untuk mencatat maklumat perkataan membawa bukan perkataan
semasa menonton televisyen. mengangkat.

Dalila bercerita tentang Sambutan Hari Integriti Persatuan Sekolah yang
ditonton oleh dia.

Pada hari itu, banyak anugerah tokoh Teladan Integriti Persatuan Sekolah
diucapkan. Tokoh integriti bagi kategori ketua kelas adalah Chan Lok Meng.

Selain dari itu, Nor Farhana binti Mohd Zulkifli diucapkan sebagai
pengawas paling berintegriti. Dia sangat menepati masa. Dia menjalankan
tugas yang ketua pengawas beri dengan jayanya.

Akhir sekali, banyak manfaat yang diperoleh oleh saya. Oleh kerana itu,
kita di sekolah perlu mengamalkan integriti.

• Bimbing murid mengenal pasti kesalahan penggunaan kata dan struktur 3.3.2
ayat dalam teks.

• Minta murid menulis teks yang diedit dan dimurnikan semula.

70 KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: Kontekstual
EMK: Nilai Murni – Keprihatinan

Seni Bahasa

Integriti Menjamin Kejayaan

Chan Ho, Dalila dan Yi Ying akan mengadakan persembahan bersempena
dengan Program Sekolah Berintegriti. Mereka telah mengubah suai
gurindam untuk dipersembahkan.

Gurindam Baris Hadapan Warga sekolah ,
Bertugas selalu menjadi biasa.
Ciptaan: Rahman Shaari

Tidak berbuat walaupun tahu,
Diambil pengayuh dibuang perahu.

Tidak tahu tapi berbuat, Jujur mengajar murid ,
Kayuh perahu di atas darat. Dapat maklumat idea sejajar.

Banyak bercakap tak baca buku, Rajin berbincang tak rasa malas,
Macam membawa duit tak laku. Semua sepakat ilmu pun .

Kurang berfikir rajin membangkang, Lebih berfikir suka ,
Bila-bila pun di baris belakang. Bila-bila pun berjaya setanding.

Jika ilmu dikaji teliti, Ada ilmu yakin selalu,
Di sungai cabaran tersedia titi. Hadapi cabaran tak berasa .

Ilmu dituntut dengan tabah, Ilmu disampai dengan ,
Yakin diri bertambah-tambah. Penuh dikongsi bertambah-tambah.

Membaca buku karangan tokoh, Bedah buku tidaklah jemu,
Bagai berpaut di dahan kukuh. Imbas Saya Otak diguna sebarkan .

Kembang ilmu tegap wibawa, Integriti diri bersikap ,
Seluruh rakyat tidak kecewa. Sekolah kita tidaklah punah.

(Sumber: Antologi Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Tingkatan 4: Anak Laut, 2003.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka)

belajar jelas

malu Integriti amanah Gurindam ialah
tepati masa menjamin ilmu puisi dua baris yang
kejayaan tabah mengandungi nasihat
atau pengajaran.
berunding

4.3.1 • Bimbing murid mengubah suai gurindam berdasarkan gurindam asal.
• Minta murid mempersembahkan gurindam.

KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: KP – Naturalis

EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab 71

Kata Majmuk Mantap dan Kata Majmuk Bebas

Pemimpin Cilik
Saya Veeran. Saya pengawas sekolah. Saya menjalankan tugas
dengan penuh tanggungjawab. Oleh itu, saya dilantik sebagai anggota
jawatankuasa pengawas sekolah.

Setiap pagi, saya dan kawan baik saya, setiausaha pengawas sekolah,
duduk di kerusi batu di hadapan pagar sekolah. Kami membantu guru
besar dan guru disiplin sekolah.

Saya akan mengambil nama dan tandatangan murid yang datang
lewat ke sekolah. Selepas itu, akan saya beritahu guru disiplin tentang
maklumat tersebut.

kerusi plastik

mata pelajaran setiausaha

beritahu

tandatangan Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang
telah mantap ejaannya dan dieja bercantum.
Saya Dalila. Saya ketua kelas. Contoh: kakitangan, olahraga, sukarela
Saya menjalankan tugas Kata majmuk bebas ialah bentuk kata yang
dengan penuh tanggungjawab. merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk
Saya membentuk makna yang tertentu.
Contoh: jam tangan, nasi minyak, kipas angin

• Bimbing murid memahami kata majmuk mantap dan kata majmuk bebas. 5.2.2(i)
• Minta murid menyudahkan cerita dengan menggunakan kata majmuk yang

diberikan.

72 KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Konstruktivisme

EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab

Berikan keputusan.
Demi Negara

Taat Berani
• sedia berkorban
• menyelamatkan
mempertahankan nyawa dan harta
negara benda
Amanah
• menjalankan Amanah
tanggungjawab • menjalankan tugas
dengan tekunnya
dan taatnya serta dengan jujurnya
menjaga imej baik dan ikhlasnya
diri, organisasi dan
negara

Gina, mari Ya, Yi Ying.
kita lihat Anggota
nilai integriti keselamatan
pasukan negara kita bersedia
keselamatan untuk menempuh
negara kita. rintangan tanpa
kepentingan diri.
Sama juga tugas anggota bomba. Mereka Mereka
bertindak dengan beraninya. Mereka
Ya, Yi Ying. Patutkah kita berkorban
Betul, Gina. Kita nyawa demi mempertahankan
negara seperti mereka?
Jika diberi pilihan, apakah pasukan
yang ingin kamu sertai? Saya memilih kerana

• Bimbing murid bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan.

1.2.1 • Minta murid membuat simulasi.

KBAT: Menilai – Mempertimbangkan Strategi PdP: KP – Verbal-l­inguistik

EMK: Patriotisme 73

Baca dan persembahkan.

Terapkan Integriti

Salam sejahtera saya ucapkan kepada anggota Terapkan Integriti
Kelab Rukun Negara. Pada petang ini, saya ingin
menyampaikan teks ucapan dan sajak daripada Amanah amalan kita
guru penasihat kita. yang jadi pegangan
jujur sedia bersama
Keamanan negara amat besar ertinya. Oleh itu, untuk bina negara.
kita perlu mempertahankan keamanan negara.
Setia demi pertiwi
Kita mestilah setia kepada negara. Kita kukuh jiwa jati diri
juga mestilah mempunyai perasaan cinta dan kekalkan taat setia kita
bangga terhadap negara. Hal ini termasuklah negara aman jaya.
perasaan untuk membela kedaulatan dan
mempertahankan negara. Kita perlulah jujur dan Mari amal prinsip Rukun Negara
amanah dalam setiap perlakuan. perangi rasuah musuh utama
jujur telus ikhlas
Seterusnya, sikap tercela seperti khianat, hasad negara tercinta.
dengki, berbohong, mungkir janji, pecah amanah
dan menerima rasuah patut kita hindari. Sikap ini Marilah kita terapkan
akan memusnahkan keharmonian masyarakat amalan integriti.
dan negara.
Nukilan: KBJ2020
Akhir sekali, kita perlu mengamalkan prinsip
Rukun Negara. Rukun Negara menjadi panduan Imbas Saya
kita untuk mewujudkan perpaduan. Melalui
perpaduan, kesejahteraan dan keselamatan
negara akan tercapai.

Kesimpulannya, kita perlu berintegriti agar kita
hidup harmoni dan sejahtera.

• Bimbing murid membaca teks dan mendeklamasikan sajak. 2.3.2
• Minta murid lain menilai persembahan rakan mereka.

KBAT: Mengaplikasi – Menunjuk cara Strategi PdP: BCB – Bacaan luncuran

EMK: Nilai Murni – Kejujuran Penilaian Bercerita

7474

Tahniah Bagus Cuba Lagi

Tulis ayat.

Chan Ho, Fahim dan Kishan menyediakan ucapan untuk disampaikan
kepada guru sekolah mereka yang menerima Anugerah Guru Inovatif.

3.1.1 • Bimbing murid menulis perenggan dalam bentuk tulisan berangkai.
• Minta murid membaca ayat yang telah ditulis.
75
KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan Strategi PdP: BCB – Mencatat
EMK: Nilai Murni –­Amanah

Seni Bahasa

Ketua Desa Bijaksana

Pada suatu hari, Kendi berjumpa dengan Pada zaman dahulu, tikus berjumpa
Atoi di kedai. dengan arnab di sarangnya.
“Atoi, aku kesempitan. Pinjamkan aku
jala. Dua bulan lagi, jala akan aku pulangkan “Arnab, aku ...
bersama-sama dengan sebahagian hasil kesempitan = dalam kesusahan
keuntungan aku,” kata Kendi. “Bolehkah aku meminta secupak padi?”

Apabila genap dua bulan, Atoi ke rumah Tikus: Aku tidak mahu . Bulan
Kendi untuk menuntut jalanya. Tikus menunjukkan
Arnab – marah –
“Aku tidak akan memulangkannya. Bulan Arnab – Sang Kancil
baru satu,” kata Kendi.
Sang Kancil: Tikus, cuba kamu
Kendi menunjukkan bulan di langit. Atoi • ada dua bulan
kecewa akan tindakan kawannya itu. Dia • ubah sikap kamu
mengajak kawannya itu berjumpa dengan • mesti menunaikan janji
Tuk Lanai, Ketua Desa Tasik Bera, untuk • usah permainkan janji
menyelesaikan masalah mereka. • mesti amanah

Selepas berfikir sejenak, Tuk Lanai Tikus: – maafkan – akan pulangkan
mengajak mereka bersampan. – berjanji mengubah sikap

“Lihat di sana. Ada dua bulan. Janji perlu
ditepati. Kita mestilah amanah dan jujur.
Ubahlah sikap suka memungkiri janji.
Perbuatan itu menyebabkan hubungan kita
menjadi tidak mesra,” kata Tuk Lanai.

Akhirnya, Kendi insaf akan perbuatannya.
Dengan rela hati, Kendi memulangkan
jala dan memberikan sebahagian hasil
keuntungannya kepada Atoi.

Lihat dan baca frasa. Ubah suai cerita berdasarkan isi cerita, watak dan latar tempat.

• Bimbing murid mengubah suai isi cerita berdasarkan frasa. 4.3.2
• Minta murid mempersembahkan cerita.

KBAT: Mencipta – Mereka Strategi PdP: Kontekstual

EMK: Nilai Murni –­ Rasional

76

Kata Berimbuhan Sisipan

Usaha Jaya menggeletar kemuncup semerbak

Penduduk Kampung Temoi gelabah. Sejak musim berkerepot telapak gemuruh
panas, awan-gemawan tidak kelihatan. Telaga telunjuk
di desa mereka kering-kerontang. Banyak haiwan
peliharaan mati. Tanaman mereka layu dan
buahnya berkeretot.

Di Kampung Temoi, terdapat seorang pemuda
bernama Rana. Rana suka meniup seruling. Pada
suatu hari, penduduk berkumpul di gelanggang
silat untuk mendapatkan pandangan Tuk Ketua.

Tanpa berlengah, Rana yang berada di situ
berkata, “Tuk Ketua, saya pernah ke kawasan
lembah sungai. Banyak pokok hidup subur di situ.
Kawasan itu harum . Di situ juga, ada banyak
pokok .

Pada waktu malam, cuacanya agak dingin.
Saya kesejukan semasa berkhemah di sana,”
kata Rana dengan jujurnya dan tenangnya untuk
menyelesaikan kemelut penduduk kampungnya.

“Marilah kita berhijrah ke tempat itu,” tambah
Rana sambil menunjukkan arah ke tempat itu
dengan menggunakan jari nya.

“Jika benar, bersumpahlah kamu dengan
menunjukkan tangan kamu, Rana,” kata
seorang tua yang sudah kulit pipinya.
Kemudian, Rana menunjukkan telapak tangannya.
Penduduk Kampung Temoi memberikan tepukan

kepada Rana.

Ketua Kampung Temoi mengarahkan mereka
berhijrah. Mereka membuka kawasan petempatan
dan membina saliran untuk pertanian.

Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang disisipkan pada kata dasar.
Contoh imbuhan sisipan: jeragat, gelegar, kemuncup, sinambung

5.2.1(iv) • Bimbing murid memahami dan menggunakan perkataan berimbuhan sisipan.
• Minta murid melengkapkan cerita dengan perkataan berimbuhan sisipan yang
77
sesuai.
KBAT: Mengaplikasi – Melengkapkan Strategi PdP: BCB – Bacaan luncuran
EMK: Nilai Murni – Kejujuran

Pemulihan

Lakukan aktiviti berikut:

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Murid menjalankan aktiviti main peranan dengan menggunakan bahan

rangsangan yang disediakan.
3. Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
4. Murid perlu mempersembahkan cerita dengan gaya penyampaian dan

intonasi yang sesuai.
5. Murid yang lain menilai persembahan rakan.

Anak Kerbau yang Jujur

Sang Kerbau dan anaknya tinggal di sebuah ladang. Pada suatu hari, Sang
Kerbau mahu pergi bekerja. Sebelum Sang Kerbau keluar dari kandangnya,
dia berpesan kepada anaknya.

Sang Kerbau : Ayah mahu membajak sawah. Semasa ayah tiada, kamu
jangan pergi ke mana-mana. Cuci kandang supaya
bersih.

Anak Kerbau : Baiklah, ayah. Saya akan sentiasa berada di rumah.

Ketika Sang Kerbau sedang membajak sawah, anak Sang Kerbau
didatangi oleh kawan-kawannya.

Marilah kita Tidak boleh. Ayah melarang Ayah kamu tiada di sini.
berkubang. aku meninggalkan rumah. Beliau tidak akan tahu.
Beliau menyuruh aku
mencuci kandang. Aku sudah berjanji
kepada ayahku. Aku
perlu jujur kepada beliau.

Tidak lama kemudian, Sang Kerbau pun pulang. Sang Kerbau membawa

makanan untuk anaknya. Sang Kerbau amat gembira kerana anaknya

patuh dan jujur kepadanya. Penilaian Bercerita

Tahniah Bagus Cuba Lagi

78

Pengayaan

SJKT Taman Wawasan telah mengadakan Program Sekolah Berintegriti.
Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan seperti pameran, ceramah
dan permainan.

Kavina, Veeran dan Nabil menyertai satu daripada permainan yang
dijalankan. Permainan itu menguji minda peserta untuk mentafsirkan kod
rahsia.

Arahan
1. Bina perkataan daripada kod rahsia.
2. Gunakan petunjuk untuk mentafsirkan kod tersebut.
3. Lengkapkan ayat dengan menggunakan kata berimbuhan apitan.
4. Bina cogan kata yang menarik tentang integriti. Cogan Kata:

Petunjuk

Pokok duku tumbuh selari,
Gunakan aku kenali diri.

Pisang raja di dalam tongkang,
Aku dieja dari belakang.

Sarat perahu berisi ikan,
Sudah tahu sila isikan.
1. Kita hendaklah nilai integriti dalam kehidupan.

2. Kita perlulah bekerjasama rasuah.

3. Sikap berintegriti perlu amalan oleh setiap insan.

4. Nasihat ibu bapa mestilah .

5. Kita perlulah membuat yang sewajarnya sebelum bertindak.

6. Janganlah kita menyalahgunakan yang diberikan kepada kita.

7. Shamala mendeklamasikan sajak yang kejujuran.

79

Pengukuhan
Edit dan murnikan perenggan.

utamakan kejujuran

menjalankan tugas menepati masa
dan amanah dan berdisiplin

Amboi, rajinnya pekerjaan am sekolah saya.
Amat dia menutamakan keselamatan dan
kebersihan. Dia berkerja mengikut jadual.

Wah, tegap dan sasanya pengkawal keselamatan sekolah
saya? Dia paling rajin sekali. Dia menjalankan tugas dan
amanahnya. Oleh itu, dia setiap malam dengan amanahnya.
Kes pencerobohan bukan berlaku.

Eh, Itu saya cikgu! Mereka rajin sangat. Mereka menepati masa dan
berdisiplin. Mereka rajin sangat. Jadi, sessi pembelajaran berjalan
dengan lancarnya.

80

Bacaan Luas
Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Integriti merupakan nilai yang amat penting bagi sesebuah organisasi.
Nilai ini dapat mencorakkan budaya kerja yang lebih berkualiti dan
unggul. Situasi ini juga tidak terkecuali kepada agensi penguatkuasaan
undang-undang negara seperti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM telah berusaha untuk meningkatkan dan memantapkan
nilai integriti dalam kalangan anggota polis. Demi memenuhi tuntutan
masyarakat dan negara, PDRM sentiasa memastikan nilai murni seperti
setia kawan, jujur, bersih dan cekap diamalkan.

Dengan mengamalkan nilai ini, anggota PDRM akan sentiasa bertugas
dengan penuh dedikasi. Usaha ini dapat meningkatkan tahap keyakinan
masyarakat terhadap perkhidmatan kepolisan.

Pihak PDRM juga berusaha untuk membentuk warga PDRM agar
bersifat amanah dan telus. Setiap anggota mestilah mematuhi etika
kepolisan.

Kesimpulannya, PDRM sentiasa berusaha dan komited untuk terus
meningkatkan kewibawaan institusi kepolisan pada pandangan masyarakat.
Oleh itu, setiap warga PDRM wajib membudayakan integriti dan mengamalkan
budaya kerja yang sihat serta mematuhi etika yang ditetapkan.

[Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)]

81


Click to View FlipBook Version