The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAN HAO YIN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MEWAH
03 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haoyutan12347, 2021-04-04 04:42:20

BUKU LOG LENCANA JAYADIRI:TAN HAO YIN

TAN HAO YIN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MEWAH
03 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

BUKU LOG LENCANA JAYADIRI

TAN HAO YIN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MEWAH
KUMPULAN 03 DAERAH SEREMBAN TIMUR NEGERI SEMBILAN

Nama Penuh :TAN HAO YIN No. K/P :051221050037
TarikhLahir :21/12/2005

Keturunan :CINA Agama :BUDDHA

Jantina :LELAKI No. H/P :0188722281

Kegemaran :BOLA KERANJANG

Cita-cita :GURU

AlamatRumah :513,JALAN MERPATI,TAMAN SRI KAMBAN, 70300 SEREMBAN

NEGERI SEMBILAN

Nama Sekolah :SMK BUKIT MEWAH

AlamatSekolah :JALAN TOK UNGKU, 70100 SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN

No. Kumpulan :03

Daerah :SEREMBAN

Negeri :NEGERI SEMBILAN

REKOD UJIAN LENCANA JAYADIRI

Nama Penuh :TAN HAO YIN

TarikhLahir :21/12/2005 No. K/P :051221050037

No. Kumpulan :03

Daerah :SEREMBAN

Negeri :NEGERI SEMBILAN

BIL. PERKARA TARIKH LULUS TANDATANGAN
PENGUJI

1. Fungsi Parlimen
Bendera negeri dalam Malaysia dan

2.
lambang Negara dan Negeri

3. Fungsi sebuah agensi kerajaan
Peta kawasan parlimen negeri dan

4. ahli parlimen
5 Buku log peribadi

Adalah disahkan bahawa Pengakap Remaja di atas telah lulus semua ujian dan
memenuhi segala kehendak dalam Lencana Jayadiri.

Tarikh Pemimpin Pengakap Remaja

(Nama & cap)

SEJARAH INSTITUSI PARLIMEN MALAYSIA

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di
bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara.Malaysia juga merupakan sebuah negara yang
mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem
Persekutuan.

Berdasarkan kepada peruntukan ini negeri-negeri Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak
dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan
Negara Malaysia.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan,
diperuntukan oleh Perlembagaan Institusi Yang di-Pertuan
Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan
Majlis Raja-raja yang mana Raja-raja Melayu telah diberi
kuasa untuk memelihara keistimewaan dan adat istiadat
orang Melayu dan pentadbiran Agama Islam di negeri
masing-masing.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua
Agama Islam bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka,
Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi
Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui
perwakilan yang dipilih.Parlimen Malaysia merupakan
badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri
daripada tiga komponen utama:

1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

FUNGSI PARLIMEN

1. Membuat undang-undang.
2. Mengawal kewangan kerajaan
3. Mengenai hal-ehwal negara
4. Membolehkan Parlimen menyelenggarakan

tanggungjawab yang diletakkan ke atasnya.
5. Masing-masing mempu-nyai pengawasan khas terhadap

perjalanan persidangannya sendiri.

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh
memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga
mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun
membubarkan Parlimen.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
Mesyuarat perlu memastikan tarikh-tarikh persidangan
yang akan diadakan dalam tempoh masa dua puluh lapan
(28) hari sebelum bermula.

DEWAN NEGARA

Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli.
Dewan Negara terbahagi kepada dua kategori seperti
berikut:

1. 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri
sebagai mewakili 13 negeri.

2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:

● Warganegara Malaysia
● Berumur tidak kurang dari 30 tahun
● Sempurna akal
● Bukan seorang muflis

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal
(tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal
lagi.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa
mereka akan taat menjalankan tugas-tugas sebaik yang
mungkin dan taat setia kepada Malaysia.

FUNGSI DEWAN NEGARA

1. Menyemak usul-usul yang dibuat di Dewan Rakyat.
2. Menangguhkan semua rang undang-undang yang

diluluskan oleh Dewan Rakyatsebelum dihantar kepada
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk
ditandatangani.
3. Dewan Negara berhak meminda sesuatu rang
undang-undang dan merujukkannya semula kepada
Dewan Rakyat.
4. Menyekat penyalahgunaan kuasa Dewan Rakyat.
5. Rang undang-undang yang ditandatangani akan menjadi
Akta Parlimen dan seterusnya undang-undang.

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap ahli
mewakili satu kawasan pilihan raya.Ahli-ahli dipilih atas
dasar sokongan ramai melalui pilihanraya yang diadakan
setiap lima tahun.

Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti
berikut:

● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 21 tahun.
● Sempurna akal.
● Bukan seorang muflis.
● Tidak memegang jawatan Dewan Rakyat dan Dewan

Negara dalam satu masa.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa
mereka akan taat menjalankan tugas-tugas sebaik yang
mungkin dan taat setia kepada Malaysia.

FUNGSI DEWAN RAKYAT

1. Menjalankan sistem pemerintahan demokrasi.
2. Bersidang dari semasa ke semasa.
3. Membahaskan titah ucapan diraja yang menerangkan

dasar-dasar kerajaan.

4. Menggubal undang-undangdengan menghantar ke Dewan
Negara untuk perbahasan dan perbincangan selepas
undian.

5. Pindaan ke atas perlembagaan boleh dilakukan jika 2/3
ahli Parlimen menyokong pindaan tersebut.

AHLI DEWAN RAKYAT MENGIKUT NEGERI

NEGERI BILANGAN
AHLI
Perlis
Kedah 3 orang
Pulau Pinang 15 orang
Perak 13 orang
Selangor 24 orang
Kuala Lumpur 22 orang
Putrajaya 11 orang
Negeri Sembilan 1 orang
Melaka 8 orang
Johor 6 orang
Pahang 26 orang
Terengganu 14 orang
Kelantan 8 orang
Sarawak 14 orang
Sabah 31 orang
Labuan 25 orang
1 orang

Bendera negeri dalam Malaysia dan lambang
Negara dan Negeri

7 jalur merah & 7 jalur putih yang melintang dan sama
lebarnya adalah tanda keanggotaan 13 buah negeri.
Anak bulan: agama rasmi negara iaitu agama Islam.
Bintang pecah 14: perpaduan 13 buah negeri dalam
Malaysia dan Kerajaan Persekutuan.
Warna kuning: warna Diraja.
Warna merah: keberanian.
Warna putih: kesucian.
Warna biru: perpaduan rakyat Malaysia.
BENDERA MALAYSIA

PERLIS INDERA KAYANGAN

Maksud Bendera: kerjasama yang erat di antara Raja dengan
Rakyat baginda
Kuning: D.Y.M.M. Raja.
Biru: rakyat.

KEDAH DARUL AMAN

Merah: warna tradisional negeri dan
melambangkan kemewahan
Padi: negeri makmur dalam hal kehidupan
Bulan Sabit: simbol agama Islam.
Perisai: Sultan negeri sebagai pelindung dan
penjaga rakyatnya

PULAU PINANG (PULAU MUTIARA)

Biru Muda: warna laut yang indah.
Putih: aman damai.
Kuning: kemakmuran.
Pohon Pinang:pohon dari mana pulau itu mendapat
namanya.

PERAK DARUL RIDZUAN

Maksud Bendera: system kesultanan Negeri Perak
Putih:Sultan Perak
Kuning: Raja Muda Perak
Hitam:Raja Di Hilir Perak
SELANGOR DARUL EHSAN

Kuning dan merah: daging dan darah iaitu unsur-
unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga
kepada negeri ini.
Bulan Bintang: Agama Islam, iaitu agama rasmi
negeri
Putih: kesucian Agama Islam

MELAKA (BANDARAYA BERSEJARAH)

Merah, putih, kuning dan biru: Melambangkan
Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan
Anak Bulan dan Bintang: Agama Islam, agama
negeri dan Malaysia.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Kuning: D.Y.M.M. Raja.
Merah: rakyat.
Hitam: Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang
menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

JOHOR DARUL TA'ZIM

Anak bulan dan bintang bewarna putih: Raja yang
berdaulat.
Merah: hulubalang yang mempertahankan negeri.
Biru tua: Kerajaan Negeri.

PAHANG DARUL MAKMUR

Warna putih di atas hitam melambangkan negeri
Pahang adalah negeri yang mempunyai
kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.
Hitam: warna kebesaran Bendahara
Putih: Raja.
KELANTAN DARUL NAIM

Merah: kejujuran penduduk sebagai rakyat
kepada Raja.
Putih: kebesaran dan tanda kesucian Raja negeri
ini.

TERENGGANU DARUL IMAN

Putih: D.Y.M.M. Sultan.
Hitam: rakyat
Anak bulan dan bintang: agama Islam
SABAH (NEGERI DI BAWAH BAYU)

Biru Zirkon: keamanan dan ketenteraman
Putih: kemurnian dan keadilan,
Merah cili: keberanian dan keyakinan.
Biru salji: perpaduan dan kemakmuran
Nilakandi: kekuatan dan semangat kerjasama.
Gunung Kinabalu dan lima jenis warna: Negeri
Sabah dan lima Bahagian Pentadbiran Negeri ini.

SARAWAK (BUMI KENYALANG)

Merah: keberanian, kesungguhan dan pengorbanan
rakyat.
Kuning: keagungan Perundangan dan Peraturan
(Order), perpaduan dan stabiliti
Hitam: kekayaan sumber asli.
Bintang yang bermuncung Sembilan: sembilan
bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam
harmonis

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN (RASMI)

Kuning: rasa hormat, kedaulatan dan kehormatan
Merah: kekuatan
Biru: perpaduan, keikhlasan dan keharmonian.

Tiga bar ufuk ini mempunyai perkadaran yang
sama dengan bendera Venezuela.
Tiga bintang di bawah Jata Negara berdiri untuk
tiga wilayah, menyokong misi mereka untuk
menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan yang
penting.

LAMBANG NEGARA MALAYSIA

Bintang pecah 14: 13 buah negeri.
Anak bulan: Agama Islam.
Lima bilah keris: Negeri-negeri Melayu yang Tiada
Bersekutu Bahagian sebelah kiri perisai itu: Negeri
Pulau Pinang
Bahagian sebelah kanan pokok Melaka: Negeri
Melaka.

Empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian
tengah,
Hitam dan putih: warna Pahang
Merah dan kuning: warna Selangor,
Hitam, putih dan kuning: warna negeri Perak,
Merah, hitam dan kuning: warna Negeri Sembilan.

Tiga Bahagian di sebelah bawah itu,Negeri Sabah di
sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-
tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan.

Harimau-harimau: penumpang jata Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang
Malaysia.
Cogan: Bersekutu Bertambah Mutu
Warna kuning pada awan-awan: warna Diraja

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang
berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan
waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat

kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah
dan menghormati bendera mereka.

LAMBANG NEGERI PERLIS

Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan
negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.
Lengkaran padi itu: pekerjaan utama dan hasil utama
negeri
Perisai: kebanggaan dan kehormatan negeri itu.
LAMBANG NEGERI KEDAH

Lengkaran: padi, tanaman utama Negeri ini.

Anak bulan: Agama Islam.
Perisai: kekuasaan.

LAMBANG NEGERI PULAU PINANG

Pohon pinang: asal nama pulau itu.
Dua tiang: Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru
iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat.
Empat kabel: empat jenis keturunan di negeri ini.
Jalur-jalur biru dan putih: simbol lautan berjumlah limatiap-
tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip
Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di
Pulau Pinang.
LAMBANG NEGERI PERAK

\
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang
mengandungi bunga padi.
Jata: Kedaulatan Raja Pemerintah.
Bulan Sabit: Agama Islam sebagai agama rasmi.
Bunga padi: sumber perusahaan rakyat dan kesuburan
negeri.
LAMBANG NEGERI SELANGOR

Anak bulan dan bintang: Agama Islam, agama negeri.
Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di
sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris
Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.
Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan
negeri.
Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai
sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman
dahulu.

LAMBANG NEGERI MELAKA

Warna merah, putih, kuning dan biru: Melaka sebuah negeri
dalam Malaysia.
Lima bilah keris: LIMA ORANG pahlawan termasyhur di
Melaka
Anak bulan dan bintan: Agama Islam, agama rasmi negeri.
Pokok Melaka: pohon dari mana negeri itu mendapat
namanya.

LAMBANG NEGERI SEMBILAN

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya
sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang
lama.
Warna merah:hubungan pada masa yang lalu dengan British.
Warna hita: Datuk-datuk Undang.
Warna kuning: Yang Di Pertuan Besar.

Bintang Pecah: Sembilan buah negeri dalam gabungan lama.
Pedang dan sarungannya: keadilan.
Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah
"Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar
LAMBANG NEGERI JOHOR

Mahkota: D.Y.M.M.
Raja Empat Bintang: Empat Buah Jajahan besar asal negeri
itu.
Bintang dan Anak Bulan: Agama Islam.
Dua ekor Harimau: binatang-binatang buas yang pada suatu
masa dahulu merayau-rayau di negeri ini.
Lukisan yang berbunga-bunga: dua jenis hasil utama
Cogan negeri : "KEPADA ALLAH BERSERAH"
LAMBANG NEGERI PAHANG

Mata cogan diperbuat daripada emas. Logam emas itu ialah
melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan
hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.
Gading yang bersilang: gading gajah terdapat dengan
banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu
perdagangan yang besar.Kalimah "Ya La Tif": lemah lembut.
Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan.
LAMBANG NEGERI TERENGGANU

Bulan bintang: negeri Islam.
Mahkota: pemerintahan Di Raja.
Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat
Kebesaran Negeri.
Quran: Undang-undang.
Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan
keadilan.
Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat
Kebesaran.

LAMBANG NEGERI KELANTAN

Mahkota: Kedaulatan Sultan.
Tombak dan keris: kekuatan orang-orang Melayu
Kelantan.
Anak bulan dan bintang: tanda Islam.
Dua pucuk meriam: negeri sedia untuk mempertahankan
dirinya.
Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah
tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang Permaisuri
Kelantan.

Cogan: "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN"

LAMBANG NEGERI SABAH

Lengan yang menjulang Bendera Negeri: perpaduan dan
kerjasama
Lima warna: lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah
Biru zircon: keamanan dan ketenteraman
Putih: kemurnian dan keadilan.
Merah cili: keberanian dan keyakinan.
Biru Salji: perpaduan dan kemakmuran
Nilakandi: kekuatan dan semangat kerjasama.
Bentuk Gunung Kinabalu: Negeri Sabah.
LAMBANG NEGERI SARAWAK

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi
Kenyalang: Terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian

dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi
"politik pembangunan".

Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan
Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

AGENSI KERAJAAN

Agensi Kerajaan atau Badan Berkanun adalah sebuah perbadanan
awam dalam struktur pentadbiran kerajaan.Badan berkanun
ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah undang-undang yang
diluluskan oleh Parlimen dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen
yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri masing-masing.

Antara agensi kerajaan atau badan berkanun yang terdapat di
Negeri Sembilan adalah:
1. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
2. Lembaga Muzium Negeri Sembilan
3. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
4. Yayasan Negeri Sembilan
5. Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan

UDA (Urban Development Authority)

UDA merupakan syarikat milik kerajaan Malaysia yang
diperbadankan pada tahun 1996. Ia ditubuhkan bagi
melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan
bandar yang berkaitan dengan sektor perniagaan, industri
dan perumahan.

UDA telah ditubuhkan pada 12 November 1971 di bawah
Menteri Perbadanan Awam melalui Akta Perbadanan
Pembangunan Bandar. Pada tahun 1996 ia diperbadankan

sepenuhnya dan menukar nama kepada UDA Holdings
Sendirian Berhad.

MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute)

Ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI
(Akta 11 tahun 1969) dan mula beroperasi pada Mac 1971.
Objektif: Menjana dan mempromosi teknologi baru untuk
kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas
tani.
Misi: Menjana dan memindahkan perkhidmatan teknikal
bagi menyokong kerajaan mentransformasikan
pertanian dan industri asas tani kepada sektor yang
inovatif, komersil dan berdaya saing.
Fungsi: Menjalankan penyelidikan dari segi sains,
teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan
pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala
tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko),
ternakan dan makanan serta perladangan campuran.

FELDA (Federal Land Development Authority)

Ditubuhkan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan
Tanah (1956) dikuatkuasakan.
Objektif: Menangani penempatan semula penduduk luar
bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru
dibangun.
Misi: Menambah nilai untuk kepentingan peneroka
Fungsi: menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang
pekebun kecil untuk tanaman kontan.

MARA (Majlis Amanah Rakyat)

Dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai
sebuah badan berkanun dan autonomi untuk menyediakan
peluang-peluang bagi kaum Bumiputera untuk
meninggikan lagi taraf hidup mereka dan membantu
penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang perdagangan
dan perusahaan.
MARA menjalankan tugas seperti yang berikut:
1. Sistem pendidikan dan latihan akademik,

profesional atau latihan-latihan lain kepada
kaum Bumiputera.

2. Menyediakan pinjaman kewangan untuk projek
keusahawanan kepada kaum Bumiputera

3. Memberikan perkhidmatan sebagai penasihat
pengurusan dan teknik kepada peniaga Bumiputera

4. Melaksanakan projek perdagangan, perusahaan
dan pengangkutan yang dimiliki sepenuhnya oleh
MARA.

PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad)

Sebuah syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia
yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 di bawah syarat-
syarat Akta Pembangunan Petroleum. Dimiliki sepenuhnya
oleh kerajaan Malaysia, syarikat ini telah mendapat hak
keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di
Malaysia.

Matlamat PETRONAS untuk melindungi kedaulatan negara
ke atas rizab minyak dan gas, untuk merancang
keperluan negara masa kini dan masa hadapan bagi
minyak dan gas, untuk mengambil bahagian dalam
mengedar dan petroleum pemasaran dan produk
petrokimia pada harga yang berpatutan.

PETA NEGERI DAN KAWASAN PARLIMEN

KAWASAN PARLIMEN NEGERI SEMBILAN

P126 JELEBU Datuk Jalaluddin Alias - BN

P127 JEMPOL Datuk Salim Sharif - BN

P128 SEREMBAN Loke Siew Fook - PKR

P129 KUALA PILAH Dato’ EDDin SyazlEE Bin Shitth-
PPBM

P130 RASAH Cha Kee Chin - PKR

P131 REMBAU Khairy Jamaluddin - BN

P132 PORT DICKSON Dato’ SEri anwar Bin iBrahim-
(TELOK KEMANG) PKR

P133 TAMPIN Dr. Hasan Baharom - PKR

PETA NEGERI DAN KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

N1 CHENNAH Loke Siew Fook - PKR

N2 PERTANG Noor Azmi Yusof - BN

N3 SUNGAI LUI Mohd. Radzi Mohd. Ali - BN

N4 KLAWANG Bakri Sawir - PKR

N5 SERTING Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli -
BN

N6 PALONG Mustafa Nagoor - BN

N7 JERAM PADANG Datuk Manickam Letchuman - BN

N8 BAHAU Teo Kok Siong - PKR

N9 LENGGENG Suhaimi Kassim - PKR

N10 NILAI Arul Kumar Jambunathan - PKR

N11 LOBAK Chew Seh Yong - PKR

N12 TEMIANG Ng Chin Tsai - PKR

N13 SIKAMAT Aminuddin Harun - PKR

N14 AMPANGAN Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek - PKR

N15 JUASSEH Datuk Ismail Lasim - BN

N16 SERI MENANTI Datuk Abdul Samad Ibrahim - BN

N17 SENALING Datuk Adnan Abu Hassan - BN

N18 PILAH Mohamad Nazaruddin Sabtu - PKR

N19 JOHOL Saiful Yazan Sulaiman - BN

N20 LABU Ismail Ahmad - PKR

N21 BUKIT KEPAYANG Tan Lee Koon - PKR

N22 RAHANG Mary Josephine Prittam Singh - PKR

N23 MAMBAU Yap Yew Weng - PKR

N24 SEREMBAN JAYA Gunasekaran Palasamy - PKR
(SENAWANG)

N25 PAROI Mohamad Taufek Abd. Ghani - PKR

N26 CHEMBONG Datuk Zaiful Bahri Idris - BN

N27 RANTAU Datuk Seri Mohamad Hassan - BN

N28 KOTA Datuk Dr. Awaluddin Said - BN

N29 CHUAH Michael Yek Diew Ching - PKR

N30 LUKUT Choo Ken Hwa - PKR

N31 BAGAN PINANG Datuk Tun Hairudin Abu Bakar - BN

N32 LINGGI Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza -
BN

N33 SRI TANJUNG Ravi Munusamy - PKR
(PORT DICKSON)

N34 GEMAS Datuk Abdul Razak Said - BN

N35 GEMENCHEH Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa - BN

N36 REPAH Veerapan Superamaniam - PKR

Kawasan Parlimen tempat kediaman

Kawasan SEREMBAN
Parlimen

Nama Ahli Loke Siew Fook - PKR
Parlimen

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempat kediaman

Kawasan DUN : SEREMBAN JAYA

Nama Ahli DUN : Gunasekaran Palasamy - PKR


Click to View FlipBook Version