The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-3406, 2022-04-27 19:55:16

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2022

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2022

No 180, Jalan Khalidi,
84000 Muar, Johor

EMEL : [email protected]

BUKU PENGURUSAN
SEKOLAH

20
22

KATA-KATA ALUAN

LOGABAL A/P TENDAYOUDAQBAM

GURU BESAR SJKT JALAN KHALIDI

Selamat Sejahtera,

Terima kasih kepada semua warga sjkt jalan khalidi yang telah memberikan khidmat yang
cemerlang sepanjang tahun 2021 dalam usaha menjayakan pelbagai program dan aktiviti .ini
adalah selaras dengan kehendak dan matlamat kementerian pendidikan malaysia seperti
yang dihasratkan dalam falsafah pendidikan kebangsaan.

Terlebih dahulu ,saya ucapkan setinggi-tinggi thaniah dan terima kasih kepada jawatankuasa
buku pengurusan sekolah sesi 2022/2023 . Buku pengurusan sekolah ini penting sebagai rujukan
dan garis panduan kepada guru – guru dan staf untuk melaksanakan tugas dengan lebih
terarah dan berkesan.

Buku pengurusan merupakan suatu inisiatif untuk membantu meningkatkan kualiti pengurusan
sekolah dan kerjaya guru-guru serta staf . Ia juga merealisasikan usaha ke arah
mempertingkatkan pengetahuan guru-guru dalam bidang pengurusan sekolah dan
tugasannya.marilah kita sama-sama bergerak sederap mengharungi cabaran sesi
persekolahan tahun 2022/2023 ini dengan memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad
dan menyuntik semangat baru yang lebih kental.

Oleh itu, saya berharap agar semua guru dan pihak yang terlibt dapat merujuk buku
pengurusan ini dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan .

Harap menjana kecemerlangan sekolah ini dalam semua bidang pengurusan
,kurikulum,kokurikulum,pembangunan sahsiah dan kemanjadian murid.

Sesungguhnya sama-sama kita beriltizam yang tinggi untuk menjadikan ajkt jalan khalidi ini
cemerlang dalam semua bidang. Sekolah kita mempunyai tenaga pengajar yang hebat
dyang tentunya mempunyai visi misi yang seiring sebagaimana hasrat dan harapan
kementerian pendidikan malaysia.

Akhir kata selamat menjalankan tugas sebagai pendidik,demi untuk mendidik anak
bangsa.selamat bertugas dengan penuh komitmen ,ikhlas dan dedikasi.

Terus mengatur langkah ke arah merealisasikan sjkt jalan khalidi cemerlang ,gemilang dan
terbilang tahun 2022/2023 Ini.

SEKIAN ,TERIMA KASIH.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

1. Profil dan Maklumat Asas Sekolah
2. Visi, Misi,Halatuju dan Matlamat Sekolah
3. Sejarah Sekolah
4. Lagu Sekolah
5. Plan Sekolah
6. Kebitaraan Sekolah
7. Maklumat Pentadbir
8. Maklumat Guru dan Staf Sekolah
9. Carta Sekolah & Carta Organisasi (Poongodi Teacher)
10. Enrolmen Murid
11. Polisi Perguran
12. Kalender 2022 / 2023
13. Takwim Persekolah 2022 / 2023
14. Cuti Perayaan 2022 /2023
15. Hari Kelepasan Am 2022
16. Jadual Waktu Induk
17. Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
18. Takwim Akiviti Sekolah 2022 / 2023
19. Pengurusan Kurikulum
20. Pengurusan Hal Ehwal Murid
21. Pengurusan Kokurikulum

PROFIL

DAN

MAKLUMAT
ASAS

SEKOLAH

PROFIL DAN MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

1. NAMA SEKOLAH : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JALAN

KHALIDI, SEKOLAH TRASFORMASI

KOHORT 3.0,DAERAH MUAR

2. NO TEL : 069530180

3. ALAMATSEKOLAH : NO180 JALAN KHALIDI, 84000 MUAR, JOHOR.

4. KODSEKOLAH : JBD5080

5. NO DAFTAR : J/5/SJKT/007

6. LOKASI : BANDAR

7. PPD : PPD MUAR

8. JENIS BANTUAN : SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

9. GRED :A

10. SESI : PAGISAHAJA

11. GURU BESAR : PUAN LOGABAL A/P TENDAYOUDABAM

12. PK PENTADBIRAN : PUAN POONGODI A/P MUTHAYA

13. PKHEM : PUAN SUMATY A/P CHANDANA MOHON

14. PK KOKURIKULUM : PUAN JAY KUMARI A/P JALA GOPAL

15. BILANGAN GURU : 15 ORANG

16. ENROLMEN MURID : 124 ORANG

17. BILANGAN KELAS : 6 KELAS ALIRAN PERDANA DAN 1 PRA SEKOLAH

18. E-MAIL SEKOLAH : [email protected]

19. FACEBOOK : Khalidi Khalidi

VISI,MISI
HALATUJU

DAN
MATLAMAT
SEKOLAH

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI UNTUK

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

MOTO

KHALIDI THE EXCELLENT 2024

HALATUJU

KEMENJADIAN MURID MENERUSI
KUALITI GURU

MENJELANG 2024

SEJARAH
SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH
Mengikut Buku ‘Sejarah Sekolah-Sekolah Johor’, sekolah ini tubuhkan pada tahun 1910. Ia
merupakan sekolah Tamil pertama dibina di Bandar dalam Negeri Johor. Selain itu, ia juga
merupakan sekolah Tamil yang ke-2 tertua di negeri Johor. Pada mulanya kelas-kelas Bahasa
Tamil mula diajar di rumah-rumah berhala dan kemudiannya berpindah ke satu bangunan kecil
di Jalan Khalidi Muar. Sekolah Tamil ini diasaskan oleh sebuah persatuan bernama ”INDIAN
SANMARKA SANGAM, MUAR” dan ditadbirkan oleh satu jawatankuasa khas. Pengasas-
pengasas sekolah ini ialah mendiang Encik A.K Rajappa Thevar, mendiang Encik K. Velupillai
dan tokoh politik yang masih dihormati Yang Berbahagia Tan Sri Dato. G. Pasamanickam.

TAHUN 1910 - PERKEMBANGAN
Sekolah ini dinamakan “INDIAN SANMARKA SANGAM TAMIL SCHOOL”. Pada mulanya
kelas-kelas Tamil diadakan di rumah berhala dan kemudian dipindahkan ke bangunan yang
disewa di Jalan khalidi, Muar.

TAHUN 1938
Bangunan yang disewa itu telah dibeli oleh ahli-ahli Indian Sanmarka Sangam Muar dan
ditadbirkan oleh Jawatankuasa Persatuan tersebut.

TAHUN 1958-1959
Bangunan asal yang diperbuat daripada kayu dan atap telah digantikan dengan bangunan batu
dan konkrit.

TAHUN 1980
Kelab Rotary bersama–sama MIC Cawangan Parit Bakar telah berusaha dan membina bilik
perpustakaan dan kantin.

TAHUN 1982
Bangunan diperbaiki serta digantikan dawai-dawai letrik dengan bantuan daripada YB Dato.
Dr. Neo Yee Pan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

TAHUN 1984
Alat kelengkapan Pejabat Guru Besar, Bilik Guru serta kantin diperolehi daripada YB Dato K.
S. Balakrishanan, Ketua MIC Ng. Johor

TAHUN 1996
Menambahkan tiga buah bilik darjah dengan peruntukan yang diperolehi daripada YB Datuk.
K.S. Balakrishnan Ketua MIC Ng. Johor.

TAHUN 2003
Sebuah bangunan baru berkonkrit telah dibina di Caw Ladang Air Manis dengan peruntukan
RM50,000.00 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

TAHUN 2004
Telah mendirikan sebuah bangunan baru tiga tingkat. Peruntukan Diperolehi dari MIC Negeri
Johor, PIBG dan orang ramai. Bangunan ini adalah hasil usaha bekas Guru Besar Pn. V. Devi
Indrani, guru-guru dan YDP PIBG En. Mohd Husain Bin Majid dan jawatankuasa PIBG, MIC
Bahagian Muar serta cawangan-cawangannya, Persatuan-persatuan India, NGO’s, Kuil-Kuil,
para Ibubapa dan Masyarakat India setempat.

TAHUN 2009

Bangunan 3 tingkat telah diubahsuai dan diperbaiki dengan peruntukan RM90,000.00 yang
diusahakan oleh Ketua MIC Bahagian Bakri En. Pannit Selvam.

TAHUN 2010

Projek air bawah tanah (rock water) telah dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di SJK
Tamil Cawangan Ladang Air Manis untuk kegunaan murid-murid dan guru-guru sekolah.

TAHUN 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan RM200,000.00 untuk membina sebuah bilik
guru, pejabat dan pejabat Guru Besar tetapi pihak sekolah dan PIBG amat tegas dan telah
menolak projek tersebut kerana keperluan sekolah terlalu banyak tetapi jumlah peruntukan
terlalu sedikit. Selepas berbincang dengan semua pihak, KPM telah meluluskan RM2.2 juta.
Kesemua bangunan lama telah dirobohkan dan telah dibina sebuah bangunan baru 2 tingkat
dengan asas piling untuk 4 tingkat dengan peruntukan Rancangan Khas Timbalan Perdana
Menteri Dato Seri Najib Tun Razak. Bangunan baru ini mempunyai 4 buah bilik darjah, sebuah
pejabat, bilik Guru Besar, sebuah Bilik Guru-guru penolong kanan, sebuah bilik guru, sebuah
kantin dan 6 buah tandas. Projek ini diusahakan oleh Pengerusi PIBG En. P. Subramaniam dan
AJKnya.

TAHUN 2014
Lembaga Pengelola Sekolah telah ditubuhkan di sekolah ini. Pengerusinya ialah En. M.
Jayasingam dan terdiri daripada 3 orang Pemegang Amanah (Trustees) – Puansri Sarasa
Pasamanickam, Puan P.D Mary, dan En. M. Kailasam serta 8 orang Ahli Jawatankuasa.

TAHUN 2014
Kelas Tadika telah dimulakan dengan bantuan pertubuhan CHILDdengan 7 orang murid dan
pada tahun 2015 telah meningkat kepada 25 orang murid.

TAHUN 2018 – TAHUN 2021
SJKT Jalan Khalidi merupakan sekolah TS25 Kohort 3. Pelbagai perubahan telah dilakukan
dari segi pembangunan dan persekitaran sekolah.

BEKAS GURU BESAR

TAHUN NAMA GURU BESAR
1910-1937 Tiada maklumat
1938-1945 Mendiang En. J. Issac
1945-1953 Mendiang En. Raja Mahesan
1954-1956 Mendiang En. I. Masilamani
1957-1958 Mendiang En. V. Nadarajah
1959-1960 Mendiang En. P. Murugan
1961-1970 Mendiang En. N. Rajagopal
1971-1979 En. P. Sivabalan
1980-1993 En. D. Kuppusamy Naidu
1994-1995 Mendiang En. S. Letchumanan
1995-2006 Mendiang Pn. V. Devi Indrani
2006-2016 EN. C. Pandu Rengan
2016-2021 PN. S. Krishnaveni
2021-sekarang PN.T.Logabal

PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH (LPS)

TAHUN NAMA PENGERUSI LPS
1946 - 1950 Mendiang En. S.P.M. Shanmugam pillay
1951 - 1956 Mendiang En. G. Pasamanikam
1957 - 1977 Mendiang En. Narayanan Pillai
1978 - 1995 Mendiang Tan Sri Dato G. Pasamanikam
2014 - sekarang En. M. Jayasingam

YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

TAHUN NAMA YDP
En. Rengan Supaya
1998 - 2011 En. Rajendran
2011 - 2013 En. Selvarajah
2013 - 2015 En. Karupiah
2015 - 2017 En. Mohd. Husain Bin Majid
2017 – 2019 En. P. Subramaniam
2019 - sekarang En. S. Subramani
En. B.Sivakumar
En. R. Pathmanathan
En. K. Nadarajah

KEBANGGAAN SEKOLAH -BEKAS MURID

1. En. S. R. Nathan - Bekas Presiden Singapura
2. En. J.P. Jeyaratnam - Bekas Ahli Parlimen Singapura
3. Tan Sri Dato G. Pasamanickam -Bekas N/Presiden MIC Keb.
4. Puan Sri Sarasa - Bekas Senator

LAGU
SEKOLAH

LAGU SEKOLAH SJKT JALAN KHALIDI

தேசிய வகை ஜாலான் ைலிடி ேமிழ்ப்பள்ளி
பள்ளிப்பாடல்

அழகும் எழிலும் கைாண்ட ேமிழ்ப்பள்ளி
அருகை பல ைண்ட ேமிழ்ப்பள்ளி
அறிவு ைணக்கும் எங்ைள் ேமிழ்ப்பள்ளி
அமுேைான ைலிடி பள்ளி

ஊோ வண்ணம் ைழுகு சின்னம்
ைகைக்ைாண பல உயர்கவண்ணம்
ைல்வி தைள்விைள் உயர்ந்திடதவ
ைண்ைள் திறந்ே ைலிடி பள்ளி

ைழகலைள் கூடும் ைகிழ்ைதியாம்
அழகுடன் கோடரும் வளர்ைதியாம்
ைகலயும் ைவினும் தேர்ந்திடதவ
அறிவுடன் முடிவுறும் நிகறைதியாய்

ைற்தறார் ேகபயில் சிறந்திடதவ
அன்பும் பண்பும் நிகறந்திடதவ
வாழ்வும் வளமும் கேழித்திடதவ
வாழ்ை ைலிடி ேமிழ்ப்பள்ளி

அழகும் எழிலும் கைாண்ட ேமிழ்ப்பள்ளி
அருகை பல ைண்ட ேமிழ்ப்பள்ளி
அறிவு ைணக்கும் எங்ைள் ேமிழ்ப்பள்ளி
அமுேைான ைலிடி பள்ளி

PLAN
SEKOLAH





KEBITARAAN
SEKOLAH

KEBITARAAN SEKOLAH / பள்ளியின்தனித்துவம்

PASUKAN HOKI SEKOLAH “KHALIDI EAGLES”/ பள்ளிஹாக்கிகுழு
 Piala TNB 2020 – Penyertaan Peringkat Kebangsaan
 Hoki MSSD 2020 – Penyertaan Peringkat Daerah
 Perlawanan Hoki antara Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Johor 2019– Tempat Ke-Lima
 Perlawanan Persahabatan antara SJKT Jalan Khalidi dan SJKT Jalan Sialang – 2019

“PANCARAGAM SJKTJK”/ பள்ளிஇசைக்குழு

GURU BERKUALITI – KEJAYAAN GURU-GURU/ ஆசிரியரின்சாதனைகள்

GURU PENCAPAIAN

• PEGAWAI TEKNIKAL KABADI
ANTARABANGSA

PN. C. SUMATY • JURULATIH HOKI
EN. R. KUMANAN (MHC LEVEL 1) PERINGKAT
PN. B. KRISHNAVENI KEBANGSAAN

• JURULATIH UTAMA SAINS
DAERAH MUAR

• JURULATIH UTAMA
MATEMATIK DAERAH MUAR

CIK. C. GOKILADEVI

MAKLUMAT
PENTADBIR

PENTADBIR SJK(T) JALAN KHALIDI

PN. LOGABAL A/P TENDAYOUDABAM
GURU BESAR

PN.POONGODI A/P MUTHAYA SUMATY A/P CHANDANA MOHON PN.JAY KUMARI A/P JALA GOPAL

GURU PENOLONG KANAN GURU PENOLONG KANAN GURU PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN KOKURIKULUM KOKURIKULUM

MAKLUMAT
GURU

MAKLUMAT GURU

BIL NAMA GURU IKHTISAS GRED NO TEL
JAWATAN
1 PN.T.LOGABAL PENGAJIAN TAMIL 017-6262575
2 PN.M.POONGODI PENGAJIAN TAMIL DG44 012-7375175
3 PN.C.SUMATY PENGAJIAN TAMIL DG42 016-6074275
4 PN.J.JAY KUMARI BAHASA TAMIL DG42 017-6385957
5 PN.B.KRISHNAVENI PENGAJIAN DG42 017-2044171
TAMIL/SAINS DG44
6 CIK M.KAVITHA PSV 017-6871680
7 PN.P.BANU PENGAJIAN DG44 012-9166458
TAMIL/BM/MT DGA29
8 PN.A.KASTURI BAHASA 011-16402329
MELAYU/MUZIK DG44
9 EN.SATTIA SILAN PENGAJIAN 016-6068468
TAMIL/MATEMATIK DG44
10 PN.J.HEMALATHA BAHASA TAMIL/PJ/SJ 014-2605436
11 CIK C.GOKILADEVI SEJARAH/MT/RBT DG41 010-4619553
12 EN. AHNAF AFIQ PENDIDIKAN ISLAM DG41 011-51400577
13 EN.R.KUMANAN PEMULIHAN DG41 010-2451605
14 PN.K.DIVYAA BAHASA DG41 014-3465818
TAMIL/PJK/SAINS SEK DG41
15 CIK S.THARSHINI RENDAH 016-5621045
TESL/PENDIDIKAN DG41
KESIHATAN

BILANGAN GURU MENGIKUT OPSYEN

PT/BT BM TESL/BI MT SN ISLAM MZ SJ PJ PK PSV RBT PMHN
8
2 1 32 1 12 2 1 1 1 1

BILANGAN GURU MENGIKUT JANTINA

L J
LP 15
3 12

BILANGAN GURU MENGIKUT GRED JAWATAN

DG44 DG42 DG41 DGA29
5 3 6 1

MAKLUMAT STAF SEKOLAH

JAWATAN NAMA NO KP JANTINA GRED
810320015450 JAWATAN
PEMBANTU CHAMPAKA HAKIKI
PENGURUSAN BINTI
MURID ADANAN P N19
(PRASEKOLAH)

AWAM MOHAMMAD 681012016293 L H11
NIZAM BIN 880925235046 P N19
PEMBANTU OTHMAN
TADBIR (P/O) NADIRAH
BINTI HAJI
HASSAN

CARTA
ORGANISASI
PENGURUSAN

SEKOLAH





CARTA ORGANISASI PENGURUSAN TAHUN 2022

JAWATANKUASA PENTADBIRAN TAHUN 2022

Pengerusi : PN. T.LOGABAL(Guru Besar)
Setiausaha : PN. M.POONGODI (GPK Pentadbiran)
AJK : PN. C.SUMATY (GPK Hal Ehwal Murid)
PN. J.JAY KUMARI GPK Ko-Kurikulum

JK PENGURUSAN AM PEJABAT DAN STAF SOKONGAN

Pengerusi : PN.T.LOGABAL (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : PN.M.POONGODI (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : PNC.SUMATY (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : PN.J.JAY KUMARI GPK Ko-Kurikulum
Setiausaha :CIK NADIRAH BINTI HAJI HASSAN (Pembantu Tadbir)
AJK
: PN.CHAMPAKA BINTI ADANAN
(Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah)
: EN.MOHAMMAD NIZAM BIN OTHMAN (Awam)

JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

Pengerusi : PN.T.LOGABAL(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : PN.M.POONGODI (GPK Pentadbiran)

Setiausaha : PN.C.SUMATY (GPK Hal Ehwal Murid)

Ahli Jawatankuasa : PN.J.JAY KUMARI (GPK Kokurikulum)
: CIK. NADIRAH BINTI HAJI HASSAN (Pembantu Tadbir)

JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN/IVENTORI SEKOLAH

Pengerusi : PN.T.LOGABAL
Pegawai Aset : PN.M.POONGODI
Pegawai Verifikasi Stor : EN.M.SATTIA SILAN

Pegawai Pemeriksa 1 : CIK M.KAVITHA

Pegawai Pemeriksa 2 : PN.A.KASTURI

Pegawai Pemeriksa Pelupusan Stor kerajaan :PN.B.KRISHNAVENI

Pegawai Pemeriksa Pelupusan Aset Alih : PN. C.SUMATY
PN.J.JAY KUMARI

Tugas :
a. Mengelola & menyelenggara kad stok dengan kemas dan terkini.
b. Merekod semua pembelian dengan sistematik.
c. Melabel barang-barang yang telah direkodkan ke dalam stok.
d. Mengawal keluar dan masuk barang atau peralatan
e. Melaporkan kehilangan atau kerosakan

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN DAN
PRASARANA

Pengerusi : PN.T.LOGABAL (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : PN.M.POONGODI (GPK Pentadbiran)

Setiausaha : PN.C.SUMATY (GPK Hal Ehwal Murid)

Ahli Jawatankuasa : PN.J.JAY KUMARI (GPK Kokurikulum)

CIK. NADIRAH BINTI HAJI HASSAN Pembantu Tadbir
AJK : EN.MOHAMMAD NIZAM BIN OTHMAN (Awam)

Semua Pekerja Pembersihan

LEMBAGA TINDAKAN TATATERTIB DAN DISIPLIN

Pengerusi : EN.T.LOGABAL (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : PNM.POONGODI (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : PN.C.SUMATY (GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : PN.J.JAY KUMARI (GPK Ko-Kurikulum)

Setiausaha :EN.M.SATTIA SILAN (GURU DISIPLIN)

Ahli Jawatankuasa : SEMUA GURU KELAS

JAWATANKUASA SKPMg2/PPPM/PERANCANGAN STRATEGIK

Pengerusi : PN.T.LOGABAL (Guru Besar)

Setiausaha : PN.M.POONGODI (GPK Pentadbiran)
AJK : Pasukan Pelaksana SKPMg2

JAWATANKUASA PENDAFTARAN MURID

Pengerusi : PN.T.LOGABAL (Guru Besar)
Naib Pengerusi : PN.C.SUMATY(GPK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : PN.J.HEMALATHA
Ahli Jawatankuasa : Pembantu Tadbir

JAWATANKUASA BILIK GURU

Pengerusi : PN.T.LOBAGAL (Guru Besar)
Naib Pengerusi : PN.M.POONGODI(GPK Pentadbiran)
Setiausaha : PN.P.BANU
Ahli Jawatankuasa : Semua guru

PENCATAT MINIT MESYUARAT GURU

Pengerusi : PN.T.LOGABAL(Guru Besar)
Naib Pengerusi : PN.M.POONGODI (GPK Pentadbiran)
Setiausaha Mesyuarat :PN.S.THARSHINI

JAWATANKUASA LDP

Pengerusi : PN.T.LOGABAL(Guru Besar)
Naib Pengerusi : PN.M.POONGODI (GPK Pentadbiran)
AJK : Semua Ketua Panita

ENROLMEN
MURID

ENROLMEN MURID 2022

Darjah Jumlah Jumlah Jumlah
Lelaki Perempuan Murid
TAHUN 1
ALAGUMATHI 4 7 11

TAHUN 2 17 5 22
VALARMATHI
12 9 21
TAHUN 3
KALAIMATHI 10 4 14

TAHUN 4 12 10 22
KAVINMATHI
11 8 19
TAHUN 5 66 43 109
ARIVUMATHI

TAHUN 6
NIRAIMATHI

Jumlah

ENROLMEN MURID TERPERINCI 2022

Darjah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah
Lelaki Perempuan Beragama Bukan Bukan Murid
TAHUN 1 Beragama Warganegara
ALAGUMATH 4 Islam Islam

I 17 7 1 10 0 11
12
TAHUN 2 10 5 1 21 0 22
VALARMATHI 12
11 9 2 19 1 21
TAHUN 3 66
KALAIMATHI 4 0 14 0 14

TAHUN 4 10 1 21 0 22
KAVINMATHI
8 0 19 0 19
TAHUN 5 43 5 104 1 109
ARIVUMATHI

TAHUN 6
NIRAIMATHI

Jumlah

ENROLMEN MURID MENGIKUT KELAS
TAHUN 2022

Darjah Guru Kelas Jumlah Jumlah Jumlah
Lelaki
Perempuan Murid
4
TAHUN 1 PN.HEMALATHA A/P 7 11
ALAGUMATHI JAYA RAMAN 17

TAHUN 2 PN.BANU A/P 12 5 22
VALARMATHI PERIATHAMBY
10
TAHUN 3 PN.KRISHNAVENI A/P 9 21
KALAIMATHI BALAKRISHNAN 12

TAHUN 4 CIK THARSHINI A/P 11 4 14
KAVINMATHI SUGUMARAN 66

TAHUN 5 PN.DIVYAA A/P 10 22
ARIVUMATHI KRISHNAN

TAHUN 6 CIK KAVITHA A/P 8 19
NIRAIMATHI MANIAM @ 43 109
MOHANDAS

Jumlah

POLISI
PERGURUAN

POLISI PERGURUAN SEKOLAH

1. BILIK GURU & KELAB GURU
Bilik guru merupakan tempat larangan bagi murid. Bilik Guru adalah di bawah
tanggungjawab Kelab Guru dari aspek menjaga susunan, kebersihan dan keceriaan
pada setiap masa. Semua guru yang mengajar di sekolah ini secara automatik
menjadi ahli Kelab Guru. Kadar bayaran yuran adalah tertakluk kepada keputusan
dalam mesyuarat kelab tersebut.

2. KEHADIRAN GURU DAN STAF
Semua guru dikehendaki hadir di sekolah sebelum jam 7 pagi dan dibenarkan balik
selepas pukul 200 petang. Waktu hadir dan waktu pulang hendaklah direkodkan
dalam perakam waktu.

3. TIDAK HADIR BERTUGAS
Sila maklumkan kepada Guru Besar melalui telefon Jika tidak dapat hadir bertugas
pada hari berkenaan sebelum atau pada jam 7.00 pagi supaya pihak sekolah dapat
mengatur jadual ganti waktu mengajar anda.

4. KEBENARAN KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH
Adalah tidak dibenarkan guru-guru meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu
mengajar bagi tujuan peribadi kecuali jika ada hal yang tidak dapat dielakkan atau
setelah mendapat arahan/kebenaran Guru Besar atau arahan daripada PPD/JPN
dengan syarat mendapat terlebih dahulu kebenaran daripada Guru Besar.
Sebelum meninggalkan kawasan sekolah, pastikan guru tersebut telah mencatatkan
nama,masa, tujuan serta tandatangan Guru Besar di dalam Borang Rekod Keluar di
pejabat.

5. GURU BERTUGAS
Guru bertugas perlu hadir lebih awal iaitu jam 6.40 pagi. Guru bertugas harus berada
d ipintu gate masuk sekolah pada waktu pagi murid dating ke sekolah dan waktu
balik. Bertanggungjawab mengawal keadaan, kebersihan, keselamatan, mengurus
perhimpunan, kantin, tandas dan bangunan sekolah serta mengambil tindakan
sekiranya perlu berbuat demikian.

6. MASA BERSURAI
Guru yang mengajar pada waktu akhir hendaklah menentukan murid disuraikan
dengan teratur tanpa membuat bising. Murid beratur dengan didahului oleh ketua
darjah dan diiringi oleh guru yang mengajar pada waktu akhir keluar dari bilik kelas
dan berkumpul di tapak perhimpunan. Guru bertugas diminta ada bersama murid di
tapak perhimpunan untuk memantau pergerakan
murid semasa balik.

7. PERHIMPUNAN RASMI
Perhimpunan rasmi akan diadakan seminggu sekali pada setiap hari Ahad jam 7.30
pagi atau pada hari-hari dan masa-masa yang lain yang ditetapkan oleh Guru Besar .
Semua guru diwajibkan hadir dalam perhimpunan. Semua guru dikehendaki
memakai tag nama dan guru lelaki dikehendaki memakai tali leher pada setiap hari
Ahad semasa perhimpunan diadakan. Guru Besar /guru bertugas akan membuat
pengumuman- pengumuman yang perlu dan juga membuat apa-apa teguran atau
memberi nasihat kepada murid. [

8. KEGIATAN KOKURIKULUM
Kegiatan kokurikulum adalah wajib bagi semua guru.
Perancangan bagi kelab/persatuan dan permainan hendaklah melibatkan semua
murid Tahun 4 hingga 6. Guru hendaklah memberi latihan kepada murid dalam
bidang kepimpinan, displin, bertanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara
dan memberi galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan
ceramah, bahas, lawatan dan sebagainya. Guru dikehendaki menyimpan rekod-
rekod mengenai semua aktiviti yang telah dijalankan. Rekod digunakan sebagai
eviden hendaklah diserahkan kepada PK Kokurikulum mengikut ketetapan dalam
mesyuarat.

9. TATATERTIB
Adalah tanggungjawab semua guru untuk menjaga dan mengekalkan displin murid-
murid semasa di dalam atau di luar kelas. Guru hendaklah melaporkan murid yang
kerap melanggar peraturan sekolah, tidak mengikut teguran dan nasihat dan
sebagainya kepada Guru Displin atau Guru Besar. Guru diingatkan jangan
mengarahkan murid balik atau keluar dari bilik darjah atau melarang mengikuti
Pendidikan sebagai hukuman kerana tidak berdisplin. Guru TIDAK DIBENARKAN
merotan murid untuk sebarang kesalahan yang dilakukanoleh murid.

10. BUKU RAMPAIAN
Semua latihan bertulis hendaklah diperiksa pada hari itu atau pada hari yang berikut.
Semua kesalahan yang didapati dalam tiap-tiap latihan bertulis hendaklah dibuat
pembetulan sebelum menjalankan latihan baru.

11. UJIAN DAN PEPERIKSAAN
Ujian dan Peperiksaan hendaklah berpandukan seperti tercatat di dalam Takwim
Sekolah/Takwim Peperiksaan. Keputusan Penilaian pencapaian murid perlu
disiapkan dan dihantar kepada Guru Besar lengkap dengan markah mata pelajaran
bersama-sama dengan gred, jumlah markah keseluruhan, peratus dan kedudukan
dalam kelas dan juga kedudukan dalam semua kelas. Analisa Keputusan Penilaian
perlu disiapkan dan diserahkan kepada Guru Penolong
Kanan/Setiausaha Peperiksaan.

12. REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR

12.1 Semua guru dikehendaki mengajar seperti mana yang tercatat di dalam RPH.
12.2 Butiran-butiran dalam RPH perlulah sentiasa dikemaskini.
12.3 RPH mestilah dihantar ke pejabat pada setiap hari Ahad sebelumjam 7.00
pagi untuk semakan Guru Besar.

13. CUTI REHAT KHAS (CRK)

13.1 Setiap guru diberi peruntukan cuti rehat khas sebanyak 10 hari setahun.
13.2 Guru layak memohon cuti tetapi kelulusan atas budi bicara Guru Besar.
13.3 Semua permohonan hendaklah diisi secara atas talian di dalam aplikasi
HRMIS setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar serta Penolong
Kanan Pentadbiran untuk sokongan sebelum mendapat kelulusan
daripada Guru Besar.
13.4 Permohonan cuti yang dirancang perlu dibuat permohonan 7 hari lebih
awal sebelum tarikh permohonan cuti tersebut.
13.5 Sekiranya ada kecemasan dan ingin memohon cuti rehat khas ,sila
pastikan guru berkenaan menghubungi Guru Besar sekolah bagi
tujuan guru ganti dan setelah kembali semula pastikan borang cuti diisi.
13.6 Guru tidak dibenarkan bercuti selagi permohonan belum mendapat

kebenaran atau kelulusan Guru Besar. Guru layak memohon sahaja
tetapi bukan hak mutlak.

14. CUTI SAKIT

14.1 Sekiranya cuti sakit ,serahkan sijil cuti sakit kepada Guru Besar pada hari
berikutnya.
14.2 Andainya cuti sakit lebih dari 2 hari,sila dapatkan pengesahan daripada
doktor kerajaan.
14.3 Sijil cuti sakit dari klinik kerajaan atau swasta hanya terhad kepada
hanya 15 hari bagi setiap tahun. Perlu diingat, setiap cuti sakit yang diambil boleh
menjejaskan kiraan ganjaran pencen kelak.
15.4 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun samada berterusan atau putus- putus
akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk
menentukan pembayaran gaji. (Rujuk : SPP Bil.2/2006)

16. CUTI HAJI / CUTI UMRAH/ CUTI BERSALIN / CUTI TANPA REKOD / CUTI
TANPA GAJI

16.1 Segala dokumen/sijil/surat perlu dikemukakan bersama borang
permohonan melalui Guru Besar sebelum dihantar ke JPN untuk
kelulusan. Permohonan perlu dibuat lebih awal mengikut prosedur yang
sedia ada.
16.2 Istilah ‘keluarga terdekat ‘ ialah isteri/suami ,anak-anak, ibu bapa dan
mertua guru itu sahaja. Adik-beradik tidak termasuk dalam istilah
keluarga terdekat.

a. Cuti Hj - 40 hari (Perintah Am Bab C)
b. Cuti Umrah -7 hari bekerja (SPP Bil. 3/2017)
c. Cuti Bersalin- 90 hari@60 hari ,suami layak 7 hari (Layak untuk 5 kali sepanjang
perkhidmatan (SPP Bil.5/2017)
d. Cuti Tanpa Rekod –tidak melebihi 14 hari setahun ( Perintah Am Bab C)
e. Cuti Tanpa Gaji – tidak ada had/tempoh yang ditetapkan tetapi
mengikut tempoh perkhidmatan.Cuti tanpa gaji untuk tujuan ke luar
negara hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.(SPP Bil.4/2009)

17. CUTI KELUAR NEGARA

17.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara perlu mendapat
kelulusan JPN (Unit Perhubungan Dan Pendaftaran)
17.2 Borang permohonan perlu di kemukakan sekurang-kurangnya 21 hari dari
tarikh mula bercuti.(Online ke unit Perhubungan JPN).

18. CUTI MENGHADIRI PEPERIKSAAN

18.1 Kebenaran diberi dengan syarat guru berkenaan telah mendapat
kebenaran secara bertulis daripada Kementerian Pendidikan atau Jabatan
Pendidikan Negeri untuk mengikuti pengajian tersebut.

19. CUTI PENGGAL

1.1 Guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan
cuti rehat tahunan . Walau bagaimana pun ,guru boleh dipanggil
bertugas oleh guru besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti
sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas
mengajar.

20. CUTI KUARANTIN

20.1 Guru layak memohon cuti kuarantin jika anak jagaan (kandung/tiri/angkat) di
bawah umur 18 atau 21 tahun (jika masih belajar) diperakukan oleh pegawai
perubatan kerajaan atau swasta menghidap penyakit berjangkit.

20.2 Tempoh yang diluluskan terhad kepada 5 hari bekerja.
(Rujuk : SPP Bil.11/2016)

21. FAIL-FAIL BIDANG / UNIT/JAWATANKUASA

21.1 Fail-fail yang dalam simpanan peribadi guru seperti fail meja,fail
panitia,fail unit dan sebagainya perlu disimpan di tempat selamat
dalam bilik fail dan sebagainya.

21.2 Kandungan fail hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa kesemasa.

21.3 Fail-fail bukanlah milik peribadi dan tidak dibenarkan bawa pulang ke rumah.
21.4 Semua fail perlu ada nombor yang telah ditetapkan menggunakan sistem fail
arkib yang sedang digunapakai sekarang.
21.5 Semua fail merupakan dokumen penting sebagai bahan dokumentasi
dan bukti serta menjadi bahan rujukan /semakan/panduan kepada guru.

22. FAIL-FAIL SEKOLAH

22.1 Fail peribadi guru adalah fail sulit dan guru dilarang mengambil atau
melihat kandungan fail tersebut kecuali pentadbir.
22.2 Fail-fail di pejabat yang hendak dirujuk /diambil perlulah melalui
pembantu Tadbir/Pembantu Operasi dan dikembalikan dengan kadar segera.
22.3 Fail-fail sekolah di pejabat adalah dilarang di bawa keluar dari pejabat.

23. JADUAL WAKTU GURU GANTI

23.1 Jadual guru ganti akan dibuat oleh Penolong Kanan / Guru Jadual
Waktu apabila seseorang guru tidak dapat hadir atau menjalankan
tugas di luar.
23.2 Guru ganti hendaklah memastikan mereka mendapat slip butiran
gantian yang akan dilakukan dengan menandatangani pada buku
rekod jadual waktu guru ganti.
23.3 Guru yang akan berkursus/mesyuarat dan sebagainya, dikehendaki
menyediakan kerja/latihan Pendidikan bagi kelas yang diajarnya supaya guru
ganti dapat memanfaatkan waktu ganti tersebut dengan aktiviti yang
berfaedah. (MMI)
23.4 Guru ganti diminta menyambung Pendidikan berkenaan atau mengajar
Pendidikan yang difikirkan perlu atau memberi latihan/kerja yang telah
disediakan oleh guru ganti.

27. JADUAL WAKTU MENGAJAR

27.1 Semua guru dikehendaki mematuhi jadual waktu mengajar yang telah
ditetapkan.

27.2 Guru bersedia untuk masuk ke kelas 5 minit sebelum loceng berbunyi.
27.3 Guru yang mengajar hendaklah berada di dalam kelas sepanjang

tempoh PdPc. Sekiranya seseorang guru tidak dapat masuk ke
kelas dalam waktu tertentu, sila maklumkan pada Penolong
Kanan yang bertugas untuk membuat guru ganti.

28. PAKAIAN GURU DAN STAF

28.1 Semua guru/kakitangan dikehendaki berpakaian lengkap dan kemas
seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
28.2 Guru dibenarkan memakai pakaian sukan lengkap sepanjang hari
persekolahan semasa hari kegiatan Pendidikan Jasmani atau pun mengikut
kesesuaian aktiviti dengan kebenaran guru besar.
28.3 Semua guru dan staf mesti memakai tanda nama sepanjang waktu
persekolahan.

29. MELAKSANAKAN ARAHAN/TUGAS/PERINTAH

36.1 Apabila diarahkan/ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu arahan /
tugas /perintah atau lain-lain sebagai contoh menghadiri mesyuarat/
seminar/taklimat/bengkel/kursus dan sebagainya, diminta membawa
murid maka guru berkenaan perlu hadir dan tidak boleh diganti
dengan orang lain tanpa kebenaran Guru Besar.

30. PENGGUNAAN ALATAN / HARTA BENDA SEKOLAH

30.1 Sebarang penggunaan alat hendaklah digunakan dengan betul
mengikut tatacara/kaedah penggunaan .
30.2 Perlu mendapat kebenaran Ketua Panitia atau penjaga stok dan perlu
direkodkan.
30.3 Sekiranya meminjam alat / benda, pastikan dikembalikan dengan kadar
segera dan tidak rosak/hilang.
30.3 Alatan/harta benda tidak dibenarkan dibawa ke rumah tanpa
kebenaran Guru Besar.

31. PENGGUNAAN WAKTU ‘FREE PERIOD’

31.1 Guru diminta membuat perancangan / persediaan mengajar.
31.2 Memeriksa buku latihan murid.

31.3 Perbincangan secara profesional dengan rakan-rakan untuk PLC.
31.4 Menyediakan alat bantu mengajar, menyediakan laporan/analisis dan
sebagainya.

32. PENGISTIHARAN HARTA

32.1 Setiap guru diminta mengistiharkan harta mereka sekurang-kurangnya
dalam tempoh 5 tahun.
32.2 Sekiranya terdapat pertambahan dalam harta perlu diisytiharkan melalui
HRMIS dan hantar satu salinan surat pengistiharan ke pejabat.
33.3 Sebarang pelupusan harta/pelucutan hakmilik harta juga perlu
diisytiharkan.

34. PERINTAH AM

50.1 Guru sebagai pegawai kerajaan adalah tertakluk kepada peraturan-
peraturan di dalam Perintah Am Persekutuan.Guru-guru dinasihatkan
meneliti ,memahami dan mematuhi isi kandungan dokumen-dokumen
yang terdapat di dalam buku tersebut,khasnya Bab C dan Bab D.

50.2 Sebagai pendidik, guru juga hendaklah memahami dan menghayati
serta mempraktikkan tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.

KALENDAR
2022 / 2023



TAKWIM
PERSEKOLAHAN

2022 / 2023


Click to View FlipBook Version