The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by allifsom26, 2024-01-18 08:26:15

Kisah Empat Sekawan (4)

Kisah Empat Sekawan (4)

KISAH EMPAT SEKAWAN DI HUTAN BUANA KISAH EMPAT SEKAWAN DI HUTAN BUANA SIRI BUKU CERITA KANAK-KANAK INTAN NURATHIRAH


Penulis Intan Nurathirah Pelukis / Ilustrasi Muhammad Allif & Nur Afiqah Reka Bentuk Halaman Siti Ainazwa Editor Aliah Najwa SIRI BUKU CERITA KANAK-KANAK KISAH EMPAT SEKAWAN DI HUTAN BUANA KISAH EMPAT SEKAWAN DI HUTAN BUANA Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2024 Hak Cipta Terpelihara © – Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja - Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia


Di dalam Hutan Buana, terdapat empat ekor haiwan yang berkawan baik. Haiwan tersebut ialah gajah, monyet, gagak dan kancil. Mereka hidup aman dan sentiasa bermain bersama-sama di tengah hutan. Pada suatu hari, sedang mereka asyik bermain-main, mereka terjumpa sebuah pohon rambai yang berbuah lebat. Sejak dari itu mereka sering ke pohon tersebut untuk bermain dan berjanji untuk makan serta berkongsi hasil buah daripada pohon tersebut bersama-sama. 1


Pada suatu petang, gajah pergi ke pohon rambai tersebut secara senyap-senyap tanpa mengajak rakanrakannya. Dia berasa sangat gembira dan mula memakan buah rambai tersebut dengan gelojoh. Tanpa gajah sedari, monyet telah memerhatikan gerak geri gajah di sebalik pohon. Setelah lama memerhati, monyet mula menghampiri gajah dan menjerit “Hoi gajah! Kau makan sendiri tanpa mengajak kami?” . “Bukankah kita sudah berjanji untuk makan bersama-sama di pohon ini !” . 2


Gajah yang sedang terkejut lalu menjawab “Aku berasa sangat lapar monyet lalu aku terus ke sini untuk makan dan terlupa untuk mengajak kalian semua !. “Kau ni gajah, asyik makan sahaja. Patutlah badan kau gemuk dan besar” , balas monyet kepada gajah. “Amboi sedap betul kau mengata aku ya” , jawab gajah dengan nada yang berkecil hati. “Ahh aku tidak kisah, aku akan panggil rakan-rakan kita yang lain” . “Aku minta maaf monyet, jangan panggil kawan-kawan kita. ” kata gajah meraih simpati. 3


Monyet tidak mengendahkan kata-kata gajah lalu membuat bising untuk memanggil kawan-kawan mereka yang lain. Tidak lama kemudian gagak pun datang setelah mendengar suara monyet. “Apa yang sedang berlaku ini?” tanya gagak kehairanan. “Kau nak tahu gagak, gajah gemuk ni makan buah rambai tanpa ajak kita” kata monyet. “Oh begini perangai kau gajah, kau tidak ingat pada kami ya! Memang betul pun monyet kata kau gemuk!” , tambah gagak lalu menimbulkan kemarahan gajah. 4


Gajah yang marah terus menghentak-hentak kakinya lalu berkata “Hei monyet dan gagak! kamu berdua jangan nak menghina aku sangat! kau tu monyet dah la kecil, mulut bising” . Eh tak mengapalah, aku yang kecil ni senang bergerak ke sana ke sini dengan cepat tidak seperti kau besar dan gemuk” . Monyet dan gagak pon mentertawakan gajah. Tanpa mereka sedari, gajah telah pergi dengan hati yang marah dan geram. Gajah bertekad tidak mahu melihat dan berjumpa mereka lagi di dalam hutan ini. 5


6 Pada keesokan harinya, gajah pergi berjumpa dengan kancil. “Kancil, ohhh kancil, kau di mana?” jerit gajah. “aku di tepi sungai ini. Setelah mendengar suara kancil, gajah pergi berjumpa dengan wajah yang sedih. “ ada apa kau mencari aku gajah. kenapa muka muram?. Sebenarnya kancil, semalam aku bergaduh dengan monyet dan gagak. “Kenapa kalian bergaduh?” . Ceritanya begini, aku pergi ke pohon rambai tanpa mengajak kalian. Aku telah meminta maaf tetapi monyet tetap marah dan menghina aku.


Kancil berkata, “Oh,bagi aku perbuatan kau tidak salah, kau telah meminta maaf, jadi seharusnya monyet menerima maaf kau. Tiba-tiba, terdengar suara gagak yang cemas memanggil gajah dan kancil. “Eh, gagak kenapa kau cemas ini, apa yang berlaku?” , tanya kancil. Gajah dan kancil, monyet jatuh ke dalam perangkap yang dalam balas gagak. “Marilah selamatkan monyet ajak kancil. “Ha Ha Ha” , gajah ketawa. “Padan muka kau monyet, itu balasan kau menghina aku semalam” . 7


Kancil berkata “Gajah, janganlah kau berdendam, monyet berkawan kita, maafkanlah dia” . “Tidak mahu! Dia telah menghina aku. “Maafkan kami gajah kata gagak. Kami tahu kata-kata kami telah melukakan hati kau” . “Maafkanlah mereka gajah. Tak elok bermasam muka, kita tetap akan berjumpa sebab kita hidup dalam hutan yang sama” , kata kancil.Gajah membalas dengan nada geram, “Aku akan tolong monyet kalau dia meminta maaf kepada aku dan tidak mengulanginya lagi” . 8


Mereka bertiga kemudiannya pergi untuk menyelamatkan monyet. Kancil menjerit “ Monyet, kami datang ini!” . “Tolong selamatkan aku di bawah ni sejuk dan gelap. “Aku akan tolong kau kalau kau meminta maaf kepada aku, jerit gajah. “Maafkan aku gajah, aku tidak sepatutnya menghina kau. Aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Setelah itu gajah menolong monyet keluar daripada perangkap. Setelah berjaya keluar mereka bermaafan dan hidup bahagia kembali bersama-sama. 9


Berdasarkan cerita tersebut, sebagai makhluk yang hidup di muka bumi ini kita perlu saling menghormati antara satu sama lain dan tidak menghina atau merendah-rendahkan kekurangan seseorang. Sebagai seorang sahabat kita perlu sentiasa menasihati rakan-rakan dan janganlah menjadi batu api yang sentiasa melaga-lagakan orang lain. PENGAJARAN 10


Di tengah-tengah hutan Buana terdapat empat sekawan iaitu gajah, monyet, gagak dan kancil yang berkawan baik. Mereka berempat sangat rapat dan selalu menghabiskan masa bersama-sama, namun pada suatu hari berlakunya pertelingkahan antara gajah dan monyet yang membuatkan persahabatan mereka sedikit goyah. Pertelingkahan ini bermula apabila gajah pergi ke pohon rambai untuk makan buah tanpa mengajak rakanrakannya yang lain dan diperhatikan oleh monyet. Monyet berasa marah dan telah menghina gajah. Disebabkan kata-kata itu, hati gajah terguris membuatkan mereka saling berbalas kata. Namun, pertelingkahan ini dapat diselesaikan setelah monyet meminta maaf kepada gajah disebabkan ingin meminta gajah untuk menolong keluarkannya daripada perangkap tersebut. RM 10.00 Dewan Bahasa dan Pustaka Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Talian Utama: 03-2147 9000 Faksimile: 03-2147 9601 E-mel: webmaster@dbp.gov.my


Click to View FlipBook Version