KAMUS ISTILAH TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR AKADEMI PENGAJIAN MELAYU 2024 EDISI PERTAMA
HALAMAN HAK CIPTA Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, 2024 Dicetak di Malaysia oleh: Penerbit Universiti Malaya, Universiti Malaya, Lembah Pantai 50603 Kuala Lumpur, Kamus ini adalah hak cipta terpelihara dan dilindungi oleh Akta Hak cipta 1987. Mana-mana bahagian kamus ini tidak dibenarkan ditiru, disimpan di dalam sistem pengeluaran semula, atau dipancarkan melalui sebarang cara sekali pun termasuk kaedah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan lain-lain tanpa kebenaran daripada pihak Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur terlebih dahulu. ISBN 268326864200 Diterbitkan pertama kali dengan judul Kamus Istilah Berilustrasi Tarian Zapin Melayu Johor Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2024
i KAMUS ISTILAH BERILUSTRASI TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR SIDANG EDITOR Ketua Editor Muhammad Allif Bin Mohd Som Penyelia Intan Nurathirah Binti Azmi Nur Afiqah Binti Mohd Esa Nur Aliah Najwa Azrei Editor Eksekutif Intan Nurtathirah Binti Azmi Muhammad Allif Bin Mohd Som Nur Afiqah Binti Mohd Esa Nur Aliah Najwa Azrei Reka Bentuk Grafik Muhammad Allif Bin Mohd Som
ii KANDUNGAN Sidang Editor i Kata Pengantar iii Kata Penghargaan iv Pengenalan v Panduan Penggunaan Kamus Istilah Berilustrasi Tarian Zapin Melayu Johor vi-vii Peta Konsep dan Istilah 1-21 Indeks
iii KATA PENGANTAR Syukur dan puji dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, yang telah melimpahkan rahmatNya sehingga dapat menyelesaikan penyusunan kamus peristilahan tarian Zapin Melayu Johor ini. Tarian Zapin Melayu Johor merupakan warisan budaya yang kaya akan nilai-nilai seni, tradisi, dan identiti masyarakat Melayu Johor. Sebagai tarian tradisional yang dipentaskan dalam pelbagai majlis dan perayaan, tarian Zapin Melayu Johor turut menjadi simbol kebanggaan dan keunggulan seni budaya Nusantara. Penyusunan kamus ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memperkaya pemahaman akan peristilahan yang berkaitan dengan tarian Zapin Melayu Johor. Dengan adanya kamus ini, diharapkan pembaca dapat mengenal lebih dalam tentang aspek-aspek penting dari tarian ini, termasuk gerakan, irama, instrumen musik, dan unsur-unsur budaya yang melekat padanya. Semoga kamus peristilahan tarian Zapin Melayu Johor ini dapat menjadi sumber rujukan yang bermanfaat bagi para peneliti, seniman, dan pecinta seni budaya Melayu Johor. Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat dalam penghasilan kamus ini serta ucapan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan kamus ini. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati langkah-langkah kita dalam melestarikan dan mengembangkan warisan budaya bangsa. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 7 Jun 2024 Muhammad Allif Ketua Pengarah
iv KATA PENGHARGAAN Kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan teguran dan cadangan secara langsung atau tidak langsung. Ucapan terima kasih khas ditujukan buat Puan Hamidah Binti Ibrahim yang merupakan jurulatih tarian Zapin serta penyelidik tarian Zapin di Yayasan Warisan Johor yang telah menjadi informan dengan memberikan banyak maklumat mengenai tarian Zapin Melayu Johor. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Dr. Nur Azimah Bukhari, sebagai pensyarah Jabatan Bahasa, telah memberikan sokongan dan dorongan kepada kerja-kerja pembuatan dan penyemakan kamus peristilahan ini. Kepada Saudara Muhammad Allif Bin Mohd Som dan rakan-rakan dari Bahagian Perkamusan, terima kasih atas ulasan dan perbincangan mengenai beberapa aspek peristilahan bahasa Melayu. Terima kasih juga kepada urus setia, Saudari Intan Nurathirah, Saudari Nur Afiqah dan Saudari Nur Aliah Najwa yang telah bertungkus lumus bersama-sama untuk menyemak, mengumpulkan data dan turut serta dalam perbincangan kamus edisi pertama ini. Kepada rakan-rakan ahli bahasa, terima kasih tidak terhingga atas segala sokongan dan ulasan yang membina membina. Namun, diingatkan bahawa kamus ini disediakan sebagai sebuah kamus istilah rujukan dan bukanlah sebagai buku kerja. Kami berharap penerbitan yang dibuat akan dapat membantu pembaca semua menguasai dan menghayati istilah yang terdapat dalam Zapin Melayu Johor.
v PENGENALAN Pemahaman dan penggunaan istilah-istilah khusus dalam suatu bidang merupakan hal yang sangat penting dalam menjaga makna dan maksud semasa komunikasi. Seiring dengan perkembangan zaman kamus menjadi salah satu medium yang penting dalam memastikan maksud sesuatu istilah itu disampaikan dengan tepat. Kamus merupakan kumpulan kata-kata beserta penjelasannya yang disusun mengikut abjad atau berdasarkan tema tertentu. Di dalamnya terdapat definisi, penjelasan, contoh penggunaan, serta maklumat tambahan yang berkaitan dengan setiap kata atau frasa. Melalui Kamus Peristilahan Tarian Zapin Melayu Johor ini, pengguna dapat memperkaya pemahaman terhadap bidang tarian Zapin Melayu Johor. Kamus ini disusun dengan harapan dapat menjadi panduan yang berguna bagi para ilmuan, peneliti, pelajar, dan sesiapa sahaja yang tertarik dalam memahami dan menggunakan istilah-istilah yang terkait. Kamus ini memuatkan sebanyak 90 entri yang berkaitan dengan tarian Zapin Melayu Johor iaitu meliputi aspek alat, bahan, pakaian dan proses yang wujud dalam tarian Zapin Melayu Johor. Melalui kamus ini, pembaca diharapkan dapat mencari dan memahami erti istilahistilah yang sering digunakan dalam konteks tersebut. Penghasilan kamus ini seharusnya mendapat sambutan umum kerana kamus ini merupakan antar lambang kemajuan pendidikan serta perkembangan bidang ilmu keran kamus ini mempersembahkan informasi yang tepat, lengkap, dan mudah difahami oleh pembaca-pembaca. Tentu saja, kamus ini tidak lepas dari kekurangan dan keterbatasan, oleh itu segala cadangan dan pandangan dari pembaca adalah sangat berharga. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan. Semoga kamus ini dapat memberikan manfaat yang besar bagi semua pembaca sekaligus dapat menjadi lambang serta kebanggaan negara kita yang kaya dengan pelbagai kesenian. Semoga kamus ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan dapat menyumbang kepada ekonomi serta kesenian negara Malaysia.
vi PANDUAN PENGGUNAAN KAMUS A. EJAAN Ejaan yang digunakan di dalam Kamus Peristilahan Tarian Zapin Melayu Johor adalah ejaan bahasa Melayu yang berdasarkan kepada Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. B. BENTUK SUSUNAN KAMUS Susunan kata dasar (lema) fan kata turunan (sublema) Kamus Peristilahan Tarian Zapin Melayu Johor Edisi Pertama adalah seperti berikut: 1. Kata Dasar. Kata dasar merupakan kata yang menjadi dasar bagi setiap pembentukan kata. Kata dasar ini dikenali sebagai entri atau lema. Contoh: alat muzikIST16 n alat atau barangan yg digunakan utk mengeluarkan bunyi muzik. C. TANDA BACA 1. Tanda Noktah Tanda noktah (.) digunakan untuk mengakhiri sesuatu takrif atau konsep yang telah diberikan. Contoh: tumpang masukIST69 n pergerakan penari ketika hendak memulakan tarian dengan cara tangan dilipat rapat ke perut dn sedikit membongkok. 2. Tanda Koma Tanda koma (,) digunakan untuk menunjukkan tempat berhenti sebentar ketika membaca sesuatu ayat agar dapat mengenal pasti perkataan, frasa atau klausa. Tanda koma ini terdapat dalam takrifan yang diberikan. Contoh: RagamIST63 n ragam membawa maksud tingkah laku, cara, pengolahan dn sebagainya yg menunjukkan kepelbagaian.
vii D. LABEL DAN SINGKATAN PERKATAAN 1. Label Kelas Perkataan n nama v verba 2. Singkatan perkataan utk: untuk sj: sejenis yg: yang dp: daripada dr: dari dn: dan dlm: dalam bg: bagi kpd: kepada pd: pada E. CETAKAN TEBAL Huruf yang dicetak tebal merupakan inti utama dalam kamus ini. Contoh: jahitanIST58 n satu proses menjahit bg menghasilkan pakaian dn sebagainya.
1 KONSEP ASAS TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR Rajah 1: Konsep Asas dalam Tarian Zapin Melayu Johor. zapinIST8 n satu kesenian yg berasal dr Arab dn disesuaikan dengan kesenian Melayu. Gerak tarinya berdasarkan gerakan kaki penari sesuai dengan maksud asal zapin iaitu al-Zafin yg bermaksud gerak kaki. alatIST12 n sesuatu objek yg diperlukan ketika ingin melakukan sesuatu pekerjaan. bahanIST13 n unsur-unsur yg digunakan dlm aktiviti atau tugas khusus. pakaianIST14 n penutup untuk badan dn anggota serta tangan dn kaki untuk perlindungan atau diperagakan. prosesIST15 v satu siri perubahan yg berlaku secara semula jadi atau secara sengaja.
2 ALAT DALAM TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR Rajah 2: Alat dalam Tarian Zapin Melayu Johor alat muzikIST16 n alat atau barangan yg digunakan utk mengeluarkan bunyi muzik. gambusIST17 n sj lut (kecapi) berleher pendek yg berasal dr Yaman dn tersebar ke seluruh semenanjung Arab dn berbentuk seperti buah pear yg dibelah dua.
3 marwasIST18 n alat muzik jenis gendang yg berfungsi sebagai pengatur rentak atau tempo. gendangIST19 n sj alat muzik yg berbentuk tong pendek yg cembung. Alat ini mempunyai satu atau dua permukaan kulit yg dipukul dengan pemukul kayu. rebabIST20 n sj alat muzik yg mempunyai tiga bahagian iaitu pucuk rebung, batang dn muka. Tempurung muka diperbuat dp kayu nangka atau sena dn ditutupi dengan kulit lembu. Mempunyai busut kecil diperbuat dp lilin lebah yg ditampal di penjuru sebelah kiri yg dipanggil ‘susu’. Alat ini juga mempunyai tali yg dikenali sebagai tali rebab yg diperbuat dp benang kasar. rebanaIST21 n sj alat muzik berbentuk seperti cawan atau mangkuk yg mempunyai satu bingkai berbentuk bulat yg diperbuat dp kayu nangka, kelapa dn sena. Rebana mempunyai permukaan kulit gendang yg diperbuat dp kulit lembu atau kambing. Rebana digunakan utk mengiringi lagu-lagu budaya.
4 marakasIST22 n sj alat muzik perkusi bertujuan utk menjadi alat iringan kepada muzik gambus. Diperbuat dp tempurung kelapa atau buah labu yg dikeringkan yg di dlmnya mempunyai bijibiji yg apabila digoncangkan akan menghasilkan bunyi. gambus ArabIST23 n sj lut (kecapi) berleher pendek yg berasal dr Yaman dn tersebar ke seluruh semenanjung Arab dn berbentuk seperti buah pear yg dibelah dua dn berbentuk lebih panjang. gambus melayuIST24 n sj lut (kecapi) berleher pendek yg berasal dr Yaman dn tersebar ke seluruh semenanjung Arab dn berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua. gendang ibuIST25 n dimainkan utk mengawal rentak lagu dn tempo secara melalu. gendang anakIST26 n dimainkan utk penyeri rentak dengan paluan meningkah dn bersaiz lebih kecil. rebana ubiIST27 n rebana bersaiz besar dimainkan oleh penduduk kampung utk keraian, pertandingan atau majlis tertentu.
5 rebana kercingIST28 n rebana bersaiz kecil berbentuk seperti ‘tar’ atau gendang dlm bahasa arab dn dimainkan hanya dengan paluan satu tangan. telingaIST29 n bahagian dihujung leher gambus yg berfungsi utk melaraskan ketegangan. taliIST30 n tali bahagian yg dipetik oleh pemain gambus utk menghasilkan bunyi. leherIST31 n bahagian pemegang gambus. lubang bunyiIST32 n bahagian ruang yg mengeluarkan bunyi. temiangIST33 n bahagian melengkung berdekatan dengan dengan muka besar.
6 balohIST34 n bahagian badan pd gendang. mukaIST35 n permukaan gendang utk dipukul dn menghasilkan bunyi tali rotanIST36 n berfungsi utk mengawal ketegangan permukaan gendang.
7 kepalaIST37 n 1 salah satu bahagian pd rebana ubi dn juga 2 bahagian badan manusia. getahIST38 n berfungsi utk mengawal bunyi pukulan. bingkaiIST39 n bahagian yg terdapat di permukaan rebana.
8 BAHAN DALAM TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR Rajah 3: Bahan dalam tarian Zapin Melayu Johor bunga telur IST40 n setangkai bunga telur yg dibalut dengan sapu tangan. bungaIST41 n hiasan yg digunakan pd bunga telur. tangkaiIST42 n bahagian pemegang pd bunga telur. telurIST43 n hiasan yg digunakan pd bunga telur.
9 PAKAIAN DALAM TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR Rajah 4: Pakaian dalam tarian zapin Melayu Johor lelakiIST44 n manusia dp jantina yg tidak melahirkan dn merupakan pasangan kpd perempuan. perempuanIST45 n manusia kpd pasangan utk lelaki. Manusia yg dapat melahirkan anak. badanIST46 n semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dapat dilihat. kakiIST47 n bahagian tubuh manusia atau haiwan yg bermula dr paha ke bawah dn digunakan utk berjalan atau berdiri.
10 PAKAIAN BAGI LELAKI DALAM TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR Rajah 5: Pakaian lelaki dalam Tarian Zapin Melayu Johor songkokIST48 n sj topi tradisional masyarakat Melayu yg biasanya dipakai sebagai pelengkap bg baju Melayu. Songkok biasanya digunakan dlm majlis-majlis keramaian seperti sewaktu Hari Raya Aidilfitri, Tahlil dn sebagainya. jambulIST49 n rambu-rambu yg diletakkan di songkok. kerongsangIST50 n perhiasan yg diletakkan di songkok.
11 baju Melayu teluk belangaIST51 n merupakan pakaian tradisional lelaki bg masyarakat Johor. Bentuknya labuh sehingga ke paras punggung dn mempunyai tiga kocek. Baju ini mempunyai pesak dn juga kekek yang masih dikekalkan, leher pd baju ini juga dikemaskan dengan jahitan tulang belut dn dipasang dengan sebutir butang. sampingIST52 n kain sarung yg dipakai selepas dipakai seluar (biasanya pd baju Melayu) dr pinggang hingga ke paras lutut. Terdapat 2 jenis pemakaian samping iaitu secara berdagang dlm dn berdagang luar.
12 PAKAIAN BAGI WANITA DALAM TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR Rajah 6: Pakaian bagi Wanita dalam Tarian Zapin Melayu Johor cucuk sanggulIST53 n perhiasan yg diperbuat dp emas atau perak yg dipakai di dahi mahupun di kepala. baju kurung teluk belangaIST54 n pakaian tradisi wanita Johor yg mempunyai pesak dn kekek yg membuatkan baju kelihatan longgar dn sopan. Baju ini juga mempunyai kocek di bahagian bawah dada kiri dn ada juga kocek yg dipasang di sisi bahagian baju.
13 PROSES DALAM TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR Rajah 7: Proses dalam Tarian Zapin Melayu Johor nyanyianIST55 v membunyikan suara dengan tujuan menghasilkan nada dn melodi yg mengikuti irama alunan muzik. pergerakanIST56 v menggerakkan sesuatu dp kedudukan asalnya. dandananIST57 n hiasan atau perlengkapan. jahitanIST58 n satu proses menjahit bg menghasilkan pakaian dn sebagainya. ikatanIST59 n simpulan yg dibuat bg menghasilkan sesuatu bentuk seperti ikatan tali. arabIST60 n irama arab yg mengiringi tarian zapin. melayuIST61 n irama melayu tradisional yg mengiringi tarian zapin. takzimIST62 n sebuah irama muzik yg dimainkan dengan menggunakan gambus sebelum persembahan zapin dimulakan. Penari zapin akan menunduk kebawah, tangan kanan diluruskan ke bawah dn sementara tangan kiri dilipatkan ke belakang. Hal ini bertujuan bagi menunjukkan kesopanan dlm tarian zapin Melayu Johor. ragamIST63 n ragam membawa maksud tingkah laku, cara, pengolahan dn sebagainya yg menunjukkan kepelbagaian. wainabIST64 n sebuah gerakan sembah akhir kpd penonton setelah tarian zapin ditarikan. Langkah wainab ini terdiri dp langkah kopak, iaitu bentuk kopak maju-mundur, siku keluang dn banyak lagi. Hal ini juga bertujuan utk menunjukkan kesopanan. sanggulIST65 n sj gaya rambut yg ditarik ke belakang, dipintal dengan menggunakan getah rambut. Sanggul diikat dengan getah rambut, penyepit rambut dn peniti jepit.
14 PROSES NYANYIAN DALAM TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR Rajah 8: Proses Nyanyian dalam Tarian Zapin Melayu Johor qasidahIST66 n syair arab bg mengalunkan doa kepada Allah dn puji-pujian kpd Rasulullah. zikirIST67 n alunan yg lebih mengingati Allah SWT atau menyebut nama-nama Allah. irama melayuIST68 n lagu-lagu klasik atau tradisional melayu
15 PROSES PERGERAKAN DALAM TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR Rajah 9: Proses Pergerakan dalam Tarian Zapin Melayu Johor tumpang masukIST69 v pergerakan penari ketika hendak memulakan tarian dengan cara tangan dilipat rapat ke perut dn sedikit membongkok. tumpang keluarIST70 v pergerakan penari utk keluar dp persembahan setelah persembahan tamat.
16 PROSES PERGERAKAN DALAM TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR Rajah 10: Proses Pergerakan dalam Tarian Zapin Melayu Johor langkahIST70 v pergerakan kaki ketika berjalan. bunga lawangIST71 n pergerakan yg menyerupai bunga lawang, iaitu terdapat penari membentuk lima kelopak seperti bunga lawang. perigi butaIST72 n pergerakan yg dihasilkan secara bulatan seperti perigi. kayu manisIST73 n pergerakan yg dihasilkan secara memanjang. langkah tak jadi/ langkah berulangIST74 v pergerakan ini dilakukan secara berulang-ulang dn tiada formasi yang tetap. langkah susur titiIST75 v pergerakan yg menunjukkan seolah-olah penari sedang meniti di atas kayu. simpanan lepasIST76 n kehalusan dn kelembutan dlm tarian zapin iaitu apabila menari lantai tidak bergoyang dn tikar tidak bergerak. langkah udangIST77 v pergerakan yg terhasil dp pergerakan pergi dn balik seperti udang. langkah pusing layangIST78 v selepas beberapa pergerakan dibuat, penari akan berpusing dn melayang. langkah sambasIST79 v telah diambil sempena penghijrahan Raden bin Salleh dr Sambas, Indonesia ke negeri Pahang.
17 langkah lurusIST80 v pergerakan langkah ini adalah secara lurus dn membentuk huruf ‘alif’ yg bergerak secara maju dn mundur. langkah empatIST81 v langkah ini telah diadaptasi dp langkah pencak silat. Pergerakan ini ialah pergerakan langkah yg membentuk segi empat tepat dengan menggabungkan pendirian tengah, sisi dn belakang.
18 PROSES DANDANAN DALAM TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR Rajah 11: Proses Dandanan dalam Tarian Zapin Melayu Johor sanggul ekor keraIST82 n dandanan rambut yg lebih kurang sama dengan sanggul Lintang. Sanggul Ekor Kera dibuat agak kendur dn lembut menggunakan gel lidah buaya. Terdapat juntaian pada hujung rambut yg melengkung yg sama seperti ekor kera. sanggul kucing tidurIST83 n sanggul kucing tidur dihasilkan dengan membahagikan rambut kpd dua bahagian dn satu bahagian dibahagi kpd 3 bahagian untuk dijalinkan seperti Tocang Lipan. Kedua-dua bahagian ini akan ditemukan pd bahagian tengah kemudian disilangkan secara berlawanan. sanggul dua/sanggul limau manisIST84 n sanggul ini kebiasaannya dihias berdasarkan sanggul Siput. Wanita yang berambut panjang dn lebat juga sering membuat dandanan sanggul ini dengan membahagikan rambut kpd dua bahagian iaitu sama tengah dn sama banyak, kemudian dibuat dua sanggul siput yg letaknya di sebelah kanan dn kiri di belakang telinga.
19 sanggul lebah tergantungIST85 n bentuk sanggul yg didandan rapi seumpama sarang lebah yg tergantung. Bentuk sanggul ini didandani menegak ke bawah ditengah-tengah belakang pangkal telinga.
20 PROSES JAHITAN DALAM TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR Rajah 12: Proses Jahitan dalam Tarian Zapin Melayu Johor potongan cinaIST86 n bahagian lengan baju teluk belanga disambungkan dengan bahagian badan baju dengan cara sambungan terus. tulang belut/tulang peringgiIST87 n jahitan hiasan pd leher baju teluk belanga. sembatIST88 n jenis jahitan yg menyerong.
21 PROSES IKATAN DALAM TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR Rajah 13: Proses Ikatan dalam Tarian Zapin Melayu Johor samping bunga tanjungIST89 n ikatan yg sama seperti hulubalang melayu suatu masa dahulu. Cara pemakaiannya adalah tolak kain ke bahagian kanan supaya ketat di pinggang. Kemudian, pegang bahagian kain di depan dn belakang lalu cekakkannya dn tarik sehingga ke tepi. Pusingkan bahagian kain yg dicekak tadi ke belakang beberapa kali lalu simpulkannya seakanakan bentuk bunga. Masukkan hujung kain ke dlm simpulan dn tutup simpulan tersebut ke dlm. Kemaskan ikatan tersebut mengikut keselesaan. samping laksamana melamar IST90 n jenis ikatan bunga besar. Cara pemakaiannya adalah pastikan kepala kain berada di sebelah kanan. Kemudian, cekak kain secara menyerong. Bahagian atas kain yg dipegang, tarik hingga ke sebelah kiri atas kain. Kemudian, membuat gulungan yg kedua di sebelah kanan. Kemaskan bahagian bunga.
KAMUS ISTILAH TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR RM 35.00 EDISI PERTAMA Kamus ini mempamerkan istilahistilah dan takrif bagi tarian zapin Melayu Johor. Terdapat 90 entri di dalam kamus ini yang merangkumi alat, bahan, pakaian dan proses.