The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lailinasuka, 2020-10-27 03:05:48

STUDENT HANDBOOK STM

STUDENT HANDBOOK STM

Cetakan Pertama, 2020

Diterbitkan oleh:
KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PAYA RUMPUT
78300 MASJID TANAH

MELAKA
Tel: 06-3843703
Faks: 06-3843700
©2020 Kolej Komuniti Masjid Tanah

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan

dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kolej Komuniti

Masjid Tanah, Kementerian Pengajian Tinggi.

Student Handbook Sijil Teknologi Maklumat
Kolej Komuniti Masjid Tanah 2020
Kementerian Pengajian Tinggi

ISI KANDUNGAN 1
2
Coretan Pengarah 3
Maklumat KKMT 4
Visi & Misi 7
Objektif Kualiti KKMT 8
Dasar Kualiti 9
Carta Organisasi Pengurusan 10
Carta Organisasi Unit STM 11
Fasiliti 12
Maklumat Program 13
Sinopsis program 14
Prospek kerja
Objektif Program Pengajian (PEO) 15
Hasil Pembelajaran Program (PLO)
Struktur Program 16
Informasi Kursus Wajib
Informasi Kursus Teknikal 17
Penganugerahan & Sistem Gred
Aktiviti Pelajar 32
Penghargaan
45

46

47

Coretan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, dengan izinNya Student
Handbook Program Sijil Sistem Teknologi Maklumat (STM) dapat diterbitkan

untuk rujukan semua pihak. Tahniah diucapkan kepada semua pihak
yang telah berusaha ke arah penerbitan buku ini.
Student Handbook ini adalah penting agar menjadi rujukan utama
pelajar dalam mendapatkan maklumat berkenaan Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) dan seterusnya membantu pelajar dalam
merancang pengajian ‘pelajar’di Kolej Komuniti Masjid Tanah
(KKMT). Kepada para pelajar KKMT semoga Student Handbook
ini, dapat memberi manfaat dan seterusnya menjadi panduan
penting untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Saya doakan agar semua pelajar akan berusaha dengan
sebaikya dalam pengajian di KKMT.
Semoga sentiasa cemerlang, ‘tak kira dimana anda bermula, yang
penting dimana anda berakhir’.
Sekian Terima Kasih,

LT. KOL BERSEKUTU (PA) ZAIDI BIN OTHMAN
PENGARAH
KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

MAKLUMAT KKMT

Kolej komuniti Masjid Tanah (KKMT) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej
Komuniti Alor Gajah (KKAG). KKAG ditubuhkan pada 1 Mac 2003 dan mula
beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd
Zin, Alor Gajah, Melaka. Pada 7 Jun 2005, operasi KKAG telah berpindah ke
kampus yang baru yang terletak di parlimen Masjid Tanah. Bermula pada Jun
2008 Kolej Komuniti Alor Gajah (KKAG) dikenali sebagai rasmi sebagai Kolej
Komuniti Masjid Tanah (KKMT) pada Jun 2008.
Laman web: kkmasjidtanah.mypolycc.edu.my
Emel : [email protected]
FB page: Kolej Komuniti Masjid Tanah
No Telefon: 063843703, No Faks: 063843700

2







PIAGAM PELANGGAN

745

DASAR KUALITI

KKMT adalah komited membangunkan potensi pelajar di dalam bidang
Teknologi Komputer, Landskap, Railways dan Elektrik ke arah kecemerlangan

dengan mematuhi keperluan kualiti MS ISO 9001:2015 melalui
penambahbaikan holistik secara berterusan.

Dasar kualiti yang dibangunkan akan disampaikan agar difahami oleh
organisasi dan disemak supaya bersesuaian dengan matlamat organisasi.

7

CARTA ORGANISA
KOLEJ KOMUNITI MASJI

ZAIDI BIN OTHMA
PENGARAH (DH 5

NOR KHAIRI BIN MOHAMAD ALI
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK

(DH 44)

UNIT PEPERIKSAAN DAN UNIT AKADEMIK DAN UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
PENILAIAN PENDIDIKAN BERTERUSAN

MOHD FITRI BIN AB RASID HAMIDAH BT SITI ZANARIA
PEGAWAI PEPERIKSAAN MOHAMED SHAH MUHAME
PEGAWAI PEMBANGUNAN
(DH44) PELAJAR (DH44) PEGAWAI PENGA
(DH41)

TN. HJ. HASAN B MOHD MOHAMAD AIZAT BIN MOHD HAMDA
SHARIF SHAMSUDIN ABDUL RAZ
PEGAWAI B
PENSYARAH PENDIDIKAN PEGAWAI PSIKOLOGI
SEPANJANG HAYAT, (S41) DAN SUKAN
PPPT DH54
NOR SHIFA BINTI IBRAHIM UNIT KOLABORASI DAN
PENSYARAH, KEUSAHAWANAN
PEGAWAI PENSYARAH PENDIDIKAN
SEPANJANG HAYAT,
PENDIDIKAN PPPT DH44
PENGAJIAN TINGGI
DH29 – DH54 (47) NURUL HIDAYAH BINTI
AHMAD ALEMI

PEGAWAI PERHUBUNGAN
INDUSTRI DAN ALUMNI (DH44)

ZURAIDA BINTI OSMAN
PEGAWAI PENERANGAN

DH44

MARIATI BINTI AHMAD
PEGAWAI KHIDMAT
PELANGGAN (N22)

ASI
ID TANAH

AN
52)

NORAZAMIMAH BINTI MAK JIM

TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN
(DH 44)

UNIT PEMBANGUNAN UNIT PENTADBIRAN DAN
KEWANGAN

AH BT SAIFUL SHAH RIZAM BIN ISKANDAR BIN RABAN
ED AB AZIZ PENOLONG PEGAWAI
AMBILAN
) PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N27)
PEMBANGUNAN (JA29)

AN BIN SUSIE ANAK BIRONG RAHIMAH BINTI SELAMAT
ZAK PEMBANTU TADBIR (P/O) PEMBANTU TADBIR (P/O)
BELIA
(S41) (N22) (N19)

N NORAZLINI BT MAT JUSOH NURNADIAH BT ABDULLAH
PEMBANTU TADBIR (P/O) PEMBANTU TADBIR (P/O)

(N19) (N19)

NORASHIKEN BT NORDIN NORSHAHHIRA BT JAAFAR
PENOLONG AKAUNTAN PENOLONG AKAUNTAN

(W29) (KEWANGAN) (W29)

NORDIN BIN MAIN MOHD FAUZI BIN MANSOR
PEMBANTU OPERASI (N11) PEMBANTU OPERASI (N11)

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT AZMI BIN SHA'ARI HAFIDZ BIN TALIB
DAN KORPORAT PEMANDU KENDERAAN PEMANDU KENDERAAN

(H11) (H11)

MOHD SUKRI BIN ROSNAH BT DOLAH
AB. RAHMAN PEMBANTU

PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI PUSTAKAWAN (S22)
MAKLUMAT (F29)

MARINA BINTI LOD
JURUTEKNIK KOMPUTER

(FT22)

CARTA ORGANISASI
UNIT SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT

HAMIDAH BT NORAZURA BT ZAIDI
MOHAMED ZURALI P

SHAH PENSYARAH NOR KHAIRI
PENSYARAH TIMBAL
(A

AZIZUL B
KETU

BENDAHARI
NADHIRAH BT

AL BADRI

SITI NURLAILI
BINTI NASUKA
PENSYARAH

I BIN OTHMAN
PENGARAH

I BIN MOHAMAD ALI
LAN PENGARAH
AKADEMIK)

BIN MOHD YUSOFF
UA PROGRAM

SETIAUSAHA

ANEETHA ASYIKEEN BINTI
OTHMAN

NURLIYANA DAYANG ZURAINI MIMI HARYATI
BINTI ABDUL BT AWANG BINTI MUSTAFFA
MALIKI
MALIK PENSYARAH PENSYARAH
PENSYARAH

FASILITI DI
KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH

10

MAKLUMAT PROGRAM

11

SINOPSIS PROGRAM

12

PROSPEK KERJA

13

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN

(PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES) - PEO

14

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

(PROGRAMME LEARNING OBJECTIVES) - PLO

15

STRUKTUR PROGRAM

16

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : PENGAJIAN MALAYSIA 1
KOD KURSUS: MPU 1152

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2

SINOPSOS KURSUS
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang Sejarah Negara,
Masyarakat Malaysia, Sistem Pemerintahan Negara, Perkembangan Sosio
Ekonomi Negara dan Dasar-Dasar Negara. Kursus ini adalah bertujuan untuk
melahirkan graduan yang mempunyai identiti kebangsaan dan semangat
patriotisme yang unggul. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan
dalam bentuk kuliah, tugasan, peperiksaan dan pengalaman pembelajaran

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan kepelbagaian dalam masyarakat yang dapat
mengukuhkan
perpaduan; [C3, PLO3)

2. Menghuraikan proses pembinaan negara bangsa yang dapat
menunjukkan kesedaran terhadap kepentingan identiti kebangsaan
ke arah mengukuhkan semangat patriotisme; (C4, PLO4)

3. Merumuskan faktor-faktor yang membina hubungan dan interaksi
sosial dalam masyarakat. (A4, PLO5)

17

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : WORKPLACE ENGLISH
KOD KURSUS : MPU 1101

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1

SINOPSOS KURSUS
Workplace English helps learners to increase their ability to use the English language
to communicate in various work situations. This course equips learners with the basic
language skills they need to communicate with their superiors and subordinates in
a formal and an informal environment, and deal with customers at the workplace.

HASIL PEMBELAJARAN
By the end of this course, students should be able to:-

1. Use appropriate forms of language in workplace expressions and customer
relation skills [C3, PLO 1]

2. Respond appropriately in ideas and opinions [A2, PLO 5]
3. Apply appropriate form of language in processes and procedures [A2, PLO 5]

18

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : COMMUNICATIVE ENGLISH
KOD KURSUS : MPU 1181

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1

SINOPSOS KURSUS
Communicative English helps learners to increase their ability to use the English
language to communicate in various situations in the community. This course equips
learners with basic communicative skills such as greetings and introductions,
instructions and directions, descriptions and business telephone skills. This course
not only facilitates learners to communicate orally, but also in writing.

HASIL PEMBELAJARAN
By the end of this course, students should be able to:-
1. Use appropriate forms of language in greetings and introductions as well as in

instructions and directions [C3, PLO 1]
2. Apply appropriate forms of language in description [A2, PLO 5]
3. Apply appropriate forms of language in telephone skills [A2, PLO 5]

19

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : BAHASA KEBANGSAAN A
KOD KURSUS : MPU 1212

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2

SINOPSOS KURSUS
Mata pelajaran Bahasa Kebangsaan A menawarkan kemahiran berbahasa dari
aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis sesuai dengan tahap intelek
pelajar, serta meningkatkan kecekapan berbahasa dalam konteks rasmi dan tidak
rasmi.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan asal – usul Bahasa Melayu [C2, PLO 1]
2. Menunjukkan kaedah bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul

dalam komunikasi lisan [A2, PLO 4]
3. Menyediakan pelbagai teks penulisan berdasarkan ejaan dan tatabahasa yang

betul [A4, PLO 4]

20

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : KEUSAHAWANAN
KOD KURSUS : MPU 1222

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2

SINOPSOS KURSUS
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran secara teori
dan amali mengenai definisi dan konsep keusahawanan. Pelajar akan
mempelajari kemahiran ke arah keusahawanan dengan memahami produk,
peletakan harga, promosi, pengagihan dan kewangan.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, para pelajar akan boleh:
1. Menjelaskan konsep asas keusahawanan. (C4, PLO1)
2. Mencadangkan idea perniagaan secara offline dan online. (A3, PLO8)
3. Menyediakan Kos Pelaksanaan Projek dan Pengiraan Untung Rugi Perniagaan.

(A4, PLO8)

21

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : KEMAHIRAN INSANIAH
KOD KURSUS : MPU 1231

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1

SINOPSOS KURSUS
Kursus Kemahiran Insaniah ini mengandungi pembelajaran dan latihan bagi
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan
maklumat, mengamalkan kemahiran berfikir dan kemahiran komunikasi, kemahiran
kepimpinan dan kerja berpasukan serta pembangunan kerjaya.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat :
1. Menerangkan kepentingan kemahiran yang dipelajari iaitu Pembelajaran

Sepanjang Hayat dan Kemahiran Pengurusan Maklumat serta Kemahiran
Komunikasi. [C1, PLO 1]
2. Menampilkan kebolehan berkomunikasi dalam pembangunan kerjaya [A2, PLO 5]
3.Mengurus projek yang dipertanggungjawabkan secara berkesan bersama
pasukan. [A5, PLO 5]

22

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : PENDIDIKAN ISLAM 1
KOD KURSUS : MPU 1311

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1

SINOPSOS KURSUS
Pendidikan Islam 1 berteraskan kepada lima topik iaitu Tasawwur Islam, Konsep
Aqidah, Konsep Ibadah,Ibadah-ibadah Khusus dan Akhlak Islamiah. Ia bertujuan
melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, berbakti menghayati ilmu yang
dipelajari dan membentuk pelajar yang berakhlak mulia menurut syariat Islam,
membimbing pelajar melaksanakan ibadah-ibadah khusus dengan betul dan
sempurna dan melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri muslim dan mampu
menghadapi cabaran.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir program ini, para pelajar akan boleh:-
1. Menerangkan konsep Islam sebagai cara hidup (ad-din), konsep akidah dan
ibadah dalam Islam.(C1, PLO 1)
2. Menunjuk cara bersuci, solat dengan tepat.(P3, PLO 2)
3. Mengaplikasi konsep akhlak mahmudah dalam aktiviti kehidupan seharian.(A3,
PLO 7)

23

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : PENDIDIKAN MORAL 1
KOD KURSUS : MPU 1321

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1

SINOPSOS KURSUS
Modul ini bertujuan membentuk pelajar yang mempunyai nilai dan moral dalam
kehidupan bermasyarakat. Selain itu, pelajar dibentuk untuk mempunyai semangat
cintakan negara, menjadi insan yang menyumbang kepada pembangunan
negara.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:-
1. Menerangkan kepentingan moral insan, integriti dan penghayatan Rukun
Negara ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. (C1, PLO 1)
2. Membincangkan hubungan dan interaksi sosial yang baik dalam kalangan

individu, keluarga dan masyarakat (A3, PLO 4)
3. Menghuraikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat berdasarkan rujukan

akhbar, internet atau kajian kes.(A1, PLO 4)

24

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : PENDIDIKAN ISLAM 2
KOD KURSUS : MPU 1331

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1

SINOPSOS KURSUS
Pendidikan Islam 2 berteraskan kepada pernikahan dalam Islam. Ia bertujuan
melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, berbakti, menghayati ilmu yang
dipelajari dan membentuk pelajar yang bertanggungjawab seterusnya dapat
membina sebuah rumahtangga yang bhagia menurut syariat Islam.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir program ini, para pelajar akan boleh:-
1. Menerangkan konsep pernikahan, pembubaran pernikahan dan isu-isu yang

berkaitan. (C1, PLO 1)
2. Membezakan kaedah-kaedah dalam pembubaran perkahwinan. (A3 , PLO 7)
3. Menghuraikan hak-hak dalam pembubaran perkahwinan. (A1, PLO 7)

25

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : PENDIDIKAN MORAL 2
KOD KURSUS : MPU 1341

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1

SINOPSOS KURSUS
Modul ini memberi pengetahuan kepada pelajar tentang perkara yang di perlukan
untuk membentuk akhlak bermoral, cara menangani konflik dan menyelesaikan
masalah terhadap isu-isu moral.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:-
1. Menerangkan konsep baik, benar dan patut (C1, PLO 1)
2. Mengaplikasikan kemahiran menangani konflik moral berdasarkan kajian

kes.(A2,PLO 7)
3. Menghuraikan isu-isu moral yang berlaku dalam konteks masyarakat Malaysia

berdasarkan rujukan akhbar atau internet. (A1, PLO 7)

26

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : KOKURIKULUM (KELAB)
KOD KURSUS : MPU MPU 1411

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1

SINOPSOS KURSUS
Menerangkan tentang sejarah bidang pilihan dan kemahiran khusus bidang
tersebut mengikut perkembangan semasa. Keperluan/peralatan asas, etika,
istilah-istilah, demonstrasi dan mempraktik teknik-teknik asas bidang pilihan turut
ditekankan kepada pelajar. Pelajar akan turut serta dalam merancang aktiviti
aktiviti yang akan dijalankan, menerangkan kepentingan merancang aktiviti,
pembahagian tugas dan menyelia aktiviti.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:-
1. Menerangkan tatacara penubuhan organisasi [C2, PLO1]
2. Menunjuk cara kemahiran bidang pilihan [A3, PLO3]
3. Mengorganisasi program kemahiran asas bidang pilihan [A4, PLO3]

27

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : KOKURIKULUM (SUKAN)
KOD KURSUS : MPU MPU 1421

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1

SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menerangkan tentang pengenalan dan sejarah berkaitan sukan dan
permainan pilihan merangkumi pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang
berkenaan. Kursus ini turut mendedahkan kepada peserta tentang asas
pengurusan acara bagi sukan dan permainan pilihan merangkumi perancangan
aktiviti dan pengelolaan pertandingan

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Mengetahui kemahiran asas bidang kokurikulum pilihan (C1, PLO 1)
2. Menguasai kemahiran asas bidang kokurikulum pilihan (A3, PLO 5)
3. Mengaplikasikan kemahiran dalam pengelolaan pertandingan (A4, PLO 5)

28

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : APLIKASI KOMPUTER
KOD KURSUS : SKW 1102

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2

SINOPSOS KURSUS
Kursus ini memperkenalkan perisian aplikasi komputer kepada pelajar. Pelajar
akan pelajari asas-asas perisian aplikasi serta pengenalan jenis sistem. Modul ini
akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam setiap
aplikasi untuk diintegrasikan antara satu sama lain. Pelajar juga dapat
mengembangkan kemahiran mereka dalam penggunaan aplikasi komputer untuk
melaksanakan tugas pengurusan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, pelajar boleh:-
1. Menggunakan fungsi-fungsi Desktop dan perisian pemprosesan perkataan untuk

menyediakan dokumen dalam dokumentasi harian.(C3,PLO 1)
2. Menggunakan perisian hamparan elektronik untuk menyediakan lembaran

kerja.(A3,PLO 6)
3.Menggunakan perisian persembahan untuk menyediakan dokumen

persembahan. (A3,PLO 6)

29

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : SAINS
KOD KURSUS : SSM 1012
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU

NILAI KREDIT : 2
SINOPSOS KURSUS
Kursus Sains ini memberi penekanan terhadap komponen kimia dan fizik yang
meliputi kajian tentang bahan sintetik, daya, kerja, kadar dan rintangan, tenaga,
kuasa dan pengubah tenaga yang merujuk kepada empat sistem iaitu mekanik,
bendalir, elektrik dan terma.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep Bahan Sintetik, Cahaya & Sistem Optik Laser dan Pengubah

Tenaga dalam bidang kejuruteraan, industri, perubatan, multimedia dan
kehidupan seharian (C2, PLO 1)
2. Menyelesaikan masalah pengiraan menggunakan konsep Daya, Kerja, Tenaga,
Kuasa, Kadar dan Rintangan dalam Sistem Mekanik, Bendalir, Elektrik dan Terma
(C3, PLO 6)
3. Menjalankan ujikaji konsep Bahan Sintetik, Daya, Tenaga dan Kuasa (A3, PLO 6)

30

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : MATEMATIK
KOD KURSUS : SSM 1022
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU

NILAI KREDIT : 2
SINOPSOS KURSUS
Modul Matematik ini mengandungi pembelajaran dan latihan kepada pelajar
tentang konsep asas matematik yang mengandungi topik Kuantiti dan Unit Asas,
Pengukuran, Algebra dan Persamaan Linear.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat :-
1. Menentukan pertukaran unit - unit asas, perimeter, luas, isipadu bentuk- bentuk

geometri, ungkapan dan persamaan algebra serta persamaan linear dengan
tepat. (C2,PLO 1 )
2. Mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian.
(A2, PLO 6)
3. Menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan ( kuantiti dan unit asas,
pengukuran, persamaan algebra dan persamaan linear ) dengan tepat.
(A3, PLO 6)

31

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : STM 1013
KOD KURSUS : PERISIAN APLIKASI
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU

NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on)
mengenai tugasan – tugasan menghasilkan dokumen kerja dan slaid
persembahan serta membangunkan sistem ringkas menggunakan perisian
hamparan elektronik dengan betul. Selain itu, pelajar juga diterapkan dengan
kemahiran komunikasi semasa membuat pembentangan.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenalpasti fungsi persekitaran perisian pemprosesan perkataan [C3] [PLO1]
2. Menghasilkan slaid interaktif menggunakan perisian persembahan [A2] [PLO5]
3. Menghasilkan sistem menggunakan perisian hamparan elektronik [P4] [PLO6]

32

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : STM 1023
KOD KURSUS : ASAS PEMASANGAN
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU

NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Asas Pemasangan merupakan kursus yang memberi pengetahuan dan kemahiran
kerja pemasangan perkakasan dan perisian komputer. Ia termasuk menaiktaraf
dan membaikpulih komputer.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan fungsi perkakasan komputer dengan baik [C2] [PLO1]
2. Memasang perkakasan komputer dengan mengambilkira langkah keselamatan

[P4] [PLO2]
3. Memasang perisian komputer dengan kaedah yang betul [P4] [PLO6]

33

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : STM 1033
KOD KURSUS : ASAS PENGATURCARAAN
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU

NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan konsep
mengenai aspek pengaturcaraan berasaskan komputer. Pelajar akan diberi
pendedahan bagi membina set aturcara menggunakan pengetahuan tentang kod
aturcara. Kursus ini akan mempersiapkan pelajar hingga mampu memanipulasi
kod aturcara dalam kaedah penghasilan pengaturcaraan. Ia membolehkan
pelajar membangunkan system menggunakan aturcara bagi memudahkan tugas
tertentu pengguna sistem berkomputer.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenalpasti teknik penyelesaian masalah dan algoritma secara sistematik
[C1] [PLO1]
2. Mengaplikasi konsep utama asas pengaturcaraan dalam aturcara mudah
[P3] [PLO2]
3. Memanipulasi pengaturcaraan berstruktur menggunakan Bahasa
Pengaturcaraan [P3] [PLO6]

34

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : SSK 1042
KOD KURSUS : ETIKA DIGITAL DAN KESELAMATAN SOSIAL

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2

SINOPSOS KURSUS
Etika Digital dan Keselamatan Sosial diperkenalkan untuk membangunkan rasa
“kenegaraan”, kerjasama, tanggungjawab dan pemilikan kepada pelajar
sepanjang pengalaman sebagai netizen.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenalpasti cabaran literasi digital dan peraturan elektronik [C2] [PLO1]
2. Mengenalpasti langkah urus niaga atas talian yang selamat [C2] [PLO4]
3. Menerangkan dengan jelas langkah ergonomik yang perlu dipertimbangkan

apabila menggunakan komputer [A2] [PLO6]

35

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : STM 2013
KOD KURSUS : PANGKALAN DATA

NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on)
mengenai pembinaan pangkalan data bermula dari penghasilan jadual,
hubungan jadual, pembinaan query, borang dan sub-borang, penyediaan laporan
dan sub laporan serta merekabentuk antaramuka sistem. Pelajar akan didedahkan
untuk membina satu sistem pangkalan data yang lengkap.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Melakarkan struktur jadual dan hubungan antara jadual [C1] [PLO1]
2. Membina query menggunakan jadual sedia ada dan kod SQL [A2] [PLO2]
3. Menghasilkan antaramuka sistem pangkalan data dengan menggunakan form
dan report [P3] [PLO6]

36

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : STM 2023
KOD KURSUS : ASAS RANGKAIAN KOMPUTER

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3

SINOPSOS KURSUS
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai
konsep dan prinsip asas rangkaian komputer. Pelajar mendapat pengetahuan dan
kemahiran untuk menghasilkan infrastuktur rangkaian dan mengesan kerosakan
rangkaian.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat :
1. Menjelaskan teknologi asas rangkaian komputer dengan tepat [C1] [PLO1]
2. Membuat konfigurasi dan penyambungan rangkaian komputer dengan betul

[P4] [PLO2]
3. Menghuraikan masalah kerosakan rangkaian komputer yang biasa terjadi

[C2] [PLO5]

37

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : STM 2033
KOD KURSUS : ASAS MULTIMEDIA
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU

NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini memberi tumpuan kepada asas-asas rekabentuk, perkembangan,
pembangunan dan perlaksanaan produk multimedia menggunakan perisian
terkini. Antara topik perbincangan termasuklah penghasilan dan manipulasi
elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan
interaktiviti. Pelajar akan menghasilkan produk multimedia sendiri seperti CD
interaktif. Kriteria penilaian kursus antaranya ialah proses rekabentuk, produk akhir,
dokumentasi, persembahan dan sahsiah diri.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat :
1. Menerangkan konsep asas multimedia dengan baik [C2] [PLO1]
2. Menyunting elemen multimedia dengan menggunakan perisian yang
bersesuaian [P2] [PLO2]
3. Membuat penyebaran persembahan multimedia menggunakan medium
Bersesuaian [A1] [PLO5]

38

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : STM 2044
KOD KURSUS : PEMBANGUNAN REKA BENTUK LAMAN WEB

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 4

SINOPSOS KURSUS
Pelajar akan diberi pengetahuan secara teori dan amali mengenai aturcara HTML
menggunakan perisian pengarangan web dan seterusnya mereka bentuk laman
web menggunakan CSS serta melaksanakan proses penerbitan (publish) laman
web.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenalpasti persekitaran laman web dengan betul [C1] [PLO1]
2. Menghasilkan laman web menggunakan aturcara HyperText Markup Language

(HTML) dan Cascading Style Sheets (CSS) [P4] [PLO6]
3. Melaksanakan langkah demi langkah proses penerbitan (publish) laman web

[A2] [PLO2]

39

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : STM 2053
KOD KURSUS : PENGENALAN KEPADA ANALISIS DAN REKA BENTUK SISTEM

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3

SINOPSOS KURSUS
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori mengenai analisis
dan reka bentuk sistem. Kursus ini menekankan aktiviti-aktiviti dan
memperkenalkan kaedah-kaedah serta teknik-teknik dalam analisis dan
rekabentuk sistem. Selain itu kursus ini juga memberi penerangan mengenai
pelaksanaan aktiviti pengujian, penyelenggaraan dan dokumentasi.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep pengurusan projek [C3] [PLO1]
2. Melakarkan permodelan dan rekabentuk projek [P4] [PLO2]
3. Menghasilkan dokumentasi projek [P3] [PLO6]

40

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : STM 3012
KOD KURSUS : PENGENALAN APLIKASI MUDAH ALIH

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2

SINOPSOS KURSUS
Melalui kursus ini, pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran menggunakan
perisian pembangun android. Pelajar juga berpeluang untuk membina aplikasi
mudah berasaskan android.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenalpasti persekitaran perisian pembangunan android [C1] [PLO1]
2. Mereka bentuk antaramuka aplikasi android [P3] [PLO2]
3. Membangunkan aturcara perisian android [P3] [PLO6]

41

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : STM 3023
KOD KURSUS : INTERNET OF THINGS
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU

NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Melalui kursus ini, pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran tentang
pemasangan sistem operasi bagi peranti IOT. Pelajar dikehendaki untuk melakukan
pemasangan dan pengujian bagi litar input, output dan bekalan kuasa dan
seterusnya dikehendaki melakukan pengaturcaraan program yang spesifik bagi
melihat impak kawalan pengaturcaraan ke atas peranti input, output dan bekalan
kuasa. Akhir sekali, pelajar akan melakukan pemasangan dan intergrasi lengkap
di antara atucara program dan perkakasan IOT.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep IOT dan jenis-jenis board dalam teknologi IOT [C2] [PLO1]
2. Menghasilkan semula pemasangan litar dan pengaturcaraan program bagi
Kawalan input output dan bekalan kuasa IOT berdasarkan bahasa
pengaturcaraan yang diberi [P3] [PLO6]
3. Menghasilkan semula integrasi teknologi IOT bagi kawalan pemasangan
lengkap peranti IOT [P3] [PLO2]

42

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : STM 3034
KOD KURSUS : PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 4

SINOPSOS KURSUS
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori mengenai konsep
pengaturcaraan dan bahasa pengaturcaraan. Ia merupakan persiapan bagi
membangunkan sesebuah perisian sistem berkomputer iaitu pengetahuan tentang
fungsi-fungsi yang akan digunakan dalam kaedah penghasilan pengaturcaraan.
Dalam bahasa pengaturcaraan pula pelajar akan didedahkan kepada bahasa
Object Oriented Programming (OOP) iaitu bahasa pengaturcaraan Java.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat :
1. Menerangkan konsep pengaturcaraan dan Object Oriented Programming (OOP)

[C2] [PLO1]
2. Mengaplikasikan ciri-ciri OOP dan antaramuka aplikasi pengguna (GUI) [P4]

[PLO2]
3. Menghasilkan satu aplikasi mudah yang dapat menyimpan dan memanipulasi

data/maklumat dalam pangkalan data atau fail [A2] [PLO6]

43

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : SSK 3044
KOD KURSUS : PROJEK
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU

NILAI KREDIT : 4
SINOPSOS KURSUS
Kursus Projek ini mendedahkan pelajar kepada proses perkembangan idea dan
konsep melalui penghasilan kertas kerja sebelum memulakan kerja-kerja
menghasilkan satu projek produk/perkhidmatan/kempen. Di akhir kursus ini,
pelajar berpeluang untuk menghasilkan projek yang bersesuaian dengan bidang
kemahiran yang telah dipelajari.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menghasilkan kertas cadangan untuk membangunkan projek [C1] [PLO1]
2. Membangunkan projek [P2] [PLO6]
3. Menghasilkan laporan dan pembentangan bagi projek yang dibangunkan
[A3] [PLO5]

44

PENGANUGERAHAN &
SISTEM GRED

SISTEM GRED

1. Semua markah yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu kursus / LA akan dinyatakan
dalam bentuk gred seperti Jadual 1.

Markah Gred Nilai Mata Status
90 – 100
80 – 89 A+ 4.00 Sangat Cemerlang
75 – 79 A
70 – 74 A- 4.00 Cemerlang
65 – 69
60 – 64 B+ 3.67
55 – 59 B
50 – 54 B- 3.33 Kepujian
47 – 49 3.00
44 – 46 C+
40 – 43 C 2.67
C-
0 – 39 2.33 Baik
D+ 2.00
D
1.67

1.33 Lulus Bersyarat
1.00

F 0.00 Gagal

Jadual 1

2. Pelajar yang mendapat Lulus Bersyarat (LB) perlu menebus kursus / LA untuk
mendapat HPNM bersamaan atau lebih 2.00 bagi tujuan penganugerahan sijil.

3. Pelajar yang tidak memenuhi keperluan penilaian dan peperiksaan dengan
kebenaran atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan akan diberi gred TL (Tidak
Lengkap).

4. Pelajar yang mendapat gred TL akan diberi gred baru setelah melengkapkan aktiviti
penilaian dan peperiksaan yang diberikan dalam tempoh masa yang dibenarkan.

5. Pelajar dibenarkan menebus gred (TG) sekali sahaja bagi kursus / LA yang mendapat
gred Lulus Bersyarat untuk memastikan HPNM bersamaan atau lebih dari 2.00.

6. Status pencapaian akademik pelajar ditentukan pada setiap semester / modul

dengan menggunakan Purata Nilai Mata seperti dalam Jadual 2 berikut:

PENCAPAIAN STATUS AKADEMIK
3.67 - 4.00 Cemerlang
3.00 - < 3.67 Kepujian
2.00 - < 3.00 Baik
1.00 - < 2.00
< 1.00 Lulus Bersyarat
Gagal

45


Click to View FlipBook Version