ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. Sejarah Sukan Skuasy 1
2. Sejarah Sukan Skuasy Di Malaysia 2
3. Peralatan Permainan Skuasy 3
4. Atlet Sukan Skuasy Di Malaysia 6
5. Rumusan 12
6. Rujukan 13
SEJARAH SUKAN SKUASY
Skuasy ialah satu sukan beraket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai
“Squash Rackets“, satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa
Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan skuasy. Permainan ini dimainkan
oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan
raket ‘piawai’ dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang
kecil dan berongga. Matlamat permainannya ialah untuk mendapatkan mata
dengan melakukan servis, dan memukul bola supaya lawan tidak dapat mengambil
bola yang dipukul itu.
Di England, beberapa sekolah mula mencuba dalam permainan ini dengan
mendirikan gelanggang sendiri. Pada tahun 1825, permainan ini telah diperkenalkan
di Sekolah Harrow. Perkataan skuasy adalah dipercayai diambil dari bunyi bola
semasa ia terkena raket. Pada mulanya, skuasy dimainkan secara suka-suka sahaja.
Selepas perang dunia pertama, ia telah menjadi sukan yang dipertandingkan di
peringkat antarabangsa. Persatuan Skuasy di England ditubuhkan pada tahun 1929.
Pada tahun-tahun awal pertandingan skuasy, ianya telah dimenangi oleh pemain-
pemain Inggeris, tetapi selepas tahun 1950-an permainan ini telah dikuasai oleh
Negara Pakistan yang dimulai oleh Hashim Khan. Kemudian, diikuti pula oleh adiknya
Azam Khan dan supupunya Roshan Khan.
1
SEJARAH SUKAN SKUASY DI MALAYSIA
Permainan skuasy telah dibawa masuk ke Malaysia oleh orang-orang Inggeris
yang bertugas di negara ini. Tarikh tepat permainan skuasy diperkenalkan di Malaysia
tidak dapat dipastikan. Adalah dipercayai ia diperkenalkan sekitar tahun 1920 -an.
Pada masa itu, ia dimainkan oleh kelab-kelab, khusus untuk orang-orang kulit putih.
Permainan skuasy mula diminati oleh rakyat negara ini selepas perang dunia kedua.
Selepas tahun-tahun 1960-an, skuasy mula menjadi satu permainan yang semakin
diminati hingga ada sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan
permainan ini di dalam senarai sukan mereka.
Pertandingan dan kejohanan skuasy mula dianjurkan samada di peringkat
sekolah, kelab atau jabatan.Pada tahun 1972, sekumpulan peminat dan pemain
skuasy di sekitar Kuala Lumpur telah bertemu di Kelab Tasik Perdana Kuala Lumpur
bertujuan menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk sukan ini. Akhirnya, Persatuan
Skuasy Malaysia (PSM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan
sukan untuk permainan skuasy di seluruh Malaysia. Datuk Hisyam Albakri adalah
presidennya yang pertama. Beberapa pertandingan mula diadakan seperti di Kolej
Melayu Kuala Kangsar tahun1939 dan Pertandingan Piala Tiger tahun 1966. Skuasy
terbukti telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia khususnya melalui
kejayaan Nicol Ann David yang muncul selaku pemain terbaik wanita dunia tahun
2005 dan Olahragawati Asia 2007.
Nama-nama seperti Nicol Ann David, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar
kini meniti dibibir lawan sebagai pencabar yang digeruni untuk ditemui.Kejayaan Nicol
Ann David menjuarai kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong sekaligus ternobat selaku
pemain nombor satu dunia, sewajarnya dijadikan impian seimbang buat lain-lain
atlit.Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain skuasy negara memberi
petanda bahawa Malaysia boleh mencipta nama menerusi sukan ini.
2
PERALATAN PERMAINAN SKUASY
1.Bola Skuasy
Bola skuasy berdiamater antara 39.5 dan 40.5 mm serta mempunyai berat sebanyak 23
sehingga 25 gram.[1] Bola ini merupakan sfera berongga hasil gilapan dan cantuman
bersama dua kepingan sebatian getah. Bola berspesifikasi berbeza diberikan
bergantng kepada kebolehan bermain serta suhu persekitaran di mana bola yang
mempunyai daya kelantunan tinggi lebih digunakan pemain kurang berpengalaman
3
PERALATAN PERMAINAN SKUASY
2.Raket skuasy
Ia asalnya diperbuat daripada kayu berlaminasi (biasanya ash) dengan bahagian
bertali kat gut. Raket moden kini lebih diperbuat daripada logam atau bahan komposit
(grafit, Kevlar, titanium, boron) dengan tali sintetik sejak pertengahan tahun 1980 -an;
dengan dimensi maksimum 686 mm panjang dan 215 mm lebar serta keluasan
bahagian bertali sebanyak 500 sentimeter segi. Berat maksimum yang dibenarkan ialah
sebanyak 255 g namun julat timbangan ialah antara 90 dan 150 gram.
4
PERALATAN PERMAINAN SKUASY
3.Gelanggang skuasy
Gelanggang skuasy terdiri daripada empat dinding dan satu lantai. Suatu garisan
melintang di lantai membahagikan gelanggang kepada bahagian depan dan
belakang manakala garisan mendatar membahagikan ruang main antara dua
pemain.
5
ATLET SUKAN SKUASY DI MALAYSIA
1.Nicol Ann David
Datuk Dr (HC) Nicol Ann David DB PJN KMN AMN DSPN ialah seorang pemain skuasy
profesional warga Malaysia yang juga wanita Asia pertama yang menduduki tangga
#1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka
British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun
2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010. Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang
menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001
di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy
wanita yang mempunyai pencapaian demikian sehingga Raneem El Weleily
menyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia
keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional
pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan
selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila
beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor.
6
Kejayaan Datuk Nicol Ann David
1995 Terbuka Junior Scotland – Juara Bawah-14
1996 Terbuka Junior British – Juara Bawah-14, Terbuka Junior Scotland – Juara Bawah-14
1997 Terbuka Junior British – Juara Bawah-14, Terbuka Junior Scotland – Juara Bawah-16,
Terbuka Junior Australia – Juara Bawah-15, Terbuka Junior Australia – Juara Bawah-17
1998 Terbuka Junior British – Juara Bawah-16, Terbuka Junior Scotland – Juara Bawah-17,
Kejohanan Asia – Juara Perseorangan, Akhir Litar Utama Skuasy Junior Asia – Juara
Bawah-19, Sukan Asia ke-13 – Pingat Emas
1999 Terbuka Junior British – Juara Bawah-17, Kejohanan Junior Asia – Juara
Perseorangan, Kejohanan Junior Asia – Juara Pasukan, Terbuka Junior Jerman – Juara,
Terbuka Junior Malaysia – Juara, Juara Junior Sedunia
2000 Kejohanan Asia – Juara Perseorangan
2001 Kejohanan Junior Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Junior Asia – Juara
Pasukan, Juara Junior Sedunia
2002 Kejohanan Asia – Juara Perseorangan , Kejohanan Asia – Juara Pasukan, Sukan
Komanwel 2002 Beregu Campuran – Pingat Perak, Sukan Asia ke-14 – Pingat Perak[6]
2004 Kejohanan Asia – Juara Perseorangan , Kejohanan Asia – Juara Pasukan
2006 Kejohanan Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Pasukan, Sukan Asia
ke-15 – Pingat Emas
2008 Kejohanan Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia - Team Champion
2009 Sukan Dunia - Juara Perseorangan
2010 Kejohanan Asia – Juara Perseorangan , Sukan Komanwel - Emas Perseorangan,
Sukan Komanwel - Gangsa Beregu Campuran, Sukan Asia - Emas Perseorangan, Sukan
Asia - Emas Pasukan
2011 Kejohanan Asia - Juara Perseorangan
7
ATLET SUKAN SKUASY DI MALAYSIA
2.Ong Beng Hee
Ong Beng Hee (lahir pada 4 February 1980, di Pulau Pinang, Malaysia).Beliau
merupakan pemain profesional squash dari Malaysia. Dengan empat tajuk Kejohanan
Asia yang berturut-turut dari tahun 2000-2006; pingat emas Sukan Asia 2002 dan 2006,
tajuk Tempahan Lawatan AKP 11 daripada 19 kemunculan di peringkat akhir, dan
suatu kedudukan dunia kerjaya-best No 7, Ong Beng Hee telah menjadi pemain
skuasy lelaki paling berjaya di Malaysia sepanjang masa.
8
ATLET SUKAN SKUASY DI MALAYSIA
3.Mohd Azlan Iskandar
Mohd Azlan Iskandar (lahir Jun 1 1982 di Kuching, Sarawak) merupakan seorang
pemain skuasy Malaysia. Beliau telah sampai di ranking dunia No. 14 dan telah
memenangi Terbuka CIMB KL.
9
ATLET SUKAN SKUASY DI MALAYSIA
4.Delia Arnold
Delia Arnold, (lahir pada 26 January 1986 di Kuala Lumpur) merupakan pemain
profesional squash yang mewakili negara Malaysia. Beliau kini tinggal di Selangor dan
adalah jurulatih Ahmed Malik dan Peter Genever. Beliau mencapai kedudukan dunia
dunia No. 20 pada bulan Oktober 2010.
10
ATLET SUKAN SKUASY DI MALAYSIA
5.Ivan Yuen
Ivan Yuen Chee Wern, (lahir pada 15 September 1990), merupakan pemain profesional
skuasy dari negara Malaysia. Beliau pernah menduduki Dunia nombr 56 pada Ogos
2012.
6.Mohd Syafiq Kamal
Mohammad Syafiq Bin Mohd Kamal (lahir 1 Ogos 1996 di Kota Bahru), juga dikenali
sebagai Mohammad Syafiq Kamal atau Mohd Syafiq Kamal, ialah pemain skuasy
profesional Malaysia. Pada Februari 2018, beliau berada di kedudukan nombor 84 di
dunia.
11
RUMUSAN
Sukan skuasy terbukti telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia
khususnya melalui kejayaan Datuk Nicol Ann David yang muncul selaku pemain
terbaik wanita dunia tahun 2005. Melalui usaha yang tidak mengenal jemu didalam
menampilkan cabaran negara pada setiap kejohanan diperingkat antarabangsa,
segala usaha itu telah membuahkan hasil.
Walaupun tokoh atlet negara Datuk Nicol Ann David telah bersara daripada
sukan skuasy, diharap adanya pelapis muda yang akan terus berjuang
mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Skuasy bukan setakat hanya satu
bidang sukan tapi ia juga sukan yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia tidak
mengira bangsa.
12
RUJUKAN
1. https://sukan.my/nicol-ann-davids-legenda-skuash-dunia-dari-malaysia/
2. http://sejarahdankemahiransukan.blogspot.com/2009/08/sejarah-permainan-
skuasy-adalah.ht ml
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Nicol_Ann_David
4. http://mssmmoeskuasy.blogspot.com/p/sejarah-squash.html
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Skuasy
6. http://anyflip.com/gsqwa/mblj/basic
13