The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lailinasuka, 2021-04-13 22:12:55

STUDENT HANDBOOK SKE

STUDENT HANDBOOK SKE

Cetakan Pertama, 2020

Diterbitkan oleh:
KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PAYA RUMPUT
78300 MASJID TANAH

MELAKA
Tel: 06-3843703
Faks: 06-3843700
©2020 Kolej Komuniti Masjid Tanah

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan

dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kolej Komuniti

Masjid Tanah, Kementerian Pengajian Tinggi.

Student Handbook Sijil Teknologi Elektrik
Kolej Komuniti Masjid Tanah 2020
Kementerian Pengajian Tinggi

ISI KANDUNGAN 1
2
Coretan Pengarah 3
Maklumat KKMT 4
Visi & Misi 7
Objektif Kualiti KKMT 8
Dasar Kualiti 9
Carta Organisasi Pengurusan 10
Carta Organisasi Unit SKE 11
Fasiliti 12
Maklumat Program 13
Sinopsis program 14
Prospek kerja
Objektif Program Pengajian (PEO) 15
Hasil Pembelajaran Program (PLO)
Struktur Program 16
Informasi Kursus Wajib
Informasi Kursus Teknikal 17
Penganugerahan & Sistem Gred
Aktiviti Pelajar 32
Penghargaan
45

46

47

Coretan
Pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, dengan izinNya Student
Handbook Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) dapat diterbitkan untuk rujukan

semua pihak. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah
berusaha ke arah penerbitan buku ini.
Student Handbook ini adalah penting agar menjadi rujukan utama
pelajar dalam mendapatkan maklumat berkenaan Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) dan seterusnya membantupelajar dalam
merancang pengajian ‘pelajar’di Kolej Komuniti Masjid Tanah
(KKMT). Kepada para pelajar KKMT semoga Student Handbook
ini, dapat memberi manfaat dan seterusnya menjadi panduan
penting untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Saya doakan agar semua pelajar akan berusaha dengan
sebaikya dalam pengajian di KKMT.
Semoga sentiasa cemerlang, ‘tak kira dimana anda bermula, yang
penting dimana anda berakhir’.
Sekian Terima Kasih,

LT. KOL BERSEKUTU (PA) ZAIDI BIN OTHMAN
PENGARAH
KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

MAKLUMAT KKMT

Kolej komuniti Masjid Tanah (KKMT) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej
Komuniti Alor Gajah (KKAG). KKAG ditubuhkan pada 1 Mac 2003 dan mula
beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd
Zin, Alor Gajah, Melaka. Pada 7 Jun 2005, operasi KKAG telah berpindah ke
kampus yang baru yang terletak di parlimen Masjid Tanah. Bermula pada Jun
2008 Kolej Komuniti Alor Gajah (KKAG) dikenali sebagai rasmi sebagai Kolej
Komuniti Masjid Tanah (KKMT) pada Jun 2008.
Laman web: kkmasjidtanah.mypolycc.edu.my
Emel : [email protected]
FB page: Kolej Komuniti Masjid Tanah
No Telefon: 063843703, No Faks: 063843700

2







PIAGAM PELANGGAN

745

DASAR KUALITI

KKMT adalah komited membangunkan potensi pelajar di dalam bidang
Teknologi Komputer, Landskap, Railways dan Elektrik ke arah kecemerlangan

dengan mematuhi keperluan kualiti MS ISO 9001:2015 melalui
penambahbaikan holistik secara berterusan.

Dasar kualiti yang dibangunkan akan disampaikan agar difahami oleh
organisasi dan disemak supaya bersesuaian dengan matlamat organisasi.

7

CARTA ORGANISA
KOLEJ KOMUNITI MASJI

ZAIDI BIN OTHMA
PENGARAH (DH 5

NOR KHAIRI BIN MOHAMAD ALI
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK

(DH 44)

UNIT PEPERIKSAAN DAN UNIT AKADEMIK DAN UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
PENILAIAN PENDIDIKAN BERTERUSAN

MOHD FITRI BIN AB RASID HAMIDAH BT SITI ZANARI
PEGAWAI PEPERIKSAAN MOHAMED SHAH MUHAM
PEGAWAI PEMBANGUNAN
(DH44) PELAJAR (DH44) PEGAWAI PENG
(DH41

TN. HJ. HASAN B MOHD MOHAMAD AIZAT BIN MOHD HAMD
SHARIF SHAMSUDIN ABDUL RA
PEGAWAI B
PENSYARAH PENDIDIKAN PEGAWAI PSIKOLOGI
SEPANJANG HAYAT, (S41) DAN SUKAN
PPPT DH54
NOR SHIFA BINTI IBRAHIM UNIT KOLABORASI DAN
PENSYARAH, KEUSAHAWANAN
PEGAWAI PENSYARAH PENDIDIKAN
SEPANJANG HAYAT,
PENDIDIKAN PPPT DH44
PENGAJIAN TINGGI
DH29 – DH54 (47) NURUL HIDAYAH BINTI
AHMAD ALEMI

PEGAWAI PERHUBUNGAN
INDUSTRI DAN ALUMNI (DH44)

MUHAMMAD AIZAT BIN UZIR
PEGAWAI PENERANGAN

(S41)

MARIATI BINTI AHMAD
PEGAWAI KHIDMAT
PELANGGAN (N22)

ASI
ID TANAH

AN
52)

NORAZAMIMAH BINTI MAK JIM

TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN
(DH 44)

UNIT PEMBANGUNAN UNIT PENTADBIRAN DAN
KEWANGAN

IAH BT SAIFUL SHAH RIZAM BIN ISKANDAR BIN RABAN
MED AB AZIZ PENOLONG PEGAWAI

GAMBILAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N27)
1) PEMBANGUNAN (JA29)

DAN BIN YUNIZA BINTI MOHAMAD RAHIMAH BINTI SELAMAT
AZAK PEMBANTU TADBIR (P/O) PEMBANTU TADBIR (P/O)
BELIA
N (S41) (N22) (N19)

N NORAZLINI BT MAT JUSOH NURNADIAH BT ABDULLAH
PEMBANTU TADBIR (P/O) PEMBANTU TADBIR (P/O)
UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT
DAN KORPORAT (N19) (N19)

NORASHIKEN BT NORDIN NORSHAHHIRA BT JAAFAR
PENOLONG AKAUNTAN PENOLONG AKAUNTAN

(W29) (KEWANGAN) (W29)

NORDIN BIN MAIN MOHD FAUZI BIN MANSOR
PEMBANTU OPERASI (N11) PEMBANTU OPERASI (N11)

AZMI BIN SHA'ARI HAFIDZ BIN TALIB
PEMANDU KENDERAAN PEMANDU KENDERAAN

(H11) (H11)

MOHD SUKRI BIN ROSNAH BT DOLAH
AB. RAHMAN PEMBANTU

PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI PUSTAKAWAN (S22)
MAKLUMAT (F29)

MARINA BINTI LOD
JURUTEKNIK KOMPUTER

(FT22)

CARTA ORGANISASI
UNIT TEKNOLOGI ELEKRIK

ZAIDI BI
PEN

NOR KHAIRI B
TIMBALAN
(AKA

TN. HJ. NOR
KETUA

HASLINA BINTI MOHD FITRI BIN SITI ZANARIAH ZURAIDA BINTI NORFADZILAH
HASHIM AB RASID BINTI MUHAMED OSMAN BINTI

PENSYARAH PENSYARAH PENSYARAH PENSYARAH MOHAMAD

PENSYARAH

IN OTHMAN
NGARAH

BIN MOHAMAD ALI
N PENGARAH
ADEMIK)

RASID BIN MAJID
PROGRAM

NORASHIKIN BINTI AMIR
SETIAUSAHA UNIT

MOHD ANWAR NUR LIYANA NOR SHIFA BINTI JUNAINI BIN DZULKIFLY BIN
BIN BINTI IBRAHIM ABDULL KADIR ISMAIL

MOHD YASIN NASARUDIN PENSYARAH PENSYARAH PENSYARAH

PENSYARAH PENSYARAH

FASILITI DI
KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH

10

MAKLUMAT PROGRAM

11

SINOPSIS PROGRAM

Program Sijil Teknologi Elektrik adalah merupakan program yang digubal bagi
memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran di dalam
bidang elektrik. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang
mendapatkan pengetahuan teori tetapi juga latihan amali. Program ini
menawarkan modul teras dalam bidang Elektrik seperti Keselamatan dan
Peraturan Elektrik, Prinsip Elektrik, Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal, Motor
Elektrik AT dan AU Fasa Tunggal, Pendawaian Elektrik Tiga Fasa, Motor Elektrik
Tiga Fasa, Pendawaian Elektrik Industri, Pengawal Logik Bolehaturcara (PLC)
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Industri. Selain itu, program turut
memberi pendedahan mengenai bidang Elektronik melalui penawaran kursus
Asas Elektronik dan Sistem Digital. Pelajar juga turut ditawarkan kursus berkaitan
dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan
kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan
projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran
dunia sebenar dalam bidang Teknologi Elektrik

12

PROSPEK KERJA

13

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN

(PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES) - PEO

14

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

(PROGRAMME LEARNING OBJECTIVES) - PLO

15

STRUKTUR PROGRAM

16

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : PENGAJIAN MALAYSIA 1
KOD KURSUS: MPU 1152

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang Sejarah Negara,
Masyarakat Malaysia, Sistem Pemerintahan Negara, Perkembangan Sosio
Ekonomi Negara dan Dasar-Dasar Negara. Kursus ini adalah bertujuan untuk
melahirkan graduan yang mempunyai identiti kebangsaan dan semangat
patriotisme yang unggul. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan
dalam bentuk kuliah, tugasan, peperiksaan dan pengalaman pembelajaran

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan kepelbagaian dalam masyarakat yang dapat
mengukuhkan
perpaduan; [C3, PLO3)

2. Menghuraikan proses pembinaan negara bangsa yang dapat
menunjukkan kesedaran terhadap kepentingan identiti kebangsaan
ke arah mengukuhkan semangat patriotisme; (C4, PLO4)

3. Merumuskan faktor-faktor yang membina hubungan dan interaksi
sosial dalam masyarakat. (A4, PLO5)

17

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : WORKPLACE ENGLISH
KOD KURSUS : MPU 1101

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1

SINOPSIS KURSUS
Workplace English helps learners to increase their ability to use the English language
to communicate in various work situations. This course equips learners with the basic
language skills they need to communicate with their superiors and subordinates in
a formal and an informal environment, and deal with customers at the workplace.

HASIL PEMBELAJARAN
By the end of this course, students should be able to:-

1. Use appropriate forms of language in workplace expressions and customer
relation skills [C3, PLO 1]

2. Respond appropriately in ideas and opinions [A2, PLO 5]
3. Apply appropriate form of language in processes and procedures [A2, PLO 5]

18

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : COMMUNICATIVE ENGLISH
KOD KURSUS : MPU 1181

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSIS KURSUS

Communicative English helps learners to increase their ability to use the English
language to communicate in various situations in the community. This course equips
learners with basic communicative skills such as greetings and introductions,
instructions and directions, descriptions and business telephone skills. This course
not only facilitates learners to communicate orally, but also in writing.

HASIL PEMBELAJARAN
By the end of this course, students should be able to:-
1. Use appropriate forms of language in greetings and introductions as well as in

instructions and directions [C3, PLO 1]
2. Apply appropriate forms of language in description [A2, PLO 5]
3. Apply appropriate forms of language in telephone skills [A2, PLO 5]

19

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : BAHASA KEBANGSAAN A
KOD KURSUS : MPU 1212

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2
SINOPSIS KURSUS

Mata pelajaran Bahasa Kebangsaan A menawarkan kemahiran berbahasa dari
aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis sesuai dengan tahap intelek
pelajar, serta meningkatkan kecekapan berbahasa dalam konteks rasmi dan tidak
rasmi.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan asal – usul Bahasa Melayu [C2, PLO 1]
2. Menunjukkan kaedah bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul

dalam komunikasi lisan [A2, PLO 4]
3. Menyediakan pelbagai teks penulisan berdasarkan ejaan dan tatabahasa yang

betul [A4, PLO 4]

20

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : KEUSAHAWANAN
KOD KURSUS : MPU 1222

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2
SINOPSIS KURSUS

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran secara teori
dan amali mengenai definisi dan konsep keusahawanan. Pelajar akan
mempelajari kemahiran ke arah keusahawanan dengan memahami produk,
peletakan harga, promosi, pengagihan dan kewangan.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, para pelajar akan boleh:
1. Menjelaskan konsep asas keusahawanan. (C4, PLO1)
2. Mencadangkan idea perniagaan secara offline dan online. (A3, PLO8)
3. Menyediakan Kos Pelaksanaan Projek dan Pengiraan Untung Rugi Perniagaan.

(A4, PLO8)

21

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : KEMAHIRAN INSANIAH
KOD KURSUS : MPU 1231

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSIS KURSUS

Kursus Kemahiran Insaniah ini mengandungi pembelajaran dan latihan bagi
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan
maklumat, mengamalkan kemahiran berfikir dan kemahiran komunikasi, kemahiran
kepimpinan dan kerja berpasukan serta pembangunan kerjaya.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat :
1. Menerangkan kepentingan kemahiran yang dipelajari iaitu Pembelajaran

Sepanjang Hayat dan Kemahiran Pengurusan Maklumat serta Kemahiran
Komunikasi. [C1, PLO 1]
2. Menampilkan kebolehan berkomunikasi dalam pembangunan kerjaya [A2, PLO 5]
3.Mengurus projek yang dipertanggungjawabkan secara berkesan bersama
pasukan. [A5, PLO 5]

22

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : PENDIDIKAN ISLAM 1
KOD KURSUS : MPU 1311

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSIS KURSUS

Pendidikan Islam 1 berteraskan kepada lima topik iaitu Tasawwur Islam, Konsep
Aqidah, Konsep Ibadah,Ibadah-ibadah Khusus dan Akhlak Islamiah. Ia bertujuan
melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, berbakti menghayati ilmu yang
dipelajari dan membentuk pelajar yang berakhlak mulia menurut syariat Islam,
membimbing pelajar melaksanakan ibadah-ibadah khusus dengan betul dan
sempurna dan melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri muslim dan mampu
menghadapi cabaran.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir program ini, para pelajar akan boleh:-
1. Menerangkan konsep Islam sebagai cara hidup (ad-din), konsep akidah dan
ibadah dalam Islam.(C1, PLO 1)
2. Menunjuk cara bersuci, solat dengan tepat.(P3, PLO 2)
3. Mengaplikasi konsep akhlak mahmudah dalam aktiviti kehidupan seharian.(A3,
PLO 7)

23

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : PENDIDIKAN MORAL 1
KOD KURSUS : MPU 1321

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSIS KURSUS

Modul ini bertujuan membentuk pelajar yang mempunyai nilai dan moral dalam
kehidupan bermasyarakat. Selain itu, pelajar dibentuk untuk mempunyai semangat
cintakan negara, menjadi insan yang menyumbang kepada pembangunan
negara.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:-
1. Menerangkan kepentingan moral insan, integriti dan penghayatan Rukun
Negara ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. (C1, PLO 1)
2. Membincangkan hubungan dan interaksi sosial yang baik dalam kalangan

individu, keluarga dan masyarakat (A3, PLO 4)
3. Menghuraikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat berdasarkan rujukan

akhbar, internet atau kajian kes.(A1, PLO 4)

24

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : PENDIDIKAN ISLAM 2
KOD KURSUS : MPU 1331

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSIS KURSUS

Pendidikan Islam 2 berteraskan kepada pernikahan dalam Islam. Ia bertujuan
melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, berbakti, menghayati ilmu yang
dipelajari dan membentuk pelajar yang bertanggungjawab seterusnya dapat
membina sebuah rumahtangga yang bhagia menurut syariat Islam.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir program ini, para pelajar akan boleh:-
1. Menerangkan konsep pernikahan, pembubaran pernikahan dan isu-isu yang

berkaitan. (C1, PLO 1)
2. Membezakan kaedah-kaedah dalam pembubaran perkahwinan. (A3 , PLO 7)
3. Menghuraikan hak-hak dalam pembubaran perkahwinan. (A1, PLO 7)

25

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : PENDIDIKAN MORAL 2
KOD KURSUS : MPU 1341

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSIS KURSUS

Modul ini memberi pengetahuan kepada pelajar tentang perkara yang di perlukan
untuk membentuk akhlak bermoral, cara menangani konflik dan menyelesaikan
masalah terhadap isu-isu moral.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:-
1. Menerangkan konsep baik, benar dan patut (C1, PLO 1)
2. Mengaplikasikan kemahiran menangani konflik moral berdasarkan kajian

kes.(A2,PLO 7)
3. Menghuraikan isu-isu moral yang berlaku dalam konteks masyarakat Malaysia

berdasarkan rujukan akhbar atau internet. (A1, PLO 7)

26

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : KOKURIKULUM (KELAB)
KOD KURSUS : MPU MPU 1411

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSIS KURSUS

Menerangkan tentang sejarah bidang pilihan dan kemahiran khusus bidang
tersebut mengikut perkembangan semasa. Keperluan/peralatan asas, etika,
istilah-istilah, demonstrasi dan mempraktik teknik-teknik asas bidang pilihan turut
ditekankan kepada pelajar. Pelajar akan turut serta dalam merancang aktiviti
aktiviti yang akan dijalankan, menerangkan kepentingan merancang aktiviti,
pembahagian tugas dan menyelia aktiviti.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:-
1. Menerangkan tatacara penubuhan organisasi [C2, PLO1]
2. Menunjuk cara kemahiran bidang pilihan [A3, PLO3]
3. Mengorganisasi program kemahiran asas bidang pilihan [A4, PLO3]

27

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : KOKURIKULUM (SUKAN)
KOD KURSUS : MPU MPU 1421

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSIS KURSUS

Kursus ini menerangkan tentang pengenalan dan sejarah berkaitan sukan dan
permainan pilihan merangkumi pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang
berkenaan. Kursus ini turut mendedahkan kepada peserta tentang asas
pengurusan acara bagi sukan dan permainan pilihan merangkumi perancangan
aktiviti dan pengelolaan pertandingan

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Mengetahui kemahiran asas bidang kokurikulum pilihan (C1, PLO 1)
2. Menguasai kemahiran asas bidang kokurikulum pilihan (A3, PLO 5)
3. Mengaplikasikan kemahiran dalam pengelolaan pertandingan (A4, PLO 5)

28

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : APLIKASI KOMPUTER
KOD KURSUS : SKW 1102

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2
SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memperkenalkan perisian aplikasi komputer kepada pelajar. Pelajar
akan pelajari asas-asas perisian aplikasi serta pengenalan jenis sistem. Modul ini
akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam setiap
aplikasi untuk diintegrasikan antara satu sama lain. Pelajar juga dapat
mengembangkan kemahiran mereka dalam penggunaan aplikasi komputer untuk
melaksanakan tugas pengurusan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, pelajar boleh:-
1. Menggunakan fungsi-fungsi Desktop dan perisian pemprosesan perkataan untuk

menyediakan dokumen dalam dokumentasi harian.(C3,PLO 1)
2. Menggunakan perisian hamparan elektronik untuk menyediakan lembaran

kerja.(A3,PLO 6)
3.Menggunakan perisian persembahan untuk menyediakan dokumen

persembahan. (A3,PLO 6)

29

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : SAINS
KOD KURSUS : SSM 1012
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU

NILAI KREDIT : 2
SINOPSIS KURSUS
Kursus Sains ini memberi penekanan terhadap komponen kimia dan fizik yang
meliputi kajian tentang bahan sintetik, daya, kerja, kadar dan rintangan, tenaga,
kuasa dan pengubah tenaga yang merujuk kepada empat sistem iaitu mekanik,
bendalir, elektrik dan terma.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep Bahan Sintetik, Cahaya & Sistem Optik Laser dan Pengubah

Tenaga dalam bidang kejuruteraan, industri, perubatan, multimedia dan
kehidupan seharian (C2, PLO 1)
2. Menyelesaikan masalah pengiraan menggunakan konsep Daya, Kerja, Tenaga,
Kuasa, Kadar dan Rintangan dalam Sistem Mekanik, Bendalir, Elektrik dan Terma
(C3, PLO 6)
3. Menjalankan ujikaji konsep Bahan Sintetik, Daya, Tenaga dan Kuasa (A3, PLO 6)

30

INFORMASI KURSUS WAJIB

KURSUS : MATEMATIK
KOD KURSUS : SSM 1022
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU

NILAI KREDIT : 2
SINOPSIS KURSUS
Modul Matematik ini mengandungi pembelajaran dan latihan kepada pelajar
tentang konsep asas matematik yang mengandungi topik Kuantiti dan Unit Asas,
Pengukuran, Algebra dan Persamaan Linear.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat :-
1. Menentukan pertukaran unit - unit asas, perimeter, luas, isipadu bentuk- bentuk

geometri, ungkapan dan persamaan algebra serta persamaan linear dengan
tepat. (C2,PLO 1 )
2. Mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian.
(A2, PLO 6)
3. Menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan ( kuantiti dan unit asas,
pengukuran, persamaan algebra dan persamaan linear ) dengan tepat.
(A3, PLO 6)

31

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : SKE 1023
KOD KURSUS : PRINSIP ELEKTRIK
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU

NILAI KREDIT : 3
SINOPSIS KURSUS
Prinsip Elektrik memberi pendedahan mengenaisumber tenaga elektrik dan
penghasilannya. Penekanan tentang asas litar elektrik dari segi simbol,
pengiraanpenggunaan komponen, aplikasi pengukuran voltan-arus, Hukum Ohm
dan HukumKirchoff. Kursus ini juga memberi pengetahuan dan aplikasi prinsip
elektromagnet danaruhan serta asas pengubah.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Menerangkan asas elektrik, komponen pasif, kemagnetan dan pengubah.
(C2, PL01)

2. Menunjukkan pengukuran kuantiti asas elektrik menggunakan instrumen
pengukuran yang bersesuaian. (P2, PL02)

3. Menghasilkan semula pemasangan litar mudah arus terus (AT) serta litar
aplikasi kemagnetan dan pengubah dengan betul, kemas dan selamat.
(P3, A2, PL03)

34

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : SKE 1033
KOD KURSUS : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSIS KURSUS

Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal mengandungi pembelajaran teori dan praktikal
bagi melaksanakan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan elektrik fasa
tunggal. Pelajar didedahkan kepada teknik melukis gambarajah litar, mendawai
dan menguji pepasangan serta mengesan kerosakan pepasangan elektrik fasa
tunggal.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Menerangkan jenis kabel, aksesori pendawaian, litar kawalan pengguna
dan sIstem perlindungan elektrik fasa tunggal. (C2, PLO1).

2. Memasang litar kawalan pengguna dan perlindungan serta sistem
pembumian elektrik fasa tunggal mengikut Garis Panduan MS IEC 60364
Jabatan Standard. (P4, PLO2).

3. Memasang litar pendawaian dan melaksanakan pengujian pepasangan
elektrik fasa tunggal mengikut Akta Bekalan Elektrik 447, Peraturan- Peraturan
Pepasangan Elektrik 1994, Suruhanjaya Tenaga dan Garis Panduan MS IEC
60364 Jabatan Standard. (P4, A2, PLO4).

35

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : SKE 1043
KOD KURSUS : MOTOR ELEKTRIK AT DAN AU FASA TUNGGAL

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memberi pemahaman kepada kepada pelajar mengenai bahagian dan
prinsip kendalian motor elektrik AT dan AU fasa tunggal. Kursus ini juga memberi
penekanan kepada kemahiran pemasangan litar-litar pemula motor dan kerja
penyelenggaraan serta baikpulih yang berkaitan.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, pelajar boleh:

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian utama dan prinsip kendalian serta
kawalan motor elektrik AT dan AU fasa tunggal. (C1, PLO1)

2. Melaksanakan pemasangan dan pengujian litar pemula motor AU fasa
tunggal.(P2, PLO2)

3. Menunjukkan kaedah penyelenggaraan motor elektrik AU fasa tunggal
dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan.
(P3, A2, PLO4)

36

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : SKE 2012
KOD KURSUS : ASAS ELEKTRONIK
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU

NILAI KREDIT : 2
SINOPSIS KURSUS
Asas Elektronik memberi pengetahuan asas mengenai prinsip asas semikonduktor
dan pengetahuan asas mengenai komponen elektronik. Penekanan adalah
berkaitan kendalian, pengujian dan pemasangan komponen – komponen
elektronik. Kursus ini juga memberi penekanan kepada aplikasi komponen
elektronik serta membina projek elektronik melalui pemasangan litar melalui
kaedah pematerian.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan ciri-ciri dan fungsi komponen separuh pengalir. (C2, PLO1)
2. Memasang litar kendalian asas untuk mengenalpasti fungsi komponen
separuh pengalir.(P4, PLO2)
3. Membina litar elektronik mudah berdasarkan skematik dengan
mengamalkan teknik pematerian yang betul dan sempurna. (P5, A2, PLO2)

37

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : SKE 2022
KOD KURSUS : LUKISAN TERBANTU KOMPUTER

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2
SINOPSIS KURSUS

Lukisan Terbantu Komputer memberi pengetahuan tentang penggunaan perisian
komputer yang boleh digunakan untuk melukis objek secara 2 dimensi (2D).
Penekanan kursus adalah kepada arahan-arahan Melukis dan Suntingan (Draw
and Editing Commands), serta organisasi dan pengurusan maklumat dalam sesuatu
lukisan elektrik.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Menerangkan pengendalian perisian CAD, arahan-arahan melukis dan
suntingan (Drawing and Editing Commands) serta organisasi lukisan dan
maklumat CAD sistem elektrik. (C2, PLO1)

2. Menghasilkan semula lukisan rekabentuk 2D dengan menggunakan arahan
–arahan melukis dan suntingan (Drawing and Editing Commands). (P3, PLO2)

3. Menghasilkan semula lukisan elektrik menggunakan perisian CAD dengan
membentuk organisasi lukisan yang tersusun dan maklumat yang tepat.
(P3, A4, PLO2)

38

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : SKE 2033
KOD KURSUS : MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSIS KURSUS

Kursus Motor Elektrik Tiga Fasa memberi penekanan kepada pengendalian serta
bahagian-bahagian penting motor tiga fasa. Disamping itu juga kursus ini berkaitan
dengan kaedah pemasangan, kawalan, penyelenggaraan dan kaedah baik pulih
motor elektrik tiga fasa.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Menerangkan prinsip kendalian, jenis-jenis motor dan kawalan motor elektrik
tiga fasa (C2, PLO1).

2. Melaksanakan pemasangan dan pengujian litar pemula (Starter) motor
elektrik tiga fasa (P4, PLO2).

3. Menunjukkan kaedah penyelenggaraan motor elektriktiga fasa dengan
mengamalkan langkah-langkah keselamatan. (P3, A2, PLO4).

39

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : SKE 2044
KOD KURSUS : PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 4
SINOPSIS KURSUS

Pendawaian Elektrik Tiga Fasa mengandungi pembelajaran teori dan praktikal bagi
melaksanakan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan elektrik 3 fasa. Pelajar
didedahkan kepada teknik melukis gambarajah litar, mendawai dan menguji
pepasangan serta mengesan kerosakan pepasangan elektrik 3 fasa.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Mengenalpasti sistem kawalan dan perlindungan, rekabentuk dan system
pendawaian serta pengujianan pepasangan elektrik elektrik tiga fasa.
(C1, PLO1)

2. Memasang sistem kawalan dan perlindungan pendawaian elektrik tiga fasa
mengikut garis panduan MS IEC 60364 Jabatan Standard. (P4, PLO2)

3. Melaksanakan pemasangan litar pendawaian dan pengujian pepasangan
elektrik 3 fasa mengikut Akta Bekalan Elektrik 447 (Peraturan-Peraturan
pepasangan Elektrik 1994), Suruhanjaya Tenaga, dan garis panduan MS IEC
60364 Jabatan Standard. (P4, A2, PLO4)

40

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : SKE 3013
KOD KURSUS : SISTEM DIGITAL
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU

NILAI KREDIT : 3
SINOPSIS KURSUS
Asas Sistem Digital memberi pengetahuan asas tentang prinsip asas sistem digital.
Penekanan modul adalah berkaitan dengan kendalian, pengujian dan
pemasangan komponen – komponen elektronik serta sistem nombor, sistem kod
dan GET logik. Modul ini juga member penekanan kepada aplikasi penggunaan
rangkaian logik dalam litar aritmetik mudah.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Menerangkan asas sistem penomboran, sistem kod dan fungsi get-get logik.
(C2, PLO1)

2. Menghasilkan semula pemasangan litar berdasarkan skematik dan aplikasi
get-get logik. (P3, PLO2)

3. Membina litar rangkaian dan aritmetik berdasarkan penyelesaian ungkapan
4. Boolean dengan mematuhi teorem algebra Boolean dan kaedah yang betul.

(P4, A2, PLO3)

41

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : SKE 3023
KOD KURSUS : PENDAWAIAN ELEKTRIK INDUSTRI

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSIS KURSUS

Pemasangan dan pendawaian sub papan suis voltan rendah, cable tray dan cable
riser, underground cable dan street lighting memberi pengetahuan dan
pendedahan tentang pendawaian elektrik industri. Penekanan topik adalah
terhadap pembelajaran dan latihan bagi mentafsir cetakan biru, kemahiran
membentuk laluan pendawaian, merentang kabel dan menguji pemasangan
pendawaian.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Menerangkan sistem pendawaian sub papan suis voltan rendah, cable tray
dan cable riser dan underground cable dan street lighting. (C3, PLO1)

2. Memasang dan menguji sub papan suis voltan rendah dan cable tray dan
cable riser mengikut Peraturan Elektrik. (P3, PLO2)

3. Memasang dan menguji underground cable dan street lighting mengikut
Peraturan Elektrik. (P3, PLO2)

42

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : SKE 3034
KOD KURSUS : PENGAWAL LOGIK BOLEH ATURCARA (PLC)

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 4
SINOPSIS KURSUS

Programmable Logic Control (PLC) akan memberi pengetahuan asas mengenai
ciri-ciri PLC, bahasa pengaturcaraan, rekabentuk dan senggaraan bagi teknologi
PLC dalam industri.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, pelajar boleh:

1. Mengenal pasti konsep asas PLC dan pengaturcaraan PLC. (C1,PLO1)
2. Melaksanakan simulasi menggunakan perisian PLC, pendawaian dan

pengesanan kerosakan PLC melalui aturcara rajah tangga yang
dibangunkan. (P4, PLO2)
3. Merekabentuk aturcara PLC bagi sistem automasi mudah. (P3, PLO2)

43

INFORMASI KURSUS TEKNIKAL

KURSUS : SKE 3044
KOD KURSUS : PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK INDUSTRI

TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 4
SINOPSIS KURSUS

Kursus Penyelenggaraan Elektrik Industri ini memberi pengetahuan dan
pendedahan berkaitan pemasangan dan penyelanggaraan Penghawa Dingin,
Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV), Sistem Penggera Kebakaran dan Sistem
Penggera Keselamatan.

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Mengenalpasti jenis-jenis sistem keselamatan domestik dan industri. (C1,
PLO1)

2. Memasang dan mengujilari pendingin hawa jenis unit pisah mengikut
kaedah yang betul dan kemas. (P2, A2, PLO3)

3. Memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera
keselamatan mengikut kaedah yang betul. (P2, A2, PLO2)

44

PENGANUGERAHAN &
SISTEM GRED

SISTEM GRED

1. Semua markah yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu kursus / LA akan dinyatakan
dalam bentuk gred seperti Jadual 1.

Markah Gred Nilai Mata Status
90 – 100
80 – 89 A+ 4.00 Sangat Cemerlang
75 – 79
70 – 74 A 4.00 Cemerlang
65 – 69
60 – 64 A- 3.67
55 – 59
50 – 54 B+ 3.33 Kepujian
47 – 49 B 3.00
44 – 46
40 – 43 B- 2.67

0 – 39 C+ 2.33 Baik
C 2.00

C- 1.67

D+ 1.33 Lulus Bersyarat
D 1.00

F 0.00 Gagal

Jadual 1

2. Pelajar yang mendapat Lulus Bersyarat (LB) perlu menebus kursus / LA untuk
mendapat HPNM bersamaan atau lebih 2.00 bagi tujuan penganugerahan sijil.

3. Pelajar yang tidak memenuhi keperluan penilaian dan peperiksaan dengan
kebenaran atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan akan diberi gred TL (Tidak
Lengkap).

4. Pelajar yang mendapat gred TL akan diberi gred baru setelah melengkapkan aktiviti
penilaian dan peperiksaan yang diberikan dalam tempoh masa yang dibenarkan.

5. Pelajar dibenarkan menebus gred (TG) sekali sahaja bagi kursus / LA yang mendapat
gred Lulus Bersyarat untuk memastikan HPNM bersamaan atau lebih dari 2.00.

6. Status pencapaian akademik pelajar ditentukan pada setiap semester / modul

dengan menggunakan Purata Nilai Mata seperti dalam Jadual 2 berikut:

PENCAPAIAN STATUS AKADEMIK
3.67 - 4.00 Cemerlang
3.00 - < 3.67 Kepujian
2.00 - < 3.00 Baik
1.00 - < 2.00
< 1.00 Lulus Bersyarat
Gagal

45

AKTIVITI PELAJAR

46


Click to View FlipBook Version