The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASKAR WATANIAH 2 2021/2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liyanahuda03, 2022-04-16 10:09:53

ILMU MEDAN PERANG

ASKAR WATANIAH 2 2021/2022

ILMU MEDAN PERANG

PENGENALAN

 Ilmu Medan Perang (IMP) adalah segala kemahiran dan pengetahuan yang diperlukanoleh seseorang soldadu di
medan pertempuran. IMP berkait rapat dengan latihan senjata.Seseorang soldadu yang telah menguasai pelajaran
senjata dan mahir dengan IMP bolehdikatakan telah menjadi seorang soldadu yang baik. Pelajaran ini wajib diajar
kepada semua soldadu supaya mereka boleh bertempur dengan baik dan penuh semangat untuk mencapai kejayaan
di dalam sesuatu pertempuran ataupun operasi.

TUJUAN ILMU MEDAN PERANG

 Tujuan IMP diajar kepada semua soldadu adalah seperti berikut:
-bergerak dan melakukan ikhtiar hidup dengan pantas di medan perang.
-Memerhati dan mengelak diri dari diperhatikan.
-Menggunakan tanah dan perlindungan.
-Boleh mengagak jarak.
-Boleh menunjuk sasaran, tahu lengkok tembakan dan Perintah KawalanTembakan (PKT).
-Tugas sentri.
-Pergerakan menggunakan senjata dan peralatan dengan senyap.
-Sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang keadaan.
-Perapungan merentasi halangan sungai.

PAKAIAN DAN PERALATAN PERSEORANGAN

 Kelengkapan pada tubuh:
1)Topi hutan
2)Baju celoreng
3)Seluar Celoreng
4)Spike boot
5)Disc pengenalan diri
 Kelengkapan di tali pinggang:
1)Pounch kiri dan kanan
2)Kelopok dan peluru
3)Parang tajam
4)Botol air

PACK GALAS ALATAN DI DALAM PACK GALAS

 Alatan di dalam pack galas
-Alat memasak
-Pakaian celoreng
-Pisau cukur
-Beg air
-Alatan menjahit
-Tuala mandi
-Berus gigi,ubat gigi dan sabun
-Lampu suluh dan bateri

PENYAMARAN DAN PENYEMUYIAN

 Penyamaran dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
1)Sumber semula jadi
-Contohnya:daun,tanah,arang dan sebagainya.
2)Sumber buatan manusia
-Contohnya:krim penyamaran,jarring penyamaran dam sebagainya.

ISYARAT SENYAP MEDAN





MENGAGAK JARAK DAN MENUNJUKKAN SASARAN

 Terdapat 2 kaedah yang biasa digunakan untuk mengagak jarak iaitu:
1)Unit ukurun-untuk mengagak jarak 100m di atas tanah.
2)Cara mengenal rupa-dengan melihat rupa sesuatu benda dan jarak sesuatu benda melalui keadaan sekeliling.

MENUNJUK SASARAN

 Terdapat 3 cara menunjuk sasaran:
1)Menunjuk sasaran secara terus
-Sasaran ditunjukkan dengan nyata.
-Contohnya: “SEKSYEN-PANDANG HADAPAN 100M-DI SITU ADA MUSUH”
2)Menunjuk sasaran cara menggunakan tanda panduan
-Pilih benda atau tumbuhan semula jadi yang tidak bergerak diberi nama bagi memudahkan menunjuk sesuatu sasaran dengan jarak yang diketahui.
-Contohnya: “SEKSYEN-PANDANG SEBELAH KIRI-200M-POKOK MATI SEDIKIT KANAN-RUMPUN HIJAU-DI SITU ADA MUSUH”
3)Menunjuk sasaran menggunakan muka jam
-Letakkan muka jam di tengah-tengah tanda panduan.
-Sasaran yang sukar ditunjuk dengan cara terus.
-Contohnya: “SEKSYEN-PANDANG SEPARUH KANAN-300M-PONDOK BURUK-PUKUL TIGA-DERETAN POKOK MATI-POKOK YANG
DISEBELAH KANAN-DI SITU ADA MUSUH”

PERINTAH KAWALAN TEMBAKAN

 Sebagai seorang soldadu,tidak kira apa jua pangkat,anda boleh menjadi ketua sesuatu kumpulan tembakan.Oleh
demikian semua soldadu mestilah tahu dan memahami Perintah Kawalan Tembakan.

 Perintah Kawalan Tembakan mestilah diberi dengan cara-cara tertentu dan mengikut peraturan.Perintah mestilah
diberi dengan kuat dan terang untuk mudah didengar dan difahami oleh semua soldadu yang terlibat.

 Contoh Perintah Kawalan Tembakan :
-”KUMPULAN RIFEL-PANDANG SEPARUH KANAN-ENAM RATUS-POKOK MATI-DIBAWAHNYA ADA MUSUH-
SIAPA NAMPAK TUBI-TUBI TEMBAK”.

KAD JARAK

-Kad jarak adalah satu cara untuk mendapatkan penyatuan antara anggota-anggota seksyen dan platun dalam lengkok
tembakan tanggungjawab kawasan pertahanan masing-masing.Dalam latihan ataupun operasi, kad jarak mesti
disediakan apabila menduduki satu-satu kawasan dalam tempoh masa yang lama untuk memudahkan menunjukan
sasaran dan memberi perintah kawalan tembakan

TUJUAN MEMBUAT KAD JARAK

 Menentukan sempadan kawasan tembakan.
 Mengawasi kawasan hadapan yang dipertanggungjawab.
 Memudahkan mencari sasaran dan mengubah pejera bagi mendapat ketetapan menembak.
 Memusnahkan sasaran mengikut jarak-jarak membunuh senjata yang ada.
1)Paksi. Garisan bayangan dari hadapan pemerhati kepada tanda panduan membahagikan sempadan kanan dan kiri lengkok
tembakan.
2)Panduan Kanan Dan Kiri. Satu garisan bayangan disebelah kanan dan kiri lengkok tembakan pemerhati bagi had melepas
tembakan.
3)Lengkok Tembakan. Kawasan bahagian hadapan yang dipertanggungjawab kepada perseorangan, seksyen dan platun bagi
mengawasi dan memusnahkan musuh yang muncul serta boleh menunjukkan sasaran.
4)Tanda Panduan.Tanda panduan adalah benda-benda yang tidak bergerak yang terdapat di atas tanah bagi memudahkan
menujukkan sasaran dan panduan jarak.

PEMERHATIAN WAKTU MALAM

 AM-sesuatu penugasan yang dilakukan dalam operasi,bukanlah terhad kepada waktu siang tapi dilakukan pada
waktu malam.Walaupun Night Vision Goggle(NVG) boleh sigunakan tepi peralatan ini bukanlah sentiasa dapat
diperoleh. Oleh itu,setiap soldadu perlu dilatih agar dapat menggunakan pancaindera dengan efektif pada waktu
malam.

 FUNGSI MATA-setiap manusia mempunya 2 sel cahaya yang sensitive untuk melihat:
a)Sel mata untuk melihat pada waktu siang dipanggil Sel Kon.Ianya boleh melihat warna,boleh membezakan dengan
jelas dan boleh melihat bentuk.
b)Sel mata untuk waktu malam dipanggil Sel Rod yang terletak di sekeliling kawasan kon.Sel ini boleh melihat warna
putih,hitam dan baying kelabu.

PRINSIP-PRINSIP MELIHAT WAKTU MALAM

1)Penyesuain mata dalam gelap
2)Penglihatan secara serong
3)Melihat dengan cara meninjau
4)Yakin
 Cara-cara mengelak dari dikesan:
-Sentiasa berhati-hati dan elakkan dari bunyi bising yang boleh dikesan.
-Gunakan gergaji lipan jika memotong kayu.
-Jika batuk atau bersin,tutup mulut dengan topi hutan atau lain-lain kain.
-Bergerak secara perlahan-lahan,jangan memijak ranting atau kayu yang mati.

TUGAS SENTRI

 Tujuan
-Menerangkan cara-cara yang betul untuk menetapkan pengawal,tugas-tugas dan perintah-perintah pengawal yang
mesti diketahui oleh seseorang ketua seksyen/platun anggota.
 Tanggungjawab Sentri
-Seseorang sentri/pengawal perlu ditempatkan di kedudukan yang memberi perlindungan dan boleh memerhati
dengan baik.
-Ia perlu memberi amaran awal tentang kehadiran musuh serta memeriksa pengenalan seorang yang tidak dikenali.

PERINTAH PENGAWAL

 Seorang pengawal tidak boleh ditugaskan untuk satu masa lebih dari dua jam.
 Di waktu malam, pengawal mestilah berpasangan dan masa mula bertugas di selang-seli(wujud pengawal baru dan

lama). Ini adalah untuk memastikan maklumat yang perlu diketahui sentiasa disampaikan.
 Perintah ppengawal yang diberi oleh ketua seksyen mestilah dirancang dengan teliti.

MAKLUMAT YANG PERLU DIKETAHUI OLEH SESEORANG
PENGAWAL

 Masa bertugas.
 Kedudukan pos pengawal yang lain(siang/malam).
 Lengkok tembakan dan pemerhatian.
 Maklumat-maklumat rondaan atau pergerakan pasukan sahabat yang berdekatan,termasuk pengenalan dan masa keluar masuk.
 Cara memberi maklumat awal.
 Perintah untuk mencabar.
 Perintah untuk memulakan tembakan.
 Kedudukan ketua seksyen/platun.
 Penempatan isyarat awal dan pancaran api malam.
 Cara tukar ganti dan siapa yang akan mengganti.
 Kata jodoh.

PENEMPATAN

 Di waktu siang:
-Pengawal boleh ditempatkan berseorangan di jarak pendengaran iaitu 80-100m dari pengkalan.Ini akan membolehkan
amaran awal diberi kepada anggota dalam pengkalan supaya tindakan dapat diambil dengan cepat.
 Di waktu malam:
-Pengawal mestilah berpasangan(baru dan lama) dan tukar ganti di selang-selikan.Adalah lebih berkesan untuk
menempatkan pengawal di tempat senjata mgr.Sistem amaran senyap harus diadakan untuk mengejutkan anggota-
anggota yang lain dalam pangkalan seperti menggukan perhubungan.


Click to View FlipBook Version