The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liyanahuda03, 2022-04-27 22:23:50

PAKAIAN TRADISIONAL

PAKAIAN TRADISIONAL

NONA BUSANA Edisi 1 ● April 2022

“PAKAIAN TRADISIONAL WARISAN SEPANJANG ZAMAN”

Pakaian tradisional kaum Melayu
Pakaian tradisional kaum Cina
Pakaian tradisional kaum India

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT

PUAN AZIRAH BINTI SEMAN

KETUA EDITOR

NUR LIYANA HUDA BINTI SHAMSHIR

KETUA MAKLUMAT KETUA REPORETER KETUA ARTIKEL

SITI AMIRA BINTI ROHADI LAILATULNUR SUHAILA BINTI MOHD HALIM LEE JHI YUAN

1

Isi Kandungan Bil Kandungan Muka surat
1 Sidang redaksi 1
2
2 Isi kandungan 3
4-6
3 Pengenalan
7-9
4 Isi artikel 1
Sejarah pemakaian baju melayu dan baju kurung 10-12
Cara pemakaian dan perhiasan diri
Contoh pemakaian 13
14
5 Isi artikel 2 15
Sejarah pemakaian samfu dan cheongsam 16 2
Cara pemakaian dan perhiasan diri
Contoh pemakaian

6 Isi artikel 3
Sejarah pemakaian dhoti dan sari
Cara pemakaian dan perhiasan diri
Contoh pemakaian

7 Isu semasa

8 Langkah mengatasi

9 Penghargaan

10 Disediakan oleh

Pengenalan Berkaitan Pakaian Tradisional

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Tamsilnya,kaum Melayu,Cina,India dan sebagainya. Setiap kaum mempunyai pakaian

tradisional yang berbeza. Bagi lelaki kaum melayu mereka berpakaian baju melayu
manakala perempuan kaum melayu pula berpakaian baju kurung atau baju kebaya.
Selain itu,kaum cina juga mempunya pakaian tradisional yang dikenali sebagai samfu dan
cheongsam. Samfu adalah pakaian untuk lelaki sebaliknya cheongsam pula untuk
perempuan. Tambahan pula,untuk kaum india lelaki juga terdapat pakaian tradisional
yang dikenali sebagai dhoti manakala pakaian tradisional untuk kaum india perempuan

pula adalah sari.

http://nycgkb1053.blogspot.com/2016/09/pengenalan.html 3

Sejarah Pemakaian Baju Melayu Dan Baju Kurung 4

Oleh: Siti Amira Binti Rohadi

Sejarah pemakaian tradisional melayu berasal dari tempatan pra sejarah sudah mempunyai
kemahiran membuat pakaian daripada kulit kayu melalui bukti batu penerap yang ditemui.
Dipercayai, batu penerap itu digunakan sebagai penumbuk kulit kayu supaya menjadi lembut
dan nipis. Sebelum kedatangan Islam,.Masyarakat tempatan pada masa itu, memakai pakaian
yang amat ringkas. Mereka hanya menutup di bahagian tertentu tubuh. Kaum lelaki hanya
menggunakan 2 helai kain iaitu kain di kepala yang diikat ringkas dan kain sarung dikilas atau
kain sarung dijadikan cawat.. Perbezaan golongan wanita bangsawan dengan rakyat adalah
golongan bangsawan menggunakan kain daripada jenis yang mahal dan indah serta memakai
perhiasan keemasan. Pengaruh Islam sekitar abad ketujuh, secara tidak langsung
mempengaruhi reka bentuk pakaian tradisional masyarakat Melayu secara berperingkat-
peringkat.Walaupun agama Islam telah tersebar di alam Melayu, Dari segi pakaian,
masyarakat tempatan mula berpakaian secara sopan dengan menutup badan mereka dengan
baju. Kaum wanita dan lelaki memakai baju berbentuk tunik pendek berkain kapas hijau
dengan bahagian bawah dililitkan dengan kain sari sutera.

/https://omarali.com.my/sejarah-pakaian-tradisional-melayu

Cara Pemakaian Dan Perhiasan Diri Kancing Baju Melayu
Sampin
Songkok

Bagi pemakaian baju melayu ia mempunyai bentuk lingkaran di koler baju dan dipakai
bersama kancing baju melayu serta songkok dan pemakaian sampin yang menampakkan
kekemasan baju melayu tersebut. Bagi pemakaian baju kurung pula baju kurung dengan
pemakaian satu butang di leher baju serta dibahagian baju mempunyai pesak dan bahagian
kain yang bersusun tepi juga mempunyai perhiasan diri seperti sanggul lintang dan cucuk
sanggul. Sanggul lintang merupakan perhiasan di bahagia kepala bagi wanita dalam majlis
perkahwinan untuk lebih berseri dan anggun. Bagi cucuk sanggul pula digunakan pada
bahagian kepala bagi wanita. la dipakai satu set iaitu terdiri tiga, lima dan tujuh. Tujuannya
adalah ingin menahan dan menyokong sanggul supava tidak jatuh.

Sanggul Melintang Cucuk Sanggul

http://online.anyflip.com/uxdlr/tuca/files/basic-html/page19.html 5

Contoh Pemakaian Baju Melayu Dan Baju Kurung

Contoh:
Cucuk Sanggul dan Sanggul Melintang

Baju Melayu Baju Kurung

https://omarali.com.my/sejarah-pakaian-tradisional-melayu/ 6

Sejarah Pemakaian Samfu Dan Cheongsam

oleh: Lee Jhi Yuan

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian
harian wanita berketurunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita

separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat
daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Sebelum bernama

cheongsam, busana ini bernama qipao. Berbeza dengan cheongsam yang dikenal saat ini,
qipao mempunyai potongan yang longgar, lebar dan hanya memperlihatkan bahagian

kepala dan jari. Qipao mudah dijumpai di China, khususnya China Han sekitar 1636. Qipao
asalnya lebar dan longgar. Menutupi sebagian besar tubuh wanita, hanya memperlihatkan

kepala, tangan, dan hujung jari kaki. Sifat yang longgar pakaian ini juga berfungsi untuk
menyembunyikan susuk tubuh si pemakainya tanpa memandang usia. Namun model ini
malah menjadi sangat popular waktu itu. Pada sekitar 1920, qipao moden muncul pertama
kali di Shanghai kerana mendapat pengaruh dari Beijing. Kesan itu terdapat pada qipao

yang memiliki ornamen termasuk kerah Shanghai yang kini melekat sebagai pakem
cheongsam. Potongan busana itu pas dengan badan dan lebih tinggi.

http://online.anyflip.com/uxdlr/tuca/files/basic-html/page18.html 7

Cara Pemakaian Dan Perhiasan Diri

Bagi pemakaian samfu ia mempunyai belahan di bahagian hadapan dan diperkemaskan
dengan kancing selain itu terdapat perhiasan tambahan seperti cincin dan topi. Malah bagi
pemakaian cheongsam pula di bahagian kolar cheongsam mempunyai kolar yang tinggi dan
susunan butang dalam kedudukan serong pada bahagian dada. Juga mempunyai perhisasan
seperti anting-anting,cucuk sanggul,gelang tangan dan rantai yang merupakan pelengkap
kepada pemakaian cheongsam.

Anting-anting

http://online.anyflip.com/uxdlr/tuca/files/basic-html/page18.html 8

Contoh Pemakaian Lengkap Samfu Dan Cheongsam

Samfu Cheongsam

http://online.anyflip.com/ronp/colp/files/basic-html/page22.html 9

Sejarah Pemakaian Dhoti Dan Sari

Oleh: Lailatulnur Suhaila Binti Mohd Halim

India telah membawa dhoti dan gaya yang serupa untuk ini selama beberapa abad.
Beberapa gaya dhoti muncul dalam patung-patung yang dibuat oleh Amaravati semasa
dinasti Satavahana di selatan India (dari abad ke-2 hingga ke-3 SM). Kebanyakan dhotis
yang diukir di arca Amaravati juga mempunyai bilik-bilik, satu lengan lebar bergaris, yang
namanya berasal dari tali pinggang barat. Para ahli sejarah menemui petunjuk untuk kain
yang telah diletakkan di tamadun Lembah Indus (2800 SM hingga 1800 SM), di mana ahli
arkeologi menemui patung seorang imam yang dibalut kain. Walaupun tanpa tarikh yang
tepat, kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa sari berkembang secara serentak di
selatan india dan utara india, dan wanita telah menggunakan sari dalam bentuk sekarang
selama beratus-ratus tahun. Malah pada abad kesembilan belas dan kedua puluh, sari
menjadi lambang bangsa India. Beberapa artis terkenal seperti Ravi Varma dan Tagore
Abanindranath membuat lukisan yang memaparkan beberapa wanita berpakaian variasi

sari serantau untuk melambangkan kepelbagaian dan perpaduan masyarakat India.

https://ms.aclevante.com/la-historia-de-la-ropa-de-la-india 10

Cara Pemakaian Dan Perhiasan Diri

Jippa Doti

Bagi pemakaian dhoti ia sehelai kain panjang yang dipakai secara melilit di pinggang
menggunakan teknik ikatan tertentu juga digayakan dengan potongan baju yang
bervariasi dan pemakaian selempang diletakkan di bahu. Malah bagi pemakaian sari
pula mempunyai perhiasan diri seperti gelang tangan, gelang kaki, rantai leher,
anting-anting serta perhiasan kepala sebagai pelengkap kepada pekaian sari.

Thundu

Rantai Anting-anting Gelang Tangan Perhiasan Kepala
Gelang Kaki
https://ms.aclevante.com/la-historia-de-la-ropa-de-la-india 11

Contoh Pakaian Dhoti Dan Sari

Dhoti Sari

https://ms.aclevante.com/la-historia-de-la-ropa-de-la-india 12

Isu Semasa:

Seperti yang kita dapat lihat, remaja di Malaysia pada zaman sekarang sudah kurang berminat dengan pakaian
tradisional yang menjadi kebanggaan masyarakat kita pada zaman dahulu. Hal ini demikian kerana pengaruh daripada
budaya negatif dan kurang bermoral yang menjadi ikutan mereka. Pada usia muda, remaja mempunyai sifat ingin
mencuba sesuatu yang baharu dan sentiasa ingin mengikut 'trend' terkini tanpa memikirkan akibat baik atau
sebaliknya yang bakal terjadi. Mereka akan mengenakan pakaian yang mengikut perkembangan semasa agar tidak
dikatakan ketinggalan zaman oleh generasi mereka.

Selain itu,isu semasa yang menyebabkan pakaian tradisional dilupakan pada masa kini kerana wujudnya fesyen
pemakaian yang baru contohnya pemakaian pakaian barat yang menjadi pengaruh terbesar di Malaysia.Remaja
menjadi terikut-ikut dengan apa yang digayakan oleh selebriti barat kegemaran mereka ingin kelihatan sama seperti
idola mereka di pelbagai platform media massa ,contohnya instagram,tiktok dan sebagainya.Selain itu, melalui drama
atau filem barat yang ditayangkan di Malaysia memaparkan pelakon-pelakon mereka yang mengayakan fesyen barat
terkini.Seperti yang kita sedia maklum,fesyen barat adalah tidak sesuai dengan masyarakat Malaysia kerana fesyen
barat kebanyakkannya terdiri daripada pakaian yang sangat menjolok mata.

Tambahan pula,masyarakat kini tidak menghargai pakaian traditional kerana generasi muda terkini suka memakai
pakaian modern.Selain itu, orang tua juga tidak sudi generasi muda pakai pakaian yg ketat dan pendek.Di samping itu,
generasi muda terkini tidak suka memakai pakaian traditional kerana Ia mengambil sedikit masa untuk dipakai,
semasa pakai pakaian traditional ia akan merasa panas dan akan berpeluh.

13

Langkah Mengatasi:

Sebagai ibu bapa perlulah memainkan peranan mereka dengan memperkenalkan pakaian tradisional
kepada anak-anak bagi mengatasi isu remaja kini yang semakin melupakan pakaian tradisional di negara
kita. Sebagai contoh, ibu bapa perlu mengajar anak-anak supaya mengenakan baju kurung ketika
menyambut hari raya atau ketika menghadiri majlis tertentu seperti kenduri-kendara agar mereka
terbiasa dengan pakaian tersebut. Sebagai ibu bapa juga, kita perlulah memantau pergaulan anak anak
dan mengetahui dengan siapa mereka berkawan supaya mereka tidak terdedah dengan rakan-rakan
yang memakai pakian tidak senonoh dan sopan.

Selain itu,kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan pemakaian tradisional
dalam kalangan remaja kini.Kerajaan perlu membuat penapisan filem kerana filem-filem barat banyak
memaparkan etika pemakaian yang kurang sopan yang jauh beza dengan budaya pemakaian
tradisional.Hal ini menyebabkan remaja terutamanya golongan wanita akan terpengaruh dengan
budaya pakaian barat.Pada zaman sekarang,remaja suka mengikut fesyen semasa tanpa menghiraukan
hukum agama.Oleh itu,media massa perlulah mengurangkan paparan tentang budaya pemakaian barat
terutamanya di platform media sosial.

Oleh itu,semua pihak perlu mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama dalam mengekalkan
pemakaian traditional, keluarga masing masing juga memupuk anak diri sendiri memakai pakaian
tradisional atau membawa mereka pergi melawat pameran pakaian tradisional dan mendengar
ceramah tentang memupuk memakai pakaian tradisional.Selain itu, pihak sekolah juga boleh
mengadakan pertandingan pakai traditional untuk menambah minat para pelajar.

14

Penghargaan

Segala puji bagi Allah,tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam,tuhan yang maha pemurah, lagi maha pengasih. Tuhan yang
menguasai hari pembalasan. KepadaMu lah sahaja kami menyembah dan kepadaMu lah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke
jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-prang yang engkau murkai,dan bukan
pula jalan orang-orang yang sesat.

Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan berkumpulan yang di amanahkan kepada kami. Tugasan
yang diberikan oleh Puan Azirah Binti Seman iaitu pensyarah matapelajaran “Penghayatan Etika Dan Peradaban MPU21032”. Disini kami
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat, rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek kami “Penghayatan Etika Dan Peradaban MPU21032” kerana memberikan tunjuk ajar
kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Jasa beliau akan kami kenang hingga ke akhir hayat

Sekian dari kami. 15
Anak cina menimbang madat,
Dari makasar langsung ke deli,
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak berjual beli.

Disediakan oleh :

✿ NUR LIYANA HUDA BINTI SHAMSHIR (18DPM21F2009)
✿ SITI AMIRA BINTI ROHADI (18DPM21F2027)
✿ LAILATULNUR SUHAILA BINTI MOHD HALIM (18DPM21F2023)
✿ LEE JHI YUAN (18DPM21F2031)

PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN
KELAS : DPM1A

16


Click to View FlipBook Version