The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dinie10-1026, 2021-10-12 21:41:44

Buku Kanak kanak: Falah dan Sahabat

Penulis: Dinie Hazmi (4/4/2020)

Penulis: Dinie Hazmi

Falah merupakan seorang kanak-kanak yatim
piatu. Ibu dan ayah Falah meninggal dunia sewaktu
umurnya 4 tahun lagi. Kini, Falah berumur 8 tahun.
Dia tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung.
Dia merupakan anak dan cucu tunggal dalam
keluarganya.

Falah merupakan cucu yang baik dan taat akan
kata-kata datuk dan neneknya. Kasih sayang yang
diberikan oleh mereka sangat mencukupi. Mereka
sayang akan Falah. Kehidupan Falah tidak sama
seperti rakan-rakannya yang senang. Tetapi ia tidak
menjadi masalah kepada Falah untuk hidup bersama
yang tersayang.

1

Falah mempunyai seorang kawan karib yang
bernama Zaid. Dia juga merupakan jiran Falah. Zaid
seorang yang pemurah dan sentiasa memahami
keadaan Falah. Mereka sebaya dan bersekolah di
sekolah yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan
Lenggong, Perak. Falah amat selesa berkawan
bersama Zaid.

2

Pada suatu petang, Falah dan Zaid bermain
gasing di padang yang berdekatan dengan rumah
mereka. Gasing Falah berwarna merah manakala
gasing Zaid pula berwarna biru. “Kau sudah bersedia
untuk berlawan Falah?” kata Zaid. “Ya. Aku sedia!”
balas Falah. Mereka bermain dengan penuh gembira.
Zaid melemparkan gasing dengan menarik tali
gasingnya. Gasing Zaid berputar dengan lajunya.

Ketika giliran Falah, dia menarik tali gasingnya
dengan sekuat hati. Gasing Falah juga berputar
dengan laju. Perlawanan gasing itu semakin sengit.
Kedua-dua gasing itu saling berlanggaran antara satu
sama lain. Gasing yang berputar paling lama akan
menjuarai permainan ini.

3

Tiba-tiba seketul batu besar muncul dari
belakang lalu menghempap gasing Falah dan Zaid.
Mereka menoleh ke belakang dan ternampak susuk
badan seseorang yang kurus kering sedang berdiri.
Falah berkata, “Eh, itu Zarul!”

Zarul seorang kanak-kanak yang sangat nakal
dan suka mengganggu orang lain. Perbuatan Zarul tadi
merupakan perbuatan yang tidak baik. Falah dan Zaid
tidak hairan dengan perbuatan Zarul. Tanpa berkata
banyak, mereka beredar meninggalkan Zarul
bersendirian.

4

Di sekolah, Falah merupakan murid yang cerdik
dan disukai oleh guru-gurunya. Dia sering
bertanyakan soalan kepada guru mata pelajaran jika
tidak faham. Dia juga suka menolong rakan-rakannya
yang lemah dalam pembelajaran. Semua murid senang
untuk berkawan dengan Falah kecuali Zarul.

Pihak sekolah sering memberi sumbangan
tanggungan persekolahan kepada Falah. Sumbangan
itu banyak meringankan beban datuk dan nenek yang
menjaga Falah. Dia berasa amat bersyukur dengan
nikmat yang diberikan.

Peperiksaan 5
Akhir
Tahun
Tahap 1

Suatu hari ketika sesi kokurikulum tamat, Cikgu
Salmah memanggil Falah untuk mengikuti beliau ke
bilik guru. Falah berasa hairan tetapi dia patuh akan
arahan Cikgu Salmah. Setibanya mereka di bilik guru,
Cikgu Salmah menyerahkan sekeping sampul kepada
Falah.
“Falah, ambillah sampul yang berisi duit ini. Ada
insan yang baik hati ingin membantu awak. Simpan
sampul ini dan serah terus kepada penjaga kamu,”
“Baiklah, Cikgu Salmah. Terima kasih, cikgu!” balas
Falah dengan senyumannya yang manis.
“Sama-sama, Falah!” jawab Cikgu Salmah.

6

Falah keluar dari bilik guru lalu tersadung ke
lantai. “Aduh, sakitlah!” mengadu Falah sambil
mendongak melihat orang yang menjatuhkannya.
“Zarul! Kau kenapa nak jatuhkan aku ha? Kau buat
apa kat sini?” kata Falah sambil gigih berdiri.
“Tak, aku tak buat apa-apa,” jawab Zarul dengan
selamba dan berlalu pergi.
“Eh eh dia ni. Lain macam,” bisik hati Falah.

7

Falah pulang ke rumah bersama Zaid dengan
berjalan kaki. Dalam perjalanan, ada kereta
berwarna hitam berhenti bersebelahan mereka.
Mereka cemas. Cermin pintu belakang kereta itu
diturunkan dengan perlahan sehingga muncul wajah
Zarul. “Eh Zarul, terkejut aku!” sergah Zaid
manakala Falah hanya menjeling. “Eh, maafkan aku.
Aku mahu tumpangkan kamu berdua sahaja. Nak?”
Falah dan Zaid pelik dengan pelawaan Zarul sebentar
tadi.

Mereka menganggar jarak perjalanan mereka
yang masih jauh itu. Maka mereka bersetuju, “Nak!”
lalu terus masuk ke dalam kereta. Bapa Zarul mesra
orangnya. Dia banyak menyoal mereka terutamanya
tentang Zarul. “Falah, Zaid, bagaimana kelakuan
Zarul di sekolah? Baik tak?” tanya bapa Zarul. “Oh,
Zarul? Zarul baik, pakcik. Cuma kadang-kadang dia
nakal sedikit. Macam kami,” kata Zaid sambil
tersengih. Falah diam seribu bahasa dalam kereta.

8

9

Setibanya di rumah Falah dan Zaid, mereka
mengucapkan terima kasih kepada Zarul dan ayahnya.
Zarul dan ayahnya membalas, “Sama-sama,” dan
berlalu pergi. Falah dan Zaid masuk ke rumah
masing-masing. Falah mengetuk pintu sambil memberi
salam.
“Assalamualaikum, atuk, nenek! Falah dah balik!”
“Waalaikumusalam Falah, masuklah!” balas nenek dari
dapur. Falah masuk menuju ke dapur untuk berjumpa
neneknya.

10

“Nenek, tadi Cikgu Salmah memberi Falah sekeping
sampul berisi duit,” kata Falah sambil menyeluk beg
sekolahnya.

“Alhamdulillah, rezeki Falah,” jawab nenek.

Lama Falah mencari sampul tersebut sehingga dia
mengeluarkan semua buku sekolahnya.

“Kenapa Falah kelam-kabut ni? Jangan kata sampul
tu hilang,” cemas nenek.

“Alamak, tak ada, nenek! Sampul itu hilang! Duit
Falah hilang nek!” merungut Falah dengan perasaan
ketakutan.

“Sabar Falah, sabar. Kita cari esok pagi ya. Falah
pergi mandi dan berehat di bilik, ya,” kata nenek
untuk menenangkan keadaan. Falah masuk ke biliknya
selepas mengemas barangnya dan urus dirinya.

11

Di dalam bilik, Falah baring sambil termenung
memikirkan tentang sampul itu. Dia mengingat semula
kejadian petang tadi, ketika dia disadung oleh Zarul
di luar bilik guru dan ketika Zarul menghantar dia
pulang ke rumah. Kelakuan Zarul itu amat
mencurigakan Falah.
“Mungkin Zarul yang curi duit aku sewaktu dalam
kereta dia,” kata hati Falah semakin yakin.

Falah berasa sakit hati dan geram dengan
perbuatan Zarul itu. Dia berdendam dan berniat
untuk melaporkan perkara ini kepada ayah Zarul.
Memandangkan esok cuti, dia tidak mahu melepaskan
peluang ini.

12

Tepat pada jam 8 pagi, Falah meminta izin datuk
dan neneknya untuk berjumpa dengan Zaid. Selepas
mendapat kebenaran, dia berjumpa Zaid dan
menceritakan segala-galanya. Sejurus selepas
mendengar, Zaid terus berkata “Jom kita goncang
rumah Zarul!”. “Jom!” balas Falah dengan semangat
lalu mereka berjalan menuju ke rumah Zarul. Mereka
menaiki bas kerana rumah Zarul terletak jauh
daripada taman perumahan mereka.

13

Bas berhenti betul-betul di hadapan rumah
Zarul. Tanpa melengahkan masa, mereka mengetuk
pintu rumah Zarul sambil memberi salam,
“Assalamualaikum! Zarul! Oh, Zarul!” jerit Zaid. Zarul
terdengar dan dia dapat mengenal pasti suara itu lalu
dia mengambil sesuatu barang di almari dia. Zarul
membuka pintu rumah lalu Zaid terus memarahi Zarul
dengan berkata, “Woi, Zarul! Kenapa kau curi duit
Falah ha? Tak cukup ke duit yang ibu dan ayah kau
beri?”.

Dengan tabiat selamba Zarul, dia menarik tangan
Falah dan memberi sesuatu iaitu sekeping sampul.
Zaid terdiam lalu Falah membuka sampul itu sambil
berkata, “Ini macam sampul duit aku. Ya, memang
duit aku. Alhamdulillah!”. Zaid dan Falah meminta
maaf atas salah anggap yang berlaku dan kebiadapan
mereka menerjah rumah Zarul.

14

“Tidak apa. Aku tahu kamu berdua sangat benci
pada aku atas kejahatan yang aku pernah lakukan.
Selepas itu, semalam kamu berdua tidak memberitahu
perangai sebenar aku kepada ayah aku. Aku sedar
dan malu dengan kamu berdua. Aku ingin meminta
maaf. Sampul ini ayah aku jumpa ketika
membersihkan kereta malam tadi. Aku tahu sampul
itu kepunyaan kau kerana aku ternampak kejadian
antara kau dan Cikgu Salmah di bilik guru semalam.
Ayah aku amanahkan aku untuk memberinya kepada
kau pada hari ini tetapi kau sudah datang. Maafkan
aku. Kita kawan?” jelas Zarul dengan panjang lebar.

15

“Baiklah Zarul! Kami maafkan. Kita kawan ya!”
balas Falah dan Zaid sambil memeluk Zarul. Falah
berasa gembira kerana sampul itu tidak hilang dan
hubungan mereka semakin baik. Falah berazam
supaya tidak cuai dan sentiasa menjaga perhubungan
ini sampai bila-bila. “Eh, marilah sarapan dengan
kami!” jemput ayah Zarul selepas ternampak mereka
berbual di depan pintu rumah sahaja. Mereka
menyambut ajakan ayah Zarul dengan masuk ke dalam
rumah dan makan bersama-sama.

16


Click to View FlipBook Version