The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PPIM 2020 & 2021- AMIRA DIANA 3AF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppimtmfs, 2021-11-14 01:51:08

AMIRA DIANA

LAPORAN PPIM 2020 & 2021- AMIRA DIANA 3AF

LAPORAN PERJUMPAAN
PUTERI ISLAM

MALAYSIA TAHUN
2020 DAN 2021

NAMA: AMIRA DIANA BINTI
JAMALUDIN

KELAS: 3 AL-FARABI
NO.MATRIKS: HS190252
SEKOLAH: MRSM TMFS

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 5/2/2020

Masa : 2.00 – 4.00 ptg

Tempat : Kelas Riyadhhus an-Najihin

Guru Pemimpin : Pn Juliah Mahmod & Pn. Amira Farzana

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Pengenalan Ppim & Pengurusan Dan Pentadibiran

Tajuk : Kenali PPIM

Komponan Penggabungjalinan :

- Kemahiran (Asas Komputer)

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan

Teori – Guru-guru telah menerangkan tentang pengenalan ppim, Sejarah, Pengasas,
pengiktirafan kerajaan, struktur organisasi, pakaian seragam, cogankata puteri, bendera
ppim, sekolah, negeri dan negara, lencana ppim, sekolah dan jata malaysia, lagu ppim,
sekolah, negeri dan negara, asmaul husna, Lafaz ikrar puteri dan suluh kata ppim.

Amali – Kami membentangkan pelajaran yang kami telah perolehi pada hari ini iaitu tentang
Hari Puteri yang disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM yang
pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.

Tafakur – Dengan aktiviti ini, kami sebagai pelajar dapat menunjukkan sikap kecintaan
kepada persatuan dan semangat dalam organisasi

Tugasan : Menulis laporan dalam buku log dan menampal gambar, mencari maklumat yang
berkaitan tajuk dalam buku log.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Amira Farzana

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 18/2/2020

Masa : 2.00 – 4.00 ptg

Tempat : Foyer Pejabat.

Guru Pemimpin : Pn Kasmawati & Pn. Hani Ulya

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Pengenalan Ppim & Pengurusan Dan Pentadibiran

Tajuk : Kenali PPIM

Komponan Penggabungjalinan : -

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan

Teori – Guru menerangkan tentang asas kawad kaki, menaikkan bendera, tatacara
perjumpaan & penutupan, menaikkan bendera, melipat bendera.

Amali – Guru-guru pemimpin telah membantu untuk membimbing kami dalam berlatih
membuat praktikal perjumpaan PPIM yang rasmi. Kami semua bersungguh-sungguh dan
bekerjasama dengan saling menegur sekiranya ada sebarang kesilapan yang dilakukan oleh
rakan sebelah. Dengan bantuan guru-guru dan juga kakak-kakak yang amat berpengalaman,
kami dapat memperolehi sedikit demi sedikit tentang praktikal perjumpaan PPIM yang rasmi.

Tafakur – Dalam kalangan kami, kami dapat menunjukkan sikap kecintaan kepada
persatuan dan semangat dalam organisasi.

Tugasan : Kami di minta untuk sentiasa mempraktikkan tatacara ini ketika setiapkali
perjumpaan.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Hani Ulya

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 21/02/2020

Masa : 12.30 – 1.30 ptg

Tempat : Dewan Seraya Kuning

Guru Pemimpin : Pn Juliah Binti Mahmod

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Kesihatan dan pembangunan diri

Tajuk : Kebersihatan diri, Jenis Najis dan Cara Menyucikan.

Komponan Penggabungjalinan : -

Isi Penting :

Teras – Pelajar mengikuti program bicara puteri yang merupakan program sekolah. Guru
memulakan perjumpaan dengan bacaan doa.

Teori –Guru memberikan pendedahan tentang kepentingan kebersihan dalam kehidupan,
sebab Allah mensyariatkan semua manusia untuk menjaga kebersihan. Kami telah diberikan
penerangan dalil tentang menjaga kebersihatan, hikmah menjaga kebersihan diri khusus bagi
wanita haidh. Seterusnya, guru juga menyentuh tentang Najis ringan, sederhana dan berat.
Antara Najis ringan adalah Najis mukhaffah iaitu air kencing seorang bayi lelaki yang berumur
2 tahun ke bawah. Manakala Najis sederhana ialah najis mutawasittah iaitu najis pertengahan
seperti kotoran yang terdapat binatang dan manusia. Najis paling berat adalah najis
Mughallazah najis Anjing dan Babi iaitu air liur mereka merupakan najis yang yang berat.

Amali – Kami semua disoal secara rawak tentang bagaimana cara untuk menyucikan ketiga-
tiga najis ini. Semua pelajar yang terpilih ditanya pelbagai jenis soalan tentang cara
menyucikan najis ini. Antaranya ialah soalan seperti, bagaimana untuk menyucikan najis
Muttawassitah, najis Mukhalazzah atau najis Mukhaffafah. Selain itu, ada juga yang disoal
mengenai erti-erti najis tersebut dan banyak lagi.

Tafakur – Melalui aktiviti ini, kami dapat memupuk sikap sentiasa menjaga kebersihan diri
agar diri sentiasa bersih dan sihat untuk berjumpa dengan Allah dalam solat.

Tugasan : Kami semua diarahkan untuk menjawab beberapa soalan quizizz dan menuliskan
laporan tentang aktiviti ini di dalam buku log mengenai ceramah kami pada hari ini.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Julailah Binti Mahmod

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 19/09/2020

Masa : 12.30 – 1.30 ptg

Tempat : Padang outdoor

Guru Pemimpin : Pn Juliah Binti Mahmod

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Pendidikan Luar

Tajuk : Hari Sukaneka Unit Beruniform

Komponan Penggabungjalinan : -

Isi Penting :

Teras – Kami mengikuti program Hari sukaneka Unit Beruniform yang berbentuk bola jaring,
bola tampar, futsal dan sebagainya.

Teori – Kami telah dipilih berdasarkan kumpulan untuk menyertai pertandingan bola jaring,
bola tampar, futsal dan sebagainya. Ada di antara kami yang menjadi penyokong dan ada
juga yang bertanding. Selain itu, ada juga yang menjadi penonton yang menyokong kumpulan
mereka.

Amali – Semasa aktiviti ini berlangsung, kami memastikan pasukan kami mendapat makanan
dan minuman yang lengkap untuk memastikan ahli pasukan kami sentiasa kekal bertenaga
setiap hari.

Tafakur – Melalui sukaneka yang dipertandingkan ini, ia menjadikan saya lebih bersemangat
untuk sentiasa bersama dengan kumpulan PPIM dan akan berusaha untuk menjadikan diri
saya terlibat dengan aktif dalam pelbagai jenis sukan agar saya dapat mencipta pengalaman
yang bermakna bersama rakan-rakan saya.

Tugasan : Kami semua diarahkan untuk menuliskan aktiviti yang telah dijalankan pada hari
ini di dalam buku log aktiviti mengikuti urutan.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Juliah binti Mahmod

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 23/9/2020

Masa : 2.00 – 4.00 ptg

Tempat : Surau

Guru Pemimpin : Pn Ida Royani & Pn. NurulAin

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Kerohanian & Kesihatan & Tugas Pembangunan Diri

Tajuk : Praktikal wudhuk dan solat

Komponan Penggabungjalinan : -

- Wudhuk dan Solat

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan

Teori – Guru-guru pemimpin menerangkan tentang konsep wudhuk dan solat.

Amali – Kami dikehendaki untuk melaksanakan amali wudhuk dan solat. Bagi wudhuk, kami
dibimbing oleh guru-guru untuk mengambil wudhuk dengan sempurna dan diperbetulkan
sekiranya ada yang salah. Begitu juga dengan amali solat, kami dinilai dari segi bacaan dan
juga posisi badan ketika solat. Selanjutnya, guru-guru akan menilai kami dan mencatat
markah di dalam borang yang telah disediakan.

Tafakur – Melalui aktiviti penilaian tersebut kami dapat menunjukkan sikap kehambaan
kepada Allah dan berusaha menjadi hamba yang lebih baik.

Tugasan : Kami diberikan semula borang tersebut dengan markah yang ditulis dan diminta
untuk menilai dan memperbaiki kesalahan solat dan wudhuk kami yang salah. Setelah borang
tersebut diedar, kami diarahkan untuk menanda semua yang harus diisi sebagai contoh ( saya
membaca Al-Quran setiap hari ).

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Ida Royani

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 30/9/2020

Masa : 2.00 – 4.00 ptg

Tempat : Bilik Komputer

Guru Pemimpin : Pn Juliah Mahmod & Pn. Amira Farzana

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : KEROHANIAN DAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

Tajuk : Institusi keluarga yang bersih, salasilah keluarga,

tanggungjawab pada jiran & masyarakat, sikap menghormati ibu bapa, keluarga, orang

dewasa, rakan sebayaseni cetak, asas komputer

Komponan Penggabungjalinan : -

- Kemahiran : Seni cetak (Kad Lahir), Asas Komputer

Isi Penting :

Teras – Menyanyikan lagu asmaul husna dan membaca doa dalam Qur’an dengan tajwid
yang betul.

Teori – Guru menerangkan tentang Riwayat Hidup Rasulullah S.A.W, Kelahiran, Ibu Bapa,
Wafat, Putera & Puteri Baginda, Ciri-ciri Akhlak yang mulia, sifat Allah 20, Rukun Iman, Rukun
Islam, Institusi keluarga yang bersih, salasilah keluarga, tanggungjawab pada jiran &
masyarakat, sikap menghormati ibu bapa, keluarga, orang dewasa, rakan sebaya.

Amali – Kami dikehendaki untuk membuat kad lahir kepada orang yang kami sayangi seperti
ibu bapa, rakan di asrama, guru atau sebagainya. Sebagai tanda peringatan dan
penghargaan kami. Kami menghasilkan kad tersebut mengikut kekreatifan dan idea masing-
masing untuk menghiaskan kad tersebut.

Tafakur – Melalui aktiviti ini, kami dapat menunjukkan sikap menghormati serta menghargai
orang-orang yang berjasa di sekeliling kami.

Tugasan : Menampal tugasan tersebut ( kad lahir ) di dalam buku log.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Amira Farzana

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 7/10/2020

Masa : 2.00 4.00 ptg

Tempat : Kelas riyaddhus an-Najihin

Guru Pemimpin : Pn Kasmawati & Pn. Wardah

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : KEROHANIAN DAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

Tajuk : Konsep Kenali Diri (Sebagai Hamba Dan Khalifah Allah,

Perubahan Emosi Dan Fizikal Mengikut Umur), Pergaulan Dalam Keluarga, Konsep

Kejiranan.

Komponan Penggabungjalinan : -

- Kepimpinan

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan

Teori Guru menerangkan tentang Konsep Kenali Diri (Sebagai Hamba Dan Khalifah Allah,
Perubahan Emosi Dan Fizikal Mengikut Umur), Pergaulan Dalam Keluarga dan Konsep
Kejiranan.

Amali Kami dikehendaki untuk berbincang Bersama rakan-rakan tentang tajuk hari ini dan
membuat pembentangan. Hasil daripada perbincangan kami, pembentangan tersebut
sangatlah bermakna dan banyak maklumat yang telah kami perolehi.

Tafakur Kesan daripada aktiviti tersebut, kami dapat menunjukkan sikap kehambaan
kepada Allah dan berusaha menjadi hamba yang lebih baik.

Tugasan : Meletakkan beberapa input daripada Hasil pembentangan ditulis di dalam buku
log. Antaranya ialah, kita dalam sesebuah keluarga haruslah menggunakan pergaulan yang
sopan sesame sendiri seperti memanggil menggunakan panggilan yang sopan dan sesuai.
Selain itu, kita sebagai umat Islam juga haruslah menghormati jiran-jiran kita agar dirahmati
Allah SWT.

Disemak oleh,

Puan Kasmawati

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 03/03/2021

Masa : 2.30 – 3.30 ptg

Tempat : Microsoft Teams dan Whatsapp

Guru Pemimpin : Pn Juliah Binti Mahmod

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Kesihatan dan Tugas Pembangunan Diri & Kemahiran.

Tajuk : Penerangan Pertandingan Stem On Challenge, Pemakanan

Seimbang dan Hidangan.

Komponan Penggabungjalinan : -

- Pemakanan Seimbang dan Penyediaan Hidangan Makan
tengahari/sarapan/malam

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori – Guru menerangkan tentang Konsep Pemakanan Seimbang, hidangan makan

sarapan/tengahari/malam dan Penerangan Pertandingan Stem On Challenge.

Amali – Kami dikehendaki untuk melaksanakan hidangan makan tengahari, menuliskan

resepinya. Selain daripada itu, kami juga diarahkan untuk membuat video mengenai proses
semasa kami menyiapkan tugasan tersebut ( hidangan masakan tengahari ). Bagi menu
hidangan tengahari saya, saya memilih untuk memasak ayam masak kicap dan sayur sawi
masak tumis.

Tafakur – Melalui aktiviti ini, saya dapat membuat beberapa perubahan seperti mengambil

makanan yang sihat mulai hari ini.

Tugasan : Input daripada Hasil masakan kami dan aktiviti perjumpaan hari ini kami akan

tuliskan dalam buku log. Membuat pendaftaran menyertai pertandingan. Setelah itu,
menyiapkan tugasan itu dan menghantarnya di platform Microsoft Teams.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Juliah Binti Mahmod

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 10/03/2021

Masa : 2.30 – 3.30 ptg

Tempat : Microsoft Teams dan Whatsapp

Guru Pemimpin : Pn Sarah Nabilah

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Alam Sekitar & Kemahiran.

Tajuk : Gubahan Bahan Terbuang/Puteri Kreatif

Komponan Penggabungjalinan : -

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori – Guru-guru menerangkan tentang Definisi, Jenis-jenis bahan yang boleh

dikitar semula, Kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar dan manusia

Amali – Kami semua dikehendaki untuk membuat gubahan bunga menggunakan

bahan terbuang, seterusnya kami juga diarahkan untuk mengambil gambar hasil
gubahan bunga dan mencatatnya di buku log masing-masing. Bagi tugas ini, saya
menghasilkan gubahan bunga tersebut daripada beg plastic yang terpakai.

Tafakur – Faedah yang kami perolehi daripada aktiviti ini ialah kami dapat

menghargai alam sekeliling dan memanfaatkan penggunannya untuk kebaikan dunia.

Tugasan : Kami telah Berjaya menyiapkan tugasan gubahan bunga tersebut dan

kami telah berjaya menghantarnya di Microsoft teams.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Sarah Nabilah

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 17/03/2021

Masa : 2.30 3.30 ptg

Tempat : Whatsapp & Youtube

Guru Pemimpin : Pn Kasmawati

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Kemahiran.

Tajuk : Jahitan Asas: Jelujur, kia, sembat

Komponan Penggabungjalinan : -

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori Guru meminta pelajar melihat video di youtube tentang Definisi, Jahitan Asas: Jelujur,
kia, sembat.

Amali Kami semua dikehendaki menjahit baju yang terkoyak yang terdapat di rumah lalu
menjahit pakaian tersebut menggunakan teknik-teknik jahitan yang telah didedahkan/diajar.
Selanjutnya, kami haruslah mengambil gambar hasil jahitan tersebut dan menulis laporan di
buku log masing-masing.

Tafakur Melalui aktiviti ini, kami dapat belajar untuk menjaga dan menguruskan diri serta
menghargai barang-barang yang ada di rumah.

Tugasan : Kami telah menjahit baju yang terkoyak yang terdapat di rumah kami dengan
jayanya. Selepas itu, kami diarahkan untuk menghantar hasil jahitan tersebut ( dalam bentuk
gambar ) di Microsoft Teams.

JAHITAN KIA

Disemak oleh,

Puan Kasmawati

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 24/03/2021

Masa : 2.30 – 3.30 ptg

Tempat : Microsoft Teams dan Whatsapp

Guru Pemimpin : Pn Amira Farzana & Pn. Hani Ulya

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Keluarga dan Masyarakat & Kerohanian

Tajuk : Salasilah Keluarga/ Keluarga Bahagia

Komponan Penggabungjalinan : -
- Membaca ayat suci al-Qur’an.

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori – Guru menerangkan bagaimana hendak Kenali keluarga kita, Kita sebagai Hamba
dan Khalifah Allah, keperluan muhasabah diri.

Amali – Kami semua dikehendaki untuk membuat folio mengenai salasilah keluarga masing-
masing, mengambil gambar atau maklumat keluarga dan memasukkan ke dalam folio kami
serta menulisnya di buku log masing-masing. Selain itu, kami juga dikehendaki untuk
menyatakan aktiviti sekeluarga contoh: aktiviti solat berjemaah, membaca al-Quran
berjemaah/tilawah) makan bersama, ataupun beriadah bersama.

Tafakur – Antara manfaat yang kami perolehi ialah kami dapat menunjukkan sikap
kehambaan kepada Allah dan berusaha menjadi hamba yang lebih baik serta berbuat baik
sesama keluarga dan masyarakat sekeliling.

Tugasan : Kami telah Berjaya menyiapkan folio mengenai salasilah keluarga tersebut dalam
masa yang telah ditetapkan oleh guru. Setelah menyiapkan tugasan tersebut, kami
dikehendaki untuk menghantar hasil kerja kami tersebut di Microsoft Teams.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Amira Farzana

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 14/04/2021

Masa : 2.30 – 3.30 ptg

Tempat : Bilik Serbaguna, Asrama

Guru Pemimpin : Pn Amira Farzana & Pn. Farahin

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Pendidikan Luar

Tajuk : Al-Aqlu Salim Fi Jismi Salim : Sukan Dan Permainan

Komponan Penggabungjalinan : -

- Permainan Tradisional dan Permainan Game moden
- Kepimpinan

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori – Guru menerangkan definisi sukan tradisional dan jenis-jenis sukan tradisional seperti
congkak, galah Panjang, batu seremmban, kepentingan mengetahui sukan tradisional, serta
nilai yang boleh dijadikan amalan dalam permainan tradisional.

Amali – Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan memainnya secara
berkumpulan. Terdapat beberapa jenis permainan tradisional yang dimainka seperti batu
Seremban, karom dan Sahibba. Kami diarahkan untuk main secara bergilir-gilir dengan
mengikut stesen. Dengan ini, semua kumpulan dapat bermain semua permainan tanpa ada
yang ketinggalan.

Tafakur – Melalui aktiviti bermain permainan tradisional secara berkumpulan ini, kami dapat
menunjukkan sikap kerjasama dalam kumpulan serta komunikasi bersama rakan dapat
dicapai dengan baik.

Tugasan : Setelah beberapa jam bermain permainan tradisional tersebut, kami diarahkan
untuk membersihkan bilik yang kami gunakan itu sebelum pulang ke asrama masing-masing.
Kami ditugaskan untuk menulis laporan mengenai aktiviti tersebut di dalam buku log masing-
masing.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Amira Farzana

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 19/05/2021

Masa : 2.30 – 3.30 ptg

Tempat : Whatsapp dan Youtube

Guru Pemimpin : Pn Juliah Binti Mahmod

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Pendidikan Luar

Tajuk : Ikatan Dan Simpulan

Komponan Penggabungjalinan : -

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori – Guru memperkenalkan tentang tajuk hari ini berkenaan jenis-jenis ikatan berserta
fungsinya dengan menayangkan gambar di dalam powerpoint serta video kepada pelajar
mengenai cara untuk membuat ikatan.

Amali – Kami mendengar audio dan video yang telah diberikan oleh guru. Berdasarkan video
tersebut, terdapat beberapa jenis ikatan dan juga simpulan. Antaranya ialah simpul manuk,
tindih kasih, simpul sentak dan sebagainya.

Tafakur – Aktiviti ini membantu kami untuk menunjukkan sikap mencintai ilmu dan berusaha
untuk mempraktikkan ilmu ini dalam kehidupan seharian di rumah serta menjadi seorang yang
lebih berdisiplin melalui aktiviti yang dijalankan.

Tugasan : Kami diminta untuk menghasilkan video atau gambar cara simpulan dan ikatan
yang dipelajari hari ini dan memuatnaik ke akaun media social. Selain itu, kami juga diingatkan
untuk memuatnaik gambar yang asli buatan kami sendiri.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Juliah binti Mahmod



CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 17/06/2021

Masa : 2.30 – 3.30 ptg

Tempat : Whatsapp dan Microsoft Forms

Guru Pemimpin : Pn Amira Farzana & Cik Farahin

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Kesihatan dan Pembangunan Diri

Tajuk : Pendidikan Kesihatan Remaja

Komponan Penggabungjalinan : -

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori – Guru memperkenalkan tentang tajuk hari ini berkenaan maksud Pendidikan
Kesihatan Remaja, mengenalpasti cara untuk menjaga kesihatan fizikal melalui penjagaan
fizikal, kesihatan mental dan hubungan sosial, serta penyakit berjangkit.

Amali – Kami semua diarahkan untuk membaca bahan sumber rujukan ( slaid ) yang telah
disediakan dengan tujuan untuk memudahkan kami. Setelah membaca dan menghayati info-
info tersebut, kami diuji dengan kefahamanan kami dengan menjawab kuiz yang sekaligus
merupakan bukti kehadiran kami pada hari itu.

Tafakur – Dapat menunjukkan sikap merasa lebih positif melalui tajuk yang dipelajari dan
berubah kepada individu yang lebih baik.

Tugasan : Kami diminta untuk menjawab kuiz kesihatan yang telah dibagi dan menulis
laporan perjumpaan dibuku log kami masing-masing.

Disemak oleh,

……………………………….
Cik Farahin

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 24/06/2021

Masa : 2.30 – 3.30 ptg

Tempat : Whatsapp dan Youtube

Guru Pemimpin : Pn Kasmawati & Pn. Sarah Nabilah

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Pertolongan Cemas & Keluarga dan Masyarakat

Tajuk : Anduh Dan Balutan, Alatan Merbahaya dan Asas Pertolongan
Cemas

Komponan Penggabungjalinan : -

- Tanggungjawab pada jiran dan masyarakat

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori – Guru memperkenalkan tentang tajuk hari ini berkenaan definisi pertolongan cemas,
cara menggunakan anduh ketika kecemasan, menjaga alat merbahaya, mempelajari teknik-
teknik balutan anduh yang betul, kotak pertolongan cemas, ikatan dan simpulan anduh yang
besar dll.

Amali – Kami menulis nota slide oleh guru dan menonton video balutan anduh yang telah
diberikan oleh guru. Setelah selesai menontonnya, kami diarahkan untuk membuat video
pendek mengenai cara-cara balutan anduh.

Tafakur – Aktiviti ini memberi beberapa faedah, antaranya ialah kami dapat menunjukkan
sikap saling bantu membantu dengan orang sekeliling apabila terdapat kecederaan yang
dialami serta ia agak membantu kami untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tugasan : Kami diminta untuk membuat video pendek cara-cara balutan anduh dan hantar
video tersebut di Team.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Sarah Nabilah

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 01/07/2021

Masa : 2.30 – 3.30 ptg

Tempat : Whatsapp dan Microsoft Forms

Guru Pemimpin : Pn NurulAin & Pn. Ida Royani

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Alam Sekitar & Keluarga dan Masyarakat & Kemahiran

Tajuk : Gotong Royong Keceriaan/ Pemuliharaan Alam Sekitar

Komponan Penggabungjalinan : -

- Pengurusan rumahtangga Dalam Rumah dan Luar rumah

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori – Guru memperkenalkan tentang aktiviti hari ini dengan meminta kami menonton video
dan membaca slide yang telah disediakan.

Amali – Kami menulis nota slide oleh guru tentang pemuliharaan alam sekitar menurut
pandangan islam, ciri-ciri persekitaran yang bersih, dan gambar persekitaran yang bersih dan
kotor. Kesimpulannya, kebersihan itu sangat penting demi kebaikan individu dan orang-orang
sekeliling.

Tafakur – Mengetahui tentang pengetahuan dan kaedah pemuliharaan alam sekitar dan
Memupuk semangat gotong royong dalam diri.

Tugasan : Kami diminta untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah, tandas rumah
dan membuang kotoran di tong sampah dan memuatnaik gambar persekitaran rumah
kediaman. Kami dibolehkan untuk membersihkan Kawasan luar rumah di setiap sudut.
Gambar yang dimuatnaik itu adalah sebelum dan selepas dibersihkan sesuai dengan tema
aktiviti di link google form yang telah guru sediakan sebagai bukti penyertaan dan kehadiran.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Nurul Ain

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 08/07/2021

Masa : 2.30 – 3.30 ptg

Tempat : Whatsapp, Microsoft Forms & Tiktok

Guru Pemimpin : Pn Juliah Binti Mahmod & Cik Farahin

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Alam Sekitar & Keluarga dan Masyarakat

Tajuk : Berbakti Kepada Alam Sekitar/ Tanaman

Komponan Penggabungjalinan : -

- Projek Taman Puteri/ Lanskap

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori – Guru memberi makluman dalam Whatsapp Group berkenaan tugasan serta pautan
Microsoft Form tentang tugasan yang perlu dibuat oleh kami.

Amali – Kami membuka link yang disediakan oleh guru iaitu tentang projek Taman Puteri
dan lanskap. Kami perlu sediakan alatan menanam pokok, antaranya ialah pasu, baja, biji
benih/anak pokok dan tanah yang sesuai digunakan. Setelah itu, kami diminta untuk
memulakan aktiviti ini dengan menanam pokok pilihan kami.

Tafakur – Kami dapat Mempertingkat kefahaman dan pengetahuan tentang kepentingan
menjaga alam sekitar, menghargai alam semula jadi, menyedari kebesaran Ilahi, minat Sains,
peka kepada alam sekeliling serta terdedah dengan cara membuat penanaman.

Tugasan : Kami diberi tugasan untuk menanam pokok dan memuatnaik tugasan yang
diberikan di media sosial. Kami dikehendaki membuat Video atau gambar penanaman pokok,
Memuatnaik ke media sosial, Membuat Tanda pagar #PPIMMRMSMTMFS #ALAM SEKITAR.
Kami juga diminta untuk mencatat laporan perjumpaan di dalam buku log masing-masing.

Disemak oleh,

……………………………….
Cik Farahin

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 15/07/2021

Masa : 2.30 3.30 ptg

Tempat : Whatsapp & Wordwall

Guru Pemimpin : Pn Sarah Nabilah & Pn. Kasmawati

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Kerohanian

Tajuk : Doa-doa Harian

Komponan Penggabungjalinan : -

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori Guru memulakan perjumpaan dengan meminta kami untuk membaca arahan yang
telah disediakan.

Amali Kami membuka link yang disediakan oleh guru tentang doa harian yang boleh
diamalkan. Antaranya adalah doa makan, sebelum dan selepas tidur, doa hendak keluar
berjalan, doa masuk dan keluar tandas, doa selepas solat fardhu dan banyak lagi. Sambil
menonton video doa-doa harian dan kami dikehendaki untuk menghafal doa-doa tersebut.

Tafakur Dengan aktiviti menghafal doa-doa harian ini, kami dapat mengamalkan,
mengingati dan memahami makna bagi setiap doa yang telah dihafal.

Tugasan : Kami diberi tugasan untuk dikehendaki menjawab latihan yang telah disediakan
di worldwall https://wordwall.net/play/19130/858/586. Kami juga diminta untuk mencatat
laporan perjumpaan di dalam buku log masing-masing.

Disemak oleh,

Puan Kasmawati

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 29/07/2021

Masa : 2.30 – 3.30 ptg

Tempat : Whatsapp & Wordwall

Guru Pemimpin : Pn NurulAin & Pn. Ida Royani

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Rekreasi & Aktiviti & Pendidikan Luar

Tajuk : Asas-asas Perkhemahan

Komponan Penggabungjalinan : -

- Ikatan dan Simpulan, Asas pertolongan cemas, Keselamatan dan Peralatan

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori – Guru memperkenalkan tentang aktiviti hari ini dengan meminta kami untuk menonton
video cara memasang khemah.

Amali – Kami membuka video tersebut dan menuliskan nota tentang asas-asas
perkhemahan yang terdiri daripada beberapa alatan yang digunakan. Antaranya ialah kami
juga mengaplikasi pelajaran lalu tentang ikatan dan simpulan di topik perkhemahan ini. Jika
berlaku kecederaan semasa perkhemahan kami juga telah mempelajari asas pertolongan
cemas dan cara membalutnya menggunakan anduh. Kami juga perlu berhati-hati dalam
menggunakan alatan tajam untuk menghasilkan sebuah khemah. Peralatan yang tajam akan
membawa keburukan jika tidak digunakan dengan cara yang betul.

Tafakur – Melalui aktiviti ini, kami semua dapat memupuk sikap bersemangat tinggi dan
berdikari dalam melakukan asas perkhemahan, ikatan, pertolongan cemas ketika camping
dan menjaga keselamatan diri.

Tugasan : Kami diarahkan untuk menjawab soalan di link google form yang telah guru
sediakan bagi menguji kefahaman dan kehadiran kami.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Ida Royani

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 05/08/2021

Masa : 2.30 – 3.30 ptg

Tempat : Whatsapp & Microsoft Form

Guru Pemimpin : Pn Juliah Binti Mahmod & Pn. Hani Ulya

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Pengurusan Rumahtangga & Kemahiran

Tajuk : Petua Menghilangkan Kotoran Degil

Komponan Penggabungjalinan : -

- Pengurusan Rumah Tangga dalam rumah, menjaga, mengemas, membersih dll
- Membersihkan cadar, merapikan barangan diri

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori – Guru memberikan slide untuk kami menyalin nota mengenai petua menghilangkan
kotoran degil pada pakaian, kasut, beg dan lain-lain serta cara menjaga kebersihan di rumah
dan ciri-ciri rumah yang bersih.

Amali – Kami dikehendaki untuk mengemas bilik tidur masing-masing. Antaranya ialah,
Melipat selimut dan meletakkannya di tepi katil, Menegangkan cadar, Menyusun buku-buku,
Melipat kain, membersihkan kasut dan stokin dsb.

Tafakur – Dengan ini kami semua dapat memupuk sikap sentiasa menjaga kebersihan
rumah agar sentiasa rapi dan kemas. Hal ini dikatakan demikian kerana kita haruslah
mengamalkan suasana persekitaran yg bersih dan sihat untuk kebaikan kita dan orang
sekeliling.

Tugasan : Kami dikehendaki mengambil 2 gambar sebelum dan selepas mengemas bilik
tidur. Setelah itu, kami diarahkan untuk menghantar gambar tersebut di Micorsoft Teams.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Hani Ulya

CATATAN AKTIVITI

Tarikh : 12/08/2021

Masa : 2.30 – 3.30 ptg

Tempat : Whatsapp & Microsoft Forms

Guru Pemimpin : Pn Juliah Binti Mahmod & Pn. Hani Ulya

Tahap : Puteri Bongsu & Kecil

Bidang dalam kurikulum : Kepimpinan

Tajuk : Pemilihan Jawatankuasa Semester 2, Pengambaran
majalah Glory, Penyiapan buku log

Komponan Penggabungjalinan : -

Isi Penting :

Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian

Teori – Guru memulakan perjumpaan dengan menghantar agenda pertemuan pada hari ini
dengan kami. Kami diberikan cara mengundi ahli jawatankuasa yang baru. Seterusnya, kami
diberi penerangan tentang panduan cara mengambil gambar untuk tujuan penghantaran
ke majalah Glory.

Amali – Selain itu, kami telah diminta mengundi sebelum 13 Ogos, 10 malam juga
diambil sebagai sebagai tanda kehadiran. Kami diminta untuk memuatnaik gambar sebelum
ataupun pada 20 Ogos 2021 untuk jawatankuasa ICT ambil alih.

Tafakur – Kami dapat memupuk sikap sentiasa mendisiplinkan diri dengan pengurusan
masa yang baik apabila dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang
ditetapkan.

Tugasan : Kami dikehendaki menuliskan di dalam buku log aktiviti perjumpaan kami pada
hari ini serta mengundi orang-orang yang layak mengambil jawatan tersebut.

Disemak oleh,

……………………………….
Puan Juliah binti Mahmod


Click to View FlipBook Version