BUKU LOG
ppim
2020 & 2021
NAMA : NURSYAKILA ATIRAH BINTI SURIANTO
KELAS : 3 AL - KINDI
NO. MATRIKS : HS 190044
SEKOLAH : MRSM TUN MUHAMMAD FUAD
STEPHENS
LAPORAN
2020
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 5/2/2020
2.00 – 4.00 ptg
Masa : Kelas Riyadhhus an-Najihin
Pn Juliah Mahmod & Pn. Amira Farzana
Tempat : Puteri Bongsu & Kecil
Pengenalan Ppim & Pengurusan Dan Pentadibiran
Guru Pemimpin : Kenali PPIM
Tahap :
Bidang dalam kurikulum :
Tajuk :
Komponan Penggabungjalinan :
- Kemahiran (Asas Komputer)
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan
Teori – Guru yang bertugas menerangkan beberapa konsep asas dalam PPIM iaitu
pengenalan PPIM , Sejarah PPIM , Pengasas PPIM , pengiktirafan kerajaan dan
struktur organisasi PPIM . Selain itu , kami juga diterangkan tantang pakaian rasmi
seragam PPIM , cogankata puteri, bendera PPIM , sekolah , negeri dan negara ,
lencana ppim , sekolah dan jata Malaysia , lagu PPIM , sekolah , negeri dan negara
, bacaan asmaul husna , lafaz ikrar puteri dan suluh kata PPIM .
Amali –Kami dikehendaki untuk membentangkan beberapa pelajaran yang telah
kami dapat belajar pada hari ini.
Tafakur – Kami sentiasa menunjukkan sikap kecintaan kepada persatuan dan
semangat yang membara dalam organisasi persatuan .
Tugasan : Kami dikehendaki menulis laporan perjumpaan pada hari ini dalam buku
log masing masing dan menampal beberapa keping gambar serta mencari maklumat
yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari dalam buku log masing masing .
Disemak oleh ,
____________________
Puan Juliah Mahmod
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 18/2/2020
2.00 4.00 ptg
Masa : Foyer Pejabat.
Pn Kasmawati & Pn. Hani Ulya
Tempat : Puteri Bongsu & Kecil
Pengenalan Ppim & Pengurusan Dan Pentadibiran
Guru Pemimpin : Kenali PPIM
Tahap :
Bidang dalam kurikulum :
Tajuk :
Komponan Penggabungjalinan : -
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan
Teori Guru yang bertugas menerangkan tentang beberapa perkara seperti asas
kawad kaki , cara menaikkan bendera , tatacara perjumpaan & penutupan dan cara
melipat bendera . Perkara-perkara tersebut akan dilakukan setiap kali perjumpaan
PPIM .
Amali Kami dikehendaki membuat praktikal perjumpaan PPIM yang rasmi
sehingga berjaya pada perjumpaan kali ini .
Tafakur Kami mengetahui tentang tatacara penuh perjumpaan sepanjang
perjumpaan berlangsung . Kami juga dapat menunjukkan sikap kecintaan kepada
persatuan dan semangat dalam organisasi PPIM .
Tugasan : Kami di minta untuk menulis laporan perjumpaan pada hari ini dan di
minta untuk sentiasa mempraktikkan tatacara ini ketika setiap kali perjumpaan
supaya tatacara perjumpaan kami lengkap dan sempurna .
Disemak oleh ,
____________________
Puan Kasmawati
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 21/02/2020
Masa : 12.30 – 1.30 ptg
Tempat : Dewan Seraya Kuning
Guru Pemimpin : Pn Juliah Binti Mahmod
Tahap : Puteri Bongsu & Kecil
Bidang dalam kurikulum : Kesihatan dan pembangunan diri
Tajuk : Kebersihatan diri, Jenis Najis dan Cara
Menyucikan.
Komponan Penggabungjalinan : -
Isi Penting :
Teras – Pelajar mengikuti program bicara puteri yang merupakan program sekolah.
Guru memulakan perjumpaan dengan bacaan doa.
Teori – Guru memberikan pendedahan tentang kepentingan kebersihan dalam
kehidupan kerana Allah SWT mensyariatkan untuk semua manusia untuk menjaga
kebersihan . Kami telah diberikan penerangan dalil menjaga kebersihatan dan
hikmah menjaga kebersihan diri khusus bagi wanita haidh. Seterusnya, guru yang
bertugas juga menyentuh tentang najis ringan , sederhana dan berat . Antara najis
ringan adalah najis mukhaffah iaitu air kencing seorang bayi lelaki yang berumur 2
tahun ke bawah . Manakala najis sederhana ialah najis mutawasittah iaitu najis
pertengahan seperti kotoran yang terdapat binatang dan manusia . Najis paling berat
adalah najis Mughallazah seperti najis anjing dan babi iaitu air liur mereka
merupakan najis yang yang berat.
Amali – Selain itu , kami disoal secara rawak cara untuk menyucikan ketiga-tiga
najis ini iaitu najis ringan , sederhana dan berat . Cara untuk membersihkan najis
mukhaffah adalah hanya percikkan air ke atas najis tersebut . Cara membersihkan
najis mutawasittah pula adalah cuci dengan air mutlak hingga hilang tiga perkara
iaitu warna , bau dan rasa . Cara membersihkan najis mughallazah adalah basuh tujuh
kali dan salah satu basuhan itu hendaklah air yang dicampurkan dengan tanah .
Tafakur – Kami dapat memupuk sikap sentiasa menjaga kebersihan diri agar diri
sentiasa bersih dan sihat untuk berjumpa dengan Allah dalam solat . Kami juga
sentiasa disenangi oleh orang sekeliling seperti keluarga , rakan dan sebagainya .
Tugasan : Kami dikehendaki menjawab soalan quizizz yang telah disediakan oleh
guru . Selepas itu , kami diminta untuk menuliskan laporan di dalam buku log aktiviti
mengikuti ceramah kami pada hari ini .
Disemak oleh ,
___________________
Puan Juliah Binti Mahmod
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 19/09/2020
Masa : 12.30 – 1.30 ptg
Tempat : Padang outdoor
Guru Pemimpin : Pn Juliah Binti Mahmod
Tahap : Puteri Bongsu & Kecil
Bidang dalam kurikulum : Pendidikan Luar
Tajuk : Hari Sukaneka Unit Beruniform
Komponan Penggabungjalinan : -
Isi Penting :
Teras – Pelajar mengikuti program Hari sukaneka Unit Beruniform . Pelbagai
pertandingan sukan yang diadakan seperti bola jaring , bola tampar , futsal dan
sebagainya .
Teori – Kami telah dipilih secara berkumpulan untuk menyertai pertandingan seperti
bola jaring , bola tampar , futsal dan sebagainya . Didalam kumpulan terdapat
pelbagai tingkatan . Ada juga di antara kami yang menjadi penyokong dan ada juga
yang bertanding .
Amali – Kumpulan yang jadi penyokong mesti bersorak untuk kumpulan kami
supaya kumpulan yang bertanding lebih bersemangat . Selain itu , penyokong juga
perlu memastikan pasukan kami mendapat makanan dan minuman yang lengkap
untuk memastikan ahli pasukan kami sentiasa kekal bertenaga setiap hari.
Tafakur – Kami dapat bekerjasama dengan baik semasa pertandingan berlangsung
. Sukaneka yang dipertandingkan ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk
bersama kumpulan PPIM . Saya akan berusaha untuk menjadikan diri saya terlibat
dengan aktif dalam pelbagai sukan seperti bola tampar . Saya juga dapat mencipta
pengalaman yang bermakna bersama rakan-rakan PPIM tidak kira umur .
Tugasan : Kami diminta untuk menuliskan laporan tentang sukaneka tersebut di
dalam buku log PPIM masing-masing .
Disemak oleh ,
___________________
Puan Juliah Binti Mahmod
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 23/9/2020
2.00 – 4.00 ptg
Masa : Surau
Pn Ida Royani & Pn. NurulAin
Tempat : Puteri Bongsu & Kecil
Kerohanian & Kesihatan & Tugas Pembangunan
Guru Pemimpin : Diri
Praktikal wudhuk dan solat
Tahap :
Bidang dalam kurikulum :
Tajuk :
Komponan Penggabungjalinan : -
- Wudhuk dan Solat
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan
Teori – Guru yang bertugas menerangkan tentang konsep wudhuk dan solat .
Amali – Perjumpaan kali ini kami dikehendaki untuk melaksanakan tatacara
wudhuk dan solat dengan betul . Kami diberi borang penilaian solat dan borang
muhasabah untuk dinilai . Guru yang bertugas akan menilai solat kami dan
menulisnya di dalam borang muhasabah . Kami dinilai mengikut tingkatan supaya
dapat memudahkan guru untuk menilai . Sekiranya pelajar mempunyai kesalahan
semasa penilaian berlangsung , pelajar tersebut diminta untuk memperbaiki
kesalahan tersebut .
Tafakur – Kami dapat mengetahui tahap level kami dalam solat . Kami dapat
menunjukkan sikap kehambaan kepada Allah SWT dan akan sentiasa berusaha
menjadi hamba yang lebih baik .
Tugasan : Kami diberikan semula borang tersebut dengan markah yang ditulis untuk
dilihat dan diminta untuk menilainya serta sentiasa memperbaiki kesalahan solat dan
wudhuk kami yang salah supaya solat kami sah dan sempurna . Kami juga diminta
untuk menulis laporan perjumpaan pada hari ini .
Disemak oleh ,
__________________
Puan Ida Royani
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 30/9/2020
Masa : 2.00 – 4.00 ptg
Tempat : Bilik Komputer
Guru Pemimpin : Pn Juliah Mahmod & Pn. Amira Farzana
Tahap : Puteri Bongsu & Kecil
Bidang dalam kurikulum : KEROHANIAN DAN KELUARGA DAN
MASYARAKAT
Tajuk : Institusi keluarga yang bersih, salasilah keluarga,
tanggungjawab pada jiran & masyarakat, sikap menghormati ibu bapa, keluarga,
orang dewasa, rakan sebayaseni cetak, asas komputer
Komponan Penggabungjalinan : -
- Kemahiran : Seni cetak (Kad Lahir), Asas Komputer
Isi Penting :
Teras – Menyanyikan lagu asmaul husna dan membaca doa dalam Qur’an dengan
tajwid yang betul.
Teori – Guru yang bertugas menerangkan beberapa perkara yang amat penting pada
perjumpaan kali ini seperti Riwayat Hidup Rasulullah S.A.W, tarikh kelahirannya ,
nama ibu bapanya , tarikh wafat baginda , putera & puteri baginda, ciri-ciri akhlak
yang mulia , sifat Allah 20 , rukun iman dan rukun Islam . Selain itu , kami juga
ditterangkan tentang institusi keluarga yang bersih , salasilah keluarga ,
tanggungjawab pada jiran & masyarakat , sikap menghormati ibu bapa , keluarga ,
orang dewasa , rakan sebaya , seni cetak dan asas computer.
Amali – Perjumpaan kali ini kami dikehendaki untuk membuat kad lahir kepada
orang yang kami sayangi seperti ibu bapa , rakan di asrama , guru atau sebagainya.
Saya membuat kad lahir untuk ibu bapa saya yang banyak berkorban sepanjang
hidup mereka untuk saya . Kami melakukan kad lahir tersebut sebagai tanda
peringatan dan penghargaan kami kepada orang yang kami sayangi .
Tafakur – Kami dapat menunjukkan sikap positif seperti menghormati dan
menghargai kepada orang yang kami sayangi atau orang yang berjasa di sekeliling
kami .
Tugasan : Kami dikehendaki untuk menyiapkan kad lahir tersebut dan menampal
di buku log masing-masing . Selain itu , kami juga diminta untuk menyiapkan
laporan perjumpaan kali ini .
Disemak oleh ,
____________________
Puan Juliah Mahmod
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 7/10/2020
Masa : 2.00 4.00 ptg
Tempat : Kelas riyaddhus an-Najihin
Guru Pemimpin : Pn Kasmawati & Pn. Wardah
Tahap : Puteri Bongsu & Kecil
Bidang dalam kurikulum : KEROHANIAN DAN KELUARGA DAN
MASYARAKAT
Tajuk : Konsep Kenali Diri (Sebagai Hamba Dan Khalifah
Allah, Perubahan Emosi Dan Fizikal Mengikut Umur), Pergaulan Dalam Keluarga,
Konsep Kejiranan.
Komponan Penggabungjalinan : -
- Kepimpinan
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan
Teori Guru yang bertugas menerangkan tentang Konsep Kenali Diri (Sebagai
Hamba Dan Khalifah Allah , Perubahan Emosi Dan Fizikal Mengikut Umur) dan
Pergaulan Dalam Keluarga dan Konsep Kejiranan .
Amali Kami dikehendaki untuk berbincang bersama rakan tentang tajuk yang
dipelajari pada hari ini . Kami juga dikehendaki untuk membuat pembentangan
tantang beberapa tajuk yang dipelajari .
Tafakur Kami dapat menunjukkan sikap kehambaan kepada Allah SWT dan
sentiasa berusaha menjadi hamba yang lebih baik dari hari yang sebelumnya .
Tugasan : Kami dikehendaki untuk menulis apa yang kami dapat pelajari dari
perjumpaan kali ini di buku log masing-masing .
Disemak oleh ,
____________________
Puan Kasmawati
LAPORAN
2021
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 03/03/2021
Masa : 2.30 – 3.30 ptg
Tempat : Microsoft Teams dan Whatsapp
Guru Pemimpin : Pn Juliah Binti Mahmod
Tahap : Puteri Bongsu & Kecil
Bidang dalam kurikulum : Kesihatan dan Tugas Pembangunan Diri &
Kemahiran.
Tajuk : Penerangan Pertandingan Stem On Challenge,
Pemakanan Seimbang dan Hidangan.
Komponan Penggabungjalinan : -
- Pemakanan Seimbang dan Penyediaan Hidangan Makan
tengahari/sarapan/malam
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori – Guru yang bertugas menerangkan tentang Konsep Pemakanan Seimbang,
hidangan makanan yang sesuai dimakan semasa sarapan , makan tengah hari dan
makan malam . Selain itu , guru yang bertugas juga berkongsi tentang resepi-resepi
makanan yang mudah diikuti dan Penerangan Pertandingan Stem On Challenge .
Amali – Kami dikehendaki untuk membuat hidangan makan tengahari untuk
keluarga dan menuliskan resepinya .
Tafakur – Kami akan membuat perubahan dalam makanan seharian dan mengambil
makanan yang sihat mengikut Piramid Makanan Malaysia mulai hari ini .
Tugasan : Kami dikehendaki untuk menulis penerangan dan pekongsian guru di
buku log masing-masing . Selain itu , kami juga dikehendaki untuk menulis laporan
perjumpaan kali ini . Akhir sekali kami dikehendaki menghantar gambar masakan
dan resepi yang telah kami buat didalam Microsoft Teams .
Disemak oleh ,
_______________________
Puan Juliah Binti Mahmod
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 10/03/2021
2.30 – 3.30 ptg
Masa : Microsoft Teams dan Whatsapp
Pn Sarah Nabilah
Tempat : Puteri Bongsu & Kecil
Alam Sekitar & Kemahiran.
Guru Pemimpin : Gubahan Bahan Terbuang/Puteri Kreatif
Tahap :
Bidang dalam kurikulum :
Tajuk :
Komponan Penggabungjalinan : -
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori – Guru yang bertugas menerangkan beberapa definisi dan jenis-jenis bahan
yang boleh dikitar semula seperti kotak telur dan botol plastik . Selain itu, kami juga
diterangkan tentang kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar dan manusia .
Amali – Pelajar dikehendaki menghasilkan gubahan bunga menggunakan bahan
terbuang bebas . Selepas kami menyiapkannya , kami dikehendaki menangkap
beberapa keping gambar hasil gubahan bunga dan menulis laporan perjumpaan pada
hari ini di buku log PPIM masing-masing.
Tafakur – Kami menghargai alam sekeliling yang indah ini dan sentiasa
memanfaatkan penggunannya untuk kebaikan dunia .
Tugasan : Kami dikehendaki menulis laporan perjumpaan kali ini dan menyiapkan
gubahan bunga yang diperbuat daripada bahan terbuang . Selepas itu , kami
dikehendaki untuk menghantar tugasan tersebut di Microsoft Teams .
Disemak oleh ,
____________________
Puan Sarah Nabila
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 17/03/2021
2.30 3.30 ptg
Masa : Whatsapp & Youtube
Pn Kasmawati
Tempat : Puteri Bongsu & Kecil
Kemahiran.
Guru Pemimpin : Jahitan Asas: Jelujur, kia, sembat
Tahap :
Bidang dalam kurikulum :
Tajuk :
Komponan Penggabungjalinan : -
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori Guru yang bertugas meminta pelajar melihat video di youtube untuk
mengetahui beberapa konsep jahitan seperti definisi, jahitan asas seperti jelujur, kia
dan sembat.
Amali Pelajar dikehendaki untuk menjahit kain yang terkoyak yang terdapat di
rumah seperti baju , seluar dan kain sarung . Selepas itu , pelajar dikendaki
mengambil gambar sebelum dan selepas jahitan .
Tafakur Kami dapat belajar perkara perkara asas dalam jahitan dan cara untuk
menjahit kain yang koyak . Kami juga akan sentiasa menjaga dan menguruskan diri
dengan baik . Akhir sekali kami akan sentiasa menghargai barang-barang elok
mahupun tidak berapa baik yang ada di rumah .
Tugasan : Kami diminta untuk menyiapkan laporan perjumpaan kali ini dan
menjahit kain yang terkoyak yang ada di rumah . Selain itu sekiranya kami telah
berjaya menyiapkan tugasan tersebut , kami dikehendaki untuk menghantar tugasan
tersebut di Microsoft Teams .
Disemak oleh ,
___________________
Puan Kasmawati
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 24/03/2021
2.30 – 3.30 ptg
Masa : Microsoft Teams dan Whatsapp
Pn Amira Farzana & Pn. Hani Ulya
Tempat : Puteri Bongsu & Kecil
Keluarga dan Masyarakat & Kerohanian
Guru Pemimpin : Salasilah Keluarga/ Keluarga Bahagia
Tahap :
Bidang dalam kurikulum :
Tajuk :
Komponan Penggabungjalinan : -
- Membaca ayat suci al-Qur’an.
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori – Guru menerangkan bagaimana hendak Kenali keluarga kita, Kita sebagai
Hamba dan Khalifah Allah, keperluan muhasabah diri
Amali – Pelajar dikehendaki membuat folio mengenai salasilah keluarga masing-
masing . Dalam folio tersebut mestilah ada gambar atau maklumat keluarga mereka
. Selain itu , dalam folio itu juga mestilah ada salasilah keluarga ataupun family tree
. Akhir sekali , dalam folio tersebut juga perlu dinyatakan aktiviti sekeluarga .
Contoh aktiviti adalah solat berjemaah , membaca al-Quran berjemaah ataupun
tilawah , makan bersama , riadah bersama , menyambut Hari Raya dan sebagainya .
Tidak lupa juga untuk menyertakan gambar atau jadual aktiviti .
Tafakur – Kami menunjukkan sikap kehambaan kepada Allah dan berusaha
menjadi hamba yang lebih baik dari hari sebelumnya serta berbuat baik sesama
keluarga dan masyarakat sekeliling .
Tugasan : Kami dikehendaki untuk menulis laporan perjumpaan kali ini dan
menyiapkan folio mengenai salasilah keluarga tersebut . Sekiranya pelajar telah
menyiapkan folio tersebut , pelajar dikehendaki untuk menghantar di Microsoft
Teams .
Disemak oleh ,
___________________
Puan Amira Farzana
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 14/04/2021
Masa : 2.30 – 3.30 ptg
Tempat : Bilik Serbaguna, Asrama
Guru Pemimpin : Pn Amira Farzana & Pn. Farahin
Tahap : Puteri Bongsu & Kecil
Bidang dalam kurikulum : Pendidikan Luar
Tajuk : Al-Aqlu Salim Fi Jismi Salim : Sukan Dan
Permainan
Komponan Penggabungjalinan : -
- Permainan Tradisional dan Permainan Game moden
- Kepimpinan
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori – Guru yang bertugas menerangkan definisi sukan tradisional dan jenis-jenis
sukan tradisional seperti congkak , galah panjang dan batu seremban . Selain itu ,
kami juga diterangkan kepentingan mengetahui sukan tradisional dan nilai yang
boleh dijadikan amalan dalam permainan tradisional .
Amali – Pelajar dikehendaki untuk membuat beberapa kumpulan . Setiap kumpulan
mempunyai campuran tingkatan . Pelajar akan bermain di dalam kumpulan . Setiap
stesen mempunyai permainan yang berbeza supaya pelajar dapat merasa bermain
semua permainan yang ada .
Tafakur – Kami dapat menunjukkan sikap kerjasama dalam kumpulan dan dapat
berkomunikasi dengan baik bersama rakan tidak kira umur . Kami juga dapat
bermain permainan yang jarang kami main .
Tugasan : Kami dikehendaki untuk membuat laporan perjumpaan kali ini . Antara
permainan tradisional yang ada di stesen adalah congkak , sahiba juga permainan
Haji.
Disemak oleh ,
____________________
Puan Amira Farzana
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 19/05/2021
2.30 – 3.30 ptg
Masa : Whatsapp dan Youtube
Pn Juliah Binti Mahmod
Tempat : Puteri Bongsu & Kecil
Pendidikan Luar
Guru Pemimpin : Ikatan Dan Simpulan
Tahap :
Bidang dalam kurikulum :
Tajuk :
Komponan Penggabungjalinan : -
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori – Guru yang bertugas menerangkan pelajaran hari ini yang bertajuk jenis-jenis
ikatan berserta fungsinya dengan menayangkan gambar di dalam powerpoint serta
video kepada pelajar mengenai cara untuk membuat beberapa ikatan .
Amali – Kami dikehendaki untuk melihat video YouTube dan memahami slide
PowerPoint yang diberi oleh guru . Kami juga diminta menulis nota tentang ikatan
yang telah kami pelajari dan mendengar audio yang diberikan oleh guru .
Tafakur – Kami dapat menunjukkan sikap mencintai ilmu tidak kira dimana pun.
Kami juga berusaha untuk mempraktikkan ilmu ini dalam kehidupan seharian di
rumah serta menjadi seorang yang lebih berdisiplin melalui aktiviti yang dijalankan
. Selain itu , kami berusaha untuk menjadi seorang yang serba boleh .
Tugasan : Kami diminta untuk menulis laporan perjumpaan kali ini dan mengisi
borang form untuk kehadiran . Selain itu , kami diminta untuk menghasilkan video
atau gambar cara simpulan dan ikatan yang dipelajari hari ini dan memuat naik ke
akaun media social atau Microsoft Teams . Kami juga diterangkan bahawa syarat
penghasilan video atau gambar simpulan adalah hasil sendiri bukan ciplak.
Disemak oleh ,
___________________
Puan Juliah Binti Mahmod
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 17/06/2021
2.30 – 3.30 ptg
Masa : Whatsapp dan Microsoft Forms
Pn Amira Farzana & Cik Farahin
Tempat : Puteri Bongsu & Kecil
Kesihatan dan Pembangunan Diri
Guru Pemimpin : Pendidikan Kesihatan Remaja
Tahap :
Bidang dalam kurikulum :
Tajuk :
Komponan Penggabungjalinan : -
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori – Guru yang bertugas menerangkan beberapa tajuk pada perjumpaan kali ini
. Antaranya ialah maksud Pendidikan Kesihatan Remaja dan mengenalpasti cara
untuk menjaga kesihatan fizikal melalui penjagaan fizikal . Selain itu , kami juga
diterangkan tentang kesihatan mental dan hubungan sosial serta beberapa penyakit
berjangkit .
Amali – Kami dikehendaki untuk baca dan hayati slide yang dikongsi berkenaan
kesihatan remaja . Selepas itu , kami dikehendaki untuk menjawab kuiz Microsoft
Form dan ianya juga adalah dikira sebagai kehadiran perjumpaan kali ini .
Tafakur – Kami dapat menunjukkan sikap merasa lebih positif melalui tajuk yang
dipelajari pada perjumpaan kali ini . Selain itu , saya juga dapat belajar perkara baru
yang sering terjadi kepada remaja . Akhir sekali , saya dapat berubah kepada individu
yang lebih baik .
Tugasan : Kami diminta untuk menjawab kuiz kesihatan yang diberi oleh guru .
Selepas itu , kami dikehendaki menulis laporan perjumpaan dibuku log PPIM
masing-masing .
Disemak oleh ,
____________________
Cik Farahin
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 24/06/2021
2.30 3.30 ptg
Masa : Whatsapp dan Youtube
Pn Kasmawati & Pn. Sarah Nabilah
Tempat : Puteri Bongsu & Kecil
Pertolongan Cemas & Keluarga dan Masyarakat
Guru Pemimpin : Anduh Dan Balutan, Alatan Merbahaya dan Asas
Tahap :
Bidang dalam kurikulum :
Tajuk :
Pertolongan Cemas
Komponan Penggabungjalinan : -
- Tanggungjawab pada jiran dan masyarakat
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori Guru yang bertugas menerangkan tentang tajuk hari ini berkenaan definisi
pertolongan cemas dan cara menggunakan anduh ketika kecemasan . Selain itu ,
kami diterangkan tentang tujuan pertolongan cemas , beberapa teknik balutan anduh
yang betul seperti balutan anduh besar , balutan anduh menaik dan balutan anduh
kecil . Akhir sekali kotak pertolongan cemas , ikatan dan simpulan.
Amali Kami dikehendaki baca dan hayati slideyang dikongsi berkenaan
pertolongan kecemasan . Selepas itu , kami dikehendaki menulis nota slide yang
diberi oleh guru dan menonton video balutan anduh untuk mengetahui cara balutan
anduh yang betul .
Tafakur Kami dapat belajar beberapa cara ikatan anduh . Kami juga dapat
menunjukkan sikap saling bantu membantu dengan orang sekeliling seperti keluarga
, rakan dan sebagainya apabila terdapat kecederaan yang dialami .
Tugasan : Kami diminta untuk membuat video pendek cara-cara balutan anduh dan
hantar video di Microsoft Teams . Selepas itu , kami diminta untuk menyiapkan
laporan untuk perjumpaan kali ini di buku log PPIM masing-masing.
Disemak oleh ,
____________________
Puan Kasmawati
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 01/07/2021
2.30 – 3.30 ptg
Masa : Whatsapp dan Microsoft Forms
Pn NurulAin & Pn. Ida Royani
Tempat : Puteri Bongsu & Kecil
Alam Sekitar & Keluarga dan Masyarakat &
Guru Pemimpin : Kemahiran
Gotong Royong Keceriaan/ Pemuliharaan Alam
Tahap :
Bidang dalam kurikulum :
Tajuk :
Sekitar
Komponan Penggabungjalinan : -
- Pengurusan rumahtangga Dalam Rumah dan Luar rumah
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori – Guru yang bertugas menerangkan tentang aktiviti hari ini dengan meminta
kami menonton video dan membaca slide yang disediakan.
Amali – Kami baca dan hayati slide dan video berkenaan tajuk hari ini yang dikongsi
oleh guru . Selepas itu , kami menulis nota slide yang diberi oleh guru tentang
pemuliharaan alam sekitar menurut pandangan islam , ciri-ciri persekitaran yang
bersih gambar persekitaran yang bersih dan kotor .
Tafakur – Kami dapat mengetahui perbezaan tempat bersih dan kotor . Selain itu
kami mengetahui tentang pengetahuan dan kaedah pemuliharaan alam sekitar . Kami
juga dapat memupuk semangat gotong royong dalam diri .
Tugasan : Kami diminta untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah seperti
tandas , dapur , ruang tamu dan sebagainya . Contoh aktiviti yang dilakukan semasa
membersihkan kawasan persekitaran adalah membersihkan tandas rumah dan
membuang kotoran di tong sampah . Kami dibolehkan untuk membersihkan
kawasan luar rumah di setiap sudut . Selepas itu , memuat naik gambar persekitaran
rumah kediaman sebelum dan selepas . Gambar yang dimuatnaik sebelum dan
selepas dibersihkan sesuai dengan tema aktiviti di link google form yang telah guru
sediakan sebagai bukti penyertaan dan kehadiran . Akhir sekali kami diminta untuk
menulis laporan perjumpaan pada hari ini .
Disemak oleh ,
____________________
Puan Nurul Ain
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 08/07/2021
2.30 – 3.30 ptg
Masa : Whatsapp, Microsoft Forms & Tiktok
Pn Juliah Binti Mahmod & Cik Farahin
Tempat : Puteri Bongsu & Kecil
Alam Sekitar & Keluarga dan Masyarakat
Guru Pemimpin : Berbakti Kepada Alam Sekitar/ Tanaman
Tahap :
Bidang dalam kurikulum :
Tajuk :
Komponan Penggabungjalinan : -
- Projek Taman Puteri/ Lanskap
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori – Guru memberi makluman dalam Whatsapp Group berkenaan tugasan serta
pautan Microsoft Form tentang tugasan yang perlu dibuat oleh kami untuk
perjumpaan kali ini .
Amali – Kami diminta membuka link yang disediakan oleh guru tentang projek
Taman Puteri dan lanskap . Kami perlu menyediakan alatan menanam pokok .
Antaranya ialah baja AB , pasu , baldi , tali mop , pokok pudina dan cocopeat .
Selepas itu , kami diminta untuk mengikuti langkah-langkah menanam pokok yang
terdapat dalam link tersebut .
Tafakur – Kami dapat mempertingkat kefahaman dan pengetahuan tentang
kepentingan menjaga alam sekitar . Selain itu kami dapat menghargai alam semula
jadi dan menyedari kebesaran Ilahi . Akhir sekali kami semakin minat dengan sabjek
Sains , peka kepada alam sekeliling . Tidak lupa juga kami mengetahui cara
membuat penanaman dengan baik .
Tugasan : Kami diberi tugasan untuk menanam pokok dan memuat naik tugasan
tersebut di media sosial yang diberikan di media social dengan membuat tanda pagar
#PPIMMRSMTMFS #ALAM SEKITAR . Akhir sekali , kami diminta untuk
mencatat laporan perjumpaan di dalam buku log masing-masing .
Disemak oleh ,
____________________
Puan Juliah Binti Mahmod
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 15/07/2021
Masa : 2.30 – 3.30 ptg
Tempat : Whatsapp & Wordwall
Guru Pemimpin : Pn Sarah Nabilah & Pn. Kasmawati
Tahap : Puteri Bongsu & Kecil
Bidang dalam kurikulum : Kerohanian
Tajuk : Doa-doa Harian
Komponan Penggabungjalinan : -
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori – Guru memulakan perjumpaan dengan meminta kami membaca arahan yang
disediakan
Amali – Kami membuka link yang disediakan oleh guru tentang doa harian yang
boleh diamalkan . Antaranya adalah doa sebelum dan selepas makan , doa sebelum
dan selepas tidur , doa hendak keluar berjalan , doa masuk dan keluar tandas , doa
selepas solat fardhu , doa sebelum naik kenderaan , doa sebelum dan selepas
berwuduk serta doa selepas azan . Kami diminta membaca dan menghafal video doa-
doa harian tersebut .
Tafakur – Kami dapat memupuk sikap sentiasa mengamalkan perkara baik seperti
doa harian . Selain itu , kami dapat mengingati dan memahami makna bagi setiap
doa yang di hafal .
Tugasan : Kami diberi tugasan untuk menjawab kuiz yang telah disediakan di
aplikasi worldwall . Link bagi kuiz tersebut adalah
https://wordwall.net/play/19130/858/586 . Kami juga diminta untuk mencatat
laporan perjumpaan hari ini di dalam buku log masing-masing.
Disemak oleh ,
____________________
Puan Sarah Nabilah
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 29/07/2021
Masa : 2.30 – 3.30 ptg
Tempat : Whatsapp & Wordwall
Guru Pemimpin : Pn NurulAin & Pn. Ida Royani
Tahap : Puteri Bongsu & Kecil
Bidang dalam kurikulum : Rekreasi & Aktiviti & Pendidikan Luar
Tajuk : Asas-asas Perkhemahan
Komponan Penggabungjalinan : -
- Ikatan dan Simpulan, Asas pertolongan cemas, Keselamatan dan Peralatan
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori – Guru yang bertugas menerangkan tentang aktiviti hari ini dengan meminta
kami menonton video melalui link yang diberi . Perjumpaan kali ini menerangkan
cara memasang khemah .
Amali – Kami menonton video tersebut dan menuliskan nota tentang asas-asas
perkhemahan yang terdiri daripada beberapa alatan yang digunakan . Antaranya
ialah kain khemah , tetulang khemah , penutup khemah dan besi pasak khemah .
Kami juga mengaplikasi pelajaran lalu tentang ikatan dan simpulan di topik
perkhemahan ini . Jika berlaku kecederaan semasa perkhemahan kami telah
mempelajari asas pertolongan cemas dan cara membalutnya menggunakan anduh di
perjumpaan sebelunya . Kami juga perlu berhati-hati dalam menggunakan alatan
tajam seperti kayu yang tajam dan pisau untuk menghasilkan sebuah khemah .
Peralatan yang tajam akan membawa keburukan jika tidak digunakan dengan cara
yang betul .
Tafakur – Kami dapat memupuk sikap bersemangat tinggi dan berdikari dalam
melakukan asas perkhemahan , ikatan , pertolongan cemas ketika camping dan
menjaga keselamatan diri . Kami juga dapat memupuk sikap kerjasama dalam
kumpulan .
Tugasan : Kami diarahkan untuk menjawab soalan di link Microsoft Form yang
telah guru sediakan bagi menguji kefahaman kami dan ianya juga sebagai kehadiran
kami . Selepas itu , kami diminta untuk menyiapkan laporan perjumpaan .
Disemak oleh ,
____________________
Puan Nurul Ain
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 05/08/2021
Masa : 2.30 – 3.30 ptg
Tempat : Whatsapp & Microsoft Form
Guru Pemimpin : Pn Juliah Binti Mahmod & Pn. Hani Ulya
Tahap : Puteri Bongsu & Kecil
Bidang dalam kurikulum : Pengurusan Rumahtangga & Kemahiran
Tajuk : Petua Menghilangkan Kotoran Degil
Komponan Penggabungjalinan : -
- Pengurusan Rumah Tangga dalam rumah, menjaga, mengemas, membersih
dll
- Membersihkan cadar, merapikan barangan diri
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori – Guru memberikan slide untuk kami menyalin nota mengenai petua
menghilangkan kotoran degil pada pakaian , kasut , beg dll, cara menjaga kebersihan
di rumah dan ciri-ciri rumah yang bersih.
Amali – Kami dikehendaki untuk mengemas bilik tidur masing-masing . Antara
perkara yang kami lakukan semasa mengemas adalah melipat selimut dan
meletakkannya di tepi katil , menegangkan cadar , menyusun buku-buku , melipat
kain , membersihkan kasut dan stokin , mop lantai lap tingkap dan sebagainya .
Tafakur – Kami dapat memupuk sikap sentiasa menjaga kebersihan rumah agar
sentiasa rapi dan kemas . Selain itu , kami juga dapat sentiasa mengamalkan suasana
persekitaran yang bersih dan sihat . Akhir sekali , kami dapat menjaga kesihatan
dengan baik .
Tugasan : Kami dikehendaki mengambil 2 gambar sebelum dan selepas mengemas
bilik tidur . Kami juga diminta untuk menggabungkan kedua gambar tersebut
menjadi kolaj . Sekiranya kami telah menyiapkan tugasan tersebut kami diminta
untuk menghantar di link yang disediakan dan menulis nama masing-masing pada
fail gambar tersebut . Akhir sekali , kami diminta untuk menyiapkan laporan
perjumpaan di dalam buku log masing-masing .
Disemak oleh ,
______________________
Puan Juliah Binti Mahmod
CATATAN AKTIVITI
Tarikh : 12/08/2021
Masa : 2.30 – 3.30 ptg
Tempat : Whatsapp & Microsoft Forms
Guru Pemimpin : Pn Juliah Binti Mahmod & Pn. Hani Ulya
Tahap : Puteri Bongsu & Kecil
Bidang dalam kurikulum : Kepimpinan
Tajuk : Pemilihan Jawatankuasa Semester 2, Pengambaran
majalah Glory, Penyiapan buku log
Komponan Penggabungjalinan : -
Isi Penting :
Teras - Tatacara Perjumpaan & Penutupan dalam talian
Teori – Guru memulakan perjumpaan dengan menghantar agenda pertemuan pada
hari ini dengan kami . Kami diberikan cara mengundi ahli jawatankuasa yang baru
untuk semester kedua . Tingkatan 5 juga digalakkan untuk mengundi. Seterusnya ,
kami diberi penerangan tentang panduan cara mengambil gambar untuk tujuan
penghantaran ke majalah Glory .
Amali – Selain itu , kami telah diminta mengundi sebelum 13 Ogos , jam 10
malam . Ianya juga diambil sebagai tanda kehadiran . Kami diminta untuk memuat
naik gambar sebelum ataupun pada 20 Ogos 2021 untuk jawatankuasa tugas
mengedit gambar kami mengikut SOP . Selain itu , kami diminta untuk menyiapkan
penulisan aktiviti PPIM didalam buku log dan melaksanakan tugasan-tugasan yang
belum dilaksanakan .
Tafakur – Kami dapat memupuk sikap sentiasa mendisiplinkan diri dengan
pengurusan masa yang baik apabila dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
dalam masa yang ditetapkan . Kami juga dapat mengetahui cara pengambaran
mengikut SOP .
Tugasan : Kami dikehendaki mengundi jawatankuasa semester dua secepat
mungkin dan menuliskan laporan perjumpaan di dalam buku log masing-masing.
Disemak oleh ,
___________________
Puan Hani Ulya