BOLA BALING Menjaring Bola Baling Menjaring merupakan kemahiran dalam mendapatkan mata kemenangan kepada setiap sukan. Prinsip-prinsip yang perlu diterapkan dalam pemain ketika mengasah kemahiran dalam menjaringkan gol termasuklah mempunyai keyakinan diri dan dapat mengawal keseimbangan dan pengerakan badan dalam tempoh permainan. Selain itu, pemain perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada gerakkan yang ingin dilakukan di samping melakukan gerakan mengikut lajak. Untuk kemahiran menjaringkan gol, pemain perlu peka untuk menepati sasaran iaitu gelanggang gol. Penjaring gol juga perlu cekap menilai ruang yang kosong dan kedudukan penjaga gol semasa ingin membuat jaringan. Terdapat pelbagai teknik yang boleh dilakukan berdasarkan situasi tertentu dalam kemahiran jaringan. 1) Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala merupakan jaringan yang biasa dan mudah dilakukan. Teknik jaringan ini boleh dilakukan sama ada dalam keadaan statik mahupun dalam keadaan bergerak. Untuk melakukan jaringan ini, pemain perlu bergerak satu langkah ke hadapan dan membengkokkan kaki kanan. Berat badan hendaklah diletakkan pada kaki kiri, tangan yang memegang bola dibongkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala aras bahu. Seterusnya, lonjakan dilakukan dan tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membaling ke arah sasaran. Selepas selesai membuat jaringan, tangan dan badan perlu mengikut lanjak untuk kembali dalam keadaan bersedia menerima bola. 2) Jaringan dari Bawah Lengan/ Jaringan Lantun Jaringan dari bawah lengan atau jaringan lantun kurang berkesan untuk menjaringkan bola. Tetapi teknik jaringan ini boleh dilakukan bila kita menghadapi pemain yang berbadan tinggi. Dalam teknik ini, bola selalunya akan dijaringkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Dalam menjaringkan gol dari bawah lengan, kaki kiri pemain perlu melangkah ke hadapan sementara kaki kanan dibengkokkan dan membawa bola ke belakang bawah aras bahu. Kemudian, kaki kanan melangkah ke hadapan, bola melontar ke arah sasaran. Akhir sekali, kaki kiri dianjak ke belakang dan bola pada tangan kanan dilepaskan.
3) Jaringan lompat Untuk melakukan jaringan lompat, pemain perlu bergerak sebanyak tiga langkah (kurang daripada tiga langkah) sebelum membuat jaringan. Namun dalam pertandingan, jaringan ini sering dilakukan dan banyak gol diperolehi melalui jaringan lompat ini. Jaringan ini dilakukan selepas serangan pantas dan biasanya, jaringan dilakukan apabila posisi bola berada di puncak lompatan. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat jaringan. 4) Jaringan Sisi Jaringan sisi dihasilkan apabila pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain. Secara tiba-tiba dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakan badannya ke kiri, dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya. Pemain membawa bola lebih rendah dan menjaring secara mengejut di bawah lengan pihak lawan. 5) Jaringan menjunam Jaringan menjunam merupakan jaringan yang sukar and biasa dilakukan sekiranyan dalam kawasan balingan percuma. Pemain perlu membengkokkan badan supaya membesarkan sudut jaringan. Jaringan boleh dibuat sekiranyan pemain berada di luar garisan gol. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju kawasan gol. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran dan jaringan dibuat ketika berada di udara sebelum mendarat. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan badan.