KEMAHIRAN MEMBUAT
KEPUTUSAN
1
1.0
1.1
1.2
1.3
2.0 –
3.0
4.0
5.0
6.0
2
Kebolehan membuat keputusan adalah penentu kejayaan seseorang pemimpin.
Huraikan langkah–langkah membuat keputusan berkualiti. Jelaskan juga
bagaimana kemahiran kepemimpinan ini dapat membantu mencapai pengajaran
pembelajaran yang berkesan.
1.0 Pengenalan
1.1 Pengertian keputusan
Setiap individu perlu membuat keputusan dalam kehidupan seharian mereka bagi
menyelesaikan sesuatu masalah dan mencapai matlamat yang diingini. Tidak ada
seorang individu pun yang terkecuali daripada membuat keputusan sama ada keputusan
yang perlu dibuat adalah mudah ataupun kompleks. Keputusan merupakan satu proses
yang ditetapkan setelah membuat pilihan melalui pelbagai alternatif yang telah
dibincangkan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Proses pemilihan
daripada beberapa alternatif bertujuan untuk menepati keadaan sebenar atau situasi
yang dikehendaki supaya dapat membuat keputusan yang tepat dan berkesan. (Yusuff,
2004). Keputusan yang berkesan bergantung kepada kecekapan seseorang individu
dalam membuat pilihan melalui pelbagai alternatif yang telah dianalisis dan dipilih
sebelum membuat keputusan. Seseorang individu perlu mempunyai kemahiran
membuat keputusan yang bijak serta dapat menentukan akibat sesuatu alternatif yang
dipilih bagi menjamin keberkesanan keputusan yang dibuat.
1
1.2 Pengertian Tindakan Membuat Keputusan
Proses membuat keputusan amatlah penting dalam membuat sesuatu
perancangan agar ia berjalan dengan lancIa membolehkan seseorang individu untuk
membuat kesimpulan dan menilai mar dan sistematik. asalah yang dihadapi bagi
mendapatkan hasil yang diigini. Menurut Massie (1987), tindakan membuat keputusan
merujuk kepada tindakan yang dibuat daripada alternatif yang dipilih bagi tujuan
menyelesaikan masalah serta mencapai matlamat yang diharapkan. Jika keputusan
tersebut hanya dibuat melalui satu alternatif sahaja, ia akan menyebakan kegagalan
untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi kerana setiap pilihan mempunyai
kemungkinan dan hasil yang berbeza. Oleh itu, untuk membuat keputusan yang baik,
seseorang individu perlulah memcari maklumat dan membuat penelitian kepada pelbagai
alternatif bagi menjamin keberkesanan dan keberjayaan keputusan yang diambil.
Menurut Koontz dan Daniel (1978) tindakan membuat keputusan amat penting
kerana ia memainkan peranan sebagai nadi sesuatu perancangan. Tindakan ini
dilaksanakan bagi mendorong serta mengarahkan tingkah-laku sesebuah organisasi ke
arah pencapaian objektif yang telah ditentukan. Ia juga mewakili penilaian yang teliti dan
seimbang serta komitmen daripada ahli-ahli organisasi untuk bertindak (Bola, 2011).
Manakala menurut James Stoner, pembuatan keputusan merupakan proses mengenal
pasti dan memilih sesuatu tindakan serta alternatif sebagai kaedah pemecahan masalah
(Mathew, 2011). Selain itu, Robiah Sidin (1988) menyatakan bahawa tindakan membuat
keputusan ialah suatu proses berfikir dan membuat pertimbangan mengikut sesuatu
situasi yang telah dianalisis dengan terperinci. Manusia mempunyai akal yang
membolehkan mereka untuk berfikir dan membuat keputusan dengan tidak
2
menggunakan logik akal akan membuatkan keputusan tersebut tidak efektif dan
berkesan (Ainon Mohd, 2003). Oleh itu, proses pemikiran dalam membuat sesuatu
keputusan perlulah dilakukan secara mendalam dan mengenal pasti pelbagai tindakan
dan cara yang dapat digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Berdasarkan kesemua definisi yang telah diberikan diatas, dapat disimpulkan
bahawa pembuatan keputusan merupakan proses mengenal pasti masalah yang wujud,
menganalisis langkah-langkah penyelesaian masalah, membuat pilihan yang logik dan
terbaik berdasarkan alternatif yang sesuai, melaksanakan keputusan yang telah
dirancang dan membuat penilaian terhadap keberkesanan keputusan yang telah dibuat.
Oleh itu, amatlah penting bagi sesorang individu dan pemimpin untuk menilai segala
masalah dengan teliti dan membuat keputusan yang bijak bagi mencapai matlamat yang
diingini dalam sesebuah organisasi.
1.3 Peranan pemimpin dalam membuat keputusan
Pemimpin memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi bagi mencapai
matlamat yang ingin dikecapi. Salah satu peranan terpenting seorang pemimpin ialah
mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan yang berkesan. Keputusan yang
dibuat oleh seorang pemimpin akan menentukan kejayaan dan keberkesanan sesebuah
organisasi. Menurut Hussain (1991), seorang pemimpin akan membuat keputusan
berdasarkan kepada situasi atau persekitaran sekeliling individu atau sebuah kumpulan.
Cara pelaksanan keputusan tersebut juga memainkan peranan dalam menentukan
keberkesanan keputusan yang dibuat. Seorang pemimpin yang baik dapat merangka dan
membuat keputusan untuk mengawal keadaan serta menyelesaikan sesuatu masalah
dan memastikan objektif yang diingini dapat dicapai. Seorang pemimpin juga dapat
3
meramal masalah yang mungkin akan timbul daripada keputusan yang dibuat dan dapat
menyelesaikannya dengan cara berhemah (Er, 2012).
Pemimpin perlu aktif berfikir dan menganalisis kaedah penyelesaian dengan teliti
dalam membuat sesuatu keputusan. Maklumat yang diperoleh perlulah sesuai dan
relevan dengan keadaan persekitaran yang wujud. Jika keputusan dibuat dengan
maklumat yang tidak tepat, ia akan membawa kepada kegagalan pencapain matlamat
sesebuah organisasi dan tidak dapat mendapat keputusan yang diharapkan. Oleh itu,
amatlah penting bagi seseorang pemimpin untuk membuat keputusan yang rasional dan
berkesan bagi membimbing organisasi dan para anggotannya ke arah pencapaian
matlamat bersama. Seorang pemimpin yang berjaya perlu mempunyai kemahiran
membuat keputusan yang berkualiti serta boleh memberi kesan positif kepada
organisasinya.
4
4
2.0 Langkah–langkah membuat keputusan berkualiti.
Seseorang individu tidak boleh membuat keputusan dengan terburu-buru kerana ia
boleh menyebabkan kegagalan sesuatu keputusan tersebut. Ia memerlukan proses serta
langkah-langkah yang sistematik bagi membuat keputusan yang berkesan dan efektif.
Mengenal pasti Mengumpul dan Menjana
masalah menganalisis data alternatif
Menilai hasil Melaksanakan Memilih dan
keputusan keputusan menilai alternatif
Rajah 1. Langkah-langkah dalam proses membuat keputusan yang berkualiti
2.1 Mengenal pasti masalah
Langkah pertama dalam membuat sesuatu keputusan ialah mengenal pasti punca
dan sebab berlakunya peluang atau masalah yang dihadapi. Dengan mengenal pasti
masalah, seseorang individu dapat membuat pentafsiran secara jelas terhadap masalah
yang berlaku. Individu itu juga perlu mengenal pasti sama ada masalah tersebut
berpunca daripada faktor dalaman atau luaran serta membuat pemerhatian dan
pentafsiran yang teliti terhadap sesuatu masalah. Hal ini bagi membolehkan seseorang
individu tersebut membuat perancangan dan keputusan yang tepat. Selain itu, amatlah
penting untuk mengenal pasti masalah yang betul dengan membuat pemerhatian
persekitaran sekeliling, mentafsir situasi yang berlaku dan mengaitkan situasi tersebut
dengan masalah yang dihadapi. Tindakan ini bagi menjamin keberkesanan dan
5
keberjayaan keputusan yang dibuat kerana jika masalah tersebut tidak tepat, ia akan
mempengaruhi proses atau langkah membuat keputusan yang selanjutnya.
Seseorang individu perlu mengumpul maklumat berkaitan masalah yang dihadapi
dan menyenaraikan kemungkinan yang akan terjadi sebelum membuat tindakan. Apabila
ingin mengenal pasti dan memilih masalah atau peluang, terdapat beberapa kriteria yang
boleh diambil. Antaranya ialah seseorang individu perlu membuat penelitian masalah
dengan mengambil kira tahap kawalan masalah yang dihapadapi, sama ada individu
tersebut mampu atau tidak untuk mengawalnya. Seterusnya, seseorang individu perlu
memikirkan tahap kepentingan masalah yang berlaku dan kerumitan mencari solusi
kepada masalah tersebut. Perancangan mengenai tempoh masa yang akan diambil bagi,
sumber-sumber yang diperlukan dan kaedah yang sesuai bagi menyelesaikan masalah
juga perlu turut diambil berat ketika mengenal pasti masalah yang dihadapi. Dengan
melakukan perkara-perkara ini, seseorang individu dapat menjangkakan dan
memerhatikan kebolehan dan kebatasan sesuatu tindakan yang mampu dia dilakukan,
serta mengetahui kemungkinan yang mungkin berlaku sebelum membuat tindakan bagi
memperoleh keputusan yang berkualiti dan berkesan.
2.2 Mengumpul dan menganalisis data
Setelah mengetahui punca kepada masalah yang dihadapi, langkah kedua dalam
membuat keputusan berkualiti ialah mengumpul dan menganalisis maklumat serta data
yang diperoleh. Pengumpulan maklumat berkaitan sesuatu masalah yang telah dikenal
pasti amatlah penting dalam proses membuat keputusan. Hal ini dilakukan bagi
memastikan masalah yang dikenal pasti tersebut adalah tepat. Oleh itu, seseorang
individu perlulah memastikan maklumat yang diperoleh tersebut relevan dan sahih
6
dengan masalah yang telah dikenal pasti. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan
seseorang itu daripada membuat keputusan yang tidak efektif. Ia menjadi keutamaan
individu tersebut untuk membuat penelitian dan menganalisis maklumat dengan lebih
mendalam. Maklumat dan data berkaitan masalah perlulah dikumpul sebanyak yang
mungkin, tidak kiralah sama ada ia diperoleh daripada maklumat dalaman atau luaran
sesebuah organisasi tersebut. Maklumat tersebut perlulah meliputi dari segi situasi
sekeliling, isu yang terjadi atau peluang yang wujud.
Maklumat dan data boleh diperoleh dan dikumpul melalui pelbagai kaedah. Di
antaranya ialah, melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik, membuat pemantauan,
maklum balas dan sebagainya. Pengumpulan maklumat juga boleh dibuat melalui
kaedah menganalisa dokumen dimana seseoranng itu boleh menggunakan maklumat
yang sedia ada untuk membuat keputusan. Pemilihan kaedah pengumpulan data ini
perlulah sesuai berdasarkan masalah yang dikenal pasti bagi membuat keputusan yang
berkesan dan efektif. Pengumpulan maklumat yang mencukupi dan tepat amatlah
diperlukan kerana ini akan meningkatkan keberangkalian bagi kerberkesanan sesuatu
keputusan itu.
Setelah mengumpul dan mengutip data, seseorang individu perlu menganalisis data
tersebut demi memastikan ketepatan dan keberkesanan maklumat yang telah dikumpul
serta membolehkan skop masalah dapat diperkecilkan. Langkah ini juga bertujuan untuk
memastikan maklumat yang dikumpul berkualiti, tepat dan boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menganalisis data boleh dilaksanakan dengan
meringkaskan dan mempamerkan maklumat dengan menggunakan graf atau carta
7
supaya maklumat tersebut mudah difahami dan dapat gambaran yang jelas supaya dapat
membantu untuk membuat keputusan.
2.3 Menjana alternatif
Menjana alternatif ialah langkah seterusnya selepas memperoleh maklumat-
maklumat yang tepat dan sesuai digunakan sebagai rujukan untuk membuat keputusan.
Seseorang individu tidak boleh mengambil langkah yang terburu-buru dalam membuat
keputusan kerana tindakan ini akan membuatkan keadaan bertambah rumit. Seseorang
individu perlu memikirkan dan menyenaraikan semua alternatif bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi dengan sebaik mungkin, berdasarkan data atau maklumat yang
dikumpul. Kualiti dan ketepatan maklumat akan menentukan keberkesanan alternatif
yang dihasilkan. Penyenaraian alternatif dibuat bertujuan untuk menghasilkan keputusan
yang tepat dan alternatif tersebut perlulah bersesuaian dengan matlamat yang ingin
dicapai. Menjana alternatif kepada penyelesaian masalah bukanlah mudah dan tidak
boleh dibuat dalam masa yang singkat. Ia memerlukan ketelitian dan masa yang
secukupnya bagi membuat keputusan berdasarkan maklumat yang telah dianalisis.
Seseorang individu tidak perlu memikirkan alternatif bagi penyelesaian masalah
itu sendiri kerana penting bagi individu tersebut untuk menitikberatkan aspek situasi
sekeliling seperti mengambil kira pandangan dan kritikan orang lain. Penjanaan alternatif
boleh dibuat dengan menggunakan kaedah perbincangan di antara seseorang individu
dengan ahli-ahli di dalam organisasinya. Hal ini membolehkan pelbagai idea dan
cadangan dapat disumbangkan bagi membentuk alternatif yang berguna dan berkesan
untuk membuat sesuatu kepututsan. Alternatif yang diberikan menerusi perbincangan
yang telah dibuat, boleh diperkembangkan atau diubah suai menjadi alternatif yang baru
8
dan lebih berkesan. Penjanaan alternative merupakan langkah yang penting dalam
proses membuat keputusan bagi membolehkan seseorang itu meneliti dan menganilisis
pilihan yang sesuai untuk dijadikan sebagai kaedah membuat keputusan dan
penyelesaian masalah.
2.4 Menilai dan memilih alternatif
Membuat keputusan daripada alternatif yang telah disenaraikan tidak menjamin
keberkesanan keputusan tersebut. Alternatif yang telah dijana dan disenaraikan perlu
dinilai secara kritikal dan teliti terlebih dahulu sebelum dipilih sebagai cara penyelesaian
bagi sesuatu masalah. Seseorang individu perlu mentafsir dan membandingkan
kekuatan dan kelemahan alternatif yang telah dijana. Hal ini bertujuan untuk
membandingkan alternatif yang berkesan dan sesuai untuk dilaksanakan bagi membuat
sesuatu keputusan serta alternatif yang kurang berkesan dan boleh membawa kepada
kegagalan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, individu perlu memastikan
alternatif yang dipilih adalah rasional dan logik untuk dilaksanakan sebagai kaedah
penyelesaian masalah yang dihadapi.
Untuk menilai sesuatu alternatif, seseorang individu harus mempertimbangkan
sama ada jika alternatif dapat dikawal, kesesuaian pilihan yang akan dibuat untuk
menyelesaikan sesuatu masalah, keperluan sumber yang diperlukan untuk
melaksanakan alternatif tersebut, kemungkinan yang akan dihasilkan dan tempoh yang
diambil untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, penilaian alternatif juga melibatkan ahli-
ahli organisasi tersebut. Sesorang individu perlu menanyakan pendapat ahli-ahli
organisasinya tentang alternatif yang dipilih bagi memperoleh keputusan yang efektif dan
berkesan.
9
Setelah penilaian alternatif dilakukan, seseorang individu perlu memilih pilihan
yang terbaik daripada beberapa alternatif tersebut untuk dilaksanakan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Seseorang individu yang memainkan
peranan sebagai pemimpin atau ketua sesebuah organisasi memainkan peranan yang
penting dalam pemilihan alternatif dan tindakan ini perlulah dipilih dengan
mempertimbangkan kebolehan dan keupayaan organisasi bagi melaksanakan alternatif
tersebut serta persekitaran atau situasi sekeliling organisasi. Pemilihan alternatif juga
perlulah dibuat dengan teliti untuk memperoleh pilihan yang terbaik bagi membuat
sesuatu keputusan yang dapat memberikan keuntungan kepada semua pihak. Alternatif
yang baik akan menentukan keberkesanan sesuatu keputusan yang boleh membawa
kepada pencapaian matlamat sesebuah organisasi dan mengelakkan daripada
menjadikan masalah semakin rumit.
2.5 Melaksanakan keputusan
Setiap langkah yang dibuat amat penting bagi membuat keputusan yang berkesan
dan berkualiti. Jika rancangan dan strategi yang dibuat di dalam proses sebelum ini
dilaksanakan dengan teliti dan baik, manakala pelaksanaan keputusan tersebut akan
berjalan dengan lancar dan berkesan. Langkah seterusnya setelah menilai pilihan yang
dikumpul serta memilih alternatif yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ialah untuk
melaksanakan alternatif atau keputusan tersebut. Pelaksanaan alternatif yang dipilih
tidak boleh dibuat dengan terburu-buru, ia memerlukan strategi dan perancangan yang
teliti dan terperinci. Seseorang individu perlu menentukan langkah-langkah serta strategi
yang perlu diambil berdasarkan alternatif yang dipilh sebelum membuat sesuatu
keputusan bagi memastikan keputusan yang dibuat berjalan dengan lancar dan
10
berkesan. Tindakkan melaksanakan keputusan haruslah dibuat dengan segera tanpa
melengah-lengahkan waktu kerana ini akan menyebabkan masalah yang dihadapi tidak
dapat diselesaikan dan mungkin akan menimbulkan keadaan atau suasana yang tidak
selesa di dalam sesebuah organisasi tersebut. Selain itu, bagi melaksanakan keputusan
yang telah dibuat, seorang ketua atau pemimpin memainkan peranan penting dalam
membahagikan tugas serta menggerakkan ahli-ahli di dalam organisasinya dalam
pelaksanaan keputusan tersebut.
2.6 Menilai hasil keputusan
Langkah terakhir dalam proses membuat keputusan ialah menilai hasil keputusan
yang dibuat setelah menjalankan keputusan. Seseorang individu bertanggungjawab
untuk membuat penilaian semula hasil yang diperolehi bagi keputusan yang telah
dilaksanakan. Hal ini bertujuan untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat
diselesaikan dengan jayanya. Selain itu, langkah ini dapat membantu seseorang individu
untuk melihat sejauh mana keberkesanan sesuatu keputusan yang telah dibuat dan
menjadikan ini sebagai panduan kepada penyelesaian masalah yang akan dihadapi
kelak. Seseorang individu perlu membuat pemantauan serta menilai hasil keputusan
yang dibuat. Seterusnya, meneruskan usaha-usaha bagi pencapaian matlamat jika
keputusan yang dibuat berkesan serta mampu untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Namun, jika hasil yang dibuat tidak memuaskan serta kurang berhasil untuk
mencapai objektif keputusan, maka individu tersebut perlu membuat semula proses
membuat keputusan dan mengambil tindakan pembetulan bagi memperoleh hasil yang
diingini.
11
3.0 Situasi bagi proses membuat keputusan di dalam bilik darjah.
Langkah 1 – Mengenal pasti masalah
Seorang guru sedang menyemak keputusan peperiksaan pelajarnya. Dia mendapati
bahawa keputusan peperiksaan pelajarnya semakin merosot. Mengambil tindakan
terburu-buru akan menyebabkan keadaan bertambah rumit. Oleh itu, guru tersebut
berusaha untuk mengenal pasti punca sebenar kepada masalah tersebut dengan
mengumpul maklumat dan membuat pemerhatian yang teliti.
Langkah 2 - Mengumpul dan menganalisis data
Guru tersebut akan membuat pemerhatian ketika sesi pengajaran di kelasnya dan
mengenal pasti sama ada masalah yang dialami berpunca dari kaedah pengajaran yang
tidak berkesan, pelajar tidak memberi perhatian ketika sesi pengajaran, pelajar tidak
berminat untuk belajar, mempunyai masalah keluarga dan sebagainya, sebelum
mengambil tindakan kepada pelajar tersebut. Guru tersebut juga menemu bual pelajar-
pelajar untuk mengumpul maklumat dengan teliti dan tepat bagi mencari penyelesaian yang
terbaik kepada masalah ini.
Langkah 3 - Menjana alternatif
Setelah mengetahui punca kepada kemerosatan keputusan para pelajar, guru tersebut
akan memikirkan serta menyenaraikan semua alternatif yang boleh membantu bagi
menyelesaikan masalah. Guru tersebut juga berbincang dan menanyakan pendapat
12
guru-guru yang lain bagi mewujudkan alternatif yang berkesan. Sebagai contoh alternatif
kepada penyelesaian masalah tersebut ialah menukar kaedah pengajaran supaya
menjadi lebih menarik dan berkesan, menggunakan alatan bantuan mengajar, memberi
latihan tambahan kepada pelajar dan sebagainya.
Langkah 5 - Melaksanakan keputusan
Setelah memilih alternatif yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi,
guru akan melaksanakan keputusan tersebut dengan segera. Guru akan membuat
perancangan pengajaran yang menarik dan menggunakan alat-alat yang dapat
membantu meningkatkan motivasi pelajar. Guru juga akan lebih berusaha untuk
memastikan pelajar yang mempunyai masalah ini memberi perhatian dan memahami
apa yang diajar dengan menanyakan soalan kepada mereka. Guru akan memastikan
mereka membuat latihan yang diberikan dan memberi bimbingan kepada mereka.
Langkah 6 - Menilai hasil keputusan
Setelah melaksanakan keputusan, guru tersebut akan membuat tindakan susulan bagi
memantau hasil kepada keputusan tersebut. Guru akan memantau latihan yang dibuat
oleh pelajar untuk memastikan mereka memahami pembelajaran yang diajar. Guru juga
akan membuat ujian bagi menguji tahap kefahaman mereka tentang sesuatu topik yang
diajar. Jika mendapati bahawa prestasi pelajar meningkat, maka usaha tersebut harus
di teruskan. Namun, jika mendapati pelajar membuat banyak kesalahan di dalam
latihannya dan mendapat prestasi yang tidak baik dalam ujian, maka keputusan yang
diambil tidak berkesan. Oleh itu, guru tersebut perlu mengulangi semula proses
membuat keputusan menambahbaik keputusan yang dibuat sebelum ini.
13
]
4.0 Cara kemahiran membuat keputusan dapat membantu mencapai pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.
Seseorang pengetua atau guru besar perlu memiliki keupayaan untuk membuat
keputusan yang berkualiti dan efektif bagi mencapai kecemerlangan dan keberkesanan
sesebuah sekolah. Keputusan yang dilakukan perlulah bertujuan bagi menambahbaik
dan meningkatkan prestasi kecemerlangan pendidikan sesebuah institusi tersebut.
Seorang pengetua harus menyediakan landasan yang kukuh dan menjadikan suasana
persekitaran sekolah kondusif dan selesa untuk para pelajar, guru-guru serta kakitangan
di sekolah tersebut supaya dapat melahirkan sekolah yang cemerlang. Ia juga
merupakan tanggungjawab seorang pengetua untuk memantau prestasi kerja guru-guru
dan juga prestasi pembelajaran murid-murid bagi mencapai misi dan visi sekolah. Oleh
itu, pengetua perlu berganding dengan guru-guru untuk mencari alternatif yang sesuai
bagi membuat perubahan ke arah mencapai matlamat yang diingini.
Keputusan yang dibuat oleh seseorang pengetua itu dapat mempengaruhi
pencapaian objektif yang ingin dicapai. Guru-guru juga dapat membantu pengetua dalam
melaksanakan sesuatu keputusan dengan bimbingan oleh pengetua. Hal ini bagi
mencapai pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru-guru harus berupaya
untuk merancang strategi dan membuat keputusan yang berkesan semasa, sebelum dan
selepas proses pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan. Guru perlu mempunyai
kemahiran membuat keputusan yang berkesan agar pengajaran yang diajar dapat
difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan para pelajar. Kemahiran membuat
keputusan ini dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
pelbagai cara.
14
4.1 Mengetahui strategi pengajaran
Seorang guru dapat mengenal pasti pedagogi yang sesuai dan berkesan untuk
digunakan sebagai teknik pengajaran. Guru juga perlu mengetahui gaya pembelajaran
pelajar yang boleh membantu guru tersebut untuk memperbaiki dan menambah baik
strategi pengajaran yang digunakan. Dengan mengetahui gaya pembelajaran para
pelajar, guru dapat mengenal pasti kelemahan, kekuatan serta keperluan yang diperlukan
oleh pelajar-pelajar tersebut supaya mereka memahami apa yang diajarkan. Guru akan
berusaha untuk menjadikan proses pengajaran yang berkesan dan efektif berdasarkan
strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai berdasarkan gaya pembelajaran pelajar.
Namun begitu, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran masing-masing dan
ini akan menjadi sukar kepada guru tersebut untuk mengambil kira kesemua gaya
pembelajaran pelajarnya. Oleh itu, kemahiran membuat keputusan amatlah penting
dalam menyenaraikan alternatif yang sesuai dan boleh dijalankan bagi memperoleh
pengajaran yang berkesan. Guru perlu membuat pemerhatian yang teliti dalam memilih
strategi yang terbaik dan memastikan setiap pelajar aktif dalam proses pembelajaran bagi
membolehkan maklumat yang disampaikan oleh guru tersebut dapat difahami dan
diaplikasikan oleh pelajar di dalam kehidupan seharian mereka.
15
4.2 Mengenal pasti bahan mengajar yang sesuai
Kemahiran membuat keputusan yang berkualiti juga penting bagi seorang guru
dalam mengenal pasti dan memilih bahan serta alat bantuan mengajar yang sesuai.
Pelajar selalu mempunyai masalah dalam memberi tumpuan yang sepenuhnya sewaktu
sesi pengajaran dijalankan dan ini boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku yang
kurang menyenangkan dan boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Terdapat juga murid yang mendapati bahawa kaedah pengajaran yang
digunakan tidak menarik. Selain itu, masalah lain yang dihadapi guru ialah terdapat
pelajar yang tidak meminati subjek yang diajar yang membuatkan prestasi pelajar
tersebut merosot. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting bagi
menyelesaikan masalah-masalah tersebut dengan meningkatkan motivasi pelajar-
pelajarnya. Hal ini boleh dilakukan dengan memilih serta menggunakan teknik
pengajaran yang berkesan dan menggunakan alat bantuan mengajar yang boleh menarik
minat pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran.
Seseorang guru perlu berkeupyaan untuk membuat keputusan dalam pemilihan
bahan yang akan digunakan sewaktu sesi pengajaran, sama ada guru tersebut ingin
menggunakan bahan yang telah disediakan seperti buku teks ataupun menggunakan
bahan dari sumber lain seperti penggunaan teknologi, video, gambar, poster, poskad,
buku cerita dan sebagainya. Pemilihan yang sesuai dan relevan dengan topik yang akan
diajar amatlah penting bagi menjamin keberkesanan sesuatu pengajaran tersebut. Guru
perlu mengambil langkah untuk menganilisis bahan-bahan yang berkesan yang dapat
digunakan dalam pengajarannya bagi menarik minat dan memotivasikan pelajar.
16
4.3 Menentukan medium yang digunakan untuk pembelajaran
Kemahiran membuat keputusan juga membantu seseorang guru untuk memilih
medium pengajaran yang digunakan bagi menyampaikan maklumat kepada pelajarnya
dengan berkesan. Pada zaman teknologi ini, terdapat banyak kaedah pengajaran dan
platform yang boleh digunakan untuk pelajar membuat latihan. Sekarang, pelajar tidak
lagi membuat latihan atau kerja rumah dengan hanya menggunakan buku latihan, tetapi
guru juga boleh memberi latihan melalui platform yang telah disediakan secara atas
talian. Oleh itu, peranan membuat keputusan penting bagi membantu guru tersebut untuk
memilih kaedah yang perlu digunakan serta sesuaian dengan keperluan para pelajarnya.
Guru perlu merancang pengajarannya sama ada kaedah pengajaran tersebut ingin
dilakukan secara atas talian ataupun secara bersemuka dengan pelajarnya.
Pemilihan medium yang sesuai dan mengikut kemampuan pelajar tersebut
perlulah dilakukan dengan teliti bagi memberi kesan yang positif dan hasil terbaik kepada
pembelajaran pelajar tersebut. Seorang guru perlu menjalankan proses membuat
keputusan dahulu sebelum memilih medium pengajaran. Guru tersebut perlu mengumpul
maklumat, serta menganalisis kebaikkan dan keburukkan platform tersebut bagi
membolehkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh,
keadaan sekarang di mana seluruh dunia dilanda pandemik covid-19 dan mengakibatkan
kaedah pembelajaran harus dijalankan secara atas talian. Oleh itu, guru tersebut perlu
membuat kajian terhadap platform yang sesuai untuk digunakan bagi penyampaian
maklumat yang berkesan serta mengambil kira aspek-aspek penting seperti kekuatan
jaringan internet pelajar dan alatan atau gadjet yang digunakan bagi menjalani kelas
secara atas talian. Guru tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memilih platform
17
tanpa membuat kajian awal terlebih dahulu kerana ia akan menyebabkan proses
pembelajaran dan pengajaran terganggu dan tidak berkesan.
4.4 Memilih kaedah penilaian terhadap kefahaman pelajar
Guru perlu membuat penilaian tertentu bagi menilai keberkesanan kaedah
pengajaran dan bagi menilai sejauh mana pelajar-pelajar tersebut memahami maklumat
yang telah diajarkan. Penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah sumatif
ataupun formatif bagi menilai kemajuan pelajar dalam pembelajaran. Penilaian formatif
merupakan penilaian yang dibuat secara berterusan bagi menguji tahap keberkesanan
setiap tajuk yang diajar. Sebagai contoh bagi ujian formatif ialah memberi latihan kepada
pelajar dan soal jawab bagi melihat tahap kefahaman pelajar. Manakala penilaian sumatif
pula merujuk kepada penilaian yang dijalankan pada akhir pengajian untuk menilai
prestasi serta kefahaman pelajar. Contohnya seperti peperiksaan akhir tahun bagi
menentukan jika matlamat yang diingini dapat dicapai.
Penilaian yang dilakukan adalah untuk memastikan murid berkeupayaan untuk
mengusai sesuatu topik pembelajaran. Guru perlulah menentukan pendekatan yang lebih
baik dalam penyampaian pengajaran dan memberikan bimbingan pembelajaran kepada
murid-murid. Oleh itu, guru perlu membuat keputusan yang tepat dan terbaik bagi memilih
penilaian yang sesuai untuk menguji tahap kefahaman pelajar mengenai sesuatu topik.
Guru perlu membuat dan memilih soalan berdasarkan tahap kemampuan pelajar. Soalan
yang dibina tidak boleh direka atau dipetik begitu sahaja. Ia memerlukan seseorang itu
untuk membuat dan melalui proses membuat keputusan bagi memastikan keberkesanan
ujian tersebut. Ujian yang dibuat perlulah menitik beratkan ketepatan maklumat atau isi
kandungan sesuatu ujian, memastikan keseimbangan topik-topik bagi subjek tersebut,
18
mengambil kira masa bagi menjawab soalan, tahap kesusahan sesuatu item dan
sebagainya.
4.5 Pengurusan bilik darjah
Tindakan membuat keputusan amatlah penting dalam pengurusan bilik darjah
supaya dapat membantu memperoleh proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Seseorang guru perlu membuat perancangan yang teliti untuk mewujudkan
suasana kelas yang kondusif dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Pengurusan
bilik darjah yang berkesan dan efektif dapat mempengaruhi motivasi dan meningkatkan
pencapaian akademik pelajar serta membantu untuk mengawal disiplin pelajar di dalam
bilik darjah. Jika pengurusan bilik darjah dapat dilakukan dengan jayanya, proses
pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan berkesan tanpa
sebarang halangan dan gangguan.
Pengurusan bilik darjah amat mencabar dan bukannya mudah. Ia memerlukan
pelbagai pengetahuan, kemahiran serta prosedur yang betul. Guru perlu membuat
perancangan yang teliti dan keputusan yang tepat bagi mengurus bilik darjah dengan
baik dan berkesan. Hal ini akan mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran
yang postif dan selesa serta boleh menjurus kepada kefahaman dan keberkesanan
pengajaran yang disampaikan. Pengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan
pengawalan tingkah laku murid di dalam kelas, malah ia juga merangkumi susun atur
tempat duduk pelajar, penyediaan bahan bantuan mengajar, keceriaan kelas, papan
pameran dan sebagainya. Seseorang guru perlu membuat keputusan yang efektif dan
teliti bagi melaksanakan pengurusan bilik darjah tersebut bagi menghasilkan pesekitaran
yang kondusif dan harmonis serta membantu untuk meningkatkan dan menjadikan
19
pengajaran serta pembelajaran lebih bermakna. Oleh itu, ia bergantung kepada
kecekapan dan keberkesanan seseorang guru tersebut dalam membuat keputusan bagi
mengurus bilik darjah dengan berkesan. Sebagai contoh, seorang guru perlu memikirkan
pelbagai alternatif yang sesuai bagi menyusun atur kedudukan pelajar di dalam bilik
darjah. Guru tersebut perlu memastikan bahawa kedudukan yang dibuat membolehkan
pelajar untuk bekerja secara berkumpulan, guru dapat melihat pelajar-pelajarnya dan
sebagainya. Keputusan dilaksanakan setelah meneliti segala kemungkinan yang akan
terjadi dan memilih alternatif yang terbaik berdasarkan matlamat yang ingin dicapai.
5.0 Penutup
Kebolehan membuat keputusan yang berkualiti amat diperlukan oleh seseorang
pemimpin bagi menjamin keberkesanan keputusan tersebut untuk mencapai sesuatu
matlamat. Seseorang individu tidak boleh mengambil keputusan yang terburu-buru
kerana ia akan memebuatkan sesuatu masalah tersebut bertambah rumit. Oleh itu,
individu itu perlulah melalui proses membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai
aspek yang membawa kepada keberkesanan keputusan yang dibuat. Setiap langkah
dalam proses pembuatan keputusan perlulah dilaksanakan dengan teliti dan rasional.
Dalam proses pembuatan keputusan, pendapat ahli-ahli oraganisasi adalah digalakkan
supaya alternatif yang dijiana dan dipilih berkualiti serta bersesuaian bagi menyelesaikan
sesuatu masalah. Kemahiran membuat keputusan penting dalam memastikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pengetua dan guru-guru
bertanggungjawab bagi membuat keputusan berkualiti mengikut keperluan para pelajar
supaya dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni dan kondusif serta memberikan
kesan positif kepada pembelajaran murid tersebut.
20
6.0 Rujukan
1. Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan dalam Mengurus Perubahan: Dari Dimensi
Kemanusiaan. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
2. Ainon Mohd (2003). Teori Dan Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja.
Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
3. Ahmad Atory Hussain (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Mathew, U. (2011, November 5). Decision Making Essay. Retrieved from
http://www.antiessays.com/free-essays/125035.html
5. Bola, F. (2011, August 2). Decision Making. Retrieved from
http://managementdecisions.blogspot.in/
6. Mohamad Baharom, Jamaludin Hashim dan Hassan, R. (2012) amalan membuat
keputusan dalam kalangan guru besar
21