The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hannanabuhassan, 2022-12-12 05:12:22

ARAHAN TUGASAN AL TAFSIR

ARAHAN TUGASAN AL TAFSIR

SOALAN TUGASAN KURSUS
KOD & NAMA KURSUS : QSI 20302 AL-TAFSIR

SEM. 1 SESI 2022/2023

PENSYARAH KURSUS :
SUKATAN TUGASAN KURSUS : Surah al-Kahfi

( Muhammad `Ali al-Sabuni, Sofwah al-Tafasir )

TAJUK TUGASAN : PEMBINAAN E-BUKU CERITA UNTUK KANAK-KANAK
BERDASARKAN KISAH-KISAH DALAM SURAH AL-KAHFI

MARKAH : 30%

ARAHAN KEPADA PELAJAR :

1. Tugasan ini memerlukan pembentukan kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang
pelajar(sama jantina), dan setiap kumpulan dikehendaki memilih SATU KISAH yang
terdapat dalam surah al-Kahfi, sebagaimana berikut :

a. Kisah Ashab al-Kahfi

b. Kisah Sahib al-Jannatayn

c. Kisah Iblis dan Nabi Adam

d. Kisah Nabi Musa dan Khidir

e. Kisah Zul Qarnayn

PENYEDIAAN TUGASAN :
Tugasan ini disediakan mengandungi dua(2) bahagian, iaitu :
2.1 Penyediaan E-Buku Cerita Untuk Kanak-kanak
2.2 Video Pengisahan Cerita Berdasarkan E-Buku Cerita


3.1 PEMBINAAN E-BUKU CERITA UNTUK KANAK-KANAK (20%)

3.1.1 E-Buku cerita ini mesti mengandungi item-item berikut :

i. Tajuk cerita yang kreatif, sesuai dengan sasaran pembaca(kanak-kanak)
dan selari dengan kisah yang dipilih dari Surah al-Kahfi.

Contohnya : “Si Tamak Yang Rugi” .

ii. Pengolahan jalan cerita perlu menonjolkan dua(2) tema yang terdapat

dalam kisah yang dipilih dari surah al-Kahfi seperti akidah, harta, adab menuntut
ilmu, kepemimpinan, hidayah, kekuasaan Allah dan lain-lain yang sesuai dengan
isi kandungan kisah berkenaan.

iii. Tiga(3) pengajaran daripada kisah yang dikarang.

iv. Ilustrasi/gambar/grafik yang bersesuaian dengan jalan cerita dan
kumpulan sasaran pembaca(kanak-kanak).

3.1.2 Maksimum bilangan halaman : 8 halaman

(tidak termasuk halaman kulit dan halaman akhir(rujukan).

3.1.3 Bahasa pengantar tugasan: Bahasa Melayu.

3.1.4 Bilangan Rujukan : penyediaan tugasan ini hendaklah menggunakan rujukan

yang sahih (minimum 3 rujukan). Sumber rujukan yang digunakan
hendaklah dinyatakan di halaman akhir e-buku cerita dengan mengikut
format berikut :

i. Laman sesawang : Alamat Laman Sesawang ( tarikh akses).

Contoh : https://islamweb.net ( 21.05.2022).
ii. Buku : Nama Pengarang (Tahun). Nama Buku. Tempat Terbitan : Penerbit.

Contoh :
Muhammad `Ali al-Sabuni(2019). Sofwah al-Tafasir.Mesir:Dar al-Sabuni.

3.1.5 Keterangan yang perlu ada pada halaman kulit adalah :

a. Nama dan Logo UniSZA

b. Nama dan Kod Kursus QSI 20302

AL-TAFSIR

c. Topik Tugasan (Kisah yang dipilih)
Contoh : Kisah Ashab al-Kahfi

d. Tema kisah yang dipilih .


Contoh : Akidah & Harta

e. Tajuk e-buku cerita . Contoh : Si Tamak Yang Rugi
f. Nama dan nombor matrik setiap ahli kumpulan ( tulis guna huruf dan nombor RUMI

)
G. Nama program & kumpulan, semester dan sesi pengajian.

Contoh :
ISM PENGAJIAN ISLAM(SYARIAH A)

Sem. 2 Sesi 2021/2022

3.2 PENYEDIAAN VIDEO PEMBENTANGAN(PENGISAHAN) CERITA
BERDASARKAN E-BUKU CERITA (10%)

3.2.1 Setiap pelajar dalam kumpulan perlu membentangkan tugasan dan membuat
rakaman video bagi pembentangan(pengisahan) tersebut. Gaya dan intonasi
pengisahan mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran( kanak-kanak). Pelajar boleh
menggunakan apa-apa medium rakaman yang bersesuaian, tetapi mestilah
memaparkan wajah masing-masing dengan jelas.

3.2.2 Pembentangan adalah mengikut setiap halaman e-buku cerita.
Durasi pembentangan (pengisahan) : Maksimum 3 minit setiap halaman( halaman
kulit dan rujukan tidak perlu dibentang). Durasi keseluruhan halaman : 25 minit
( maksimum)

3.2.3 Bahasa Pengantar Pembentangan : BAHASA MELAYU

3.2.4 Setiap pelajar dalam kumpulan perlu menulis caption NAMA dan
NO.MATRIK dengan jelas menggunakan font ARIAL di bahagian bawah
skrin video bagi slot pembentangan masing-masing.

3.2.5 Muat naik video pembentangan tersebut di youtube dan masukkan
pautan(link) video di setiap halaman e-buku cerita. Pastikan pautan yang
dimasukkan boleh diakses langsung ke youtube apabila di klik.

4.0 PENGHANTARAN TUGASAN :

4.1 E-buku cerita dalam google doc yang telah dimasukkan pautan rakaman hendaklah dihantar
ke KELIP dan Grup Telegram Khas Untuk Tugasan Kursus QSI 20302 mengikut pensyarah
masing-masing.


4.2 Tarikh akhir penghantaran link google doc yang dilengkapi pautan(link) youtube video
pembentangan pengisahan adalah pada 18 DISEMBER 2022(AHAD), jam 11 malam.

PERINGATAN:

Ø Pelajar tidak dibenarkan meniru atau memberi tiru atau menyalin dengan apa cara
sekalipun antara kumpulan sama ada dalam program yang sama atau berlainan.

Ø Setiap kumpulan bertanggungjawab untuk mengarang e-buku cerita masing-masing
sebagaimana yang ditetapkan, berdasarkan kefahaman dan kreativiti masing-masing.

Ø Sebarang bentuk peniruan, penyalinan, duplikasi akan menyebabkan pemarkahan
tugasan yang diserahkan oleh kumpulan yang memberi tiru atau kumpulan yang
meniru akan dibatalkan (0/30).

RUBRIK PEMARKAHAN :

Bahagian Item Penilaian Markah
E-BUKU CERITA ● Tajuk Cerita 2 markah
UNTUK KANAK- ● Tema
● Pengajaran 3 markah (1.5M/tema)
KANAK
4.5 markah
(20%) (1.5M/pengajaran)

● Kreativiti 6 markah
a. Gaya Bahasa
b. Ilustrasi/Gambar/Grafik

● Rujukan 1.5 markah
(0.5M /rujukan)

● Format 3 markah
ü jumlah halaman e-buku
ü penulisan rujukan
ü ketepatan ejaan & istilah


Bahagian Item Penilaian Markah
4 markah
Video ● Kefahaman Terhadap Cerita
Pembentangan(Pengisahan) Yang Disampaikan

(10%)

● Kreativiti 3 markah
a. Gaya
b. Intonasi
c. permulaan/
penutup

● Format (durasi video) 3 markah

* sekiranya lebih 2
minit dan ke atas
dari durasi yang
ditetapkan – tolak

1 markah


CONTOH PAPARAN PADA HALAMAN E-BUKU CERITA
Pelajar dikehendaki membina e-buku cerita menggunakan google doc . Pelajar bebas
memilih jenis dan saiz tulisan untuk mengarang cerita. Tetapi perlulah mengandungi
kesemua item yang telah ditetapkan mengikut format.
Ilustrasi/gambar atau grafik yang bersesuaian boleh dimasukkan pada halaman-halaman
tertentu yang bersesuaian dengan jalan cerita yang dipaparkan.

Pengisahan hendaklah dirakam oleh setiap ahli kumpulan dan masukkan pautan link
youtube pembentangan masing-masing pada setiap halaman. Caranya adalah : copy pautan
youtube rakaman – pada fail google doc e-buku cerita klik insert - link – paste pada ruangan
- apply - akan terpapar link youtube rakaman berwarna biru( aktif).
Selepas lengkap , namakan fail dan pastikan pautan tersebut boleh diakses terus ke youtube
apabila di klik (berwarna biru- aktif), sebagaimana berikut (sila letak kursor pada link dan
klik sehingga keluar tetingkap youtube link yang dimasukkan di sini dan klik link youtube
dalam tetingkap itu untuk terus ke paparan video) :

https://www.youtube.com/watch?v=AINR0rhg4HM&list=PLuPJoPtaEBHXnRiVewR01eF
jrrGPgO0RI


Click to View FlipBook Version