The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ❤️Yong Khamsiah❤️, 2022-04-08 22:33:46

BUKU PROGRAM e-SUKAN STACKING

e-sukan stacking

KEJOHANAN E-SUKAN STACKING
PENDIDIKAN KHAS

DAERAH PERAK TENGAH
TAHUN 2022

ANJURAN
UNIT PENDIDIKAN KHAS
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

PERAK TENGAH

DENGAN KERJASAMA
SMK SERI LONDANG

TARIKH:27 APRIL 2022
SECARA DALAM TALIAN

PENDAHULUAN

Murid Berkeperluan Khas (MBK) juga tidak terkecuali daripada perlu mengikuti
kegiatan kokurikulum di sekolah. Penyertaan dalam kegiatan kokurikulum ini dapat
mencungkil mengembangkan bakat MBK secara maksima. Kejohanan e-Sukan
Stacking Pendidikan Khas Daerah Perak Tengah Tahun 2022 merupakan salah satu
aktiviti kokurikulum di peringkat daerah yang dilaksanakan secara dalam talian.
Aktiviti ini merupakan tahun kedua pelaksanaan di negeri Perak. Oleh itu,
pendedahan berkaitan sukan ini telah dilaksanakan di peringkat sekolah dan berjaya
menarik minat MBK untuk menyertai pertandingan ini. e-Sukan Stacking mampu
meningkatkan kemahiran motor kasar serta koordinasi mata dan tangan peserta
kerana sukan ini memerlukan peserta menyusun cup stacking secara tepat dan
pantas. Adalah diharapkan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

OBJEKT IF

1. Mewujudkan platform kepada Murid Berkeperluan Khas untuk mempamerkan bakat dan
kebolehan melalui sukan stacking secara dalam talian

2. Memberikan pengalaman baru kepada Murid Berkeperluan Khas untuk menyertai
pertandingan dalam norma baharu di samping membina keyakinan dan jati dirI mereka

3. Mempelbagaikan sukan di kalangan Murid Berkeperluan Khas yang memberikan
impak positif kepada perkembangan serta peningkatan daya tumpuan

4. Melahirkan Murid Berkeperluan Khas yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berkeyakinan
dalam proses membimbing mereka menjadi individu yang berdikari dengan nilai sahsiah yang terpuji

KAJIAN KEPERLUAN

Program ini perlu dilaksanakan kerana ianya salah satu aktiviti sokongan dan
pengukuhan pembelajaran yang menarik bagi Murid Berkeperluan Khas dalam fasa
pandemik Covid-19 yang menyukarkan sebarang aktiviti secara bersemuka
dilaksanakan. Selain itu, program ini juga bertujuan mengetengahkan potensi Murid
Berkeperluan Khas Kejohanan e-Sukan Stacking Pendidikan Khas Daerah Perak
Tengah Tahun 2022 yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.

MATLAMAT

Melahirkan Murid Berkeperluan Khas yang berdaya saing dan berani menyahut cabaran
dalam menerokai sukan baharu .

.

SASARAN

Semua Murid Berkeperluan Khas di daerah Perak
Tengah di sekolah rendah dan sekolah menengah.

ACARA •SENARAI ACARA BIL.
PESERTA
Sukan KATEGORI
e-Stacking 1
Terbuka BD - sekolah rendah 1
Terbuka BD - sekolah menengah 1
Terbuka BL 2/3 - sekolah rendah 1
Terbuka BL 2/3 - sekolah menengah 1
Terbuka BP - sekolah rendah 1
Terbuka BP - sekolah menengah 1
Terbuka BP Sindrom Down - sekolah rendah Terbuka BP 1
Sindrom Down - sekolah menengah 1
1
Terbuka PH – sekolah rendah 10
Terbuka PH – sekolah menengah

JUMLAH

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tn. Hj. Mohd Fathilah bin Mohd Noor
Penasihat : Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah

Pengerusi : En. Norizam bin Riman
Penolong PPD Pendidikan Khas Daerah Perak Tengah
Naib Pengerusi : Pn. Rahayu binti Mansor
Penolong PPD Pendidikan Khas Daerah Perak Tengah
Penyelaras :
En. Mohamad Hisham bin Zahari
Setiausaha : Pengetua SMK Seri Londang

Urusetia : En. Anuar bin Selamat
Penyelaras Pendidikan Khas SMK Seri Londang

Muhamad Syafiq Bin Rozali
Guru Pendidikan Khas SK Dato’ Sagor

Pn. Adilah Binti Baharudin
Guru Pendidikan Khas SMK Seri Londang

Pn. Nurhananiyah binti Che Abdul Ghani
Guru Pendidikan Khas SMK Seri Londang
Pn. Siti Rohana bt Mohamad
Guru Pendidikan Khas SMK Seri Londang
Pn. Nurul Syuhada binti Che Soh
Guru Pendidikan Khas SMK Seri Londang

JAWATANKUASA PENGELOLA SEKOLAH DAN
BILANGAN AJK
BIL JAWATAN KUASA SK Changkat Lada 3
1 Buku Program SMK Seri Londang
2 Dokumentasi SMK Layang-Layang Kiri
3 Pendaftaran Peserta
SK Parit
4 Pertandingan SK Lambor Kanan

5 Hakim SMK Changkat Lada
SK Dato’ Sagor
6 Keputusan Rasmi & Statistik
SMK Dato Seri Maharajalela
7 Sijil dan Hadiah SMK Sultan Muhammad Shah

8 Tayangan Video & Montaj SK Bota Kanan
SK Titi Gantong
9 Teks Ucapan & Rakaman Ucapan
SK Iskandar Perdana
10 Pengacara Majlis, Bahasa Isyarat & SMK Seri Iskandar
Bacaan Doa
SK Felcra Nasarudin
SMK Sungai Ranggam

SK Tanjung Belanja
SMK Muzaffar Shah 1

SK Kota Setia

PENUTUP

Pertandingan e-Sukan Stacking Pendidikan Khas Daerah Perak
Tengah Tahun 2022 ini merupakan salah satu aspek sokongan dan
pengukuhan pembelajaran luar bilik darjah yang dirancang dan
disasarkan khusus kepada Murid Berkerperluan Khas. Program ini
juga dapat mencungkil bakat dan minat peserta dari setiap daerah
untuk mewakili negeri Perak. Pertandingan ini juga diharapkan dapat
memberikan pendedahan, pengalaman baru serta memupuk
keyakinan dan jatidiri Murid Berkeperluan Khas dalam norma baharu.

PENGHARGAAN

JAWATAN KUASA PENTADBIR DAN JAWATAN KUASA PENGELOLA
MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
KEPADA:

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH
SEMUA PESERTA E-SUKAN STACKING
SEMUA GURU PEMBIMBING
SEMUA SEKOLAH PPKI DAERAH PERAK TENGAH
DAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG
DALAM MENJAYAKAN KEJOHANAN E-SUKAN STACKING PERINGKAT
DAERAH PERAK TENGAH 2022.


Click to View FlipBook Version