KEJOHANAN e-SUKAN STACKING
PENDIDIKAN KHAS
DAERAH PERAK TENGAH
TAHUN 2022
ANJURAN
UNIT PENDIDIKAN KHAS
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
PERAK TENGAH
DENGAN KERJASAMA
SMK SERI LONDANG
TARIKH : 27 APRIL 2022 SECARA DALAM TALIAN
PENDAHULUAN
Murid Berkeperluan Khas (MBK) juga tidak terkecuali daripada perlu
mengikuti kegiatan kokurikulum di sekolah. Penyertaan dalam kegiatan
kokurikulum ini dapat mencungkil mengembangkan bakat MBK secara
maksima. Kejohanan e-Sukan Stacking Pendidikan Khas Daerah Perak
Tengah Tahun 2022 merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di peringkat
daerah yang dilaksanakan secara dalam talian. Aktiviti ini merupakan tahun
kedua pelaksanaan di negeri Perak. Oleh itu, pendedahan berkaitan sukan ini
telah dilaksanakan di peringkat sekolah dan berjaya menarik minat MBK untuk
menyertai pertandingan ini. e-Sukan Stacking mampu meningkatkan
kemahiran motor kasar serta koordinasi mata dan tangan peserta kerana
sukan ini memerlukan peserta menyusun cup stacking secara tepat dan
pantas. Adalah diharapkan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
OBJEKT IF
1. Mewujudkan platform kepada Murid Berkeperluan Khas untuk
mempamerkan bakat dan kebolehan melalui sukan stacking secara
dalam talian
2. Memberikan pengalaman baru kepada Murid Berkeperluan Khas untuk
menyertai pertandingan dalam norma baharu di samping membina
keyakinan dan jati diri mereka
3. Mempelbagaikan sukan di kalangan Murid Berkeperluan Khas yang
memberikan impak positif kepada perkembangan serta peningkatan
daya tumpuan
4. Melahirkan Murid Berkeperluan Khas yang berdisiplin, bertanggungjawab
dan berkeyakinan dalam proses membimbing mereka menjadi individu
yang berdikari dengan nilai sahsiah yang terpuji
KAJIAN KEPERLUAN
Program ini perlu dilaksanakan kerana ianya salah satu aktiviti sokongan
dan pengukuhan pembelajaran yang menarik bagi Murid Berkeperluan
Khas dalam fasa pandemik Covid-19 yang menyukarkan sebarang
aktiviti secara bersemuka dilaksanakan. Selain itu, program ini juga
bertujuan mengetengahkan potensi Murid Berkeperluan Khas Kejohanan
e-Sukan Stacking Pendidikan Khas Daerah Perak Tengah Tahun 2022
yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.
MATLAMAT
Melahirkan Murid
Berkeperluan Khas yang
berdaya saing dan berani
menyahut cabaran
dalam menerokai sukan
baharu .
SASARAN
Semua Murid
Berkeperluan Khas di
daerah Perak Tengah
di sekolah rendah
dan sekolah
menengah.
ACARA SENARAI ACARA BIL.
PESERTA
KATEGORI 1
1
Sukan Terbuka BD - sekolah rendah 1
e-Stacking Terbuka BD - sekolah menengah 1
1
Terbuka BL 2/3 - sekolah rendah 1
1
Terbuka BL 2/3 - sekolah menengah 1
Terbuka BP - sekolah rendah
1
Terbuka BP - sekolah menengah 1
Terbuka BP Sindrom Down - sekolah rendah 10
Terbuka BP Sindrom Down - sekolah
menengah
Terbuka PH – sekolah rendah
Terbuka PH – sekolah menengah
JUMLAH
Penaung : JAWATANKUASA INDUK
Penasihat :
Tn. Hj. Mohd Fathilah bin Mohd Noor
Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah
En. Norizam bin Riman
Naib Pengerusi: Penolong PPD Pendidikan Khas Daerah Perak Tengah
Pn. Rahayu binti Mansor
Penyelaras : Penolong PPD Pendidikan Khas Daerah Perak Tengah
En. Mohamad Hisham bin Zahari
Setiausaha : Pengetua SMK Seri Londang
En. Anuar bin Selamat
Urusetia : Penyelaras Pendidikan Khas SMK Seri Londang
Muhamad Syafiq Bin Rozali
Guru Pendidikan Khas SK Dato’ Sagor
Pn. Adilah Binti Baharudin
Guru Pendidikan Khas SMK Seri Londang
Pn. Nurhananiyah binti Che Abdul Ghani
Guru Pendidikan Khas SMK Seri Londang
Pn. Siti Rohana bt Mohamad
Guru Pendidikan Khas SMK Seri Londang
Pn. Nurul Syuhada binti Che Soh
Guru Pendidikan Khas SMK Seri Londang
JAWATANKUASA PENGELOLA
BIL JAWATAN KUASA SEKOLAH DAN BILANGAN AJK
1 Buku Program SK Changkat Lada 3
2 Dokumentasi SMK Seri Londang
3 Pendaftaran Peserta
4 Pertandingan SMK Layang-Layang Kiri & SK Parit
5 Hakim SK Lambor Kanan & SMK Changkat Lada
6 Keputusan Rasmi & Statistik SK Dato’ Sagor & SMK Dato Seri Maharajalela
7 Sijil dan Hadiah SMK Sultan Muhammad Shah & SK Bota Kanan
SK Titi Gantong & SK Iskandar Perdana
8 Tayangan Video & Montaj SMK Seri Iskandar & SK Felcra Nasarudin
9 Teks Ucapan & Rakaman SMK Sungai Ranggam & SK Tanjung Belanja
Ucapan SMK Muzaffar Shah 1 & SK Kota Setia
10 Pengacara Majlis, Bahasa
Isyarat & Bacaan Doa
PENUTUP
Pertandingan e-Sukan Stacking Pendidikan Khas Daerah Perak
Tengah Tahun 2022 ini merupakan salah satu aspek sokongan dan
pengukuhan pembelajaran luar bilik darjah yang dirancang dan
disasarkan khusus kepada Murid Berkerperluan Khas. Program ini
juga dapat mencungkil bakat dan minat peserta dari setiap daerah
untuk mewakili negeri Perak. Pertandingan ini juga diharapkan dapat
memberikan pendedahan, pengalaman baru serta memupuk
keyakinan dan jatidiri Murid Berkeperluan Khas dalam norma baharu.
SEKALUNG PENGHARGAAAN
JAWATAN KUASA PENTADBIR DAN JAWATAN KUASA
PENGELOLA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA:
* PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH
* SEMUA PESERTA E-SUKAN STACKING
* SEMUA GURU PEMBIMBING
* SEMUA SEKOLAH PPKI DAERAH PERAK TENGAH
* DAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN
TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN KEJOHANAN E-
SUKAN STACKING PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH
2022.