MINGGU KEUSAHAWANAN
PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS INTEGRASI
SCALA 3
TARIKH:20-25 JUN 2022
MASA: 12.00 TENGAH HARI (SETIAP HARI)
TEMPAT: PERKARANGAN KELAS PPKI
PENGENALAN
Program Minggu Keusahawanan merupakan acara PPKI SK Changkat Lada yang diadakan
setiap tahun. Penyertaaan pelajar khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di
dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang
perlu didedahkankepada pelajar. Sehubungan dengan itu, Program Hari Keusahawanan
ini telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi
melahirkan pelajar khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya
dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.
Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid- murid Pendidikan Khas adalah
pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan melihat
sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah
aktiviti hari keusahawanan. Ia merupakan satu program untuk membantu meningkatkan
potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif.
Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan menzahirkan
semangat kekitaan antara semua warga SK Changkat Lada 3 terutamanya antara murid
berpendidikan khas dengan murid aliran perdana.
RASIONAL
Memberi pendekatan
berkaitan kepimpinan,disiplin
dan kemahiran pengurusan
yang perlu ada dalam diri para
pelajar Pendidikan Khas. Ia
bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri dan ketajaman
mental serta ketahanan fizikal
setiap pelajar
OBJEKT IF
I. Mendapatkan dana bagi pelbagai aktiviti murid PPKI
II. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kaedah perniagaan
dari segi komunikasi dan teknologi dalam perniagaan.
III. Dapat mengaplikasikan pembelajaran di dalam kehidupan seharian.
IV. Melibatkan pelajar melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan
T EMA
.
“SUMBANGAN ANDA KEBANGGAAN KAMI”
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Pn. Rosniah binti Zainol Abidin
GURU BESAR
Pengerusi
: Pn. Ros Nani binti Harun
Setiausaha PENOLONG KANAN PPKI
Bendahari
Promosi Jualan &banner : Pn. Nur Ain binti Mohamed Yahya
Juru foto dan Video : Pn. Nurhayati binti Sulaiman
Siaraya : Cik Hamisyah binti Ramli
Persiapan Tempat Pn. Nurul Sazila binti Zulkofli
Gimik Pelancaran
: Pn. Nur Roshila binti Mat Rasid
Pn. Khamsiah binti Khadzaai
: Mohd Fadhlul Hadi bin Ab. Kadir
: En. Qamarul Azizi bin Abas
: Pn. Nur Roshila binti Mat Rasid
Pn. Khamsiah binti Khadzaai
PENUTUP
Dengan terlaksananya Program
Minggu Keusahawanan ini diharapkan
dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim dan muhibbah dalam
kalangan warga SK Changkat Lada 3,
murid PPKI, disamping dapat
mewujudkan persefahaman dan
semangat kerja berpasukan sekaligus
dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti kerja dan mencapai objektif.