The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Brown Doodle Company profile Presentation

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 369-3-wardina, 2022-09-13 04:10:29

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Brown Doodle Company profile Presentation

Siti Wardina Safea Binti Azizan

Diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun 1920-1935.
Dikenali sebagai "Kaedah Askar"
Latih tubi digunakan secara intensif melalui guru bahasa yang terdiri daripada
penutur bahasa ibunda.
Lebih moden daripada kaedah penterjemahan.
Mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan ilmu psikologi kanak-kanak.
Dapat mengatasi 2 kesalahan besar yang ada dalam Kaedah Tatabahasa
Terjemahan: Menggantikan penghafalan nahu dengan pertembungan bahasa dan
menggantikan terjemahan dengan pemakaian bahasa.
Idea utama- Asosiasi perkataan dan ayat dengan maknanya melalui tunjuk cara,
lakonan dan sebagainya.
Bahasa sasaran digunakan.
Tatabahasa tidak diajar secara formal tetapi diterapkan ke dalam bahan mengajar.

1.Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda
atau ayat dengan perkataan atau sebaliknya perkataan dengan
ayat.

2.Pengajaran dikaitkan dengan pengalaman sedia ada.
3.Harus menimbulkan perasaan inkuiri kanak-kanak atau murid-

murid melalui soalan-soalan yang dirancang sebagai
ransangan.
4.Pengajaran haruslah berpandukan kepada lunas-lunas kanak-
kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

-

Kaedah terus sesuai untuk mempelajari bahasa kerana
mempunyai persamaan dengan cara kanak-kanak
menguasai bahasa ibunda mereka dan tidak
menggunakan terjemahan. Pengajaran secara terus
membantu memudahkan pencapaian murid-murid dan
mereka dapat mengaplikasikan bahasa itu secara aktif
seterusnya membolehkan mereka bertutur dengan cepat,
lancar dan fasih.

Kaedah terus adalah lebih kompleks berbanding kaedah lain dalam
menyampaikan makna perkataan terutama sekali perkataan-perkataan yang
abstrak. Oleh yang demikian, kaedah ini mengambil masa yang lama dan
memerlukan guru terlatih khas dalam menyampaikannya. Selain itu, kelemahan
kaedah ini meliputi kemungkinan berlakunya penerimaan mesej yang kurang tepat
dan ini menyebabkan kurang penerimaan daripada murid-murid lantas
menimbulkan kekeliruan sepanjang perlaksanaan P&P.

Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah terus adalah berbentuk bahan-
bahan yang boleh dihafaz dan perbualan yang telah ditetapkan. Justeru,
kemungkinan bahan-bahan yang digunakan tidak pratikal untuk perkembangan
kebiasaan yang sistematik. Kaedah ini juga memberi manfaat atau faedah kepada
murid-murid yang cerdik namun tidak bagi murid-murid yang lemah.

Proses pertama dimulakan dengan menghubungkan murid-murid terus kepada bahasa yang hendak
mereka pelajari. Mereka akan diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Disini, sebutan penutur jati
dijadikan model dan pertuturannya diikuti dan ditiru oleh murid-murid. Misalnya, murid Melayu akan
bertutur dalam Bahasa Melayu kepada murid bukan Melayu supaya mereka dapat memahami serta
mempelajari istilah serta perbendaharaan kata yang betul.

Seterusnya, segala makna perkataan yang kurang difahami oleh murid akan diperjelaskan oleh guru
dengan cara (i) mengaitkan perkataan atau ayat dengan benda yang sebenar ; (ii) mengaitkan perkataan-
perkataan atau ayat-ayat dengan gambar , rajah-rajah, lukisan dan sebagainya ; (iii) menggunakan
perkataan-perkataan seperti atau yang berlawanan ; (iv) dengan menggunakan aksi atau lakonan (khusus
pada kata kerja); (v) dengan cara memberikan huraian atau bercerita ; dan (vi) dengan menjelaskannya
dalam ayat-ayat dan sebagainya.

Proses berikut adalah pelajaran tatabahasa diajar secara induktif. Pola-pola ayat yang hendak diajar
dilatihtubi dahulu sehingga murid-murid dapat menguasainya. Kemudian, bahan-bahan bacaan yang
digunakan merupakan bahan-bahan yang berkaitan dengan latihan lisan yang ingin dilaksanakan.











Pembaharuan dan KONSEP Menekankan aspek
pengubahsuaian bentuk dan makna
kaedah nahu Wujud berasaskan menyebabkan murid
terjemahan. pendapat golongan yang hendak mempelajri
pendapat golongan sesuatu bahasa baharu
mentalis yang itu harus terlebih dahulu
memandang bahasa mengetahui sistem
sebagai kreativiti bahasa yang disasarkan
mental. kepada hukum dan
norma dalam
tatabahasa.

Ciri-ciri

1. Menekankan 2. Murid-murid perlu 3. Murid-murid
kemahiran berpengetahuan diberikan galakan
membaca dan tentang tatabahasa untuk menggunakan
menulis. yang hendak secara maksimum
dipelajari. kemampuan kreatif

Kebaikan Kelemahan

Murid berpeluang Murid perlu
belajar membaca dan mengetahui sistem
menulis dengan bahasa yang
bimbingan guru didasarkan pada
sepenuhnya. hukum dan norma
Murid diberikan peluang dalam ilmu
untuk menghasilkan tatabahasa terlebih
kreativiti sendiri secara dahulu.
maksimum.

Pengetahuan bahasa murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi
bahasa.
Digunakan untuk pengajaran bahasa moden secara saintifik dengan
membandingkan dua bahasa.
Amat mementingkan aspek pertuturan dan membolehkan guru
menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid semasa proses
pengajaran di dalam bilik darjah.
Tujuannya supaya murid menggunakan bahasa yang telah diketahui untuk
mempelajari bahasa baharu dari segi bunyinya.

Ciri-ciri Kaedah Linguistik
Mendahulukan bentuk daripada makna
Mementingkan pengetahuan fonetikkerana pemilihan bunyi yang sama dalam kedua-dua
bahasa diutamakan.
pemilihan bentuk ayat adalah berdasarkan bentuk ayat yang ada dalam bahasa ibunda.
Mengajar dahulu sebutan bunyi yang ada persamaan dengan bunyi bahasa yang
diketahui

Kebaikan
Guru berpeluang menyediakan bahan pengajaran dengan lebih tersusun dan teratur.
Murid-murid dapat memahami dengan jelas bahan tatabahasa yang dipelajari.
Menjimatkan masa

Kelemahan
Murid sukar membaca kerana bahan bacaan dikarang dalam bahasa tulisan.
Kaedah ini mengambil masa yang lama dan memerlukan belanja besar.
Murid-murid hanyat dapat menuturkan apa yang diajar sahaja tetapi tidak dapat
memperkembangkannya dengan baik.

Konsep
Berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi
komunikatif.
Kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatik,
latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa tertentu.
Melihatkan bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk
menghubungkan makna dengan mesej.

Ciri-ciri
Penekanan kepada persembahan input pemhaaman
dalam bahasa sasaran.
Kelas diasaskan kepada tugasan yang dapat memenuhi
keperluan murid.
Memperkembangkan keupayaan bahasa melalui
penguasaan dan pembelajaran.
Mirip kepada prinsip Audio-Linguis

Kebaikan
Murid tidak dipaksa mengucapkan sesuatu sehingga
mereka betul-betul bersedia untuk berbuat demikian.
Murid mengambil bahagian aktif untuk memperoleh input
pemahaman.
Murid tidak perlu menguasai bentuk dan struktur ayat
semasa menentukan matlamat komunikasi murid.

Kelemahan
Penguasaan bahasa hanya berlaku apabila memahami
mesej.
Guru perlu menentukan situasi supaya murid dapat
menggunakan bahasa sasaran secara berkesan.
Murid barus boleh bercakap dalam bahasa sasaran
selepas beberapa jam pembelajaran.

Konsep
Murid-murid akan menjadi ahli dalam komuniti.
Melalui proses interaksi dengan rakan-rakan dalam komuniti tersebut.
Matlamatnya adalah untuk memastikan murid-murid belajar cara berkomunikasi
menggunakan bahasa yang ingin dipelajari mengikut gaya sendiri.

Ciri-ciri
Pupuk semangat kekitaaan dan perasaan keselamatan.
Kebolehan murid meningkat maju dan mula berdikari.
Peranan guru sebagai pembimbing.
Guru mengenal pasti sejauh manakah situasi pembelajaran yang baharu ini
boleh menggugat proses pembelajaran yang mantap
Guru perlu menyokong dan memahami sifat murid dalam usaha menguasai
bahasa.

Kebaikan
Melahirkan kumpulan komuniti sokongan yang boleh membantu murid-murid
untuk mengurangkan rasa cemas dan takut.
Membantu murid menangani faktor-faktor yang boleh mengancam diri mereka
seperti kerap kali melakukan kesalahan.
Menyemai sikap bersaing secara sihat dalam kalangan rakan sebaya.

Kelemahan
Tidak sesuai dilaksanakan untuk kelas yang muridnya terdiri daripada pelbagai
jurusan.
Guru sukar untuk memastikan semua murid berminat terhadap tajuk yang
diperbincangkan dan sekali gus menarik minat mereka menyertai program.
Menyukarkan guru kerana mereka terpaksa menguasai dan fasih bahasa
pertama dan bahasa kedua sebelum melaksanakan kepada murid.

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version