RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6
(SENI BAHASA)
Mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 6 Cendawan
Bilangan Murid 25 Orang
Tarikh 8 November 2022
Hari Selasa
Masa 11:00-12:00 tengah hari
Tema Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Tajuk Makanan Tradisional
Kemahiran Fokus Seni Bahasa
Standard Kandungan 4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan
menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa
Standard Pembelajaran serta mempersembahkannya secara kreatif.
4.3.3 Menghasilkan seni kata lagu berdasarkan
Objektif bahan rangsangan dan mempersembahkannya
dengan gaya yang kreatif.
Aktiviti Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menganalisis bahan rangsangan yang
diberikan oleh guru.
2. Mencipta satu rangkap seni kata lagu
berdasarkan bahan rangsangan dan
mempersembahkannya dengan gaya
yang kreatif.
Set induksi (5 minit) :
- Murid disoal oleh guru beberapa soalan
berkaitan dengan makanan tradisional
pelbagai kaum.
- Murid didedahkan ilmu pengetahuan
tentang makanan tradisional yang
terdapat di Malaysia.
Langkah 1 (15 minit) :
- Murid ditayangkan video lagu Jong-jong
Inai diikuti dengan gaya yang
dipersembah oleh guru.
- Murid dibahagikan kepada lima kumpulan
kecil.
Langkah 2 (20 minit) :
- Murid diminta untuk mencabut makanan
tradisional yang terdapat di dalam “peti
misteri”.
- Murid diminta untuk menganalisis perkara
yang berkaitan dengan makanan
tradisional yang dipilih.
- Secara berkumpulan, murid diminta
mencipta satu rangkap seni kata lagu
berkaitan bahan rangsangan yang
diberikan mengikut kreativiti beserta gaya
persembahan yang kreatif.
- Murid membuat persediaan akhir sebelum
mempersembahkan hasil seni kata setiap
kumpulan.
Langkah 3 (15 minit) :
- Murid perlu mempersembahkan seni kata
lagu yang dicipta mengikut rentak lagu
Jong-jong Inai beserta gaya yang kreatif.
- Setiap kumpulan perlu
mempersembahkan dalam masa 3 minit.
Penutup (5 minit) :
- Murid perlu mencatat semula seni kata
lagu yang dihasilkan oleh setiap
kumpulan mengikut turutan yang
diberikan oleh guru.
- Ucapan Tahniah diberikan kepada setiap
kumpulan yang berjaya menghasilkan
satu rangkap seni kata berdasarkan
makanan tradisional pada masa yang
telah ditetapkan.
Refleksi
Nama ahli kumpulan:
SITI WARDINA SAFEA BT AZIZAN
NUREEN ADRINA BT MOHD HAFIZ
AULYA BT MOHD ZULKHAIRI
PERMATA PUTERI NATASYA BT ANOR
SHAMIELA URSLA BT ZAIDI
SITI RAHMAH BT HASSAN