Pakai baju warna biru,
Pergi sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.
Duduk melamun di depan teras,
Sambil mendengar burung terkukur,
Tak mengapa belajar keras,
Siapa tahu esok jadi direktur.
Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.
Kayu bemban buat gerudi,
Simpan sampan di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok Rui,
Bila belajar tekun selalu,
Jangan ingkar nasihat guru.
Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa,
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.
Lepas dijemur baru dilipat,
Di simpan dalam almari lama,
Jangan kita tinggalkan solat,
Kerana solat tiang agama.
Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mula beribadat semasa belia.
Rumah kecil tiang seribu,
Rumah besar tiang sebatang,
Kecil-kecil ditimang ibu,
Sudah besar ditimang gelombang.
Buah bacang masak serangkai,
Burung dekut meniti batang,
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut ditepi gantang.
Rusa lari ke padang datar,
Harimau datang tuk mengejar,
Jika ingin tambah pintar,
Tentu kita harus belajar.
Buah dipetik rasanya segar,
Untuk dibuat bubur acar,
Kalau malas belajar,
Pasti bodoh diwaktu besar.
Buah durian buah jambu,
Lebih enak lagi buah duku,
Teruslah tambah wawasanmu,
Dengan belajar dan baca buku.
Pergi ke kedai membeli halia,
Halia dibeli bersama serai,
Rajin membaca amalan mulia,
Agar menjadi orang yang pandai.
Langit cerah berwarna biru,
Rindu hati ke kota Mekah,
Hormati olehmu setiap guru,
Kerana akan membawa berkah.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Burung pipit burung kedidi,
Hinggap di pokok di tepi sawah,
Jika hidup tidak berbudi,
Ibarat pokok tidak berbuah.
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali,
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
Jangan pergi terlalu lama,
Supaya khawatir selesai sudah,
Suka duka telah dilewati bersama
Menjalin kengan yang amat indah.
Berbaju batik butang kelana,
Duduk bermadah di tilam pandak,
Usah dipetik si bunga sena,
Warnanya indah berbau tidak.
Pisau tak akan tajam selalu,
Kerana itu harus diasah,
Tuhan tak akan tinggalkanmu,
Di saat engkau kena masalah.
Akar memanjat pohon ara,
Nampaknya cantik berseri laman,
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman.
Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain,
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis ditempat lain.
Kanak-kanak bermain guli,
Bermain guli ditepi kedai,
Datang ke sekolah setiap hari,
Rajin belajar cepat pandai.