The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pibgsktamansetia, 2022-05-13 09:09:08

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN SETIA TAHUN 2022

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG 14 MEI 2022

Keywords: BUKU PROGRAM

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SETIA KALI KE-23

Tarikh : 25 September 2021
Hari : Sabtu
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet)
Kehadiran : 177 orang

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan

1.1 Ucapan Yang DiPertua – Encik Wan Sazali bin Wan Mohamed

1.1.1 Yang DiPertua mengucapkan rasa syukur dan mengalu-alukan
kehadiran ibu bapa dan guru ke Mesyuarat Agung PIBG SK Taman
Setia kali ke-23 yang diadakan secara atas talian.

Tindakan : Makluman

1.1.2 Yang DiPertua juga mengucapkan tahniah kepada para guru dan ibu
bapa yang dapat meluangkan masa bagi menjayakan Mesyuarat Agung
PIBG SK Taman Setia yang pertama kali diadakan secara maya iaitu
menerusi medium Google Meet.

Tindakan : Makluman

1.1.3 Yang DiPertua menyatakan bahawa Mesyuarat Agung PIBG ini
merupakan platform terbaik bagi pihak sekolah dan ibu bapa untuk
berkongsi pandangan dan bertukar-tukar pendapat bagi kesejahteraan
anak-anak SK Taman Setia.

Tindakan : Makluman

1.1.4 Yang DiPertua juga memaklumkan ahli mesyuarat berkenaan fungsi dan
kepentingan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sebagai rakan bantu pihak
sekolah dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah.

Tindakan : Makluman

1.1.5 Tidak ketinggalan, Yang DiPertua juga menyatakan keprihatinan pihak
PIBG dalam menghulurkan sebarang bantuan dan sokongan kepada
pihak sekolah apabila diperlukan walaupun dalam situasi pandemik.

Tindakan : Makluman

8

1.1.6 Yang DiPertua mengharapkan kerjasama yang baik dan erat ini sentiasa
kekal terjalin pada masa akan datang bagi memastikan anak-anak SK
Taman Setia mendapat manfaat yang optimum.

Tindakan : Makluman

1.1.7 Yang DiPertua berkongsi pengalaman bahawa organisasi PIBG SK
Taman Setia telah berusaha sebaik mungkin dalam melaksanakan
tugas yang diamanahkan walaupun terpaksa berhadapan dengan
situasi pandemik yang mencabar ini.

Tindakan : Makluman

1.1.8 Yang DiPertua juga menyatakan bahawa kebajikan anak-anak SK
Taman Setia sentiasa menjadi keutamaan dan wang sumbangan PIBG
yang diterima juga digunakan sebaik-baiknya bagi melengkapkan
keutamaan tersebut.

Tindakan : Makluman

1.1.9 Yang DiPertua memaklumkan berkenaan penggunaan wang
sumbangan yang telah banyak membantu pihak sekolah dalam
menyediakan persekitaran patuh SOP semasa sesi pembukaan
sekolah pada bulan Julai 2020 dan pada awal bulan Mac tahun ini.

Tindakan : Makluman

1.1.10 Yang DiPertua juga berkongsi berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan sepanjang sesi 2020/2021 seperti baik pulih tandas murid,
baik pulih sistem paip air tangki, baik pulih sistem kumbahan, baik pulih
sistem elektrik dan aktiviti penebangan pokok di dalam kawasan
sekolah.

Tindakan : Makluman

1.1.11 Yang DiPertua mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah
membuat sumbangan PIBG bagi tahun 2020 kerana dengan adanya
sumbangan ini segala baik pulih yang diperlukan oleh pihak sekolah
telah berjaya dilaksanakan.

Tindakan : Makluman

1.1.12 Yang DiPertua juga menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa
menyokong dan memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam
menjayakan sebarang aktiviti yang dirancangkan pada masa hadapan.

Tindakan : Makluman

9

1.1.13 Akhir kata, Yang DiPertua mengucapkan setinggi penghargaan kepada
pihak sekolah dan ibu bapa yang telah memberi kerjasama yang baik
kepada beliau dan barisan AJK PIBG dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diberi.

Tindakan : Makluman

1.2 Ucapan Guru Besar - Puan Hajah Sarifah binti Mohamed (Guru Besar)

1.2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran
ibu bapa dan guru ke Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Setia kali ke-
23 yang diadakan secara atas talian.

Tindakan : Makluman

1.2.2 Guru Besar sangat berbesar hati atas komitmen yang ditunjukkan oleh
ibu bapa, ahli jawatankuasa PIBG dan guru-guru dalam menjayakan
setiap program anjuran sekolah terutamanya majlis pada hari ini.

Tindakan : Makluman

1.2.3 Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa atas
kerjasama dan keprihatinan yang diberikan dalam melancarkan proses
PdPR murid bersama guru-guru.

Tindakan : Makluman

1.2.4 Guru Besar memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan daripada
pihak guru-guru dalam menggalas tanggungjawab mendidik anak-anak
ketika waktu pandemik Covid-19 ini dan beliau juga mengharapkan
teguran yang membina untuk memperbaiki kekurangan tersebut dari
semasa ke semasa.

Tindakan : Makluman

1.2.5 Guru Besar mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa dalam
melayani kerenah anak-anak dan memberikan sepenuh sokongan
untuk membentuk jati diri yang cemerlang dalam diri mereka

Tindakan : Makluman

1.2.6 Guru Besar memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan kesediaan
pihak sekolah sekiranya diumumkan sekolah dibuka secara bersemuka
pada bila-bila masa.

Tindakan : Makluman

10

1.2.7 Semua guru, staf pejabat, pekerja pembersihan, pengawal
keselamatan, pekerja kedai buku dan pekerja kantin telah lengkap dua
dos vaksin untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Tindakan : Makluman

1.2.8 Guru Besar juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah
mengagihkan sumbangan kebajikan yang diterima daripada NGO,
Gerobok Rezeki dan Jakel kepada ibu bapa dan keluarga murid yang
kurang berkemampuan.

Tindakan : Makluman

1.2.9 Guru Besar mengharapkan ibu bapa dapat berinteraksi dengan guru-
guru, pihak sekolah dan Jawatankuasa PIBG sekiranya ada sebarang
masalah atau ingin berkongsi pandangan.

Tindakan : Makluman

1.2.10 Guru Besar mengharapkan ibu bapa memastikan anak-anak supaya
terus berada di rumah dan sentiasa mengutamakan pelajaran serta
melakukan aktiviti yang berfaedah.

Tindakan : Makluman

1.2.11 Guru Besar memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan Pentaksiran
Tahun 6 yang akan dilaksanakan pada pertengahan bulan Oktober.

Tindakan : Makluman

1.2.12 Guru Besar mengakhiri ucapan dengan mengharapkan semua pihak
terus memberikan kerjasama dalam usaha mencapai visi dan misi
sekolah serta Kementerian Pelajaran Malaysia seiiring dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Tindakan : Makluman

1.3 Ucapan Perasmi – Encik Mohd Zulhisam bin Abu Mansur
(SISC+ Bahasa, PPD Gombak)

1.3.1 Encik Mohd Zulhisam mengucapkan sekalung penghargaan buat
semua ahli PIBG dan pihak sekolah kerana menyumbangkan tenaga,
masa dan wang ringgit dalam menjayakan segala program yang
dirancangkan.

Tindakan : Makluman

11

1.3.2 Encik Mohd Zulhisam berkongsi tentang inisiatif ke 62 PPPM iaitu
Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti dengan pihak
sekolah selaku suri teladan.

Tindakan : Makluman

1.3.3 Encik Mohd Zulhisam juga menyatakan bahawa 6 Aspirasi Murid akan
berjaya dicapai dengan adanya pelibatan daripada pihak ibu bapa yang
memberangsangkan.

Tindakan : Makluman

1.3.4 Encik Mohd Zulhisam berkongsi tentang kepentingan ibu bapa dalam
memahami keperluan akademik anak-anak dan mengenali potensi
yang ada dalam diri mereka agar tindakan sewajarnya dapat diambil
bagi mengembangkan aspek tersebut.

Tindakan : Makluman

1.3.5 Ibu bapa yang mengenali potensi anak-anak akan memudahkan usaha
mereka dalam memfokuskan kemahiran tersebut.

Tindakan : Makluman

1.3.6 Encik Mohd Zulhisam menyatakan ibu bapa dan guru-guru perlu
mewujudkan komunikasi yang berkesan agar keyakinan dalam diri
murid dapat dibina dengan sebaiknya.

Tindakan : Makluman

1.3.7 Encik Mohd Zulhisam juga berkongsi pandangan bahawa kerjasama
daripada semua pihak sangat diperlukan untuk membentuk peribadi
anak-anak yang cemerlang dan tanpa kesepakatan kemungkinan
perkara ini sukar untuk dicapai.

Tindakan : Makluman

1.3.8 Akhir sekali, Encik Mohd Zulhisam dengan berbesar hati telah
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Setia kali ke-23 bagi
Tahun 2021.

Tindakan : Makluman

12

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Ke-22

2.1 Minit Mesyuarat Agung kali ke-22 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.

Pencadang : Puan Hafidah binti Hassan
Penyokong : Puan Nur Baitiyah Homaidi

Tindakan : Makluman

3.0 Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan dalam mesyuarat.
Tindakan : Makluman

4.0 Perkara-perkara Baharu

4.1 Tayangan video PdPR dan aktiviti PIBG sepanjang sesi 2020/2021

4.1.1 Ahli mesyuarat ditunjukkan dengan sebuah video berkenaan hasil kerja
murid-murid sepanjang sesi persekolahan secara PdPR yang dilakukan
secara atas talian dan luar talian.

Tindakan : Makluman

4.1.2 Video berkenaan aktiviti yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa PIBG
dan pihak sekolah juga turut ditunjukkan kepada ahli mesyuarat sebagai
makluman.

Tindakan : Makluman

4.2 Pembentangan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2020.

4.2.1 Puan Kalthsum binti Rusdi selaku Bendahari telah membentangkan
Laporan Kewangan PIBG SK Taman Setia iaitu Penyata Kewangan
yang berakhir pada 31 Disember 2020.

Tindakan : Makluman

4.2.2 Baki yang dibawa ke hadapan bagi Penyata Kewangan Berakhir 31
Disember 2020 ialah sebanyak RM18049.40.

Tindakan : Makluman

4.2.3 Puan Kalthsum memberi peluang kepada ahli mesyuarat yang ingin
mendapatkan penjelasan lebih lanjut berkenaan butiran-butiran tertentu
yang terdapat dalam Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2020
sebelum penyata tersebut disahkan.

Tindakan : Makluman
13

4.2.4 Puan Kalthsum juga memaklumkan kepada ahli mesyuarat berkenaan
kutipan Wang Sumbangan PIBG bagi tahun 2021 masih belum dikutip
daripada pihak ibu bapa.

Tindakan : Makluman

4.2.5 Guru Besar menyatakan kutipan Wang Sumbangan akan dibuat setelah
Mesyuarat Agung dilaksanakan dan minitnya dihantar kepada
pendaftar.

Tindakan : Makluman

4.2.6 Laporan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2020 telah disahkan
tanpa pindaan.

Pencadang : Ustaz Mohd Razi bin Che Hassan
Penyokong : Puan Izzah Idawati binti Mohamed

Tindakan : Makluman

4.3 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2020/2021

4.3.1 Encik Wan Sazali bin Wan Mohamed selaku Yang DiPertua PIBG SK
Taman Setia mengumumkan pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG
bagi sesi 2020/2021.

Tindakan : Makluman

4.3.2 Pihak urus setia menayangkan slaid penghargaan atas segala
sumbangan dan jasa barisan AJK PIBG SK Taman Setia bagi sesi
2020/2021 kepada ahli mesyuarat.

Tindakan : Makluman

4.4 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Baharu bagi sesi 2021/2022

4.4.1 Tuan Haji Dzulkefli bin Hasim dilantik sebagai pengerusi sementara
bagi menjalankan pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Taman Setia
yang baharu bagi sesi 2021/2022 secara atas talian.

Tindakan : Makluman

4.4.2 Pengundian diteruskan setelah Tuan Haji Dzulkefli bin Hasim
menerangkan tentang proses pengundian secara atas talian dan beliau
turut mengingatkan ahli mesyuarat bahawa pencalonan AJK PIBG
2020/2021 akan dikira apabila individu tersebut hadir dalam mesyuarat

14

secara atas talian ini dan mempunyai anak yang belajar di SK Taman
Setia.

Tindakan : Makluman

4.4.3 Pengundian jawatan secara atas talian adalah melibatkan jawatan Yang
DiPertua PIBG, Naib Yang DiPertua, 5 orang AJK Ibu Bapa dan
seorang Juru Audit Ibu Bapa. Jawatan Setiausaha, Bendahari, 5 Orang
AJK Guru dan seorang Juru Audit Guru akan dipilih oleh pentadbir.

Tindakan : Makluman

4.4.4 Yang DiPertua.

Encik Sufian bin Ismail telah mencadangkan Encik Mohamad Amzari
bin Aziz dan disokong oleh Puan Dian binti Abu Bakar. Cadangan calon
akhirnya ditutup oleh Ustaz Mohd Razi bin Che Hassan memandangkan
tiada calon lain yang dicadangkan untuk jawatan ini. Dengan sebulat
suara, Encik Mohamad Amzari bin Aziz telah dipilih untuk menyandang
jawatan Yang DiPertua PIBG SK Taman Setia bagi sesi 2021/2022.

Tindakan : Makluman

4.4.4 Naib Yang DiPertua.

Hasil daripada jumlah undian antara tujuh nama yang dicalonkan dalam
kalangan ibu bapa, Encik Wan Sazali bin Wan Mohamed mendapat
jumlah undian yang tertinggi hasil daripada cadangan oleh Encik Sufian
bin Ismail dan sokongan daripada Ustaz Mohd Razi bin Che Hassan.
Oleh itu, Encik Wan Sazali bin Wan Mohamed dipilih sebagai Naib Yang
DiPertua PIBG SK Taman Setia bagi sesi 2021/2022.

Tindakan : Makluman

4.4.5 Setiausaha.

Pihak sekolah telah melantik Cik Rafiza binti Darus sebagai Setiausaha
PIBG SK Taman Setia bagi sesi 2021/2022.

Tindakan : Makluman

15

4.4.6 Bendahari.

Pihak sekolah telah melantik Puan Kalthsum binti Rusdi sebagai
Bendahari PIBG SK Taman Setia bagi sesi 2021/2022.

Tindakan : Makluman

4.4.7 Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa.

Ahli mesyuarat telah bersetuju memilih lima orang daripada tujuh nama
yang dicalonkan berdasarkan bilangan undian tertinggi sebagai ahli
jawatankuasa ibu bapa dan seorang lagi calon akan terus dilantik
sebagai Juru Audit (Ibu Bapa).

Bil. Calon Pencadang/Catatan

1 Pn. Hafidah binti Hassan Pn. Hazrina binti Abd Rauf

2 Pn. Siti Fatimah binti Abdul Pn. Salhafiza binti Md Salim

Hamid

3 En. Shazli Imran bin Zainal Ustaz Che Mazlan bin Che Kob

Maulad

4 En. Mohd Saufi bin Ahmad Pn. Hjh. Wan Nur Hazimah bin

Wan Husin

5 En. Sufian bin Ismail Tn. Hj. Dzulkefli bin Hasim

Tindakan : Makluman

4.4.8 Ahli Jawatankuasa Guru.
Pihak pentadbir SK Taman Setia telah sebulat suara memilih lima orang
daripada nama-nama berikut sebagai ahli jawatankuasa guru.
Bil. Calon
1 Pn. Suzila binti [email protected] Adam
2 Pn. Nur Asyikin binti Moksen
3 Pn. Izurni binti Ibrahim
4 En. Muhammad Faiz bin Kamarozaman
5 En. Muhammad Nuraimann bin Che Yusoff

Tindakan : Makluman

16

4.4.9 Juru Audit. Calon

Juru Audit Pn. Dian binti Abu Bakar
Bil. Pn. Masliah binti Mohd Ali
1 Ibu bapa
2 Guru

Tindakan : Makluman

4.5 Pembentangan dan Pembahasan Usul.

4.5.1 Tiada usul atau cadangan yang diterima daripada pihak ibu bapa,
penjaga dan guru-guru.

Tindakan : Makluman

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Encik Sufian bin Ismail berbesar hati membuat sumbangan sebanyak
RM1129.10 dan sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam Penyata
Kewangan PIBG berakhir 30 September 2021.

Tindakan : Makluman

6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Yang DiPertua, Encik Mohamad Amzari bin Aziz mengucapkan terima kasih
atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan dalam menggalas tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan bagi menguruskan organisasi PIBG bagi
sesi 2021/2022.

Tindakan : Makluman

6.2 Yang DiPertua juga mengucapkan tahniah kepada mantan AJK PIBG sesi
2020/2021 atas segala sumbangan dan komitmen yang telah diberikan kepada
pihak sekolah.

Tindakan : Makluman

6.3 Yang DiPertua mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sentiasa
berusaha memberikan yang terbaik kepada murid-murid sepanjang PdPR.
Tindakan : Makluman

17

6.4 Yang DiPertua mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam
meneruskan legasi kepimpinan PIBG SK Taman Setia bagi sesi 2021/2022.
Tindakan : Makluman

6.5 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
Tindakan : Makluman

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………… ……………………………………
( RAFIZA BINTI DARUS ) ( MOHAMAD AMZARI BIN AZIZ )
Setiausaha, Yang DiPertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Taman Setia. SK Taman Setia.

18

SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA, PENJAGA DAN GURU
KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN SETIA
KALI KE-23 TAHUN 2021 SECARA ATAS TALIAN

BIL NAMA 31 SATIGA BINTI ATRAE
1 NUR BAITIYAH HOMAIDI 32 AHMAD KHUSYAIRI BIN
2 NORBAIZURA ASHYKYN BT
OTHMAN JAMALUDDIN
3 PRASHANA NAIR A/P 33 NORJUNAIDAH BINTI MANSOR
KUMARAN 34 YAHANI BT ISHAK
4 MOHD FADZIL BIN MOHD 35 SUYANTI BINTI SUMARJOH
BAKRI 36 AHMAD AZHARI BIN MOHD BEE
5 ALI BIN MAT NOR 37 MOHD SAUFI BIN AHMAD
6 CHE MAZLAN BIN CHE KOB 38 NOOR KHALISAH BINTI
7 HAZRINA BT ABD RAUF
8 SAFUAN BIN SHAFIE KAMARUDDIN
9 AZLAN B ABD MAJID 39 GERALD A/L ANTHONY
10 KALTHSUM BT RUSDI 40 NORHASIFAH JAMIL
11 DZULKEFLI BIN HASIM 41 HASLIANA BT ABU HASSAN
12 ABD MALEK BIN ALI 42 NOR ILYANA BINTI NOOR
13 ZURIAH BT IBRAHIM
14 MASHITAH BINTI AWANG MEAH
15 FARIDAH BT ABDULLAH 43 SITI MASLIAH BT MOHD ALI
16 NUR IDAYU BINTI MASJATIM 44 SHALWANA BINTI HUSSAIN
17 SARINA BINTI SULAIMAN 45 NORAISHAH BINTI MOHD NOR
18 NOORZILAWATI BT AZMI 46 MOHAMAD MUZIRAM
19 MUHAMMAD FAIZ BIN 47 WAN NUR HAZIMAH BT WAN
KAMAROZAMAN
20 NORBAIZURA ASHYKYN BT HUSIN
OTHMAN 48 NOOR BAIZURA ABD RAZAK
21 AZIHAZUA AZIRA BINTI AZIZAN 49 NUR ASYIKIN BT MOKSEN
22 MOHD RAZI CHE HASSAN 50 MOHD ROSLI ABDUL RAHIM
23 FARISHA ASSILA BT 51 NUR DASHILA BT MOHD AKHIR
SAHARUDIN 52 WAN NUR SUHANIM BT SUKRI
24 NUR AISHAH BT ABDUL 53 NUR BAITIYAH HOMAIDI
RAHMAN 54 NORBAIZURA ASHYKYN BT
25 ZAMZUL KHAIRI BIN ZULKIFLI
26 NORHANA BT IDRIS OTHMAN
27 MUHAMMAD AZAN BIN ABU 55 PRASHANA NAIR A/P
KASSIM
28 MUHAMMAD NURAIMANN BIN KUMARAN
CHE YUSOFF 56 MOHD FADZIL BIN MOHD
29 NORFARHANA BT ABDUL
RAZAK BAKRI
30 HALIMAHTON BINTI UJANG 57 ALI BIN MAT NOR
58 CHE MAZLAN BIN CHE KOB
59 HAZRINA BT ABD RAUF
60 SAFUAN BIN SHAFIE
61 AZLAN B ABD MAJID
62 KALTHSUM BT RUSDI
63 DZULKEFLI BIN HASIM
64 ABD MALEK BIN ALI

19

BIL NAMA 99 WAN NUR HAZIMAH BT WAN
65 ZURIAH BT IBRAHIM HUSIN
66 MASHITAH BINTI AWANG
67 FARIDAH BT ABDULLAH 100 NOOR BAIZURA ABD RAZAK
68 NUR IDAYU BINTI MASJATIM 101 NUR ASYIKIN BT MOKSEN
69 SARINA BINTI SULAIMAN 102 MOHD ROSLI ABDUL RAHIM
70 NOORZILAWATI BT AZMI 103 NUR DASHILA BT MOHD AKHIR
71 MUHAMMAD FAIZ BIN 104 WAN NUR SUHANIM BT SUKRI
105 NURZANARIYAH BINTI HELMI
KAMAROZAMAN 106 NURHALIMAH
72 NORBAIZURA ASHYKYN BT 107 SALHAFIZA BT MD SALIM
108 SARIFAH BINTI MOHAMED
OTHMAN 109 SARAH BINTI MOHD YUSOF
73 AZIHAZUA AZIRA BINTI AZIZAN 110 ROSMALINA BT AB. RAHMAN
74 MOHD RAZI CHE HASSAN 111 WAN NORZURAINI WAN
75 FARISHA ASSILA BT
AHMAD
SAHARUDIN 112 IRA NADZIRAH BT ABD AZIZ
76 NUR AISHAH BT ABDUL 113 MOHAMAD AMZARI BIN AZIZ
114 SITI HAJAR BT ISMAIL
RAHMAN 115 SAIFUL RAZI BIN SAMSUDIN
77 ZAMZUL KHAIRI BIN ZULKIFLI 116 IZZAH IDAWATI BT MOHAMED
78 NORHANA BT IDRIS 117 MOHD SARIFFUDIN BIN RAMLI
79 MUHAMMAD AZAN BIN ABU 118 CHE INAN MELATI BINTI CHE

KASSIM IBRAHIM
80 MUHAMMAD NURAIMANN BIN 119 YUSMANIZAM B YOOCUB
120 NURUL FARHA BINTI
CHE YUSOFF
81 NORFARHANA BT ABDUL MOHAMED RUSDI
121 NUR SHUHADA BINTI BIDIN
RAZAK 122 MOHD SHAHRULNIZA ISHAK
82 HALIMAHTON BINTI UJANG 123 NURUL FARHA BINTI
83 SATIGA BINTI ATRAE
84 AHMAD KHUSYAIRI BIN MOHAMED RUSDI
124 SUZILA BT SAAD @ ADAM
JAMALUDDIN 125 HASINA HUSSIN
85 NORJUNAIDAH BINTI MANSOR 126 PUAN NAZMIN BINTI HUSSEIN
86 YAHANI BT ISHAK 127 NORITA BINTI HASHIM
87 SUYANTI BINTI SUMARJOH 128 NASUHA BT MAMAT
88 AHMAD AZHARI BIN MOHD BEE 129 UNISHADEVI A/P MANOGERAN
89 MOHD SAUFI BIN AHMAD 130 SUZANA SURIAWATI BINTI MAT
90 NOOR KHALISAH BT
SAAD
KAMARUDDIN 131 MATILDA BINTI ANTHONY UPI
91 GERALD A/L ANTHONY 132 HUSNITA BINTI HUSSIN
92 NORHASIFAH JAMIL 133 MOHAMAD FAZLI BIN MASOT
93 HASLIANA BT ABU HASSAN 134 MATILDA BINTI ANTHONY UPI
94 NOR ILYANA BINTI NOOR 135 RAFIZA BT DARUS
136 NORAZNI MANSOR
MEAH 137 NURUL SAFRA BINTI SALEH
95 SITI MASLIAH BT MOHD ALI 138 JAMIATUL AQMAR
96 SHALWANA BINTI HUSSAIN
97 NORAISHAH BINTI MOHD NOR 20
98 MOHAMAD MUZIRAM

BIL NAMA 174 ROSLINA BINTI ENCHE KOB
139 DIAN BINTI ABU BAKAR 175 HAFIDAH BINTI HASSAN
140 SUFIAN BI ISMAIL 176 WAN NURINA AZYYATI BINTI W.
141 NABILAH BINTI ABD RAUB
142 ERENY BINTI MOHD SAAD MOHD DIN
143 NOORANIZAH BINTI ABDUL 177 IBU NADIYYA SURFINA

KADIR 21
144 MOHAMAD ZAIDI B MOHAMAD

ZAINI
145 NOR SYUHADA BT MOHD

ARIFFIN
146 SITI FATIMAH ABDUL HAMID
147 MOHD ZARIFI BIN HASSAN
148 MOHAMAD ZAIDI B MOHAMAD

ZAINI
149 S.NOORAMIE
150 NOR AINI BINTI KHADIR
151 WAN SAZALI BIN WAN

MOHAMED
152 ZAKIYYAH BINTI ACHMAD

MUJAHID
153 NOR ERDAWATY BINTI

NADZAR
154 IMRAN SYAHRIN BIN IBRAHIM
155 NUR AZREEN BINTI HALIM
156 NURUL NURHIDAYU HARIS
157 ROSLINA BT ISMAIL
158 MUHAMMAD NURUL AZZAIN B

ABDUL AZIZ
159 ANA RAHAYU HAMZAH
160 NUR IZYAN HAMZAH
161 NASIRUDIN YAKUB
162 WAN FAZURIN
163 NORAZLINA BT DAUD
164 NORAZIAN BINTI RONA
165 IZURNI BINTI IBRAHIM
166 MOHD YUNUS BIN OMAR
167 SHAZLI IMRAN BIN ZAINAL

MAULAD
168 SITI FATIMAH BINTI ABDUL

HAMID
169 ERNAWATI SALLEH
170 ILI NADIAH MAMAT
171 HABIBAH BT YUSOF
172 NORHIDAYU BINTI MOHD
173 FADZILAH

22

23








Click to View FlipBook Version
Previous Book
التسوق: قصة حياتي التي لن أنساها
Next Book
TidbitsLivingstonIss10 SCREEN