The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN SMKSHK 2019 - Agihan tugasan bagi kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum serta takwim sekolah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nitt nuar, 2018-12-19 18:59:31

BUKU MANUAL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 2019

BUKU PENGURUSAN SMKSHK 2019 - Agihan tugasan bagi kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum serta takwim sekolah.

Keywords: Pengurusan,Kurikulum,Hal Ehwal Murid,HEM,KOkurikulum

36.2 Guru hendaklah sentiasa mendidik murid supaya memahami dan mematuhi peraturan sekolah. Guru
hendaklah sentiasa memberi bimbingan kepada murid melalui nasihat, rundingcara atau kaunseling. Guru perlu
menjadi teladan kepada murid dalam semua aspek disiplin seperti pakaian, tuturkata dan sikap & tanggungjawab
terhadap tugas.

36.3 Dalam usaha mencegah perbuatan merokok di kalangan murid, guru-guru sebagai role models adalah
dilarang merokok di dalam kawasan sekolah pada waktu PDP / di padang pennainan pada waktu petang semasa
melatih murid bermain / berlangsungnya satu-satu pertandingan sukan (Prinsip kepimpinan melalui teladan).
Premis sekolah adalah kawasan larangan merokok mengikut Pekeliling Ikhtisas: Bil. 5 Tahun 1997)

36.4 Semua guru hendaklah melatih murid supaya menjaga keselamatan dan kebersihan peralatan dan aset
sekolah seperti buku teks (mesti dibalut), peralatan sukan, kerusi, meja, kemudahan fizikal sekolah dan Iain-lain.

36.5 Sekiranya terdapat murid memecahkan atau merosakkan harta benda sekolah (termasuk peralatan makmal,
bengkel, bilik darjah, kantin, bilik khas), murid berkenaan hendaklah dikenakan denda dalam bentuk wang (atas
kadar nilai harta yang rosak). Semua Unit sekolah perlu menyediakan senarai harga barang untuk tujuan
tersebut. Resit pejabat hendaklah diberikan dan serahkan wang denda ke pejabat sekolah. Semua kerosakan
hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas dan direkodkan. (Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 Tahun 2003)

36.6 Guru mata pelajaran perlu memastikan pergerakan pelajar ke kelas Pendidikan Seni Visual. Pendidikan
Jasmani, makmal sains, bengkel KH, bilik tayang, Perpustakaan dan amali agama dengan teratur, senyap dan
cepat. Ketua tingkatan dan guru M/P bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar pada waktu pergerakan ini.

36.7 Pelajar yang hendak meninggalkan kawasan sekolah untuk mendapatkan rawatan klinik atau dijemput balik
awal oleh penjaga hendaklah dimaklumkan kepada guru tingkatan/ guru mata pelajaran. PK HEM dan guru
bertugas akan mengurus dan merekod ke dalam buku bertugas dan buku keluar kawasan sdkola'h

36.7 Bagi pertandingan permainan, pelajar-pelajar yang terlibat (yang tinggal jauh) boleh dibenarkan balik awal
selepas mendapat kebenaran daripada PK HEM dan guru bertugas perlu mencatatkan dalam Buku Laporan
Bertugas. (guru mata pelajaran perlu dimaklumkan tentang perkara ini supaya murid tidak dianggap ponteng
kelas)

36.8 Guru dikehendaki membenarkan hanya seorang murid lelaki sahaja/ dua orang murid perempuan sahaja ke
tandas dalam satu-satu masa untuk mengelakkkan ponteng kelas/sekolah. Gunakan kad/Pass keluar yang
disediakan oleh PK HEM.

37.9 Kerja rumah/ Latihan dalam bilik darjah adalah wajib dibuat oleh semua murid. Jika didapati engkar lebih
daripada 3 kali selepas dinasihati, maka guru mata pelajaran wajib merujuk mereka kepada GPK 1 dengan
mengisi borang salahlaku bidang akademik.

37.10 Sekiranya terdapat pelajar yang bermasalah serius/ kronik. Guru Tingkatan atau guru mata pelajaran perlu
rujuk pelajar berkenaan kepada guru Bimbingan dan kaunseling dengan kadar segera untuk proses
nasihat/pemulihan. (isi borang perkhidmatan kaunseling)

3.8 PENGURUSAN BILIK DARJAH

38.1 Papan Kenyataan kelas mesti ada :

-Misi dan Visi SMKSHK
-Jadual Waktu PdP kelas terkini
-Jadual Bertugas Murid
-Carta dan Organisasi Kelas
-Aliran pergerakan semasa Kebakaran
-Info semua mata pelajaran (kemaskinikan sekurang-kurangnya dua minggu sekali dan mengadakan
pertandingan peringkat kelas)

126

-Senarai inventori harta aset bilik darjah seperti kerusi meja, lampu kipas, almari, penyapu, pemadam papan
hijau, cermin tingkap(*denda RM 5.00 sekeping termasuk upah pasang jika dipecahkan ) dll. serta senarai
harga denda jika dirosakkan. Sediakan dua senarai berikut:

38.2 Pertandingan kebersihan Kelas : markah pertandingan di bawah 50%, guru tingkatan bersama dengan
murid kelas berkenaan perlu menjalankan aktiviti pembersihan dan keceriaan bilik darjah pada waktu selepas
persekolahan hari Isnin (keputusan diumumkan di waktu perhimpun pagi
(Tindakan Guru Bertugas Mingguan, Penyelaras Tingkatan dan GPK HEM)
38.3 Semua kelas mesti mewujudkan satu sudut bacaan dengan bahan-bahan bacaan dibawa/dibeli oleh murid
sendiri.
*Semua Peraturan-Peraturan di atas adalah berdasarkan Pekeliling Ikhtisas(PI),
Pekeliling Kewangan & Perolehan KPM dan Pekeliling Jabatan dan PPD serta Perintah Am
Perkhidmatan Kerajaan.

127

128


Click to View FlipBook Version