The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by timria77, 2023-06-22 09:48:38

TUGASAN 1 (TIMOT BINTI USOP)

TUGASAN 1 (TIMOT BINTI USOP)

LAPORAN PROJEK KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN SISTEM DI BAWAH INISIATIF #111: PEMANTAPAN PROFESIONALISME PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BIL.1/2023 – ZON SARAWAK NAMA : TIMOT BINTI USOP NO KP : 770905-13-5788 TEMPAT BERTUGAS : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERADONG PENSYARAH PEMBIMBING:PUAN NORLELAWATI BINTI MEGAT RASIDIN TAHUN : 2023


i KANDUNGAN Halaman PENDAHULUAN 1 1.0 HURAIAN TENTANG ORGANISASI 1.1. Latar Belakang Organisasi 1.2. Visi dan Misi Organisasi 1.3. Piagam Pelanggan 2 1.4. Struktur Organisasi 3 1.4.1 Struktur Organisasi PPD 1.4.2 Struktur Organisasi Sektor 1.5. Data /Statistik Staf PPD 5 1.5.1 Data Pengisian Pegawai di PPD 1.5.2 Data Pengisian Pegawai di Sektor 1.5.1 Data Sekolah, Guru dan Murid PPD 1.6. Kejayaan -kejayaan yang di capai Organisasi 7 2.0 HURAIAN TENTANG PROJEK YANG DIKAJI 2.1 Justifikasi Pemilihan Projek 12 2.2 Situasi Projek 14 2.2.1 Tarikh Perlaksanaan Projek 2.2.2 Lokasi 2.2.3 Sasaran Peserta 2.2.4 Objektif Perlaksanaan Projek 2.3 Peluang 15 2.4 Isu dan Cabaran 17 2.5 Kos 18 2.6 Penglibatan Kepimpinan Organisasi 19 2.7 Pujian dan Pengiktirafan 20 2.8 Tindak Ikut dan Tindak Susul 24 3.0 REFLEKSI 3.1 Faktor-faktor Yang Didapati Kritikal dan Penting Dalam 25 Menjayakan Perubahan Di Organisasi 3.2 Kaitan Di antara Teori Pengurusan atau KepimpinanPendidikan 27 dengan Pembudayaan Amalan Di Organisasi 3.3 Ruang-ruang Penambahbaikan Yang Boleh Dilakukan 28 3.4 Pengajaran/Teladan Berkaitan Pengurusan dan Kepimpinan yang Diperoleh 4.0 RUMUSAN 29 4.1 Pandangan Peribadi Pegawai Tentang Projek Yang Dipilih 4.2 Pandangan Peribadi Pegawai Tentang Tugasan Projek PENUTUP 30 Rujukan


1 PENDAHULUAN Kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi terutama dalam memimpin organisasi ke arah mencapai matlamat yang ingin dicapai bersama. Memupuk budaya organisasi yang positif adalah satu tugas dan tanggungjawab yang penting bagi memastikan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Organisasi yang cemerlang mempunyai budaya organisasi yang positif dengan memastikan kepimpinan yang menerajui sesebuah organisasi mempunyai ciri-ciri kepimpinan iaitu mempunyai misi dan matlamat yang jelas. Kepimpinan telah diterima sebagai faktor utama yang membezakan antara organisasi yang berkesan dengan organisasi yang tidak berkesan. (Abdul Shukor, 2004) 1.0 HURAIAN TENTANG ORGANISASI 1.1 Latar Belakang Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah Meradong (PPD Meradong) mula beroperasi pada tahun 1988. Pegawai Pendidikan Daerah Meradong yang pertama ialah Tuan Haji Tanin bin Tuan Haji Keri. Berikut ialah senarai Pegawai Pendidikan Daerah Meradong sejak dari tahun 1988 sehingga sekarang: a. Tuan Haji Tanin bin Tuan Haji Keri (1988 – 1992) b. Tuan Haji Abdullah bin Zoll (1994 – 2003) c. Encik Awet bi Gapor (2003 – 2006) d. Encik Raden Foji bin Radin Abdul Rahman (2007 – 2010) e. Tuan Haji Abdul Rahman bin Tuan Haji Muhiyuddin (2010 – 2013) f. Encik Ismail bin Abang Mahamud (2013 – 2021) g. Puan Sharifah Idawati binti Wan Ahmad (Mei 2022 – sekarang) Penstrukturan semula di peringkat PPD Meradong telah dilaksanakan pada tahun 2020. Jumlah staf di PPD Meradong sekarang ialah seramai 56 orang termasuk Juruteknik Komputer yang dipusatkan di PPD Meradong. 1.2 Visi dan Misi Visi Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara


2 1.3 Piagam Pelanggan Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Meradong, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan: • Kanak-kanak warganegara Malaysia mengikut kohort umur didaftarkan dan mendapatkan tempat belajar dalam tahun persekolahan biasa. • Pengurusan hal ehwal murid diurus mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. • Semua permohonan kemasukan murid berkeperluan khas yang lengkap diberi kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja • Proses penempatan Guru Baharu dibuat serta merta dalam modul Pengurusan Guru (E-Operasi) setelah menerima bekalan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. • Memproses urusan permohonon pertukaran guru dalam sistem eG-Tukar mengikut masa yang ditetapkan • Menentukan urusan perkhidmatan dan kewangan semua anggota perkhidmatan pendidikan dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. • Semua penyelenggaraan dan penambahbaikan peralatan ICT diurus dalam tempoh 30 hari bekerja dari tempoh aduan dan tertakluk dengan peruntukan bagi memastikan penggunaan kemudahan dan peralatan ICT secara optimum . • Memastikan semua Institusi Pendidikan, pengelola, guru dan Persatuan Ibu Bapa Guru didaftar mengikut prosedur dan peraturan dalam Akta Pendidikan 1996. • Mengurus setiap kes aduan yang diterima dengan cekap dan teratur . Semua pelanggan akan diberi perkhidmatan yang mesra dan cekap.


3 1.4 Struktur Organisasi 1.4.1 Struktur Organisasi PPD Meradong Barisan pengurusan Tertinggi Daerah Meradong diketuai oleh Puan Sharifah Idawati binti Wan Ahmad dan dibantu oleh empat orang Timbalan PPD iaitu Encik Nasaruddin bin Ibrahim selaku Timbalan PPD Sektor Perancangan, Encik Dagang anak Bungsu selaku Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, Encik Allexander anak Vincent Unjong selaku Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah dan Puan Dayang Norhayati binti Abang Halill memangku jawatan Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid. Struktur organisasi ini boleh di lihat pada Rajah 1 di bawah. Rajah 1 : Pengurusan Tertinggi PPD Meradong PUAN SHARIFAH IDAWATI BINTI WAN AHMAD PPD MERADONG ENCIK NASARUDDIN BIN IBRAHIM TIMBALAN PPD SEKTOR PERANCANGAN ENCIK DAGANG ANAK BUNGSU TIMBALAN PPD SEKTOR PEMBELAJARAN ENCIK ALLEXANDER ANAK VINCENT UNJONG TIMBALAN PPD SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH PUAN DAYANG NORHAYATI BINTI ABANG HALILL TIMBALAN PPD SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


4 1.4.2 Struktur Organisasi Sektor Pengurusan Sekolah PPD Meradong Sektor Pengurusan Sekolah PPD Meradong diketuai oleh Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah iaitu Encik Allexander anak Vincent Unjong. Terdapat empat sub unit yang terdapat dalam Sektor Pengurusan Sekolah iaitu Unit Pengupayaan Kepimpinan Sekolah, Unit Menengah & Tingkatan Enam, Unit Prasekolah & Rendah dan Unit Pendidikan Swasta. Struktur organisasi Sektor Pengurusan Sekolah dapat dilihat dalam Rajah 2. Rajah 2 : Sektor Pengurusan Sekolah PPD Meradong PUAN SHARIFAH IDAWATI BINTI WAN AHMAD PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH ENCIK ALLEXANDER ANAK VINCENT UNJONG TIMBALAN PPD SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH UNIT PENGUPAYAAN KEPIMPINAN SEKOLAH ENCIK LAU SIAH TECK SIPARTNERS+ ENCIK JALANI BIN HASIM SIPARTNERS+ UNIT MENENGAH DAN TINGKATAN ENAM CIK TIMOT BINTI USOP PENOLONG PPD ENCIK MIDYA WANDY BIN MOLYADI PENOLONG PPD UNIT PRASEKOLAH DAN RENDAH ENCIK AWANG SPAWI BIN AWANG BAKAR PENOLONG PPD PUAN FARIZA RAYMOND TANI PENOLONG PPD UNIT PENDIDIKAN SWASTA ENCIK ANDREW WONG CHIEW CHUAN PENOLONG PPD


5 1.5 Data/Statistik Staf 1.5.1 Data Pengisian Pegawai dan AKP di PPD Meradong Pengisian perjawatan di PPD Meradong setakat ini ialah 50 / 56 orang. Masih terdapat 1 kekosongan pegawai dan 5 kekosongan AKP. Jadual 1 di bawah menunjukkan pengisian perjawatan terkini di PPD Meradong. Jadual 1 : Pegawai dan AKP Pejabat Pendidikan Daerah Meradong JAWATAN BIL. JAWATAN BIL. Pegawai Pendidikan Daerah 1 Penolong Pegawai Tadbir 2/4 Timbalan PPD Sektor Perancangan 1 Penolong Akauntan 0 Timbalan PPD Sektor Pembelajaran 1 Penolong Jurutera 1 Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah 1 Pembantu Tadbir 8/9 Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid 0 Pembantu Tadbir Kewangan 1 SIPartners+ 2 Pembantu Akauntan 1 SISC+ 4 Juruteknik Komputer 1 Penolong PPD 20 Pemandu Kenderaan 1 Kaunselor Pendidikan Daerah 1 Pembantu Operasi 0 Khidmat Sokongan Profesional 4 JUMLAH KESELURUHAN : 50 ORANG / 56 ORANG 1.5.2. Data Pengisian Pegawai di Sektor Pengurusan Sekolah Data pengisian pegawai di Sektor Pengurusan Sekolah PPD Meradong adalah seperti Jadual 2. Jadual 2 :Pengisian Pegawai di Sektor Pengurusan Sekolah JAWATAN NAMA TIMBALAN PPD (PENGURUSAN SEKOLAH) EN ALLEXANDER ANAK VINCENT UNJONG SIPARTNERS+ (UNIT PENGUPAYAAN KEPIMPINAN SEKOLAH) EN LAU SIAH TECK SIPARTNERS+ (UNIT PENGUPAYAAN KEPIMPINAN SEKOLAH) EN JALANI BIN HASIM PENOLONG PPD (UNIT MENENGAH DAN TINGKATAN ENAM) CIK TIMOT BINTI USOP PENOLONG PPD (UNIT MENENGAH DAN TINGKATAN ENAM) EN MIDYA WANDY BIN MOLYADI PENOLONG PPD (UNIT PRASEKOLAH DAN RENDAH) EN AWANG SPAWI BIN AWANG BAKAR PENOLONG PPD (UNIT PRASEKOLAH DAN RENDAH) CIK FARIZA RAYMOND TANI UNIT PENDIDIKAN SWASTA EN ANDREW WONG CHIEW CHUAN


6 1.5.3 Data Sekolah, Guru dan Murid PPD Meradong Terdapat 36 buah sekolah di daerah Meradong iaitu 32 buah sekolah rendah dan 4 sekolah menengah (Rajah 3). Bilangan guru pula seramai 743 / 767 orang iaitu 454 / 473 guru sekolah rendah dan 289/294 guru sekolah menengah (Rajah 4). Manakala bilangan murid ialah 5748 orang (Rajah 5). Rajah 3 : Maklumat Sekolah Rajah 4 : Maklumat Guru GURU OPSYEN PERJAWATAN / PENGISIAN SUBJEK SR SM KESELURUHAN 454/473 289/294 B. MELAYU 55/59 25/29 ENGLISH 46/48 23/24 SEJARAH 0/6 12/13 MATEMATIK 38/35 24/23 SAINS 31/20 19/20


7 Rajah 5 : Maklumat Murid 1.6 Kejayaan Yang Telah Dicapai Oleh Organisasi Antara kejayaan yang telah dicapai oleh PPD Meradong ialah Gred Purata Daerah (GPD) mengatasi Gred Purata Negeri (GPN) dan Gred Purata Nasional dalam SPM Tahun 2021. Selain itu, PPD Meradong turut mendapat sijil penghargaan atas keputusan cemerlang Peratus Layak Sijil Daerah mengatasi Peratus Layak Sijil Negeri dan Peratus Layak Sijil Nasional (Rajah 6). PPD Meradong telah mendapat tempat keempat daripada 30 buah PPD di Sarawak dalam GPD iaitu (4.64). PPD Meradong juga telah berjaya mencapai kecemerlangan akademik dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 0.01 iaitu PNGK 2.68 (2021) berbanding PNGK 2.69 (2020) (Rajah 7). PPD Meradong turut mendapat pengiktirafan kategori cemerlang dalam EKSA (Eksosistem Kondusif Sektor Awam) (Rajah 8). Dalam kokurikulum pula, PPD Meradong telah mendapat tempat ke Sembilan daripada 30 buah PPD dalam pertandingan e-MAS Peringkat Negeri Sarawak (Rajah 9). Di samping itu, PPD Meradong juga mendapat sijil cemerlang dalam pengurusan kewangan (Rajah 10). Tingkatan/Tahun Jumlah Kelas Jumlah Lelaki Jumlah Perempuan Jumlah Murid PRASEKOLAH 24 205 184 389 KELAS KHAS RENDAH 8 40 14 54 TAHUN SATU 33 193 165 358 TAHUN DUA 34 187 179 366 TAHUN TIGA 33 192 191 383 TAHUN EMPAT 36 220 199 419 TAHUN LIMA 35 224 215 439 TAHUN ENAM 35 231 225 456 KELAS KHAS MENENGAH 5 17 10 27 PERALIHAN 3 15 5 20 TINGKATAN SATU 20 264 267 531 TINGKATAN DUA 20 232 256 488 TINGKATAN TIGA 21 290 252 542 TINGKATAN EMPAT 22 257 269 526 TINGKATAN LIMA 22 246 253 499 TINGKATAN ENAM RENDAH 0 0 0 0 TINGKATAN ENAM ATAS 11 83 168 251 JUMLAH 362 2896 2852 5748


8 Selain itu PPD Meradong juga telah mengadakan jaringan dan jalinan dengan beberapa agensi luar dalam pelaksanaan program di peringkat PPD. Antara agensi yang terlibat ialah PPD Kanowit, PPD Sibu, PPD Sarikei, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, IPG Kampus Rajang, IAB Cawangan Sarawak dan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) (Rajah 11). Rajah 6 : Sijil Penghargaan dalam SPM 2021


9 Rajah 7 : Pencapaian STPM 2021 Rajah 8 : Sijil EKSA


10 Rajah 9 : Keputusan e-MAS Rajah 10 : Sijil Cemerlang Pengurusan Kewangan


11 Rajah 11 : Jaringan dan Jalinan (Sijil Kolaboratif)


12 2.0 HURAIAN TENTANG PROJEK YANG DIKAJI 2.1 Justifikasi Pemilihan Projek Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti merupakan satu program yang diilhamkan ke arah meningkatkan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)2013 - 2025. Justeru itu, Jawatankuasa Program TS25 PPD Meradong dengan kerjasama Jawatankuasa Program TS25 PPD Sarikei serta Jawatankuasa Program TS25 PPD Julau telah merancangkan intervensi pemantapan supaya bimbingan coaching dan mentoring serta penggunaan PInTaS dan OPPM bukan saja menjadikan satu amalan biasa di sekolah malah menjadi budaya dalam pentadbiran dan pengurusan harian sekolah. Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti adalah berlandaskan modul latihan 1 dan 2 Program Transformasi Sekolah 2025 supaya semua peserta yang terdiri daripada pemimpin sekolah dimantapkan bagi memperkasakan sekolah berkualiti seterusnya meningkatkan kemenjadian murid. Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti juga selaras dengan Fokus Utama 1 dalam Tujuh Fokus Halatuju Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (2023 – 2025). Tujuh fokus tersebut ialah: a. Fokus Utama 1 : Memantapkan Kualiti Kepimpinan Pengurusan b. Fokus Utama 2 : Meningkatkan Kualiti PdPc Guru c. Fokus Utama 3 : Memaksimumkan Hasil Pembelajaran Murid d. Fokus Utama 4 : Memperkasakan Sahsiah dan Disiplin Murid Berteraskan Nilai Murni e. Fokus Utama 5 : Memperkembangkan Bakat Murid Secara Holistik f. Fokus Utama 6 : Mengukuhkan Pelibatan Ibu Bapa , Komuniti dan Pihak Swasta g. Fokus Utama 7 : Mengoptimumkan Prasarana dan Infrastruktur


13 Justifikasi pemilihan projek ini ialah: a. Isu : Peranan kepimpinan dalam menerajui sekolah belum mencapai kualiti. b. Punca : Kurang melaksanakan pendekatan proses (POLC) dalam menerajui sekolah. c. Strategi : Memantapkan kepimpinan dan pengurusan sekolah melalui jaringan kepakaran. Justeru itu, bengkel ini telah dimasukkan dalam Pelan Strategik Organisasi (PSO) PPD Meradong bagi tahun 2023 – 2025. Sesungguhnya, aspek kepimpinan bukan sahaja dilihat kepentingannya di dalam sistern pengurusan tetapi juga dalam dunia pendidikan yang merupakan agen perubahan dalam masyarakat. Kepimpinan yang dimaksudkan ialah kepimpinan pendidikan. Bolman & Deal (1997), menyatakan tentang kepentingan sebuah organisasi diterajui oleh pemimpin yang bertindak secara objektif dan komited secara mempunyai visi yang jelas. The challenges of modern organization require the objective perspectives of managers as well as the brilliant flashes of vision and commitment that wise leadership produce. We need more people in management roles who can find simplicity and order amidst organization confusion and chaos. We need versatile and flexible leaders who are artist as well as analyst, who can reframe experience to discover new issues and possibilities. We need managers who love their works,their organizations and the people whose life they effect. We need leaders and managers who appreciate management as moral and ethical undertakings. We need leaders who combine hardheaded realism with passionate commitment to larger values and purposes.


14 2.2 Situasi Projek 2.2.1 Nama Projek Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti 2.2.2 Tarikh Pelaksanaan Projek 7 Februari 2023. 2.2.3 Lokasi Dewan Kenanga, IPG Kampus Rajang. Justifikasi pemilihan tempat: PPD Meradong tidak mempunyai tempat yang luas untuk menampung seramai 108 orang peserta. Maka inisiatif telah diambil dengan meminjam tempat di IPG Kampus Rajang. 2.2.4 Sasaran Peserta 108 orang peserta yang terdiri daripada Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan dan Ketua Bidang / Ketua Panitia Semua Daerah Meradong 2.2.5 Objektif Pelaksanaan Projek a. Meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan organisasi di sekolah b. Memantapkan ciri-ciri kepimpinan kearah pencapaian sekolah berkauliti c. Memastikan kepimpinan sekolah memiliki kemahiran dalam mengenalpasti isu dan intervensi 2.2.6 Pengisian Projek MASA/ TARIKH/ HARI 0800- 1000 1000- 1030 1030-1230 1230- 1400 1400-1630 7 Februari 2023 Selasa Taklimat YGMB Rehat Bengkel Komensalisme Makan Tengah Hari Bengkel Intervansion Program dot to OPPM (Encik Ishak bin Ismail) (Dr Suffian bin Haji Jalet) Encik Samen anak Sanggod


15 2.3 Peluang i. Kepimpinan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) KPPD memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan pelaksanaan sesuatu program di peringkat PPD dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan adanya sokongan dan kebenaran yang diberikan oleh KPPD membolehkan pegawai melaksanakan tugas dengan berkesan dan bersemangat. Malah ia membantu organisasi mencapai matlamat. Di PPD Meradong, KPPD sentiasa memberi sokongan apa sahaja program yang dirancang untuk dilaksanakan di peringkat PPD bagi membantu sekolah. Malah, KPPD turut turun padang apabila diperlukan penglibatannya dalam apa sahaja program. Contohnya sepanjang projek ini, KPPD sanggup meluangkan masa untuk bersama bagi menunjukkan betapa beliau komited dalam usaha memastikan peserta merasa selesa sepanjang projek dijalankan. Beliau turut memberi kata-kata semangat kepada peserta. Turut menyentuh perasaan apabila KPPD sanggup duduk bersama peserta begi meningkatkan semangat peserta sepanjang projek. Di dalam tulisan Randall D. Ponder (2005), kepimpinan ialah seni atau proses mempengaruhi kegiatan rnanusia yang berkaitan dengan tugas supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi. Pernimpin juga patut meletakkan diri di hadapan kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi. Menurut Jamaliah Abdul Hamid (2005), daya kepimpinan adalah tahap pengaruh yang mampu dilakukan oleh seseorang pemimpin. Seseorang pemimpin harus sentiasa mencari idea inovatif untuk mempengaruhi tingkahlaku pengikutnya. ii. Sokongan Rakan Sejawat Rakan sejawat juga memainkan peranan dalam menjayakan sesuatu program. Bantuan yang diberikan oleh rakan sejawat dari aspek tenaga kerja memudahkan pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam melaksanakan Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti ini, saya telah mendapat bantuan daripada rakan Penolong PPD dari Sektor Pengurusan Sekolah, SIPartners+ dan SISC+. Mereka telah melaksanakan tugas sebagai Jawatankuasa dengan baik. Malah ada dalam kalangan rakan sekerja yang sanggup menawarkan diri membantu. Terutamanya semasa saya


16 agak sibuk memastikan projek berjalan lancar, ada rakan SISC+ yang menawarkan diri untuk menjadi pengacara majlis. Ini sangat meyentuh perasaan. Malah kegembiraan dapat dirasai dengan adanya sikap saling bantu-membantu bagi memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. iii. Sokongan Agensi Luar Dalam melaksanakan Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti ini, PPD Meradong amat bertuah kerana PPD Sarikei telah menawarkan untuk bekerjasama dalam melaksanakan bengkel tersebut. Hasil perbincangan dan kerjasama antara tiga PPD iaitu PPD Meradong, PPD Sarikei dan PPD Julau, bengkel ini telah dapat dilaksanakan di tempat yang berbeza iaitu mengikut daerah masingmasing, namun penceramah dan penaja adalah dari agensi yang sama. Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti ini telah mendapat dana daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad. Manakala tenaga penceramah pula daripada Institut Aminuddin Cawangan Sarawak. Rasa amat bertuah kerana Pensyarah IAB sanggup bermesyuarat secara dalam talian bersama tiga PPD bagi memastikan apa yang diperlukan semasa projek dapat disediakan. Malah banyak idea yang telah disumbangkan. Dengan adanya sokongan agensi luar ini, bengkel telah dapat dilaksanakan dan jalinan kolaboratif juga telah ditandatangani sebagai usaha untuk terus bekerjasama pada masa akan datang. iv. Kerjasama daripada Pihak Sekolah Pihak sekolah sentiasa memberi kerjasama yang padu. Setiap program yang dilaksanakan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sangat di sambut baik. Penglibatan mereka dalam aktiviti juga sangat baik. Sebelum Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti dilaksanakan, Pihak Sekolah telah diminta menghantar PinTaS dan OPPM. Sekolah telah menghantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Malah, semasa bengkel juga, para peserta bersoal jawab untuk menambah kefahaman mereka dalam aspek yang dibincangkan.


17 2.4 Isu dan Cabaran Terdapat pelbagai isu, cabaran serta masalah dihadapi dalam melaksanakan sesuatu program antaranya: 2.4.1 Kewangan Pada permulaan pelaksanaan Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti ini, tiada peruntukan kewangan yang diterima bagi menampung perbelanjaan yang merangkumi makan dan minum peserta sewaktu melaksanakan program ini. Namun, atas usaha yang dilakukan, akhirnya program ini telah dapat dilaksanakan dengan adanya dana daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad dan kerjasama denga PPD Sarikei dan PPD Meradong. 2.4.2 Tempat PPD Meradong tidak mempunyai tempat yang boleh menampung jumlah peserta yang ramai iaitu seramai 108 orang. Ini menyukarkan perancangan untuk mengadakan aktiviti dalam skala yang besar. Justeru itu, usaha telah diambil dengan menghantar surat kepada pihak IPG Kampus Rajang untuk meminjam tempat. Atas inisiatif ini, IPG Kampus Rajang telah sudi meminjamkan Dewan Kenanga yang dapat memuat jumlah peserta tersebut. 2.4.3 Tenaga Penceramah PPD Meradong mempunyai dua orang SIPartners+ yang selalu membimbing sekolah. Demi menarik perhatian peserta, kita ingin dapatkan penceramah daripada luar terutamanya daripada Institut Aminuddin Baki yang merupakan pihak yang terlibat secara langsung dalam Modul 1 dan Modul 2 Transformasi Sekolah 2025. Masalah yang kita hadapi ialah tiada duit untuk menjemput penceramah dan perbelanjaan makanan semasa bengkel. Namun, atas usaha yang dilakukan, akhirnya kita dapat menjemput dua orang penceramah daripada IAB Cawangan Sarawak iaitu Dr Suffian bin Haji Jalet dan Encik Samen anak Sanggod.


18 2.5 Kos Perbelanjaan bagi keseluruhan program ini direalisasikan adalah sebanyak tiga ribu sahaja. (Jadual 3) Jadual 3 : Anggaran Perbelanjaan Bil. Perbelanjaan Kos seunit (RM) Bilangan Jumlah (RM) 1 Makanan dan Minuman tengah hari 9.50 110 orang 1045.00 2 Sarapan pagi 7.50 20 150.00 3 Sewaan Hotel 98.00 2 bilik (1 hari) 196.00 4 Sagu Hati penceramah 50 (sejam) 2 orang (4 jam) 200.00 5 Perjalanan Penceramah IAB 198 2 396.00 6 Elaun Makan 57.50 2 orang 115 7 OS21000 23.80 13 orang 309.40 8 Cenderamata 160.00 1 160.00 9 Lain-lain 428.60 Jumlah 3000.00


19 2.6 Penglibatan Kepimpinan Organisasi PPD Meradong yang dipimpin oleh Puan Sharifah Idawati binti Wan Ahmad dan Timbalan-timbalan PPD setiap Sektor serta pegawai di PPD Meradong terutamanya di Sektor Pengurusan Sekolah sentiasa memainkan peranan utama sepanjang perlaksanaan Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti. KPPD dan Timbalan Sektor Pengurusan Sekolah telah menghadirkan diri dan bersama peserta sepanjang projek berjalan. Kepimpinan merupakan satu unsur penting untuk membawa usaha ke arah penambahbaikan organisasi. Tanpa kepimpinan, matlamat dan nilai tidak dapat dijelaskan, perancangan tidak akan dapat dibentuk atau dilaksanakan dan individu dalam organisasi tidak akan dapat menyumbang ke arah kejayaan. Dalam pelaksanaan projek ini, KPPD dan Timbalan sentiasa mengingatkan peserta betapa pentingnya Coaching dan Mentoring dalam menguruskan sekolah. Pemimpin sekolah juga diingatkan tentang perlunya komitmen dan kepercayaan antara pemirnpin dan pengikutnya. Pemimpin juga perlu cekap dalam mengadaptasi perubahan yang mendadak, sentiasa berusaha menambahbaik proses membuat keputusan (decision making), kreatif, membuat keputusan melalui tindakan kolaboratif (collaboration) dan boleh dipercaya (trustworthiness) (Drucker, 2017). Perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah pelaksanaan tugas dengan cekap dan menepati masa. KPPD walaupun baru 8 bulan berada di PPD Meradong, beliau telah dapat menyesuaikan diri dan boleh berinteraksi dengan baik bersama peserta. Malah peserta tidak merasa terbeban dengan kehadiran KPPD sepanjang projek, malah mereka merasa gembira dengan komitmen yang diberikan oleh KPPD. Penglibatan KPPD secara langsung dalam program ini dapat pada evidens berikut: Ucapan alu-aluan oleh Puan Sharifah Idawati binti Wan Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Meradong Ucapan penutup oleh Puan Sharifah Idawati binti Wan Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Meradong


20 2.7 Pujian dan pengiktirafan Selepas bengkel diadakan, semua peserta diminta mengisi maklumbalas bagi melihat kepada keberkesanan program yang dijalankan. Daripada maklumbalas yang diedarkan, keputusan yang diterima sangat memberangsangkan. Peserta berpuas hati dengan bengkel yang diadakan . Dari segi urus setia dan pengurusan, peserta memaklumkan bahawa mereka sangat setuju berkaitan pendaftaran peserta disediakan, maklumat yang disediakan mudah, pengurusan teratur dan urus setia sentiasa membantu saya. Kesan kepada peserta dapat dilihat dalam maklumbalas berikut. Menurut peserta, mereka sanagat setuju program ini mampu meningkatkan prestasi kerja , memberi keyakinan dalam memberi perkhidmatan, tempoh masa mencukupi dan peserta bersedia untuk memberi kursus dalaman Skala Penilaian: TB - Tidak Berkaitan 1 - Sangat Tidak Setuju 2 - Tidak Setuju 3 - Kurang Setuju 4 - Setuju 5 - Sangat Setuju Skala Penilaian: TB - Tidak Berkaitan 1 - Sangat Tidak Setuju 2 - Tidak Setuju 3 - Kurang Setuju 4 - Setuju 5 - Sangat Setuju


21 Maklumbalas perkhidmatan berkaitan bengkel Komensalisme, peserta sangat setuju penceramah mempunyai kemahiran dalam mengendalikan perkhidmatan, pengetahuan pegawai mengenai bidang tugas adalah sangat tinggi, pegawai mudah dihubungi untuk berbincang, garis panduan dan arahan yang diberikan jelas, bimbingan yang diberikan sangat berkesan dalam membantu mencari penyelesaian kepada isu dan kualiti perkhidmatan secara keseluruhan adalah sangat baik. Maklumbalas perkhidmatan berkaitan bengkel Intervansion Program dot to OPPM, peserta sangat setuju penceramah mempunyai kemahiran dalam mengendalikan perkhidmatan, pengetahuan pegawai mengenai bidang tugas adalah sangat tinggi, pegawai mudah dihubungi untuk berbincang, garis panduan dan arahan yang diberikan jelas, bimbingan yang diberikan sangat berkesan dalam membantu mencari penyelesaian kepada isu dan kualiti perkhidmatan secara keseluruhan adalah sangat baik. Kemahiran Pegawai dalam mengendalikan perkhidmatan. Pengetahuan Pegawai Mengenai bidang tugas adalah sangat tinggi. Pegawai mudah dihubungi untuk berbincang. Garis Panduan dan arahan yang diberikan jelas. Bimbingan yang diberikan sangat berkesan dalam membantu mencari penyelesaian kepada isu. Kualiti Perkhidmatan secara keseluruhan adalah sangat baik. Kemahiran Pegawai dalam mengendalikan perkhidmatan. Pengetahuan Pegawai Mengenai bidang tugas adalah sangat tinggi. Pegawai mudah dihubungi untuk berbincang. Garis Panduan dan arahan yang diberikan jelas. Bimbingan yang diberikan sangat berkesan dalam membantu mencari penyelesaian kepada isu. Kualiti Perkhidmatan secara keseluruhan adalah sangat baik. Skala Penilaian 1= Sangat tidak setuju 2= Kurang Setuju 3=Setuju 4=Sangat setuju Skala Penilaian 1= Sangat tidak setuju 2= Kurang Setuju 3=Setuju 4=Sangat setuju


22 Peserta turut menyatakan kekuatan bengkel yang diadakan. Antaranya ialah: Amat bermanfaat kepada barisan pemimpin di sekolah. Maklumat yang disampaikan jelas, padat ,mantap dan menarik Bersemuka mudah menerima maklumat Baik & berguna. Teruskan. Sangat bermanfaat dan bermakna. Isi kandungan sesuai untuk peserta Penceramah sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang kepimpinan sekolah berkualiti. Maklumat yang didapati membantu dalam pelaksanaan TS25 Ilmu pengetahuan yang dikongsikan dapat meningkatkan profesionalisme saya dalam kerja saya. Penjelasan, penerangan sangat jelas dan amat membantu dalam proses kerja. Contoh yang bersesuaian memudahkan pemahaman ceramah yang diberi Menarik dan mudah difahami. Penceramah ceria dan menggunakan unsur kecindan dalam menyampaikan ceramah. Penyampaian sangat sesuai dengan tajuk ceramah. Sangat bagus Percambahan ilmu para PK. Tajuk bengkel relevan dengan keperluan sekolah Urusetia telah menjemput 2 orang pensyarah yang sangat pakar dan memberikan input yang sanga t mendalam dalam tajuk yang dibincangkan. Memberi ilmu coching dengan jelas. Di samping itu, perkongsian PInTas dan OPPM juga amat berguna untuk pihak sekolah. Selain itu , Pegawai Pendidikan Daerah dan Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah juga menghargai kejayaan dalam melaksanakan program ini. Ini diungkapkan dalam komen yang diberikan pada dokumentasi yang disediakan (Rajah 12). Ulasan oleh Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah: “Tahniah dan Syabas!!. Pelaksanaan program dapat dilaksanakan dengan lancar. Pemilihan tempat juga sesuai untuk kesejahteraan para peserta. Usaha yang berterusan dalam perancangan TS25 yang cemerlang. Syabas!!.” Ulasan Pegawai Pendidikan Daerah pula berbunyi berikut: “Tahniah atas perlaksanaan program yang banyak manfaat kepada SLT di daerah Meradong. Teruskan usaha demi keterbilangan Meradong.”


23 Rajah 12 : Penghargaan daripada PPD dan Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah Selepas selesai bengkel diadakan di tiga buah daerah iaitu Daerah Meradong, Daerah Sarikei dan Daerah Julau, sesi menandatangani kolaboratif telah diadakan bagi mengiktiraf kerjasama antara agensi yang terlibat antara Yayasan Guru Malaysia Berhad, IPG Kampus Rajang, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, PPD Meradong, PPD Sarikei dan PPD Julau. Ini dapat dibuktikan dalam Rajah 13 di bawah. Rajah 13 : Gambar menandatangani kolaboratif


24 2.8 Tindak Ikut dan Tindak Susul Selepas selesai program, maklumbalas telah diedarkan kepada peserta dalam bentuk google form iaitu https://forms.gle/ZZ666Mhp2ZEyFinT6. Daripada maklumbalas tersebut, peserta memaklumkan kelemahan bengkel ialah tiada praktikal diadakan kerana masa terlalu singkat. Peserta mencadangkan penambahbaikan agar diadakan praktikal dan juga masa dipanjangkan. Hasil daripada maklumbalas peserta tersebut, satu lagi kursus telah dirancang bersama IAB Cawangan Sarawak bagi mengadakan praktikal Coaching dan Mentoring iaitu Kursus CPD Kepimpinan dan Pengurusan Coaching dan Mentoring (KPCM) yang lebih berfokus kepada Coaching dan Mentoring. Selain itu, Mini Kolokium juga telah dirancang diadakan pada bulan Julai untuk melihat sejauhmana SLT dan MLT dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Isi kandungan kursus adalah seperti berikut:


25 3.0 REFLEKSI 3.1 Faktor-faktor yang Didapati Kritikal dan Penting Dalam Menjayakan Perubahan Di Organisasi a. Peranan Kepimpinan Sekolah Pemimpin sekolah amat memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah menjadi sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Bimbingan pelaksanaan Coaching dan Mentoring didedahkan di dalam bengkel ini bagi membantu pemimpin sekolah menangani isu yang muncul dalam organisasi mereka. Selain itu, PinTaS dan OPPM pula berperanan membantu memantau dan melaksanakan intervensi di sekolah. Contohnya di SJK (C) Ming Chiang, Guru Besar telah berjaya meningkatkan infrastruktur sekolah melalui kerjasama dengan Lembaga Pengurusan Sekolah dan Yang Berhormat Tempatan sehingga berjaya meningkatkan bilangan murid yang masuk ke sekolah tersebut. Kouzes dan Posner (1995) menyatakan bahawa pemimpin yang hebat akan menentukan kejayaan sesebuah oragnisasi. Pemimpin harus berupaya untuk menyesuaikan tindakan dengan keadaan semasa yang berada di dalam dan luar kawalan. “A good captain, should be able to sail his ship in a direction of success and be able to make adjustment and face all kinds of unpredictable circumstances. Contohnya Pengetua yang baru ditempatkan di SMK Bandar Bintangor telah berjaya meningkatkan motivasi guru sehingga pelbagai perubahan telah dilaksanakan di sekolah dengan adanya kerjasama daripada semua guru dan warga sekolah.


26 b. Sikap MLT Middle Leader Team (MLT) juga memainkan peranan penting bagi mencapai kecemerlangan sesebuah organisasi. Walaupun PGB (Pengetua dan Guru Besar) telah berusaha bersungguh-sungguh namun SLT tidak membantu , maka apa yang menjadi matlamat organisasi tidak akan dicapai. Kerjasama yang padu antara semua pihak dapat membawa organisasi ke arah pencapaian matlamat dan kecemerlangan. Contohnya di SMK Meradong. Pengetua telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua Penolong Kanan dan warga sekolah sehingga beliau dapat mengurus sekolah yang mempunyai pelajar peralihan sehingga tingkatan enam dengan baik. Mengikut Sweeney (1982), Pengetua yang berjaya memimpin sekolah ke arah kecemerlangan ialah pengetua yang sentiasa memberikan sokongan yang bermakna dan seterusnya memotivasi guru-guru. Pengetua yang berjaya mewujudkan suasana yang menggalakkan dalam pembelajaran adalah diperlukan untuk mewujudkan pencapaian pelajar yang cemerlang. Pengetua juga perlu berperanan memberi bantuan dan maklumat kepada guru dan pelajar untuk meningkatkan kemajuan pelajaran dan banyak berusaha untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar di sekolah. Contohnya di SMK Kai Chung. Pengetua telah berjaya membawa warga sekolah untuk bersama-sama memastikan kecemerlangan sekolah sehingga berjaya mencapai keputusan yang cemerlang bagi SPM tahun 2022 iaitu 4.28 (Gred Purata Sekolah). c. Pemegang Taruh Pemegang taruh turut memainkan peranan penting dalam menjayakan perubahan di Organisasi. Antaranya ialah sokongan daripada PPD dan JPN. Dengan adanya bantuan khidmat bantu daripada Pegawai di PPD seperti SiPartners+ dan SISC+ dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran SLT (Senior Leader Team), MLT (Middle Leader Team) dan warga sekolah. Selain itu sokongan daripada ibu bapa dan komuniti juga amat penting. PIBG dapat membantu sekolah dari aspek kewangan dan khidmat sokongan demi memastikan program dapat dijalankan.


27 3.2 Kaitan Di Antara Teori Pengurusan Atau Kepimpinan Pendidikan Dengan Pembudayaan Amalan Di Organisasi Pemimpin Sekolah menggunakan Teori Kepimpinan Tranformasional di sekolah. Teori ini dibangunkan oleh James McGregor Burns pada tahun 1978. Hal ini kerana ia dapat memudahkan diri pemimpin untuk memilih dan mengubahnya dengan gayanya tersendiri mengikut keadaan dan situasi sekeliling. Kepimpinan berkesan amat penting untuk keberkesan dan peningkatan sekolah. Mengikut Harris, Day dan Hadfield (2003), sekolah yang berkesan dan mempunyai kapasiti untuk meningkat adalah dipimpin oleh pengetua yang boleh memberi impak besar terhadap keberkesanan para guru dan staf. Ini dapat dilihat di SMK Meradong. Pengetua dapat mengurus staf yang ramai dan bilangan pelajar yang ramai dengan kerjasama daripada semua pihak. Leithwood dan Jantzi (1997) berpendapat bahawa kepimpinan transformational adalah satu gaya kepimpinan yang cemerlang bagi mengurus perubahan dan keadaan yang tidak menentu. Pendekatan kepimpinan ini berpotensi untuk membina tahap komitmen tinggi dalam kalangan guru dalam persekitaran berkenaan. Pendekatan ini juga berpotensi untuk membina keupayaan guru dalam menangani cabaran yang disediakan oleh persekitaran tersebut. Contohnya semasa Covid-19, pembelajaran dari rumah telah diadakan. Disinilah SLT memainkan peranan dengan mengadakan pembelajaran secara dalam talian di semua sekolah dalam Daerah Meradong. Guru telah mampu mengajar secara dalam talian berbanding secara bersemuka sebelumnya. Hallinger (2003) menjelaskan bahawa kemunculan kepimpinan transformasional dalam proses transformasi sekolah adalah amat bersesuaian kerana gaya kepimpinan ini memberi fokus terhadap penurunan kuasa kepada guru, kepimpinan berpenyertaan, dan peningkatan organisasi melalui pembelajaran. Hallinger menegaskan bahawa kepimpinan transformasional adalah penting dalam menjamin kejayaan proses pembelajaran sesebuah sekolah. Contohnya semasa Pengetua atau Guru Besar hendak bercuti atau ada kerja luar, mereka akan menurunkan kuasa kepada Penolong Kanan Pentadbiran.


28 Leithwood, Jantzi, dan Steinbench (1999) menegaskan bahawa kepimpinan transformasional adalah bersesuaian dalam persekitaran transformasi sekolah kerana ia memberi peluang kepada guru untuk berkembang secara professional dalam memberi tindak balas terhadap tuntutan persekitaran sekolah. Kepimpinan transformasional dilihat amat bertepatan dengan transformasi sekolah di mana ia menggalakkan pembangunan ahli organisasi, memberi hala tuju, menggalakkan kepimpinan berpenyertaan dan menyuburkan budaya positif di sekolah. Tambahan lagi pemimpin transformasi menggubal visi untuk organisasi yang dipimpin dan memastikan visi yang digubal itu disukai oleh orang yang dipimpin supaya berjaya dilaksanakan. Tidak cukup dengan menggubal visi sahaja, tetapi pemimpin menerangkan strategi untuk mencapai visi secara berkongsi idea dengan pekerjanya. Pemimpin juga akan sentiasa bercakap tentang visi organisasi berulang-ulang kali dengan mempamerkan rasa yakin dan sikap optirnis yang tinggi bahawa visi itu dapat dicapai. Seterusnya selaku pemimpin perlu mempamerkan rasa yakin pada bakat dan kebolehan mereka yang dipirnpin. Teori ini jelas boleh digunakan dan dibudayakan kerana ianya memberikan satu garis panduan yang jelas dan boleh digunakan oleh kepimpinan dalam pengurusan sesebuah organisasi. Peluang dan ruang juga diberikan oleh kepimpinan kepada pegawai untuk menjalankan tugas dengan sebaik mungkin kerana penjelasan telah diberikan oleh kepiminan kehendak yang diperlukan. 3.3 Ruang-ruang Penambahbaikan Yang Boleh Dilakukan (Jika Projek Ini Ingin Terus Dilaksanakan) Walaupun Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti ini dianggap berjaya namun beberapa penambahbaikan perlaksanaan dan pengurusan program perlu diambil tindakan dengan segera. Antaranya ialah mengadakan simulasi atau praktikal kepada Slot Coaching dan Mentoring yang disampaikan oleh Dr. Suffian bin Haji Jalet. Justeru itu, perancangan telah dibuat untuk mengadakan Kursus CPD Kepimpinan dan Pengurusan Coaching dan Mentoring (KPCM). Perbincangan telah diadakan bersama pihak IAB Cawangan Sarawak. Kos untuk kursus ini ditanggung oleh IAB Cawangan Sarawak. Kursus ini akan diadakan selama 3 hari di Bilik Seroja, IPG Kampus Rajang.


29 3.4 Pengajaran / Teladan Berkaitan Pengurusan dan Kepimpinan Yang Diperoleh Bagi memastikan kejayaan sesuatu program, kerjasama semua ahli dalam organisasi sangat penting. Hal ini dapat dilihat semasa bengkel berjalan. Dengan adanya kerjasama daripada SIPartners+, SISC+ dan Penolong PPD SPS yang lain, maka bengkel ini telah berjalan lancar. Semua ahli yang terlibat telah melaksanakan tugas dengan jayanya. Sebagai seorang pemimpin, perancangan yang dibuat haruslah jelas. Ini memudahkan pelaksanaan program berjalan lancar. Contohnya sebelum bengkel dilaksanakan, Jawatankuasa kerja telah dilantik dan agihan tugas telah dibuat. Senarai tugas setiap Jawatankuasa juga diperincikan. Ini memudahkan semua pihak melasanakan tugas masing-masing tanpa menunggu arahan. Perbincangan juga dibuat secara formal dan informal. Komunikasi juga amat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu projek. Komunikasi yang berkesan memudahkan kita mendapatkan bantuan daripada orang lain. Dalam melaksanakan bengkel ini, bukan sahaja berkomunikasi dengan pihak dalaman di PPD, malah juga berkomunikasi dengan pihak luaran daripada PPD Sarikei, PPD Julau dan juga IAB Cawangan Sarawak. Dengan adanya komunikasi yang baik, memudahkan segala urusan. Contohnya beberapa perjumpaan telah diadakan antara 3 PPD bersama pihak IAB Cawangan Sarawak secara bersemuka dan secara dalam talian. Pendapat daripada semua pihak diambilkira. 4.0 RUMUSAN 4.1 Pandangan peribadi pegawai tentang projek yang dipilih Pada pandangan saya, Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti ini sangat perlu. Ini kerana, perubahan sentiasa berlaku pada bila-bila masa sahaja. Justeru itu, pemimpin perlulah dibantu bagi membolehkan mereka bermotivasi dalam melaksanakan tugas kepimpinan di sekolah. Dengan adanya ilmu yang diberi dari semasa ke semasa, menjadikan pemimpin lebih yakin mampu membawa perubahan kepada organisasi mereka.


30 Pada pandangan saya, Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti ini telah berjaya membantu pemimpin memahami lebih mendalam tentang tugas mereka. Berdasarkan komen yang dinyatakan dalam maklumbalas, peserta sangat berpuashati dengan bengkel yang diadakan kerana dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada mereka. Malah ada yang menyatakan ilmu pengetahuan yang dikongsikan dapat meningkatkan profesionalisme dalam kerja mereka. 4.2 Pandangan peribadi pegawai tentang tugasan projek Pada pandangan saya, tugasan projek dalam kursus Kepimpinan Pemimpin Sistem ini, memberikan saya peluang untuk menilai keberkesanan program yang dilaksanakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah. Ia membantu kita mengenalpasti aspek-aspek yang perlu ditambahbaik. Sebagai seorang pemimpin sistem, saya perlu bijak dalam melaksanakan tugas dengan bertindak pantas bagi mengenalpasti aspek yang boleh membawa kejayaan kepada organisasi. Segala kelemahan semasa melaksanakan sesuatu program perlu diambil tindakan susulan agar program yang dirancang berjaya membawa kecemerlangan kepada organisasi. Komen dan cadangan penambahbaikan yang diberikan oleh peserta perlu diberi perhatian dan diambil tindakan bagi memantapkan program pada masa hadapan. Tugasan projek menjadikan saya sedar betapa pentingnya pemimpin sistem dalam sesebuah organisasi. Sepanjang melaksanakan projek ini, saya amat terharu kerana KPPD yang sudi hadir sepanjang masa. Malah sokongan yang padu daripada SiPartners+ juga memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan kursus pada masa akan datang. PENUTUP Kepimpinan merupakan satu unsur penting untuk membawa usaha ke arah penambahbaikan organisasi. Tanpa kepimpinan, matlamat dan nilai tidak dapat dijelaskan, perancangan tidak akan dapat dibentuk atau dilaksanakan dan individu dalam organisasi tidak akan dapat menyumbang ke arah kejayaan. Bengkel Penataran Kepimpinan Sekolah Berkualiti memainkan peranan penting dalam membantu kepimpinan sekolah meneruskan usaha demi kecemerlangan sekolah iaitu sekolah berkualiti dan kemenjadian murid.


31 RUJUKAN Abdul Shukor Abdullah. (2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan Cemerlang. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, 14(1). Bolman, L.G., & Deal T.E. (1997). Reframing organizations, Edisi Ke-2. San Francisco: Jo Bass Publications. Burns, J. M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row. Drucker, P (2017). Human Prosperity in a Changing World. Peter Drucker Challenge 2017. The future economic man. PDC 201. Hallinger, P. (2003). Leading Educational Change: Reflections On The Practice of Instructional and Transformational Leadership. Cambridge Journal of Education, 33(3), 329-351. Harris, A., Day, C., & Hadfield, M. (2003). Teacher’ Perspective on Effective School Leadership. Teachers and Teaching, 9(1), 67-77. Jarnaliah Abdul Hamid, & Norashirnah Ismail. (2005). Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. Teori, Polisi Dan Pelaksanaan. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Kouzes, J. M., & Posner, B. Z. (1995). The Leadership Challenge. San Francisco: Jossey Bass. Leithwood, K. & Jantzi, D. (1997). Explaining Variation In Teachers’ Perceptions Of Principals’ Leadership: A Replication. Journal Of Educational Administration, 35(4), 312-31. Leithwood, K., Jantzi, D., & Steinbench, R. (1999). Changing Leadership For Changing Time. Buckingham, Philadelphia, PA: Open University Press. Randal D.Ponder. (2005). Leadership made easy. Canada: Entrepreneur Press. Sweeney, J. (1982). Research Synthesis on Effective School Leadership. Educational Leader Jil.1.39


Click to View FlipBook Version