The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ab211104, 2024-01-12 03:29:59

DOKUMENTASI RBT TINGKATAN 3

DOKUMENTASI RBT TINGKATAN 3

Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 3 Tahun : 2023 DOKUMENTASI PENGHASILAN PRODUK LAMPU MEJA Nama Sekolah MRSM Bagan Datuk Nama Calon Muhammad Syakir Aiman Bin Mohd Fairus Nama Penilai Muhammad Zulhilmi bin Omar Nombor Maktab AB211104


1 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN 1 ABSTRAK 2 1.0 PENGENALAN 3 1.1 Kajian Keperluan Pelanggan 4 – 5 1.2 Borang Projek Brief 6-7 2.0 PENENTUAN GABUNGAN TEKNOLOGI 8 2.1 Teknologi Yang Dipilih 8 2.2 Tujuan Penggunaan Teknologi 8 2.3 Fungsi Teknologi 8 2.4 Kekuatan & Kelemahan Teknologi 9 3.0 PENERANGAN KONSEP 9 3.1 Pemilihan konsep reka bentuk 9 3.2 Lakaran Perkembangan Idea Bagi Produk 10 4.0 LAKARAN AKHIR 11 4.1 Lakaran Akhir 11 4.2 Lakaran Ceraian 12 4.3 Analisis Lakaran dari Aspek Elemen & Prinsip Reka Bentuk 13 - 14 5.0 JADUAL KERJA 15 6.0 PENGURUSAN KEWANGAN 16 – 17 7.0 PENGHASILAN PRODUK 18 – 19 8.0 PENGUJIAN & PENILAIAN 20 – 23 9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 24 10.0 PENUTUP 25 BIBLIOGRAFI 26 LAMPIRAN 27 – 28 PENGHARGAAN


1 Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya saya dapat menyiapkan laporan ini dalam tempoh masa yang tela ditetapkan. Laporan saya yang telah diusahakan selama ini bertajuk LAMPU MEJA. Laporan ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus individu. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zulhilmi selaku guru matapelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi saya di MRSM Bagan Datuk yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan membimbing dalam menyempurnakan laporan ini. Keterangan dan penjelasan yang diberikan membolehkan saya mencari maklumat dengan mudah dan cepat. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memahami bahawa saya memerlukan masa dan bantuan kewangan yang mencukupi untuk menyiapkan laporan ini dengan baik. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang memberikan kerjasama yang baik dalam proses mencari dan mengumpulkan maklumat yang berkaitan. Akhir sekali, ucapan penghargaan juga kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan laporan ini. 1 ABSTRAK


1 Objektif produk ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan, iaitu menghasilkan satu sumber cahaya alternatif dalam bentuk yang unik dan berkualiti bagi membantu pelanggan melaksanakan kerja atau belajar dalam keadaan yang lebih cerah dan selesa. Melalui proses penyelasaian masalah secara inventif, penggunaan reka bentuk elektrik dan reka bentuk pembuatan digabungkan bagi menghasilkan reka bentuk produk Lampu Meja. Keputusan yang diperoleh daripada pengujian dan penilaian yang telah dijalankan membuktikan bahawa produk mampu memenuhi objektif asal penghasilannya. 2 1.0 PENGENALAN


1 LAMPU MEJA : Fungsi Produk : Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan, iaitu menghasilkan satu sumber cahaya alternatif dalam bentuk yang unik dan berkualiti bagi membantu pelanggan melaksanakan kerja atau belajar dalam keadaan yang lebih cerah dan selesa. Hal ini dapat mengelakkan daripada menghidapi masalah rabun akibat kurang pencahayaan. Reka Bentuk Produk : Dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Rekaan produk ini mempunyai nilai tambah seperti unik dan kreatif bagi meningkatkan permintaan dan mempengaruhi pasaran. 3 1.1 KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN


1 Borang 1 BORANG KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN Bahagian A : Maklumat Pelanggan Nama : Alif Qusyairy bin Ahmad Hafiz Jantina : Lelaki Umur : 15 tahun Nombor telefon : 010-5157482 Emel : [email protected] Pekerjaan : Pelajar Pendapatan : Tiada Alamat : No. 140 Jalan 4/3, Taman Titiwangsa, 40460, Shah Alam, Selangor. Bekeluarga : YA/TIDAK Tanggungan : Bahagian B : Latar Belakang Produk Yang Digunakan Sekarang Nama produk yang digunakan Lampu Meja Ciri produk yang digunakan Stabil & menarik Mengapakah produk itu digunakan Mencerahkan suasana yang kelam Kebaikan produk sedia ada Mempunyai harga yang berpatutan Kelemahan produk sedia ada Terlalu kecil Bahagian C : Cadangan Penambahbaikan Nama produk yang digunakan Lampu Meja Apakah penambahbaikan yang perlu ada pada produk yang akan dihasilkan Membesarkan sedikit produk sedia ada Bahagian D : Lain-lain ( maklumat tambahan pelanggan ) Tiada 4 Borang 2


1 BORANG KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN Bahagian A : Maklumat Pelanggan Nama : Tengku Haziq Danial bin Tengku Hisyam Jantina : Lelaki Umur : 35 tahun Nombor telefon : 019-8734542 Emel : [email protected] Pekerjaan : Guru Pendapatan : RM 12,000 Alamat : No. 30 Jalan 2, Taman Wawasan, 40460, Shah Alam, Selangor Bekeluarga : YA/TIDAK Tanggungan : Bahagian B : Latar Belakang Produk Yang Digunakan Sekarang Nama produk yang digunakan Lampu Meja Ciri produk yang digunakan Unik & stabil Mengapakah produk itu digunakan Memberikan ketenangan kepada kawasan kelam Kebaikan produk sedia ada Sesuai untuk digunakan ketika gelap Kelemahan produk sedia ada Lampu tidak terang Bahagian C : Cadangan Penambahbaikan Nama produk yang digunakan Lampu Meja Apakah penambahbaikan yang perlu ada pada produk yang akan dihasilkan Menambahkan lagi LED supaya pencahayaan menjadi lebih terang Bahagian D : Lain-lain ( maklumat tambahan pelanggan ) Tiada 5 1.2 BORANG PROJEK BRIEF


1 TAJUK : LAMPU MEJA KRITERIA PERTIMBANGAN UTAMA CATATAN Fungsi 1) Apakah kegunaan produk ini 2) Dimanakah produk ini akan digunakan 1) Dijadikan sebagai sumber cahaya alternatif 2) Atas meja Persembahan 1) Bagaimana cara produk ini dipersembahkan 1) Dalam pelbagai warna untuk menarik minat pengguna Tujuan pasaran 1) Siapakah yang akan menggunakannya 2) Siapakah pesaing yang wujud 3) Pelanggan manakah yang akan menggunakan produk ini 1) Pelajar sekolah, guru sekolah 2) Wujud pesaing di pasaran tetapi produk yang dihasilkan kurang menarik 3) Pelajar sekolah, guru sekolah Kuantiti 1) Berapakah jumlah yang diperlukan 1) 1 unit Stail / Gaya 1) bagaimanakah reka bentuk produk ini 2) Apakah reka bentuk ini akan mendapat perhatian di pasaran 1) Hanya reka bentuk lampu meja yang mudah sahaja 2) Ya Kualiti 1) Bagaimanakah kualiti pembuatannya 2) Adakah pelanggan mempunyai sebarang permintaan yang istimewa 3) Apakah piawaian kualiti yang perlu dipatuhi 1) Berkualiti 2) Produk ini mudah dialihkan 3) Bahan-bahan yang digunakan selamat dan menjamin keselamatan pengguna Kos 1) Berapakah kos untuk menghasilkan satu unit produk 2) Apakah tahap keuntungan yang dikehendaki 3) Berapakah anggaran kos terakhir 1) RM 31.90 2) 30% 3) RM 9.57 6 TAJUK : LAMPU MEJA KRITERIA PERTIMBANGAN UTAMA CATATAN


1 Jangka masa 1) Bilakah pelanggan ingin produk ini disiapkan 2) Apakah produk sampingan yang perlu siap dalam jangka masa yang sama 1) 7 hari dari tempoh tempahan 2) Model produk disiapkan dan tambahan masa selama 5 hari untuk penambahbaikan Lakaran idea 7 2.0 PENENTUAN GABUNGAN TEKNOLOGI 2.1 Teknologi yang dipilih


1 Saya telah memilih gabungan reka bentuk elektrik dan reka bentuk pembuatan untuk digabungkan dalam penghasilan produk Lampu Meja. 2. 2 Tujuan penggunaan teknologi Gabungan reka bentuk elektrik dan reka bentuk pembuatan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan membekalkan sumber cahaya. 2.3 Fungsi teknologi Aplikasi Teknologi : REKA BENTUK ELEKTRIK Bahagian yang memberikan pencahayaan pada produk. Bateri AA digunakan untuk menghidupkan LED supaya menyala. Aplikasi Teknologi : REKA BENTUK PEMBUATAN Proses pembuatan yang dipilih adalah kaedah konvensional. Proses memotong papan lapis dengan menggunakan gergaji tangan dilakukan dengan tangan sebagai sumber tenaga dan hanya menggunakan bekas kek cawan sebagai pemegang LED. 8 2.4 Kekuatan dan kelemahan teknologi


1 Aplikasi Teknologi Komponen Kekuatan Kelemahan Reka bentuk Elektrik Bateri AA Mampu membekalkan bekalan elektrik yang seketika untuk menghidupkan LED. Perlu sentiasa ditukar apabila bateri kehabisan voltan. Reka bentuk Pembuatan - - - 3.0 PENERANGAN KONSEP 3.1 Pemilihan konsep reka bentuk Konsep yang digunakan untuk menghasilkan produk Lampu Meja mengikut fungsi reka bentuk produk ialah reka bentuk kepada fungsi (form follows function). 9 3.2 Lakaran perkembangan idea


1 Lakaran idea 1 Lakaran idea 2 10 4.0 LAKARAN AKHIR 4.1 Lakaran akhir Nama produk : Lampu Meja


1 Prinsip : Elemen : 1) 1) 2) 2) 3) 3) 4) 4) 5) 5) 6) 7) 11 4.2 Lakaran ceraian Nama produk : Lampu Meja Aplikasi teknologi : REKA BENTUK PEMBUATAN


1 Aplikasi teknologi : REKA BENTUK ELEKTRIK 12 4.3 Analisis lakaran dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk ELEMEN ADA TIADA ULASAN 1 Garisan 2 Ruang


1 3 Rupa 4 Bentuk 5 Tekstur 6 Saiz 7 Warna 8 Nilai 13 PRINSIP ADA TIADA ULASAN 1 Keseimbangan 2 Penekanan 3 Pergerakan


1 4 Pengulangan 5 Keringkasan 6 Kepelbagaian 7 Kesatuan 8 Harmoni 14 5.0 JADUAL KERJA NO Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 3 14 1 5 16 1 7 1 8 19 20 21 22 1 Penerangan keperluan pelanggan kepada pereka bentuk ✔ 2 Kajian dan penemuan penyelesaian masalah ✔ ✔ 3 Perbincangan konsep ✔


1 bersama pelanggan 4 Melakar reka bentuk produk ✔ ✔ ✔ ✔ 5 Penyediaan mock – up atau model ✔ ✔ ✔ ✔ 6 Menetapkan bahan dan alatan yang diperlukan ✔ ✔ 7 Mencari pembekal bahan dan alatan ✔ ✔ 8 Membuat pesanan ✔ ✔ 9 Mendapatkan bekala bahan ✔ ✔ 10 Mengukur, menanda dan memotong bahagian – bahagian produk serta memasang bahagian – bahagian produk ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ 11 Kemasan ✔ 12 Pengujian dan penilai kefungsian ✔ 13 Kerja siap, membuat dokumentasi dan tuntutan bayaran ✔ ✔ 15 6.0 PENGURUSAN KEWANGAN Nama produk LAMPU MEJA Tajaan Menjadi sumber cahaya alternatif Bilangan 1 unit Sasaran Pelajar sekolah, guru sekolah (a) SENARAI BAHAN NO BAHAN YANG DIGUNAKAN BAGI KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM)


1 PENGHASILAN PRODUK 1 Papan lapis 2 12.00 24.00 2 Double-sided tape 1 2.00 2.00 3 Bekas kek cawan 1 3.50 3.50 4 Bateri AA 1 2.40 2.40 5 6 7 8 9 10 11 12 13 JUMLAH 31.90 16


1 (b) KOS UPAH = Bil pekerja x Masa x Kadar upah sejam x Bil hari = 2 x 3 jam x RM 0.60 x 1 hari = RM 3.60 (c) KOS OVERHEAD = Bil elektrik + Bil air = RM 1.20 + RM 1.00 = RM 2.20 (d) KOS MODAL = a + b + c = RM 31.90 + RM 3.60 + RM 2.20 = RM 37.70 % Keuntungan = 30% Kos modal (1 unit) x 0.3 = RM 37.70 x 0.3 = RM 11.31 (e) KOS JUALAN = Kos modal (1unit) + Keuntungan = RM 37.70 + RM 11.31 = RM 49.01 17


1 7.0 PENGHASILAN PRODUK A. Mengukur, menanda dan memotong bahan 1) Saya menyediakan semua bahan dan peralatan serta memulakan kerja mengukur dan menanda pada papan lapis yang berbeza panjangnya. 2) Memotong papan lapis mengikut ukuran. B. Membina dan mencantum bahagian produk 1) Proses seterusnya ialah menyambungkan papan lapis yang berbeza saiznya dengan menggunakan double-sided tape. 2) Membuat pendawaian dan memasang litar pada lampu meja. 3) Mencantum bekas kek cawan dengan batang kayu menggunakan doublesided tape. C. Membuat kemasan 1) Menyiapkan dan membuat kemasan dengan mengecat warna hitam pada produk. 2) Memasang Bateri AA pada pemegang bateri dan menguji kefungsian produk. 3) Menyimpan peralatan dan bahan berlebihan lalu mengemaskan kawasan kerja. 18


1 PRODUK AKHIR:


1 19 8.0 PENGUJIAN DAN PENILAIAN Saya telah memilih kaedah ujian PARAMETER untuk menguji kefungsian dan kesesuaian produk Lampu Meja. (a) PENGUJIAN Aspek ujian yang dijalankan ialah kecerahan mentol. Aspek ujian Kaedah yang digunakan Masa yang diambil Kecerahan mentol Membaca di bawah cahaya produk Lampu Meja 30 saat (b) ANALISIS KEPUTUSAN PENGUJIAN Berdasarkan ujian, dapat dirumuskan bahawa produk yang dihasilkan berjaya... Aspek produk Kekuatan Kelemahan Kefungsian Mentol yang ada pada cahaya lampu meja dapat membekalkan cahaya yang mencukupi - Ergonomik Semua bahan yang digunakan untuk produk ialah mesra alam - Reka bentuk & nilai estetika Sangat menarik - Keselamatan Selamat digunakan - 20 (c) PENILAIAN


1 Borang soal selidik untuk memenuhi kefungsian, ergonomik, reka bentuk & nilai estetika dan keselamatan produk. Nama : Alif Qusyairy bin Ahmad Hafiz Tingkatan 3 Nama produk Lampu Meja Kumpulan Sasaran Utama BORANG SOAL SELIDIK BAGI PRODUK : Arahan : Tanda (√) untuk menyatakan pendapat anda terhadap aspek produk yang dinilai. Aspek produk Ya Tidak A) Kefungsian produk 1 Adakah produk berfungsi? √ 2 Penilaian dari segi produk itu sendiri? √ 3 Adakah bersesuaian dengan kehendak pelanggan hasil ciptaan produk itu? √ B) Ergonomik 4 Reka bentuk pembuatan dari ketahanan √ 5 Mudah dibungkus untuk menentukan penghantaran √ 6 Adakah sesuai dengan keadaan yang gelap? √ 7 Produk boleh dikendalikan oleh mana – mana individu? √ C) Reka Bentuk dan Nilai Estetika 8 Reka bentuk ringkas dan menarik perhatian umum √ 9 Keselamatan terhadap produk dan mempunyai ciri – ciri keselamatan √ 10 Bahan yang digunakan adakah mudah didapati? √ 11 Adakah bahan yang digunakan selamat dan mesra alam? √ 12 Keseimbangan reka bentuk menepati pelanggan √ 13 Produk mudah disimpan dan dibersihkan semula √ D) Keselamatan 14 Adakah produk ini mempunyai bahagian yang tajam? √ 21 d) ANALISIS KEPUTUSAN PENILAIAN ASPEK PRODUK YA(%) TIDAK(%) KESIMPULAN A) Kefungsian Produk Produk boleh digunakan 100


1 Tahan dari segi kualiti pembinaan yang tahan lasak 100 Memenuhi kehendak pelanggan 100 B) Ergonomik Bahan yang digunakan adalah baik dan selamat untuk pengguna 100 Bentuk rekaan yang fleksibel dan mudah dibawa 100 Tahan kepada cuaca dan melindungi daripada kerosakan disebabkan faktor luaran 100 Produk boleh digunakan oleh semua peringkat umur 100 C) Reka Bentuk dan Nilai Estetika Reka bentuk ringkas dan menarik 100 Keselamatan terlindung daripada bahan yang berbahaya 100 Bahan yang digunakan mudah didapati 100 Bahan yang digunakan adalah selamat dan mesra alam 100 Sambutan adalah baik oleh pengguna /pelanggan 100 Mudah disimpan 100 D) Keselamatan Produk tidak berbahaya kepada kesihatan pengguna/tidak ada kesan sampingan kepada pengguna 100 22 e) MENILAI KESESUAIAN PRODUK Hasil penilaian terhadap keputusan pengujian, produk lampu meja ini didapati sesuai dengan kehendak pengguna.


1 1) Berfungsi dengan baik 2) Ergonomik dan tidak memudaratkan alam sekitar 3) Bentuk seimbang dan menarik perhatian 4) Selamat digunakan 23 9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Berdasarkan laporan pengujian dan penilaian, produk Lampu Meja didapati mampu berfungsi seperti yang dirancang dan selamat digunakan oleh pengguna. Walau bagaimanapun, beberapa penambahbaikan perlu


1 dilakukan pada produk bagi memastikan produk lebih baik dan sempurna dari segi kefungsian dan mampu mencapai objektif asal penghasilannya. Kelemahan yang dikenalpasti Cadangan penambahbaikan Hanya berfungsi sebagai sumber cahaya alternatif. - 24 10.0 PENUTUP Lampu Meja merupakan reka bentuk produk yang dihasilkan dengan tujuan untuk memudahkan pengguna melakukan sesuatu tugasan semasa dalam keadaan gelap. Harapan saya, produk yang direka ini akan dapat memenuhi keperluan semua kategori pengguna. Lampu Meja ini telah direka bentuk


1 dengan yang selesa. Saiznya yang kecil memudahkan produk ini dikendalikan dan dibawa ke mana sahaja. Harga produk yang berpatutan menjadikan produk mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan bantuan kepada saya sehingga produk ini berjaya dihasilkan. 25 BIBLIOGRAFI 1) Dr.Zulhasni Bin Abdul Rahim, NathanBalakhrisnan (2018) Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 3: Johor Bahru: Penerbit Besteri Sdn.BHD 2) DOKUMENTASI RBT TINGKATAN 3 – AnyFlip


1 3) https://youtu.be/beqKnzDXqME 26 LAMPIRAN


1 27


1 28


Click to View FlipBook Version