PPPY 1162 FIQH IBADAT DAN MUNAKAHAT
NAFKAH SELEPAS PERCERAIAN
NAMA PENSYARAH
DR. NURUL ILYANA MUHD ADNAN
NAMA AHLI KUMPULAN
SYAZWINA NAZIRAH BINTI MOHD SHAHRIL (A192824)
NURSHAZIRA BINTI RAMLI (A192753)
NAFKAH SELEPAS PERCERAIAN :
KISAH PERCERAIAN
HUMAIRA DAN HALIM
HADITH
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Sungguh tidaklah engkau menginfakkan nafkah
(harta) dengan tujuan mengharapkan (melihat)
wajah Allah (pada hari kiamat nanti) kecuali kamu
akan mendapatkan ganjaran pahala (yang besar)
sampai pun makanan yang kamu berikan kepada
isterimu.”
{Hadis Riwayat Bukhari no. 56}
Humaira dan Halim merupakan pasangan suami isteri yang telah
mendirikan rumahtangga selama lebih 5 tahun. Rumahtangga mereka
sangat harmoni dan penuh kebahagiaan walaupun terdapat beberapa
ujian dalam perkahwinan mereka. Salah satu ujian tersebut adalah
mereka masih belum lagi dikurniakan cahaya mata walaupun
telah berusaha bertahun-tahun.
Namun, terdapat konflik yang terjadi setelah ibu mentua kepada Humaira datang menziarahi mereka setelah lebih 2 bulan tidak berjumpa.
Sedang mereka berbual-bual di ruang tamu, secara tiba-tiba ibu kepada Halim ada bertanyakan kepada mereka berdua tentang
zuriat mereka, “Bila kalian hendak mengurniakan ibu cucu sulung?” katanya dalam nada yang sedikit tegas. Kedua pasangan tersebut
terkejut dengan soalan yang diajukan dan terdiam seketika lalu mereka berdua hanya menjawab dengan tenang, “InsyaAllah ibu kami akan
terus berusaha sehingga Allah mengurniakan kami cahaya mata yang pertama.”
•••
Disebabkan kejadian tersebut, pasangan suami isteri ini sering bergaduh
setiap kali mereka bualkan tentang soalan ibu Halim tempoh hari. Humaira
merasa sedikit terguris hati dengan soalan ibu mentuanya manakala Halim
pula kurang memahami perasaan isteri dan lebih menyebelahi ibunya.
Pertelingkahan mereka berlanjutan sehingga berminggu-minggu dan ditambah
pula dengan tekanan yang diberikan oleh mentua Humaira dan akhirnya
mereka sepakat untuk berpisah dengan cara yang baik. Lafaz talak juga
dilakukan di dalam mahkamah dan terdapat juga perbicaraan tentang
nafkah selepas perceraian yang perlu dilaksanakan oleh Halim.
•••
Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah? Menurut Prof. Dr. Wahbah Zuhaili,
nafkah menurut bahasa ialah memberikan sesuatu secara baik demi
mengharapkan redha Allah. Manakala dari sudut istilah pula, menurut Dr.
Ismail Abu Bakr Ali Al-Bamri maksud nafkah mempunyai 2 pandangan dari dua
mazhab iaitu Mazhab Hanafi menerangkan nafkah ialah memberikan
makanan, pakaian, tempat atau penyediaan sesuatu yang termasuk
kelangsungan hidup, manakala Mazhab Syafie pula menerangkan bahawa
nafkah ialah pemberian bagi membelanjakan sesuatu untuk sesuatu yang lain
seperti wang perbelanjaan. Menurut Basyir Abdul Rahman Al-Zu’abi pula
dalam kitabnya menjelaskan bahawa nafkah menurut istilah ialah apa-apa
sahaja yang seseorang bayar untuk dirinya sendiri, atau untuk orang lain bagi
kegunaan makanan, minuman, pakaian, mahupun tempat tinggal.
•••
Selepas perceraian mereka, Halim kurang faham tentang nafkah yang perlu diberikan olehnya kepada
Humaira. Halim pun bertanya kepada salah seorang sahabat universitinya dahulu tentang sebab
wajibnya nafkah. Rizal menjawab, “Sebab wajibnya nafkah ini terbahagi kepada dua pandangan
menurut Dr. Ismail Abi Bakr Ali Al-Bamri iaitu pandangan Mahzab Hanafi yang mengatakan
nafkah itu bagi membayar diatas kerugian orang lain kerana nafkah diberi diatas
ketidakmampuan orang lain dan sebagai perbelanjaan untuk kelangsungan hidup, manakala
pandangan Mazhab Syafie pula nafkah itu tidak diwajibkan oleh suami kepada isteri kecuali
apabila suami mempunyai kuasa keatas isteri dan kuasa tersebut tak berlaku kecuali dengan akad
yang sah. Di sini rajihnya adalah pandangan Mazhab Hanafi kerana isteri itu tidak diwajibkan
mencari wang perbelanjaan, maka hendaklah suami memberikan nafkah tersebut terutamanya
bagi isteri yang sakit, haid atau nifas, oleh itu nafkah hukumnya adalah wajib.”. Halim pun
berterima kasih di atas penerangan Rizal.
•••
“Hukum beri nafkah aku dah tahu, tetapi berapa pula kadarnya?”, tanya Halim kepada dirinya. Halim dengan
segera mencari di Google tentang kadar nafkah tersebut. Terdapat pandangan yang mengatakan kadar
nafkah itu tiada hadnya, sekadar untuk memenuhi keperluan perbelanjaan penerima nafkah dan juga
mengikut adat sesuatu tempat. Terdapat juga yang menerangkan pendapat mazhab-mazhab, iaitu pada
Mazhab Hanafi menjelaskan kadar nafkah itu mengikut perbelanjaan dari sudut makanan, minuman dan
lain-lain perkara yang perlu yang tiada anggaran tertentu, maka kewajipan wanita itu adalah
mencukupkannya mengikut adat. Manakala pandangan Mazhab Syafie pula kadar nafkah itu berbeza-
beza mengikut kemampuan suami, jika suami itu kaya, maka nafkah itu dianggarkan dengan orang yang
berhutang, dan jika dia kurang berkemampuan, maka dianggarkan dengan satu masa, dan jika dia
sederhana, maka dianggarkan dengan melebihkan satu setengah daripada suami yang kurang
berkemampuan itu. Namun, Halim masih ragu-ragu dan bercadang untuk merujuk yang arif.
Setelah pulang kerja, Halim juga ada berjumpa dengan seorang ustaz di surau taman perumahannya dan bertanyakan
tentang apakah kategori nafkah bagi percerainnya dengan Humaira. Jawab ustaz tersebut “Perceraian kamu ini
berlaku dengan jatuhnya talak 1 maka ‘iddah yang dilaksanakan oleh bekas isterimu itu adalah ‘iddah talak
raj’ie dan nafkahnya juga mengikut talak raj’ie (perceraian yang boleh dirujuk semula dalam tempoh ‘iddah
tanpa memerlukan akad yang baru).” Halim melanjutkan pertanyaannya dengan meminta penjelasan lebih
mendalam tentang nafkah ‘iddah talak raj’ie tersebut. Ustaz itu melanjutkan penerangannya, “Selama tempoh
‘iddah talak raj’ie itu isteri berhak menerima nafkah serta seluruh hak-haknya kecuali dalam urusan
perbelanjaan berhias diri. Ini kerana isteri tersebut bukanlah lagi milik suaminya, maka suami tidak perlu
menanggung perbelanjaan kategori itu. Oleh itu disetiap keperluan bekas isteri selama tempoh ‘iddah itu
hendaklah dipenuhi oleh bekas suami dengan menyediakan keperluan-keperluan tersebut termasuk wang
ringgit.”
Setelah Halim memahami tentang nafkah selepas perceraian yang perlu diberikan kepada Humaira,
Halim pun membuat perbincangan di atas talian bersamanya semasa waktu rehat tempat kerjanya.
Kemudian Halim terdengar perbualan rakan sepejabatnya, iaitu Kamal dan Fakhrul, yang
membahaskan isu nafkah selepas perceraian bagi isteri yang masih bekerja, yang mereka
terbaca di media sosial. Dalam perbualan tersebut Fakhrul ada berkata, “Pendapat aku
mengenai nafkah ini, jika isteri yang ditalakkan itu masih bekerja, mengapa kita sebagai bekas
suami perlu bersusah payah memberikan nafkah lagi? Lebih baik jadikan wang perbelanjaan
sendiri sahaja,” lalu Kamal pun berkata “Betul lah apa yang kau cakapkan tu Fakhrul lebih
baik simpan sendiri sahaja.” Mendengarkan perbualan tersebut Halim menjadi keliru dan terus
ingin berjumpa dengan ustaz yang dijumpainya tempoh hari.
Ketika di surau Halim terus menceritakan kepada ustaz tempoh hari tentang apa yang terjadi di Daripada Hakim Bin Muawiyah,
pejabatnya itu. Ustaz itu pun berkata, “Tempoh hari saya ada terdengar pendapat Ustaz daripada ayahnya Muawiyah Bin
Muhammad Abdullah Al-Amin di IKIMfm, beliau mejelaskan bahawa walaupun isteri tersebut Haidah, ia bertanya kepada
Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah,
bekerja dan walaupun pendapatannya lebih besar daripada suami, nafkah itu tetap wajib apakah hak isteri ke atas kami?”
Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah
diberikan kepada isteri tersebut. Ini kerana nafkah itu dipertanggungjawabkan kepada ketua engkau memberi makan kepadanya
apabila engkau makan dan hendaklah
keluarga untuk dilaksanakan serta menjaga kebajikan isteri dan anak. Bahkan selepas memberi pakaian kepadanya seperti
perceraian suami masih wajib memberikan nafkah kepada isteri sepanjang tempoh ‘iddah dan
nafkah menguruskan anak.” Halim sangat bersyukur dengen penjelasan ustaznya itu dan tidak mana engkau berpakaian”
runsing lagi memikirkan hal tesebut. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-
Nasa’i)
Di kesempatan iu Halim ingin meminta kepastian daripada ustaznya tentang kadar nafkah yang rajih mengikut Mazhab Syafie,
ustaz tersebut menjelaskan, “Tentang hal tersebut, menurut Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, beliau berkata pendapat jumhur
tidak menetapkan kadar nafkah bagi makanan tetapi hendaklah dalam bentuk kifayah (kecukupan) tanpa sebarang
penentuan tertentu. Disebabkan tiada nas yang memperincikannya, maka pelbagai pandangan yang timbul dalam bab ini.
Namun begitu, secara umumnya Mazhab Syafie berpandangan bahawa nafkah itu kadarnya adalah mengikut keadaan
suami sahaja sama ada susah mahupun senang. Ia juga merujuk kepada keadaan kewangan pemberi nafkah dan keperluan
tanggungannya dan mengambil kira adat kebiasaan yang sedang berlangsung.” Ustaz itu berkata lagi “Sebagai contoh, jika
kemampuan kamu hanya dengan memberikannya RM300 sebulan, maka sudah cukup kadarnya itu untuk melaksanakan
tanggungjawab kamu.” Halim kemudian menjawab, “Baiklah ustaz saya sudah jelas dan lebih faham akan nafkah dan kadarnya
untuk saya berikan kepada Humaira, terima kasih banyak ustaz.”
Keesokan harinya Halim pun berbincang tentang kadar nafkah bersama
Humaira di rumahnya dengan ditemani oleh ibu bapa mereka berdua. Mereka
mendapat kata putus dengan kadar tersebut iaitu RM500 sebulan Halim akan
memberikan kepada Humaira dan Humaira juga bersetuju dengan kadar
tersebut.
TAMAT
Pengajaran yang boleh didapati daripada kisah ini ialah segala keraguan
dirasai seseorang, lebih-lebih lagi berkaitan agama, hendaklah seseorang itu
merujuk yang pakar atau yang lebih arif untuk mendapatkan jawapan dan
kepastian agar tiada kesilapan yang besar terjadi. Dan bagi suami, hendaklah
menjalankan tanggungjawabnya dalam memberikan nafkah kepada isteri dan
anak, walaupun sudah berpisah. Wallahualam.
RUJUKAN
Basyir Abdul Rahman Al-Zu’abi. Dr. Ismail Abi Bakr Ali Al-Bamri. Dr. Mustafa Al-Bugha. 1440H/2019. Al-Fiqh
1433H/2012. Al-Ahkam Al-Fiqhiyyah Al-Manhaji ‘Ala Mazhab Al-Imam Al-Syafie
‘Ala Mazhab As-Sadati As-Syafi’iyyah. 1429H/2009. Ahkam Al-Usrati (Al-Ziwaj
Darul Fikr. Jilid Kedua. Darul Kalam.
Wa Al-Talak) Baina Al-Hanafiyyah Wa
Prof Dr. Wahbah Zuhaili. Al-Syafi’iyyah. Darul Hamid.
2010. Fiqh Imam Syafi’i.
Jilid Ketiga. Al-Mahira. Ahmad Nazri Mohd Yusof. 2017. Nafkah Tak Mansor Bin Sulaiman, Hasan Bin
Luput Walaupun Isteri Kerja. Berita Harian. Ahmad. 2021. Kadar Nafkah Suami
Kepada Isteri Dan Hubungannya Dengan
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017 Uruf Menurut Perspektif Shariah : Suatu
/04/267746/nafkah-tak-luput-walaupun-isteri-kerja Perbincangan. 49-58