Peribahasa Tahun 4
Muhammad Irfan Mikail Bin Hazlin Shah
4 Cerdas
SK Kiaramas
Peribahasa Tahun 4
• Simpulan Bahasa
• Perumpamaan
• Bidalan
• Pepatah
• Kata-kata Hikmat
• Bandingan Semacam
Simpulan Bahasa
Ulat buku
Maksud : Orang yang suka membaca
Ayat : Medina gemar membaca buku sehingga dia
digelar ulat buku.
Perumpamaan
Bagai isi dengan kuku
Maksud : Persahabatan yang begitu erat
Ayat : Persahabatan Mikail dan Adeel bagaikan isi
dengan kuku.
Bidalan
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : hendaklah beringat sebelum mendapat
kesusahan
Ayat : Ibu sentiasa memberi nasihat agar menyimpan
dan berjimat cermat untuk masa depan seperti kata
bidalan, sediakan payung sebelum hujan.
Pepatah
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Maksud : seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk
mencapai cita-citanya walaupun ada halangan
Ayat : Orang yang berjaya akan sentiasa berusaha untuk
mencapai sesuatu tanpa memberikan alasan, bak kata pepatah
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Kata-kata hikmat
Masa itu emas
Maksud : Masa sangat berharga
Ayat : Kita tidak boleh membuang masa kerana masa
itu emas.
Bandingan semacam
Cantik macam bidadari
Maksud : Seseorang yang sangat cantik
Ayat : Wajah anis yang cantik macam bidadari itu
dikagumi oleh rakan-rakannya.
Terima kasih