PK 07/3 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3
SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH 2
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL.3 / 2020
Tarikh : 3 September 2020 (Khamis)
Masa : 1.05 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pn Noorzita binti Mohammed Lip (GPK KOKO)
Kehadiran : 30/30 orang
Turut Hadir : 1 Tn Hj Zulkifli bin Elias (GB)
2 Pn. Paraziba Bt Jaafar (GPK 1)
3 En. Jamburi bin Salleh (GPK HEM)
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI PN NOORZITA BINTI MOHAMMED LIP GPK KOKURIKULUM
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat pengurusan kokurikulum kali ke-3
pada tahun ini.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru dan ahli jawatankuasa yang terlibat dalam
menjayakan program Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 63 pada tahun ini.
1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru pemimpin PPIM kerana telah
menghantar peserta dalam pertandingan peringkat daerah secara dalam talian.
Makluman : Semua guru
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Dibentangkan oleh Pn Noorzita binti Mohd Lip.
Dicadangkan untuk disahkan oleh En. Nurul Fadzli bin A.Rahaman.
Disokong untuk pengesahan oleh En. Ahmad Syamil bin Abd Aziz.
PK 07/3 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3
3.0 PERKARA BERBANGKIT
TIADA
4.0 AGENDA PROFESIONAL
4.1 SEGAK DAN SOP PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DI SEKOLAH.
4.1.1 Pelaksanaan SEGAK dan semua aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah perlu dilaksanakan
mengikut garis panduan pelaksaan yang akan dimaklumkan di telegram rasmi sekolah.
4.1.2 Namun, pelaksanaan aktiviti ini bergantung kepada JPN atau PPD masing-masing kerana tiada
kenyataan rasmi daripada KPM berhubung pelaksanaannya.
MAKLUMAN : Semua guru
4.2 PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2020 DAN SUKAN TAHUNAN
4.2.1 Perkhemahan yang dirancang akan dilaksanakan di Institut Perguruan Kampus Tun Hussien
Onn (IPTHO) pada 13 dan 14 April 2020 secara rasminya dibatalkan.
4.2.2 Wang penyertaan peserta perkhemahan akan dikembalikan semula kepada para peserta.
4.2.3 Sukan tahunan sekolah akan diadakan secara dalaman sahaja atau dibatalkan bergantung
kepada pandangan PPD Kluang.
4.2.4 Sekiranya sukan tahunan dibatalkan, Johan keseluruhan akan ditentukan dengan kiraan
markah rumah sukan bagi acara padang yang telah dilaksanakan pada awal tahun.
4.2.5 Hadiah yang telah ditempah untuk setiap acara akan diberikan terus kepada peserta mengikut
rumah sukan masing-masing.
TINDAKAN : Ketua Rumah Sukan
4.3 PERJUMPAAN KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM, KELAB PERSATUAN
DAN 1M1S.
4.3.1 Hanya dilaksanakan sekali sahaja dalam seminggu iaitu pada setiap hari Rabu mengikut giliran.
5.0 HAL-HAL LAIN
TIADA
PK 07/3 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3
6.0 PENANGGUHAN DAN PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang
Disediakan Oleh :
Setiausaha Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Paloh 2
10 September 2020.