The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jurnal Kajian Tindakan Vol 1 2018 Kolej Tingkatan Enam Tawau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Surfiansyah Nanang, 2018-09-19 22:44:42

Jurnal Kajian Tindakan Vol 1 2018 Kolej Tingkatan Enam Tawau

Jurnal Kajian Tindakan Vol 1 2018 Kolej Tingkatan Enam Tawau

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

Volume 1 Oktober 2018

Pengajaran Menggunakan Modul Pembelajaran Kendiri Dengan Pencapaian Geografi
Pelajar Prauniversiti
Sahari Bulan Nuhung

Peningkatan Penguasaan Topik Morfologi Dan Sintaksis Pelajar Tingkatan 6A Unimas
Melalui Teknik Soal, Fikir, Analisis Dan Terangkan (SoFAT)
Marlina Hakim, Mohd Nasir Che Ali

Meningkatkan Kemahiran Pelajar Dalam Penulisan Huraian Dan Contoh Esei KMK
Menerusi Kaedah “KEPP” dan “SABAM”

Dollores Diego

E-Note: Method To Improve The Mastering Skill In The Subtopic Of Electric Field Strength
Among Upper 6 Physics Students
Petrus Bernadus, Yaminah Yakka, Yap May Tze

Aplikasi Penggunaan Templat Excel Dalam Pengurusan Dan Pengelolaan Data Kajian
Lapangan Serta Pelaporan Dan Penulisan Dapatan Kajian Dan Perbincangan Kerja
Kursus Pengajian Am
Rusli Latimaha, Surfiansyah Nanang, Taufik Ishak

Foldable: Method To Prompt Up Understanding Of Limits And Continuity Among Form
Six Science Students
Chua Soon Bu, Morniati Jamie, Normal Mohd Isa, Tsen Vui Foh

Meningkatkan Kemahiran Mengingat Dalam Penggunaan Kad
Begurdy Paiori

Program “Kitar Born-Haber": Satu Kaedah Untuk Meningkatkan Tahap Keupayaan Pelajar
Untuk Melukis "Kitar Born-Haber" Dengan Lengkap Dan Betul
Yap Ah Boon, Lim Bee Lan, Chin Nyuk Phin, Madiana Bakar

Pembelajaran Ujian Fakta Dan Pembentangan Individu: Kesan Terhadap Pencapaian
Akademik Pelajar
Sabriati Ripe, Fithriani Abdul Hamid

Improving Reading Performances Among Upper Six Students
Rosdiana Abdul Manap

Terbitan 1

KOLEJ TINGKATAN ENAJoMurnTaAl oWf AAcUtion Research, Vol.1, 2018
ISBN 978-967-16250

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

Volume 1 1 September 2018
8
Penaung 15 Pengajaran Menggunakan Modul Pembelajaran Kendiri
Tuan Hj Eko Sukohidayat Sunarto 20 Dengan Pencapaian Geografi Pelajar Prauniversiti
Sahari Bulan Nuhung
Penasihat
Puan Norlela Ansley Peningkatan Penguasaan Topik Morfologi Dan Sintaksis
Pelajar Tingkatan 6A Unimas Melalui Teknik Soal, Fikir,
Ketua Editor Analisis Dan Terangkan (SoFAT)
Dr. Rusli Latimaha Marlina Hakim, Mohd Nasir Che Ali

Penolong Ketua Editor Meningkatkan Kemahiran Pelajar Dalam Penulisan Huraian
Puan Masna Mohd. Sinu Dan Contoh Esei KMK Menerusi Kaedah “KEPP” dan
“SABAM”
Editor Dollores Diego
Encik Djumain Lakatu
Encik Edwin Sauragal E-Note: Method To Improve The Mastering Skill In The
Encik Surfiansyah Nanang Subtopic Of Electric Field Strength Among Upper 6 Physics
Students
Kolej Tingkatan Enam Tawau 29 Petrus Bernadus, Yaminah Yakka, Yap May Tze
Jalan Eastern
Peti Surat 61254 Aplikasi Penggunaan Templat Excel Dalam Pengurusan Dan
91002 Tawau, Sabah Pengelolaan Data Kajian Lapangan Serta Pelaporan Dan
Tel: 089-755692 Faks: 089-755916 Penulisan Dapatan Kajian Dan Perbincangan Kerja Kursus
Pengajian Am
[email protected] Rusli Latimaha, Surfiansyah Nanang, Taufik Ishak

https://kt6tawau.wordpress.com/jurnal- 52 Foldable: Method To Prompt Up Understanding Of Limits And
Continuity Among Form Six Science Students
kajian-tindakan/ Chua Soon Bu, Morniati Jamie, Normal Mohd Isa, Tsen Vui Foh

© Kolej Tingkatan Enam Tawau 2018 62 Meningkatkan Kemahiran Mengingat Dalam Penggunaan Kad
71 Begurdy Paiori
Cetakan Pertama 2018
75 Program “Kitar Born-Haber": Satu Kaedah Untuk
ISBN 978-967-16250 86 Meningkatkan Tahap Keupayaan Pelajar Untuk Melukis "Kitar
Born-Haber" Dengan Lengkap Dan Betul
Hakcipta terpelihara. Yap Ah Boon, Lim Bee Lan, Chin Nyuk Phin, Madiana Bakar
Sebarang bahagian dalam jurnal ini
tidak boleh diterbitkan semula, Pembelajaran Ujian Fakta Dan Pembentangan Individu: Kesan
disimpan dalam bentuk yang boleh Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar
dipergunakan semula, atau Sabriati Ripe, Fithriani Abdul Hamid
dipindahkan sama ada dengan cara
elektronik, mekanik, penggambaran Improving Reading Performances Among Upper Six Students
semula, perakaman atau sebagainya Rosdiana Abdul Manap
tanpa kebenaran terlebih dahulu
daripada Pengetua, Kolej Tingkatan
Enam Tawau, Sabah

Dicetak oleh:
IMAN GRAPHICS
Lot G-1-8, Sulaman Central
Jalan Sepanggar
88450 Kota Kinabalu
Sabah.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 2

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

PENGAJARAN MENGGUNAKAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI DENGAN
PENCAPAIAN GEOGRAFI PELAJAR PRAUNIVERSITI

SAHARI BULAN NUHUNG
Kolej Tingkatan Enam Tawau

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar geografi dalam peperiksaan Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Kaedah pengajaran guru menggunakan Modul Pembelajaran Kendiri
(MPK) diharapkan dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar dalam mata pelajaran geografi.
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik
dan ujian pra dan ujian post. Sampel kajian melibatkan 17 orang pelajar pra universiti kolej Tingkatan
Enam Tawau yang mengambil mata pelajaran Geografi . Tinjauan awal guru berdasarkan pengajaran
lalu mendapati bahawa kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru tidak dapat membantu
pelajar dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Dalam kajian ini, guru akan
menggunakan kaedah pengajaran menggunakan MPK kepada pelajar Geografi. Dapatan kajian
menunjukkan peningkatan pencapaian Nilai Gred Mata Purata (NGMP) pelajar dalam peperiksaan
tahun semasa daripada 1.29 kepada 2.51 , iaitu peningkatan NGMP sebanyak 1.22.

1. 0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran
mempengaruhi pencapaian pelajar geografi dalam peperiksaan STPM. Pada sesi pengajaran
dan pemudahcaraan yang lalu,guru menggunakan kaedah pengajaran konvensional
menyebabkan peranan guru lebih dominan sebaliknya pelajar kurang memainkan peranan
dalam proses pengajaran. Pembelajaran menjadi kurang menarik kerana kurangnya
kepelbagaian guru untuk menyampaikan maklumat. Pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dapat dilihat melalui sejauhmana kebolehan guru-guru dalam menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang interaktif (Kamarul Azmi & Ab.Halim, 2007). Kaedah
yang digunakan ini dipilih berdasarkan kepada kesesuaian mata pelajaran, saiz kelas, jumlah
pelajar dan juga keupayaan dan kebolehan pelajar. Bagi meningkatkan penglibatan pelajar
dalam kelas, guru akan menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan bahan iaitu
menggunakan modul pembelajaran kendiri. Penglibatan pelajar yang aktif dalam kelas akan
dapat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam peperiksaan.

Kaedah pengajaran guru yang tidak berkesan dan membosankan adalah satu
permasalahan yang dianggap sebagai punca mengapa guru perlu menggunakan modul
pembelajaran kendiri sebagai media pengajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk
belajar. Menurut Sitti Nurfareha (2012) modul pembelajaran kendiri akan dapat membantu
pelajar memahami sesuatu mata pelajaran dengan lebih berkesan. Pelajar diberikan
kebebasan menggunakan MPK dengan kebolehan dan keupayaan pelajar adalah berbeza
untuk memperoleh pengetahuan. Pengajaran menggunakan MPK akan menjadikan
pembelajaran lebih bermakna bagi pelajar. Dalam pendekatan konstuktivieme penglibatan
pelajar yang aktif sangat penting. Dalam pendekatan ini, guru akan berperanan sebagai
fasilitator.

2.0 FOKUS KAJIAN

Dalam konteks kajian ini, Modul pembelajaran Kendiri (MPK) yang digunakan oleh pelajar
prauniversiti ialah modul yang dibina oleh guru untuk kegunaan pelajar bagi mata pelajaran

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 1

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

Geografi. Kandungan MPK dipecahkan mengikut semester iaitu semester satu, semester
dua dan semester tiga. Fokus kajian ini ialah penggunaan MPK oleh pelajar semasa
semester dua di tingkatan enam. MPK mengandungi tajuk-tajuk yang terdapat dalam
huraian sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Objektif
kandungan modul pembelajaran kendiri selaras dengan sukatan pelajaran Geografi STPM
yang terbahagi kepada empat domain utama iaitu 1) Domain kognitif, 2) Domain Psikomotor,
3) Domain efektif dan, 4) Domain sosial. Rasional penggunaan MPK oleh pelajar kerana
kandungan MPK yang berbeza dengan buku teks yang berada di pasaran. Pelajar
prauniversiti tidak bergantung sepenuhnya dengan penggunaan buku teks kerana
penggunaan buku teks bukan rujukan yang wajib bagi pelajar prauniversiti. Justeru itu, MPK
merupakan satu bahan bantu mengajar yang menjadi rujukan pelajar Geografi. MPK digubal
oleh guru cemerlang dan pemeriksa kertas bagi setiap negeri. Oleh itu, penggunaan MPK
mempunyai kandungan yang bersesuaian dengan keperluan guru dan dapat menguji
kebolehan pelajar mengikut pelbagai aras pengetahuan. Justeru itu, kaedah pengajaran
yang lebih aktif dan berkesan perlu dijalankan oleh guru bagi meningkatkan motivasi pelajar
dan seterusnya meningkatkan pencapaian Geografi dalam peperiksaan awam STPM.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini ialah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Geografi STPM. Manakala objektif khusus kajian tindakan ini adalah seperti berikut:
i. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam pengajaran dan pemudahcaraan.
ii. Meningkatkan motivasi pelajar dalam mata pelajaran Geografi

4.0 KUMPULAN SASARAN

Menurut Azizi Yahaya et.al (2007) sampel kajian ialah sebahagian daripada populasi tanpa
mengambil kira sama ada ia dapat menjadi wakil populasi atau sebaliknya. Dengan kata lain,
sampel kajian ialah responden yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Sampel kajian
ini juga hanya melibatkan pelajar kelas 6 Atas UUM seramai 17 orang yang mengambil mata
pelajaran Geografi dan pelajar ini telah melalui peperiksaan semester pertama dalam STPM.
MPK digunakan oleh guru sebagai kaedah pengajaran kerana pengajaran MPK mampu
menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Geografi. Skop kajian ini juga terbatas kepada objektif-objektif kajian yang dihuraikan
sebelum ini iaitu melihat hubungan kaedah pengajaran menggunakan MPK dengan
pencapaian pelajar Geografi prauniversiti.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Kaedah pelaksanaan kajian yang digunakan oleh guru ialah kaedah penyelidikan kuantitatif.
Kajian tindakan ini menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Menurut Mohd Majid
(1990) soal selidik merupakan salah satu alat ukur yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat yang tepat berkaitan dengan fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya.
Tujuan utama membuat soal selidik adalah untuk mandapatkan maklumat yang releven
dengan tujuan kajian. Selain itu, guru juga menjalankan ujian ke atas pelajar yang dipilih
sebagai sampel kajian. Pelaksanaan ujian yang dijalankan untuk melihat pencapaian pelajar

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 2

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

sebelum kaedah pengajaran menggunakan MPK dan selepas kaedah pengajaran
menggunakan MPK.

5.1 TINJAUAN MASALAH

Pencapaian mata pelajaran yang rendah merupakan isu utama yang di hadapi oleh pelajar-
pelajar prauniversiti. Pencapaian pelajar bergantung kepada sejauh mana pelajar dapat
belajar menguasai sesuatu topik tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru. Selain
daripada itu, pelajar juga kurang berinisiatif dan mengalakkan pelajar untuk menguasai suatu
topik. Menurut Maria Chong et al. (2010) pengajaran berpusatkan guru menyebabkan pelajar
menerima maklumat secara pasif kerana hanya komunikasi sehala yang digunakan oleh
guru. Keadaan ini tidak dapat membantu pelajar untuk menguasai suatu topik dalam mata
pelajaran Geografi. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengajaran yang hanya
melibatkan guru semata-mata memberi implikasi yang kebanyakan pelajar tidak melibatkan
diri secara aktif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

Kecemerlangan akademik pelajar seringkali dikaitkan dengan kaedah pengajaran
oleh guru. Kaedah pengajaran guru akan mempengaruhi motivasi belajar dalam pencapaian
prestasi pelajar kerana motivasi merupakan satu dorongan yang mengerakkan pelajar untuk
mengikuti proses pembelajaran atau tidak. Mengikut dapatan kajian Muhammad Abdillah dan
Haleefia Mahmood (2011) kaedah pengajaran guru mempengaruhi pencapaian pelajar di
negeri Kelantan. Kajian ini akan melihat hubungan pengajaran menggunakan modul
pembelajaran kendiri dengan pencapaian pelajar Geografi.

Semasa membuat tinjauan awal, guru akan mengumpulkan data dengan
menggunakan beberapa instrumen kajian. Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal
tentang isu yang telah dikenalpasti dengan lebih mendalam. Sebelum merancang, guru akan
mengenal pasti masalah atau isu yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas yang dikaji. Guru akan mengutip data dengan menggunakan menjalankan ujian pra,
membuat soal selidik dan rekod keputusan ujian atau peperiksaaan.

5.1.1 Ujian Pra

Ujian Pra adalah merujuk kepada pencapaian pelajar sebelum kaedah pengajaran
menggunakan MPK digunakan oleh pelajar dalam kelas. Keputusan ujian pra berdasarkan
laporan analisis yang dikeluarkan oleh unit penilaian dan peperiksaan bagi kelas 6B UUM
(2018). Pencapaian pelajar prauniversiti 6 UUM dalam peperiksaan STPM semester satu
bagi mata pelajaran Geografi adalah rendah dengan NGMP 1.29. Jumlah pelajar yang gagal
mewakili 12.50 peratus berbanding pelajar yang lulus sebahagian dengan 28.13 peratus dan
77.42 peratus memperolehi lulus penuh. Analisis pencapaian mata pelajaran Geografi
STPM 2018 berdasarkan gred dapat di tunjukkn pada Jadual 1.

Jadual 1. Analisis Pencapaian Geografi STPM Semester Satu Tahun 2018 Bagi Kelas 6 UUM

Calon A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F TH

17 1 0 0 0 0 0 6 2 2 0 6 0

Peratus 5.88 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 35.29 11.76 11.76 0.00 6.25 0.00
Sumber: Unit Penilaian dan Peperiksaan (2018)

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 3

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

Guru telah menjalankan ujian pra ke atas pelajar kelas UUM yang mengambil mata
pelajaran Geografi. Ujian Pra telah dijalankan pada 27.11.2017 semasa pelajar menduduki
peperiksaan percubaan semester pertama. Seramai 17 orang hadir dalam peperiksaan
percubaan semester satu yang dijalankan selama dua jam. Format peperiksaan yang digunakan
adalah selaras dengan format peperiksaan sebenar semester satu bagi peperiksaan STPM.

5.1.2 Soal Selidik

Guru telah mengedarkan borang soal selidik kepada 17 orang pelajar yang mengambil mata
pelajaran Geografi. Terdapat dua bahagian dalam set soal selidik yang digunakan dalam
kajian ini bagi memungut data mengenai latar belakang responden iaitu dari segi maklumat
diri, penerimaan pelajar terhadap pengajaran menggunakan modul pembelajaran kendiri.
Format borang soal selidik seperti berikut.

JADUAL 2. Pengagihan Set Soal Selidik Mengikut Bahagian

Bil Bahagian Item Perkara

01 A Item 1-3 Maklumat Diri (responden)

02 B Item 1-25 Kaedah pengajaran menggunakan MPK

Dalam Kajian ini, pencapaian Geografi pelajar prauniversiti sebagai pemboleh ubah
bersandar. Pencapaian pelajar dinilai daripada peperiksaan penggal satu STPM Tahun 2018.
Markah peperiksaan semester satu dalam bentuk gred yang telah ditetapkan oleh MPM yang
biasa digunakan dalam mata pelajaran Geografi bagi STPM. Pencapaian tersebut di analisis
bagi melihat hubungan dengan kaedah pengajaran guru menggunakan MPK.

5.2 ANALISIS DAPATAN TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Analisa Keputusan Ujian Post

Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan semester dua menunjukkan berlaku
peningkatan ke atas pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Peningkatan pencapaian
berdasarkan kepada peningkatan peratus pelajar yang lulus penuh dan peningkatan NGMP.
Analisis pencapaian Geografi pelajar 6 Atas UUM dalam peperiksaan percubaan semester
dua ditunjukkan pada Rajah 1.

Berdasarkan kepada Rajah 1 jelas menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Geografi semasa peperiksaan semester dua dengan NGMP
1.29 kepada 2.51 iaitu peningkatan sebanyak 1.22 mata. Pengajaran menggunakan MPK
dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat memberi kesan secara langsung kepada
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Geografi. Dapatan kajian selaras dengan
pernyataan Shahrom (1994) menyatakan bahawa MPK dapat membantu pelajar memahami
sesuatu mata pelajaran dengan lebih berkesan.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 4

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

F A
35% 6%

C
35%

D+ C-
12% 12%

RAJAH 1. Agihan Gred Pencapaian Pelajar Menggunakan MPK Semester 2 Tahun 2018

5.2.2 Analisa Dapatan Soal Selidik

Dapatan soal selidik terhadap 17 orang pelajar 6 atas UUM menunjukkan bahawa skor min
pengajaran menggunakan MPK berada pada tahap nilai 3.66 (sisihan piawai = 0.455).
Analisis ini menterjemahkan bahawa kaedah pengajaran menggunakan MPK adalah pada
tahap yang sederhana. Ini bermakna pelajar prauniversiti mempunyai persepsi yang
sederhana berkaitan dengan pengajaran menggunakan MPK.

5.3 TINDAKAN MENANGANI MASALAH

Bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Geografi, guru telah mengubah
kaedah pengajaran dalam kelas 6 Atas UUM. Sebelum kajian tindakan dilakukan, guru
menggunakan kaedah pengajaran tradisional iaitu kaedah pengajaran berpusatkan guru.
MPK akan digunakan oleh guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Geografi. Setiap pelajar akan diberikan modul yang mengandungi topik-topik yang
terkandung dalam sukatan pelajaran Geografi semester dua. Penggunaan modul akan
meningkatkan interaksi antara pelajar dan guru bertindak sebagai fasilitator. Berlaku
komunikasi antara guru-murid, murid-murid dan murid- bahan secara lisan dan bukan lisan
bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-
rakan. Kaedah pengajaran menggunakan MPK adalah sesuai dengan standard asas
pembelajaran abad ke 21 iaitu berpusatkan murid.

6.0 REFLEKSI KAJIAN

Secara keseluruhannya kaedah pengajaran menggunakan MPK dapat meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Geografi dalam peperiksaan awam STPM.
Penggunaaan MPK dalam pengajaran dan pemudahcaraan telah meningkatkan penglibatan
pelajar dalam kelas dan meningkatkan motivasi instrinsik pelajar bagi menguasai mata
pelajaran Geografi. Dapatan kajian juga menunjukkan penerimaan pelajar adalah tinggi
terhadap modul pembelajaran kendiri. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan
pembelajaran menggunakan MPK lebih efisien dan sesuai digunakan kerana ia
menambahkan pengetahuan kepada pelajar Geografi prauniversiti. Kaedah pengajaran

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 5

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

menggunakan MPK akan dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu subjek
berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Ini menunjukkan
bahawa pelajar akan dapat memperolehi maklumat dan berusaha untuk mengembangkan
idea tanpa bergantung sepenuhnya dengan guru. Kaedah pengajaran menggunakan MPK
akan mengubah peranan guru dari seorang pengajar kepada seorang fasilitator. Adanya
MPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru lebih bersifat pembimbing daripada
penyampai pengetahuan dalam sesuatu mata pelajaran (Tia Belawati, 2003) .

Modul pembelajaran kendiri membolehkan para pelajar menjalankan proses
pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan kadar kendiri. Menurut Abdul Razak dan
Noorul Shuhadah (2010), kaedah pengajaran menggunakan MPK akan membimbing pelajar
dalam melakukan penyelidikan dan pencarian maklumat. MPK membolehkan guru
menyampaikan pelajaran lebih mudah, lebih menarik dan berkesan, manakala pelajar pula
dapat memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh meningkatkan aktiviti
pembelajaran secara sendiri atau berkumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kaedah pengajaran menggunakan MPK sebagai bahan yang boleh digunakan dalam Pdpc
dengan mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar.

7.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

7.1 PENGKAJI

Kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji telah memberi sumbangan yang amat penting
iaitu penambahbaikan harus ditumpukan kepada aspek pengajaran menggunakan modul
dalam mata pelajaran Geografi pelajar prauniversiti. Pengkaji mendapati penggunaan modul
dalam pengajaran guru boleh digunakan oleh semua pelajar tanpa mengira jantina. Begitu
juga dengan aspek penggunaan MPK di peringkat sekolah yang menawarkan tingkatan
enam. Pengkaji mendapati, penggunaan modul dalam pengajaran mata pelajaran Geografi
dapat digunakan di semua sekolah. Pengkaji merasakan pengajaran menggunakan modul
sangat sesuai digunakan oleh pelajar prauniversiti kerana penggunaan modul dapat
meningkatkan penglibatan dan pencapaian pelajar prauniversiti.

7.2 GURU-GURU AKADEMIK PRAUNIEVERSITI

Dapatan kajian juga memberi implikasi kepada guru-guru prauniversiti untuk menggunakan
pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar bukannya pengajaran berpusatkan guru.
Penggunaan modul dalam pengajaran guru akan membantu guru akademik untuk
mempelbagaikan kaedah dan teknik pedagogi yang sesuai dengan pengajaran dan
pembelajaran dan tajuk yang diajar agar pelajar dapat terlibat dengan aktif. Pembelajaran
menggunakan modul akan meningkatkan motivasi pelajar prauniversiti berbanding dengan
kaedah pembelajaran pasif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran guru
menggunakan modul pembelajaran kendiri boleh diaplikasikan oleh guru akademik yang lain.
Dengan belajar menggunakan modul, penekanan lebih kepada pelajar berbanding guru.
Belajar menggunakan modul akan meningkatkan keupayaan pelajar dan akan
membangkitkan keinginan tahuan pelajar, memberikan motivasi untuk belajar.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 6

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018
BIBLIOGRAFI
Abdul Razak Idris & Noorul Shuhadah Osman. 2010. Pembangunan Modul Pembelajaran

Kendiri Asas penyelidikan Dan Pencarian Maklumat Melalui Pengkalan Data Elektronik.
Diakses pada 24 Februari 2018 dari https://www.researchgate.net/publication/46212076
Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd Majid. 2014. Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran dan Kaedah
pengajaran. Diakses pada 24 Februari 2018 dari https://www.researchgate.net/publicati
on/46480625
Muhammad Abdillah Royo & Haleefa Mahmood. 2011. Faktor-Faktor Kelemahan Yang
Mempengaruhi Pencapaian Cemerlang Dalam Mata pelajaran Reka Cipta. Journal Of
Education Psychology and Counseling 2: 145-174.
Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Shahrom Noordin. 1994. Modul Pengajaran Kendiri (MPK): Satu Inovasi Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Tia Belawati.2003. Pengembangan Bahan Ajar. Jakarta: Pusat Penerbitan Universiti
Terbuka.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 7

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

PENINGKATAN PENGUASAAN TOPIK MORFOLOGI DAN SINTAKSIS PELAJAR
TINGKATAN 6A UNIMAS MELALUI TEKNIK SOAL, FIKIR, ANALISIS DAN TERANGKAN

(SoFAT)

MARLINA HAKIM
MOHD NASIR CHE ALI
Kolej Tingkatan Enam Tawau

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan pelajar semasa menguasai topik morfologi dan
sintaksis Bahasa Melayu semester 2 . Sampel kajian yang diambil melibatkan 25 orang pelajar dan dua
orang guru terlibat dalam kajian ini. Pengkaji memfokuskan kajian kepada kesalahan yang kerap
dilakukan oleh pelajar semasa menjawab soalan objektif dan subjektif. Tinjauan awal yang dilakukan
melalui ujian percubaan semester 2 telah menunjukkan bahawa pelajar sangat lemah dalam menguasai
topik dalam sukatan Bahasa Melayu semester 2. Oleh sebab itu, beberapa pendekatan dilakukan untuk
memperbaiki kelemahan pelajar. Pendekatan SoFAT diperkenalkan kepada pelajar untuk mengatasi
masalah tersebut. Kaedah ini menitikberatkan kandungan dan isi pelajaran. Kandungan kaedah ini
mengandungi dua tumpuan iaitu tumpuan utama (fokus utama) dan tumpuan kedua (fokus sampingan).
Fokus sampingan mungkin lebih daripada satu dan tugas fokus sampingan untuk membantu dan
memperkuat fokus utama. Kaedah ini bergantung kepada kreativiti guru berkenaan dengan aspek yang
hendak ditonjolkan dan diperbaiki. Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa pelajar menunjukkan sikap
positif dengan cara bergiat aktif di dalam kelas untuk menguasai kemahiran mengingat dan
menganalisis. Selain itu, pelajar juga lebih berkeyakinan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
kelas bagi mencapai keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu STPM Semester
2.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Kajian ini dijalankan selepas kami mendapati pelajar-pelajar agak sukar untuk mengingat
rumus atau hukum tatabahasa (morfologi dan sintaksis) yang terdapat dalam Semester 2.
Ada pula pelajar yang tidak dapat mengemukakan contoh bagi sesuatu kata dalam topik
mofologi dan contoh ayat dalam topik sintaksis. Selain itu, terdapat juga pelajar yang tidak
dapat membezakan golongan kata dengan bentuk kata. Kebanyakan alasan yang diberikan
oleh pelajar ialah mereka keliru dan sukar untuk mengingati rumusnya.

Apabila guru menyemak latihan pelajar, guru mendapati masih ada lagi pelajar yang
tidak dapat mengelaskan bentuk kata perkataan yang diberi walaupun soalan yang diberi
hanya perlukan jawapan (√)(X). Latih tubi juga turut dijalankan pada setiap sesi PdP tetapi
keputusan masih lagi mengecewakan. Apabila ujian dijalankan, ternyata keputusan yang
diperoleh masih kurang memuaskan. Semua pelajar mempunyai buku rujukan yang baik
tetapi tahap kefahaman pelajar masih lagi perlu ditingkatkan bukan mengharapkan membaca
buku nota semata-mata.

Pelajar juga kurang keyakinan diri semasa pembentangan jawapan dijalankan di
dalam kelas. Jawapan yang diberi tidak disampaikan dengan yakin dan analisis yang
mantap. Setelah diteliti dan diperhatikan, pelajar-pelajar masih tidak dapat menguasai rumus
tatabahasa dan teknik menjawab soalan dengan berkesan. Pelajar-pelajar seringkali
mengatakan bahawa mereka sukar untuk menghuraikan atau menerangkan rumus dan
contoh sesuatu aspek tatabahasa dalam topik-topik tersebut secara spontan dalam
pembentangan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka kurang pendedahan tentang cara
untuk menguasai rumus dan teknik menganalisis soalan objektif dan aneka pilihan. Selain

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 8

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

itu, mereka tidak tahu untuk menggunakan teknik yang betul dan kurang diberikan peluang
untuk bercakap atau memberi penerangan di hadapan rakan-rakan.

Oleh hal yang demikian, kami mengambil langkah yang proaktif dengan mencari jalan
untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini disebabkan oleh para pelajar kerap kali menolak
permintaan rakan dan guru apabila disuruh bercakap dan membentangkan hasil
perbincangan di hadapan kelas. Selain itu, kajian ini dirasakan boleh membantu pelajar-
pelajar untuk menguasai kemahiran lisan atau pengucapan awam di samping mendapat
pendedahan tentang cara untuk menganalisis soalan tatabahasa dan sintaksis dengan lebih
berkesan. Selain itu, pelajar diharapkan dapat memberikan jawapan yang betul selepas
menganalisis sesuatu soalan. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar-pelajar akan
diberikan rawatan yang sesuai iaitu Teknik SoFAT (Soal, Fikir, Analisis, Terangkan) yang
dapat menarik perhatian pelajar dan membolehkan mereka menganalisis soalan dan
memberikan jawapan yang betul dengan lebih mudah dan meyakinkan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kami akan memfokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan topik morfologi dan
sintaksis dalam Semester 2. Di samping itu, semasa pembentangan jawapan dijalankan,
saya juga akan meminta pelajar-pelajar lain menegur atau memberikan komen terhadap
kesalahan lain yang kerap kali dilakukan oleh rakan-rakan mereka dalam aspek kesalahan
tatabahasa. Sekiranya kelemahan pelajar dalam kedua-dua aspek tersebut dapat diatasi,
kami yakin bahawa keputusan peperiksaan Bahasa Melayu STPM Semester 2 kolej ini akan
dapat ditingkatkan dari segi kuantiti dan kualiti.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini ialah untuk pelajar dapat menjawab soalan objektif dan struktur
serta memaksimumkan markah dan gred Bahasa Melayu Kertas 2 STPM. Objektif khusus
kajian ini adalah seperti berikut:
i. Menguasai rumus atau hukum dalam topik morfologi dan sintaksis.
ii. Memahami soalan dan menguasai teknik menjawab soalan objektif dan struktur

dengan berkesan.
iii. Meningkatkan kemahiran insaniah dalam memberikan penerangan.
iv. Menarik minat pelajar untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 6A Unimas yang akan menduduki peperiksaan
STPM Semester 2 pada bulan Mei 2018. Responden kajian terdiri daripada 25 orang pelajar
yang berbangsa Melayu. Kajian ini dijalankan berdasarkan keputusan markah Ujian
Percubaan Semester 2 yang kurang memberangsangkan. Seramai 19 orang pelajar terdiri
daripada pelajar tingkatan 6A Unimas yang berpencapaian sederhana dan rendah dalam
ujian tersebut.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 9

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Aktiviti pelaksanaan kajian dapat dilihat melalui jadual di bawah:

JADUAL 1. Perancangan Aktiviti Kajian Tindakan

Bil. Aktiviti Tarikh / Bulan / Tahun 2017
1. Sesi penerangan dan penjelasan Januari
2. Membuat Tinjauan Awal/Ujian pra Januari
3. Menyediakan proposal Februari
4. Merancang tindakan Februari
5. Melaksanakan tindakan/rawatan
6. Melaksanakan tindakan/rawatan Mac, April, Mei
7. Melaksanakan tindakan/rawatan Mac, April, Mei
8. Melaksanakan tindakan/rawatan Mac, April, Mei
9. Melaksanakan tindakan/rawatan Mac, April, Mei
10. Melaksanakan tindakan/rawatan Mac, April, Mei
11. Melaksanakan tindakan/rawatan Mac, April, Mei
12. Melaksanakan tindakan/rawatan Mac, April, Mei
13. Melaksanakan tindakan/rawatan Mac, April, Mei
14. Mengumpul data dan membuat analisis Mac, April, Mei
15. Menulis Laporan
Julai
Julai

5.1 TINJAUAN MASALAH

Tinjauan awal terhadap masalah kajian berkaitan dengan mengenal pasti masalah
pembelajaran pelajar dan seterusnya mengenal pasti punca pelajar gagal dalam penguasaan
kemahiran menganalisis soalan. Pemerhatian dilihat terhadap tingkah laku pembelajaran
pelajar dalam aspek sikap dan kesediaan pelajar ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dalam kelas. Sikap pelajar yang kurang memberi tumpuan
terhadap pengajaran guru dan budaya leka dalam pembelajaran telah dikenal pasti sebagai
faktor yang mempengaruhi kemahiran pelajar dalam menganalisis bentuk soalan morfologi
dan sintaksis. Begitu juga terdapat pelajar yang membuat latihan yang diberikan oleh guru
secara sambalewa dan kurang berkualiti (tiada penerangan jawapan). Masalah yang
dihadapi oleh pelajar dalam menjawab soalan dapat diperhatikan melalui aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di kelas.

5.1.1 Latihan dan Ujian

Latihan berdasarkan buku topikal dan tutorial mingguan diberi kepada pelajar. Guru memberi
pelajar latihan tersebut supaya pelajar biasa dengan soalan sebenar peperiksaan. Latihan dalam
buku tersebut mengikut format soalan peperiksaan STPM sebenar. Selain itu, guru juga
memberi soalan berbentuk (/)(x) kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman mereka
terhadap sesuatu topik tersebut.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 10

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

5.1.2 Pemerhatian Terhadap Respons Pelajar di dalam Kelas

Guru akan sentiasa memastikan semua pelajar di dalam kelas terlibat dalam setiap
perbincangan soalan latihan. Pelajar diberi kebebasan untuk memberi jawapan mengikut
kefahaman masing-masing. Walaupun, soalan berbentuk objektif dan subjektif tetapi pelajar
tetap diminta untuk menyatakan alasan jawapan tersebut. Kaedah ini digunakan supaya pelajar
mudah ingat apa yang mereka bincangkan. Melalui pemerhatian ini juga, guru dapat mengenal
pasti pelajar yang aktif dan pasif semasa di dalam kelas.

5.2 ANALISIS DAPATAN TINJAUAN MASALAH

Berdasarkan latihan yang diberikan dan penyemakan latihan pelajar untuk meninjau masalah
yang menjadi punca pelajar gagal menguasai konsep, rumus dan hukum setiap topik dan
seperti yang terkandung dalam Jadual 2.

JADUAL 2. Punca Masalah Pelajar Gagal

Bil Masalah Jumlah
1 Tidak faham kehendak soalan (%)

35

2 Lemah pemahaman definisi / konsep 15

3 Lemah pemahaman hukum / rumus subtopik 40

4 Tidak ada keyakinan diri 10

5.2.1 Analisis Keputusan Latihan

Terdapat 5 latihan mudah yang diberi kepada pelajar dan jawapan yang dikehendaki hanya
berbentuk (/)(x). Hasil daripada latihan tersebut, telah dikenal pasti sekurang-kurangnya 5 orang
pelajar yang tidak dapat memberi jawapan sekurang-kurangnya 10/20 terhadap soalan tersebut.
Walaupun soalan agak mudah tetapi masih lagi tidak dapat dijawab oleh pelajar. Hal ini
menunjukkan bahawa, topik asas bagi bahagian morfologi masih lagi tidak dapat dikuasai oleh
pelajar.

5.2.2 Analisis Dapatan Ujian

Hasil analisis markah ujian pelajar didapati 5 orang pelajar masih tidak dapat markah sekurang-
kurangnya 40 peratus. Markah tertinggi yang diperoleh oleh pelajar di dalam kelas ini ialah 65
peratus. Hal ini menunjukkan bahawa purata markah bagi setiap pelajar masih di tahap
sederhana iaitu 40 hingga 50 peratus sahaja.

5.2.3 Analisis Dapatan Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian guru di dalam kelas semasa sesi PdP, pelajar aktif hanya tertumpu
kepada beberapa orang sahaja. Pelajar tersebut dikenal pasti berdasarkan tindakan mereka
memberi hujah, memberi pandangan semasa soalan dikemukakan. Kerjasama antara pelajar
hanya 50 peratus sahaja, dan 50 peratus pelajar lagi lebih selesa sebagai pendengar dan
pemerhati sahaja.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 11

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

5.3 TINDAKAN MENANGANI MASALAH

Berdasarkan analisis pemerhatian dan laporan semakan latihan pelajar yang dinyatakan di
atas, satu tindakan telah dijalankan. Langkah pertama yang dijalankan ialah memberi
pendedahan teknik menjawab soalan Bahasa Melayu STPM sebenar, khususnya kepada
fahaman kehendak soalan dan sistem pemarkahan.

Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dan kurang memberi tumpuan
terhadap pengajaran dan lemah perlu diberi perhatian dalam kalangan pelajar sasaran. Oleh
itu, tindakan dilakukan dengan memperkenalkan „Teknik SoFAT‟. Tindakan yang dilakukan
ialah memberi pendedahan berkaitan kemahiran menganalisis kehendak soalan dan
penekanan terhadap semakan latihan pelajar berpandukan kepada strategi „Teknik SoFAT‟
yang diperkenalkan.

Pendekatan SoFAT 1: Soalan Mahu Apa (SoMA)
a. Memperkenalkan topik morfologi dan sintaksis yang perlu diberi perhatian.
b. Membuat analisis mengikut agihan soalan Bahasa Melayu STPM Semester 2 (2013-

2017).
c. Membuat analisis berdasarkan Jenis dan bentuk soalan.
d. Memaparkan bentuk contoh soalan biasa dikeluarkan (2013-2017).
e. Menyediakan bahan rujukan utama (Tatabahasa Asas).

Pendekatan SoFAT 2: Fahamkan Soalan (FaS)
a. Memperkenalkan tip-tip penting cara menjawab soalan struktur.

- Tip 1 : Merancang masa dengan betul.
- Tip 2 : Merancang apa yang hendak ditulis.
- Tip 3 : Kekemasan tulisan.
- Tip 4 : Menulis jawapan yang perlu.
b. Latihan memahami kehendak soalan.
c. Penyediaan bahan SoFAT (FaKes).
d. Memberi nota ringkas dalam bentuk gambar rajah.

Pendekatan SoFAT 3: Analisis Jawapan (AJ)
a. Pelajar membaca semua pilihan jawapan (objektif).
b. Mencari kata kunci soalan.
c. Padankan dengan jawapan yang paling hampir.

Pendekatan SoFAT 4: Terangkan Jawapan (TeJa)

a. Memilih jawapan yang tepat.
b. Berikan sebab jawapan dipilih.
c. Kemukakan bukti jawapan.

Sehubungan itu, kesemua maklumat yang dinyatakan di atas dijalankan secara
bersepadu yang diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di kelas.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 12

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

5.4 KAEDAH PELAKSANAAN KAJIAN

Pada asasnya, kajian tindakan ini membawa pendekatan demi mencapai skor cemerlang
dari segi kualiti dan kuantiti prestasi pelajar dalam Kertas 2 Bahasa Melayu, khususnya
Bahagian A dan B, iaitu soalan objektif dan subjektif. Kecemerlangan kualiti yang
dimaksudkan ialah peningkatan skor pelajar-pelajar sasaran agar mencapai gred A atau
sekurang-kurangnya A-. Kecemerlangan kuantiti pula bermaksud pelajar-pelajar sasaran
dalam kumpulan sederhana, iaitu mereka yang memperoleh Prinsipal (R) sekurang-
kurangnya akan meningkat ke gred C dan mereka yang Gagal (F) sekurang-kurangnya akan
meningkat ke Gred C. Aktiviti-aktiviti berikut akan saya jalankan untuk mencapai matlamat
yang diinginkan di samping memotivasikan pelajar, menambahkan minat serta meluaskan
pengetahuan am:

a. Pemerhatian
Sikap pelajar dilihat secara langsung di dalam kelas sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P), dan penggunaan stesen pembelajaran. Guru menggunakan kaedah
kumpulan untuk pelajar berbincang bagi menganalisis soalan dan guru akan membimbing
mereka semasa perbincangan dijalankan.

b. Ujian Pra
Ujian diberikan kepada pelajaran untuk mengukur tahap pencapaian pelajar sebelum
pelaksanaan pendekatan berfokus. Guru meminta pelajar menggunakan teknik SoFAT iaitu
teknik berfikir secara logik/rasional semasa mereka menganalisis soalan atau menguasai
rumus tatabahasa.

c. Tindak Balas Dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Tindak balas pelajar dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru
berpandukan contoh latihan yang disediakan dalam pendekatan SoFAT. Guru menggunakan
bahan bantu belajar yang menarik perhatian pelajar seperti powerpoint. Pelajar-pelajar lain
diminta untuk memberikan pandangan dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh rakan
semasa pembentangan kumpulan dijalankan.

d. Semakan Buku Latihan
Buku latihan akan disemak oleh guru dari semasa ke semasa sebagai tindakan pengayaan
dan pengukuhan penguasaan kemahiran menguasai konsep, hukum dan rumus setiap topik.
Pelajar diminta untuk memberikan penerangan selepas perbincangan dijalankan. Semua
pelajar diwajibkan untuk memberi jawapan masing-masing.

6.0 REFLEKSI KAJIAN

Setelah beberapa aktiviti dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang dijalankan, dapatan
kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran menganalisis dan
menjawab soalan secara keseluruhannya. Pelajar sendiri melakukan penerokaan kendiri
berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru berdasarkan pendekatan SoFAT. Kelemahan
pelajar dalam menganalisis soalan dapat di atasi bagi pelajar yang berpotensi cemerlang.
Manakala pelajar yang lemah dapat diminimumkan kesilapan memilih jawapan yang salah
dan masih berada pada aras lulus. Setiap kali latihan dilakukan, saya telah memeriksa
latihan tersebut dan memberikan markah mengikut standard STPM sebenar. Keadaan ini
memberi respon positif terhadap pembelajaran pelajar sehingga mempunyai keyakinan diri

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 13

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

dalam menjawab soalan sehingga mampu berdikari membuat latihan sendiri. Guru juga telah
mengemukakan soalan kepada pelajar di kelas sama ada mereka masih menghadapi
masalah. Pelajar memberi respon baik bahawa bimbingan guru dalam pendekatan
menjawab dan tip-tip penting banyak membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran
menganalisis soalan. Respon positif daripada pelajar terhadap pelaksanaan „Teknik SoFAT‟
amat bermakna kepada penyelidik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam
Bahasa Melayu di peringkat STPM.

7.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan dan meningkatkan pencapaian
pelajar. Walau bagaimanapun terdapat aspek lain yang perlu diberi perhatian khususnya
dalam pengajaran tatabahasa. Oleh itu, guru mencadangkan untuk meningkatkan
penguasaan pelajar berkenaan dalam pemahamandan teknik membina ayat yang. Selain itu,
pelajar juga perlu menguasai kemahiran membina ayat secara gramatis bagi menghasilkan
jawapan yang baik untuk soalan struktur.

BIBLIOGRAFI
Ahmad Khair M.N, Raminah H.S, Nawi Ismail, Ton Ibrahim. 2014. Tatabahasa Asas Edisi

Kedua. Kuala Lumpur: Pustaka Salam dan Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu
Malaysia.
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia. 2008. Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Dicapai pada 15 Mei 2018
dari https:// www.moe.gov.my/ images/Terbitan/kajian/researchfile_file_001753.pdf
Tay Yong Choo. 2013. Kesan Team Games Tournment dalam Pembelajaran dan
Pengajaran Kursus Literasi Bahasa Melayu Pelajar PISMP. Jurnal Penyelidikan
Tindakan: 42-58.
Wong Shia Ho. 2013. Kesan Pendekatan Proses dalam Meningkatkan Kemahiran
Mengarang Bahasa Melayu Murid Tahun Lima. Jurnal Penyelidikan Tindakan: 29-41.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 14

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM PENULISAN HURAIAN DAN
CONTOH DALAM ESEI KMK MENERUSI KAEDAH ”KEPP” DAN ”SABAM”

DOLLORES DIEGO
Kolej Tingkatan Enam Tawau

ABSTRAK

Kajian tindakan ini merupakan usaha yang dilakukan bagi meningkatkan kemahiran pelajar Kolej
Tingkatan Enam Tawau yang mengambil mata pelajaran Kesusateraan Melayu Komunikatif (KMK)
dalam menghuraikan dan mengemukakan contoh dalam esei mengikut piawaian dan standard
peperiksaan STPM bagi semester 2 iaitu sastera dan pembangunan. Fokus utama kajian tindakan ini
adalah untuk meningkatkan serta memenuhi piawaian dalam menghurai serta mengemukakan contoh
dalam esei KMK menggunakan kaedah KEPP dan SABAM yang dikemukakan oleh pelajar dalam
menjawab soalan peperiksaan. Kajian tindakan ini dilakukan adalah rentetan dari cara pelajar
mengghurai dan mengemukan contoh yang tidak menepati piawaian dan hasul yang dikemukakan oleh
sangat lemah. Pelaksanaan kajian tindakan ini telah dilakukan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran sepanjang tempoh pengajian semester 2.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Semasa sesi Pengajaran dan pembelajaran bagi Semester 2 (Sastera dan Pembangunan)
masalah utama yang dihadapi ialah keupayaan pelajar membina ayat huraian untuk fakta.
Begitu juga dengan contoh yang dikemukakan terlalu lemah, tidak matang pendek serta tidak
menepati kriteria yang diperlukan dalam peperiksaan STPM kendalian Majlis Peperiksaan
Malaysia (MPM).

Selain itu hasil pemerhatian guru mendapati pelajar gagal membina ayat huraian
pada fakta serta contoh yang diberikan berdasarkan tugasan yang diberikan pada setiap kali
tajuk yang diajar berdasarkan sukatan pelajaran. Hasil penelitian dan pemeriksaan yang
dibuat didapati huraian yang dikemukakan oleh pelajar tidak signifikan dengan fakta yang
dikemukakan (huraian yang dikemukakan lebih berbentuk ayat mudah (jawapan pelarian)
tidak menerangkan maksud / konsep berkaitan dengan fakta tidak dihubungkan dengan teks
serta tidak jelas. Begitu juga dengan contoh yang dikemukakan tidak melibatkan watak yang
terlibat, tindakan/perbuatan yang berkait dengan fakta serta akibat daripada tindakan
tersebut.

Natijahnya 75 peratus pelajar yang ditemubual menyatakan mereka tidak jelas
tentang konsep huraian, serta tidak berupaya membina ayat huraian serta ayat contoh.
Huraian dan contoh yang ditulis oleh pelajar dangkal, cetek dan tidak mencerminkan
kematangan pelajar tingkatan enam yang lebih membimbangkan ianya tidak mengikut
justifikasi selaras dengan standard peperiksaan peringkat STPM.

2.0 FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati pelajar tidak menguasai kemahiran menghurai dan
mengemukakan contoh dalam jawapan mengikut tahap peperiksaan. Pelajar tidak
memahami maksud huraian serta contoh yang seharusnya mereka kemukakan dalam esei
jawapan mereka. Kegagalan dalam menguasai kemahiran menghurai dan mengemukakan
contoh yang releven boleh mengakibatkan pelajar tidak mendapat peruntukkan markah yang
sewajarnya mengikut peruntukkan markah dalam skema peperiksaan STPM. Seterusnya

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 15

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

ianya akan menyumbang pada peratus kelulusan bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
Komunikatif yang rendah dan tidak mencapai piawaian yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan tingkatan enam.

Bagi mengatasi masalah ini, satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang yang
dinamakan sebagai “KEPP” dan ”SABAM” dengan pelbagai aktiviti ke arah membantu pelajar
dapat menguasai kemahiran menghurai serta dapat mengemukakan contoh sejajar dengan
piawaian peperiksaan STPM. Tujuan kajian tindakan ini dilakukan adalah bagi mencapai
matlamat objektif yang telah ditetapkan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini ialah untuk meningkatkan peratus lulus bagi mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu Komunikatif semester 2 ke tahap 80 peratus dan nilai PNGK ke 3.0.
Manakala objektif khusus kajian tindakan ini adalah seperti berikut:
i. Membantu pelajar menguasai kemahiran merujuk kamus bagi mendapat konsep yang

tepat.
ii. Meningkatkan keupayaan pelajar menguasai kemahiran menghurai menggunakan

kamus serta maklumat dari petikan.
iii. Membantu pelajar menulis contoh yang releven dengan kehendak soalan

berdasarkan petikan yang bersesuaian.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar tingkatan 6 Atas UMS 2018 yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan
Melayu Komunikatif (922/2).

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Guru Kesusasteraan Melayu Komunikatif telah mula mengumpul maklumat berhubung
dengan permasalahan yang telah dikenal pasti menerusi proses pemerhatian dalam bilik
darjah ketika proses PdP dijalankan. Ketika diminta membina ayat huraian dan contoh,
kebanyakkan pelajar gagal mengemukakannya dengan standard yang diharapkan.

Begitu juga latihan yang diberikan hasil pemeriksaan yang dilakukan, rata-rata
huraian dan contoh yang dikemukakan oleh pelajar sangat lemah, dangkal pendek serta
tidak menepati piawaian. Situasi tersebut memaksa guru untuk bertindak dengan cara
mengadakan sesi tembual dengan beberapa pelajar yang lemah. Hasil tembual yang
dilakukan kebanyakkan pelajar memaklumkan mereka tidak memahami kaedah untuk
membina ayat huraian yang mantap serta tidak dapat mengemukakan contoh yang sejajar
dengan piawaian peperiksaan .

5.2 ANALISIS MASALAH

Analisis yang dilakukan ke atas maklumat yang diperolehi dapatlah dirumuskan berdasarkan
Jadual 1 dan 2 di bawah.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 16

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

JADUAL 1. Huraian Kaedah KEPP

Bil. Gred Markah Huraian (KEPP) Peratus
1. Baik 2 (Kriteria) 20 %
2. Sederhana 1 30%
3. Lemah 0 1. Konsep (Definisi / Kefahaman / Kepentingan / 50%
Fungsi / Ciri-ciri)

2. Episod / Peristiwa.
3. Kaitan dengan pembangunan.

Tidak lengkap sepenuhnya.

Konsep yang tidak lengkap.
Tidak berkaitan dengan fakta.
Pelarian.

JADUAL 2. Contoh Kaedah SABAM

Bil. Gred Markah Contoh (SABAM) Peratus
1. Baik 1 (Kriteria) 10 %
2. Sederhana 1 40%
3. Lemah 0 1. Siapa 50%
2. Apa
3. Bagaimana
4. Mengapa

Peristiwa secara umum (Tidak dikaitkan dengan
tindakan atau perbuatan)

Berdasarkan Jadual 1 dan 2 di atas, hampir 80 peratus pelajar KMK dalam kajian ini
tidak dapat menguasai kemahiran menghurai serta mengemukakan contoh yang baik
berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Respon yang mereka berikan apabila ditanya adalah
kerana mereka tidak jelas tentang langkah-langkah dalam menghasilkan huraian dan contoh.

5.3 TINDAKAN MENANGANI MASALAH

Bagi mengatasi masalah tersebut satu strategi telah dirangka dan dilaksanakan untuk
memastkan para pelajar dapat menulis huraian dan contoh yang lebih tepat serta dapat
menguasai kemahiran menghurai mengikut keperluan kata tugas soalan khasnya dalam
peperiksaan STPM semester 2. Antara Tindakan yang dilakukan ialah:
i. Menganalisis Soalan STPM Semester 2 dari tahun 2013 hingga U2016.
ii. Merujuk Kamus.
iii. Latihan Membina ayat huraian berasaskan pendekatan merujuk kamus serta

menyesuaikan Episod / Peristiwa yang terdapat dalam petikan dan kaitkan dengan
pembangunan (KEPP).
iv. Membina ayat contoh mengikut struktur binaan ayat menggunakan kaedah Siapa,
Apa, Bagaimana, dan Mengapa (SABAM).
v. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan konsep pengajaran Abad ke 21
(PAK21) turut dimanfaatkan dalam kajian tindakan ini. Antaranya:
(a) Latihan Inquiri dan kaedah GLA:

i. Teka Silang Kata
ii. Mencari perkataan tersembunyi
iii. Menyusun kata

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 17

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

(b) Cara Pelaksanaan (Huraikan bagaimana kajian tindakan telah dilaksanakan)
(c) Menganalisis Soalan STPM Semester 2 dari tahun 2013 hingga U2017

Guru menyediakan analisis soalan (rujuk Lampiran) dan diserahkan kepada
pelajar untuk menganalisis tajuk, bentuk soalan serta kata tugas soalan yang
digunakan.
(d) Merujuk Kamus
Guru menyediakan bahan GLA berdasarkan tajuk dalam setiap bahagian
berpandukan sukatan pelajaran dan juga Modul KMK terbitan KPM. Pelajar
perlu mencari maksud bagi setiap pernyataan bagi disesuaikan dengan tajuk.
(e) Latihan Membina ayat huraian (”KEPP”)
Modul GLA disediakan untuk memudahkan pelajar membina ayat huraian
berdasarkan pendekatan ”KEPP”
(f) Latihan Membina ayat Contoh (SABAM)
Modul GLA disediakan untuk memudahkan pelajar membina ayat huraian
berdasarkan pendekatan Siapa (watak), Apa (fakta), Bagaimana
(Proses/tindakan/Perbuatan) dan Mengapa (Implikasi/kesan)”SABAM”.

6.0 REFLEKSI KAJIAN

Jadual pemarkahan aspek Huraian dan Contoh (Latihan / Aktiviti ) ditunjukkan pada Jadual 3
dan 4 di bawah.

JADUAL 3. Pemarkahan Huraian Kaedah KEPP

Bil. Gred Markah Huraian (KEPP) Kekerapan Peratus
1. Baik 2 (Kriteria) 12 50
2. Sederhana 1 7 29
3. Lemah 0 1. Konsep (Definisi / Kefahaman / 5 21
Kepentingan / Fungsi / Ciri-ciri)

2. Episod / Peristiwa
3. Kaitan dengan pembangunan

Tidak lengkap sepenuhnya

Konsep yang tidak lengkap
Tidak berkaitan dengan fakta
Pelarian

JADUAL 4. Pemarkahan Contoh Kaedah SABAM

Bil. Gred Markah Contoh (SABAM) Kekerapan Peratus
1. Baik 1 (Kriteria) 9 36
2. Sederhana 1 9 36
3. Lemah 0 1. Siapa 7 28
2. Apa
3. Bagaimana
4. Mengapa

Peristiwa secara umum (Tidak
dikaitkan dengan tindakan atau
perbuatan)

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 18

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

Berdasarkan dapatan di atas, pelajar 6 Atas UMS yang lemah dalam menguasai
kemahiran menghurai dan mengemukakan contoh dalam esei jawapan mereka telah berjaya
dikurangkan. Melalui pemerhatian ke atas pelajar semasa proses Pengajaran dan
Pembelajaran di jalankan terutama melibatkan aktiviti yang disediakan menunjukkan satu
perubahan sikap yang ketara, pelajar tidak lagi keliru apa yang perlu dilakukan untuk
menghurai dan mengemukakan contoh. Pelajar mampu menghurai dan mengemukakan
contoh yang ditetapkan mengikut spesifikasi “KEPP” dan “SABAM”. Kebanyakkan pelajar
yang ditanya menjelaskan kaedah ini memudahkan mereka menyediakan huraian dan
contoh dalam esei mereka.

Selaku tenaga pengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif, amat
berpuashati dan mengharapkan kaedah yang diperkenalkan ini mampu membantu pelajar
menjawab soalan esei dalam peperiksaan Semester 2 (Sastera dan Pembangunan) pada
hujung Mei nanti. Kami juga berharap agar pencapaian mata pelajaran KMK akan terus
menjadi penyumbang dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang akan mencapai keputusan
yang cemerlang. Kajian yang kami lakukan ini diharap boleh dijadikan panduan dan rujukan
kepada rakan-rakan guru yang lain yang menghadapi situasi yang sama seperti kami.

7.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan telah membantu menjayakan dan meningkatkan
pencapaian pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat aspek yang perlu diberi perhatian
khususnya penguasaan pelajar terhadap dua buah teks iaitu Novel Saudagar Besar dari
Kuala Lumpur dan Sulalatus Salatin. Oleh itu, pelajar diharapkan dapat mengimbangi
penguasaan teks dan penguasaan skema agar keputusan dan pencapaian pelajar terus
memberangsangkan.

BIBLIOGRAFI
A.Samad Ahad. 2010. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keris Mas. 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 19

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

E-Note: METHOD TO IMPROVE THE MASTERING SKILL IN THE SUBTOPIC OF
ELECTRIC FIELD STRENGTH AMONG UPPER 6 PHYSICS STUDENTS

PETRUS BERNADUS
YAMINAH YAKKA
YAP MAY TZE

Kolej Tingkatan Enam Tawau

ABSTRACT

The objective of this action research is to improve the mastering skill in the subtopic of Electric Field
Strength among Upper 6 Physics students of Kolej Tingkatan Enam Tawau. A group of 8 students are
involved in this action research. From the pre test results, we found that the only 37.5% of students were
able to answer the questions correctly. This indicates that the students could not master the subtopic of
Electric Field Strength well enough. Therefore, this action research is carried out as a method in
improving students’ the mastering skill in that subtopic by using a simple teaching and learning aid
namely E-Note. This E-Note is a simple one page note. We noticed that the learning environment
became encouraging when E-Note is applied during the lesson. After conducting the post test, we found
that most of the students shows they execute well. Moreover, they shows great improvement in
understanding and mastering in this subtopic. As a result, the application of E-Note greatly improves the
mastering skill in the subtopic of Electric Field Strength among upper 6 Physics students.

1.0 REFLECTION OF PREVIOUS TEACHING AND LEARNING

The Electric Field Strength is a very important topic in the chapter of Electrostatics in STPM
Physics Syllabus. Through previous teaching experiences, we found that some students
could not master this subtopic well. They felt that the questions for that subtopic was hard to
solve. Many of them could not solve problems or get the correct answers on this topic and
eventually they lost marks in the examination.

2.0 FOCUS OF RESEACH

This focus of this action research is to improve the mastering skill in the subtopic of Electric
Field Strength by using E-Note.

3.0 AIM OF RESEARCH

The general objective of this action reserach is to improve the mastering skill in solving
problems of electric field among students. Meanwhile, the specific objective is as follows:
i. To improve the mastering skill in identifying the directions with labels of Electric Field

indicate by a positive test charge.
ii. To improve the mastering skill in calculating the magnitudes of resultant Electric Field

Strength.

4.0 TARGETED GROUP

This action research involved 8 Physics students from 3 science classes of Kolej Tingkatan
Enam, Tawau.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 20

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

5.0 IMPLEMENTATION OF ACTION RESEACH

The implementation of action research through Pre test and Post test method.
5.1.1 Pre Test
The Pre Test is consisted of 6 questions. It was used to test students‟ ability in identifying the
directions of Electric Fields with correct labels by using a positive test charge. The passing
marks is 50%.

5.1.2 Analysis of Pre Test Result

TABLE 1. Analysis of Pre Test Results

No. Name Class Marks
1. Lee Chen Huo 6 UM 100%
2. Stephen Chin Ken Vun 6 UM 92%
3. Danial Ikhwan 6 USM
4 Juliano Jude 6 USM 0%
5. Muhammad Hisyamuddin Bin Laupe 6 USM 42%
6. Vui Jinn Kang 6 USM 33%
7. Kaharuddin Bin Muslimin 6 UTM 33%
8. Yong Chen Yie 6 UTM 33%
50%

5.2 APPLICATION OF E-NOTE IN THE LESSON

On 26 April 2018 (Thursday), E-Note was used by teacher during Physics lesson. The
duration of the lesson with E-Note was about 40 minutes from 11.15 am to 11.55 am. After
teaching the subtopic of Electric Field, Post Test was carried out after the application of E-
Note.

PHOTO 1
Journal of Action Research, Vol.1, 2018 21

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

PHOTO 2

PHOTO 3
PHOTO 1-3. Teacher Explains Concept of Electric Field by Using E-Note

PHOTO 4. Students Tries to Solve Questions Using E-Note Methods
Journal of Action Research, Vol.1, 2018 22

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

5.2.1 Post Test

Students were given 40 minutes from 11.55 am to 12.35 pm to complete the Post Test. The
test has 6 questions involving identifying directions of electric field with correct labels and
also calculating the magnitude of resultant electric field strength.

5.2.2 Analysis of Post Test Result
TABLE 2. Analysis of Post Test Results

No. Name Class Marks
1. Lee Chen Huo 6 UM 100%
2. Stephen Chin Ken Vun 6 UM 61%
3. Danial Ikhwan 6 USM 44%
4 Juliano Jude 6 USM 67%
5. Muhammad Hisyamuddin Bin Laupe 6 USM 61%
6. Vui Jinn Kang 6 USM 56%
7. Kaharuddin Bin Muslimin 6 UTM 72%
8. Yong Chen Yie 6 UTM 62%

5.3 COMPARISON BETWEEN PRE TEST AND POST TEST RESULT

120
100

80
60
40
20

0

Lee Chen Huo
Stephen Chin Ken Vun

Danial Ikhwan
Juliano Jude

Muhammad Hisyamuddin Bin
Laupe
Vui Jinn Kang

Kaharuddin Bin Muslimin
Yong Chen Yie

Pre Test Post Test

DIAGRAM 1. Analysis of Pre & Post Test Results

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 23

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018
5.4 REFLECTION OF ACTION RESEACH
After both tests were carried out, teachers found that the E-note was in fact effective in
helping students to identify the directions of electric field. Students‟ scores indicated that
they were more confident and skillful in answering thequestions about directions of electric
field.
6.0 SUGGESTION ON FURTHER RESEACRH
In future, we will improve the contents of the E-Note and also the quality of the questions in
both tests for coming researches. More interesting examples and simpler note will be added
in E-Note 2.0 for more positive feedbacks and hopefully could bring benefits to the students.
BIBLIOGRAFY
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.
Zainal Abidin Sulaiman. 2011. College Matriculation Physics. Selangor Darul Ehsan: SAP

Publications.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 24

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

APPENDIX 1

PRE - TEST

1. Two small point charges +Q1 and +Q2 are placed at X and Y respectively as shown in the figure.

Draw the direction of the electric field at Y is due to the charge +Q1.

2. Two particles of charge 2.05 µC and 4.50 µC are placed 5.00 cm apart in air. Draw the direction of
the electric field at the midpoint between the particles.

3. Each charge of magnitude Q is at the corners X, Y and Z of a square as shown in the figure. Find
the direction of the electric field strength at the point P.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 25

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018
4. The figure shows three point charges at the corners of a triangle. Find the direction of the electric

field strength at the point P.

5. Two point charges +Q and another two point charges -Q which are located at the four vertices of a
square of dimension as shown in the diagram below.

Show the direction of the electric field strength at P.
6. The diagram below shows charges +q, +q and -q which are fixed at points X, Y and Z of a circle

respectively.

The resultant electric field at centre O of the circles is in the direction of…………………
Journal of Action Research, Vol.1, 2018 26

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

APPENDIX 2

P0ST - TEST

1. Two small point charges +Q1 and +Q2 are placed at X and Y respectively as shown in the figure.

What is the magnitude and draw the direction of the electric field strength at Y due to the
charge +Q1.
2. Two particles of charge 2.05 µC and 4.50 µC are placed 5.00 cm apart in air. Find the
magnitude and the direction of the electric field at the midpoint between the particles.

3. Each charge of magnitude Q is at the corners X, Y and Z of a square as shown in the figure.
Calculate the magnitude and direction of the electric field strength at the point P.

4. The figure shows three point charges at the corners of a triangle. Find the magnitude and
direction of the electric field strength at the point P.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 27

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018
5. Two point charges +Q and another two point charges -Q which are located at the four vertices

of a square of dimension as shown in the diagram below.

What is the electric field strength at P and show the direction.
6. The diagram below shows charges +q, +q and -q which are fixed at points X, Y and Z of a circle

respectively.

The resultant electric field at centre O of the circles is in the direction of………………………
and the magnitude is ………………………

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 28

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

APLIKASI PENGGUNAAN TEMPLAT EXCEL DALAM PENGURUSAN DAN
PENGELOLAAN DATA KAJIAN LAPANGAN SERTA PELAPORAN DAN PENULISAN

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

RUSLI LATIMAHA
SURFIANSYAH NANANG

TAUFIK ISHAK
Kolej Tingkatan Enam Tawau

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan penyampaian kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) guru serta pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam pengurusan dan pengelolaan
data kajian lapangan. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penulisan dapatan kajian
lapangan dalam bentuk jadual, carta dan graf mengikut format yang ditetapkan serta mengurangkan ralat
data dan masa penghasilan dapatan kajian dan perbincangan kerja kursus. Selain itu, kajian ini
dilakukan sebagai usaha meningkatkan kualiti penghasilan kerja kursus yang menepati standard dan
setanding dengan pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Kajian ini melibatkan 8 orang guru dan 70 pelajar di
Kolej Tingkatan Enam. Kajian ini memfokuskan kepada pengurusan dan pengelolaan data kajian
lapangan serta pelaporan dan penulisan kerja kursus bagi elemen penskoran yang kelapan. Tinjauan
awal kajian menunjukkan bahawa guru-guru menghadapi masalah dalam penyampaian PdP, manakala
para pelajar berhadapan dengan masalah data ralat, pengabaian format, masa penghasilan kerja kursus
yang lama serta kualiti kerja kursus yang tidak memuaskan. Oleh itu, penggunaan templat excel
diperkenalkan dalam pengurusan dan pengelolaan data kajian lapangan. Pada peringkat ini, guru akan
menguasai kemahiran penggunaan templat excel dan memperkenalkan sembilan langkah awal dalam
mengurus dan mengelola data kajian lapangan kepada para pelajar.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Selaras dengan Program Transformasi Pendidikan, kertas Kerja Kursus Pengajian Am
(900/4) yang dilaksanakan pada semester 2 merupakan salah satu komponen pentaksiran
dan kertas wajib yang perlu diambil oleh para pelajar tingkatan enam mengikut sistem
modular dengan agihan wajaran markah 20 peratus (MPM, 2018b). Dalam penghasilan Kerja
Kursus (KK) Pengajian Am, terdapat 14 elemen penskoran yang perlu dipatuhi yang
membawa kepada jumlah markah keseluruhan sebanyak 55 markah. Oleh itu, kajian
tindakan ini lebih memfokuskan kepada elemen penskoran KK yang kelapan iaitu dapatan
kajian dan perbincangan yang memperuntukkan agihan markah tertinggi iaitu sebanyak 18
markah atau 32.7 peratus.

Berdasarkan kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam penghasilan
KK, kebanyakan guru menghadapi masalah dalam penyampaian PdP dalam pengurusan
dapatan data kajian lapangan yang dikutip oleh para pelajar serta pelaporan dan penulisan
sub-tajuk dapatan kajian dan perbincangan KK. Kesukaran yang sama turut dialami oleh
para pelajar dalam memahami proses pengurusan dan pengelolaan dapatan data kajian
lapangan dan cara pelaporan dan penulisan yang standard. Antara elemen pengurusan dan
pengelolaan data kajian lapangan yang dikenal pasti ialah menyusun, mengumpul,
memproses, menganalisis dan mempersembahkan data kajian lapangan. Manakala elemen
pelaporan dan penulisan dapatan kajian dan perbincangan adalah seperti format yang
ditetapkan, kekemasan, susun atur dan penulisan kajian yang profesional. Kegagalan para
pelajar khasnya dalam memperkemaskan elemen-elemen yang dikenal pasti di atas telah
memberikan impak kepada elemen penskoran KK serta kualiti penghasilan KK yang tidak
menepati piawaian seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 29

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

yang mensasarkan pemerkasaan tingkatan enam lebih berkualiti dan mentransformasikan
pentaksiran serta penilaian peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) lebih bersifat
holistik.

Selain daripada itu, penulisan KK yang berubah mengikut tema yang terkandung
dalam sukatan pelajaran dan ditetapkan oleh MPM juga merupakan antara cabaran yang
perlu dihadapi oleh para guru dan pelajar tingkatan enam. Tema yang berbeza setiap tahun
dan memerlukan pelajar untuk melakukan kajian lapangan secara tidak langsung telah
meletakkan syarat keperluan pengelolaan data kajian lapangan yang lebih cekap dan
berkesan. Isi kandungan dan tema KK yang berlainan setiap tahun menuntut suatu kaedah
yang lebih cekap dalam penghasilan KK yang lebih berkualiti, tidak mengandungi kesalahan
atau zero defects dan hasil KK setanding dengan pelajar kolej atau universiti.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini lebih memfokuskan kepada pengurusan dan pengelolaan data kajian lapangan
serta pelaporan dan penulisan KK bagi mata pelajaran Pengajian Am (900/4) yang
dilaksanakan pada semester 2. Kajian ini turut mengecilkan skop kajian kepada elemen
penskoran yang kelapan daripada 14 elemen yang dinilai iaitu dapatan kajian dan
perbincangan yang menyumbang sebanyak 32.7 peratus wajaran markah keseluruhan KK
atau 18 markah. Kesukaran guru dalam melaksanakan proses PdP yang berkesan mengenai
pengurusan dan pengelolaan data serta kesukaran para pelajar dalam memahami, menulis,
mengurus dan mengelola data kajian lapangan telah memberi kesan kepada kualiti penulisan
KK. Maklumat yang disampaikan melalui proses PdP yang tidak berkesan dan mengambil
tempoh masa yang panjang dalam memproses dan menganalisis data yang diperolehi serta
menulis laporan kajian KK merupakan masalah yang berlaku. Di samping itu juga, segelintir
guru masih mengekalkan kaedah tradisi dalam penyampaian PdP KK yang turut
mempengaruhi para pelajar untuk menggunakan kaedah manual dalam mengurus data yang
dikutip. Penggunaan kaedah tradisi dan manual yang diadaptasikan ini menghalang kepada
pencapaian objektif pelaksanaan KK iaitu meningkatkan keupayaan pelajar dalam kemahiran
manipulatif.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini ialah mengurangkan masalah kesilapan dalam pelaporan dan
penulisan dapatan kajian dan perbincangan kerja kursus Pengajian Am. Objektif khusus
kajian ini adalah seperti berikut:
i. Meningkatkan penyampaian kaedah pengajaran dan pembelajaran guru dalam

penghasilan kerja kurus pelajar.
ii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam pengurusan dan

pengelolaan data kajian lapangan.
iii. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam pelaporan dapatan kajian lapangan dalam

bentuk jadual, carta dan graf mengikut format yang ditetapkan.
iv. Mengurangkan ralat data dan masa penghasilan pelaporan dapatan kajian dan

perbincangan kerja kursus.
v. Meningkatkan kualiti penghasilan kerja kursus yang menepati standard dan setanding

dengan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 30

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian tindakan ini ialah para pelajar dan guru-guru mata pelajaran
Pengajian Am di Kolej Tingkatan Enam Tawau, Sabah. Seramai 70 pelajar tingkatan enam
atas yang terdiri daripada 22 pelajar lelaki dan 48 pelajar perempuan dan sejumlah 8 orang
dari 16 guru mata pelajaran Pengajian Am terlibat dalam kajian ini. Semua pelajar yang
terlibat merupakan calon STPM yang melaksanakan KK Pengajian Am pada tahun 2018 (sila
lihat Jadual 1).

JADUAL 1. Demografi Responden

Demografi Jumlah Peratus
(orang) (%)
Pelajar:
6A UIAM 70 100.00
6A UPSI 19 27.14
6A UMS 29 41.43
22 31.43
Guru 50.00
Sumber: Kajian Lapangan 2018 8

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Pelaksanaan kajian melibatkan tiga peringkat yang berbeza. Peringkat pertama ialah
mengenal pasti masalah pengurusan dan pengelolaan data kajian lapangan serta pelaporan
dan penulisan KK dengan melakukan analisis tinjauan masalah yang dibincangkan pada
bahagian 5.1 dan 5.2. Peringkat yang kedua ialah tindakan menangani masalah dan cara
pelaksanaan tindakan bagi mencapai objektif kajian yang dibincangkan pada bahagian 5.3.
Akhir sekali, peringkat ketiga ialah membuat refleksi kajian tindakan yang telah dilakukan
sama ada dapat mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan yang dibincangkan pada
bahagian 5.4.

5.1 TINJAUAN MASALAH

Kajian ini cuba untuk mengenal pasti masalah dalam pengurusan dan pengelolaan data
kajian lapangan serta pelaporan dan penulisan dapatan kajian dan perbincangan dengan
menggunakan kaedah soal selidik.

5.1.1 Soal Selidik

Set soal selidik dibentuk merangkumi peristiwa sebelum penghasilan KK untuk elemen
penskoran yang kelapan. Dalam usaha meningkatkan kemahiran manipulatif selaras dengan
matlamat MPM, set soal selidik dibentuk dan diedarkan secara online menerusi aplikasi Frog
VLE kepada para pelajar yang melaksanakan KK dan guru-guru Pengajian Am bagi
mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam pengurusan dan pengelolaan data. Dua set
borang soal selidik dibina untuk melihat masalah berbeza yang dihadapi oleh para pelajar
dan guru-guru.

Set soal selidik yang pertama memberi fokus kepada masalah yang dihadapi oleh
guru-guru dalam proses PdP. Soal selidik yang disediakan untuk guru-guru mata pelajaran
Pengajian Am terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A yang menyentuh tahap
kemahiran komputer manakala Bahagian B lebih memfokuskan kepada masalah yang
dihadapi oleh guru-guru dalam proses PdP KK khususnya elemen penskoran yang kelapan
(sila rujuk Lampiran 1).

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 31

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

Manakala set soal selidik yang kedua memberi fokus kepada masalah yang dihadapi
oleh para pelajar. Soal selidik yang disediakan untuk para pelajar terbahagi kepada dua
bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah berkenaan dengan data
demografi responden seperti kelas, jantina dan tahap kemahiran penggunaan komputer.
Manakala Bahagian B pula berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam
penghasilan KK khususnya elemen penskoran yang kelapan (sila rujuk Lampiran 2).

Pada Bahagian B kedua-dua set soal selidik, skala likert telah digunakan untuk
mendapatkan maklum balas dan mengukur tingkah laku responden terhadap setiap
pernyataan yang dikemukakan. Dalam kajian ini, skala likert dikodkan kepada 5 pilihan
(Likert, 1932) iaitu sangat tidak setuju (1), tidak setuju (2), berkecuali (3), setuju (4) dan
sangat setuju (5). Setiap pernyataan yang dibina dalam skala likert adalah merujuk kepada
objektif kajian yang telah ditetapkan.

Oleh kerana sampel yang dipilih mempunyai sifat yang hampir sama dengan populasi
kajian yang dijalankan (Mohd. Majid Konting, 1998), kajian ini akan menggunakan
persampelan rawak berstrata. Responden yang dipilih adalah seragam dan mempunyai
peluang yang sama rata untuk dipilih iaitu para pelajar dan guru Pengajian Am di Kolej
Tingkatan Enam Tawau yang melaksanakan KK pada semester 2, 2018 serta bersedia dan
bersetuju untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan pada bulan
Februari hingga April 2018.

5.2 ANALISIS DAPATAN TINJAUAN MASALAH

Dapatan analisis soal selidik dibincangkan pada bahagian 5.2.1 yang akan merumuskan
dapatan kajian yang dijalankan. Analisis deskriptif digunakan untuk menerangkan data
demografi responden, manakala keputusan analisis statistik dijadualkan berdasarkan
frekuensi dan peratusan. Selain itu, analisis juga dijalankan untuk mengetahui median bagi
setiap dapatan kajian kerana skala likert disusun mengikut keutamaan atau kedudukan
maklum balas responden tetapi jarak di antara maklum balas responden tidak boleh diukur
(Likert, 1932) seperti pengukuran purata atau min.

5.2.1 Analisis Dapatan Soal Selidik

Bahagian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu analisis dapatan soal selidik guru-guru
Pengajian Am dan para pelajar yang akan dibincangkan pada bahagian 5.2.1(a) dan 5.2.1(b).
Kedua-dua bahagian ini akan merumuskan masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan para
pelajar dalam masalah pengurusan dan pengelolaan data kajian lapangan.

5.2.1(a) Guru

Berdasarkan kajian yang dilakukan, tahap kemahiran ICT guru ditunjukkan pada Jadual 1 di
bawah. Dapatan median kajian menunjukkan bahawa guru tidak mempunyai masalah dalam
penguasaan ICT kecuali bagi kemahiran aplikasi excel. Majoriti guru mempunyai kemahiran
ICT pada peringkat pertengahan atau intermediate level kecuali aplikasi excel. Penggunaan
aplikasi excel guru-guru berada pada tahap minimum atau peringkat permulaan awal, iaitu
beginner level.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 32

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

JADUAL 1. Rumusan Dapatan Kajian Tahap Kemahiran ICT Guru

Sangat Lemah Berkecuali Baik Cemerlang

Tahap Kemahiran Lemah (2) (3) (4) (5)
(1) % % % %
2 25.0 5 62.5 1 12.5 0 0.00
% 0 0.00 1 12.5 7 87.5 0 0.00
0 0.00 3 37.5 5 62.5 0 0.00
(a) Aplikasi Excel 0 0.00 0 0.00 3 37.5 5 62.5 0 0.00
1 12.5 2 25.0 5 62.5 0 0.00
(b) Aplikasi Words 0 0.00

(c) Aplikasi Powerpoint 0 0.00

(d) Aplikasi Frog VLE 0 0.00

(e) Aplikasi Emel / Drive 0 0.00

Sumber: Pengiraan Penulis 2018

Analisis juga dijalankan ke atas guru yang mengajar Pengajian Am mengenai
masalah penyampaian PdP bagi pengurusan dan pengelolaan data kajian lapangan.
Seramai 7 orang guru atau 87.5 peratus berpendapat bahawa Bahan Bantuan Mengajar
(BBM) yang sedia ada tidak sesuai untuk digunakan untuk PdP pengurusan dan pengelolaan
data kajian lapangan. Selain itu, 87.5 peratus guru kurang mahir atau tidak terdedah kepada
pengurusan dan pengelolaan data kajian lapangan. Hal ini menyumbang kepada masalah
dalam penyampaian PdP mengenai topik yang hendak di ajar.

JADUAL 2. Rumusan Dapatan Kajian Masalah Penyampaian PdP Pengurusan Dan Pengelolaan Data Kajian
Lapangan

Pernyataan Sangat Tidak Berkecuali Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju
Setuju (3) (4)
(2) % % (5)
(1) % %

%

(a) BBM tidak sesuai. 0 0.00 0 0.00 1 12.5 6 75.0 1 12.5

(b) Kurang mahir atau 0 0.00 1 12.5 0 0.00 6 75.0 1 12.5
pendedahan dalam 0 0.00 0 0.00 0 0.00
pengurusan data. 1 12.5 4 50.0 0 0.00 7 87.5 1 12.5

(c) Mengambil masa 3 37.5 0 0.00
yang lama untuk
memberi kefahaman
kepada pelajar.

(d) PdP berkesan.

Sumber: Pengiraan Penulis 2018

Di samping itu, 100 peratus guru bersetuju bahawa masa yang panjang diperlukan
dalam memberi kefahaman kepada pelajar mengenai pengurusan dan pengelolaan data
kajian lapangan. Peruntukan masa yang panjang telah menyumbang kepada kesukaran para
pelajar untuk memenuhi tempoh masa yang ditetapkan dalam penghasilan KK yang baik.
Akhir sekali, guru juga mengakui proses PdP pengurusan dan pengelolaan data kajian
lapangan kurang berkesan dengan 62.5 peratus guru bersetuju dengan pernyataan ini.
Keberkesanan proses PdP amat penting dalam penghasilan KK yang berkualiti dan
kefahaman yang jelas dalam kalangan para pelajar.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 33

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

5.2.1(b) Pelajar

Berdasarkan kajian yang dilakukan, para pelajar memiliki kemahiran ICT dengan median
dapatan kajian ialah baik untuk semua kemahiran ICT yang diuji seperti yang ditunjukkan
pada Jadual 3. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak mempunyai
sebarang masalah dalam penguasaan ICT. Para pelajar boleh dikatakan mempunyai
kemahiran ICT peringkat pertengahan (intermediate level) dan terdedah kepada aplikasi
kemahiran komputer ini sejak di awal persekolahan.

JADUAL 3. Rumusan Dapatan Kajian Tahap Kemahiran ICT Pelajar

Sangat Lemah Berkecuali Baik Cemerlang

Tahap Kemahiran Lemah (2) (3) (4) (5)
(1) % % % %
4 5.71 28 40.00 32 45.71 4 5.71
% 2 2.86 11 15.71 45 64.29 11 15.71
2 2.86 14 20.00 43 61.43 11 15.71
(a) Aplikasi Excel 2 2.86 1 1.43 16 22.86 45 64.29 6 8.57
6 8.57 23 32.86 34 48.57 7 10.00
(b) Aplikasi Words 1 1.43

(c) Aplikasi Powerpoint 0 0.00

(d) Aplikasi Frog VLE 2 2.86

(e) Aplikasi Emel / Drive 0 0.00

Sumber: Pengiraan Penulis 2018

Namun begitu, kemahiran ICT yang baik tidak dapat membantu para pelajar KK
Pengajian Am dalam pengurusan dan pengelolaan data walaupun mereka mempunyai
kemahiran ICT peringkat pertengahan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pelajar
mengalami kesukaran mengira data dapatan kajian dengan lebih tepat. Penggunaan kaedah
manual dalam menyusun dapatan data kajian menyebabkan pelajar sukar untuk memahami
maklumat yang terkandung dalam data kajian lapangan dalam memulakan langkah pertama
menganalisis data. Analisis menunjukkan median keputusan kajian ialah setuju dengan 90
peratus pelajar mengalami masalah ini (sila lihat Jadual 4).

Median
(e)

(d)

(c)

(b)

(a) 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100%
0% Sangat Lemah Lemah Berkecuali Baik Cemerlang

RAJAH 1. Rumusan Dapatan Kajian Tahap Kemahiran ICT Pelajar

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 34

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

Selain daripada itu, pelajar juga gagal untuk memilih menggunakan graf atau carta
yang sesuai dalam mempersembahkan data kajian lapangan. Daripada jumlah responden,
seramai 42 pelajar atau 60 peratus telah membina jadual, graf atau carta yang tidak
mengikut format. Para pelajar juga berhadapan dengan masalah membina jadual kekerapan
data dapatan kajian yang tidak sistematik. Bentuk jadual yang tidak seragam antara satu
sama lain serta tidak mencerminkan hasil kajian yang berilmiah telah menyebabkan
penghasilan KK Pengajian Am yang tidak tersusun dan tidak bersistematik khususnya jadual
kekerapan di bahagian dapatan kajian. Seramai 51 pelajar atau responden yang menyokong
pernyataan ini atau 72.86 peratus.

JADUAL 4. Rumusan Dapatan Kajian Masalah Pengurusan Dan Pengelolaan Data Kajian Lapangan

Pernyataan Sangat Tidak Berkecuali Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju
(a) Kesukaran Setuju (3) (4)
mengira data (2) % % (5)
dapatan kajian (1) % %
dengan lebih
tepat. %

1 1.43 4 5.71 2 2.86 38 54.29 25 35.71

(b) Pembinaan 2 2.86 8 11.43 18 25.71 28 40.00 14 20.00
jadual, graf dan
carta tidak
mengikut format
yang ditetapkan.

(c) Tidak sistematik 0 0.00 9 12.86 10 14.29 38 54.29 13 18.57
dalam membina
jadual
kekerapan data
dapatan kajian.

(d) Mengambil

masa yang lama

bagi

menyiapkan 0 0.00 7 10.00 5 7.14 23 32.86 35 50.00
bahagian

dapatan kajian

dan

perbincangan.

Sumber: Pengiraan Penulis 2018

Akhir sekali, penghasilan kerja kursus juga mengambil masa yang lama khususnya
pada bahagian dapatan kajian dan perbincangan. Seramai 58 pelajar atau 82.86 peratus
bersetuju bahawa kelemahan dalam mengurus dan pengelolaan data dapatan kajian
lapangan telah menyebabkan penghasilan KK mengambil masa yang lama. Antara
penyumbang kepada keadaan seperti ini ialah pembinaan jadual, graf dan carta secara
manual, kesilapan dalam pengiraan data, menyusun dan menganalisis data yang tidak
berfokus dan sebagainya.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 35

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018 Median
(d)

(c)

(b)

(a)

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100%
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Berkecuali Setuju Sangat Setuju

RAJAH 2. Rumusan Dapatan Kajian Masalah Pengurusan Dan Pengelolaan Data Kajian Lapangan

Sebagai kesimpulan, pengurusan data kajian lapangan secara manual ditunjukkan
pada Rajah 3. Rajah tersebut menunjukkan guru melakukan proses PdP dengan
menggunakan kaedah tradisi atau manual. Kaedah penyampaian yang agak terbatas dan
tidak membantu dalam penghasilan KK telah menyebabkan maklumat yang diterima oleh
para pelajar kurang jelas dan terganggu. Seterusnya, pelajar akan melaksanakan
penghasilan KK secara manual yang menyumbang kepada permasalahan data ralat, masa
penghasilan KK yang lama, pengabaian format khususnya jadual, graf dan carta serta kualiti
KK yang tidak mencapai standard atau kurang penulisan yang bersifat ilmiah.

Data ralat

GURU Kaedah PdP PELAJAR Kiraan Masa yang lama
manual manual Format diabaikan

Kualiti KK terjejas
RAJAH 3. Carta Alir Proses PdP dan Pengurusan Data Kajian Lapangan Secara Manual

5.3 TINDAKAN MENANGANI MASALAH

Penggunaan templat excel adalah dicadangkan bagi mengatasi masalah yang dikenal pasti
pada Bahagian 5.2, iaitu masalah pengurusan dan pengelolaan data kajian lapangan KK.
Templat excel disediakan dengan mengambil kira masalah yang dikenal pasti bagi
membantu dalam proses PdP guru-guru serta memudahkan pengurusan dan pengelolaan
data kajian lapangan KK oleh para pelajar.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 36

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

5.4 KAEDAH PELAKSANAAN KAJIAN

Pelaksanaan kaedah penggunaan templat excel ini melibatkan dua peringkat yang berbeza,
iaitu peringkat guru-guru Pengajian Am. Guru-guru Pengajian Am perlu menguasai cara
penggunaan templat excel yang akan membantu kepada proses PdP di dalam kelas bagi
elemen penskoran kelapan KK. Manakala peringkat kedua melibatkan para pelajar yang
akan mengaplikasikan templat excel dalam pengurusan dan pengelolaan data kajian
lapangan KK.
5.4.1 Guru
Semua guru-guru Pengajian Am yang terlibat dalam kajian ini akan diberikan Personal Live
Coching (PLC) mengenai penggunaan templat excel untuk tujuan membantu dalam proses
PdP elemen penskoran kelapan KK. Guru-guru akan didedahkan kepada kaedah
pengurusan data kajian lapangan KK pelajar seperti langkah yang perlu diambil selepas data
kajian lapangan dikutip, pemilihan carta atau graf yang sesuai serta pelaporan penulisan KK
yang menepati format dan standard yang ditetapkan oleh MPM. Selepas menguasai
penggunaan templat excel, guru-guru melalui proses PdP akan menerangkan kepada para
pelajar cara penggunaan templat excel untuk elemen penskoran kelapan dengan lebih
berkeyakinan, berkesan dan mudah. Sepanjang pengurusan dan pengelolaan data kajian ini,
guru akan bertindak sebagai fasilitator kepada para pelajar.

RAJAH 4. Personal Live Coaching Yang Dirakamkan Untuk Panduan Guru

5.4.2 Pelajar
Pada peringkat ini, para pelajar perlu mengetahui bagaimana untuk memanfaatkan kemahiran
aplikasi kemahiran komputer sedia ada dalam menguruskan data kajian lapangan yang
diperolehi khususnya dengan menggunakan aplikasi excel. Pelajar seperti biasa akan mengikuti
proses PdP elemen penskoran kelapan mengikut ketetapan jadual kelas masing-masing.
Selepas proses PdP dan penerangan guru Pengajian Am di dalam kelas berkaitan kaedah
pengurusan dan pengelolaan data kajian lapangan KK dengan menggunaan templat excel,
langkah-langkah berikut atau standard operating procedur (SOP) perlu dilakukan oleh para
pelajar.

1. Memuat turun templat excel dari Frog VLE ke dalam komputer peribadi masing-
masing.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 37

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

RAJAH 5. Templat Excel
2. Menyimpan fail templat excel mengikut nama pelajar.

RAJAH 6. Simpan Templat Excel Menggunakan Nama Pelajar
3. Membuka lembaran excel yang pertama (key-in-data):

a. Menyemak dan memastikan bilangan responden (maksimum 35 responden), 10
pernyataan atau research questions (RQ) dan butiran demografi dimasukkan
seperti yang tercatat pada borang soal selidik para pelajar. Sebarang tambahan
pernyataan atau butiran demografi boleh diubah.

b. Mengubah setiap dapatan data kajian kepada kod (1, 2, 3 dan sebagainya).
c. Memasukkan data kajian lapangan pada kotak yang berwarna kuning sahaja. Sila

pastikan data yang dimasukkan adalah betul.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 38

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

RAJAH 7. Paparan Ruangan Kemasukan Data Kajian Lapangan
4. Membuka lembaran excel yang kedua (Demografi):

a. Menyemak data demografi adalah betul dan berfungsi.

RAJAH 8. Paparan Rumusan Data Demografi
5. Membuka lembaran excel yang ketiga (Rumusan Objektif 1):

a. Memasukkan dengan menaip pernyataan kajian untuk objektif kajian yang
pertama.

b. Memasukkan dengan menaip ringkasan tajuk jadual dan rajah mengikut urutan
pernyataan pada kotak yang berwarna kuning sahaja.

c. Menyemak data yang dimasukkan adalah betul dan berfungsi.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 39

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

RAJAH 9. Paparan Rumusan Objektif Pertama
6. Membuka lembaran excel yang keempat hingga kelapan (Q1, Q2, Q3, Q4, Q5):

a. Menyemak nombor Jadual dan Rajah mengikut urutan seperti pada lembaran
excel ketiga.

b. Menyemak tajuk Jadual dan Rajah adalah betul dan ringkas seperti pada
lembaran excel ketiga.

c. Menyemak data adalah betul seperti pada lembaran excel ketiga.
d. Menyemak carta atau graf adalah sesuai dan berfungsi.

RAJAH 10. Paparan Dapatan Kajian Mengikut Soalan Kajian
7. Membuka lembaran excel yang kesembilan (Rumusan Objektif 2):

a. Memasukkan dengan menaip pernyataan kajian untuk objektif kajian yang kedua.
b. Memasukkan dengan menaip ringkasan tajuk jadual dan rajah mengikut urutan

pernyataan pada kotak yang berwarna kuning sahaja.
c. Menyemak data yang dimasukkan adalah betul dan berfungsi.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 40

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

RAJAH 11. Paparan Rumusan Objektif Kedua
8. Membuka lembaran excel yang ke-10 hingga ke-14 (Q6, Q7, Q8, Q9, Q10):

a. Menyemak nombor Jadual dan Rajah mengikut urutan seperti pada lembaran
excel kesembilan.

b. Menyemak tajuk Jadual dan Rajah adalah betul dan ringkas seperti pada
lembaran excel kesembilan.

c. Menyemak data adalah betul seperti pada lembaran excel kesembilan.
d. Menyemak carta atau graf adalah sesuai dan berfungsi.

RAJAH 12. Paparan Dapatan Kajian Mengikut Soalan Kajian
9. Membuat salinan jadual atau graf atau carta ke Words (copy and paste) untuk menulis

laporan dapatan kajian dan perbincangan.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 41

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

RAJAH 13. Paparan Kerja Kursus Dalam Format Words
6.0 REFLEKSI KAJIAN
Refleksi kajian dibincangkan dari perspektif guru dan pelajar selepas menggunakan templat
excel dalam penghasilan KK Pengajian Am. Kaedah soal selidik turut digunakan untuk
mendapatkan maklum balas selepas penggunaan templat excel.
6.1 GURU
6.1.1 Analisis Dapatan Soal Selidik Selepas Penggunaan Templat Excel
Soal selidik dilakukan selepas guru diberi penerangan dan PLC mengenai penggunaan
templat excel serta merasai pengalaman sendiri menggunakannya. Untuk itu, guru-guru akan
diberikan borang soal selidik sekali lagi yang mengandungi Bahagian C untuk menilai
keberkesanan penggunaan templat excel (sila rujuk Lampiran 3).

Dapatan kajian merumuskan 87.5 peratus guru bersetuju bahawa templat excel
merupakan BBM yang amat sesuai dalam proses PdP pengurusan dan pengelolaan data
kajian lapangan. Selain itu, 75 peratus guru bersetuju bahawa mereka telah menguasai
kemahiran dan terdedah kepada pengurusan dan pengelolaan data kajian lapangan.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 42

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

Peningkatan kemahiran ini telah menyumbang kepada keberkesanan dalam penyampaian
PdP dengan 75 peratus guru bersetuju dengan pendapat dan pernyataan ini. Penggunaan
templat excel ini juga telah membantu guru-guru dalam memberi kefahaman kepada pelajar
dan mengurangkan masa dalam menulis laporan KK dengan 100 peratus guru bersetuju
dengan pernyataan ini setelah mengalami pengalaman sendiri menggunaan templat excel
(sila lihat Jadual 5).

JADUAL 5. Rumusan Dapatan Kajian Masalah Penyampaian PdP Pengurusan Dan Pengelolaan Data Kajian
Lapangan Selepas Penggunaan Templat Excel

Pernyataan Sangat Tidak Berkecuali Setuju Sangat
(a) BBM tidak sesuai. Tidak Setuju (3) (4) Setuju
Setuju
(2) % % (5)
(1) % 1 12.5 0 0.00 %
% 4 50.0 0 0.00
0 0.00 2 25.0
3 37.5 4 50.0 0 0.00

(b) Kurang mahir atau 2 25.0 6 75.0 0 0.00 0 0.00 0 0.00
pendedahan dalam 2 25.0
pengurusan data. 0 0.00 2 25.0 0 0.00 4 50.0 2 25.0

(c) Mengambil masa
yang lama untuk
memberi kefahaman
kepada pelajar.

(d) PdP berkesan.

Sumber: Pengiraan Penulis 2018

6.2 PELAJAR

6.2.1 Analisis Dapatan Soal Selidik Selepas Penggunaan Templat Excel

Selepas daripada proses PdP yang dilaksanakan oleh guru dan pengalaman pelajar
menggunakan templat excel dalam pengurusan dan pengelolaan dapatan data kajian
lapangan, borang soal selidik yang megandungi Bahagian C akan diberikan kepada para
pelajar sekali lagi untuk menilai keberkesanan penggunaan templat excel (sila rujuk
Lampiran 4). Berdasarkan kajian yang dijalankan, pelajar tidak mengalami kesukaran untuk
mengira data dapatan kajian. Pelajar juga tidak menghadapi masalah dalam menyusun data
kajian dan menganalisis data. Analisis kajian menunjukkan 81.43 peratus atau 57 pelajar
tidak mengalami masalah dalam mengira data (sila lihat Jadual 6).

Selain daripada itu, sebanyak 77.14 peratus atau 54 pelajar telah dapat membina
jadual, memilih graf atau carta yang sesuai dalam penulisan dan pelaporan data kajian
lapangan. Dengan menggunakan templat excel telah banyak membantu para pelajar dalam
membina jadual, graf atau carta mengikut format yang ditetapkan. Seiring dengan itu juga,
para pelajar mampu untuk membina jadual, graf atau carta secara konsisten dan sistematik
khususnya bagi jadual data kekerapan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, 88.57 peratus
atau 62 pelajar bersetuju dengan pernyatan bahawa para pelajar bersistematik dalam
membina jadual kekerapan data dapatan kajian.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 43

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

JADUAL 6. Rumusan Dapatan Kajian Masalah Pengurusan Dan Pengelolaan Data Kajian Lapangan
Selepas Penggunaan Templat Excel

Pernyataan Sangat Tidak Berkecuali Setuju Sangat
Tidak Setuju (3) (4) Setuju
(a) Kesukaran Setuju
mengira data (2) % % (5)
dapatan kajian (1) % 3 4.29 7 10.00 %
dengan lebih % 30 42.86 3 4.29
tepat. 11 15.71 3 4.29
27 38.57 33 47.14 2 2.86
4 5.71 2 2.86
(b) Pembinaan 37 52.86 2 2.86
1 1.43 3 4.29
jadual, graf dan 32 45.71 1 1.43

carta tidak 21 30.00

mengikut format

yang ditetapkan.

(c) Tidak sistematik 25 35.71
dalam membina
jadual
kekerapan data
dapatan kajian.

(d) Mengambil

masa yang lama

bagi 33 47.14
menyiapkan

bahagian

dapatan kajian

dan

perbincangan.

Sumber: Pengiraan Penulis 2018

Manakala masa penghasilan KK juga dapat dikurangkan dengan penggunaan templat
excel khususnya bahagian dapatan kajian dan perbincangan dengan 92.86 peratus atau 65
orang pelajar bersetuju dengan pernyataan ini. Penggunaan templat excel telah
mengurangkan ralat data, pengurusan dan pengelolaan data kajian lapangan yang lebih
cekap dan berfokus.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 44

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018 Median
(d)

(c)

(b)

(a)

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100%
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Berkecuali Setuju Sangat Setuju

RAJAH 14. Rumusan Dapatan Kajian Masalah Pengurusan Dan Pengelolaan Data Kajian Lapangan
Selepas Penggunaan Templat Excel

Sebagai kesimpulan, pengurusan data kajian lapangan dengan pengguna templat
excel ditunjukkan pada Rajah 15. Rajah tersebut menunjukkan guru melakukan proses PdP
dengan menggunakan templat excel yang disediakan. Berbantukan bahan mengajar templat
excel dan kemahiran serta pengetahuan yang sedia ada telah membantu penyampaian
maklumat dengan berkesan yang diterima oleh para pelajar. Elemen gangguan yang wujud
sebelum ini telah di atasi dengan penggunaan templat excel. Selanjutnya, para pelajar
mampu untuk menguruskan dan mengelolakan data kajian lapangan dengan lebih cekap dan
berkesan. Penggunaan templat excel telah mengatasi masalah seperti data ralat iaitu tiada
kesalahan dikenal pasti atau zero defects kerana pengiraan dilakukan secara automatik.
Selain itu, penggunaan templat excel juga menjimatkan masa penghasilan KK, patuh kepada
format yang dicadangkan khususnya dalam membina jadual, graf dan carta serta kualiti KK
yang mencapai standard atau lebih bersifat ilmiah.

Zero defects

GURU Excel PdP PELAJAR Excel Masa yang pendek
manual Format dipatuhi

Kualiti KK tinggi

RAJAH 15. Carta Alir Proses PdP dan Pengurusan Data Kajian Lapangan Menggunakan Templat Excel

6.2.2 Agihan Markah Kerja Kursus Pengajian Am

Pencapaian markah KK Pengajian Am pelajar agak signifikan dan mencapai tahap yang
memuaskan setelah menggunakan templat excel. Pelajar yang menggunakan templat excel

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 45

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

dalam pengurusan dan pengelolaan data untuk menghasilkan KK memperolehi markah
purata KK sebanyak 50 daripada 55 markah atau 91 peratus. Markah ini jauh mengatasi
markah keseluruhan purata KK di Kolej Tingkatan Enam Tawau. Berbanding dengan
penggunaan kaedah manual, markah purata yang diperolehi oleh pelajar yang menggunakan
kaedah ini ialah 47 markah atau 85 peratus seperti yang ditunjukkan pada Jadual 7.

JADUAL 7. Agihan Markah Purata Kerja Kursus Pengajian Am Mengikut Kaedah Pengurusan dan
Pengelolaan Data Kajian Lapangan

Kaedah Markah Purata Peratus
Kaedah Manual (55) (%)
Penggunaan Templat Excel 47 85.45
Keseluruhan
Sumber: Pengiraan Penulis 2018 50 90.91

47 85.45

6.2.2 Hasil Kerja Kursus Yang Konsisten dan Berkualiti

Penggunaan templat excel dalam pengurusan dan pengelolaan data kajian lapangan telah
membantu kepada penghasilan kerja kursus yang konsisten dari segi penulisan dan format
serta berkualiti. Pendedahan kepada kaedah penulisan KK yang menghampiri kepada
penulisan professional dalam penghasilan kajian di peringkat universiti telah memberi nilai
tambah kepada para pelajar di peringkat prauniversiti sebagai persediaan awal sebelum
melangkah ke IPT dan menjalankan kajian yang lebih berstruktur.

RAJAH 16. Hasil Pengurusan Dan Pengelolaan Data Dapatan Kerja Kursus Menggunakan Templat Excel
Pelaksanaan pengurusan dan pengelolalan data kajian lapangan dengan

menggunakan templat excel ini juga membuka minda pelajar tingkatan enam untuk keluar

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 46

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

dari kepompong sistem aliran perdana dan lebih setaraf dengan pelajar-pelajar di IPT.
Penggunaan kaedah ini akan meningkatkan kreativiti pelajar dan memperlihatkan orientasi
PdP di tingkatan enam tidak jauh berbeza dengan orientasi PdP di universiti.

Selain daripada itu, penggunaan templat excel juga memberi kelebihan kepada para
pelajar dari segi ralat data. Pengiraan data yang dilakukan secara auto calculation dalam
aplikasi excel telah membantu untuk mengatasi masalah kesalahan pengiraan data. Ini
memperlihatkan hasil KK yang dilakukan oleh pelajar adalah zero defects atau tidak
mengandungi sebarang kesalahan dalam pengiraan data dengan syarat data yang
dimasukkan adalah betul dan menepati ruangan yang disediakan.

Masa yang diperuntukkan untuk pelaporan dan penulisan bahagian dapatan kajian
dan perbincangan juga dapat dikurangkan. Ini memberi ruang kepada para pelajar untuk
menepati rangka kerja masa (time framework) yang ditetapkan dalam penghasilan KK
dengan menggunakan templat excel. Maklumat lanjut mengenai permasalahan KK, cara
penggunaan templat excel dan PLC boleh dicapai pada pautan berikut
https://youtu.be/BZftwh2Xjus

7.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Penggunaan templat excel dalam penghasilan KK Pengajian Am amat relevan dan
diperlukan oleh pelajar pada masa kini dan akan datang. Templat excel KK ini mendedahkan
para pelajar sebagai langkah awal untuk mengurus dan mengelola data dapatan kajian.
Templat excel yang disediakan ini akan kekal relevan untuk masa akan datang dalam
menghasilkan KK yang berkualiti dan setanding dengan pelajar IPT. Oleh yang demikian,
adalah dicadangkan beberapa perkata untuk kajian akan datang:
1. Menjadikan templat excel sebagai modul PdP, BBM rasmi dan alat dalam

melaksanakan KK yang diakui oleh MPM.
2. Templat excel ini disebar luaskan kepada semua unit mata pelajaran yang

melaksanakan kajian lapangan.

BIBLIOGRAFI

Likert, R. 1932. A Technique for the Measurement of Attitudes. Archives of Psychology 22: 1-
55.

Majlis Peperiksaan Malaysia. 2018a. Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Pengajian Am
Kertas 4 (900/4) Penggal 2 Tahun 2018. Dicapai 14 April 2018 dari
http://webmpm.mpm.edu.my/perisian/9004_manu
alKK18P2/MANUAL%20PELAKSANAAN%20KERJA%20KURSUS%209004%202018.p
df

Majlis Peperiksaan Malaysia. 2018b. Sistem Pentaksiran Baharu STPM. Dicapai 14 April
2018 dari http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/d05997c1-05a5-4076-a5e7-
783ad5a8657f

Mohd. Majid Konting. 1998. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 47

Jurnal Kajian Tindakan, Vol.1, 2018

LAMPIRAN 1

Soal Selidik Penyampaian PdP Guru KT6T Dapatan Kajian dan Perbincangan Kerja Kursus
Pengajian Am STPM 900/4

Disediakan oleh: Dr. Rusli Latimaha | Taufik Ishak | Surfiansyah Nanang

BAHAGIAN A: TAHAP KEMAHIRAN ICT
Sila jawab semua soalan yang disediakan

Penilaian Aplikasi Sangat Lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlang
(1) (2) (3) (4) (5)
Excel / Spreadsheet  
Words  
Presentation / Powerpoint  
Frog VLE  
Emel / Drive  

BAHAGIAN B: MASALAH PENYAMPAIAN PdP PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN DATA
KAJIAN LAPANGAN
Pilih jawapan mengikut kesesuaian skala likert yang tersedia

Pernyataan Sangat Tidak Berkecuali Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju
BBM tidak sesuai. Setuju (3) (4)
Kurang mahir atau pendedahan dalam (2)  (5)
pengurusan data. (1)   
Mengambil masa yang lama untuk   
memberi kefahaman kepada pelajar.  
PdP berkesan.  
  





-TERIMA KASIH-

Journal of Action Research, Vol.1, 2018 48


Click to View FlipBook Version