PUSAT TINGKATAN ENAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK DATOK
JALAN SULTAN ABDUL SAMAD, 42700 BANTING,
SELANGOR DARUL EHSAN
No Tel : 03-31871303 No Fax : 03-31871303
Email : [email protected] Kod Sekolah : BEA 1066
GARIS PANDUAN
PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM
PUSAT TINGKATAN ENAM
SMK TELOK DATOK
DISEDIAKAN OLEH:
UNIT KORIKULUM
PUSAT TINGKATAN ENAM
SMK TELOK DATOK
2021
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 2
1.0 PENDAHULUAN
Kokurikulum Tingkatan Enam adalah untuk membentuk murid yang mempunyai sifat
kepimpinan, berfikiran matang, jati diri dan berketrampilan ke arah membina negara bangsa
(Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam, 2016). Kegiatan kokurikulum ini merangkumi
tiga bidang iaitu Pasukan Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan, dan Sukan/ Permainan.
Pentaksiran kokurikulum melibatkan perkara-perkara seperti kehadiran, jawatan disandang,
pengurusan projek, pelibatan, pencapaian dan ekstra kurikulum. Pentaksiran ini akan diisi di
dalam laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan
dan Kokurikulum (PAJSK).
Pengurusan projek merupakan aspek penting sebagai platform utama untuk murid
mengasah bakat kepimpinan dalam mengurus atau mentadbir sesuatu projek bagi melahirkan
murid yang berperibadi unggul sebagai pemimpin masa depan negara. Markah pengurusan
projek meliputi dua perkara iaitu jawatan yang disandang dan peringkat pelaksanaan bagi
sesuatu projek.
2.0 OBJEKTIF
Objektif pengurusan projek ialah :
i. Mendidik dan melahirkan murid sebagai modal insan yang mempunyai bakat
kepimpinan
ii. Mewujudkan budaya semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan murid
3.0 PEMARKAHAN
Jadual 1 menunjukkan taburan markah pentaksiran kokurikulum, Jadual 2
menunjukkan markah jawatan projek manakala Jadual 3 menunjukkan markah peringkat
pelaksanaan projek. Jadual 4 menunjukkan contoh aktiviti/ projek khidmat masyarakat/
kesukarelaan.
Jadual 1 : Taburan Markah
Aspek Penilaian Peratus Markah
Kehadiran 50
Jawatan Disandang 10
Pengurusan Projek 20
Pelibatan 10
Pencapaian 10
Jumlah 100
Ekstra kurikulum 10
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 3
Jadual 2 : Markah Pengurusan Projek
Jawatan Markah
Pengerusi Projek/ Pengurus Projek 10
Timbalan Pengerusi Projek/ Naib Pengerusi 9
Projek/ Setiausaha Projek
Bendahari Projek 8
Penolong Setiausaha Projek/ Penolong 7
Bendahari Projek
Ahli Jawatankuasa 6
Ahli 5
Jadual 3 : Markah Berdasarkan Peringkat Pelaksanaan Projek
Peringkat Pelaksanaan Projek Markah
Negeri 10
Daerah/ Komuniti 8
Sekolah 6
Jadual 4 : Contoh Aktiviti/ Projek Khidmat Masyarakat/
Kesukarelaan
Program Aktiviti/Projek
Khidmat Masyarakat Aktiviti kejiranan/ komuniti
(Kesukarelaan) Aktiviti Alam Sekitar
Aktiviti Bencana Alam
Aktiviti Khidmat Jabatan/ Agensi
Aktiviti Kebudayaan/ Kesenian/ Integrasi
Aktiviti kerohanian
Aktiviti Insaniyah
Aktiviti Kecergasan dan Sukan
4.0 PELAKSANAAN PROJEK
i. Pelaksanaan projek adalah sepanjang murid berada di tingkatan enam.
ii. Setiap unit atau kelab boleh menjalankan seberapa banyak projek yang boleh dengan
syarat mesti mempunyai kertas kerja dan dokumentasi projek.
iii. Kertas kerja yang dibuat mestilah mempunyai kelulusan daripada Ketua Unit
Kokurikulum. (Rujuk Rajah 1)
iv. Dokumentasi yang telah dibuat hendaklah diserahkan kepada Penyelaras unit masing-
masing untuk tujuan simpanan dan perekodan.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 4
Rajah 1 : Carta Alir Proses Kelulusan Melaksanakan Kerja Projek Kokurikulum
5.0 FORMAT PENULISAN KERTAS KERJA
i. Format kertas kerja
Saiz kertas : A4 putih sahaja
Garisan tepi (margin) : Atas, bawah, kiri dan kanan 1.25 inci
Tulisan : Times New Roman (font 12)
Langkau (spacing) : 1.5
ii. Struktur penulisan
Muka depan : logo, alamat sekolah, tajuk projek, tarikh, anjuran, disediakan oleh
1.0 Pendahuluan
2.0 Rasional
3.0 Objektif
4.0 Tarikh/ Masa/ Tempat
5.0 Sasaran
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 5
6.0 Ahli Jawatankuasa
7.0 Anggaran Perbelanjaan
8.0 Tentatif Program
9.0 Penutup
Disediakan oleh (setiausaha projek)
Disemak oleh (Ketua Unit Kokurikulum)
Disahkan oleh (Penolong Kanan/ Pengetua)
6.0 FORMAT PENULISAN DOKUMENTASI
i. Format kertas kerja
Saiz kertas : A4 putih sahaja
Garisan tepi (margin) : Atas, bawah, kiri dan kanan 1.25 inci
Tulisan : Times New Roman (font 12)
Langkau (spacing) : 1.5
* Dijilidkan dengan stapler dan binding tape.
ii. Struktur penulisan
Muka depan : logo, alamat sekolah, tajuk projek, tarikh, anjuran
1.0 Maklumat pelaksanaan : Nama Projek, Tarikh, Masa, Tempat, Bilangan guru,
Bilangan murid, Anjuran
2.0 Perasmian : Tarikh, Masa, Tempat, Perasmi, Kehadiran VIP (jika ada)
3.0 Perangkaan Penglibatan Murid
4.0 Jawatankuasa
5.0 Laporan Keberkesanan Projek
6.0 Proses Kerja/ Pengisian Projek
7.0 Keputusan Pertandingan (jika ada)
8.0 Rumusan Projek
9.0 Gambar (minima 10 keping dan mesti ada keterangan gambar)
10.0 Lampiran
a. Salinan surat – surat
b. Kad Jemputan Mana yang berkenaan
c. Sijil Penghargaan, Pencapaian, Penyertaan perlu disertakan
d. Kertas Kerja
e. Bahan Edaran dalam dokumentasi
f. Buku Program
g. Borang pemantauan program
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 6
PUSAT TINGKATAN ENAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK DATOK
JALAN SULTAN ABDUL SAMAD, 42700 BANTING,
SELANGOR DARUL EHSAN
No Tel : 03-31871303 No Fax : 03-31871303
Email : [email protected] Kod Sekolah : BEA 1066
KERTAS KERJA
PROJEK 3K
PUSAT TINGKATAN ENAM
SMK TELOK DATOK
TARIKH: 27 MAC 2021
ANJURAN:
KELAB XXX
PTE SMKTD
DISEDIAKAN OLEH:
XXX
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 7
1.0 PENDAHULUAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan program 3K pada tahun 1991
yang memberi penumpuan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K) bagi
merangsang suasana pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Sehubungan itu, Kelab
XXX ingin melaksanakan Projek 3K agar dapat menambahbaik dan memulihkan persekitaran
serta kondisi bangunan agar dapat menyediakan persekitaran yang kondusif untuk
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
2.0 RASIONAL
Rasional program ini ialah :
i. Meningkatkan suasana dan persekitaran kondusif di sekolah.
ii. Mewujudkan program-program khas untuk pembinaan modal insan yang seimbang dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini ialah :
i. Mendidik dan melahirkan generasi muda sebagai modal insan yang berkeperibadian
unggul yang mementingkan dan menghargai kebersihan, kesihatan, dan keselamatan.
ii. Mewujudkan dan memelihara persekitaran sekolah yang bersih, sihat, selamat dan
kondusif.
iii. Mewujudkan budaya semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan semua pihak
yang berkepentingan.
4.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT
Tarikh : 27 Mac 2021
Masa : 7:30 pagi – 12:00 tengah hari
Tempat : Depan Blok F
5.0 SASARAN
Semua ahli Kelab XXX Tingkatan 6 SMK Telok Datok
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 8
6.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Misliah binti Ahmad@Jono
(Pengetua SMK Telok Datok)
Naib Pengerusi 1 : Puan Nor Rafidah binti Lani
(Penolong Kanan Ting. 6)
Naib Pengerusi 2 : Tuan Haji Abdul Manan bin Mohamed Zain
(Ketua Unit Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : XXX
(Ketua Penasihat Kelab XXX)
Pengurus Projek :
NAMA PELAJAR
Naib Pengerusi Projek :
Setiausaha Projek :
Penolong Setiausaha Projek :
Bendahari Projek :
Penolong Bendahari Projek :
AJK Fotografi :
AJK Dokumentasi :
AJK Peralatan :
LOKASI
Taman Sains Blok F
Taman Hadapan Makmal Kimia
Taman MPP
Pokok/ Pasu di Blok F
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. BARANGAN BILANGAN ANGGARAN HARGA
(RM)
1. Tanah hitam 20 kampit x RM2 40.00
100.00
2. Batu Putih (beli di hardware) 20.00
100.00
3. Plastik Alas Batu 20.00
10.00
4. Bunga, Pokok 50.00
RM 220.00
5. Baja 2 kampit x RM10
6. Minuman pelajar
7. Shellect
ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 9
8.0 TENTATIF PROJEK
07:30 pagi : Kehadiran guru & ahli kelab
Taklimat gotong-royong
: Melaksanakan tugasan
Rehat dan kemas
: Pelajar bersurai
11:30 pagi :
12:00 tengah hari :
9.0 PENUTUP
Program 3K yang dianjurkan merupakan satu program yang amat disarankan oleh KPM
dalam usaha untuk meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan serta
menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif untuk keselesaan pelajar-pelajar semasa
proses pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, projek ini diharap turut dapat membantu
membentuk murid agar menjadi modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
…………….......………............. ....................................……….....
() ()
SETIAUSAHA PROJEK KETUA UNIT KOKURIKULUM
KELAB XXX SMK TELOK DATOK
Disahkan oleh :
...................................……....…
()
PENGETUA
SMK TELOK DATOK
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 10
PUSAT TINGKATAN ENAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK DATOK
JALAN SULTAN ABDUL SAMAD, 42700 BANTING,
SELANGOR DARUL EHSAN
No Tel : 03-31871303 No Fax : 03-31871303
Email : [email protected] Kod Sekolah : BEA 1066
DOKUMENTASI
PROJEK 3K
PUSAT TINGKATAN ENAM
SMK TELOK DATOK
TARIKH: 27 MAC 2021
ANJURAN:
KELAB XXX
PTE SMKTD
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 11
ISI KANDUNGAN
1.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN
2.0 PERANGKAAN PELIBATAN MURID
3.0 JAWATANKUASA
4.0 LAPORAN KEBERKESANAN PROJEK
5.0 PROSES KERJA/ PENGISIAN PROJEK
6.0 RUMUSAN PROJEK
7.0 GAMBAR
8.0 LAMPIRAN
a. Salinan surat – surat
b. Kertas Kerja
c. Bahan Edaran
d. Brosur
e. Borang kehadiran
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 12
1.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN
Nama Projek : Projek 3K
Tarikh : 27 Mac 2021 (Sabtu)
Masa : 7:30 – 12:00 tengah hari
Tempat : Depan Blok F
Bilangan guru : 6 orang
Bilangan murid : 30 orang
Anjuran : Kelab XXX
2.0 PERANGKAAN PELIBATAN MURID
KAUM JANTINA (ORANG)
Melayu LELAKI PEREMPUAN
Cina
India 5 12
Lain-lain
Jumlah 33
24
01
10 20
3.0 JAWATANKUASA : Puan Misliah binti Ahmad@Jono
Pengerusi (Pengetua SMK Telok Datok)
Puan Nor Rafidah binti Lani
Naib Pengerusi 1 : (Penolong Kanan Ting. 6)
Tuan Haji Abdul Manan bin Mohamed Zain
Naib Pengerusi 2 : (Ketua Unit Kokurikulum)
XXX
Naib Pengerusi 3 : (Ketua Penasihat Kelab XXX)
Pengurus Projek :
Naib Pengerusi Projek :
Setiausaha Projek :
Penolong Setiausaha Projek :
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 13
Bendahari Projek :
Penolong Bendahari Projek :
AJK Fotografi :
AJK Dokumentasi :
AJK Peralatan :
4.0 LAPORAN KEBERKESANAN PROJEK
Nama Projek : Projek 3K
Tarikh : 27 Mac 2021 (Sabtu)
KEKUATAN KOMEN / CADANGAN
• Semua ahli kelab hadir dan • Ahli kelab telah memberi kerjasama
memberikan kerjasama dan komitmen yang baik.
• Ahli kelab menepati masa yang
ditetapkan
• Sumbangan pokok daripada Unit
Kokurikulum
KELEMAHAN KOMEN / CADANGAN
• Alatan yang tidak mencukupi
• Ahli kelab tidak membawa alatan
sendiri walaupun telah diberi
peringatan.
• Meminjam alatan daripada pekerja
pembersihan swasta.
PENAMBAHBAIKAN:
i. Mengecat blok F agar lebih berseri.
ii. Mendapatkan lebih banyak sumbangan untuk menceriakan kawasan.
5.0 PROSES KERJA/ PENGISIAN PROJEK
23 Mac 2021
02:00 petang : Mesyuarat AJK
24 Mac 2021 : Taklimat kepada ahli kelab
07:30 pagi
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 14
27 Mac 2021 Kehadiran diambil
07:30 pagi : Taklimat gotong-royong
07: 45 pagi : Melaksanakan tugasan
08:00 pagi : Rehat dan kemas
11:30 pagi : Pelajar bersurai
12:00 tengah hari:
6.0 RUMUSAN PROJEK
Projek 3K ialah satu aktiviti yang dijalankan oleh Kelab XXX untuk meningkatkan kebersihan
dan keceriaan sekolah agar dapat memberikan persekitaran yang kondusif kepada murid-murid. Projek
ini juga diharapkan dapat membentuk sahsiah dan ketrampilan yang baik kepada murid. Justeru itu,
aktiviti ini harus diteruskan dan ditambahbaik agar murid akan mendapat manfaat yang berterusan.
7.0 GAMBAR
Ahli projek sedang diberi taklimat Ahli kelab sedang membersihkan taman
8.0 LAMPIRAN
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PROJEK KOKURIKULUM 15
https://bea1066.1bestarinet.net
© abhi 2021