KESANTUNAN BERBAHASA
BMMB1144
NAMA : WAN AHMAD N
AIM BIN WAN RUSHDAN
ANGKA GILIRAN : 2021192310181
NOMBOR KAD PENGENA
LAN : 030709-06-0295
PAKEJ/KUMPULAN : PAKEJ D / H7
NAMA PENSYARAH : DR. ZANARIAH BINTI HAMID
TARIKH HANTAR : 3/4/2022
. . . . KESANTUNAN BERBAHASA . . . .
Menurut Awang Sariyan (2015), kesantunan
berbahasa diertikan sebagai penggunaan laras
bahasa yang baik, sopan, beradab serta
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman
bicara. Malah penggunaan bahasa yang baik dan
penuh kesantunan tidak akan menimbulkan rasa
gusar, marah dan menyinggung perasaan orang lain
(Indirawati Zahid & Nasihah Hashim, 2018).
1 2 3 4
Verbal Non-Verbal Lisan Penulisan
Percakapan, Perbuatan,eksperesi komunikasi dua hala yang Menyampaikan idea
lisan dan wajah, bahasa tubuh berlaku diantara dua orang atau pendapat
melalui tulisan
pertuturan dan isyarat yang sedang berbual
1 23 4
Verbal Non-Verbal Lisan Penulisan
Pengunaan kata ganti nama gerakan mata rasmi rasmi ;
Contohnya: contoh: Laporan
mesyuarat kertas kerja
contoh ; Mata yang bergerak ke pidato minit mesyuarat
Kata ganti nama pertama sana ke mari menunjukkan
debat Tidak rasmi
,kedua dan ketiga tidak berminat contoh;
Tidak rasmi
Penggunaan bahasa halus Gerakan tangan contoh; Penulisan surat antara
contoh: contohnya ; keluarga atau kawan
Perbualan di kedai kopi
Terima kasih Isyarat gerakan tangan digunakan perbualan di telefon
selamat pagi bersama-sama ucapan lisan dan Perbualan di media sosial
tujuannya adalah untuk membantu
atau mengukuhkan ucapan lisan
seseorang.
INDEELA
Menurut lagenda, wujudnya sebatang sungai di suatu tempat yang sering menjadi buah mulut orang
ramai. Dikatakan, sungai tersebut mempunyai kuasa sakti yang dapat menyembuhkan apa jua
penyakit orang yang mandi di sana. Ada yang mengatakan di tengah hutan, ada yang mengatakan di
sebalik gunung dan ada juga yang mengatakan di puncak gunung. Namun, tiada siapa yang menemui
tempat tersebut kerana lokasinya masih menjadi tanda tanya penduduk di setiap negeri.
Wujudnya satu negeri, warganya indah sekali, ada yang cerah, ada yang gelap, yang jejaka seperti
putera, yang dara seperti puteri, Negeri yang dikenali sebagai Indeela. Negeri yang dipenuhi dengan
ketampanan dan kecantikan. Namun tidak ada yang sempurna, di sisi lainnya, sesiapa yang tidak
mempunyai rupa yang tampan dan cantik akan disisihkan, ditindas dan dihina.
Inilah hakikat dunia yang fana.
Inilah Al-Kisah dua saudara yang tinggal di hujung negeri, bapanya sudah tiada sedangkan ibunya
sakit terlantar di atas katil. Dikatakan penyakit tersebut bukan penyakit yang biasa tetapi sumpahan
seorang nenek kebayan. Hal tersebut telah menukar sebahagian dari rupa parasnya kepada sejenis
makhluk. Ibunya bertelinga tajam dan kulit kedua-dua lengannya menyamai sisik ular. Sumpahan ini
turut terkesan kepada kedua putera puterinya iaitu Indra dan Jasmin. Indra kelihatan seperti singa.
Telinga seperti kucing, berbulu disekeliling wajah, berekor panjang. Jasmin pula tidak mempunyai
tangan dan mempunyai sayap putih seperti sang angsa dan kaki seperti itik. Disebalik kekurangan
tersebut, lahirnya kelebihan tersendiri pada diri mereka. Indra mempunyai kepekaan seperti haiwan
liar kerana dia mempunyai pendengaran dan ketajaman mata yang luarbiasa manakala Jasmin
mempunyai kelebihan untuk terbang tinggi seperti burung.
Indra sering kali mengingatkan Jasmin untuk tidak keluar rumah berseorangan kerana risau diserang
oleh penduduk negeri tersebut. Perbezaan rupa paras mereka yang seperti makhluk buas menyebabkan
mereka dijauhi dan dipulaukan oleh penduduk negeri. Malah ada yang cuba untuk menyakiti mereka
dengan menggunakan batu dan anak panah. Seperti hari-hari yang biasa, kedua-dua saudara ini akan
pergi ke hutan dan sungai berdekatan dengan rumah mereka untuk mencari bekalan makanan dan
minuman. Apa-apa buah yang terlintas di mata, mereka akan memetiknya lalu isi ke dalam bakul yang
diperbuat daripada raga. Ketika, Jasmin ingin pergi mengambil air di sungai tersebut. Dia ternampak
seorang budak lelaki dalam lingkungan 10-12 tahun yang sedang menangis di tepi pohon.
Jasmin perlahan-lahan menghampiri budak tersebut seraya berkata, “ Adik, mengapa kamu menangis ? ”. Budak tersebut
berhenti menangis seketika dan merenung Jasmin. Raut wajah budak tersebut berubah seolah-olah dalam ketakutan. Mungkin
dia menganggap Jasmin adalah seekor haiwan buas. Jasmin bermonolog “ Apakah dia takut padaku?”. Budak tersebut bangun
dan cuba untuk melarikan diri namun malang tidak berbau, kakinya tersadung pada akar kayu yang berselirat. Beberapa kali, dia
mencuba sepenuh kudratnya untuk melepaskan kakinya dari akar tersebut namun gagal. Jasmin menghampiri budak tersebut
sekali lagi. Budak tersebut berteriak “ Aku tak sedap, jangan makan aku !”. Jasmin tergelak kecil dan berkata “ Betul, aku nak
makan kamu, tetapi aku kenyang jadi aku akan lepaskan kau”. Jasmin mencuba meleraikan akar pokok tersebut namun dia juga
gagal. Jasmin berkata “ Bolehkah, kau tunggu sebentar ?”. Lalu dia melebarkan sayapnya dan terbang dari situ. Selang beberapa
minit, Jasmin datang kembali bersama-sama abangnya, Indra. Melihat rupa Indra yang lebih menakutkan, budak lelaki tersebut
pengsan. Kedua-dua saudara itu memandang satu sama lain dan tergelak dengan karenah budak tersebut. Indra meleraikan akar
tersebut dengan memotongnya menggunakan kukunya yang tajam seperti pisau.
Tidak lama kemudian, budak tersebut tersedar dan mendapati dirinya di atas berbaring di atas batu yang rata.
Pandangannya yang kabur perlahan-lahan menjadi semakin jelas. Alangkah terkejutnya dia melihat dua saudara itu berada
di sampingnya sambil memegang sebekas buah-buahan dan air. Budak tersebut berganjak sedikit dari tempatnya dan
berkata “ Apa yang kau lakukan padaku?”. Jasmin tersenyum lalu berkata “ Engkau pengsan setelah melihat abangku ini,
kau lupa ?”. Aku meminta tolong abangku untuk meleraikan akar pokok yang menjerat kakimu sebentar tadi”. Budak
tersebut seolah-olah menyedari niat baik yang datang dari dua saudara itu dan berkata, “ Mengapa kau menolongku
sedangkan aku lari darimu ?”. Indra berkata “ Ibu kami selalu mengingatkan kami untuk berbuat baik pada manusia
walaupun mereka selalu mencuba untuk menyakiti kami, kami tidak mempunyai kawan, kami hanya ada sesama sendiri
untuk berkasih sayang“ katanya sambil menghulurkan bekas berisi buah-buahan.
Budak lelaki tersebut mengangguk seolah-olah faham apa yang dibicarakan oleh Indra dan mengambil sebahagian daripada buah di
dalam bekas tersebut. Jasmin berkata “ Habiskan sahaja buah tersebut “. Budak tersebut tersenyum lebar seolah-olah ingin berterima
kasih. Jasmin dan Indra kelihatan sungguh seronok melihat gelagat anak kecil itu. Setelah habis buah tersebut, budak tersebut berkata “
Maaf kerana menganggap kalian seperti makhluk buas, namaku Betara. Aku mengejar seekor rama-rama berwarna putih kebiruan. Tanpa
aku sedar, aku sudah tersesat di dalam hutan ini. Aku menangis kerana tersesat” katanya sambil tersengih-sengih. “ Oh,begitu rupanya”
kata Jasmin. Jasmin berkata “ Mari aku tolong bawa kamu pulang ke rumah “. Betara tersenyum dan berulang-ulang kali mengatakan
terima kasih pada Jasmin. Indra tidak kelihatan gembira dengan tindakan Jasmin itu. Dia risau penduduk desa di sekitar itu akan
mencederakannya apabila ternampak kelibat adiknya itu. Jasmin yang perasan akan hal itu mengatakan pada abangnya “ Janganlah
risau, semuanya akan baik-baik sahaja”. Indra masih kelihatan risau. Jasmin menyuruh Betara peluk badannya dengan kuat. Jasmin
melebarkan sayapnya yang putih seperti salji itu ke udara dan terbang pergi ke desa. Betara sangat teruja apabila badannya mula
terangkat dari tanah. Dia menikmati pawana yang menampar lembut pipinya itu. Indra yang risau akan Jasmin mengikutnya dari belakang
sebagai langkah berjaga-jaga.
Setelah tiba di desa itu, Jasmin perlahan-lahan terbang rendah ke tanah untuk menurunkan Betara. Sambil
tersenyum, Jasmin berbisik kepada Betara “ Datanglah ke hutan jika mahu bermain di lain hari “. Betara
mengangguk tanda setuju. Beberapa saat kemudian, terdengar beberapa orang menyebut nama Betara
berulang-ulang kali. “Betara! Dimana kamu Betara!”. Betara pun menyahut “ Saya disini ibu !” dan berlari
memeluk ibunya itu. Memang tidak disangka, Betara merupakan seorang putera raja negeri Indeela dan pada
waktu itu seluruh kerabat diraja sedang mencarinya. Jasmin menghembus nafas lega dan bersedia melebarkan
sayapnya untuk terbang dari situ. Namun langit tidak selalu cerah, Jasmin dituduh pula oleh ibu Betara,
Permaisuri Lanang menculik puteranya itu dan meminta pengawal diraja menangkapnya. Alangkah terkejutnya
Jasmin niat baiknya tidak bermakna di mata mereka. Jasmin mula cemas dan sebaik sahaja dia ingin terbang, 1
anak panah dilepaskan dan terkena pada perutnya.
Hal tersebut menyebabkan Jasmin jatuh rebah ke tanah dan ditangkap oleh pengawal diraja. Indra
yang tidak jauh dari situ, berlari dengan sekuat tenaganya dan menerkam para pengawal di situ.
Mata Indra mengecil seperti pemangsa, kukunya yang tajam serta gigi taringnya menakutkan
pengawal diraja, permaisuri dan Betara. Indra dikaburi oleh amarahnya apabila melihat adiknya itu
dalam kesakitan. Indra berkata “ Mengapa kalian menyakiti adikku ? Adakah kerana rupa kami
seperti makhluk buas yang menjadi asbab kalian menyakitinya ? Sedarlah bahawa hati kalian itu
sudah rosak kerana kebencian kalian kepada kami !”. Indra kemudian mengangkat Jasmin dan
membawanya pergi dari situ. Kata-kata Indra seolah-olah mengetuk pintu hati Permaisuri Lanang.
“ Adakah aku buat silap ?”. Bisiknya di dalam hati.
Indra berlari dengan air mata yang mengalir di pipi. Sesudah tiba di rumah, dengan suara yang teresak-esak Indra
memberitahu kejadian tersebut kepada ibunya. Ibunya yang tenat itu melihat keadaan anak perempuannya yang
berlumuran darah dengan pandangan yang sebak tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak berupaya untuk
bergerak. Kemudian mulutnya berkumat-kemit seolah-olah ingin membicarakan sesuatu tetapi tidak jelas. Ibunya
menarik tangan Indra dan memberinya sekeping cebisan kertas yang bertulis “ Apabila dua hati menyatu, disitulah
keajaiban berlaku”. Indra bertanya “ Apakah ini ibu?”. Ibunya berkata dengan suara yang kurang jelas, “ Kamu kena
selesaikan teka-teki itu dan pergi ke sungai berhampiran kerana disitulah terletaknya sungai lagenda yang boleh
menyembuhkan seseorang. Namun, tanpa jawapan yang tepat, kuasa sungai itu tidak akan muncul, jadi ibu percaya yang
kamu dapat menyelesaikan teka-teki ini dan selamatkan adikmu itu”. Setelah mendengar kata-kata ibunya itu, Indra
bergegas membawa adiknya itu ke sungai tersebut. Indra perlahan-lahan meletakkan adiknya di dalam sungai itu.
Jasmin kelihatan tidak bermaya, tangannya semakin sejuk dan hampir tidak sedarkan diri. Indra semakin cemas, “Apakah
yang perlu aku lakukan ?”. Hampir seminit dia merenung teka-teki itu, namun tiada sebarang idea yang terlintas. “ Apa
maksudnya dua hati yang bersatu? Wahai Indra gunakan akalmu”. bisik hati kecilnya.
“ Apabila dua hati menyatu,
disitulah keajaiban berlaku”
Tiba-tiba kedengaran seperti seseorang sedang memerhatikan mereka berdua di dalam semak-samun. Indra berteriak
“ Siapa engkau ? Pergi dari sini ! “. Maka, kelibat seorang lelaki tua pun muncul. Berjanggut putih dan berjubah ungu. “
Apakah kamu sedang menunggu keajaiban sungai ini ?” lelaki tersebut berkata sambil tergelak besar. Indra pun menjawab
dengan nada yang marah “ Bagaimana kau tahu dan mengapa kau gelak ?! “ Lelaki tersebut berkata “ Mustahil kuasa sakti
sungai ini akan muncul selagi mana penduduk negeri di ini tidak bersatu. Hahahaha”. Jasad lelaki tadi hilang seperti debu
yang bertebangan. Indra kebingungan sebentar dan menyedari bahawa “dua hati yang bersatu” itu adalah hati penduduk
negeri Indeela. Tingkah laku penduduk di negeri Indeela yang sentiasa mengamalkan penindasan kepada mereka yang serba
kekurangan menyebabkan sinar harapan yang dihajatkan Indra menghilang. “ Adakah adikku akan mati dengan cara begini
?” katanya dengan mata yang bertakung dengan air mata. Dia memeluk erat tubuh Jasmin dan berharap masih ada sinar
harapan yang muncul.
Sekali lagi, satu kelibat muncul dari semak-samun tersebut. Namun kali ini ialah Betara, Permaisuri Lanang,
Raja Badang, pengawal diraja dan penduduk negeri Indeela. Wajah Indra yang melihat kelibat permaisuri
berubah menjadi bengis. Mungkin kerana marah terhadap tindakan mereka terhadap adiknya itu. “ Kau lihat
apa yang kau buat pada adikku?! “. Katanya dengan nada yang bengis. Permaisuri Lanang dengan penuh
rendah diri berkata “ Beta menyusun sepuluh jari memohon maaf atas tindakan beta yang menuduh kalian
menculik puteraku ini, Betara telah ceritakan segalanya padaku bahawa kalian telah menolong putera ku
dan beta sangat menghargai perbuatan kalian, oleh itu sekali lagi Beta meminta maaf atas perbuatan beta
yang tidak berprikemanusiaan ini”. Seluruh warga Indeela disitu menyaksikan hal tersebut dan terkejut
dengan perbuatan mulia Indra dan Jasmin itu.
Indra menjawab “ Aku boleh memaafkan kalian tetapi ada satu syarat“ Permaisuri Lanang berkata “ Apakah syaratnya?
Beta akan makbulkan permintaanmu itu.” Indra perlahan-lahan menuju ke aras Raja Badang dan mengatakan sesuatu. Raja
Badang tersenyum angguk dan menuju ke sebuah batu yang agak tinggi dan bertitah “ Wahai warga Indeela, beta
mengisytiharkan bahawasanya hari ini, tiada lagi penindasan dan pemulauan terhadap mereka yang lemah dan kurang
bernasib baik. Mulai hari ini, kita perlu bersatu padu ada saling ada antara satu sama lain agar negeri Indeela sentiasa
menjadi negeri yang aman harmoni”. Seluruh warga Indeela bersorak tanda setuju. Sorakan mereka menggegarkan hutan
tersebut. Tiba-tiba, air sungai tersebut bercahaya dan mengeluarkan kuasa saktinya. Tiba-tiba, lubang di perut Jasmin
mengecil dan hilang. Mereka yang menyaksikan kejadian tersebut terkesima dengan keajaiban itu. Indra menangis
kegembiraan dan berlari ke rumah. Kemudian, Indra mengangkat ibunya dan meletakkan ibunya di sungai itu. Setelah
beberapa minit, ibunya sudah mampu berdiri dan sihat seperti sediakala dan memeluk erat kedua anaknya itu. Indra
mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Indeela kerana berani untuk melakukan perubahan. Jasmin tersedar dan
agak terkejut dengan keadaan di sekitarnya. Indra mengusap kepala Jasmin dan berkata “ Mulai hari ini, kita akan hidup
sebagai penduduk Indeela yang sah” . Jasmin tersenyum kegembiraan. Tiba-tiba, Betara memeluk Jasmin dari belakang dan
mengucapkan terima kasih kerana menolongnya. Jasmin dan Indra memandang satu sama lain dan gelak sakan.
Itulah kisah dua saudara yang dilahirkan dengan kelainan daripada manusia biasa. Sejak dari
itu, hutan tersebut menjadi tempat tumpuan warga Indeela. Ramai kanak-kanak yang bermain
disana. ada yang ingin terbang seperti Jasmin, ada yang ingin pantas seperti Indra. Segala yang
duka berubah menjadi tawa. Sejak dari tu, Negeri Indeela menjadi sebuah negeri yang indah
luaran dan dalaman