kurikulum permata dan KSPK kurikulum permata dan KSPK OLEH: AIDA BALQIS BINTI YUSOF
PENDAHULUAN Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, perancangan ataupun panduan pendidikan yang telah dilaksanakan di sesebuah instistusi dan sekolah untuk mencapai sesuatu objektif dalam pendidikan merupakan definisi kurikulum. Kurikulum juga bermaksud rancangan (PdP) atau pengajaran dan pembelajaran yang diatur untuk mencapai dan meraih sesuatu matlamat dalam pendidikan (Norhashimah Hashim & Yahya Che Lah, 2003). Dalam kata lain, kurikulum ini boleh kita simpulkan sebagai satu pelan ataupun rancangan dalam pendidikan yang mempunyai kandungan berkaitan dengan ilmu pengetahuan, nilai murni dalam diri, kemahiran untuk dikuasai dan sebagainya supaya ia dapat dijadikan warisan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Terdapat dua jenis kurikulum yang digunakan oleh pendidik awal kanak-kanak iaitu Kurikulum Permata Negara dan juga Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Di dalam penulisan ini akan diterangkan dengan lebih jelas dan mendalam tentang keduadua kurikulum ini.
KURIKULUM PERMATA NEGARA KURIKULUM PERMATA NEGARA
Kurikulum Permata Negara merupakan satu kurikulum yang diguna pakai di TASKA sebagai rujukan dan panduan kepada pendidik untuk mengajar kanak-kanak. Perkataan TASKA pula merupakan penyingkatan perkataan untuk Taman Asuhan Kanak Kanak yang membawa makna pusat penjagaan kanak- kanak di Malaysia (Cholilah et al.,2023). Kurikulum ini amat bagus kerana ia menyediakan asuhan dan didikan awal kepada kanak kanak yang berumur dari lahir sehingga 4 tahun. Selain itu, kurikulum ini juga menyediakan pengalaman pembelajaran yang menarik dan kanak kanak dapat berkembang secara menyeluruh. PENGENALANPENGENALAN
BIDANG PENGASUHAN Hal ini perlu diberi perhatian yang serius oleh pendidik dalam mengawasi setiap pergerakan kanak-kanak berada dalam keadaan yang selamat. Sebagai contoh, perabot seperti bucu meja dan almari yang digunakan di ruang pembelajaran mestilah bulat untuk mengelakkan kecederaan BIDANG PENGASUHAN lebih menekankan kepada penyediaan makan seimbang iaitu jenis cara penyediaan, amaun dan sebagainya. Hal ini penting kerana ia sangat menyumbang kepada kesihatan, perkembangan dan tumbesaran kanakkanak berfokus dalam membantu kanak-kanak paham cara untuk menguruskan diri mereka dari segi kesihatan, kebersihan, adab dan keselamatan mereka. menggalakkan perkembangan positif kanak-kanak dengan tidak memilih kasih, memberikan pujian dan prihatin terhadap keperluan mereka. pemakanan seimbang latihan urus diri bayi dan kanakkanak aspek keselamatan amalan pengasuhan
Bidang Pembelajaran Kemudian, dari aspek bidang pembelajaran pula, terdapat 6 elemen iaitu perkembangan sahsiah, sosio emosi & kerohanian, perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan awal matematik & pemikiran logik, perkembangan deria & pemahaman dunia persekitaran, perkembangan fizikal & psikomotor dan juga perkembangan kreativiti dan estetika. Keenam-enam elemen ini sangat memberi kesan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, pembangunan holistik kanak-kanak dapat ditingkatkan. Selain itu, kurikulum ini juga dibuat berdasarkan minat, keperluan dan tahap kanak-kanak dalam pembelajaran dan ia merupakan pembelajaran berpusatkan kanak-kanak. Seterusnya, pembelajaran daripada kurikulum ini bersifatkan aktif dan berterusan supaya kanak-kanak ini boleh mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari di mana-mana sahaja situasi. Akhir sekali, kurikulum ini juga memupuk pembangunan kemahiran abad ke-21 kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif dan juga inovatif.
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan mempunyai satu matlamat iaitu untuk mengembangkan dan meningkatkan potensi kanak kanak secara menyeluruh. Menurut Sayekti et al,.2022, perkembangan secara holistik kanak-kanak meliputi perkembangan fizikal, emosi, sosial dan bahasa merupakan perkara yang ditekankan oleh kurikulum prasekolah. Selain itu, ia juga memegang objektif yang utama iaitu supaya kanak-kanak dapat menggunakan bahasa dengan baik untuk komunikasi yang berkesan dalam kehidupan seharian. Terdapat 6 tunjang yang diambil kira dalam pembinaan kurikulum ini. PENGENALANPENGENALAN
TUNJANG DALAM KURIKULUM TUNJANG DALAM KURIKULUM
Tunjang pertama ialah tunjang komunikasi yang sangat mementingkan kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa samada melalui lisan ataupun bukan lisan untuk berinteraksi dalam hidup sehari-hari. Yang kedua ialah tunjang kerohanian. Menurut Azmi & Hamzah (2023), aspek keperibadian yang baik dan juga beretika dalam diri kanak kanak dapat dibentuk melalui kurikulum prasekolah di malaysia yang mengutamakan nilai moral dan etika dalam suatu pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kanak- kanak yang beragama islam akan mempelajari subjek pendidikan islam manakala kanakkanak yang bukan muslim akan mempelajari subjek moral. Yang ketiga ialah tunjang kemanusiaan yang menekankan kepada penguasaan kanak-kanak dalam penguasaan ilmu dan amalan tentang alam sekitar, kemasyarakatan dan sikap patriotisme.
Yang keempat pula ialah tunjang keterampilan diri yang memegang matlamat untuk perkembangan sosio emosi dan pembinaan dalam kemahiran berinteraksi serta kemahiran bersosial dalam kalangan murid.Yang kelima, tunjang perkembangan fizikal dan estetika yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan diri kanak kanak dan yang terkahir sekali ialah tunjang sains dan teknologi. Tunjang ini akan menggalakkan lagi minat kanak-kanak untuk mempelajari sains dan juga matematik.
Selain itu, kurikulum ini juga amat mementingkan penglibatan ibu bapa dalam semua aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Jadi, dengan bantuan dan sokongan ibu bapa, kanak-kanak akan berasa lebih yakin dan selesa untuk pergi ke sekolah dan belajar. Oleh itu, terbuktilah bahawa kurikulum ini telah dirancang untuk menyediakan asas yang kukuh kepada pendidikan awal kanak-kanak dan merumuskan satu standard pembelajaran yang boleh dicapai oleh kanak-kanak sebelum mereka memasuki pendidikan formal di sekolah rendah. (Novitawati & Aslamiah, 2020)
SEKIAN, TERIMA KASIH SEKIAN, TERIMA KASIH OLEH: AIDA BALQIS BINTI YUSOF