KANDUNGAN
Kata Alu-aluan
Menteri Pendidikan Malaysia
Kata Alu-aluan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kalam Bicara
Yang DiPertua PIBG
Kalam Bicara
Pengetua SMK Iskandar Shah
Visi dan Mis Sekolah
Sejarah Sekolah
Ikrar Murid
Lagu Sekolah
Sidang Redaksi
Carta Organisasi
Album Kakitangan
Sorotan Peristiwa
Kurikulum
Hal Ehwal Murid
Kokurikulum
Pencapaian Kokurikulum
Lensa Kenangan
Karya Guru dan Murid
e-Sinaran kalam bicara
Assalamualaikum wbt.
Sekalung tahniah saya hadiahkan buat Sidang Redaksi Majalah
atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun 2019. Bagi
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala jerih payah dan
sumbangan dalam penerbitan majalah merupakan usaha yang
dihargai.
Pihak Kementerian mengambil pelbagai inisiatif ke arah melahirkan
generasi yang cemerlang dan terdidik bagi menjana rakyat dan
masyarakat yang memiliki minda kelas pertama. Sebarang usaha
penambah baikan secara konsisten dan istiqamah diperlukan
bagi memastikan mutu pendidikan negara kita setanding dengan
pendidikan di negara-negara maju.
Penerapan nilai dan akhlaq merupakan tunjang kepada kemenjadian
pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Murid seharusnya dilengkapi ilmu dan
akhlaq untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan
yang bermakna kepada agama, bangsa dan tanah air. Ilmu semata-
mata tanpa dihiasi dengan akhlaq mulia dan karekter yang dinamik
tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu berjaya dan berguna
kepada masyarakat.
Dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti integrasi melalui program
penerbitan majalah sekolah ini, pihak Kementerian berharap usaha
ini telah dapat mencapai matlamatnya iaitu untuk melahirkan
generasi Malaysia yang mempunyai identiti nasional yang kukuh
serta dapat menerima, menghormati dan menghayati keunikan
kepelbagaian kaum di negara ini. Saya berharap agar suasana
pembelajaran dan pengajaran di sekolah akan dipenuhi dengan
budaya kasih sayang, kegembiraan dan saling hormat menghormati.
Akhir kata, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang
Redaksi dan semua yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan
penerbitan majalah sekolah ini.
Selamat Maju Jaya
Dr. Maszlee Bin Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
i
kalam bicara e-Sinaran
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.
Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya
mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah kali ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi
atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang sungguh
istimewa ini. Segala peristiwa dan kenangan sepanjang tahun
lalu dapat dirakamkan dan menjadi sumber rujukan dalam
sejarah pendidikan. Saya percaya komitmen yang tinggi dan
kerjasama padu daripada warga sekolah telah menatijahkan
penerbitan majalah yang dapat kita tatapi.
Pendidikan merupakan asas dalam melahirkan masyarakat
Malaysia maju berteraskan semangat bersatu padu, progresif,
berbudaya dan berwatak. Bagi menyahut cabaran ini,
Kementerian Pendidikan bertekad untuk terus meningkatkan
kualiti sistem pendidikan serta memberi fokus kepada
keberhasilan murid. Aspek akademik, sahsiah dan nilai perlu
diterapkan dalam pendidikan. Justeru itu, semua guru perlu
beranjak daripada pembelajaran berorientasikan peperiksaan
kepada pembelajaran berorientasikan perkembangan bagi
menyokong usaha ke arah melahirkan murid yang berjaya
secara holistik.
Para guru dituntut agar sentiasa meningkat pengetahuan dan
kemahiran dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih bermakna. Pengetahuan dan kemahiran terkini dalam
menghadapi cabaran abad ke-21 perlu dikukuhkan. Pada masa yang sama sekolah dan guru akan
sentiasa diberi sokongan profesional daripada pembimbing yang pakar dan pengurusan yang mantap.
Akhir kata saya menyeru semua pihak termasuk pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, pihak
berkepentingan dan agensi swasta untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi
melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang pada masa akan datang.
SELAMAT MAJU JAYA!
Datuk Dr. Amin bin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
ii
e-Sinaran kalam bicara
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan selamat sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi terima kasih kepada Sidang
Redaksi e-Majalah Sinaran yang sudi memberi
kesempatan kepada saya menyampaikan secebis
bicara dalam majalah ini. Tahniah diucapkan
kepada semua pihak yang berusaha dengan
begitu gigih bagi kesinambungan penerbitan
majalah ini.
Kejayaan dan pencapaian pelajar sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum
membanggakan semua pihak. Saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan
sekalung tahniah kepada seluruh pelajar yang telah mencapai kecemerlangan akademik,
sukan mahupun kegiatan kokurikulum sehingga mengharumkan nama pelajar itu
sendiri, guru-guru dan sekolah khasnya.
Pihak PIBG berharap akan lahirnya generasi SMKIS yang berilmu dan beramal,
berakhlak tinggi serta berjaya dalam kerjaya hasil dari usaha dan peranan kepimpinan
guru-guru sekolah ini yang tidak mengenal erti jemu dan penat.
Akhir kata bagi pihak PIBG SMKIS, saya mengucapkan tahniah dan semoga majalah ini
akan diarkib sebagai bahan perpustakaan sekolah, keluarga dan bahan nostalgia pada
masa hadapan. Selamat membaca.
Sekali, terima kasih dan wassalam.
ASP Hamdan bin Ali
Yang DiPertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Iskandar Shah
iii
kalam bicara e-Sinaran
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Bismillahhi Rahmani Rahim. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi
kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana saya
diberi kesempatan untuk menukilkan kata-kata aluan untuk
“e-SINARAN” 2019.Sekalung Syabas dan tahniah kepada
AJK e-Majalah Sinaran SMK Iskandar Shah, yang terdiri
daripada murid dan guru yang begitu bersungguh-sungguh
dan komited sehingga berjaya menerbitkan Majalah Sinaran
SMK Iskandar Shah dalam bentuk E-Majalah.
E-Majalah merupakan satu-satunya media yang
merakamkan pencapaian akademik, ko-akademik, program
peningkatan sahsiah, kokurikulum dan pelbagai aktiviti
sekolah ini sepanjang sesi persekolahan 2019 untuk tatapan
warga sekolah dan masyarakat amnya. Disamping itu, ia
juga menjadi wadah kepada pelajar bagi mengasah bakat
dan kreativiti dalam pelbagai bidang yang diceburi.
Pendidikan adalah jentera untuk memajukan diri dan masyarakat. Kalau kita percaya bahawa
pendidikan boleh mengubah kehidupan diri dan keluarga, kita harus berusaha bersungguh-
sungguh untuk memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu. Sebenarnya, peluang terbuka
luas untuk pelajar mencari dan mendapatkan ilmu. Pepatah Melayu mengatakan,"hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih". Para pelajar sebagai bakal pemimpin Negara
seharusnya bersedia dan sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
agar dapat menangani segala bentuk cabaran yang mendatang.Justeru SMK Iskandar Shah
sentiasa seiring dengan dasar dan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia agar murid yang
dihasilkan nanti adalah generasi yang berketerampilan dan merupakan modal insan yang
mampu memajukan Negara .
.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas kepada warga guru dan staff
sekolah ini yang bertungkus lumus meningkatkan taraf pendidikan dan kemajuan sekolah.
Sesungguhnya, kegemilangan sesuatu organisasi menagih banyak pengorbanan, kesungguhan
serta usaha gigih semua pihak. Justeru semua warga SMK Iskandar Shah perlu berganding
bahu mencipta kegemilangan dengan menjadikan budaya cintakan ilmu pengetahuan dan
menjana kemenjadian murid sebagai agenda utama dalam perkhidmatan. Akhir kata, semoga
SMK Iskandar Shah terus memacu kejayaan dalam segala bidang dan mengharumkan nama
negeri Melaka di peringkat kebangsaan malah mampu mengharumkan nama sehingga ke
peringkat antarabangsa .
Sekian, terimakasih.
Puan Hajah Khairun Niza Bt. Hj. Abu.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah
Sekolah Kluster Kecemerlangan.
iv
Panaroma
VISI PENDIDIKAN
BERKUALITI INSAN
TERDIDIK NEGARA
SEJAHTERA
MISI MELESTARIKAN
SISTEM PENDIDIKAN
e-Sinaran
YANG BERKUALITI
UNTUK MEBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI
ASPIRASI NEGARA
vii
Sejarah Sekolah e-Sinaran
Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah (SMKIS) ialah
sebuah sekolah menengah berasrama puteri harian yang dibina
di sebuah bukit kecil dengan kawasan seluas 20 ekar. SMKIS
merupakan antara sekolah cemerlang di daerah Jasin, Melaka dan
memperoleh pelbagai anugerah dan pencapaian.
Kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid
SMKIS telah mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat
kebangsaan. Pada tahun 2010, SMKIS muncul sebagai sekolah
terbaik dalam PMR apabila seramai 67 orang mendapat 8A dan 17
orang mendapat 7A.
SMKIS juga telah dijenamakan sebagai Sekolah Kluster
Kecemerlangan pada Fasa 9 setelah menepati syarat berasaskan
kecemerlangan sekolah. Bidang tumpuan atau ‘niche area’ bagi
SMKIS sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah Bahasa Melayu
danHoki.
Sekolah ini juga telah mencapai banyak kejayaan dalam
bidang kokurikulum terutama dalam bidang sukan Hoki yang
menyaksikan SMKIS sebagai sebuah pasukan yang digeruni di
peringkat negeri Melaka.
Berdasarkan kejayaan-kejayaan SMKIS selama ini, sudah pasti
SMKIS akan terus dijulang sebagai salah sebuah sekolah terbaik
di negeri Melaka.
viii
e-Sinaran Ikrar Murid
Maka kami,
pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Iskandar Shah
berikrar akan mematuhi semua
peraturan sekolah dan sentiasa
menjayakan visi sekolah iaitu
Pendidikan Berkualiti, Insan
Terdidik, Negara Sejahtera
ix
Lagu Sekolah e-Sinaran
Di atas puncak bukit yang indah
dikelilingi pohon menghijau
Berdiri megah sekolah tercinta
Sekolah Iskandar Shah
Kami berjuang di segenap lapangan
Pelajaran, sukan dan persatuan
Agar harum nama sekolah kami
Terkenal di seluruh negeri
Nasihat guru tetap tersemai di hati
Jasa ibu ayah disanjungi
Hingga kami di suatu masa nanti
Menjadi rakyat yang sejati
Kami berusaha dan terus berbakti
Demi agama, bangsa pertiwi
Usaha tangga kejayaan kami
Berjanji tetap kami berjanji
x
KETHUAAREIDNIETEOR EDITOR SUKAN EDITOR
BOCK YI XUAN KOH
e-Sinaran EDITOR B. CINA EDITORMIKSUHRAIKULUM
YAP EVON
1
HKCOHKEUNRIYKAUPLUM NEUDRITUOLRIMHA.EN.MINA EDITOR B. MELAYU
NAQIBAH
EDITOR B. INGGERIS GAMABTAIRFAKHELAS
ASHAARANI
e-Sinaran
2
e-Sinaran
3
e-Sinaran
4
e-Sinaran GURU-GURU SMK ISKAND
Depan Dari Kiri: Nazlin, Shamsiah, Ghazali, Hafiez, Zarizi, Yazid, Azaman (PK T6), Bahar
Zarirah, Nor Hasni, Kalthom, Lye, Roziaili, Zunairah
Barisan Kedua Dari Kiri: Adid, Baharin, Arina, Yus Aida, Ong Voon Min, Faiza, Idahwati, Haslina
Rozita, Nafsiah, Azian, Hasanah, Hanan, Zakiah, Nurbaya
Barisan Ketiga Dari Kiri: Shirley, Khadijah, Syufiyana, Norlaila, Lau Jinn, Rehana, Noradhilla, Mag
Zamrah, Hadijah
Belakang Dari Kiri: Helmi, Umar, Rosman, Rafizan, Abu Bakau, Azri, Nazam, Khairul Anuar
5 Theiga
DAR SHAH TAHUN 2019 e-Sinaran
ruddin (PK Koku), Abd. Ghani (PK1), Hajah Khairun Niza (Pengetua), Dr. Asfalaila (PK HEM), Habibah, 6
ah, Lim Choon Fah, Noraida, Yuko, Hanani, Suhaili, Hazreena, Atikah, Ba’ayah, Mages, Vaijanthy,
geswary, Sri, Vasuki, Khatija Bee, Khadijah B, Bahiyah, Huslinda, Hanis, Farihah, Sa’ayah, Barlak,
r, Khairul Nazri, Sazaly, Azizul, Hafizan, Rahmat, Wan Khairuazwan, Ravi, Fazre, Zailan, Izzat, Zakwan,
e-Sinaran GURU-GUR
SMK ISKANDAR SH
7
RU PRA-U e-Sinaran
HAH TAHUN 2019
8
e-Sinaran KAKITANGAN
SMK ISKANDAR S
9
N SOKONGAN e-Sinaran
SHAH TAHUN 2019
10
e-Sinaran UNIT KAU
SMK ISKANDAR S
11
UNSELING e-Sinaran
SHAH TAHUN 2019
12
Sorotan Per
ristiwa 2019
e-Sinaran Hari Pertama Persekolahan
02 Januari 2019
15
Majlis Perpisahan Encik Bahalu Raju e-Sinaran
16 Januari 2019
16
e-Sinaran Hari Pertama Cik Yuko Nomura (Nihongo Partner)
31 Januari 2019
17
Latihan Kebakaran e-Sinaran
27 Februari 2019
18
e-Sinaran Majlis Jamuan Bersama Mantan Pengetua
Tuan Haji Zolkaply bin Yunus
24 Mac 2019
19
e-Sinaran
20
e-Sinaran Majlis Jamuan Bersama Mantan Pengetua
Tuan Haji Zolkaply bin Yunus
24 Mac 2019
21
e-Sinaran
22
e-Sinaran Bowling Kelab BAKTI
06 April 2019
23
Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Daerah Jasin e-Sinaran
09 April 2019
24
e-Sinaran Program Derma Darah
27 April 2019
25
Sambutan Hari Guru SMKIS e-Sinaran
30 April 2019
26
e-Sinaran Sambutan Hari Guru SMKIS
30 April 2019
27
Sambutan Hari Guru SMKIS e-Sinaran
30 April 2019
28
e-Sinaran Program Ihya' Ramadan
03 - 24 Mei 2019
29
e-Sinaran
30
e-Sinaran Program Ihya' Ramadan
03 - 24 Mei 2019
31
e-Sinaran
32
e-Sinaran Jamuan Hari Raya
28 Jun 2019
33
e-Sinaran
34
e-Sinaran Jamuan Hari Raua
28 Jun 2019
35
e-Sinaran
36
e-Sinaran Persaraan Haji Zainuddin dan Haji Jalaludin
10 & 11 Julai 2019
37