The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1320-15-nurfatin, 2023-02-28 00:47:51

Manifestasi Akal Budi Pantun (Tugasan 1)

Nurfatin Nasuha

Manifestasi Akal Budi Pantun Nasihat Nurfatin Nasuha Binti Mohd Ali PPISMP BM SK 2 2022292310041


Pengenalan Akal budi dalam pantun Menurut Ungku Aziz(2011), pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum. Pantun merupakan manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu. Oleh itu, menerusi pantun dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, akal budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan falsafah hidup yang mereka anuti. Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan. Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan masyarakat Melayu belum tahu surat-menyurat pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama mereka.


Pantun nasihat Pergi kedai membeli ubat, Pergi bersama bakal mertua; Fikir dahulu sebelum buat, Takut nanti menyesal jua. Pohon Cemara pohon Akasia, Tumbuh merimbun di waktu pagi; Berjimat cermat amalan mulia, Orang membazir selalu rugi. Anak katak mati dipijak, Dipijak semasa bukit didaki; Sikap malas perlu dielak, Agar berkat sumber rezeki. Makan roti cecah sup, Minum bersama susu bermutu; Buatlah amal sementara hidup, Mati tidak mengira waktu.


Pantun nasihat berkaitan kehidupan. Nasihat yang boleh dijadikan panduan masyarakat. Konsep Pantun Ciri/bentuk pantun Terdiri daripada empat rangkap. Berisi empat baris setiap rangkap. Ada pembayang dan maksudnya. Bilangan katanya empat hingga lima patah kata sebaris. Terdiri daripada dua hingga empat suku kata sebaris. Bentuk terikat.


Rangkap 1 Pergi kedai membeli ubat, Pergi bersama bakal mertua; Fikir dahulu sebelum buat, Takut nanti menyesal jua. Rima akhirnya sama iaitu, abab. Asonasi dalam satu baris: Fikir dahulu sebelum buat Aliterasi dalam satu baris : Takut nanti menyesal jua Anafora : Pergi kedai membeli ubat, Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi pembayang yang dikaitkan dengan pengalaman dan perbuatan iaitu kata kerja membeli . Pembayang itu diletakkan bagi menegaskan maksud iaitu "fikir dahulu sebelum buat, takut nanti menyesal jua. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini memberi nasihat kepada masyarakat supaya menggunakan akal untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam pantun ini: Pergi bersama bakal mertua;


Rangkap 2 Pohon cemara pohon akasia, Tumbuh subur di waktu pagi; Berjimat cermat amalan mulia, Orang membazir selalu rugi. Rima akhirnya sama iaitu, abab. Asonasi dalam satu baris: Orang membazir selalu rugi Aliterasi dalam satu baris : Berjimat cermat amalan mulia Pohon Cemara dan pohon akasia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah subur. Aspek pemikiran pantun ini dikaitkan dengan unsur alam dan terjadinya pembayang. Kesimpulannya, akal budi pantun ini menyuruh supaya belajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat. Kesan jika seseorang tidak mengamalkan sikap tersebut akan mendapat kerugian dalam kehidupannya. Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam pantun ini:


Rangkap 3 Anak katak mati dipijak, Dipijak semasa bukit didaki; Sikap malas perlu dielak, Agar berkat sumber rezeki. Rima akhirnya sama iaitu, abab. Asonasi dalam satu baris: sikap malas perlu dielak Aliterasi dalam satu baris : agar berkat sumber rezeki Kalau dilihat pada maksud tersebut, antara sikap yang tidak patut diamalkan adalah sikap malas kerana boleh membawa keburukan dalam kehidupan kita. Kesimpulannya, pengarang pantun menegaskan bahawa sikap malas itu perlu dielakkan agar hasil yang diperoleh itu adalah daripada sumber rezeki yang diberkati oleh Allah. Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam pantun ini:


Rangkap 4 Makan roti cecah sup, Minum bersama susu bermutu; Buatlah amal sementara hidup, Mati tidak mengira waktu. Rima akhirnya sama iaitu, abab. Asonasi dalam satu baris: Buatlah amal sementara hidup Aliterasi dalam satu baris : Mati tidak mengira waktu Kalau dilihat pada maksud tersebut, pengarang menjelaskan bahawa kita sebagai umat Islam perlulah melakukan amal kebaikan dengan banyak untuk mengumpulkan pahala. Hal ini dikatakan demikian kerana kematian itu hanya ditentukan oleh Allah. Kesimpulannya, kita perlulah memperbanyakkan amalan selagi hidup agar tidak menyesal di akhirat kelak. Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam pantun ini:


Penutup Kesimpulannya,sebagai seorang karya sastera yang mempunyai tugas besar dalam menjelmakan manifestasi akal budi masyarakat Melayu, pantun juga dicipta untuk memberi nasihat. Nasihat di sini boleh berupa nyanyian, pemerian dalam bentuk penyampaian. Ini dapat menjadikan pedoman dan panduan masyarakat dalam kehidupan mereka.


Sumber rujukan Azman Rahmat,Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar,Abdul Rani Hasan & Hasnah Awang. Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu: Manisfestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Dalam Karya Puisi Tradisional.Pustaka Al-Ehsan. Cik Khayla. 2014,Januari, 19. https://www.slideshare.net/miszbubbly/unsur-gayabahasa


Lampiran


Click to View FlipBook Version