The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hopinjie2002, 2020-11-09 09:28:20

TUGASAN E FOLIO KUMPULAN 1.

TUGASAN E FOLIO KUMPULAN 1.

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN
PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

NAMA PENSYARAH
PUAN NUR KHAMSIAH BINTI ADAN

NAMA PELAJAR

1.NUR A’LIAH IZZATI BINTI SHAIFUL ANNUAR (33DTM20F1019)
2.AIMAN HAKIMI BIN MOHD SHAMSHUL KAMAR (33DTM20F1039)

3.NURUL SHAHFYKA BINTI MOHD RAZALI (33DTM20F1003)
4.TEA SIAU HUI (33DTM20F1001)
5.HO PIN JIE (33DTM20F1013)

SENARAI KANDUNGAN

Tajuk Halaman

PENGHARGAAN 03

1.0 PENGENALAN 04

2.0 OBJEKTIF 05

3.0 ISI- ISI PENTING

3.1 FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN 06 – 08
PERPADUAN RAKYAT DI MALAYSIA.

3.2 KEPENTINGAN PERPADUAN DALAM KALANGAN 09 – 11
RAKYAT DI MALAYSIA.

3.3 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN 12 – 14
PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA.

3.4 CABARAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN 15 – 17
RAKYAT DI MALAYSIA

4.0 KESIMPULAN 18
5.0 LAMPIRAN 19 - 20
6.0 RUJUKAN 21

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bersyukur kepada ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa yang dianugerahkan,
dengan izinnya kami sekumpulan dapat menyiapkan e-folio yang telah diusahakan selama ini
yang bertajuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Folio ini yang amat penting bagi
kami adalah salah satu tugasan kerja dalam subjek penghayatan etika dan peradaban. Tugasan
kerja kursus ini teleh memberikan banyak manfaat kepada kami dari segi pengetahuan dan
pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada individu yang
banyak membantu kami sepanjang menyiapkan folio ini pertama sekali kepada Puan Nur
Khamsiah Binti Adan selaku pensyarah kami kerana tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar,
bimbingan dan cara –cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan kepada kami
sekumpulan.Dorongan beliau telah membantu kami dalam menghasilkan folio yang cemerlang.

Tidak lupa juga kepada rakan -rakan seperjuang sama – sama berhempas pulas dalam
menyiapkan e-folio ini. Ahli kumpulan yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan
dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan
semangat, serta cadangan. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami menyiapkan folio ini. Hanya Allah
sahaja dapat membalas budi kalian.

1.0 PENGENALAN

Menurut kamus dewan bahasa , definisi perkataan perpaduan ialah keadaan atau hal
berpadu dan juga bermaksud persatuan. Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan
individu antara satu sama lain , masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara
supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan di kalangan mereka . Perpaduan memainkan peranan dan mendatangkan
pengaruhan yang amat penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara secara
langsung.Sejak negara kita bebas dari penjajahan dan mendapat kemerdekaan lagi, pihak
kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita.Pelbagai dasar
yang menitikberatkan perpaduan telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini dalam
kalangan rakyat negara kita. Tanpa perpaduan ,kemajuan dan peningkatan taraf hidup negara
yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana
kerjasama dari semua lapisan masyarakat diperlukan sebagai tapak untuk menjana kemajuan
negara.

Tidak dapat dinafikan lagi, rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas
dan tanggungjawab masing-masing dapat mencapai kemajuan negara. Menurut sejarah negara
kita , peristiwa 13 Mei 1969 telah banyak mengubah kehidupan rakyat negara ini. Hal ini
demikian kerana peristiwa ini merupakan insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak
masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan
mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik
hitam dalam sejarah negara Malaysia.Walaupun sesetengah pihak menganggap ia satu titik
hitam dalam sejarah, tetapi peristiwa itu dapat menjadikan satu pengajaran yang amat besar
kepada negara, jika kita berjaya mengambil iktibar daripadanya. Jika tidak berlaku peristiwa
berdarah itu, kemungkinan besar ramai daripada kita tidak mengetahui akan situasi ‘bom
jangka’ yang sentiasa ada dalam hati sanubari rakyat berbilang bangsa ini. Hakikatnya, kita
masih dalam proses pembentukan sebuah negara bangsa yang padu dan jitu. Satu bangsa yang
bersatu padu di bawah panji negara moden dengan acuan kita sendiri.

Daripada latar belakang kepelbagaian yang kita miliki, kita akan membina sebuah
kesatuan dengan saling menerima perbezaan antara satu sama lain. Matlamat ini pastinya tidak
mungkin akan tercapai di bawah sistem pemerintahan dan pentadbiran yang longgar, apatah
lagi jika kebebasan yang melampau diberikan kepada rakyat untuk bertindak. Mahu atau tidak,
setiap rakyat Malaysia perlu mematuhi semua perkara yang termaktub dalam Rukun Negara
supaya usaha membentuk sebuah negara dengan kepelbagaian bangsa dapat dijayakan.

2.0 OBJEKTIF TUGASAN

1. Untuk menjelaskan perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia pada hari ini.
2. Untuk menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan rakyat

Malaysia.
3. Untuk menghuraikan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

4. Untuk menjelaskan langkah-langkah mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia.

5. Untuk menjelaskan cabaran mengekalkan perpaduan rakyat di Malaysia.

3.0 ISI -ISI PENTING

3.1 FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN
PERPADUAN RAKYAT DI MALAYSIA

Terdapat banyak langkah dan tingkah laku dari pelbagai segi seperti politik, sosial dan
sebagainya yang diambil oleh pihak kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan rakyat sebelum ,
semasa dan selepas kemerdekaan Negara .

Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian
kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada
tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya.
Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang
boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat
yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka.
Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan
terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam
masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.

Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang
berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang
licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN
didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan.
Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah
Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah
ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan
kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk
menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan
JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini
bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk
mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum.

Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran
politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini. Penubuhan
UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum
masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk
apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang
merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha
memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakukkan mulai 1948
hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk
bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat bekerjasama
antara satu sama lain.

Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub
sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor
Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan
tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang
utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.

Pada masa kini , aktiviti kemasyarakatan juga merupakan salah satu faktor yang efektif
untuk memperkukuhkan perpaduan dalam negara kita. Sebagai contoh aktiviti kemasyrakatan,
aktiviti bergotong – royong , rukun tetangga , amalan menziarahi jiran dan sebagainya
merupakan cara yang memperkukuhkan perpaduan di negara . Ibu bapa perlu memainkan
peranan untuk memupuk semangat perpaduan kepada anak sendiri sejak kecil lagi supaya
generasi baru dapat mengekalkan dan memperkukuhkan perpaduan antara individu ,
masyarakat dan negara . Meraka juga hendak mendidik anak supaya kesedaran terhadap
kepentingan perpaduan negara ditingkatkan. Benteng perpaduan kaum masing-masing perlu
dipecahkan dan setiap kaum perlulah bersatu padu antara satu sama lain. Melalui aktiviti
bermasyarakat , siraturahim antara jiran dapat dieratkan dan nilai bekerjasama , saling
membantu , menghormati dan nilai murni lain dapat diwujudkan demi memperkukuh lagi tahap
perpaduaan negara kita . Contohnya , kita hendaklah berkawan tanpa mengira bangsa , kaum

dan agama . Amalan berkunjung ke rumah jiran semasa hari perayaan dapat mengenal dan
memahami budaya dan adat kaum antara satu sama lain. Hal ini dapat menyebabkan rakyat
dapat menerima perbezaan kaum lain dan hidup bersama-sama dengan keadaan yang harmoni
dan bersatu padu . Pergaduhan dan perselisihan faham anatara kaum dapat dielakkan dan
mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni . Hubungan harmoni dan kerjasama antara
pelbagai kaum ialah kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran
supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Secara umumnya, perasaan
prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu
perkara asing. Secara langsung , Negara yang bersatu padu dapat diwujudkan dalam kalangan
Negara.

3.2 KEPENTINGAN PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT DI MALAYSIA.

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran
rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah
formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia
sehingga rakyat dapat hidup bersatu padu dan aman damai tanpa sebarang pertingkahan .
Namun,persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di
dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia.Tambah
pula,aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan
Malaysia.Oleh sebab itu,setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum
kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik .
Kestabilan politik dalam setiap jabatan tamat perlu bagi menjamin keutuhan struktur
pentadbiran Malaysia .Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik
kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia .Impak positif
yang berlaku ialah negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan
perdagangan bagi mencakupi arena global.Umpamanya ,kestabilan politik di Johor telah
memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi
membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar(WPI).Oleh itu,perpaduan kaum telah
menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak
kata pepatah Melayu’pucuk dicita,ulam mendatang’kerana kedua -duanya memberikan faedah
kepada Malaysia.Selain itu , rakyat perlulah sentiasa memberi sokongan yang paling besar
kepada pihak kerajaan .Pelaksaanan dan pelancaran sebarang program pihak kerajaan dapat
dijayakan dengan kehadiran rakyat yang setia dan bersatu padu. Rakyat perlulah bersetuju dan
menyokong sepenuhnya dengan keputusan pemimpin Negara . Dengan kerjasama yang
diberikan oleh raykat Malaysia , sistem politik Negara kita dapat menjadi stabil dan lancar.
Pemimpin yang berketerampilan juga dapat memimpin rakyat dengan keyakinan yang tinggi .

Seperkara lagi,perpaduan kaum dapat menjamin negara Malaysia .Amnya mengetahui
bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada
bangsa Melayu,Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam ,agama dan kepercayaan
sejak lima dekad yang lalu.Pemimpin -pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman ,Tun
Tan Cheng Lock,Tun Sambathan serta ramai pemimpin yang berwibawa yang lain telah

berunding bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta
.Kini,sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita
warisi sejak zaman berzaman lagi.Perpaduan yang dicapai dalam kalangan rakyat Malaysia
dapat mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Negara kita sendiri daripada pihak
penjajah . Rakyat hendaklah mengambil pengajaran daripada sejarah supaya tidak mudah
mempercayai kuasa asing yang ingin menjajah tanah air kita.Perpaduan rakyat merupakan
kuasa yang kuat bagi pemerintah kita untuk membawa Negara ke arah dan tahap yang lebih
tinggi . Kedaulatan dan kebebasan negara kita perlu dipelihara oleh rakyat yang bersatu padu
dan setia terhadap raja dan negara . Melalui perpaduan dan keharmonian , Malaysia telah
mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan
negara-negara yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan pula,ada
segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk
perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara.

Dalam nada yang sama,perpaduan rakyat amat penting bagi merapatkan jurang
perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia.Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke -2,
Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970,beliau berjaya merungkai satu masalah yang
membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu impak positif daripada formulasi
ini,wujud semangat bertolak ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi
kemiskinan.Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha
meningkatkan taraf kehidupan golongn miskin melalui proses memodenkan Kawasan luar
bandar. Rakyat yang menjalankan perniagaan besar perlulah memberi lebih peluang pekerjaan
kepada orang yang perlu demi menyara keluarga . Fenomena ini dapat diselesaikan dengan
perpaduan kerana tahap kemiskinan semakin mengurang dalam kalangan rakyat. Jika rakyat
tidak menghulurkan bantuan antara satu sama lain , jurang perbezaan ekonomi akan semakin
meningkat dan memberat lagi beban kepada pihak kerajaan dalam sector ekonomi. Intihannya,
usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan
kaum.

Di samping itu , perpaduan penting dalam kalangan rakyat Malaysia kerana sistem
pendidikan juga dapat ditingkatkan dan diperbaikkan . Pihak kerajaan dan pihak sekolah telah
menjalankan program dan aktiviti kokurikulum demi memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan remaja. Aktiviti kokurikulum dan program perpaduan seperti RIMUP telah

menyebabkan pelajar dapat belajar dan menjalankan sebarang perbincangan dengan kawan
yang berbilang kaum dalam kelas. Komunikasi dan interaksi antara pelajar yang berlainan kaum
telah berlaku dan perpaduan dapat diwujudkan secara tidak langsung melalui aktiviti
kokurikulum . Pelajar yang mahir berkomunikasi dalam pelbagai jenis bahasa dapat dilahirkan.
Selain itu , bahasa Melayu yang menjadi bahasa utama di Negara kita telah menyatupadukan
kalangan remaja semasa belajar di sekolah . Hal ini demikian kerana sesi pembelajaran dan
pengajaran telah dijalankan dengan menggunakan bahasa melayu . Para pendidik dan pelajar
telah bersama-sama menuju ke arah yang sama untuk memajukan sistem pendidikan di Negara
kita . Jika perpaduan tidak muncul dalam sistem pendidikan Negara kita, ilmu pengetahuan
susah dikongsikan kerana setiap kaum tidak menerima pendidikan yang menggunakan bahasa
Melayu. Sistem pendidikan dapat menjadi lebih lancar semasa proses pembelajaran .

Akhir sekali,tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu
menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama.Moga -moga usaha yang telah dilakukan oleh
pemimpin- pemimpin terdahulu dapat dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu
padu tanpa mengira latar belakang agama,bangsa,mahupun budaya.Oleh itu,marilah sama-
sama kita menghayati cogan kata ‘bersatu teguh ,bercerai kita roboh’dalam usaha meningkatkan
lagi kesedaran kita tentang penting hidup bersatu padu.

3.3 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN RAKYAT
MALAYSIA.

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian
dan kedamaian di sesebuah negara.Negara aman dan damai dapat menjamin kebahagian dan
keselamatan rakyatnya.Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan
dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.

Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan menerapkan
semangat partriotisme di kalangan rakyatnya.Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat
Malaysia dan menjalankan tanggungjawab untuk menyayangi negara kita.Kita perlu mengenali
serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan
perpaduan demi keamanan dan kesejahteraan negara.Kepercayaan dan kerjasama rakyat amat
penting kepada pemimpin Negara kerana mereka dapat lebih yakin dan bersemangat memimpin
kita ke arah yang lebih tinggi. Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah
disokong, bukannya dikritik supaya dasar-dasar pembangunan dan kemajuan Negara dapat
dijalankan dengan lancar . Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang
memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah
diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan
penjajah asing.

Bukan itu sahaja ,lambang-lambang kebesaran negara Malaysia seperti bendera,lagu
kebangsaan dan jata negara juga harus dikenali dan dihormati oleh setiap warganegara
Malaysia. Bendera negara kita ,Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat
terutamanya pada Hari Kemerdekaan Malaysia dan dihormtai sebagai sesuatu yang suci .
Sambutan kemerdekaan Negara kita hendaklah disambut oleh semua rakyat Malaysia tanpa kira
kaum , bangsa dan agama .Kita tidak harus membenarkan bendera negara dipijak,dibuang atau
dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera
tertinggi di dunia.Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu negaraku,menghayati
liriknya dan menyanyikan dengan penuh semangat.Kita juga harus menjaga dan
mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.Sejarah negara kita juga turut amat
membanggakan kerana kita memperolehi kemerdekaan tanpa pertempuran darah.

Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya.Kita juga
harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.Pengkhianatan terhadap
negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan dan tidak membawa sebarang
kebaikan dalam pembangunan Negara .Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan
bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan
kemerdekaan negara .Kita juga boleh mengharumkan nama Negara kita di seluruh dunia . Kita
juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara
mengatasinya. Perpaduan antara rakyat dapat dieratkan lagi dengan kesedaran terhadap setia
kepada raja dan Negara.Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni. Oleh itu
kita,haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah
negara.Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan
bertolenrasi antara masyarakat.Kita haruslah sanggup bertolak ansur,sabar,dan mengawal diri
tanpa kira kaum demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan
hidup.Sifat bersatu padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk
mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara,bukannya untuk bangsa dan
kaum sendiri .Kita harus sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira
kedudukan,bangsa atau agama.Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan
kepercayaan kaum lain.Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-
royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.

Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan.Peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Rakyat
yang berdisiplin tinggi dapat mengurangkan kes dan masalah sosial berlaku kerana sentiasa
mematuhi peraturan dan undang-undang Negara yang telah ditetapkan.Seseorang rakyat
haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan
mudah.Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan repitasi
negara.Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap
atau kurang ajar.Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta menjujung
Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara.Rakyat yang bersifat
amanah dan jujur akan dipercayai oleh orang lain dan ini akan membawa perpaduan antara
rakyat.

Rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan
negara.Rakyat yang rajin dan gigih akan dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf
hidup mereka.Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung
kepada bantuan kerajaan pada setiap masa.Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran
atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara.Misalnya,apabila
berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998,rakyat Malaysia telah bersatu padu demi menghadapi
cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula.Kita
haruslah bekerjasama untuk menghadapi apa jua cabaran dalam negara dan sentiasa
memastikan wujudnya pepraduan di kalangan rakyat.Secara kesimpulan,perpaduan adalah
amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat.Oleh
itu,kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua.

3.4 CABARAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN RAKYAT DI MALAYSIA

Antara cabaran kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah menafikan agama
Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan
oleh dunia bahawa mempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbir mempunyai satu
komuniti masyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu
nampak goyah. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai
agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan
dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak
munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan.Di antara hujah yang digunakan untuk
menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai
agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya didalam Perlembagaan ada
dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara atau 'state religion' iaitu merujuk kepada negara
Malaysia. Apabila disebut tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami
sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyatnegara ini.
Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agamalain
di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing.
.Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana majoriti penduduk Malaysia menganuti Islam.
Agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan ini
menunjukkan bahawa pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untuk
mempersoalkan perlembagaan negara seterusnya akan pasti menggugatkan keselamatan dan
kedaulatan negaraSekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama
Islam tidak dihentikan segera ia dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum di kalangan
penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekian lamanya.

Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan
penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk
mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat
masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu
ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti
politik dan badan bukan kerajaan.Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini
secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.Ini kerana
sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan
negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuandokumen-

dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil
lahir. Senario ini amat merbahaya dan ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada
ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar
seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-
kuasa besar.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi diperkenalkan pada
tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB
adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam
konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi
kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan
untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mengurangkan dan akhirnya membasmi
kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan, menambah peluang-peluang pekerjaan untuk
semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,dan mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat
mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar
ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. DEB ini dilihat
lebih memihak kepada kaum Bumiputera.Memang tidak dinafikan kaum Bumiputera
khususnya kaum Melayu masih ramai lagi yang miskin dan wajarlah program ini ditumpukan
kepada masyrakat Melayu.Tetapi ,bagaimanakah nasib segelintir masyarakat Cina yang
miskin? Ini akan mencetuskan perasaan cemburu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
di Malaysia.

Di samping itu,cabarannya adalah dari segi sosial golongan muda dimana sistem pendidikan
yang diasingkan nengikut kaum telah wujud dan meninggalkan kesan kurang baik.Pengenalan
sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan semakin
renggang.Masih ramai rakyat yang merupakan warganegara Malaysia belum fasih untuk
bertutur dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.Bahasa Melayu merupakan elemen
utama untuk rakyat Malaysia berkomunikasi di antara satu sama lain.Jika tidak fasih,bagaimana
kita dapat berkomunikasi dan memahami individu lain yang berbeza pendapat dengan
kita.Sekiranya masyarakat najmuk melibatkan diri dalam kegiatan social terutamanya
Pendidikan dan berkomunikasi dengan baik maka timbul sifat keterbukaan,persefahaman dan
toleransi antara satu sama lain.Oleh itu, mewujudkan satu sahaja aliran dalam sistem pendidikan
negara serta penekanan terhadap penggunaan Bahasa kebangsaan dapat menyelesaikan masalah

perpaduan kaum yang semakin membelenggu masyarakat hari ini.Persis kata mutiara,melentur
buluh biarlah dan rebungnya.

Selain itu,cabaran untuk mengekalkan perpaduan rakyat di Malaysia adalah ledakan
teknologi.Kemudahan media massa dan sosial yang semakin pantas dalam menyampaikan
sesuatu teks atau video telah menunjukkan sisi negatifnya.Penyebaran fitnah dan berita palsu
individu sewajarnya bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan atau berkongsi
sesuatu perkara yang sensitif dan mungkin tidak sahih.Netizen perlu menyelidik terlebih dahulu
sebelum memberi reaksi terhadap perkara yang menyentuh tentang perkauman dan
agama.Pihak berkuasa wajar menguatkuasakan undang-undang kepada pelaku yang
mencetuskan isu atau sesuatu perkara yang mampu menggolakan perpaduan antara
kaum.Intihannya, penggunaan teknologi seperti media massa sepatutnya menjadi perkara yang
positif dalam kehidupan harian.

KESIMPULAN

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan
semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Jangan kita bersikap evasif mahupun
“bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana perpaduan kaum itu
hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan
sempurna dan bersikap bertolak ansur. Hal ini juga akan menkurangkan sikap pentingkan diri
sendiri ataupun sikap perkauman. Sikap perkauman dapat menjadikan sesebuah kaum jatuh
ataupun bergaduh bersama kaum yang lain. Oleh hal yang demikian, sikap oerkauman perlu
dijauhkan agar perpaduan dapat di capai dan dapat hidup dengan harmoni dan aman.

LAMPIRAN



RUJUKAN

1. http://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.nsf/6c7fcfbe486f405c48256e5a000bd038/2981
12d8f24ac92248256fdc00349db8?OpenDocument

2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru
3. https://www.academia.edu/27120889/Langkah_Mengukuhkan_Perpaduan_Dala

m_Kalangan_Rakyat_Malaysia

4. https://maaigaleri.web.app/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.html
5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Abdul_Razak_Dato%27_Hussein

6. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/564059/bersama-bersatu-hati-
membina-malaysia-baharu

7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Pembangunan_Nasional
8. https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sosioekonomi&action=edit&redlink=

1
9. https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-perpaduan-

kaum.html
10. https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei#Isu_perkauman_dalam_pilihan

_raya_1969
11. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/564059/bersama-bersatu-hati-

membina-malaysia-baharu

FORMAT PENULISAN ARTIKEL

1. Logo politeknik.
2. Kod kursus & Nama Kursus.
3. Tajuk soalan.
4. Nama pensyarah kursus.
5. Nama pelajar dan matrik.
6. Senarai kandungan.
7. Pengenalan
8. Objektif (5 )
9. Isi, Huraian . Contoh dan perkara fakta
10. Kesimpulan
11. Lampiran
12. Rujukan


Click to View FlipBook Version